Anda di halaman 1dari 27

1

Bab 1: Pendahuluan

1.1 Latar Belakang Kajian

Masyarakat Rungus merupakan salah satu kumpulan etnik yang telah mendiami kawasan Kudat,
Marudu, Pitas dan Kota Kinabalu. Menurut Dr. Jacqualine Pugh (1987), institu linguistic
melaporkan bahawa Rungus termasuk dalam bahasa Austronesia keturunan Borneo. Bahasa
tersebut dikenali sebagai moogun, dusun dayak, momogun atau memagun tetapi kadang-kala
turut digelar sebagai Rungus.

Gambar 1: Peta Kudat Sabah

Sumber: http://go2travelmalaysia.com/maps/kudat.htm

Menurut kajian yang dijalankan oleh Hezron Henry (2014), Tenunan Rungus dikenali
sebagai magavol yang memaparkan ketinggian nilai tradisinya berdasarkan teknik pembuatan
dan hiasan motif yang dihasilkan. Kain ini ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh Kaum
Rungus yang mendiami daerah Kudat, Sabah. Proses menenun kain Rungus ini serupa dengan
proses menenun kain tradisi di Sabah. Alat tenunan dipanggil kek sandang belakang (back strap
loom) atau disebut sebagai ‘babaal’ dalam bahasa Rungus. Corak kain ini direka secara berjalur-
jalur tersusun mengikut motif yang berlainan. Kebiasaanya motif tenunan Rungus ini
berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.
2

Menerusi penyelidikan ini,penyelidik akan mencari keindahan yan ada pada penghasilan
tenunan tradisional Rungus Kudat yang merangkumi proses penghasilan tenunan, motif yang
digunakan serta makna yang ada pada tenunan tradisional tersebut. Etnik Rungus terkenal
dengan seni kebudayaan mereka yang asli, bagai “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”
kerana budaya mereka masih berkekalan dan tidak ditelan zaman. Pakaian tradisional bukan
sahaja menjadi keperluan sebagai fesyen, tetapi juga memaparkan nilai keindahan atau
kecantikan seseorang pemakai etnik ini. Oleh yang demikian, kajian ini penting bagi mengenal
pasti seni keindahan yang diterjemahkan melalui tenunan tradisional yang dihasilkan oleh
masyarakat Rungus Kudat.

Gambar 2: Pakaian Tradisional Etnik Rungus Kudat.

Sumber: http://borneomomogun.blogspot.com/2017/01/pakaian-lelaki-dan-perempuan-
momogun.html

Bagi pakaian tradisional kaum wanita etnik Rungus akan dipenuhi dengan corak dan
motif yang dihasilkan dengan menggunakan manik-manik yang direka sendiri. Pada zaman
dahulu, kaum wanita akan menggunakan pakaian tradisional ini sepanjang masa termasuklah
dalam aktivit kehidupan mereka seperti memasak, mengangkat air, menyulam dan lain-lain.
Namun pada masa kini, pakaian tradisional ini hanya digunakan ketika menyambut sesuatu
perayaan, majlis perkahwinan, kematian atau menjemput ketibaan tetamu ke rumah panjang.
3

Bagi pakaian tradisional kaum lelaki etnik Rungus pula kelihatan lebih ringkas
berbanding dengan pakaian tradisional kaum wanita. Ianya hanya memakai baju dan kain sarung
dengan kain panjang dipakai bersilang didada. Kebiasaanya tali pinggang kain yang kaum lelaki
ini gunakan berwarna merah, hijau dan kuning serta sigar sebagai tengkolok di kepala. Pakaian
ini hanya diperagakan ketika melakukan tarian Sumundai Mongigol.

1.2 Penyata Masalah

Rahim (2008) menyatakan bahawa tenunan Rungus semakin jarang dilihat pada masa
kini. Tenunan Momogun Rungus, mangavol merupakan salah satu warisan budaya (seni dan
kraf) suku kaum Momogun Rungus di Sabah. Namun, hanya terdapat beberapa golongan veteran
dan muda yang masih menjalankan kegiatan ini. Warisan ini akan terhapus jika tidak ada
langkah penyelesaian dilakukan. Sehubungan dengan itu, tenunan Rungus kurang popular dalam
kalangan masyarakat Malaysia dan khususnya dalam kalangan generasi muda.

Selain itu, kajian eksplorasi elemen tenunan Rungus dalam rakaan fesyen tempatan juga
kurang dijalankan. Sebagai contoh, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang merupakan
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah telah mendorong pereka fesyen
tempatan di Sabah untuk menggunakan elemen entik Sabah dalam rekaan fesyen dan pakaian.
Elemen dan motif yang ada boleh dimodenkan dan diaplikasikan ke beberapa bahagian dalam
rekaan fesyen (Masidi’s , 2014). Hal ini kerana, motif-motif etnik Sabah mempunyai elemen
yang berpotensi dikomersialkan di eringkat tempatan dan juga antarabangsa. Salah satu etnik
daripada etnik Sabah yang dimaksudkan ialah motif seni tenunan kaum Rungus Kudat dalam
rekaan fesyen dan pakaian.

Kepelbagaian motif dan corak yang terdapat pada seni tenunan entik Rungus semestinya
mempunyai makna dan nilai yang tertentu. Kain tenunan Rungus adalah proses penghasilan yang
memerlukan kepekaan terhadap alam semulajadi yang dijadikan sebagai panduan dalam mereka
mencipta motif. Hasil dari kepekaan itu maka lahirlah kain yang dipenuhi dengan berbagai jenis
motif sebagai ragam hias pada hasil tenunan tersebut. Contohnya kain Tinongkupan yang
4

dihasilkan untuk membuat baju tradisi lelaki memiliki motif yang memenuhi kain tersebut dan
penghasilan kain tersebut adalah amat unik.

