Anda di halaman 1dari 17

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

salam sejahtera.

Yang dihormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana dan

rakan-rakan sekalian.

Pada hari ini saya akan ingin berkongsi satu kisah

menarik yang bertajuk Pinggan untuk Ayah.

Kisah ini berkisar tentang Pak Cik Samad, seorang lelaki

tua yang baru kematian isteri. Dia tinggal bersama

anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta

anak pasangan itu, Mira yang baru berusia 8 tahun.

Keadaan Pak Cik Samad agak uzur, jari-jemarinya


sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari

semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka

makan malam bersama. Pak Cik Samad berasa kurang

selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia berasa

amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Dia gemar

bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup

sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa

dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan

begitu di depan anak menantu, kawan-kawan tetapi dia

gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling

menantu, seleranya patah. Tatkala dia mencapai gelas


minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !!

Bertaburan kaca di lantai. Pak Cik Samad serba salah. Dia

bangun dan cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan

melarangnya. Rina menarik muka masam mencuka. Mira

pula kasihan melihat datuknya, tapi dia hanya mampu

melihat.

"Esok, ayah tak boleh makan bersama kita," Viva

mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk

menghilangkan diri ke dalam bilik.

Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu

merenung tajam ke dalam mata Arwan. Bagi memenuhi

tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang


rendah, lalu diletakkan di sudut bilik makan. Di situlah

ayahnya menikmati hidangan bersendirian.

Air mata Pak Cik Samad gugur mengenang nasibnya

diperlakukan begitu.

Sejak itu, Pak Cik Samad merasa tidak selesa tinggal di

situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa

makanan. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi

mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak

mahu melukakan hati cucunya.

Suatu malam, Mira terperanjat melihat datuknya makan

menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman

yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-


ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

Mira teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat

papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan

kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap

kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang

pecah. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja,

Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang

bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Arwan

menegur manja anaknya dan bertanya tentang aktiviti

yang sedang Mira lakukan. Dengan manja, Mira

menjawab
"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan

emak. Bila Mira besar nanti, taklah susah cari. Kasihan

ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan kayu untuk atuk"

Arwan terkedu mendengar jawapan anaknya, Perasaan

Rina terusik. Air mata kedua-duanya bergenang. Jawapan

Mira menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti

dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!

Alhamdulillah kawan-kawan.
Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja

makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke

dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Mira

beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan

akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma

tersenyum gembira kerana dapat duduk bersebelahan

datuknya di meja makan. Pak Cik Samad pula tidak tahu

kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

Begitulah kawan-kawan,

Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa

kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi,


berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung

badan.

Sekian, terima kasih.

Kerana Manisnya Epal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

salam sejahtera.

Yang dihormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana dan

rakan-rakan sekalian.

Pada hari ini saya akan ingin berkongsi satu kisah

menarik yang bertajuk ‘Kerana Manisnya Epal’.


"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya

mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah

saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah," kata Abu

Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai.

Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan.

Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Dia berasal dari

keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi

Muhammad.

Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal

hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum


diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungin ini

rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya.

Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-

tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut. Dia baru

tersedar bahawa dia telah makan epal tanpa izin

tuannya. Abu Salleh bertekad untuk pergi mencari tuan

epal di hulu sungai.

Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke

hulu sambil memerhati sekeliling kalau-kalau ada pokok

epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan.


Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui

sebuah ladang epal.

Abu Salleh terus memasukki ladang epal itu dan

menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh

Abdullah, berasal dari keturunan Imam Hussin, salah

seorang cucu Nabi Muhammad juga. Beliau ialah seorang

yang kuat beribadat dan disegani oleh penduduk di

kawasan itu.
Abu Salleh pun berjumpa Sheikh Abdullah lalu

menceritakan perihal epal tersebut dan memohon agar

menghalalkan epal yang telah dimakan tanpa izin itu.

Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk

beberapa ketika lalu tersenyum. Dia akan memaafkan

Abu Salleh dengan syarat, Abu Salleh bekerja di ladang

epal itu selama 12 tahun.

Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan

menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di

ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama dua belas

tahun dengan penuh amanah dan tanggung jawab.


Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh

sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia

bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu

Salleh.

Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu

Salleh menemui Sheikh Abdullah dam memohon agar

Sheikh Abdullah menghalalkan epal yang telah dimakan

12 tahun yang lalu.

Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh

yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak

muda yang jujur lalu dia mengenakan satu lagi syarat


kepada Abu Salleh. Abu Salleh diminta menikahi anak

gadisnya, Ummu Khair Fatimah yang lumpuh, pekak, buta

dan bisu. Abu Salleh terkejut. Sejenak Abu Salleh

termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah

berdebar-debar. Namun, demi sebuah kemaafan atas

kesalahannya 12 tahun yang lalu, dia bersetuju.

Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan antara

Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malam

perkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin

dan memberi salam kepada isterinya. Sebaik sahaja

isterinya menoleh ke arahnya. Wajah Abu Salleh berubah

kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu

menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah lalu


memberitahu bahawa ada wanita lain di dalam bilik itu

dan bukan isterinya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu.

Sheikh Abdullah tersenyum mendengar kata-kata Abu

Salleh lalu menjawab, Perempuan yang berada di dalam

bilik pengantin itu ialah puterinya Ummu Khair Fatimah.

Sheikh Abdullah mengatakan dia lumpuh kerana kakinya

tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Beliau

mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah

mendengar perkara yang terlarang. dikatakan dia buta

kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan


dikatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan

sesuatu yang sia-sia.

Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah

menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan

mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"

Begitulah, kawan-kawan. Berkat sikap jujur dan amanah,

Allah telah kurniakan kebahagiaan yang tidak ternilai.

Ayuh kita perbaiki diri dan bersikap jujur dalam setiap

perbuatan kita. InsyaAllah akan ada kemanisan

dihujungnya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai