Anda di halaman 1dari 15

CA20702 APRESIASI NASKAH

NAMA SITTI BARAINI

NO. MATRIK BC21110080

TAJUK TUGASAN
BINCANGKAN CIRI, BENTUK DAN FUNGSI
PENGGUNAAN MANTERA DALAM MASYARAKAT
BAJAU: MANTERA PENERANG AKAL,
PENYEMBUHAN DAN BENCANA ALAM

PENSYARAH PN. ESTERLINA MOO CHIN LEN BINTI

LAZARUS
1.0 PENGENALAN

Mantera merupakan bentuk puisi yang paling awal dalam kehidupan

manusia. Mantera ini juga merupakan karangan berangkap yang

menerangkan world-view dan kosmos bagi manusia untuk berhubung

dengan makhluk - makhluk ghaib. Mantera ini menerangkan tentang

pemikiran peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu,

menghayati alam sekitar dan hubungan manusia dengan kehidupan,

sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan

dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya.

Pengucapan mantera ini dijumpai dalam pengalaman dan

kefahaman anutan Hinduisme, Buddhisme, Jainisme, dan Sikhisme yang

mempunyai sungsi, keutamaan dan berbeza jenis. Dalam konteks

Hinduisme, pada asalnya mantera ini merupakan pengucapan atau

kalimat daripada petikan kitab suci Veda yang bertujuan memberikan

kekuasaan atau kesaktian rohani kepada mana-mana pengamalnya.

Namun, makna kalimat ini berubah secara ansur dalam masyarakat

Melayu dan menjadi amalan yang digunakan oleh bomoh, pawang

ataupun dukun untuk keperluan adat dan kepercayaan mistis khususnya

bagi mempengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi

keinginan penuturnya melalui sihir samaada untuk mencegah terjadinya

bencana, menundukkan dan melemahkan musuh atau memikat wanita

mahupun lelaki. Mantera juga digunakan untuk menghalau semangat-

semangat jahat atau berunsur negatif yang menggangu sesebuah

masyarakat melalui kepercayaan tradisi itu sendiri. Mantera ini juga

1
digunakan oleh masyarakat Melayu dalam aktiviti pertanian, perhutanan

dan lain-lain. Misalnya dalam hikayat-hikayat lama terdapat gelaran

untuk pawang seperti Pawang Rusa, Pawang Gajah, Pawang Laut

( Harun Mat Piah 1989, Awang Had Salleh 1964 & Shellabear 1987 ).

Mantera ialah sejenis puisi yang tidak tentu bentuknya, rangkapnya

samaada berangkap ataupun tidak, dan mempunyai rima akhir atau pun

tidak. Jika mantera ini berangkap ianya tidak dapat ditentukab berapa

jumlah baris serangkap dan jumlah perkatan dalam sebaris . Dari segi

bentuk dan struktur, mantera ini sama dengan talibun, teromba dan lain-

lain. Hal ini dikatakan sedemikian kerana ia tergolong sebagai mantera

kerana isinya berfungsi sebagai jampi-jampi yang digunakan untuk

tujuan pengubatan, upacara dan perbomohan ( Harun Mat Piah et al.,

2000 ). Jampi ini lebih sinonim digunakan dalam budaya Melayu.

Mantera ini juga adalah semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi

atau prosa, yang mengandungi tujuan dan konotasi magis, pengubatan

dan perbomohan. Merangkumi semua nama dan jenis pengucapan yang

sama fungsinya seperti jampi, serapah, tawa, sembur, cuca, puja, seru

tangkal dan lain-lain ( Harun Mat Piah 2000 ).

Istilah lain yang digunakan untuk mantera ialah ilmu atau pun

dalam bahasa jawanya ngelmu. Para pengamal yang mempunyai

pelbagai mantera akan digelar sebagai orang berilmu. Sehubungan

dengan itu, timbullah perkataan atau mantera pengasih, penunduk,

pemanis, ilmu kebal dan sebagainya. Menurut Noriah Mohamed, salah

seorang pengkaji mantera menagatakan bahawa jika kita mendengar ita

2
ungkapan “Oh, dia tu berilmu!” ertinya kita harus berwaspada dan

andainya tidak berhati-hati akan mengalami atau menerima kecelakaan

atau musibah. Gambaran ini sering dikaitkan dengan “ilmu putih” dan

“ilmu hitam” (Noriah Mohamed, 2006). Justeru itu, mantera ini

merupakan susunan kata-kata yang mempunyai makna tertentu dan

diujarkan oleh orang yang tertentu berdasarkan niat atau maksud yang

mereka inginkan. Mantera ini juga boleh digunakan dan diucapkan oleh

orang pandai atau pengamalnya berdasarkan konteks masa, tempat dan

lain-lain. Misalnya mantera ini boleh diamalkan apabilaia harus diujarkan,

dimana boleh diucapkan, untuk apa dan bagaimana caranya.