1.3 Objektif Kajian

1. Meneroka makna seni tenunan pada pakaian tradisional Kaum Rungus Kudat di Sabah.
2. Menganalisis nilai keindahan motif yang terdapat corak seni tenunan pada pakaian
tradisional Rungus Sabah.
3. Mengenal pasti jenis, motif dan corak tenunan yang terdapat pada pakaian tradisional
Kaum Rungus,

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah makna yang diselitkan disebalik tenunan yang digunakan pada pakaian
tradisional Kaum Rungus Kudat Sabah?
2. Apakah nilai keindahan seni yang diterapkan pada motif dan corak tenunan Kaum
Rungus?
3. Apakah jenis-jenis motif dan corak tenunan pada tenunan tradisional Kaum Rungus?

1.5 Kaedah Kajian

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan sejarah. Kaedah
yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang sahih melalui kaedah temubual dan
pemerhatian terhadap penghasilan motif seni tenunan yang terdapat dalam masyarakat etnik
Rungus Kudat, Sabah bagi memenuhi objektif kajian.
5

1.5.1 Kerangka Teori Kajian

SUBJEKTIF

TEORI
ESTETIK
OBJEKTIF

Rajah 1.1: Teori Estetika oleh Herbert Read

Teori kajian yang akan digunakan oleh pengkaji ialah teori estetika oleh Herbert Read. Teori
estetika Herbert Read yang dipilih oleh pengkaji akan membantu pengkaji menjawap semua
persoalan kajian untuk mengjalankan kajian tentang keindahan motif tenunan pada pakaian
tradisional kaum Rungus, Kudat yang terletak di Sabah.

Dalam teori ini, Herbert Read menjelaskan bahawa pernyataan tentang seni yang sering
disamakan dengan estetika dan keindahan adalah tidak tepat sama sekali. Seni yang merupakan
hasil seni manusia yang turut disebut sebagai unsur-unsur kebudayaan yang tidak semestinya
mempunyai bentuk yang indah sahaja. Iyanya juga perlu mempunyai keunikan tersendiri,
menyeramkan, antic, kontra dan tidak telalu fokus dalam memiliki nilai keindahan tetapi
memiliki impak di hati pengkarya seni itu sendiri. Pada umumnya, orang beranggapan bahawa
yang indah adalah seni atau bahawa seni adalah sesuatu yang indah. Malah sesuatu yang tidak
kelihatan indah pula dianggap sebagai bukan seni. Oleh kerana pandangan seperti ini akan
menyulitkan masyarakat dalam menghargai sesuatu karya seni kerana seni tidak harus selalu
kelihatan indah, menurut pendapat Herbert Read.

Teori estetika ini terbahagi kepada dua iaitu objektif dan subjektif. Teori ibjektif adalah
keindahan atau ciri-ciri yang mewujudkan nilai estetik yang mana sifat keindahan memang telah
sedia ada pada objek yang dilihat. Perkara yang telah tertumpu adalah kepada penekanan
terhadap penghasilan karya seni atau karya yang sedia ada secara semula jadi. Teori subjektif
6

pula menyatakan bahawa ciri-ciri yang menciptakan keindahan suatu benda iaitu tidak berbentuk
dalam keadaan wujud dan hanya ada pada perasaan dalam diri seseorang ketika memerhati
sesuatu benda.

1.5.2 Kerangka Konsep Kajian

T
t
s
i
r
o
e e
a
k
ti

O
j
b e
k
f
n
ti
s
e
J
i
o
m n
a
d

j
b
u
S
a
d
f
e
ti
k
i
l
n
o
M
-
N
n
e
u
t
l
a
y
i
k
r
s
o
c
g
H
.
k
a
d
r
p
t
n
l
s
o
c
e
u
i
k
e n
h
a
a
n
d
p
n
m
u
a
k
a
k
i
n
p
r
t l
a
n
o
i
s
d
f
ti
f
ti
a
k
i
n
u
l
N
-
p
r
t
R
.
s
g
u
a
k
R
m
g
n
i
h
n
e
k
d
a
l
a
n
o
i
s
d
.
s
u
.
n

Rajah 1.2: Kerangka Konseptual

Dalam kajian yang akan dijalankan, teori yang akan diaplikasikan adalah hasil daripada teori
estetika Herbert Read yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada penyelidik. Teori ini
akan dihuraikan mengikut tajuk penyelidik iaitu keindahan seni motif tenunan yang digunakan
pada pakaian tradisional etnik Rungus Kudat di Sabah. Teori estetika akan menjelaskan tentang
keindahan yang terdapat pada seni tenunan dan motif yang dihasil pada pakaian tradisional oleh
7

masyarakat kaum Rungus yang merupakan fokus utama dalam kajian yang akan dijalankan ini.
Disamping itu, jenis motif dan corak yang lain akan melengkapi kajian ini.

Dari konteks teori objektif, nilai estetika yang dapat dilihat dengan jelas adalah daripada
motif yang digunakan pada tenunan yang dihasilkan pada pakaian tradisional etnik Rungus
tersebut. Melalui teori ini, pengkaji akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang keindahan
motif yang terdapat pada hasil tenunan etnik Rungus. Dari aspek subjektifnya pula, pengkaji
akan mengenal pasti dan melihat terhadap motif dan corak yang digunakan bagi menghasilkan
tenunan etnik Rungus pada pakaian tradisional. Seterusnya, pengkaji akan menganalisis makna
keindahan terhadap motif yang digunakan dalam penghasilan seni tenunan etnik Rungus
tersebut.

