Anda di halaman 1dari 30

Apakah Seni Digital

Seni Digital (Digital Art) merupakan seni yang dicipta menggunakan teknologi komputer. Seni Digital
dapat dikenali secara moden atau menggunakan media yang baru. Ianya juga dijankan sepenuhnya
dengan program yang terdapat dalam komputer. Secara asasnya, seni dicipta oleh media digital sebagai
contohnya software seperti Adobe Ilustrator, Adobe Photoshop, Adobe Director, Corel Draw dan lain-
lain. Oleh itu, kerja yang dihasilkan dengan komputer juga boleh dikategorikan sebagai seni digital. Seni
Digital juga termasuk membuat animasi, manipulasi gambar video serta projek yang menggabungkan
beberapa teknologi. Manakala, menurut Eizzatiey Hassim menyatakan bahawa Seni Digital merupakan
istilah yang umum untuk menghasilkan sesebuah karya seni itu yang menggunakan teknologi digital
sebagai bahagian penting kreatif dan juga proses presentasi karya. Seni Digital juga merupakan sebuah
karya seni digital yang banyak dipamerkan kepada penonton atau audiens. Terdapat banyak disiplin ilmu
lama yang sekarang telah menggunakan teknologi digital dan komputer sehingga garis batas antara karya
seni tradisional dan karya seni hasil olahan media komputer menjadi sukar untuk dikenalpasti. Segelintir
pengkarya yang telah menggabungkan cara melukis tradisional dengan menggunakan pemprosesan
gambar digital atau penyuntingan gambar digital untuk menjimatkan kos dan masa. Seni Digital
mempunyai pelbagai jenis dan antaranya adalah

Vector Art

Vector Art merupakan gambar yang mempunyai garisan dan lengkung. Antara ciri khas Vector Art
adalah gambar yang terlihat seperti kartun tetapi bentuknya sebenar dan hampir sama dengan
bentuk aslinya. Aplikasi yang biasa digunakan untuk membuat seni digital ini ialah Adobe illustrator,
Corel-Draw, dan Adobe Photoshop.
Line Art

Line Art adalah gambar yang dihasilkan daripada garis-garis tegas dan kebiasaannya berwarna hitam
tanpa ada warna. Antara ciri khas Line Art adalah mempunyai warna yang terdiri daripada dua iaitu
berwarna hitam dan putih seperti lakaran. Aplikasi yang biasa digunakan untuk membuat seni digital
ini ialah Adobe illustrator dan Corel-Draw.

Flat Design

Flat Design ialah reka bentuk dengan pendekatan minimalis yang menekankan kebolehgunaan
dengan reka bentuk yang bersih tanpa sebarang serongan, bayang-bayang, texture yang
memfokuskan pada warna terang dan ilustrasi dua dimensi. Ciri khas Flat Design ialah bentuknya
yang ringkas dan menggunakan warna-warna cerah. Aplikasi yang biasa digunakan untuk mencipta
seni digital ialah Adobe Illustrator, Corel-Draw dan Adobe Photoshop.

Dalam Flat Design, elemen hias yang lain akan dipandang sebagai kekacauan yang tidak perlu. Jika
sebuah aspek tidak menyajikan tujuan yang fungsional, itu akan menjadi gangguan untuk
pengalaman pengguna. Inilah merupakan alasan untuk sifat minimalis pada flat design.
Typography

Typography atau tipografi ialah seni yang memilih dan menyusun huruf dengan menentukan
pengedarannya di ruang yang tersedia dan bertujuan untuk mencipta kesan yang menarik. Antara
ciri khas Tipografi ialah bentuk tulisan yang telah diubahsuai daripada bentuk asalnya. Aplikasi yang
biasa digunakan untuk menghasilkan seni digital ialah Adobe Illustrator, Corel-Draw, dan Adobe
Photoshop

Illustration Art

Illustration Art hampir serupa dengan Manipulasi Art bezanya Manipulasi Art ialah sebuah karya seni
yang berbentuk imej sebenar. Manakala Illustration Art ialah imej kartun. Illustration Art juga hampir
serupa dengan Vector Art yang membezakan Illustration Art, ianya lebih rumit. Oleh itu, Illustration
Art adalah gabungan Vektor Art dan Manipulation Art. Ciri khas karya seni digital ini ialah imejnya
agak rumit. Aplikasi yang serin digunakan untuk menghasilkan seni digital ini ialah Adobe Illustrator
dan Corel-Draw.
Apakah Tujuan Ia Dicipta

