Anda di halaman 1dari 16

Kahwin. Entah berapa ribu kali dia mendengar ayat yang sama. Dan kebanyakkannya dari sang bonda.

Letih? dah tentu dia letih. Belum lagi jawapan yang sama yang sering kali
meniti dibibirnya. Bukan dia tak pernah bercinta tapi semuanya kandas ditengah jalan. Semua berpunca dari sikap lelaki yang hanya jadikan dia tempat persinggahan. Bila dah
jumpa perempuan lain, dirinya ditinggal dengan alasan klise. ' Saya tak cukup baik untuk awak', 'awak terlalu baik untuk saya'. Bullsh*t!

Kenapa tak guna je ayat yang paling mudah. 'Saya tak suka awak. Saya suka orang lain'. Ayat yang simple dan padat. Mudah untuk dia angkat kaki. Lagipun dia bukan perempuan
yang suka terhegeh-hegeh bila orang dah tak nak. Not my level, okay.

Tapi ada sesuatu yang memelikkan. Bonda tak pernah mengesa dia untuk berumahtangga sebelum ni. Namun, sejak dua tahun kebelakangan ini, ayat 'kahwin' tak pernah lekang
dari bibir bonda. Sejak dia memutuskan untuk tinggal di apartment. Dia pulak tak pernah bertanya. Sebab baginya itu hanya keinginan seorang ibu untuk melihat kebahagian
sang anak.

Satu keluhan terbit di bibir mungilnya. Dia bukan belum bersedia nak kahwin. Dia dah cukup bersedia dari segi fizikal dan mental. Zahir batin apatah lagi. Seratus peratus
bersedia. Cuma mana dia nak cari calon suami. Tak mungkin dia main kaut lelaki entah datang dari planet mana untuk dijadikan calon suami. Oh dia belum gila lagi nak buat
macam tu. Dan dia belum terdesak lagi nak kahwin. Walaupun hampir bernanah telinga mendengar ayat tu.

Dia mengeluh lagi. Bila dah fikir tentang kahwin, memang susah nak berhenti. Dan last sekali, dia sendiri yang stress. 'Kila..Kila'

‘Wake up!’kedua tapak tangan dibawa ke pipi. Ditepuk-tepuk lembut pipi gebunya.

Kemudian, kertas putih diatas meja dicapai. Menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi sambil jari telunjuk menekan button putih yang berada disebelahnya.

Tak lama setelah itu, dia mendengar kerusi di depan mejanya ditarik, spontan dia mendongak.

Tergamam seketika.

‘Ya Allah indah sungguh ciptaanMu Ya Allah’

Tak berkelip Syakila menatap wajah lelaki itu. Wajah tampan yang memenuhi ruang mata. Bibir merah menandakan yang lelaki itu tak merokok. Renungan tajam. Autoamtik
keadaan sekeliling menjadi sunyi sepi.

"Hurm...hurm.."

Suara dehaman lelaki itu menyentakkan lamunan Syakila.

"Hurm, maaf. Silakan duduk encik." Bibir tersenyum manis. Menyembunyikan rasa malu kerana tertangkap basah menatap wajah lelaki itu.

"Saya nak buka account bank peribadi." Suara husky lelaki itu mendayu seksi di telinganya.

Suara yang menggoda membuatkan dia mencair seperti aiskrim. Sekarang bukan hanya wajah yang terasa membahang tapi seluruh tubuh.

"Hurm..baik. Serahkan kad pengenalan dan borang yang encik dah isi tadi."

Lelaki itu terus menghulur kertas dan kad pengenalan miliknya. Pantas, kertas dan kad segi empat itu bertukar tangan.

Kad pengenalan itu ditenung seketika. Sebaris nama cukup menarik perhatiannya.

'Daniel Asyraf Iskandar'. Serunya di dalam hati.

Jari-jemari seraya laju menekan huruf-huruf pada papan kekunci. Memindahkan butir peribadi yang diperlukan ke dalam borang yang tertera pada skrin komputer itu.

Baru kali ini, badannya terasa membahang apabila ditatap oleh seorang lelaki. Belum lagi degupan jantungnya yang tak tentu hala dari tadi. Semua yang dilakukan serba tak kena.

"Fokus, Syakila Inara!"

Beberapa minit berperang dengan perasaan sendiri, akhirnya dia berjaya menyelesaikan urusan lelaki itu.

"Okay, encik dah selesai. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami."

Lelaki itu mengangguk sebelum beranjak, dia mengeluar sekeping pemplate dari dalam file yang dipegang. Pelipis Syakila berkerut. Mulut terasa gatal nak bertanya.

"Before I go, I nak bagi pemplate Fitness I. If you free, you can come along, bring your friends too." pemplate yang dipegang itu dihulur kearahnya.

Eh? Walaupun dalam keadaan terpinga-pinga, pemplate itu disambut jua

"In…insyaAllah. Thank you for this." ujar Syakila sambil tersenyum segaris.

Mata masih ralit menatap susuk tubuh lelaki tu. Setiap inchi tubuh lelaki tu diperhatikan oleh Syakila. Sedang ralit memerhati, pandangannya jatuh pada bahagian punggung
lelaki itu. Sangat mengancam! Tangannya terasa gatal untuk menyentuh. Rasa nak cubit-cubit je!.

'Oh gosh, Kila! Sejak bila kau jadi gatal macam ni. Mana prinsip kau tak nak terhegeh-hegeh tu?' suara hati mula berbisik.

'If for this kind type of men. Aku rela jadi penggoda. Aku tak peduli! I want that men! Fullstop!'

'Bonda! Anak bonda dah jumpa calon suami!' ucapnya di dalam hati.

"Woi, Kila fokus kerja. Termenung pulak dia."

Suara teguran itu mengejutkan dirinya, lantas dia menoleh menatap Azreen yang tengah tersengih..

"Ish! Tahulah" Sahutnya perlahan.

Pemplate ditangan terus dimasukkan ke dalam beg tangan miliknya. Sebelum kembali menatap skrin komputer, mata sempat menjeling sekilas keluar mencari figura lelaki itu.
Namun lelaki itu, dah
***

Balik dari tempat kerja,Syakila terus memandu laju ke rumah keluarganya di Seri Kembangan. Dah tiga minggu lebih dia tak berjumpa dengan keluarga tersayang. Kerana rindu,
dia ambil keputusan untuk balik ke rumah keluarganya.

Setengah jam kemudian, dia tiba di depan pintu pagar rumah yang tersergam indah itu. Hon kereta ditekan. Tak lama, pintu pagar itu bergerak terbuka luas. Kereta perlahan
meluncur masuk ke dalam ruang garaj.

"Terima kasih Pak Mat." Jerit Syakila melalui tingkap kereta yang terbuka.

"Sama-sama Kila." Sahut Pak Mat yang tengah berdiri di samping pasu bunga rose itu. Mesti lelaki berusia tu tengah membersihkan laman rumah ni sewaktu dia datang tadi.

