Anda di halaman 1dari 34

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah, Tuhan yang


Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Segala puji bagi Allah
kerana memeberikan peluang
kepada penulis untuk menyiapkan
tugasan buku cerita rakyat yang
telah di amanahkan kepada penulis
dengan jayanya. Jutaan apresiasi
penulis tujukan kepada ahi
keluarga penulis yang telah
memberikan sokongan dari segi
kewangan dan sentiasa memahami
keperluan penulis selama
menyiapkan buku ini. Tidak lupa
juga kepada pensyarah penulis
iaitu Puan Esterlina yang telah
memberi bimbingan kepada penulis
untuk menyiapkan tugasan buku ini
selama satu semester. Akhir kata,
Jazakumullahu khairan katsira
DEDIKASI
Hai adik-adik, marilah
membaca kerana
membaca jambatan
ilmu dan amalan yang
sangat mulia
PUTERI KAYANGAN

BATU PAYUNG
Pada zaman dahulu,
terdapat seorang pemuda
yang bernama Ali tinggal
bersama ibu dan ayahnya
di sebuah perkampungan
yang bernama Kampung
Tinagat. Kampung
tersebut mempunyai
bengang sawah padi yang
sangat luas.
Para penduduk
kampung tersebut akan
menjalankan kerja mereka
secara tolong-menolong
sambil bergelak ketawa
dan ada pula yang
menyanyi. Pada suatu
petang, Ali sedang
berjalan-jalan ke sebuah
pantai. Ali ingin
menghabiskan masa
rehatnya dengan
menikmati pemandangan
sebelum senja tiba.
Ali berjalan ditengah
hujan gerimis. Setelah Ali
tiba di pantai tersebut
dia berkata “ wah
cantiknya pantai ini !,
meskipun ia dalam
keadaan mendung” .
Beberapa minit
selepas itu, tiba-tiba Ali
terdengar suara gadis
yang sedang bergelak
ketawa dan bercanda
riang.

Ali pun berkata “ aik


suara siapa itu, lebih aku
pergi melihatnya”. tanpa
berfikir panjang, Ali pun
pergi berjalan ke arah
datang suara itu.

Sesampai sahaja Ali


ditempat tersebut, dia
pun melihat tujuh orang
puteri yang cantik
rupawan sedang mandi
ditebing pantai tersebut.
Ali tercengang kemudian
berkata sambil mengusap-
usap matanya “ wah
cantik ketujuh-tujuh
puteri itu !, dari mana
agaknya mereka datang”.

Dikatakan bahawa
ketujuh-tujuh gadis itu
berasal dari kayangan dan
di gelar sebagai “jula-juli
bintang tujuh”.

Ali berhasrat ingin


mendapatkan puteri
tersebut dan berfikir
bagaimana cara untuk
mendapatkannya.
“ aduhhh… macam aku
mau dapatkan puteri tu
ya, dari tadi aku fikir
tiada satu idea pun
dapat” . Kata Ali sambil
menekan dahinya.

Tiba-tiba Ali pun


tersenyum kerana
mendapat idea yang
sangat bagus. “ haaaa..
apa kata aku sembunyikan
satu pasang baju mereka
dan aku akan tunggu
setelah mereka selesai
mandi, bijak-bijak
HAHAHA “.

Setelah lama berendam


di dalam air ketujuh
puteri itu pun masing-
masing mengambil pakaian
mereka yang terletak di
atas batu yang
berhampiran tempat
mandi mereka.
Namun, salah satu
diantara mereka ada yang
masih tercari-cari
pakainya. Jamabatan
puteri itu pun hampir
padam. Jambatan
tersebut merupakan
pelangi tujuh warna.
Salah satu puteri berkata
“ bagaimana ni bungsu
pakaian kau masih belum
dijumpa, terpaksa la kau
tinggal di bumi kerana
jembatan pun sudah mau
padam”.
Sang puteri bungsu itu
pun putus asa setelah
puas mencari bajunya dan
nekad untuk tinggal
dahulu di bumi dan
berkata “ baiklah, kalau
begitu aku akan tinggal
disini”. Katanya sedih.

Ali pun gembira dan


dengan segera pulang
kerumah untuk
mengambil pakaian ibunya
dan diberi kepada sang
puteri. Ali berkata
“ kamu pakailah dulu baju
ibuku dan marilah tinggal
bersama kami”.

Sesampainya mereka
dirumah, kedua orang tua
Ali terpegun melihat sang
puteri yang dibawa Ali
pulang kerumah. “ Ali,
siapa gadis cantik ini dari
mana kau jumpa dia dan
mengapa engkau bawa dia
kemari” kata ibu. Pada
mulanya Ali diam dan
tidak ingin mengatakan
tetapi atas desakan ibu
dan ayah dia pun
mencerita bagaimana dia
menjumpai sang puteri.

Hari demi hari, rumah


Ali pun menjadi tempat
kunjungan penduduk
kampung kerana
mendapat khabar bahawa
ada seorang puteri cantik
yang tinggal dirumah Ali.