Menurut Hebransyah Usman(2014), aspek elemen puitika

memaparkan mantera adalah karya sastera puisi Melayu tradisional yang

kaya dengan nilai-nilai seni. Manakala dari aspek fungsi pula beliau

mengatakan bahawa sistem perubatan tradisional telah diiktiraf dalam

institusi lembaga adat dan institusi kemasyarakatan di alam kelinci.

Masyarakat Bajau juga turut mewarisi dan mengamalkan mantera

sejak daripada kehidupan nenek moyang lagi. Mantera yang mereka

gunakan ini merupakan kalimat yang telah diturunkan oleh nenek

moyang mereka dan tidak boleh digunakan sesuka hati ataupun sekadar

main-main dan suka-suka. Mantera memaparkan jalinan jalinan yang

amat erat antara kepercayaan, sejarah dan warisan kebudayaan dengan

tingkah laku masyarakat seharian ( Harun Mat Piah,1989: 479).

Terdapat juga kajian yang dilakuakn terhadap mantera yang

menjurus kepada aspek kecantikan wanita Bajau dan kajian-kajian

3
mantera yang telah dilakukan oleh Harun Mat Piah pada tahun 1989 dan

kajian Harun Daud pada tahun 1999, kedua-dua pengkaji ini adalah pada

peringkat doktor falsafah. Dalam kajian ini pula saya menkaji mantera

yang menjurus kepada aspek penyembuhan, penerang akal fikiran, dan

bencana alam yang digunakan oleh masyarakat Bajau.

4
2.0 CIRI DAN BENTUK MANTERA BAJAU

Dalam kajian mantera ini, isinya akan sering menggunakan unsur alam

sebagai lambang kepada sesuatu mantera seper gunung dan laut. Ianya

juga bergantung pada bentuk mantera yang digunkan serta tujuan atau

maksud sebenar mantera. Dalam kajian ini mantera yang digunakan itu

sebagai penarang akal fikiran, penyembuhan, dan bencana alam.

“Mantera penerang akal fikiran”

Bismillahir-rahmanir-rahim

Sipatku sipatullah,

Sipatku manjadi Kallam Allah,

Aku manallang hati kalbi.

Barakat lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasullullah

Bagi mantera penerang akal fikiran ini dari segi bentuknya, mantera ini

mempunyai tiga baris serangkap dan ianya mempunya serangkap sahaja

yang diulang sekali sahaja diikuti dengan ‘barakat’ yang bermaksud kata-

kata pujian ataupun doa seperti mengucap dua kalimah shahadah dan

biasanya ia akan dimulakan dengan basmalah. Mantera ini juga bebas

kerana ianya tidak terikat pada rima akhir, baris, patah perkataan dan

juga rangkap. Bilangan patah perkataan sebaris adalah bebas iaitu dua

ke empat patah perkataan. Dari segi isinya pula, mantera ini

5
mengandungi pengucapan ataupun kalimat yang membawa maksud

kepada penerangan akal fikiran ataupun kebijaksanaa serta

mengandungi unsur atau ungkapan magis seperti ‘manallang hati kalbi’ .

Dari segi bahasa pula mantera ini mengandungi kata-kata yang dapat

memberi kesan gambaran kepada pikiran kita.

“Mantera Penyembuh Demam”

Bismillahir-rahmanir-rahim

Buka buka aku mamukak pasuk,

Kau as as kau kas kas kau sablab,

taliagak Tangkig,

Pasorun dinginnu paluasun pasuknu.

Barakat lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasullullah

Menurut kajian, mantera penyembuhan penyakit ini dari segi bentuknya

mantera ini juga hanya mempunyai satu rangkap sahaja dan mempunyai

empat baris. Bilangan patah perkataan sebaris pula adalah bebas iaitu

dua ke lapan patah perkataan serta rima akhir mantera ini juga bebas.

Dari segi isinya pula, mantera ini mengandungi pengucapan ataupun

kalimat yang menyembuhkan dari demam panas, ianya akan dibaca

sebanyak sekali dan diikuti dengan ‘barakat’ yang bermaksud kata-kata

pujian ataupun doa seperti mengucap dua kalimah shahadah dan

6
biasanya ia akan dimulakan dengan basmalah. Dari segi bahasa pula

mantera ini mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan

gambaran kepada penyembuhan penyakit.