Kereta diletak bersebelahan dengan kereta sang ayah. Enjin kereta dimatikan. Beg tangan dikerusi penumpang dicapai sebelum pintu kereta dibuka. Suasana sunyi menyambut
kedatangan dirinya. Itu menandakan yang ayah dengan bonda tengah berada di halaman belakang rumah. Rutin biasa mereka berdua bila waktu petang. Minum petang sambil
mengimbau memori sewaktu bercinta. Jangan terkejut kalau ayah dengan bonda masih romantik seperti waktu muda-muda dulu walaupun dah b erusia. Resepi rumah tangga yang
patut dijadikan contoh dalam kehidupannya bila berumah tangga kelak.

Pintu kereta ditutup. Kemudian, langkah diatur ke halaman belakang rumah. Sampai di samping rumah, mata tertuju kearah pasangan sejoli yang tengah bergelak ketawa di
dalam gazebo itu. Gazebo hasil tangan Encik Hamdan, ayah tercinta. Kononnya berkat gazebo ayah dah bonda berjumpa. Oleh kerana itu, ayah membina gazebo itu dihalaman
belakang rumah.

"Wah...,seronok dating berdua."

Suara Syakila mengejutkan keduanya.

"Oh, my baby girl. Kenapa balik tak bagitahu bonda." Puan Maria bangkit bangun sebelum menapak mendekat.

Anak mata dijuling keatas. Nama panggilan manja dari bonda tak pernah berubah. Kata bonda selagi tak kahwin selagi tu bonda panggil macam tu. Dah tua bangka tapi masih
dipanggil 'baby girl'. Sangat tak sesuai. Tapi dia suka. Itu menandakan yang dia tetap menjadi anak kesayanga bonda ya.

"Kalau Kila bagitahu, tak supriselah namanya bonda ku sayang." Syakila hulur tangan, mencapai tangan sang bonda dan mencium lembut tangan tua itu. Tindakan yang sama
dilakukan pada sang ayah.

"Baru balik kerja?" Soalan sang ayah dijawab dengan anggukan seraya punggung dihenyak di salah satu kerusi kosong. Kuih muih diatas meja membuat perutnya meronta-ronta
minta diisi.

"Ayah mesti balik awal kan hari ni. Sebab tu ada sesi dating berdua." Syakila mengusik sang ayah sambil mengunyah kuih seri muka buatan sang bonda.

"Oh iya, memandangkan Kila dah balik. Ada sesuatu yang bonda nak sampaikan pada Kila."

Syakila menatap curiga wajah sang bonda. Mengunyah kuih selambat yang mungkin sambil menanti ucapan sang bonda.

"Macam nie, Kila kenal Untie Julia?"

Keningnya berkerut tapi Syakila mengangguk jua.

"Bonda dengan Untie Julia rancang nak kenalkan Kila dengan Danny."

"Danny?" Pelipisnya berkerut.

Bonda mengangguk.

"Anak bongsu Untie Julia. Hensome orangnya. Boleh kan Kila tolong bonda, jumpa Danny."

Syakila terkedu. Dia tak tahu nak bagi jawapan apa. Hati berkata iya tapi fikiran berkata tidak. Jadi jawapan mana yang patut dia pilih?

"Errr....kalau Kila tolak boleh tak?" Syakila bertanya. Mencuba nasib. Mana tahu jawapan bonda sama dengan jawapan yang dia perlukan.

"Tak boleh." Laju bonda menjawab.

Air liur ditelan kesat. Aish! Kenapa jawapan bonda seolah tak boleh diubah.

"Ayaahh...." Wajah dipaling menatap wajah ayahnya. Raut wajah berubah sendu memohon pertolongan dari sang ayah. Tapi itupun kalau bernasib baik, ayah dia akan tolong
dan kalau tak...alamatnya dia kena ikut permintaan sang bonda.

"Ayah tak masuk campur."

Hah! Kan. Memang dia tak bernasib baik hari ni.

"Ish, ayah memang."

Encik Hamdan tergelak. Dia suka mengusik anak daranya ini.

"Jadi Kila tak nak tolong bondalah ni. Tak pelah bonda tak paksa. Nanti bonda bagitahu Untie Julia minta batalkan rancangan tu." Puan Maria terus bangun.

Syakila tercegang. Melihat reaksi sang bonda, spontan dia diserbu rasa serba salah. Bukan dia sengaja nak tarik tali tapi....aih. Serba salah dibuatnya.

"Eh..eh.. bonda tunggu!" Tergesa-gesa dia bangkit bangun sebelum mengejar sang bonda yang baru beberapa langkah berjalan. Tangan bonda dipaut sebelum tubuh bonda
dipeluk erat oleh Syakila.

"Ala, bonda nie. Memang suka buat perasaan Kila terumbang-ambing macam kapal kena ombak." Suara manja Syakila mula menerpa gegendang telinga.
"Yelah- yelah Kila tolong bonda. Bila Kila kena jumpa Danny tu." Sambung Syakila bila sang bonda tak bersuara.

"Bondaaaaa...sayang" tubuh bondanya digoyang kekiri dan kekanan. Memujuk versi Syakila.

"Ish! Nanti bonda bagitahu Kila. Dah jom masuk. Badan Kila berbau."

Syakila mencebik.

"Bondaaaaa! Jahat. Tak nak kawan bonda." Pelukan pada tubuh sang bonda dilepaskan. Dia terus mencium-cium bahagian tubuhnya. Mana tahu memang berbau. Yelah dari
tempat kerja dia terus datang sini.

Puan Maria tertawa. Dia terus berpusing, menatap wajah masam Syakila.

Namun sesaat kemudian bibir Syakila tersenyum lebar. Gembira kerana pujukannya berhasil. Ini Syakila Inara, okay. Mesti berhasil!

"Dah-dah jom masuk. Nak dekat maghrib dah ni." Sampuk Encik Hamdan.

Syakilla tersengih. Terus kedua tangan merangkul ayah dan bondanya. Mereka bertiga terus masuk ke dalam rumah.

***

Alunan musik dari telefon bimbit, membuat lelaki itu mengalihkan pandangannya pada telefon di sampingnya.

Melihat nama pemanggil pada skrin telefon, senyuman mula terukir di bibirnya. Tanpa menunggu, dia terus menekan butang hijau pada skrin itu. Kemudian telefon ditekap k e
telinga.

"Hello, sayang."

"Assalamualaikum."

Lelaki itu ketawa.

"Waalaikumsalam. Ada apa mama call Danny? Rindu Danny ea."

Giliran si pemanggil ketawa.

"Mama call ni sebenarnya nak minta tolong dekat Danny."

"Minta tolong apa,ma?" Daniel bangun dan terus berjalan ke sofa two seaters miliknya. Punggung dihenyak pada sofa itu.

"Malam esok Danny free tak?"

Kening Daniel berkerut mengingat jadualnya esok hari.

"Danny free esok mama. Kenapa? Mama nak ajak Danny candle light dinner ke?"

"Daripada mama candle light dinner dengan Danny, baik mama pergi dengan papa. Baru dapat feel macam pasangan muda."

Daniel tertawa lagi.

"Jadi kenapa mama tanya?."

"Mama dengan untie Maria..."

"Untie Maria? Sahabat mama tu ke?" Sampuk Daniel. Dalam ramai-ramai kenalan mamanya hanya Untie Maria yang paling rapat dengan mamanya.