Zaman kini kian canggih dan mempunyai pelbagai teknologi dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Begitu juga dengan Seni Digital (Digital Art) yang mempunyai tujuannya yang tersendiri di mana
semua orang tahu bahawa pentingnya mempunyai kemahiran atau pengetahuan tentang
teknologi komputer. Seni Digital dicipta bertujuan untuk penggiat seni dan orang ramai dapat
menghasilkan karya tanpa mengeluarkan banyak wang dan membuang terlalu lama masa untuk
menghasilkan sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan. Dengan adanya, Seni Digital juga dapat
melatih diri kita dalam menjimatkan wang. “Bukan sahaja menjimatkan masa, lukisan melalui
peralatan teknologi seperti iPad dan telefon pintar turut menjimatkan wang”, kata Amy Hashim
menerusi Astro Awani. Banyak disiplin ilmu lama yang sekarang telah menggunakan teknologi
digital dan komputer sehingga garis batas antara karya seni tradisional dan karya seni hasil olahan
media komputer menjadi sukar untuk dikenal pasti. Terdapat ramai pengkarya yang telah
menggabungkan cara melukis tradisional dengan menggunakan pemprosesan gambar digital atau
penyuntingan gambar digital. Tujuannya, bukan sahaja dapat mnjimatkan masa namun, ianya
dapat melatih penggiat seni dalam menghasilkan pelbagai karya menerusi aplikasi yang ada dalam
komputer. Hal ini juga bertujuan dapat melatih orang ramai supaya mendalamai serta mencari
tahu seni digital ini agar dapat diperluaskan lagi. Seterusnya, kenapa Seni Digital ini mampu
menjimatkan wang dalam berkarya sedangkan kita tahu bahawa apabila penggiat seni hendak
menghasilkan sesebuah karya memang memerlukan pengeluaran wang yang banyak. Berbeza
pula dengan menghasilkan sesebuah karya tersebut dengan menggunakan seni komputer atau
Seni Digital yang sememangnya tidak memerlukan kos banyak kerana semuanya sudah tersedia
dalam computer seperti aplikasi Adobe Illustrator, Adobe Premiere Pro, Adobe XD, Corel Draw dan
Photoshop. Kesemua aplikasi tersebut antara aplikasi yang sangat popular digunakan di kalangan
artis-artis yang menghasilkan grafik.
Bagaimanakah Ia Dicipta

Perkembangan seni digital tidak terlepas dari Electronic Numerical Integrator and Computer atau
ENIAC yang merupakan komputer pertama, diciptakan untuk keperluan militer pada tahun 1940-an.
Namun, seniman pertama mulai mengeksplorasi seni dengan komputer dan teknologi di akhir
1950-an dan awal 1960-an. Pada akhir 1960-an, beberapa museum mengadakan pameran
mengeksplorasi seni menggunakan komputer. Dalam waktu yang sama, beberapa seniman mulai
mengeksplorasi teknologi digital dalam seni multimedia, menggunakan komputer, televisi, video,
dan hal-hal lain. Percobaan awal karya seni dengan komputer muncul sekitar tahun 1965. Artis
Jerman Frieder Nake yang kebetulan juga seorang matematikawan, membuat algoritme komputer
yang memungkinkan mesin komputer menggambar serangkaian bentuk untuk membuat karya seni.
Algoritma dibuat untuk melakukan instruksi yang memberi tahu komputer apa yang harus
dilakukan. Hasil gambar yang dihasilkan komputer tersebut merupakan beberapa contoh paling
awal dari seni yang dilakukan pada komputer. Salah satu karya seni pertama yang benar-benar
merupakan digital arts, diciptakan pada tahun 1967 oleh orang Amerika, Kenneth Knowlton dan
Leon Harmon. Keduanya bekerja sebagai insinyur di Bell Laboratories, sebuah perusahaan
penelitian ilmiah Amerika yang bertanggung jawab untuk mengembangkan berbagai teknologi
revolusioner termasuk laser. Mereka mengambil foto seorang wanita tanpa busana dan
mengubahnya menjadi gambar yang terdiri dari pixel-pixel komputer, berjudul Computer Nude
(Studies in Perception I) . Pixel adalah salah satu elemen kecil dari suatu gambar; ketika banyak
piksel digabungkan, akan dapat membuat gambar yang lebih besar dan lengkap

Kenneth Knowlton dan Leon Harmon

Karya pertama Digital art :


