Anda di halaman 1dari 9

PENULISAN ULASAN ARTIKEL JURNAL

NAMA PELAJAR SITTI BARAINI

NO. MATRIK BC21110080

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN


(SENI KREATIF)

KOD KURSUS AT10603

NAMA KURSUS PENULISAN AKADEMIK

SEKSYEN 3

TAJUK ARTIKEL IMPLIKASI ETIKA PLAGIARISME DAN GHOSTWRITING  DALAM


SEBUAH MASYARAKAT TERBUKA

NAMA PROF MADYA DR MD SAFFIE ABDUL RAHIM


PENSYARAH
1.0 PENGENALAN
Atrikel yang telah dipilih bertajuk “Impilkasi Etika Plagiarisme dan Ghostwriting
Dalam Sebuah  Masyarakat Terbuka”. Artikel ini ditulis oleh Patricia I. Fusch,
Lawrence R. Ness, Janet  M. Booker dan Gene E. Fusch daripada Walden Unversity,
LLC, Minneapolis, MN. Artikel ini juga diambil daripada sebuah jurnal iaitu “Jurnal
Perubahan Sosial”, pada tahun 2017, Jilid 9, Isu 1.

Artikel ini menjelaskan tentang plagiarisme adalah termasuk dalam kesalahan


menipu dan mencuri di samping bertentangan dengan asas etika dan undang-
undang (Brandt, 2002; Smith, 1999). Menurut Christopher Ricks dalam British
Academy Lecturet, plagiarisme adalah perbuatan yang dianggap tidak bermoral
semenjak berkurun lamanya (Goldgar, 2001). Manakala Ghostwriting pula adalah
proses menulis yang mana seseorang itu menuangkan gagasan dalam bentuk tulisan
tetapi dibantu oleh orang lain. Ulasan artikel ini dilakukan dengan  tujuan
mendedahkan serta menekankan implikasi dalam etika dan ghostwriting dalam
sebuah  masyarakat terbuka kini yang lebih bergantung kepada sumber rujukan
internet yang  mengandungi pelbagai jenis artikel yang bersifat formal dan tidak
formal. Hal ini kerana,  pentingnya mengetahui impak dalam plagiarisme dalam
menghasilkan sebuah penulisan esei  berbentuk ilmiah.  Plagiarism menjadi masalah
dalam tetapan akademik dan telah bergerak ke dalam bidang perubatan dan saintifik
serta industri, pembuatan, ketenteraan dan taklimat undang-undang.

Menurut Kamus Dewan, plagiarisme bermaksud "perbuatan  meniru atau


mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya
tersebut sebagai usahanya sendiri". manakala dalam bidang akademik pula,
Plagiarisme yang dilakukan oleh  pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai
penyelewengan akademik dan jika didapati  bersalah, pelaku boleh dikenakan
hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Aktiviti
plagiarisme merupakan salah satu kesalahan yang besar yang boleh  dikenakan
undang-undang tatatertib dibawah seksyen 25 (2) Akta Hakcipta 1987.

Secara keseluruhannya, artikel ini menceritakan, mendedahkan atau


memberitahu bahawa tentang kegiatan plagiarisme semakin berkembang dalam
pelbagai bidang yang ada. Selain itu juga, jika kegiatan plagiarisme  ini semakin

1
berleluasa ianya akan memberikan kesan yang negatif kepada semua pihak. Oleh  
sebab itu, artikel jurnal ini adalah salah satu cara untuk memberikan kesedaran
kepada semua pihak bahawa plagiarisme ini adalah tidak baik dan salah disisi
undang-undang.

2
2.0 ULASAN ARTIKEL

Whedbee (2008), memberikan definisi tiga perkara tentang unsur-unsur plagiarisme

yang terdiri daripada menyalin seluruh badan kerja, menyalin bahagian badan kerja

dan menghuraikan kerja orang lain tanpa petikan yang betul. Menurut pengkaji

(disebut dalam artikel), terdapat peningkatan plagiarisme dan tulisan hantu

(ghostwriter) dalam masyarakat bebas, di mana masyarakat mula melihat bahawa

perbuatan itu biasa dan bukanlah kegiatan jenayah. Walaupun mereka berfikir

bahawa mencuri kerja ataupun idea orang lain bukanlah satu jenayah, tetapi

sebenarnya ianya adalah satu jenayah perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh

orang yang menghina kecerdasan orang lain. Malah, mereka bukan sahaja menghina

kecerdasan orang lain tetapi mereka juga merosakkan reputasi diri mereka sendiri

dan membahayakan integriti mereka sendiri. Masyarakat hanya melihat kesan sama

ada perbuatan itu akan dihukum sebagai suatu perbuatan jenayah apabila jelas

bahawa plagiarisme dan tulisan hantu mempunyai kesan langsung kepada seseorang

tingkah laku moral dan beretika. Pada mulanya, kegiatan plagiarisme ini hanya boleh

dilihat dalam beberapa bidang seperti karya akademik dan pendidikan, tetapi kini ia

bergerak ke arah kawasan yang sebelum ini, tidak mungkin terjejas. Kawasan

tersebut adalah perniagaan, bidang perubatan, ketenteraan dan banyak lagi.