"Hah, betul. Jadi mama dengan untie Maria rancang nak kenalkan Danny dengan Kila."

Mendengar usul sang mama, fikiran Daniel terus tertuju tentang 'perjodohan'. Dia mengeluh dalam diam. Tak mungkin dia mengeluh secara terang-terangan. Takut mama nya
berkecil hati.

"Tapi kenapa tiba-tiba mama buat perancangan macam tu? Danny belum terfikir nak ada pasangan buat masa ni."

"Jadi Danny tolak usul mama ni. Okaylah mama tak paksa. Ma...."

Bila dengar suara mama berubah sendu automatik dia tak sedap hati.

"Eh! Ma...mama..."

"Hello, ma!" Panggil Daniel kuat. Tapi tiada yang menyahut.

Skrin telefon ditenung, panggilan masih berjalan. Tiada tanda-tanda mamanya menutup panggilan telefon. Inilah dia, bila sifat merajuk mama muncul. Sanggup biarkan kredit
telefon habis. Mentang-mentang guna panggilan telefon lalu whatsapp. Suka betul menduga perasaan Daniel.

"Mama sayang...."

Daniel mengeluh sebelum dia kembali bersuara.

"Okay-okay. Pukul berapa Danny kena jumpa Kila?"

"Mama?"

"Hurm."

Bibir tersenyum segaris. Walaupun hanya dehaman tapi dia tahu sang mama dah okay.
"Mama jangan merajuk. Nanti Danny tak boleh tidur. Lagipun Danny dah setuju ni nak jumpa dengan Kila." Pujuk Daniel lagi.

Selang beberapa minit, kedengaran suara ketawa dihujung panggilan. Anak mata dijuling keatas. Dah hafal dengan trick sang ibu.

"Ini barulah anak mama. Tapi Danny jangan mungkir janji ye, mama tak suka."

"No, ma. Danny takkan mungkir janji. I promise." Janji yang diucap tak sepenuhnya dari hati.

"Okay. Nanti mama hantar whatapps dekat Danny. Bye sayang. Selamat malam." Ujar Puan Julia sebelum panggilan ditutup.

"Eh?" Skrin telefon ditenung semula. Kepala digeleng sambil bibir tersenyum kecil. Geli hati dengan gelagat sang ibu.

Telefon bimbit diletakkan diatas meja coffee di depannya. Daniel meraup wajah dengan tapak tangan. Baru beberapa bulan berada di Malaysia, dia dah berdepan dengan hal-hal
yang berkaitan dengan 'perjodohan'. Kalau sebelum ni dia selamba gelakkan orang berkenalan disebabkan perjodohan. Nah sekarang dia tengah alami perkara yang sama. Syabas
dude.

Daniel bangun, kembali ke meja kerja semula. Kertas yang berselerak disusun rapi. Setelah itu, dia berjalan ke arah bilik air. B erdiri depan cermin sebelum pili air diputar. Muka
diraup dengan air beberapa kali. Kemudian tuala bersih dicapai. Dan mengelap wajahnya hingga bersih.

Beberapa minit kemudian, lampu bilik mandi ditutup. Langkah diatur ke katil. Lebih baik dia tidur. Rehatkan diri.

BAB 2

Satu kebiasaan dia dikala cuti terpaksa diganti dengan menemani ayah dengan bonda di airport. Untung bonda dapat suami yang suka berjalan. Ajaklah kemana pun ayah tak
pernah merungut. Lagi seronok dia berjalan. Dan kali nie mereka memilih untuk ke Amsterdam. Melawat Syamil, adik bongsu yang manja.

"Ingat jangan lupa malam ni." Puan Maria bersuara.

"Kila tak lupa bonda. Ini kali kelima bonda ingatkan Kila." Syakila merungut sambil memeluk bonda erat..

Mana taknya dari mula dia masuk kereta, sampailah sekarang hanya ayat itu yang diulang berkali-kali oleh bonda. Sampai tergiang-giang di kotak fikiran.

"Bonda ingatkan sebab Kila tu pelupa orangnya."

Itulah alasan bonda bila Syakila merungut. Rasa dah boleh dijadikan calleringtone pesanan bonda tadi. Ini baru satu pesanan belum lagi bila nak take off nanti. Mesti berderet
pesanan yang muncul.

Tak lama kemudian, kedengaran suara pengumuman penerbangan ke Amsterdam bergema.

"Ingat pesan bonda, jangan.."

"Jangan balik lambat, jaga diri, jaga pergaulan, jangan boros, jangan lupa janji malam ni." Kata-kata bonda dipotong laju oleh Syakila.

Encik Hamdan ketawa kecil. Geli hati melihat gelagat ibu dan anak itu.

Melepaskan pelukan bonda. Kemudian tubuh ayah dipeluk erat.

"Hati-hati ayah, bonda. Nanti balik jangan lupa buah tangan. Kirim salam dekat Syamil. Dapat adik baru pun best. Boleh Kila gomol."

Puk! Belakang Syakila ditampar perlahan oleh bonda. Pantas Syakila mengalih pandang ke belakang. Wajah bonda ditenung semula sambil tersengih menampakkan deretan gigi
putihnya yang tersusun cantik.

"Banyak cantik. Bonda nak cucu bukan anak lagi. Dah bonda dengan ayah nak masuk."

Syakila mengangguk.

"Have are nice trip bonda, ayah. Jangan lupa call bila dah sampai." Langkah diundur setapak sebelum melangkah mendekati palang kaca sambil tangan melambai-lambai
mengikut tingkah bonda.

Pandangan masih dihala kearah ayah dengan bonda yang tengah beratur menunggu giliran. Sekilas melihat pemandangan itu, terbit rasa sedih dihati. Hanya doa yang mengiringi
perjalanan ayah dan bondanya.

Balik dari airport Syakila terus memandu balik ke apartment. Duduk lama rumah keluarga pun bukan boleh apa. Yang ada dia ganggu kerja Pak Mat.

Masuk ke dalam rumah, kaki terus melangkah ke arah dapur. Beg tangan diletakkan diatas island table. Jug berisi air suam dicapai. Air di dalam jug dituang ke dalam gelas bersih.
Tekak terasa haus, padahal tak adalah penat mana. Sambil meneguk air, tangannya meraba mencari keberadaan telefon bimbit.

Keningnya berkerut bila tangan terasa memegang sesuatu seperti kertas. Laju dia mengeluarkan kertas tersebut.

"Rafflesia Fitness & Zumba."

Sesaat kemudian, spontan bayangan lelaki itu muncul. Automatik bibir tersenyum. Agak-agak kalau dia pergi sekarang, boleh ke dia berjumpa dengan lelaki itu.

Kriukk!

Bibir diketap. Baru berangan nak pergi gym tu, perut dah berbunyi. Nampak gayanya minggu depanlah dia pergi intai gym tu.

'Intai gym atau pemilik gym' hatinya berbisik nakal.

Spontan mulutnya tersenyum lagi. Kali ini bertambah lebar. Mula-mula mestilah intai gym dulu, dah lama sikit baru intai tuan gym. Tapi daripada buat sesi intai-mengintai baik
pikat terus. Boleh dia intai setiap hari.
Krukkk!