Computer Nude
Untuk Apa Ianya Dicipta

Seni digital merupakan satu seni yang sudah dipelopor oleh kebanyakan artis bahkan masyarakat
biasa juga. Kekuatan dalam seni digital ini adalah melalui cetusan idea dan rekaan adalah melalui
pengumpulan maklumat serta perkongsian rakan dan juga para pensyarah yang banyak memberi
cadangan dan penambahbaikan. Selain itu, penerokaan dan kajian yang dilakukan beberapa kali
untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik dan lebih berkualiti. Mural di bawah hampir menepati
reka bentuk yang dikehendaki. Ciri-ciri tambahan daripada segi warna, pemilihan jenis tulisan dan
saiz, serta grafik yang berkaitan. Ia lebih menjurus kepada pergerakan yang menunjukkan berlakunya
peredaran masa.

Menjimatkan Masa

Tujuan pertama seni digital dicipta adalah untuk menjimatkan masa. Kebanyakkan penghasilan
bidang seni yang lain memperuntukkan jangka masa yang panjang bagi menyiapkan satu hasil seni
yang terbaik. Sebagai contoh catan. Seni catan memerlukan ketelitian, skill dan ketekunan dalam
menyiapkannya. Menerusi tiga perkara itu kita dapat mengetahui jangka masa yang diambil oleh
seorang artis catan bagi menghasilkan satu karya yang lengkap dan menarik adalah agak panjang.
Berbeza pula dengan seni digital, seni ini hanya tidak memerlukan jangka masa yang panjang untuk
menyiapkannya, cukup dengan kepakaran bagaimana kita mengendalikan satu-satu aplikasi.
Sememangnya tidak dinafikan seni digital adalah cabang seni yang sangat menjimatkan masa
seseorang penggiat seni
Menjimatkan Perbelanjaan Dan Kewangan

Dalam bidang seni kos perbelanjaan serta kewangan itu adalah sangat penting selain masa. Tidak
dinafikan satu karya dihasilkan boleh menelan perbelanjaan yang sangat besar nilainya. Perkara ini
boleh dilihat dari sudut alatan dan bahan yang digunakan oleh seorang artis bagi menghasilkan satu
karya yang terbaik. Contohnya warna, pemilihan warna amat penting bagi kualiti karya yang terbaik
namun sebuah warna yang berkualiti boleh menelan perbelanjaan sehingga puluhan ringgit bahkan
ratusan ringgit. Lain pula dengan seni digital ini. Dari sudut perbelanjaan seni digital hanya
memerlukan sebuah gadget yang sesuai seperti laptop, computer ataupun tablet sebagai media
untuk menghasilkan seni yang terbaik. Hal ini kerana, ianya dilengkapi dengan kemudahan aplikasi-
aplikasi seperti Adobe Illustrater, Adobe Lightroom, Photoshop dan banyak lagi. Cukup dengan
adanya kemudahan seperti ini seseorang itu boleh menghasilkan satu karya yang menarik dan
terbaik tanpa perlu melabur kewangan yang besar untuk penghasilan karya sebagaimana bidang seni
yang lain
Apakah Tema Sesuai

Berkaitan dengan tema, Seni Digital tidak terikat dengan mana-mana tema dan ianya bebas tanpa
had. Hal ini demikian kerana penghasilan karya menerusi Seni Digital kini mengikut trend
berdasarkan isu-isu semasa. Seni Digital sememangnya menitikberatkan aspek kreatif dan estetik
dalam menghasilkan karya menggunakan software dalam komputer.

Tema Haiwan

Tema Alam
Tema Realistik

Tema Abstrak
Contoh Aplikasi Penghasilan Digital Art

Pinterest ialah aplikasi media sosial yang sangat


popular. Dengan menggunakan Pinterest, kita dapat
menghasilkan album foto atau video secara estetik.
Pinterest juga dikenali sebagai virtual pinboard.
Kelebihan menggunakan aplikasi Pinterest, bagi
blogger dapat menggunakan Pinterest ini sebagai
platform untuk mempromosikan blog mereka. Bagi
peminat fotografi, aplikasi Pinterest boleh dijadikan
sebagai inspirasi dalam menghasilkan gambar-gambar
yang menarik

Snapseed ialah aplikasi yang dihasilkan oleh Google.


