Anda di halaman 1dari 4

Wayang Kulit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wayang Kulit. Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka. Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Thailand,Malaysia dan Indonesia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand,Jawa dan disebelah timur dan utara semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokohtokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar. Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.

Wayang Kulit di Malaysia


Rencana utama: Wayang Kulit di Malaysia Di Malaysia sahaja terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia. Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana. Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati. [1] Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa. Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedahPerlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.

Wayang Kulit Siam


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Wayang Kulit Kelantan) Lompat ke: pandu arah, cari Wayang Kulit Siam (atau Wayang Kulit Kelantan) ialah sejenis kesenian wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Ia merupakan salah satu dari empat jenis persembahan wayang kulit yang terdapat di Malaysia. Wayang Kulit Siam telah dikenal pasti sebagai jenis persembahan wayang kulit yang tertua di Malaysia. Selain itu, jenis wayang kulit ini juga adalah yang paling terkenal dan terpenting di Malaysia sejak dari zaman dahulu hingga kini. Suatu ketika dahulu, kesenian Wayang Kulit Siam pernah mendapat sambutan hangat di kalangan orang-orang Melayu sehingga pengaruhnya telah tersebar dari Kelantan ke negeri-negeri jiran seperti Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak. Selain itu, kesenian ini

juga pernah bertapak kukuh di empat buah wilayah di kawasan Selatan Thailand iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla, yang dahulunya merupakan bekas wilayah Kesultanan Melayu Patani.

Etimologi
Gelaran 'Siam' yang diberikan kepada kesenian wayang kulit ini adalah dipercayai merujuk kepada negara Siam (kini Thailand). Sejarah teknik pedalangan Wayang Kulit Siam dipercayai telah dibawa masuk ke Kelantan dari Kemboja melalui Thailand. Maka dari situlah, kesenian ini diberi nama Wayang Kulit Siam. Selain itu, kesenian Wayang Kulit Siam juga dikenali sebagai Wayang Kulit Kelantan kerana sejarah asal-usul wayang kulit itu sendiri bermula di Kelantan. Masyarakat Melayu Patani di selatan Thailand pula menyebut kesenian ini sebagai 'Wayang Kelantan' atau 'Wayang Siam Kelantan' kerana kesenian ini telah dibawa masuk ke negeri Patani dari Kelantan. Di Pahang pula, kesenian ini lebih dikenali sebagai 'Wayang Pahang' yang dipersembahkan oleh orang-orang Melayu Kelantan yang berhijrah ke negeri tersebut.

Asal-usul Wayang Kulit Siam


Sejarah mengenai asal-usul Wayang Kulit Siam masih kabur dan kurang jelas hingga ke hari ini. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan bagi mencari bukti mengenai asalusul kesenian ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori yang telah diutarakan oleh para pengkaji mengenai asal-usul Wayang Kulit Siam. Teori-teori tersebut adalah seperti berikut:Wayang Kulit Siam berasal dari Thailand Satu teori menyebut tentang Wayang Kulit Siam yang dikatakan berasal dari Thailand. Terdapat beberapa bukti yang menyokong teori ini. Di antaranya ialah nama wayang kulit itu sendiri iaitu 'Siam', ialah nama lama bagi negara Thailand. Selain itu, penggunaan bahasa Siam / Thai dalam persembahan Wayang Kulit Siam seperti pengucapan Mantera Maharisi oleh dalang juga menyokong teori tersebut. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati bahawa teknik pedalangan Wayang Kulit Siam sebenarnya berasal dari Kemboja dan telah dibawa masuk ke Kelantan melalui Siam (Thailand). Dengan ini, penggunaan nama 'Wayang Kulit Siam' itu sebenarnya menjelaskan tentang teknik pedalangan kesenian tersebut yang dibawa masuk dari Siam. Penggunaan bahasa Siam / Thai dalam persembahan Wayang Kulit Siam pula hanyalah sekadar pengaruh budaya yang biasa sahaja. Wayang Kulit Siam berasal dari Patani Teori lain menyebut Wayang Kulit Siam berasal dari Patani, bekas negeri kesultanan Melayu di selatan Thailand. Wayang Kulit Siam dikatakan telah berkembang dari Patani

ke Kelantan ketika zaman dimana Kelantan masih berada dibawah pengaruh Kesultanan Patani. Selain itu, bentuk dan corak pakaian pada patung Seri Rama dikatakan ditiru daripada pakaian asal Raja-raja Melayu Patani pada zaman silam. Namun begitu, para pengkaji mendapati bahawa kesenian Wayang Kulit Siam bukan berasal dari Patani, tetapi dari Kelantan. Kesenian ini dipercayai telah berkembang ke Patani ketika zaman dimana Kelantan berada di bawah pengaruh Kesultanan Patani. Dipercayai semua penggiat kesenian Wayang Kulit Siam yang hidup pada zaman tersebut telah mereka bentuk dan corak pakaian pada patung Seri Rama menyerupai pakaian asal Raja-raja Melayu Patani pada zaman silam. Wayang Kulit Siam berasal dari Kelantan Satu lagi teori mengatakan teknik pedalangan Wayang Kulit Siam dibawa masuk ke Kelantan dari Kemboja melalui Thailand. Namun begitu, hasil kajian mendapati bahawa bentuk persembahan Wayang Kulit Siam yang wujud pada hari ini adalah berasal dari Kelantan. Oleh itu, sejarah Wayang Kulit Siam bolehlah dianggap bermula di Kelantan. Ini terbukti apabila sumber-sumber sejarah menyebut Wayang Kulit Siam yang pernah berkembang di negeri Terengganu, Patani, Pahang, Perak dan Kedah adalah dibawa masuk dari Kelantan. Tambahan pula, orang-orang Melayu Patani menyebut kesenian ini sebagai 'Wayang Kelantan' atau 'Wayang Siam Kelantan' di negeri mereka. Selain itu, persembahan Wayang Kulit Siam juga sentiasa disampaikan dalam Bahasa Melayu Kelantan tidak kira di negeri mana sekalipun ianya dipersembahan. Teori ini adalah yang paling popular dan diterima banyak pihak memandangkan terdapat banyak bukti yang ditemui bagi menyokong teori ini.

Wayang Kulit Siam Kini


Pada hari ini, Wayang Kulit Siam hanya boleh ditemui di negeri asalnya iaitu Kelantan dan juga di Terengganu. Persembahan Wayang Kulit Siam dianggap sebagai salah satu seni kebudayaan yang terpenting di negeri Kelantan. Selain itu, kesenian ini juga boleh ditonton di beberapa buah universiti seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), dimana Wayang Kulit Siam telah diajar secara teori dan praktikal kepada para pelajar yang mengambil bidang tertentu. Sementara itu, persembahan Wayang Kulit Siam di negeri Pahang, Kedah, Perak dan Patani telah pun berkubur.

Anda mungkin juga menyukai