Sekali lagi perutnya berbunyi.

Haish! Tak habis lagi berangan...kacau sungguh.

Pemplate dimasukkan ke dalam beg tangannya semula. Langkah diatur menghampiri peti ais. Mencari sesuatu yang boleh dimasak. M ujur dia dah topup stok bahan mentah
minggu lepas. Jadi bolehlah dia memasak hari ni. Padahal dia boleh je guna applikasi grabfood or foodpanda. Tapi memandangkan mood memasak dia tengah membara, apa lagi
jomlah kita memasak.

Kurang dari satu jam berperang di dapur, akhirnya siap dua jenis hidangan dan siap untuk dihidang diatas meja. Ayam masak lemak dengan sayur campur. Cukuplah u ntuk hari
ini. Sekadar mengelakkan perut berbunyi.

***

Seorang lelaki berjalan masuk dalam keadaan tergesa-gesa. Kemudian dia menghampiri seseorang yang tengah duduk di sofa sambil menyapu ubat pada luka ditubuhnya.

"Bos are you okay?" Tanya lelaki itu.

"I'm okay. Cuma melecet sikit."

"Err.. bos tak nak pergi klinik ke?"

Lelaki itu menggeleng. Anak mata masih fokus melihat luka dibahagian lengan sebelum beralih ke bahagin lutut. Nasib baik tak luka teruk.

"Hurmm...."

"Aku nak kau gantikan aku malam ni."

"Eh? Maksud bos........

Lelaki tu melopong. Keningnya berkerut cuba memahami maksud Daniel.

"Yes, gantikan aku untuk perjumpaan malam ni. Dan kau tak perlu risau, tak akan kantoi kecuali kau atau aku yang bocorkan. Hanya kau je yang boleh tolong aku, Fairuz.

Air liur ditelan kesat. Dia dilema. Nak tolong bos atau nak selamatkan diri sendiri. Tapi kalau pilih yang kedua, itu cari nahas jawabnya. Sekarang dah la susah nak dapat kerja.
Jadi jangan bual hal.

"Macam mana kalau perempuan tu dah tahu muka bos."

Kedua bahunya dijungkit keatas. "Kalau esok pagi tiba-tiba mama aku muncul bermakna rancangan kita berhasil. Dan kalau sebaliknya, get ready dengar ceramah dari madam
Julia."

Fairuz sembunyi senyum. Teringat kejadian beberapa tahun silam. Satu jam dia kena dengar ceramah dari puan Julia tanpa henti. Belum ditambah lagi dengan hukuman.

"Baik bos." Fairuz menjawab.

"Oh iya, sebelum aku lupa. Meja reserved by my mom dan girl yang kau nak jumpa ni, nama dia Kila. Jangan salah."

Fairuz mengangguk faham. Jujur dia berdebar. Pertama kali dalam hidupnya dia terlibat dalam hal seperti ini. Kalau sebelum ni dia sendiri yang mencari. Namun, malam esok dia
datang sebagai pengganti.

Nafas di hela perlahan sebelum meminta diri. Langkah diatur kearah pintu utama. Membayangkan pertemuan malam ini, automatik badannya terasa semakin lesu.

Melihat kelibat assistant peribadinya menghilang disebalik pintu. Keluhan kecil muncul dibibirnya. Niat untuk membeli hadiah untuk wanita itu berakhir k emalangan. Hadiah tak
dapat, luka yang dia dapat.

Mungkin memang bukan takdirnya untuk bertemu dengan wanita itu malam ini. Ubat yang berselerak diatas meja dimasukkan semula ke dalam peti kecemasan.

Perlahan dia berdiri, langkah diatur perlahan ke arah dapur. Kapas kotor dicampak ke dalam tong sampah.

Tiba-tiba tekaknya terasa haus, gelas di atas rak dicapai sebelum tangan kanan membuka pintu peti ais. Kotak susu perisa coklat diambil. Dituang ke dalam gelas.

Sambil menghirup air coklat, dia melangkah ke arah sofa itu semula. Punggung dihenyak sebelum remote tv dicapai dan butang on ditekan. Lebih baik dia menghibur diri dengan
menonton tv.

***

Pukul 8.00 malam, Syakila dah tercegat di depan pintu restoran yang t ersergam indah. Konsep restoran ala kafe. Anak mata dihala ke ruang dalam. Dia terpaku s eketika melihat
hiasan-hiasan yang memenuhi ruang dalam restoran itu. Dengan photobooth disudut ruangan. Salah satu sebab yang membuat dia semakin excited untuk masuk ke dalam restoran
ini.

Walau pun terasa juga perasaan berdebar tu tapi dia masih boleh bertahan. Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan. Daun pintu ditolak perlahan, sebelum dia melangkah anggun
masuk ke dalam restoran itu.

Masuk saja ke dalam restoran dia terus melangkah menghampiri gadis yang tengah berdiri sambil tersenyum itu.

"Hello." Sapa Syakila. Bibir tersenyum manis.

"Yes miss. Boleh saya bantu?"

"Boleh saya tahu, meja yang ditempah atas nama Puan Julia yang mana satu ya?"

"Sekejap miss. Saya check."


Gadis itu menunduk sambil tangan laju bergerak diatas papan kekunci. Beberapa saat kemudian, gadis itu menegakkan badannya semula.

"Table miss ada dekat tingkat atas. Mari saya hantar miss ke atas." Gadis itu melangkah menghampiri Syakila sebelum berlalu menuju ke tingkat atas.

Syakila mengikut langkah gadis itu sambil melihat pelanggan lain menjamu selera. Seronok tengok gelagat manusia yang beragam. Ditambah dengan suasana persekitaran yang
cantik macam ni, memang seperti hidup dalam cerita dogeng

Sampai di anak tangga terakhir, sekali lagi dia terpegun. Meja makan berada ditengah-tengah dengan dikelilingi oleh cahaya lampu dan taburan bunga rose. Romantik sungguh!
Tak sangka bonda dengan Untie Julia sampai buat semua ni. Sungguh dia terharu.

Suara gadis itu mengembalikan lamunan Syakila kembali ke alam realiti.

"Here your table, miss. Have are sit" Salah satu kerusi ditarik. Seolah menjemput dirinya untuk duduk disitu.

"Thank you." Ujar Syakila sebelum duduk di kerusi itu. Anak mata masih belum puas melihat sekitar. Ditambah dengan layanan yang superb siapa yang tak bertambah terharu.

"Most Welcome, Miss." Balas gadis itu.

"By the way...hidan....

"I'm sorry i'm late."

Kata-kata gadis itu terhenti bila seorang lelaki yang berpakaian kemas tiba-tiba muncul.

'Who is he?' pertanyaan yang kini menjadi persoalan utama dibenak Syakila. Pelipisnya berkerut cuba mengingat, kut-kut mereka pernah bertemu sebelumnya.

Lelaki itu menarik kerusi didepannya dan terus punggung dihenyak di kerusi itu.

"Baiklah, makanan boleh dihidangkan sekarang." Lelaki itu bersuara lagi.

"Baiklah encik, sekejap lagi kami hantar." Ujar gadis itu sebelum melangkah meninggalkan kami berdua.