1.5.3 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga jenis kaedah dalam pengumpulan data.
Antaranya adalah kaedah temu bual, kaedah pustaka, dan juga kaedah analisis.

i) Kaedah Temu Bual

Temubual secara lisan dijalankan bersama individu yang mahir mengenai tenunan
etnik Rungus bagi mendapatkan maklumat secara terperinci. Individu yang akan
ditemu bual adalah Puan Rubangki Binti Mabok.

ii) Kaedah pustaka

Pengkaji menjalankan kajian menerusi pembacaan buku-buku diperpustakaan


sebagai rujukan dalam kajian yang dibuat. Selain itu, menambah pengetahuan
tentang keindahan tenunan entik Rungus di Kudat, Sabah.

iii) Kaedah Analisis Dokumen

Pengkaji mengumpul data bercetak menerusi dokumen, tulisan dan jurnal yang
berkaitan dengan tenunan etnik Rungus di Kudat, Sabah. Kaedah ini dapat
membantu pengkaji memperoleh maklumat yang lebih terperinci datanya
8

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk member ilmu pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat tentang
keindahan seni tenunan entik Rungus yang terdapat di Kudat Sabah. Dalam masa yang sama
juga, kajian ini juga dihasilkan bagi tujuan untuk menjadi salah satu sumber bacaan kepada
pengkaji yang seterusnya yang mana berminat dalam mengetahui tentang keindahan dalam seni
tenunan etnik Rungus Kudat di Sabah. Dengan kajian ini juga dapat mendedahkan tentang salah
satu keindahan seni dalam tenunan kepada golongan masyarakat. Sifat kesedaran juga akan
timbul dalam kalangan masyarakat agar terus menjaga dan memelihara salah satu keunikan dan
keindahan seni yang terdapat di dalam Malaysia ini.

1.7 Batasan Kajian

Dalam kajian yang ingin dijalankan terdapat beberapa fakotr dijadikan batasan iaitu:

1.7.1 Batasan Tempat

Kajian ini hanya melihat penghasilan tenunan entik Rungus di Kudat, Sabah sahaja.

1.7.2 Batasan Kandungan

Kajian akan dijalankan tentang nilai keindahan pada motif yang terdapat pada tenunan
pakaian tradisional. Keindahan ini merangkumi maksud pada jenis motif dan makna yang
digunakan dalam penghasilan tenunan etnik Rungus Kudat di Sabah.

1.7.3 Batasan Informen

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan seorang informan yang berpengalaman


sahaja. Pemilihan informan adalah berdasarkan pengetahuan dan keupayaan mereka
memberikan maklumat yang murni berkaitan dengan penghasilan tenunan dalam etnik
Rungus Kudat di Sabah.
9

Bab 2: Tinjauan Literatur

2.0 Pengenalan

Dengan gelaran “Negeri di Bawah Bayu”, Sabah bukan sahaja kaya dengan warisan kebudayaan
penduduknya tetapi kaya juga dengan keindahan alam semula jadi. Kumpulan etnik yang utama
di Sabah terdiri daripada Kadazan Dusun, Bajau, Irranum, Rungus dan Murut yang tinggal di
kawasan pendalaman dan juga pantai barat Sabah. Keunikan budaya etnik ini sedikit sebanyak
mempengaruhi ekonomi masyarakat di negeri ini. Antara yang dapat diperhatikan ialah melalui
penghasilan kraftangan. Kraftangan yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri seni yang
melambangkan identiti etnik berkenaan. Etnik Rungus merupakan salah satu kaum yang
mempunyai keunikan kain tradisional kerana memiliki corak dan motif yang banyak sebagai
ragam hias dalam kain tersebut. Kain tersebut adalah kain tenunan Rungus. Tenunan adalah
suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng
( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni
tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan
Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada
kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang
strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan China. Antara
barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan
di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut. Di antara tenunan yang paling
terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini
banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain
tenunan beerti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada
benang. Manakala corak pula ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara
bebas. Oleh itu corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga
boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Motif ialah sama
ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora,
fauna, geometrikal dan organik.
10

2.1 Asal-Usul Bangsa Momogun Rungus Sabah.

Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu
penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun, Dayak
Laut,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal
dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan
Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan
Telupid.

Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat
pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama Momogun adalah merujuk kepada nama bangsa
suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh
yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di
rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau
merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di
teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan
sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah Rungus bagi etnik Rungus di Kudat
berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata ‘Ungus’ yang ertinya
dalam bahasa Malaysia adalah pasir. Orang-orang Bajau dan Suluk di daerah Kudat telah
membawa orang-orang Tagbanua atau Iraan dan Idaan iaitu suku orang bukit dari Kepulauan
Palawan di Filipina. Orang-orang Iraan atau orang bukit ini mempunyai bau badan seakan-akan
pasir hamis di pantai. Mereka telah dibawa ke kawasan Kudat dan akhirnya dikenali sebagai
Iraan Rungus. Kata Rungus bererti berbau seperti pasir yang hamis. Justeru inilah suku kaum
Rungus hanya terdapat di daerah Kudat dan terlalu sedikit bilangannya. Pada hari ini,secara
politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum
Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong
dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun. Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa
suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun
Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak. Dayak adalah istilah khusus
bagi penduduk Asli di Kepulauan Borneo.

Masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak luar seperti Sulu dan Brunei
untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar cina, kain cina dan
11

sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri yang mana para pedagang
dari luar tidak dibenarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para
pedagang luar tidak boleh sama sekali menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama
ada untuk penternakan atau pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-
hakam agama Labus (disebut Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan Momogun
Rungus ini merupakan satu sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal ini kerana secara
tradisinya Semenanjung Kudat dan Teluk Bandau telah berkurun lamanya dipertahankan oleh
suku kaum Momogun Rungus.