Walaupun plagiarisme akan dihukum sebagai sebahagian daripada jenayah yang

akan dikenakan kegiatan undang-undang. Dalam artikel jurnal yang dihasilkan ini

telah dibincangkan dan diberikan contoh-contoh  sebuah plagiat yang dilakukan oleh

para pelajar dan kandungan boleh dibaca oleh semua pihak serta dapat menelitinya

agar kita tidak  menjadi salah seorang yang memcuri idea atau meniru hasil kerja

orang lain. Salah satu contoh plagiat  yang telah dinyatakan adalah contoh penulis

3
menangani isu editor yang berada di bawah  kekangan masa untuk menerbitkan

karya yang releven dan inovatif.

Perbuatan plagiarisme ini adalah satu jenayah, tetapi implikasi etika akan

mengakibatkan impak yang sangat serius terhadap organisasi, individu, pegawai

perubatan, dan masyarakat terbuka. Jika sebelum ini kesannya jelas diperingkat

pendidikan yang kebanyakannya melibatkan pelajar, kini telah naik peringkat kepada

pemimpin organisasi. Menurut Whedbee (2008), menekankan bahawa kecurian

sastera adalah sinonim untuk Plagiarisme. Kakitangan juga merasakan bahawa

pelajar biasanya tidak melakukan tulisan terbuka di sekolah yang melibatkan

pengisian jawapan yang cukup pendek. Penulisan akademik ini juga merupakan

salah satu masalah kepada pelajar yang begitu sukar untuk membaca buku dan

hanya suka mencari bahan ilmiah melalui internet seperti e-jurnal, buku-buku,

academia dan lain-lain. Penggunaan teknologi merupakan bahan modulasi yang

hebat dimana pelajar mudah untuk mengakses maklumat dengan lebih cepat. Dalam

bidang perubatan pula , plagiarisme ditemui dalam komuniti penyelidikan sistem

maklumatnya. Biasanya editor akan membuat semakan rakan sebaya pada

penerbitan penyelidikan untuk perubatan dan sains. Namun, disebabkan kekangan

masa editor menghadapi dilema etika sama ada untuk memenuhi tarikh penerbitan

atau untuk mengusahakan maklumat tanpa menggunakan plagiarisme daripada

sumber maklumat perubatan yang lain. Selalunya, editor tidak menyemak untuk

plagiarisme. Ini jenis bermasalah kerana mereka lebih suka memastikan penyerahan

tepat pada masanya.

Seterusnya, artikel ini juga menjelaskan tentang tulisan hantu (ghostwriter).

Tulisan hantu didefinisikan atau ditakrifkan sebagai menulis nama orang lain untuk

4
diterbitkan di bawah nama orang lain. Menurut pengkaji, penulis ucapan ialah orang

yang menulis ucapan untuk ahli politik tetapi tidak mendapatnya kredit untuk tulisan

mereka. Ini adalah amalan biasa dalam kalangan pemimpin kerajaan terutamanya

apabila ia adalah untuk acara penting yang melibatkan dasar kerajaan terutamanya

apabila dasar kerajaan utama dibentangkan kepada masyarakat umum seperti

undang-undang utama telah diluluskan atau rang undang-undang kongres yang

penting telah ditandatangani. Berdasarkan artikel, niat Ghostwriting ini sebenarnya

adalah untuk mempersembahkan penyampaian yang paling jelas tentang pemikiran

pemimpin. Tamabahan pula, pemimpin kerajaan telah menggunakan penulis hantu

untuk menulis ucapan selepas peristiwa penting berlaku di ruang awam. Walaupun

niat adalah untuk membentangkan penyampaian yang paling jelas tentang pemikiran

seorang pemimpin, ada yang berpendapat bahawa ia sebaliknya membawa kepada

bergantung kepada orang lain untuk membuat perkara penting yang lebih baik

diserahkan kepada pemimpin untuk menjelaskannya. Namun ghostwriting sebaliknya

menyebabkan pemimpin kerajaan bergantung kepada orang lain untuk membuat

perkara penting. Pemimpin sepatutnya yang mempunyai idea yang lebih baik

jelaskan pemikiran mereka kepada khalayak/orang ramai dan bukan hanya

bergantung pada pemikiran penulis hantu mereka. Ini entah bagaimana bukanlah

amalan terbaik menurut artikel kerana keputusan dibuat oleh mereka yang tidak

bertanggungjawab atas tindakan mereka. Walau bagaimanapun, penulis menyatakan

bahawa pergantungan pada penulisan hantu telah berubah daripada ucapan kepada

pembuatan dasar. Ini paling bermasalah dan menggangu kerana pengaruh yang

tidak wajar terhadap keputusan utama oleh mereka yang tidak bertanggungjawab

atas Tindakan mereka. 

5
Artikel tersebut juga membincangkan bahawa penulisan hantu perlahan-

lahan beralih daripada ucapan presiden kepada perubatan dan bidang saintifik. Sama

seperti bagaimana plagiarisme bergerak dari bidang akademik ke bidang perubatan.