Syakila masih berdiam diri. Dia masih terkejut dengan kemunculan lelaki itu.

"So, hai. Saya Danny dan you Kila. Betul kan?"

Pelipis Syakila berkedut bila mendengar soalan itu. Seketika itu juga muncul idea jahat dalam fikirannya.

"What if saya bukan wanita yang bernama Kila. What you gonna do?"

"Go home tak keluar seminggu."

Syakila ketawa perlahan.

"Why?"

"Tak alasan yang kukuh. Mungkin sebab malu mungkin."

"Kenapa nak malu. Kita kan baru kenal hari ni. Lepas ni belum tentu jumpa lagi."

Lelaki itu mengangguk menggiakan.

"Tapi kalau terserempak dekat luar, jangan segan-segan tegur saya..."

"Kenapa saya kena tegur awak?"

"Eh...er"

Meledak tawa Syakila bila melihat raut wajah lelaki itu berubah..

Suara tawa wanita itu membuatkan wajahnya terasa membahang. 'Control men jangan buat malu' . Lalu cawan yang berisi air putih dicapai dan diteguk deras. Memulihkan rasa
bahang yang muncul.

"Saya bergurau. InsyaAllah saya akan tegur. By the yes I'm Kila. So, jangan risau you tak salah orang. Lagipun kalau you salah orang mungkin orang itu bakal jodoh you." Ujar
Syakila selamba.

Automatik Faizul itu tersedak. Bahagian hidung terasa cukup perit. Cawan diletak diatas meja semula.

"Are you okay?" Syakila bergegas bangun menghampiri lelaki itu sambil memegang sehelai napkin putih.

"Nah, lap muka you." Napkin ditangan dihulur.

Faizul mengangguk. "Thanks." Ucap Faizul sebelum dia mencapai napkin itu dan dilapkan ke muka.

"Maaf. I buat you tersedak." Syakila masih berdiri di samping meja sambil memerhati lelaki itu mengelap muka.

"Its okay. Benda kecik je. By the way you duduklah. I dah okay dah." Menoleh menatap raut wajah wanita itu. Dalam hati dia tersenyum senang. Tak salah jika wanita ini menjadi
isteri big bossnya

Syakila berjalan menghampiri tempat duduknya. Melabuhkan punggungnya disitu semula.

"Hey, its small matter okay. Not to worries." Faizul bersuara lagi. Walaupun rasa perit tu masih belum sepenuhnya hilang.

Hanya anggukkan dan senyuman nipis yang dibalas oleh Syakila. Baru jumpa dah jadi macam ni. Lagipun mana dia tahu yang lelaki ni nak tersedak. Nasib baik dekat atas ni
hanya mereka berdua. Kalau ramai, mesti menganggu orang lain.
Beberapa minit kemudian, dua orang pelayan restoran muncul sambil menatang beberapa dulang makanan. Sesaat hidangan itu dah tersusun cantik didepannya. Hampir
memenuhi meja mereka ketika ini.

Rahangnya hampir jatuh ketika melihat pelbagai jenis makanan yang terhidang diatas meja.

"Er, wait. Ini betul ke semua makanan untuk kami berdua?" Tanya Syakila.

"Yes, miss."

Jawapan itu membuat Syakila terpegun. Siapa nak habiskan makanan sebanyak ni. Dia memang tengah lapar tapi dia cukup tahu yang dia takkan mampu nak habiskan semua ni.

Ayam panggang, udang salted egg, sotong goreng tepung, lobster steamed..satu persatu hidangan diatas meja d ikira. Itu belum lagi dengan air secawan besar. Ini candle light
dinner atau rancangan mukbang.

"You boleh ke habiskan semua ni?" Raut wajah lelaki itu ditenung.

"Err...tak."

"Good."

Eh? Walaupun dia agak terkejut mendengar jawapan yang meluncur dari bibir wanita itu tapi dia hanya berdiam. Dia bertindak menjadi pemerhati.

"Hurm..can you bring me two piece of plastic box or polestrine? Kalau tak ada I nak dua pinggan kosong."

Kedua pelayan itu saling berbalas pandang ketika mendengar permintaan Syakila sebelum salah seorang meminta diri untuk pergi ke dapur seketika. Walaupun bukan permintaan
yang pelik tetapi biasanya pelanggan akan mintak sesuatu bila dh selesai makan.

Tak lama kemudian, muncul pelayan tadi sambil memegang dua bekas plastik. Pantas Syakila mengambil bekas plastik yang dihulur. Beberapa hidangan diambil dan dimasukkan
ke dalam bekas itu.

"Eh, ke..."

"Take this. Anggap ini rezeki you'll malam ni. Kami berdua tak mungkin boleh habiskan makanan tu. Daripada kami berdua bawak balik last-last terbiar macam tu je. Better we
give to both of you. Jangan risau ini pun dah cukup." Syakila mencelah sambil menatap dua orang pelayan itu.

"Terima kasih, Miss." Ujar salah seorang sambil tersenyum lebar. Diikuti oleh pelayan yang seorang lagi.

Syakila mengangguk.

"Very generous." Lelaki itu bersuara bila kedua pelayan itu sudah berlalu pergi.

Sambil tersenyum, bahu dijungkit keatas. "Jom makan. Dan you kena habiskan ya. Andai I dah tak larat nak habiskan."

"Jangan risau. Tangki perut saya besar."

Meledak tawa Syakila. Kepala digeleng berkali-kali sambil menyuap makanan ke mulut.

BAB 3

Bunyi deringan telefon bimbit menganggu tidur Daniel. Tangan teraba-raba mencari kedudukan telefon bimbitnya.

"Boss, bahaya." Suara Fairuz menyapa tatkala telefon ditekap ditelinga.

Keningnya berkerut. Dia masih mamai. Dia tak boleh untuk meneka.

"Bahaya??"

"Mama boss on the way ke apartment boss."

Mendengar jawapan itu, dia terus bingkas bangun. Hilang terus rasa kantuk. Dan ini memang betul kejutan di pagi hari untuknya.

"What?! Kenapa tiba-tiba mama saya datang sini? Kau ada bocorkan apa-apa rahsia pada mama ke?"

Selimut terus diselak. Turun dari katil. Lutut dah tak terasa sakit seperti semalam. Tapi masih terasa nyilu bila berjalan. Buat masa ni yang penting mama tak tahu tentang
kemalangan semalam. Makin panjang urusannya nanti. Silap-silap penyamaran semalam terkantoi sekali.

"Mana ada bos. Saya pun baru. Nie saya dah on the way ke apartment bos." Suara Fairuz kedengaran dicorong telefon.

Ting tong!

Bunyi loceng rumahnya menghentikan langkah Daniel.

'Da**' spontan mulutnya mengeluarkan kata makian. Panggilan telefon ditutup cepat. Telefon dicampak ke katil sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur.

Lantas, pintu utama dihampiri sebelum dibuka. Wajah tersenyum mama terpampang sambil kedua belah tangan menjinjing beg plastik.

"Selamat pagi anak kesayangan mama." Puan Julia bersuara tatkala melihat Daniel muncul disebalik pintu.

