Anda di halaman 1dari 12

APRESIASI NASKAH (CA20702)

TAJUK : KRITIKAN SOSIAL DALAM CERITA PUTERI KAYANGAN BATU


PAYUNG

NAMA PENSYARAH : PN. ESTERLINA MOO CHIN LEN BINTI LAZARUS

BIL NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK

1 SITTI BARAINI BC21110080

2 NURASIMA BINTI ALIMALDAN BC21110018

3 NORAFNIEZAH BINTI NASRUN BC21110069

4 ROSNASHAVENA TISUN@NASUN BC21160136


1.0 PENGENALAN

Kritikan sosial merupakan sesuatu analisis dan pemahaman yang dilakukan


terhadap kesusteraan dengan menekankan pemahaman dan penilaian karya sastera
yang wajar. Istilah kritikan ini berasal dari perkataan Yunani Kuno iaitu krites yang
bermaksud hakim. Dalam konteks ini, mengkritik lebih difahami sebagai usaha untuk
menghakimi ataupun memutuskan sama ada nilai positif ataupun negatif sesebuah
karya sastera tersebut. Kritikan sastera pada awalnya bermuda di Barat semasa
keagungan tamadun Greek dan Yunani iaitu sekitar 500 SM. Kritikan sastera di Barat ini
telah semakin berkembang dengan pesat sehingga berjaya menghasilkan pelbagai
teori dan aliran yang menjadi dasar kritikan sastera hingga mempengaruhi corak dan
kegiatan kritikan dalam banyak Negara termasuklah di Malaysia (Hashim Awang, 1988:
102 )

Walau bagaimanapun, menurut tokoh Hashim Awang, sejarah perkembangan


tradisi kritikan moden di Malaysia masih baru dan agak perlahan kerana tidak
mempunyai tradisi kukuh seperti di barat. Menurut Hasihm Awang (1935: 80) kritikan
sastera merupakan satu usaha dalam mempertimbangkan dan menilai karya sastera
secara jujur dan sistematik. Kritikan karya sastera ini juga merupakan sebagai karya
seni mengkritik kelemahan yang ada pada kepelbagaian dalam sastera tersebut.
Perkataan kritikan juga berasal daripada Bahasa yunani kuno yang membawa maksud
hakim. Oleh itu, mengkritik ini merupakan satu usaha untuk menghakimi, memutuskan
nilai baik mahupun buruk sesebuah karya yang telah di hasilkan. Dapatlah dirumuskan
kritikan sastera adalah cabang ilmu saintifik dan merupakan satu kegiatan menghayati
secara total, menganalisis secara interpretif serta melakukan penilaian secara rasional
tentang sesuatu karya. Istilah kesusasteraan adalah penjelasan terhadap kritik sebagai
esei atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil seni. Biasanya sastera
bertujuan untuk menentukan sifat yang dimiliki dan mengikuti akarnya dalam seuatu
ukuran tertentu yang telah di tetapkan atau sering digunakan. Kritikan sastera ini perlu
melibatkan penghayatan, penganalisisan dan penilaian dalam sesebuah karya tersebut.
Proses penghayatan merangkumi apreasasi, pengamatan, pemahaman, tanggapan,

1
perasaan serta pemikiran yang terjelma sebagai reaksi terhadap suatu bacaan. Analisis
konteks dalam kritikan sastera bersifat menghurai, membincang, memkaji dan perlu
mendalami aspek penghayatan. Pengalaman-pengalaman apreasasi yang di jelaskan
dengan mengemukakan bukti, contoh serta hujah yang benar dan munasabah. Kritikan
sastera juga melibatkan proses penilaian berdasarkan penghayatan dan penganalisisan,
seseorang itu dapat memberikan pandangan, bahasan, dan keputusan sama ada karya
tersebut Berjaya dan bermutu atau sebaliknya. Sesebuah penilaian di lakukan hasil
daripada pangamatan, pentafsiran, penganalisisan pertimbangan serta penghakiman
yang rasional tepat dan adil.