Aplikasi Snapseed ini sesuai untuk orang yang
menginginkan gambar ciri gaya Photoshop. Walaupun
fungsinya tidak sehebat Photoshop, tetapi kebanyakan
fungsi dalam Snapseed hampir sama dengan
Snapseed fungsi dalam Photoshop. Salah satu
kelebihan yang ada dalam Snapseed ialah ianya
mempunyai healing brush iaitu boleh menghilangkan
jerawat dan parut jerawat.

ni adalah salah satu aplikasi alternatif kepada


aplikasi terkenal, Prisma. Vinci menawarkan
pelbagai efek yang menarik untuk anda aplikasikan
kepada gambar anda. Dengan Vinci anda boleh
menambah baik kualiti gambar dengan
menggunakan alatan dan fungsi yang disediakan.
Contoh Karya

Potrait

Logo
Apakah UPSI?

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian


tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang
secara bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik
meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah
yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman
yang sama. UPSI terletak di bandar Tanjong Malim di dalam negeri Perak. Lebih
kurang 70km (43.75 batu) ke utara Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara
Selatan. Lokasinya ialah di sempadan negeri Perak dan Selangor yang dipisahkan
oleh Sungai Bernam.

Sejarah Dan Latar Belakang UPSI

Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29
November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 -
April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang
dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997
bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini
diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus)
1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari
1997
Awal Penubuhan Maktab
Latihan Guru

Peranan R.O. Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang mengilhamkan
cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi meluaskan skop
pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah
Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke Persidangan Residen-Residen pada 10 Mei 1917.
Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu mestilah
mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak berteraskan
kepada kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga seharusnya berdekatan
dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan sungai. Satu lagi aspek yang
difikirkan ialah komposisi penduduknya haruslah sederhana ramai

Sultan Idris Training College (SITC)

Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan Idris
Training College (SITC) telah dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan baginda Sultan. Nama Almarhum Sultan Idris Shah
diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan sumbangan besar Almarhum
dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah
ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri Perak antara tahun 1889 - 1916.
Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baru yang menyemarakkan alam pemikiran dan
pendidikan angsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe dalam
ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa, hari tersebut menandakan titik
bersejarah bagi orang Melayu kerana ia (penubuhan SITC) merupakan titik tolak dalam
perkembangan pendidikan vernakular Melayu. Menurutnya lagi, orang Melayu merasakan
suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang tidak ada tolok bandingnya bagi peningkatan
taraf pelajaran anak-anak Melayu. SITC berkembang pantas. Kemasukan pelatihnya pula tidak
terbatas hanya kepada orang Melayu di Tanah Melayu, malah meluas hingga ke Brunei, British
Borneo dan Singapura. Pada bulan Mac 1924, SITC mengeluarkan guru terlatihnya yang
pertama seramai 58 orang. Jumlah guru terlatih yang dikeluarkan terus meningkat dari setahun
ke setahun. Dalam era ini jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi
bahasa Melayu. Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan
meninggikan bahasa ibunda. Usaha ini berkembang subur di tangan Zainal Abidin Ahmad atau
lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba. Berikut merupakan gambar SITC pada awal
penubuhannya.
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

Pada tahun 1957 nama SITC ditukarkan kepada nama Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
Langkah ini dilakukan bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak. Dari tarikh ini bermulalah era
MPSI yang membawa wajah, watak dan keperibadian Melayu, apabila pentadbiran SITC yang
selama ini diketuai orang Eropah beralih tangan kepada cendekiawan Melayu. Meskipun
berubah pada nama, namun tradisi SITC menjadi akar yang menumbuhkan kecemerlangan
institusi ini dalam era MPSI dan era-era seterusnya. Peranan MPSI tidak setakat melatih dan
mendidik bakal guru, namun menjadi medan pengungkap bicara dan suara hati para cerdik
pandai dan nasionalis Melayu. Pembinaan bahasa Melayu sebagai satu korpus dikukuhkan lagi
dengan kemunculan tradisi penulisan kreatif dalam kalangan guru pelatih dan tenaga pengajar.
Tradisi ini sudah bermula pada era SITC di tangan Harun Aminurrashid dan Punggok, tetapi
berkembang luas dalam era MPSI. Pada waktu inilah munculnya beberapa tokoh besar penyair,
cerpenis dan novelis Melayu. Antaranya ialah A. Wahab Ali, Ali Majod, Kasmani Haji Arif, Awang
Had Salleh, Hassan Ali, Othman Puteh, Dharmawijaya, Kemala, Suhaimi Haji Mohammad,
Shahnon Ahmad, Suratman Markasan, Masuri S.N., Yura Halim dan lain-lain lagi. Pada 13 Januari
1975, MPSI memecah tradisinya apabila menerima 140 orang penuntut perempuan.
Perkembangan baharu ini telah mewujudkan senario baru dalam tradisi MPSI. Meskipun
penuntut perempuan diterima masuk, namun MPSI terus ke hadapan sebagai sebuah institusi
perguruan yang cemerlang dan terunggul tanpa membezakan taraf dan jantina. Berikut
merupakan gambar bangunan dan logo yang ada pada masa MPSI. Bagunan-bagunan dan logo
ini terus dipelihara sehingga kini bagi mengekalkan warisan yang ditinggalkan semasa awal
penubuhannya.
Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)