"Pagi ma. Awal pagi mama datang apartment Danny." Daun pintu dibuka lebar sebelum Daniel menapak mendekat. Beg plastik yang dipegang mama diambil.

"Awal apanya dah pukul 8.30." Puan Julia terus melangkah masuk ke dalam apartment. Membiarkan Daniel membawa barang-barang yang dibeli tadi.

"Mama datang sorang? Papa mana?" Daniel bertanya seraya melangkah mengekori mamanya.
"Papa kamu pergi pejabat along sekejap. Nak tengok perkembangan syarikat katanya." Botol berisi air masak diambil sebelum dibuka penutup botol. A ir dituang ke dalam cawan
sebelum diteguk sehingga habis. Dah lama tak bersenam, baru jalan sikit dah tak larat.

"Mama beli apa? Bukan main banyak lagi?" Beg plastik diletakkan diatas island table. Duduk dikerusi bar sambil membelek isi plastik itu.

"Barang-barang nak masak makan tengah hari. Hari ni mama cadang nak makan tengah hari dekat sini. Papa dengan Abang Danish join sekali tapi tengah hari nanti diorang baru
datang." Satu persatu barang dari dalam beg plastik dikeluarkan.

Daniel hanya memerhati barang-barang yang disusun oleh mamanya. Seketika dia teringat sesuatu. Automatik jantungnya berdebar.

"Mama....macam mana mama tahu yang Danny cuti hari ni?" Pelupuk mata dikecilkan sambil menatap mamanya.

Puan Julia senyum lebar. "Rahsia." Ringkas jawapan dari mama.

Jawapan yang semakin mengundang curiga dan tanda tanya.

"Fairuz yang bagitahu mama?" Wajah mama direnung curiga.

"Nope. Fairuz tak ada kaitan dalam hal ni."

"Then, who?" Pelipis berkerut mencari nama yang boleh dijadikan sasaran.

"Dah tak payah fikir. Daripada fokus tentang tu, baik Danny bantu mama masak."

"Tapi ma, Danny.....

Ting tong!

Sekali lagi loceng apartmentnya berbunyi. Dalam hati dia mengerutu. Siapa pulak yang datang tu?! Tak tenang dia nak rehat hari ni.

"Takkan ayah dengan Abang Danish kamu dah sampai. Ni belum waktunya makan tengah hari." Ujar Puan Julia seraya menapak meninggalkan Daniel sendirian di dapur.

Daniel termangu di dapur sendirian sambil menanti tetamu yang datang tiba-tiba.

"Untung kamu cepat datang, Ruz. Boleh kamu tolong untie masak. Ingat nak mintak tolong Danny tapi untie takut nanti l ambat nak makan tengah hari. Danny tu cerewet!"
Selamba Puan Julia mengkritik anak bongsunya itu.

Mendengar celoteh mamanya. Dia tahu gerangan tetamu itu. Siapa lagi kalau bukan Fairuz. Baru sebut dah muncul si empunya nama. Itulah perangai mama bila muncul si Fairuz,
berbakul kritikan untuk dirinya.

***

Syakila mengeliat. Melegakan otot-otot yang tegang. Manakan tidak seharian menghadap komputer. Belum lagi dengan pe'el pelanggan yang beragam. Ikutkan rasa hati dia nak
berhenti tapi bila difikir masak-masak terasa sayang nak lepaskan jawatan ini.

"Pssttt...Kila."

Syakila menoleh ke sebelah. Badan dicondongkan sedikit. Hanya waktu ini saja, mereka dapat berbual selain waktu makan tengah hari.

"Apa?" Sahut Syakila perlahan seakan berbisik. Padahal tak ada sesiapapun di berada dalam ruangan ni kecuali mereka berdua.

"Sabtu ni, jom teman aku pergi gym. Dah lama tak pergi exercise, badan rasa berat je."

"Gym? Dekat mana? Tempat biasa tu ke?"

Azreen mengeleng.

"Bukan dekat situ tapi dekat tempat lain. Sekejap aku tunjuk gambar gym tu. Member aku yang rekeman tempat ni. Dia kata best."

Syakila menanti sambil melihat Azreen yang mencari sesuatu di dalam telefon bimbitnya.

"Hah, jumpa pun. Inilah gambar gym tu." Skrin telefon bimbit dihala kearah Syakila.

Melihat nama yang tertera pada gambar itu, dia terkedu sesaat. Pusat fitness lelaki tu! Baru semalam dia membelek pemplate pemberian lelaki tu. Hari ni, Azreen membawa
berita gembira untuknya.

"Kau boleh teman aku kan sabtu ni." Suara Azreen mengembalikan Syakila dari lamunannya.

"Boleh." Laju dia menjawab. Siapa yang tak nak pergi sana. Lagi-lagi bila dapat satu bumbung dengan lelaki tu. Auch! Nikmat dunia.

"Cantik. Kita pergi pukul 8. Kita jumpa dekat sana." Azreen bangkit bangun seraya beg tangan disangkut dibahu.

"Okay." Balas Syakila sambil menunjuk simbol okay dengan jarinya. Dia juga turut bangkit bangun. Jam di dinding dikerling. Jarum jam menunjuk ke angka enam. Tiba masanya
dia balik.

***

"So, tell me macam mana mama aku boleh muncul dekat sini hari nie?" Soal Daniel sebaik saja punggung dihenyak ke sofa. Belakang badan bersandar pada bahu sofa.

"I dont know boss. Sumpah!" Ujar Fairuz sambil mengangkat tangan sebelah kanan.

Keluhan kasar muncul dicelah bibirnya. Mustahil mama datang hanya dengan alasan melawat. Kalau rindu lagi mustahil untuk dijadikan alasan. Rumahnya tak jauh dari rumah
papa dengan mama.
"So, how your date?" Tanpa mengalih pandangan, Daniel bertanya.

"Its great boss. Saya tak sangka yang perempuan tu seorang yang easy going. Jadi hilang nerves saya."

Hujung bibir Daniel terjungkit keatas. Bangun dari sofa. Pandangan dikalih ke kanan. Pandangan dihala menatap raut wajah Faizul.

"Nerves hilang, debaran jatuh cinta muncul." Ujar Daniel sebelum mengatur langkah ke bilik tidur. Lutut dah tak terasa sakit. Jadi esok dia dah boleh masuk ke pejabat semula.

Gulp!

Air liur ditelan kasar. Tak mungkinlah dia jatuh cinta dengan wanita itu. Rasa tertarik itu ada tapi hanya sebatas itu. Lagipun dia bukan seorang yang suka caras hak milik orang
lain. Dia cukup tahu diri.

Melihat sekitar ruang dah gelap, dia terus berjalan keluar. Setelah memastikan semuanya selamat baru dia melangkah pergi. Lebih baik dia balik tidur. Esok banyak lagi kerja yang
menanti dirinya.

BAB 4

Sebelum membuka pintu kereta, dia sempat membelek penampilan diri melalui cermin kereta. Rerambut yang terjuntai dikemaskan. Bibir dioles lips gloss supaya tak nampak
pucat.

Tok! Tok! Tok!