Upacara Managas sudah 200 tahun tidak dijalankan. Ini kerana penangkapan British
terhadap Aki Tumanggung Karantud di Kudat. Upacara itu dihalang pihak British kerana
upacara itu bercanggah dengan undang-undang British. Managas adalah satu upacara penyucian
negeri Sabah yang dilakukan oleh nenek moyang Momogun Rungus sejak di Nunuk Ragang
pada zaman purba lagi, ia adalah satu upacara korban. Korban Managas bertujuan menyucikan
segala dosa manusia dan sesiapa yang berbuat jahat akan ditimpa wabak penyakit dan pelbagai
malapetaka.Berikutan gagalnya upacara Managas oleh Aki Tumanggung Karantud maka British
terpaksa berpindah di Sandakan kerana wabak penyakit dan pelbagai masalah menimpa pihak
British. Penyakit malaria, tibi, cacar dan kolera menyerang Kudat dengan luar biasa pada waktu
itu kerana upacara Managas gagal dijalankan. Ramai pegawai British menjadi mangsa
disebabkan penyakit itu.

Dari segi sejarah keagamaan Rungus, untuk memanggil semangat Lumaag yang menjaga
Gunung Kinabalu, maka upacara memalu gong selama 40 hari 40 malam perlu dijalankan
dengan tujuan membawa kesejahteraan kepada bangsa Momogun. Upacara Miagung atau
Mitogunggu ini dilakukan dalam kes-kes darurat sahaja sama ada darurat politik, ekonomi atau
sebagainya. Upacara Miagung ini dilakukan oleh kaum lelaki iaitu memalu gong selama 40 hari
40 malam secara berterusan manakala upacara Komburongoh dijalankan oleh kaum wanita
dengan membakar Komburongoh dalam dupa persembahan. Seorang bobolizan rovusan yang
layak akan mengendalikan upacara ini.Upacara Managas ini dilakukan kerana dosa-dosa zina,
curi, penipuan, pembunuhan dan segala bentuk dosa-dosa manusia yang dilakukan dalam tempoh
100 tahun sebelumnya.
12

Gambar 3: Upacara Managas Etnik Rungus

Sumber: http://www.sabah.edu.my/itls07013/agamadankepercayaan_upacara.html

Managas bermakna "melupuskan hutang dosa".Mengikut adat dan pantang larang dalam
upacara Managas ,ia haruslah dilakukan dengan mengorbankan seorang manusia yang masih
teruna atau perawan yang dibeli dari saudagar Brunei dan Sulu. Upacara ini bertujuan untuk
melindungi segala kesalahan bangsa. Korban haruslah teruna atau perawan. Jika korban itu tidak
suci, maka akan berlaku malapetaka yang dashyat kepada pembekal korban tersebut. Dalam
upacara managas manusia yg menjadi korban tidak boleh disebut orang atau manusia tetapi
haruslah disebut sebagai sada tagazo atau panagas. Disebabkan perbuatan dosa manusia maka
korban teramatlah penting. Darah korban ternak hanya mampu menutupi segalah dosa manusia
dalam tempoh 50 tahun dan selepas itu pelupusan hutang dosa harus dibayar dengan nyawa
manusia melalui titisan darah korban managas.

Upacara mamasi bermakna "menyuburkan perjanjian managas" yang dilakukan 50 tahun


lalu. Ia adalah satu upacara mengingatkan kepada Lumaag bahawa perjanjian itu masih terus
dipegang. Dengan memercikkan darah korban di bumi,maka perjanjian telah diperbaharui.
Upacara Mamasi dilakukan pada tahun ke-50 oleh bobolizan rovusan dan korban yang
digunakan ialah khinzir. Setelah perjanjian diperbaharui, maka tiada bencana alam dan penyakit
yang akan menimpa Momogun.Kedua upacara ini dilakukan bagi menebus dosa-dosa dalam
13

tempoh kitaran 100 tahun. Jika bangsa Momogun ditindas dan dianiaya dalam pelbagai bentuk
semasa Momogun tiada pemimpin mereka, maka Lumaag akan melangkahi bumi Momogun dan
akan menaburkan segala bentuk malapetaka. Hal ini dikatakan oleh Bobolizan Guraumanuk
dalam wasiatnya.

Gambar 4: Pakaian Tradisional Kaum Lelaki Rungus

Sumber: https://www.openlearning.com/u/graceevanda/portfolio/?
courseSelected&visibilityFilter=show

Dari segi sejarah tenuan Rungus pula ialah tenunan Rungus dikenali sebagai magavol
yang memaparkan ketinggian nilai tradisinya berdasarkan teknik pembuatan dan hiasan motif
yang dihasilkan. Kain ini ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus yang
mendiami daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan benang kapas. Proses menenun
kain Rungus ini serupa dengan proses menenun kain tradisi di Sabah. Alat tenunan dipanggil kek
sandang belakang (back strap loom) atau disebut ‘babaal’ dalam bahasa Rungus. Warna tradisi
kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai
warna rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun mengikut motif yang
berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-
tumbuhan. Suku kaum Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan
zaman. Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan
menggunakan kapas yang lebih dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat. Suku kaum
14

Rungus memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam
asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna
ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat.
Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan
cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.

Gambar 5: Pakaian Tradisional Wanita Etnik Rungus

Sumber: https://www.openlearning.com/u/graceevanda/portfolio/?
courseSelected&visibilityFilter=show

2.2 Corak motif tenunan yang terdapat dalam pakaian tradisional etnik Rungus Kudat di
Sabah.

Kain tenunan Rungus adalah penghasilan yang memerlukan kepekaan terhadap alam
semulajadi yang dijadikan sebagai panduan dalam mereka mencipta motif dan hasil daripada
kepekaan itu maka lahirlah kain yang dipenuhi dengan berbagai jenis motif sebagai ragam hias
pada hasil tenunan tersebut. Sebagai contoh, kain Tinongkupan yang dihasilkan untuk membuat
15

baju tradisional ini memiliki motif yang memenuhi kain yang diperagakan dengan penghasilan
kain yang unik. Terdapat lebih kurang tiga puluh tiga jenis motif yang terdapat pada kain
tenunan tradisional Rungus. Walau bagaimanapun, motif ini dikategorikan mengikut lima
kategori iaitu berbentuk orang, berbentuk semangat dan hantu, berbentuk binatang,
bersumberkan geometri dan bersumberkan tumbuhan.