Kritikan sosial merujuk kepada satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang
berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita dalam kehidupan
bermasyarakat. Sehubungan dengan itu, kritikan sosial juga merupakan frasa yang
terdiri daripada dua kata iaitu kritik dan sosial. Menurut (H.B Jassin, 1991), kritik
merujuk kepada penerangan dan penghakiman yang disertai dengan huraian dan
pertimbangan baik dan buruknya sesuatu hasil karya. Manakala istilah sosial pula
merujuk kepada segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat ataupun
kemasyarakatan (Poerwadarminto, 1986). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kritikan
sosial merujuk kepada penilain atau kajian tentang keadaan masyarakat pada satu
masa tertentu. Melalui kritikan sosial terdapat tiga perkara yang perlu diambil berat
iaitu menilai, membandingkan dan mengungkapkan mengenai suatu perkara. Namun
setiap perkara tersebut mestilah berkait rapat dengan niali-nilai yang boleh dijadikan
pedoman dalam kehidupam. Dalam konteks ini, kritikan sosial adalah satu tindakan
dalam membandingkan, mengamati dan menilai sesuatu perkembangan secara cermat
tentang kesan baik atau buruk yang perlu ada dalam masyarakat ( Herman J. Waluyo
1987).

Cerita Puteri Kayangan Batu Payung ini merupakan cerita rakyat penduduk
Kampung Batu Payung Tawau yang melibatkan suku kaum Tidung. Cerita ini
mengisahkan kisah cinta Ali dan Puteri Kayangan. Pada zaman dahulu, terdapat
seorang pemuda yang bernama Ali tinggal bersama ibu dan ayahnya di sebuah

2
perkampungan yang bernama Kampung Tinagat. Kampung tersebut mempunyai
bengang sawah padi yang sangat luas. Mereka sekeluarga sangat bahagia tinggal di
kampung yang harmoni itu sambil bekerja sebagai seorang penuai padi. Penduduk
kampung sering menuai padi sambil menyanyi dan bergelak ketawa. Disuatu hari ketika
Ali sedang menghabiskan masa rehatnya dengan berjalan-jalan di sebuah pantai yang
berdekatan dengan kampung mereka, beberapa minit Ali disitu tiba-tiba Ali terdengar
suara perempuan yang sedang bercanda riang sambil bergelak ketawa. Ali pun ingin
tahu dan pergi mencari dimana datangnya suara itu, kemudian Ali ternampak tujuh
orang puteri yang sedang mandi. Dikatakan bahawa ketujuh-tujuh gadis itu berasal dari
kayangan dan di gelar sebagai “jula-juli bintang tujuh”. Ali berhasrat untuk memiliki
salah seorang puteri itu dengan cara menyembunyikan selendang salah seorang dari
ketujuh puteri itu.

3
2.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Penyelidikan kualitatif


merupakan suatu penyelidikan yang menghasilkan dapatan bukan menggunakan
kemudahan prosuder statistik atau kemudahan kuantitatif yang lain (Strauss & Corbin,
1998). Selain itu, Patton (1978) menjelaskan penyelidikan kualitatif sebagai ‘verstehen’
atau pemahaman yang simpatetik dan mendalam. Pendekatan ‘verstehen’ adalah
berdasarkan aplikasi kecerdasan kritikal kepada fenomena tanpa bergantung
sepenuhnya kepada abstraksi representasi numerikal. Penyelidikan kualitatif
menghasilkan data deskriptif yang merangkumi tulisan sendiri seseorang atau
perkataan yang diucapkannya (Bogdan & Taylor 1975). Setiap penyelidikan kualitatif
bertujuan untuk mengkaji fenomena secara mendalam (Johnson 1995). Oleh itu,
penyelidikan kualitatif ialah suatu kajian interpretif mengenai suatu isu atau masalah
yang melibatkan pengkaji menumpukan makna yang dibuat oleh subjek kajian (Banister
et al. 1994). Dalam kajian kami ini, pengkaji akan melakukan secara kualitatif kerana
ianya melibatkan fenomena dalam teks yang melibatkan pengarang dan kisah
pemikiran dalam teks.