Cermin tingkap diketuk dari arah luar mengejutkan dia yang tengah menatap cermin. Pantas dia menoleh melihat Azreen tengah membongkok sambil menunjuk kearah jam
dipergelangan tangannya. Dia terus membuat isyarat menunggu

Beg galas yang berada di kerusi penumpang dicapai sebelum pintu kereta dibuka.

Badan Azreen menegak semula sebelum mengundur langkah bila pintu kereta itu dibuka.

"Amboii, siap betulkan make up nampak."

"Of course. Mana tahu balik dari sini, ada abang sado call ajak jumpa. Kan best buat stok geli-geli" Pintu kereta ditutup sebelum menoleh sambil tersengih.

Memang itu tujuan utama dia beria nak pergi tempat fitness tu. Walaupun dekat rumah dah ada alat senam sendiri tapi apa salahnya tukar suasana. Apatah lagi bila suasana
sekitar yang menyejukkan mata. Sambil bersenam, sambil cuci mata. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

'What are great concept, Syakila Inara!'

Anak mata Azreen dijuling ke atas. Satu perangai Syakila yang kadang membuatkan dia geleng kepala. Tapi yang peliknya sahabatnya ini masih single hingga sekarang.

"Sekali dapat abang sado yang bixesual. Lelaki on, perempuan pun on. Sadisss." Azreen mula mengusik.

"Oii mulut cabul!" Sergah Syakila. Dia tak boleh dengar ayat yang berbaur sexual kerana automatik fikiran dia mula merawang jauh. Lelaki on, perempuan on dah tentu
bahagian.....Laju kepala digeleng.

"Hoi, jom masuk. Takkan kau nak tercegat dekat situ sampai petang."

Suara Azreen mengejutkan Syakila dari terus melamun. Langkah yang terhenti tadi disambung semula. Kan dah cakap, otak dia automatik berfungsi laju bila melibatkan urusan
sexualisma.

Mereka melangkah masuk ke dalam pusat fitness itu. Tiba di bahagian dalam, Syakila berjalan perlahan mengikut langkah Azreen.

Namun, langkahnya terhenti ketika dia terbau sesuatu yang wangi. Haruman yang seakan dia pernah hidu sebelum ini. Pantas dia menatap belakang badan lelaki itu. Keningnya
berkerut, seakan dia pernah melihat figura lelaki itu.

"Selamat pagi, Encik Daniel." Seorang lelaki tiba-tiba muncul lalu menyapa lelaki itu.

Sebaris nama yang diucap lelaki itu membuat Syakila terkedu seketika. Ternyata lelaki yang dia cari muncul depan mata. Tak berkelip kelopak matanya menatap lelaki itu hingga
hilang di sebalik dinding.

Puk!

"Auch!" Automatik tangan laju mengosok lengan yang ditepuk oleh Azreen. Walaupun tak kuat tapi sakit tu ada.

"Jangan mengelamun. Nanti tak ada abang sado yang nak."

Syakila mencebik. Sekarang tak ada abang sado yang berada difikirannya melainkan lelaki tadi. Dia tengah berfikir macam mana dia nak dekat dengan lelaki itu kalau tempat pun
berbeza. Namun je satu bumbung. Huh!

Walaupun berat hati, tapi dia tetap melangkah mengikut Azreen. Beg galas dia letak didalam loker. Hanya sehelai tuala yang disangkut di leher sambil memegang sebotol air.

Masuk saja ke dalam tempat gym, mata terus dijamu dengan pemandangan indah.

"Pssttt, banyak abang sado yang berkeliaran tu. Pilih jangan tak pilih." Lengannya disenggol Azreen. Pantas Syakila menoleh.

Memang ramai abang sado didepannya namun yang dia nak tak ada dalam ni. Macam mana?

"Malangnya tak ada yang buat aku tertarik." Sebelah mata dikenyit sebelum melangkah meninggalkan Azreen di muka pintu.

Syakila menghampiri treadmill. Dalam banyak-banyak alat gym. Dia lagi suka menggunakan treadmill daripada alat yang lain. N ama je dia ada alat senam dekat rumah tapi
jarang guna.

Setengah jam berlari di atas treadmill, butang off ditekan. Dia menoleh mencari kelibat Azreen. Dan tak jauh dia ternampak Azreen tengah berbual dengan seseorang.
Turun dari treadmill, dia terus menghampiri Azreen dengan lelaki itu.

Anak mata dijuling keatas. Sekarang ni bukan dia yang balik dapat call dari abang sado tapi Azreen. Memang rezeki Azreen hari ni dapat pancing abang sado. Sedangkan dia nan
hado. Dia yang beria nak memancing, alih-alih umpan Azreen yang mengena.

"Hurm...hurm..."

Bunyi dehaman seseorang membuatkan dua orang yang tengah asyik berbual menoleh.

"Eh, Kila. Dah habis treadmill ke?"

Syakila mengangguk. Anak mata terus menatap lelaki yang berdiri disebelah Azreen. Hensome! Hanya itu penilaian utama Syakila terhadap lelaki itu.

"Oh lupa nak kenalkan. Ini abang Farhan, senior aku dekat U dulu."

"Dan nie kawan Azreen nama dia Syakila. Panggil Kila je"

Azreen mengenalkan Syakila kepada lelaki itu.

Bibir tersenyum segaris sambil tangan dilambai. "Hai"

"Hai, Kila." Bibir turut tersenyum

Manis! Pujinya di dalam hati.

Cukup pakej dah hensome, manis pulak tu. Tapi malangnya hati dia tak rasa sesuatu yang lain. Tak ada degup-degup jatuh cinta.

"Han! Akhirnya kau datang juga jenguk gym aku."

Tiba-tiba satu suara nyaring mencelah.

Automatik Syakila menoleh. Dia terkesima melihat figura yang muncul tak jauh dari mereka bertiga. Adakah ini yang dinamakan jodoh pasti bertemu. Tak perlu dicari, tiba-tiba
muncul.

"Mestilah support member. Kau apa khabar?" Lelaki bernama Farhan itu melangkah meninggalkan Syakila dan Azreen.

"Yang ni sesuai jadi stok suami...siapa yang dapat beruntung badan." Azreen berbisik perlahan.

Namun ketika melihat tiada respon dari Syakila, spontan bahu Syakila ditampar kuat.

Puk!

"Auch!" Automatik Syakila menoleh kearah Azreen. Tapak tangan dibawa ke bahu. Diusap perlahan bahagian itu.

"Apa?!" Suara Syakila menderam.

"Kau tengok sapa sampai aku bercakap pun, kau buat tak tahu?"

Bibir tersenyum lebar "Rahsia." Sebelah mata dikenyit.

Namun, saat jam di sudut gym dikerling. Tak semena-mena dia teringat sesuatu. Hari sabtu, pukul 11 pagi.

'Ya Allah bonda dengan ayah balik hari ni.'

'Haish! Macam mana dia boleh lupa hal penting macam tu?!'

Dia ada masa setengah jam nak bersiap sebelum menjemput kedua orang tuanya.

"Pssttt...diorang...

"Reen, aku kena balik. Aku lupa hari ni aku kena jemput parent aku. Bye!" Sebelum berlalu, Syakila menepuk perlahan bahu Azreen.

"Eh,, Kila hari isnin jangan lupa!"

"Okay!" Sahut Syakila tanpa menoleh.