Era MPSI berakhir pada 21 Februari 1987 apabila tarafnya sebagai sebuah maktab ditingkatkan
menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Era IPSI merupakan
satu zaman mencabar, kerana kedudukannya sebagai sebuah institusi tidaklah hanya
meninggikan nama semata-mata, tetapi turut melonjakkan harapan anak bangsa dan
masyarakat Melayu serta kerajaan yang mentadbir untuk melihat IPSI benar-benar menjadi
tonggak harapan bagi mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat, khususnya orang-orang
Melayu. Justeru, IPSI mengorak langkah panjang dengan memperkenalkan pelbagai rancangan.
Antaranya ialah mengadakan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) pada tahun 1987 dan Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bermula pada tahun 1988. Pada tahun 1993 Kursus Kembaran
dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pula diadakan dalam bidang Bahasa Melayu dan
Pendidikan Jasmani. Peranan SITC dan MPSI telah diperkasakan dalam era IPSI menerusi
rangkaian kerjasama pengajian yang diadakan dengan pihak-pihak lain di luar IPSI. Ruang
lingkup dan sempadan jangkauan IPSI merentas tembok itu sendiri. IPSI bergerak seiring dengan
kemajuan institusi-institusi pengajian tinggi awam lain dalam konteks merealisasikan matlamat
kerajaan untuk menghasilkan tenaga pengajar yang berwibawa dan bermanfaat demi
kesejahteraan masyarakat dan negara. Peranan IPSI berterusan hingga ke tahun 1993 apabila
pada masa itu sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu, iaitu sesebuah
maktab perguruan melatih guru-guru untuk sekolah rendah dan menengah.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Genap usia sepuluh tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan langkah yang
penuh bergaya apabila institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti. Bagi
menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari
1997, maka bermula 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dikenali hari
ini dengan nama singkatannya UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada
2 Mei 1997 dengan pelajarnya seramai 350 orang. Datuk Dr. Ashari Che Mat telah dilantik sebagai
Naib Canselor Pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin (kini bergelar Dato’) sebagai
Timbalan Naib Canselor Akademik. Mereka dibantu oleh Encik Sayuti Sahlan, Encik Yusof Semahil
dan Encik Rusley Taib untuk membangunkan UPSI dalam serba kekurangan. Berbekalkan enam
orang kakitangan pentadbiran dan 29 orang tenaga akademik yang kebanyakannya dipinjamkan
dari pelbagai agensi Kementerian Pendidikan Malaysia, UPSI mengorak langkah ke gelanggang
pendidikan dengan semangat dan cita-cita murni. Ternyata, tidak mudah bagi UPSI menarik nafas
lega, kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kekentalan semangat dan iltizam
beserta dorongan Kementerian Pendidikan, UPSI menapak langkah demi langkah membina
kekuatan diri berdiri atas kemampuan sendiri yang akhirnya berjaya menempatkan dirinya seiring
dengan perkembangan institusi pengajian tinggi yang lain waktu ini. Pembangunan infrastruktur
bermula dengan pembinaan Bangunan Canselori pada tahun 1999 dan Kompleks Kediaman Siswa
di Behrang Ulu. Pada awal tahun 2001, pembangunan semakin rancak dilaksanakan dengan
pembinaan Gimnasium, Perpustakaan, Auditorium, Kompleks Pendidikan Muzik, dewan-dewan
kuliah dan lain-lain. Beberapa kemudahan sedia ada yang merupakan warisan SITC-MPSI-IPSI
dibaik pulih dengan beberapa pembaharuan, sesuai dengan kemajuan teknologi di samping
mengekalkan struktur asalnya. Pembangunan yang rancak ini telah menampilkan imej UPSI sebagai
sebuah institusi pengajian tinggi. Nama UPSI terpancar sebagai simbol keunggulan institusi ini
sebagai sebuah universiti yang sepenuhnya menawarkan program pengajian pendidikan baik di
peringkat ijazah sarjana muda mahupun lanjutan. Pada awal penubuhannya, terdapat hanya empat
buah fakulti yang menawarkan sepuluh program pengajian. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti
Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Fakulti Sains dan Teknologi, dan Fakulti Sains Kognitif
dan Pembangunan Manusia. Jumlah program pengajian bertambah dari tahun ke tahun. Pada
tahun 2002, dua buah fakulti baharu ditubuhkan, iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan Fakulti
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, menjadikan jumlah fakulti sehingga itu enam buah dengan
jumlah 19 kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Peningkatan ini menggambarkan
perubahan besar yang dilakukan bagi menampung keperluan akademik dan jumlah pelajar yang
kian bertambah. Sehingga kini, sebanyak sembilan buah fakulti sudah ditubuhkan dan fakulti
tersebut adalah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Fakulti Sains dan
Matematik (FSMT), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
(FSSK), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSK), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), dan Fakulti
Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). UPSI juga sudah mempunyai 54 program pengajian (
7 Program Diploma, 35 Program Sarjana Muda Pendidikan, 4 Program Sarjana Muda Dengan
Pendidikan, dan 8 Program Ijazah Sarjana Muda). Selain itu, Institut Pengajian Siswazah (IPS)
menawarkan 173 Program Pengajian (103 Program Sarjana dan 70 Program Doktor Falsafah).
Kronologi awal penubuhan