Metodologi merupakan perkataan pinjaman perbendaharaan Bahasa Inggeris


‘methodology’. Ia berasal daripada dua gabungan patah perkataan Yunani iaitu
‘metods’ yang bererti jalan atau cara dan ‘logos’ iaitu ilmu. Hasil gabungan perkataan
Yunani ‘metods’ dan ‘logos’ menjadi ‘methodology’ memberikan pengertian suatu “ilmu
tentang cara mengadakan penelitian”. Menurut Kamus Dewan, metodologi bermaksud
“cara melakukan sesuatu dan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang
digunakan dalam sesuatu kegiatan”. Manakala dalam Kamus Oxford ketika
menghuraikan pengertian ‘methodology’ dengan panjang dan lebar, ia memberikan
kesimpulan sebagai “suatu kaedah untuk mengenal pasti sesuatu objek atau
penggunaan masa dan sistem pembelajaran atau mana-mana sistem yang paling efektif
untuk melaksanakan sesuatu aktiviti”.

4
Pengkaji juga telah menggabungkan teknik penyelidikan kepustakaan dan
lapangan bagi menyempurnakan kajian ini. Kajian ini dimulakan dengan menggunakan
teknik yang pertama. Melalui penyelidikan kepustakaan ini, ianya dapat membantu
pengkaji dalam usaha memahami dasar-dasar dan pokok persoalan perbincangan kajian.
Kaedah kajian yang di gunakan terbahagi kepada tiga jenis kaedah iaitu kaedah rujukan
dan penyelidikan saya memilih kaedah ini sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul
maklumat melalui sumber skunder. Melalui kaedah ini kami memperoleh maklumat
yang diolah dan ditafsir serta telah dikemaskini. Untuk menjalankan kaedah ini kami
juga telah melayari internet secara berkali-kali untuk meneliti pelbagai laman sesawang
yang mengandungi maklumat berkenaan kajian. Kaedah kepustakaan ialah kaedah di
mana seseorang mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen rekod.
Keseluruhan data yang diperoleh adalah data yang disediakan oleh pengkaji sebelum ini
atau agensi-agensi tertentu. Pada kebiasaannya, ia merupakan data yang diproses
terlebih dahulu.

Kaedah kepustakaan digunakan ketika pengkaji mencari data-data berhubung


dengan pengertian tajuk. Pengkaji telah mengumpulkan data-data tersebut daripada
dokumentasi dan juga merujuk kepada kajian pengkaji lain. Kaedah kepustakaan
merupakan kaedah yang paling sesuai dalam menghuraikan data-data berkenaan.
Untuk mendapatkan data-data yang diperlukan, pengkaji telah melakukan rujukan
terhadap pelbagai bahan bertulis dan bercetak yang diterbitkan seperti buku, kamus
dan majalah. Rujukan dilakukan di Perpustakaan university Malaysia Sabah. Sumber-
sumber internet juga dirujuk dan digunapakai dalam kajian ini. Manakala dalam bab
metodologi kajian, pengkaji menggunakan teknik kepustakaan dalam mendefinisikan
satu-satu kaedah yang digunakan.

5
3.0 DAPATAN KAJIAN

Kritikan sosial yang dibincangkan dalam kajian ini merujuk kepada watak yang ada
dalam buku cerita yang kami kaji. Sehubungan dengan itu, analisis kritikan sosial akan
meneliti dua aspek kritikan sosial iaitu sosio masyarakat dan sosio ekonomi Kaedah
yang digunakan untuk menjalankan kajian ini. Kaedah tersebut ialah kaedah
kepustakaan.

3.1 Kritikan Dalam Aspek Sosio Masyarakat

Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang hidup bersama-sama secara


berkumpulan atau secara berkelompok. Masyarakat terdiri daripada pelbagai budaya
dan adat masing-masing, setiap keunikan dalam sesebuah masyarakat adalah warisan
daripada nenek moyang pada zaman dahulu. Kehidupan manusia tergolong dalam
kehidupan masyarakat yang tinggal di kampung, tinggal di sebuah bandar atau ada
yang masih tinggal di dalam hutan. Sosio masyarakat ialah persoalan tentang apa
kehidupan yang menjadi rutin dalam sesebuah masyarakat, contohnya seperti dari segi
pekerjaan, perayaan, corak kehidupan manusia dan sebagainya. Menurut Dr. Beni
Ahmad sosio masyarakat ialah terdiri daripada kepelbagaian lapisan masyarakat yang
saling memerlukan antara satu sama lain.