“Mantera Penerang Mata”

Bismillahir-rahmanir-rahim

Nabisahaya,

Tag tahan sahaya,

Ya matanu Ya mataku,

Barakat lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasullullah

Menurut kajian, mantera penerang mata ini dari segi bentuknya sama

seperti mantera pertama dan kedua juga hanya mempunyai satu

rangkap sahaja dan mempunyai empat baris. Bilangan patah perkataan

sebaris pula adalah bebas iaitu satu ke empat patah perkataan serta rima

akhir mantera ini juga bebas. Dari segi isinya pula, mantera ini

mengandungi pengucapan ataupun kalimat yang menyembuhkan dari

penyakit mata, ianya akan dibaca sebanyak sekali dan diikuti dengan

‘barakat’ yang bermaksud kata-kata pujian ataupun doa seperti

mengucap dua kalimah shahadah dan biasanya ia akan dimulakan

dengan basmalah. Dari segi bahasa pula mantera ini mengandungi kata-

kata yang dapat memberi kesan gambaran kepada penyembuhan

penyakit mata.

7
“Mantera Perlindungan dari Ribut Petir”

Bismillahir-rahmanir-rahim

Ajarau kilat auliak mutalim,

Ajarau kilat batu bargantung,

Barakat lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasullullah

Bagi mantera perlindungan dari ribut petir ini merupakan mantera

terlindung dari bencana alam. Dari segi bentuknya, mantera ini

mempunyai dua baris serangkap dan ianya mempunyai serangkap sahaja

yang diulang sekali sahaja diikuti dengan ‘barakat’ yang bermaksud kata-

kata pujian ataupun doa seperti mengucap dua kalimah shahadah dan

biasanya ia akan dimulakan dengan basmalah. Mantera ini juga bebas

kerana ianya tidak terikat pada rima akhir, baris, patah perkataan dan

juga rangkap. Bilangan patah perkataan sebaris adalah bebas iaitu

empat patah perkataan sebaris. Dari segi isinya pula, mantera ini

mengandungi pengucapan ataupun kalimat yang membawa maksud

kepada perlindungan dari bencana alam iaitu ribut petir serta

mengandungi unsur atau ungkapan magis. Dari segi bahasa pula

mantera ini mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan

gambaran kepada hujan lebat, petir dan lain-lain.

8
3.0 FUNGSI MANTERA BAJAU

Menurut kajian, bagi menunjukkan kesejagatan dalam masyarakat Bajau,

aspek yang dilihat dari segi teks sebagai suatu bentuk keseluruhan.

Namun mantera masyarakat bajau ini berbeza-beza mengikut keturunan

sesebuah keluarga kerana mantera ini merupakan mantera yang diwarisi

oleh nenek moyang keluarga itu sendiri. Segelintir masyarakat Bajau

mungkin mempunyai mantera yang sama dan mungkin ada perbezaan

sedikit dari segi pengucapannya. Pemaparan beberapa mantera

memperlihatkan betapa manusia memerlukan suatu kuasa untuk

merubah nasib diri sejajr dengan matlamay yang diingini (Noriah

Mohamed, 2006, P.142). Daripada aspek kata dan frasa yang diteliti,

terdapat kata-kata yang berkaitan dengan agama islam seperti disetiap

permulaan dan pengakhiran mantera akan ada pengucapan basmalah

dan juga barakat yang membawa maksud dua kalimah shahadah yang

ada menyebutkan nama-nama nabi dan Allah.

Menurut analisis ini juga terdapat aspek pemikiran pengamal

mantera iaitu pemikiran tentang agama dan juga alam ghaib. Contoh

seperti mantera penerang akal fikiran berikut;

“Mantera penerang akal fikiran”

Bismillahir-rahmanir-rahim

Sipatku sipatullah,

Sipatku manjadi Kallam Allah,

Aku manallang hati kalbi.

9
Barakat lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasullullah

Mantera ini dihasilkan oleh masyarakat Bajau untuk menerangkan atau

menajamkan fikiran seseorang khususnya bagi pelajar. Hal ini dikatakan

sedemikian kerana mantera ini dapat memudahkan seseorang

memahami ilmu yang diberi dengan lebih cepat ataupun mudah masuk

ke dalam minda. Maksud perkataan “sipatku sipatullah” ini adalah sifatku

ataupun akal adalah sifat Allah, yang merujuk kepada permohonan

kebijaksanaan kepada pencipta dengan cara memohon kepada tuhan

semoga akar fikiran si pengamal menjadi lebih tajam. Bagi perkataan

“Sipatku manjadi Kallam Allah” membawa maksud kebijaksanaan yang

dimiliki Allah dapat diwarisi oleh si pengamal. Seterusnya “Aku manallang

hati kalbi” ini membawa maksud bertujuan untuk menerangkan lagi

pemikiran agar diberi kebijaksanaan dan ilmu yang disampaikan mudah

untuk diterima dan difahami.