Cadangan R.O. Winstedt ke


Persidangan Residen-Residen 10
Mei 1917.

Penubuhan SITC
29 November 1922

19 November 1922, Pada tahun 1957 nama


pengambilan kumpulan SITC ditukarkan kepada
pertama pelatih lelaki nama Maktab Perguruan
berjumlah 115 orang telah Sultan Idris (MPSI).
mendaftar

Pada 13 Januari 1975,


Pada bulan Mac 1924, MPSI memecah
SITC mengeluarkan guru tradisinya apabila
terlatihnya yang pertama menerima 140 orang
seramai 58 orang. penuntut perempuan.

21 Februari 1987 tarafnya sebagai


sebuah maktab ditingkatkan
menjadi sebuah institut dengan
nama Institut Perguruan Sultan
Idris (IPSI)

Tahun 1993 IPSI


mengamalkan sistem
bersepadu,

Tahun 1997 dengan langkah yang penuh


bergaya apabila institusi ini secara rasmi
dinaikkan taraf sebagai sebuah university
Mei 1997, tertubuhlah Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang dikenali hari
ini dengan nama singkatannya UPSI.
UPSI 100 Tahun

UPSI 100 tahun merupakan tema upsi bersempena dengan tarikh awal penubuhannya dari 29
November tahun 1922 sehingga November 2020. Tema ini diwujudkan bertepatan dengan
usia institusi ini tertubuh. UPSI merupakan antara institusi yang tertua di Malaysia.

Logo UPSI 100 Tahun

Logo UPSI berwarna keemasan diletakkan di dalam


angka 100 bagi memaparkan legasi SITC, MPSI,
IPSIm UPSI selama 100 tahun yang masyur dalam
membina kebitaraan pendidikan negara.

Garisan lengkung di bawah angka 100 tahun


melambangkan gelombang peredaran zaman
kegemilangan UPSI. Perubahan ini dimulakan
dengan SITC, MPSI, IPSI, UPSI selain meletakkan
angka 1922-2022 sebagai bukti era kewujudan
UPSI hingga kini.

Warna emas cerah melambangkan kegemilangan,


kekayaan ilmu dan kemasyhuran pendidikan
manakala warna emas gelap melambangkan daya
saing, keyakinan, kerjasama sepasukan dan
evolusi pendidikan yang berterusan.
100 Tahun Pendidikan

Legasi SITC – MPSI – IPSI – UPSI mendidik guru dan guru-guru kami mendidik masyarakat.
Pencapaian yang besar kepada kami apabila melihat Anak Kandung Suluh Budiman
menggapai kejayaan dan anak didik mereka mencipta pencapaian yang lebih besar. Kami
sedaya upaya melahirkan graduan berfikiran kritis, inovatif, pintar, dan mempunyai daya
kepemimpinan yang tinggi. Sedari dahulu kami berusaha menerapkan kemahiran asas abad
ke-21 dan mengintegrasikannya ke dalam kurikulum akademik bagi mempersiapkan graduan
kami untuk berjaya mendapatkan tempat dalam tenaga kerja global yang semakin
kompetitif. 100 tahun SITC – MPSI – IPSI – UPSI, memberi peluang kepada seluruh lapisan
masyarakat dan rakyat Malaysia untuk merenungkan sejarah, meraikan pencapaian
pendidikan kami sekarang dan membayangkan masa depan UPSI untuk generasi yang akan
datang.