Cerita Puteri kayangan batu payung ini adalah sekumpulan masyarakat yang
tinggal di sebuah kampung, iaitu kampung Tinagat. Suasana di kampung tersebut
dipenuhi dengan sawah padi yang sangat luas. Penduduk kampung di sana saling
bekerja sama antara satu sama untuk bertani. Selain itu, dalam cerita ini juga terdiri
daripada sekumpulan masyarakat yang berasal daripada dunia kayangan. Makhluk
tersebut adalah dipercayai sebagai makhluk halus yang sudah wujud sejak zaman
dahulu. Dalam cerita ini, terdapat tujuh gadis yang sangat cantik dan menawan, tubuh
badannya yang langsing dan berkuasa. Ketujuh-tujuh gadis kayangan dalam cerita
tersebut digelar sebagai “ Juli-juli bintang tujuh”. Watak utama dalam cerita ini ialah Ali

6
yang tidak sengaja mendengar dan melihat gadis kayangan tersebut yang sedang
mandi.

Masyarakat penduduk kampung mengadakan perayaan pesta menuai juga


berserta tarian mengeluk untuk meraihkan hasil tuaian mereka subur dan menghasilkan
tanaman yang baik. Kritikan masyarakat yang terdapat dalam cerita ini ialah,
masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Peristiwa ini dapat kita lihat pada Ali yang
sengaja menyembunyikan pakaian para juli-juli bintang tujuh tersebut.

3.2 Kritikan Dalam Aspek Sosio Ekonomi

Menurut Paul Anthony Samuelson, ekonomi adalah suatu cara yang dipakai oleh
individu atau suatu kelompok dalam memanfaatkan sumber daya yang terbatas.
Sumber daya ini dikelola dengan menghasilkan manfaat yang paling besar untuk
masyarakat. Dengan itu, ekonomi adalah suatu ilmu yang yang dipelajari dengan
menguruskan sumber daya yang terbatas untuk memenuhi keinginan manusia yang
tidak terbatas.

Berdasarkan sosia ekonomi yang terdapat dalam cerita Puteri Kayangan Batu
Payung, masyarakat kampung yang menuai padi. Masyarakat bekerja sebagai petani.
Menurut Anwas ( 1992 :34 ), petani merupakan orang yang melakukan cucuk taman
dari pertaniannya atau memelihara ternak dengan tujuan untuk memperoleh kehidupan
dari kegiatan itu. Masyarakat kampung bekerja sebagai petani iaitu dengan menuai padi.
Dalam cerita Puteri Kayangan Batu Payung, sebelum adanya keberadaan sang puteri di
kampung itu, ekonomi pada masa itu tidak stabil sehingga lah sang puteri dibawah
masuk di kampung oleh Ali kemudian mereka dijodohkan, tuaian padi mereka semakin
meningkat membuahkan hasil yang berlipat kali ganda. Oleh kerana itulah, penghulu
kampung bercadang untuk mengadakan pesta kesyukuran atas tuaian padi yang
semakin baik. Maka dapat kita ketahui mereka menggunakan kepakaran mereka
dengan bekerja sebagai petani dalam mencari rezeki. Kepakaran yang mereka gunakan
adalah bekerjasama dalam menuai padi dan semangat dalam menuai padi bersama

7
dengan sang puteri yang telah membantu kampung mereka. Dengan cara itu, mereka
mencari rezeki dari menuai padi. Selain itu, masyarakat kampung yang bergantung
hidup pada sumber tuaian padi untuk keperluan makanan mereka. Masyarakat
kampung menuai padi untuk keperluan makanan mereka. Tambahan itu, mereka juga
berjualan. Masyarakat kampung tersebut menuai padi untuk berjualan kepada
penduduk lain dan mereka mendapat rezeki juga dari segi perniagaan.