Gambar 6: Motif Tenunan Etnik Rungus

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1047-Article%20Text-2419-1-10-
20171219%20(14).pdf

2.2.1Jenis corak motif tenunan dalam pakaian tradisional etnik Rungus Kudat Sabah.

 Benurunsi – bermotifkan siput dan kerang.


 Binongkok – motif bersumberkan imej katak.
 Binorokidung - motif bertemakan jejak ular, istilah lain untuk ini adalah
Rinugading.
 Binugang – motif menyerupai burung.
 Binutuan – motif yang menyerupai jalinan kulit kayu.
 Inansal – motif bersumberkan pagar.
 Inompuling – motif bersumberkan serampang ikan.
 Inugarang – motif menyerupai biawak atau cicak kecil.
 Inumpizos – motif menyerupai ulat bulu.
 Kinadamazam - motif buah kadamazam.
 Kiambang Kiapu – motif bunga kayu.
 Kinulit – motif bertemakan kulit pisang.
 Lijawan – motif paku pakis.
16

 Linimut – bertemakan imej kumbang.


 Linopung – motif bersumberkan ular sawa.
 Linopung do kisorod – motif seperti ular bersirip.
 Livato – motif bersumberkan semangat dan hantu.
 Miniyamban – motif bersumberkan bungkusan kuih.
 Mitotorungak – motif bersumberkan kemasyarakatan iaitu berkelompok.
 Monsimuung – bersumberkan imej semangat atau binatang.
 Pinodkimo – bermotifkan kulit tiram.
 Sinikuvan – bermotifkan buku benang.
 Sinopung – motif berbentuk pyramid.
 Sinubung – motif ukiran kayu yang dicucuk dengan sesuatu benda ditengahnya.
 Sinusuk rabunng – motif pucuk rebung.
 Tinikou Sada – motif ekor ikan.
 Tiningulun – motif bersumberkan bentuk manusia.
 Tinolutug – motif segi empat yang dikelilingi corak segi tiga.
 Tinubou – motif bertemakan burung merak mengigal.
 Tinukad – motif bersumberkan tangga.
 Vinalahan – motif bunga rotan.
 Vinusak – motif bunga-bunga hutan.
 Vinusak Kapok – motif seperti bunga kapok.

2.2.2Makna corak motif tenunan dalam pakaian tradisional etnik Rungus Kudat Sabah.

Bagi kajian makna dan corak motif seni tenunan dalam pakaian tradisional etnik Rungus
Kudat di Sabah. Pengkaji telah memilih beberapa motif tertentu yang banyak dihasilkan oleh
masyarakat Rungus pada masa dahulu. Hal ini dibantu dengan kajian temu bual yang dilakukan
bersama dengan Puan Rubangki Binti Mabok. Beliau merupakan kelahiran daripada keluarga
yang mahir dalam menghasilkan Tenunan Rungus. Ibunya merupakan seorang penenun kain
17

tradisi masyarakat Rungus yang terkenal dan telah mendidik beliau sejak kecil lagi dalam bidang
kemahiran ini.

Motif Sinopung merupakan reka bentuk motif yang menampilkan unsuregarisan


bersilang, berpangkah, tebal dan nipis. Penggunaan manik dalam tenunan ini menghasilkan
kesan jalinan. Ianya juga berbentuk seperti segi tiga, persegi dan bersilang disusun secara rupa
positif dan negatif. Dari segi estetika, prinsip harmoni terhasil daripada susunan bentuk yang
seimbang dan ciri-ciri yang sama. Kesatuan pula terhasil daripada bentuk dan garisan yang
berlainan dan disusun secara berimbang. Imbangan dipaparkan oleh kesepandanan susunan
bentuk secara seimbang antara kiri dan kanan motif. Elemen bermakna pula dikaitkan dengan
pembentukan sudut dan segi yang diaplikasikan daripada pertemuan bumbung rumah tradisional
masyarakat Rungus.

Gambar 7: Motif Sinopung

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1569-Article%20Text-4159-1-10-
20181220%20(3).pdf

Motif Tiningulun merupakan bentuk dan motif yang terdiri daripada unsure segi empat,
segi tiga, persegi dan bulat. Unsur rupanya disusun secara translasi imej dan cerminan sebagai
corak dan dipaparkan secara selari serta lurus. Prinsip kesatuan terhasil akibat gabungan unsure
garisan yang disusun dalam gubahan motif. Elemen bermakna pula dikaitkan dengan
pembentukan imej seperti manusia pada motif. Corak manusia ini adalah diaplikasikan daripada
pahlawan atau pemburu yang merupakan imej yang dominan. Ciri harmoni terhasil daripada
18

pengulangan unsur secara teratur membentuk motif yang menarik. Imbangan terhasil daripada
garisan bersilang pada motif yang mempunyai kesamaan dari kiri dan kanan. Kesepadanan dari
segi berat, tarikan dan tumpuan juga mewujudkan imbangan.

Gambar 8: Motif Tiningulun

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1047-Article%20Text-2419-1-10-
20171219%20(11).pdf

Motif Mitotorungak merupakan reka bentuk dan motif yang menampilkan unsur garisan
bersilang, berpangkah, tebal dan nipis. Bagi unsur bentuknya adalah seperti segi tiga, segi empat,
persegi dan bersilang yang disusun secara rupa positif dan negatif. Prinsip imbangan terhasil
daripada kesepadanan susunan bentuk yang disusun secara seimbang dari kiri, kanan, atas atau di
bawah motif. Prinsip harmoni pula dipaparkan pada pengulangan unsure bentuk segi empat yang
disusun secara teratur membentuk motif yang menarik. Elemen bermakna pula dikaitkan pada
pembentukan motif mitotorungak yang merupakan aplikasi bentuk daripada nilai
kemasyarakatan, iaitu kehidupan secara berkelompok dalam masyarakat Rungus. Kesatuan pula
terhasil akibat gabungan unsur garisan yang disusun dalam gubahan motif.
19