Terdapat jurnal terkenal yang membincangkan tentang perangkap yang membentuk

penulisan hantu yang tidak beretika. Ghostwriter sering mendapat pekerjaan mereka

daripada banyak sumber, dengan itu membolehkan mereka mengulangi tulisan

mereka untuk beberapa kali untuk pelanggan yang berbeza. Ini mungkin tidak

kelihatan bermasalah di permukaan tetapi penyelidik, doktor, dan pesakit menerima

maklumat berat sebelah. Kerana ini, kebanyakan perubatan penerbitan kini

memerlukan ahli akademik untuk mendedahkan penggunaan penulis hantu. Dengan

mengetahui latar belakang penulis hantu maka hanya pembaca yang dapat

menentukan sejauh mana mana-mana yang tidak beretika tingkah laku. Sebaliknya,

kajian lain menjalankan mengatakan bahawa orang berpendapat penulis hantu boleh

diterima dan juga diakui oleh pengarang tetapi hanya di bawah keadaan tertentu.

Akhir sekali, di bahagian kesimpulan pula, penyelidik merumuskan

plagiarisme ini bergantung kepada kemahuan pelajar itu sendiri untuk menghasilkan

sebuah penulisan ilmiah tanpa menyalin dan tampal. Sebagai manusia kita belajar

daripada kesilapan yang dilakukan namun, ianya sewajarnya dijadikan iktibar dan

tidak diulanginya semula kerana ianya memberi impak yang besar dalam komuniti.

6
PENDAPAT PELAJAR

Isu utama yang dibangkitkan oleh para penulis di dalam artikel ini adalah isu

plagiarisme yang semakin berleluasa di dalam pelbagai bidang seperti bidang

pendidikan, bidang perubatan dan bidang keselamatan dan ketenteraan. Pendapat

pelajar mengenai artikel ini adalah penulis menjelaskan beberapa isu berkaitan

implikasi etika plagiarisme dan peningkatan ghostwriting dalam masyarakat bebas

dalam jurnal akademik yang sering terjadi pada masa kini. Dalam artikel ini juga

penulis mendedahkan kesan implikasi etika plagiarisme ini perbuatan mencuri yang

merupakan suatu jenayah dan akan dikenakan tindakan undang-undang. Menurut

saya, isu yang dibincangkan oleh para penulis sangat menarik untuk dijadikan bahan

rujukan dan mempunyai konteks yang mudah difahami oleh masyarakat. Saya juga

sangat bersetuju dengan isu plagiarisme yang perlu diberi perhatian kerana ianya

merupakan isu yang semakin berleluasa dan mempunyai potensi untuk memberi

kesan jangka masa panjang kepada generasi kini mahupun generasi akan datang.

Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab sewajarnya mendisiplinkan diri

untuk tidak melakukan kegiatan tidak baik seperti meniru atau plagiat hasil kerja

orang lain apa lagi bergelar sebagai seorang pelajar atau mahasiswi kerana ianya

sama dengan memperbodohkan diri dan tidak jujur pada diri sendiri sekaligus

masyarakat. Pada pendapat saya juga, artikel ini mampu mengubah pemikiran saya

mahupun orang lain terhadap isu plagiarisme. Melalui artikel ini saya juga dapat

membezakan amalan plagiarisme dan ghostwriting serta maklum kepada impak-

impak negatif yang boleh diperoleh melalui amalan plagiarisme.

7
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya,plagiarisme ini wujud disebabkan oleh kemudahan teknolgi

dan kecanggihan internet yang sedia ada. Hal ini tidak kira terhadap pelajar

mahupun pemimpin di semua organisasi, akan merasa mudah ataupun selesa

dengan adanya kemudahan tersebut. Isu-isu dan informasi penting serta ilmu

pengetahuan yang terdapat di dalam artikel ini sangat berguna dan boleh

diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita. Artikel yang telah saya analisis ini

menjelaskan tentang isu-isu amalan plagiarisme sangat ditekankan begitu juga

dengan amalan ghostwriting. Nyatalah bahawa internat membantu ataupun

menyumbang kepada kemudahan seperti dalam bidang ekonomi,bidang akademik

dan juga bidang perubatan.Kesalahfahaman dalam penggunaan internetlah yang

merupakan faktor-faktor plagiarism berlaku. Artikel yang saya kaji ini dapat

disimpulkan bahawa plagiarism dan ghostwriting merupakan salah satu perbuatan

yang negatif kerana ia bukan sahaja dapat menjejaskan nilai keperibadian

seseorang, tetapi juga dalam bidang pendidikan demi generasi yang akan datang

yang bakal memimpin negara. Oleh yang demikian,plagiarisme harus ditangani

ataupun diatasi dengan segera agar generasi akan datang tidak terpengaruh dalam

plagiarisme melalui aktiviti akademik,perubatan,dan juga ekonomi dan pihak

berkuasa harus menjalankan tugas dengan baik bagi membenteras isu ini.

Anda mungkin juga menyukai