8
4.0 KESIMPULAN

Kritikan sosial yang terdapat dalam sastera sangat penting kerana ia berfungsi sebagai
penyampai mesej kepada pembaca. Menurut ( Agus Wibowo 2008), karya sastera yang
kritis dan imijenatif mampu menjawab setiap persoalan dalam kehidupan manusia.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkritik aspek sosio masyarakat dan aspek sosia
ekonomi msyarakat. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti
Masyarakat terdiri daripada pelbagai budaya dan adat masing-masing, setiap keunikan
dalam sesebuah masyarakat adalah warisan daripada nenek moyang pada zaman
dahulu. Kehidupan manusia tergolong dalam kehidupan masyarakat yang tinggal di
kampung, tinggal di sebuah bandar atau ada yang masih tinggal di dalam hutan. Sosio
masyarakat ialah persoalan tentang apa kehidupan yang menjadi rutin dalam sesebuah
masyarakat, contohnya seperti dari segi pekerjaan, perayaan, corak kehidupan manusia
dan sebagainya. Menurut Dr. Beni Ahmad sosio masyarakat ialah terdiri daripada
kepelbagaian lapisan masyarakat yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Manakala objektif yang kedua pula adalah untuk mengkaji sosia ekonomi yang terdapat
dalam cerita Puteri Kayangan Batu Payung, masyarakat kampung yang menuai padi.
Masyarakat bekerja sebagai petani. Sebelum adanya keberadaan sang puteri di
kampung itu, ekonomi pada masa itu tidak stabil sehingga lah sang puteri dibawah
masuk di kampung oleh Ali kemudian mereka dijodohkan, tuaian padi mereka semakin
meningkat membuahkan hasil yang berlipat kali ganda. Oleh kerana itulah, penghulu
kampung bercadang untuk mengadakan pesta kesyukuran atas tuaian padi yang
semakin baik. Maka dapat kita ketahui mereka menggunakan kepakaran mereka dalam
mencari rezeki.

Kritikan sosial ini berfungsi sebagai medium pengajaran kepada masyarakat. Hal
ini selaras dengan pendapat (Sapardi Djoko Damono, 1984) yang menyatakan bahawa
sastera mencermikan persoalan sosial yang ada di dalam masyarakat, dimana, terdapat
juga pengarang yang mampu menghasilkan kasrya sastera bertujuan untuk mengkritik
sosial masyarakat secara tersurat mahupun tersirat dalam sesebuah karya yang telah
dihasilkan. Kritikan sosial ini juga dapat dijadikan sebagai teguran kepada masyarakat.

9
Sebuah karya sastera yang dihasilkan melalui fenomena sebenar yang berlaku dalam
kehidupan sosial sebuah masyarakat, dimana kritikan sosial yang dilontarkan melalui
karya sastera adalah berdasarkan kepada kehidupan manusia dalam lingkungannya.
Jelaslah bahawa kritikan sosial dalam sastera mampu dijadikan rujukan oleh
masyarakat supaya sentiasa mengambil langkah bijak dalam membuat sesuatu
keputusan dan mampu memberikan nilai moral kepada pembaca. Bukan itu sahaja,
kritikan sosial juga dapat dijadikan medium teguran kepada masyarakat yang
sememangnya wujud dalam sesebuah masyarakat.

10
5.0 RUJUKAN

Agus Wibowo. 2008. Sasterawan dan Kritik Sosial : Jurnal Nasional, Esai Sastera.
Dalam http://Aguswibowo82.blogspot.com/2008/html. Diakses pada 19 May
2016.

Burhan Nurgiyantoro. 2005. Teori Pengkajian Fiksi. Yogyakarta. University Press.

Herman. J. Waluyo. 1987. Teori dan Apresiasi Puisi. Jakarta. Gramedia Pustaka
Utama.

H. B Jassin. 1991. Tifa Penyair dan Daerahnya. Jakarta. CV Haji Masagung.

Poerwadarminto. 1986. Kamus Umum Bahasa Indonesia. Jakarta. Balai Pustaka.

Hashim Awang. 1988. Kritikan Kesusasteraan : Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka,

Izam. 2018 2, 8. Sosio budaya dan agama di Malaysia. Dalam

http://izhamdanfaka.blogspot.com/2017/02/definisi-sosio-budaya.html.

Diakses pada 18 Mei 2016

Thilasni Puniakumaran. 2008. Masyarakat majmuk pengenalan. Dalam

http://thipasha.blogspot.com/. Diakses pada 16 April 2008.

11

Anda mungkin juga menyukai