“ Dulu rumah kita ni


sunyi sepi jak, tapi
nampaknya semenjak ada
puteri itu,…rumah kita
sudah menjadi tempat
kunjungan penduduk
kampung kerana ingin
melihat dengan jelas
wajah puteri itu” kata
ibu kepada suami dan
anaknya Ali.

Setelah beberapa
bulan kemudian, Ali pun
berkahwin dengan Sang
puteri atas desakan
keluarga kerana penduduk
kampung mula
beranggapan buruk dengan
kebersamaan Ali dan sang
puteri itu.

Setahun kemudian,
Ali dan sang puteri
dikurniakan seorang anak
perempuan yang sama
cantiknya denga sang ibu.
“ aduhai kecantikan
ibunya turun ke anaknya”
kata ibu Ali tersenyum
gembira.

Tuain padi penduduk


kampung juga
membuahkan hasil yang
berlipat kali ganda sejak
kedatangan sang puteri
kayangan di Kampung
mereka. Penghulu
kampung itu bercadang
ingin mengadakan pesta
kesyukuran menuai padi.
“ saya selaku penghulu
kampung ini ingin
mencadang untuk kita
mengadakan pesta
kesyukurab menuai padi”
katanya penghulu.
Seluruh penduduk
kampung pun bersetuju
dan bersorak gembira.
Keesokkan harinya,
kampung tersebut pun
mengadakan pesta menuai
padi dengan mengadakan
banyak persembahan
seperti tarian mengeluk.
Pak penghulu dan
keluarga Ali meminta agar
Sang puteri ikut menari.
“ Ali kau suruhlah isteri
kau tu menari ibu, ayah,
penghulu dan semua
penduduk ingin
melihatnya menari”.
Tanpa berfikir panjang Ali
pun menyetujuinya dan
meminta agar isterinya
mahu menari.

Awalnya sang isteri


ingin menolak tetapi atas
desakan sang suami dia
pun bersetetu dan
memberikan syarat
kepada suaminya.
“ baik;lah aku akan
menari tapi dengan kau
kembalikan pakaian ku
yang kau curi dahulu
untuk ku pakai menari”
kata Sang puteri. Ali pun
bersetuju dan mengambil
pakaian tersebut.

Setelah sang puteri


menari dengan limbayan
yang lembut gemalai,
tanpa disadari kaki sang
puteri mula terangkat
dari lantai pentas dan
tidak boleh turun. Pesta
tersebut menjadi huru-
hara apabila sang puteri
terbang makin tinggi.

Ali terus mengejar sang


puteri sehingga sang
puteri itu berdiri di atas
batu yang berbentuk
payung. Ali pun merayu
isterinya agar turun dan
berkata “ wahai isteri ku
turunlah kau dari atas
batu itu….,aku merayu
padamu isteriku”.

Sehingga Ali pun


mengambil keputusan
untuk menebang batu
berbentuk payung itu
dengan harapan sang
isteri kesayangannya itu
dapat turun.
Namun usaha tersebut
sia-sia kerana sang isteri
semakin naik sehingga ke
atas langit dan tidak
ternampakkan lagi.
Sebelum puteri naik dia
sempat berpesan kepada
suaminya. “ suamiku jika
anak kita menangis
bawalah dia ke sungai
sibuku” kata sang puteri.

Ali pun menangis dan


pasrah menerima takdir.
Mereka sekeluarga pun
pulang kerumah dengan
berhati sedih dan
berharap dapat
membesarkan keturunan
sang puteri dengan baik di
bumi.

TAMAT

PENUTUP
Alhamdulillah. Pertama sekali,
tahniah saya ucapkan kerana adik-
adik kerana sampai ke penghujung
buku ini. Semoga apa yang saya
ceritakan dalam buku cerita rakyat
ini disenangi oleh adik-adik sekalian.
Saya ingin meminta maaf atas
sebarang kekurangan dan
kelemahan dalam lukisan, mesej
mahupun cerita rakyat yang telah
saya sampaikan dalam Koleksi
Cerita Kanak-Kanak.

BIBLIOGRAFI

Nama diberi Sitti Baraini berasal dari Tawau,


Sabah. Beliau dilahirkan pada 15 Disember
2001 dan merupakan anak pertama daripada
lima orang adik-beradik. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sk Kem Kabota, Tawau
dan telah menyambung persekolahan sehingga
tingkatan 6 di Smk Kinabutan, Tawau serta
telah menyambung pendidikannya ke
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam
bidang Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan
Kepujian (Seni Kreatif). Buku cerita berjudul
“Koleksi Buku Cerita Kanak-Kanak” ini adalah
karya pertama yang dihasilkan oleh beliau.
Dengan adanya buku ini, beliau berharap agar
buku ini menjadi pilihan pembaca di luar sana
dan turut menyokong karya beliau.

Gagal dan kalah bukan penghalang untuk


tetap semangat dalam mencapai kejayaan,
Tiada kesenangan yang tidak bermula dari
kesusahan.

Teruskan berkarya selagi masih mampu


untuk berfikir,
jangan pernah berhenti ketika menerima
kecaman,
buat apa pun yang kau sukai selagi ia tidak
menganggu orang lain

Seni Memanusiakan Manusia

Anda mungkin juga menyukai