Seterusnya, mantera penyembuhan demam panas pula bertujuan

untuk menyembuhkan segala sakit yang berkaitan dengan gejala demam

panas. Mengikut kajian, mantera ini dapat menyembuhkan penyakit

demam dengan lebih berkesan. Contoh mantera seperti berikut;

“Mantera Penyembuh Demam”

Bismillahir-rahmanir-rahim

Buka buka aku mamukak pasuk,

Kau as as kau kas kas kau sablab,

10
taliagak Tangkig,

Pasorun dinginnu paluasun pasuknu.

Barakat lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasullullah

Menurut kajian, maksud bagi “Buka buka aku mamukak pasuk” ini adalah

untuk membuka demam panas segala panas yang dirasa oleh pesakit

yang bertujuan untuk proses menyembuhkan panas demam tersebut.

Manakala perkataan di baris terakhir pula iaitu “Pasorun dinginnu

paluasun pasuknu” ini membawa maksud keluarkan panasmu dan

masukkan sejukmu bagi tujuan menghalau atau memulihkan demam

panas yang dialami pesakit.

Selanjutnya, mantera penerang mata. Mantera ini berfungsi untuk

menyembuhkan segala penyakit mata seperti selaput mata, rabun dan

sebagainya. Contoh mantera seperti berikut;

“Mantera Penerang Mata”

Bismillahir-rahmanir-rahim

Nabisahaya,

Tag tahan sahaya,

Ya matanu Ya mataku,

Barakat lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasullullah

Bagi baris pertama iaitu “Nabisahaya” dan baris kedua iaitu “Tag tahan

11
sahaya” merujuk kepada meminta kepada tuhan untuk menerbit

matahari agar mata si pengamal akan menjadi terang seperti matahari.

Manakala baris ketiga iaitu “Ya matanu Ya mataku ini bermaksud

matamu adalah mataku juga yang merujuk kepada permohonan kepada

tuhan untuk memberi keterangan mata seperti matahari.

Terakhir sekali ialah mantera perlindungan dari bencana alam iaitu

ribut petir. Mantera ini bertujuan untuk mengelakkan terjadinya bencana

alam ribut petir ini terkena ditempat pengamal. Contoh mantera seperti

berikut;

“Mantera Perlindungan dari Ribut Petir”

Bismillahir-rahmanir-rahim

Ajarau kilat auliak mutalim,

Ajarau kilat batu bargantung,

Barakat lailahaillallah

Barakat Muhammad Rasullullah

Menurut kajian, maksud bagi perkataan dibaris pertama iaitu “Ajarau

kilat auliak mutalim” petir tidak akan menjadi kuat ditempat pengamal.

Manakala “Ajarau kilat batu bargantung” bermaksud jika petir terlalu

kuat si pengamal memohon kepada tuhan agar pokok petir tersebut di

kurangkan.

12
4.0 KESIMPULAN

Mantera ini merupakan antara kekayaan seni sastera Melayu tradisi

kerana penggunaannya sangat menonjol dalam kalangan masyarakat

tradisi dahulu kala. Keindahan kata-kata dalam mantera ini yang

berunsur ghaib dapat membuat mantera tersebut terlibat lebih magis

kerana keindahan kata-katanya bukan sahaja terletak pada pilihan kata

serta kalimatnya yang berirama tetapi juga terkandung di dalamnya

falsafah yang sangat baik untuk mewakili pemikiran masyarakat dahulu.

Berdasarkan analisis saya, masyarakat Bajau menggunakan bahasa

ibunda mereka untuk menghasilkan mantera ini sambil menggunakan

unsur alam seperti ‘sahaya’ iaitu matahari. Dalam mantera mereka ini

juga terdapat penggunaan kalimah seperti disetiap permulaan mantera

akan ada basmalah untuk memulakan mantera tersebut, manakala

dipenutupnya pula akan ada kalimat yang dipanggil barakat iaitu kata

pujian kepada tuhan. Hasil kajian ini jelas membuktikan bahawa semua

mantera ini sangat berkesan dan rata-rata responden yang ditemu bual

menyatakan mereka sering menggunakan mantera ini kerana mantera ini

seperti doa permohonan kepada tuhan mengikut maksud setiap mantera

tersebut.

13
5.0 RUJUKAN

Endicott,K.M.(1970).An Analysis of Malay Magic. : Oxford University

Press.

Harun Mat Piah et.al. (2000). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hebransyah Usman. (2014).Mantera dalam perubatan dan perbomohan

Melayu Kerinci:AnalisisFungsi.Universiti Malaya: Akademi Pengajian

Melayu.

Sastera Melayu : Mantera

http://ransnasir.blogspot.com/2012/06/mentera.html

Sitti Lajia Binti Jatullah, 2022 : Pengamal Mantera Bajau. Batu 4 Tawau,

sabah

14

Anda mungkin juga menyukai