Gambar 9: Motif Mitotorungak

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1569-Article%20Text-4159-1-10-20181220%20(3).pdf

Motif Inugarang merupakan bentuk dan motif yang terdiri daripada unsur segi empat,
bulat, berpangkah dan melengkung. Garisan yang dipaparkan adalah secara selari, lurus, nipis
dan tebal. Bagi unsur pengulangan rupa pula disusun secara translasi imej dan cerminan sebagai
corak. Dalam prinsip kesatuan terhasil akibat gabungan unsur garisan yang disusun dalam
gubahan motif. Unsur keharmonian pula dipaparkan pada pengulangan unsur bentuk segi empat
yang disusun secara teratur membentuk motif yang menarik. Imbangan corak terhasil daripada
kesepadanan dari segi berat tarikan dan juga tumpuan. Garis bersilang pada motif mempunyai
kesamaan dari kiri dan kanan pulang dapat mewujudkan imbangan. Elemen bermakna pula
dikaitkan dengan pembentukan imej seperti biawak kecil atau cicak pada motif. Corak motif
biawak kecil atau cicak ini adalah sumber daripada binatang buruan.

Gambar 10: Motif Inugarang


20

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1047-Article%20Text-2419-1-10-
20171219%20(11).pdf

Motif Vinusak merupakan reka bentuk dan motif yang menampilkam unsur garisan
tebal, nipis, segi empat, melengkung dan bulat. Unsur pengulangan rupa disusunan secara
translasi dan cerminan sebagai corak. Ianya juga mengambarkan motif berbentuk kelopak dan
bunga. Motif ini dihasilkan secara bersilang dan berbentuk berlian di bahagian tengah corak.
Prinsip harmoni terhasil daripada pengulangan unsur seni berbentuk bulat yang disusun secara
teratur membentuk motif yang menarik. Imbangan dipaparkan menerusi kesepadanan susunan
rupa bentuk dan garisan yang membentuk corak yang seimbang di kiri dan kanan atau atas dan di
bawah motif. Elemen bermakna pula terhasil daripada garisan yang bersilang atau berpangkah
dalam motif. Ianya juga melambangkan seorang wanita yang cantik. Selain itu, ia dikatakan
sebagai bunga yang menjadi penawar kepada gigitan binatang berbisa. Kesatuan pula terhasil
daripada gabungan unsur seni garisan dan bentuk yang disusun dalam gubahan motif.

Gambar 11: Motif Vinusak

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1047-Article%20Text-2419-1-10-
20171219%20(11).pdf

Motif Inompuling merupakan bentuk dan motif yang terdiri daripada unsur segi empat,
bersilang dan berpangkah. Unsur pengulangan rupa disusun secara translasi imeh dan garisan
pula secara selari, lurus, nipis serta tebal. Motif ini juga berbentuk cangkuk dan bersilang
21

diantara satu sama lain. Dalam prinsip imbangan terhasil daripada kesepadanan susunan bentuk
yang disusun secara seimbang dari kiri, kanan, atas dan bawah motif. Elemen bermakna pula
dikaitan dengan pembentukan ragam garis yang bersilang yang menghasilkan imej seperti
sangkar pada motif. Reka bentuk motif ini juga mencerminkan gambaran senjata dan alatan
untuk mempertahankan diri. Corak sangkar adalah diaplikasi daripada alatan kehidupan
masyarakat Rungus seperti serampang ikan. Kesatuan pula terhasil akibat gabungan unsure
garisan yang disusun dalam gubahan motif. Prinsip harmoni dipaparkan pada pengulangan unsur
bentuk segi empat yang disusun secara teratur dan membentuk motif yang menarik.

Gambar 12: Motif Inompuling

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1047-Article%20Text-2419-1-10-
20171219%20(11).pdf

Motif Linimut merupakan bentuk dan motif yang terdiri daripada unsur segi empat,
berpangkah dan melengkung. Unsur pengulanagan rupa disusun secara cerminan sebagai corak
dan dipaparkan secara selari, luru, tebal dan nipis. Prinsip harmoni dipaparkan pada pengulangan
unsur bentuk segi empat yang disusun secara teratur membentuk motif yang menarik. Elemen
bermakna pula dikaitan dengan pembentukan ragam garisan yang dihasilkan secara bersilang dan
bertitik pada motif. Corak seperti imej mata adalah diaplikasikan daripada kehidupan semula jadi
seperti seekor kumbang. Dalam kesatuan pula terhasil daripada gabungan unsure garisan yang
disusun dalam gubahan motif. Imbangan terhasil daripada kesepadanan dari segi tarikan dan
tumpuan corak. Garisan bersilang pada motif mempunyai kesamaan dari kiri, kanan, atas atau
bawah motif dan mewujudkan imbangan pada corak.
22

Gambar 13: Motif Linimut

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1569-Article%20Text-4159-1-10-20181220%20(3).pdf

Corak Inumpizos merupakan reka bentuk dan motif yang menampilkan unsur garisan
secara bersilang, berpangkah, melengkung, tebal dan nipis. Unsur bentuk yang dihasilkan pada
corak ini adalah seperti segi tiga, persegi, segi empat, melengkung dan bersilang disusun secara
rupa positif dan negatif. Bagi susun atur corak ini pula disusun secara translasi imej dan
cerminan sebagai corak. Dalam prinsip imbangan pula terhasil daripada kesepadanan susunan
bentuk yang disusun secara seimbang dari kiri, kanan, atas dan bawah motif. Prinsip harmoni
pula dipaparkan pada pengulangan unsur bentuk melengkung yang disusun secara teratur
membentuk motif yang menarik. Elemen bermakna pula dikaitkan dengan pembentukan ragam
garis yang melengkung pada motif.