100 Tahun Warisan

Melangkah masuk ke dalam bangunan yang berunsur seni bina Belanda ala Gothic ini,
dengan memijak lantai-lantai papan, terkenang bahawa di situ dahulu ketika di bawah
penjajahan Inggeris, lahir guru-guru Melayu yang bukan sekadar menjadi kakitangan
kerajaan. Bangunan Suluh Budiman yang kini di naik taraf sebagai Muzium Pendidikan
Nasional (MPN) mempunyai 21 galeri kekal yang berperanan dalam menyumbang
pembangunan negara dan bangsa. Galeri ni akan membawa anda memahami susur galur
pendidikan di Tanah Melayu sehinggalah sekarang termasuk mengenali tokoh-tokoh yang
cukup signifikan peranannya dalam lapangan dunia pendidikan Negara. Bangunan Suluh
Budiman ini telah digazetkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai Bangunan
Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009 dan semua kerja-kerja baik pulih dan konservasi
ke atas bangunan ini perlu mendapat kebenaran dan dipantau oleh Jabatan Warisan Negara.
Gambar Lampiran

Bangunan Suluh Budiman

Bangunan Canselori

Bangunan Fakulti Sains komputeran dan Industri Kreatif


Kampus Sultan Azlan Shah
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
MSP 3093 KREATIF DAN
INOVATIF DALAM PENGAJARAN
SENI VISUAL

PENDIDIKAN

Be Creative

BE EXTRAORDINARY
Apa Itu Pendidikan

Dalam pengertiannya yang luas, pendidikan dipahami sebagai proses di mana pengetahuan,
kebiasaan, adat dan nilai masyarakat disebarkan ke generasi berikutnya. Pendidikan berasal
dari bahasa Latin pendidik yang bermaksud 'mengekstrak', 'mengekstrak',
dan mendidik yang bermaksud 'membentuk', 'memberi petunjuk'. Pendidikan juga
merangkumi asimilasi dan praktik norma-norma kesopanan, kelezatan dan kesopanan. Oleh
itu, dalam bahasa popular, amalan tabiat sosialisasi ini digambarkan sebagai
tanda pendidikan yang baik .Dari segi teknikal, pendidikan adalah proses sistematik
pengembangan fizikal, intelektual dan akhlak manusia, untuk lebih berintegrasi dalam
masyarakat atau dalam kumpulannya sendiri. Iaitu pembelajaran untuk hidup

Jenis Pendidikan

Pendidikan adalah fenomena kehidupan sosial yang universal dan kompleks, sangat
diperlukan untuk kelangsungan budaya. Merangkumi kepelbagaian pengalaman dan
kaedah, yang boleh dapat diringkaskan dalam tiga jenis asas: yang pendidikan tidak
formal itu, bukan - pendidikan formal dan pendidikan formal. Ketiga-tiga jenis ini adalah
yang paling luas, kerana di dalamnya seluruh model model pendidikan berlaku, baik
mengikut sektor, modalitas, bidang pengetahuan, dan lain-lain.

Pendidikan Tidak Formal

Pendidikan tidak rasmi merujuk kepada sistem pendidikan yang bukan negara yang
dikendalikan dan ditaja. Ia tidak membawa kepada sebarang pensijilan dan tidak
berstruktur atau berdasarkan kelas. Sebagai contoh, seorang bapa yang memberikan
pelajaran kepada anaknya untuk membuatnya mahir dalam perniagaan milik keluarga
adalah contoh pendidikan informal. Oleh itu, pendidikan tidak formal adalah suatu sistem
atau proses yang menyampaikan kemahiran atau pengetahuan yang tidak formal atau
diakui oleh negara. Pendidikan ini juga tidak teratur atau berstruktur seperti pendidikan
formal. Pelajaran dari insiden, radio, televisyen, filem, penatua, rakan sebaya, dan ibu bapa
dapat dikelaskan sebagai pendidikan tidak formal. Pembelajaran tidak formal membantu
anak-anak kecil berkembang dan menyesuaikan diri dengan cara dan tradisi masyarakat,
dan mereka belajar menyesuaikan diri dengan alam sekitar dengan cara yang lebih baik.