Gambar 14: Corak Inumpizos

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1569-Article%20Text-4159-1-10-20181220%20(3).pdf
23

Corak Tinubou merupakan bentuk dan motif yang terdiri daripada unsur segi empat , segi
tiga dan berpangkah. Ianya juga merupakan motif yang menggunakan unsur pengulangan rupa
yang disusun secara translasi imej dan cerminan sebagai corak. Garisan yang digunakan juga
menunjukan moit yang selari, lurus, nipis dan tebal. Dalam prinsip harmoni, motif Tinubou
menunjukan unsure bentuk segi epat yang disusun secara teratur membentuk motif yang
menarik. Elemen bermakna pula dikaitkan pada pembentukan motif Tinubou dalam pakaian
yang merupakan aplikasi daripada burung merak yang mengigel. Imbangan terhasil daripada
kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Garis bersilang pada motif mempunyai
kesamaan dari kiri, kanan, atas dan bawah yang mana telah menghasilkan keseimbangan yang
sekata. Hasil daripada unsur garisan yang disusun dalam gubahan motif pula telah menghasilkan
prinsip kesatuan pada motif.

Gambar 15: Corak Tinubou

Sumber: file:///C:/Users/acer/Downloads/1569-Article%20Text-4159-1-10-20181220%20(3).pdf

2.3 Konsep keindah seni corak tenunan pada pakaian tradisional etnik Rungus Kudat di
Sabah.

Konsep keindahan dapat dilihat pada pakaian tradisional etnik Rungus Kudat melalui
hasil seni corak dan motif yang dihasilkan. Hal ini kerana seni motif dan corak tenunan yang
dihasilkan pada pakaian tradisional etnik Rungus ini adalah melalui kepekaan masyarakat itu
sendiri terhadap alam sekitar. Terdapat juga beberapa faktor lain yang telah membantu seni motif
dan corak tenunan ni lebih terlihat indah. Sebagai contoh, budaya dan kehidupan harian,
24

geometri, agama serta kepercayaan masyarakat itu sendiri. Dalam masa yang sama, penggunaan
warna turut membantu dalam proses mengindahkan corak tenunan.

Bagi seni motif dan corak yang dikaji, motif Sinopung dan Inumpizos mempuyai unsur
keindahan yang hampir sama. Hal ini kerana motif-motif tersebut dihasilkan dengan penggunaan
unsur yang sama iaitu geometri. Motif-motif tersebut dihasilkan secara mengikut susunan yang
seimbang dan berulang. Hal tersebut telah membuat motif-motif yang telah dihasilkan dalam
keadaan yang teratur dan kemas. Dalam motif ini, penggunaan warna positif dan negatif yang
seimbang dapat memperjelaskan sifat kesatuan melalui garisan yang dihasilkan secara berlainan
tetapi disusun secara seimbang.

Seterusnya adalah seni motif Tiningulun. Unsur keindahan yang dapat dilihat melalui
motif tersebut adalah keindahan corak berbentuk budaya. Masyarakat Rungus telah
menghasilkan corak Tiningulun ini dalam bentuk figura manusia. Motif tersebut dihasilkan bagi
mencerminkan atau menceritakan sifat pahlawan atau pemburu kepada si pengguna. Susunan
corak yang dihasilkan secara berulang-ulang menghasilkan unsur imbangan pada corak. Dalam
pada masa yang, corak akan kelihat lebih kemas serta menarik tumpuan dan dapat mewujudkan
keindahan pada motif yang dihasilkan.

Bagi seni motif Mitotorungak, motif Vinusak dan motif Inompuling pula mengambarkan
unsur keindahan dari segi geometri dan budaya. Dalam penghasilan motif-motif ini, masyarakat
Rungus telah menggunakan corak geometri yang sama iaitu segi empat, bersilang, berpangkah,
segi tiga dan bulat. Hal ini dapat memaparkan keindahan dari segi keseimbangan menerusi
kesepadanan rupa bentuk dan garisan yang membentuk corak. Namun, perkara yang
membezakan motif ini adalah pembentukan motif dari segi kebudayaan. Bagi bentuk seni motif
Mitotorungak adalah dihasilkan daripada corak yang diaplikasikan daripada nilai
kemasyarakatan yang hidup secara berkelompok. Bentuk seni motif Vinusak pula dihasilkan
mengikut kepercayaan masyarakat Rungus. Motif Vinusak adalah corak motif yang
melambangkan seorang wanita yang cantik. Dalam masa yang sama, mengikut kepercayaan
masyarakat Rungus juga motif ini mampu untuk dijadikan penawar kepada gigitan haiwan yang
berbisa. Bentuk seni motif Inompuling pula dihasilkan dengan mencerminkan gambaran senjata
atau alatan mempertahankan diri oleh masyarakat Rungus. Sebagai contoh, motif Inompuling
25

yang dihasilkan dengan bentuk geometri dengan corak sangkar mengambarkan serampang ikan
yang telah diaplikasi dari alatan kehidupan harian masyarakat Rungus..

Seterusnya adalah seni motif Inugarang, motif Linimut dan motif Tinubou pula
mengambarkan keindahan dari segi geometri dan kepekaan.Bagi motif ini, bentuknya dihasilkan
dalam keadaan corak yang selari dan lurus dengan penggunaan motif yang berulang. Unsur yang
biasa digunakan dalam motif-motif ini adalah terdiri daripada unsure segi empat, berpangkah
dan melengkung.Namun unsur corak yang membezakan motif tersebut ialah dari segi pengaruh
kepekaan terhadap sesuatu perkara. Bagi seni motif Inugarang, masyarakat Rungus telah
menghasilkan carok motir ini dengan berbentuk gambaran seekor biawak kecil atau seekor cicak.
Bagi seni motif Linimut pula, masyarakat Rungus telah menghasilkan corak motif ini dengan
sedikit perbezaan dengan corak motif yang lain iaitu dihasilkan dengan pembentukan ragam
garisan secara bersilang tetapi mempunyai titik. Corak ini telah dihasilkan dengan
mengaplikasikan imej ataupun gambaran mata dalam kehidupan alam semula jadi. Sebagai
contoh, Masyarakat Rungus ini menghasilkan seni corak Linimut dengan member gambaran
seekor kumbang. Bagi seni motif tenunan Tinubou pula, ianya berlainan gambaran kepekaan dan
berbeza dengan seni motif Inugarang dan motif Linimut. Perkara yang membezakannya adalah
corak Tinubou merupakan hasil kepekaan masyarakat Rungus terhadap aplikasi gambaran seekor
burung merak yang sedang mengigel. Namun, unsure keharmonian dalam pengulangan setiap
motif dalam pakaian tradisional etnik Rungus ssecara berkali-kali dan sekata telah mewujudkan
keindahan pada motif yang dihasilkan.

2.4 Kajian-kajian lepas.

Kajian-kajian lepas berkenaan motif tenunan pada pakaian tradisional etnik Rungus tidak banyak
dijalankan namun pengkaji berjaya memperolehi beberapa sumber melalui carian di laman
sesawang. Berdasarkan kajian lepas, didapati dua kajian yang berkenaan dengan tajuk yang ingin
pengkaji kaji.

Berdasarkan kaji lepas daripada Siti Fariza binti Mahfar dan Humin Jusilin bertajuk Reka
Corak dan Simbolisme Motif Pinakol Dalam Pakaian Tradisional Rungus di Sabah pada tahun
2017. Hasil kajian menunjukkan bahawa motif seni manik diilhamkan berlandaskan simbol-
26

simbol tumbuhan, haiwan dan alam. Keunikan identiti dan pemikiran masyarakat Rungus
melalui seni manik harus didokumentasi sebagai satu warisan etnik yang kaya dengan maksud
yang tersirat. Seni tenunan manik diilhamkan daripada pelbagai objek dan alam sekeliling
menjelaskan kreativiti dan pemikiran mereka. Ragam hias dalam rekaan tenunan manik
didominasi dengan objek seperti binatang, manusia, semangat atau hantu, tumbuh-tumbuhan,
geometri dan bentuk senjata. Gambaran ini jelas menunjukkan keakraban mereka terhadap alam
sekeliling dan aktiviti harian.

Seterusnya, berdasarkan kajian lepas kedua daripada Yoon Pui Ling dan Humin Jusilin
bertajuk Ciri Estetika Dalalm Reka Bentuk dan Motif Pakaian Tradisional Golongan Perempuan
Etnik Rungus di Kudat pada tahun 2018. Elemen estetika dalam pakaian tradisional masyarakat
Rungus dapat dikategorikan berdasarkan reka bentuk motif organik dan geometri. Seterusnya,
elemen estetika didominasi oleh unsur flora, fauna, alam sekeliling dan kosmos. Reka bentuk dan
motif pakaian tradisional etnik ini dapat dikaitkan dengan aktiviti kehidupan mereka.

Tetapi kajian saya ini berfokus kepada keindahan motif tenunan pada pakaian tradisional
etnik Rungus Kudat di Sabah. Dalam kajian yang dijalankan ini, pengkaji akan melakukan kajian
tentang makna corak motif tenunan yang digunakan pada pakaian tradisional etnik Rungus dan
menilai keindah dari segi corak tenunan yang dihasilkan oleh masyarakat Rungus pada pakaian
tradisional.

2.5 Rumusan

Secara keseluruhannya, tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti makna
seni motif corak tenunan dan menilai keindah yang diselitkan pada motif yang dihasilkan pada
pakaian etnik Rungus di Kudat. Hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat member manfaat
dan juga menjadi rujukan kepada pelajar serta masyarakat luar untuk lebih memahami tentang
corak dan motif yang dihasilkan oleh masyarakat etnik Rungus. Justeru, pengkaji juga berharap
masyarakat akan lebih terdedah dengan keindah corak motif dan seni kraf ini agar ianya dapat
dikekalkan dan tidak lupus ditelan zaman.
27

Hasil daripada kajian ini, pengkaji mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang
makna dan keindahan berkenaan tenunan yang dihasilkan oleh etnik Rungus pada pakaian
tradisionalnya.

RUJUKAN

https://file:///C:/Users/acer/Downloads/1047-Article%20Text-2419-1-10-20171219%20(6).pdf

https://file:///C:/Users/acer/Downloads/1569-Article%20Text-4159-1-10-20181220%20(1).pdf

Adiguru kraf tenunan rungus puan rubangki mabok. (2017, September 28). INFO

KRAF. https://infokraf.blogspot.com/2017/09/adiguru-kraf-tenunan-rungus-puan.html

Motif tenunan Rungus Sabah. (n.d.). Share and Discover Knowledge on

SlideShare. https://www.slideshare.net/ainanieikhwana97/motif-tenunan-rungus-sabah

Pakaian tradisional rungus - Pdfcoffee.com. (2020, May 1).

pdfcoffee.com. https://pdfcoffee.com/pakaian-tradisional-rungus--pdf-free.html#Hezron+Henry

(n.d.). Welcome to the UNIMAS Institutional Repository - UNIMAS Institutional

Repository. https://ir.unimas.my/id/eprint/21599/1/Rekaan%20fesyen%20wanita%20(24pgs).pdf

https://file:///C:/Users/acer/Downloads/pdfdokumen.com_pakaian-tradisional-rungus-.pdf

(n.d.). KRAF TRADISIONAL TENUNAN. https://sheilaakmar.wordpress.com/

Pakaian tradisional rungus. (2015, October 17). dokumen.tips. https://dokumen.tips/documents/pakaian-

tradisional-rungus.html

Sejarah tenunan rungus. (n.d.). PAKAIAN, KRAFTANGAN DAN SENI MOTIF

RUNGUS. https://runguskrafmotif.blogspot.com/2012/04/sejarah-tenunan-rungus.html

Anda mungkin juga menyukai