Pendidikan Formal

Pendidikan yang diperoleh oleh guru-guru terlatih dalam bilik darjah melalui kurikulum
berstruktur dirujuk sebagai sistem pendidikan formal. Pendidikan formal difikirkan dengan
teliti dan disediakan oleh guru yang mempunyai tahap kompetensi asas. Kompetensi ini
diseragamkan melalui latihan formal guru, untuk memberi mereka pensijilan yang mungkin
berbeza di negara-negara yang berbeza. Pendidikan formal disampaikan terutamanya
dalam aliran sains, seni, dan perdagangan moden dengan aliran sains kemudian
dibahagikan kepada sains dan sains perubatan. Di sisi lain, terdapat juga pengkhususan
pengurusan dan perakaunan yang disewa agar pelajar dapat mengikuti pengajian tinggi
selepas menyelesaikan pendidikan formal selama 16 tahun.
Sejarah Dan Latar Belakang Pendidikan Malaysia

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan
formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri
Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India
yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan
yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara
gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan
dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul
menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di
Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem
dan organisasi pendidikan berbentuk formal.

Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris


(1800 hingga 1956)

Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris.
Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu,
SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah
Agama (Madrasah). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor politik,
ekonomi ,sosio-budaya dan agama. Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 ) Waktu
pemerintahan Jepun (1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan
dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah
Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu klasik Jepun dan
Kebudayaan Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah
Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat
semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya.
Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan
pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan. Atas desakan
dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak
Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan
di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang
Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan
orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula

Laporan Laporan Fenn- Ordinan


Barnes 1950 Wu 1951 Pelajaran 1952

Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat


kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum.
Laporan Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar
Cheeseman masing – masing dan lokasi sekolah juga berbeza
mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh
kaum masing – masing.
Dasar Pendidikan
Peringkat Kedua

Penyataan Razak

Diwujudkan apabila Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam pilihan raya pada tahun
1955. Menteri Pelajaran pada ketika itu, Y.B Dato’ Tun Abdul Razak Hussein telah
menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam seistem
pendidikan, dan laporan ini telah dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan –
cadangan penyata ini dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957). Melihat kepada sistem
pendidikan pada ketika itu, Penyata Razak mempunyai beberapa tujuan

Dasar Pendidikan Selepas


Merdeka (Laporan Rahman Talib
1960)

1.Ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Diketuai oleh En. Abdul Rahman Talib,
Menteri Pelajaran pada ketika itu.
2. Dalam usaha untuk mengemas kini dan mengkaji semual syor – syor yang terkandung di
dalam Penyata Razak, maka pada tahun 1959, satu kajian semula diadakan. Hasil daripada
penyemakan inilah, maka Laporan Rahman Talib diwujudkan pada tahun 1960 dan
kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961)

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Latar Belakang

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin


dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu
sistem pendidikankebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi
kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan(Pelajaran) Kebangsaan
melalui Penyata Razak1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar
pendidikanini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman
Talib. Laporan Rahman Talibini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran,
1961.Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam
tahun 1974 untuk mengkaji semula DasarPendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan
berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Laporan Jawatan kuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan lahir atas kesedaran tentang mustahaknya diadakan satu
systempendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah dan bagimem
enuhi kehendak negara. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memenuhi
keperluan tenaga manusia di negara ini untuk jangka pendek dan
panjang,melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin
dan melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh
mencapai kesejahteraan diri danmemberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

Sistem Pendidikan Malaysia

Jenis-Jenis Sekolah Di Malaysia

Maktab Rendah Sains Mara Kolej Vokasional

Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC)


Sumber Rujukan Bertulis

• https://100tahun.upsi.edu.my/
• https://utusantv.com/2021/08/26/upsi
• http://amirulmuen.blogspot.com/2015/11/sejarah-penubuhan-universiti-
pendidikan.html
• https://prezi.com/izd62wruvxos/sejarah-penubuhan-dan-perkembangan-universiti-
pendidikan-sul/
• https://blog.qelola.com/2020/04/23/info-sistem-pendidikan-di-malaysia/
• http://szmf97.blogspot.com/
• https://fatennazrenmanaf.wordpress.com/pendidikan-sekolah-2/jenis-pendidikan/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_digital
• https://sbrnalyardzn.wordpress.com/week-1-reflection/

Rujukan Gambar

Anda mungkin juga menyukai