"Kawan Reen nak pergi mana tu?" Tanya Farhan.

"Oh, Kila bagitahu nak pergi jemput parent dia."

Farhan mengangguk.

Kila? Nama yang seakan tak asing di telinganya. Adakah wanita tadi dengan wanita minggu lalu orang yang sama?
"What you call her name?" Daniel bertanya. Sebaris nama yang meniti di halwa telinganya membuatkan dia teringat seseorang.

"Kila. Nama panjang Syakila. Kenapa? You kenal dia ke?"

Daniel terdiam. Kepala digeleng perlahan. Mungkin hanya nama yang sama. Mungkin? Entah kenapa hatinya berkata lain. Raut wajah wanita itu hanya dilihat sekilas.

'Kalau wanita itu wanita yang sama, apa yang kau nak buat?' soalan yang tak mampu dia jawab ketika ini.

"Hoi! Bro. Mengelamun pulak." Bahu Daniel ditepuk kuat.

"Hah" Raut wajah Daniel terpinga-pinga.

Farhan mengeleng melihat raut wajah Daniel. "Aku nak pergi cafe, kau nak ikut kiteorang sekali tak?"

"Hurm tak kut. Hari ini aku ada janji nak makan tengah hari dengan mak aku." Jam tangan dikerling. Lebih baik dia pergi sekarang. Daripada dia berlengah-lengah.

"Okay-okay. Next time kalau macam tu. Kirim salam dekat untie Julia."

"Okay bro. Aku cau dulu." Sebelah tangan bersalam. Kemudian bahu dilaga. Sebelah tangan menepuk-nepuk bahu Farhan.

***

"So, macam mana dengan date hari tu?"

Soalan pertama yang ditanya oleh bonda setelah sekian hari tak berjumpa. Bukan tanya dia sihat ke tak.

"Oh, c'mon bonda. Cubalah tanya khabar anak bonda nie dulu. Sihat ke tak. Cukup makan ke tak."

Sejurus itu, badannya terus dibelek dari atas hingga ke bawah. Diputar beberapa kali. Kepala dah terasa pening. Lagi sikit rasa nak pitam.

"Eh, kenapa buat Kila macam tu?" Encik Hamdan mencelah.

"Saya nak check lah bang. Kut-kut ada yang berubah. Tapi tengok macam sama aje."

Nafas dihembus perlahan. Alasan sungguh tak masuk akal.

"Ayahhhhhh..." Syakila merengek seraya tubuh Encik Hamdan dipeluk. Wajah didongak keatas menatap wajah ayahnya.

"Dah. Jom masuk kereta. Nanti dekat rumah sambung balik drama tu." Puan Maria bersuara seraya masuk ke dalam perut kereta terlebih dahulu.

Meledak ketawa Syakila. Ada saja telatah bonda yang mencuit hati.

"Bonda dah merajuk tu. Pergi pujuk. Kalau ayah pujuk kena ada hadiah."

"Eh, takkan ayah nak drive?."

"Habis tu, siapa nak drive kalau bukan ayah?".

"Tapi ayah....."

"Tak ada tapi tapi. Kila pujuk bonda. Ayah drive." Bahunya ditepuk perlahan oleh ayah. Wajah bonda ditenung lama. Dia mengeleng perlahan. Dah faham sangat dengan
perangai bondanya. Itulah cara bonda nak tarik perhatian. Sengaja buat-buat merajuk.

"Okay." Wajah ayahnya ditenung semula sambil tersenyum. Dalam hati dia rasa serba salah. Sepatutnya dia yang drive bukan ayahnya tapi disebabkan dia ada tugas penting
iaitu misi pujuk sang bonda. Jadi nak tak nak Syakila mengalah.

Masuk ke dalam kereta. Lengan bonda dipeluk. Riak wajah dimaniskan.

"Alah-alah....bonda kesayanganku. Nanti Kila cerita ya apa yang jadi malam tu. Tapi sayang tak ada yang hot....se..."

Puk!

"Auch!" Pantas tangan menyapu tempat yang dipukul oleh bonda. Hari ni memang hari dia kena pukul ke? Dari pagi tadi sampailah sekarang, asyik kena pukul aje. Tak Azreen,
bonda. Ringan tangan betul.

"Cakap berlapis sikit. Tak ada hot-hot selagi belum nikah. Kalau Kila nak hot sangat...nanti bonda bawak Kila pergi spa. Saunakan badan tu."
"Baik bonda." Jawab Kila ringkas. Kepala dilentok ke bahu bonda. Pelukan dieratkan. Menghilangkan rasa rindu. Padahal baru seminggu berpisah. Mata dipejam menghirup
aroma minyak wangi bonda.

"Ish! Budak ni boleh pulak dia tidur."

Syakila sembunyi senyum. Dia tak tidur tapi lebih kepada merehatkan kepala.

"Dia rindulah tu." Jawab Encik Hamdan. Sekilas menatap kedua wajah kesayangan dari cermin pandang belakang.

Mendengar jawapan itu, Puan Maria tersenyum. Tapak tangan mengelus lembut sisi rambut Syakila.

BAB 5

Sampai diperkarangan lobi, tiba-tiba terasa seram semacam. Padahal keadaan sekeliling terang benderang. Nak patah balik pergi rumah bonda, terasa malas pulak. Lagipun dia
dah sampai dekat sini. Tinggal naik lif, tunggu beberapa saat, jalan kaki sikit...dah sampai.

Namun, sampai dipertengahan jalan dia menghentikan langkahnya. Entah kenapa dia terasa ada seseorang sedang memerhati dirinya. Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan.

'Nothing gonna happen Syakila. Tinggal sikit je lagi.' hatinya berbisik.

Langkah kembali dihayun. Sampai didepan pintu lif. Tangan dikepal erat menghilangkan rasa takut yang makin menyelubungi diri.

"Bismillah"

Butang lif ditekan. Beberapa saat kemudian pintu lif terbuka dan terus melangkah masuk. Menanti pintu lif tertutup rapat terasa berjam. Bila akhirnya pintu lif tertutup rapat.
Nafas dihembus lega.

Sampai ditingkat unit apartmentnya, Syakila melangkah keluar. Namun, baru beberapa langkah berjalan, dia seolah mendengar bunyi tapak kaki lain dibelakangnya.

Syakila mangabaikan bunyi itu tapi semakin dia abaikan, semakin jelas bunyi tapak kaki tu dibelakangnya. Tanpa berfikir lagi, Syakila terus berlari sekuat hari tanpa
memperdulikan kasut yang dipakai ketika itu. Apa yang dia ada fikirannya. Dia harus cepat sampai ke unitnya.

Namun, malang tak berbau dia terlanggar sesuatu.

'BUGH'

Akibat kehilangan keseimbangan badan, dia terus jatuh terduduk. Mata dipejam rapat. Dia takut untuk membuka mata. Takut kalau orang yang dilanggarnya adalah orang yang
sama.

"Miss...miss...hey!" Lelaki itu terus mencangkung. Memerhati wanita didepannya.

Spontan kelopak matanya terbuka tatkala bahunya ditepuk kuat.

"Argh!" Spontan Syakila menjerit saat dia melihat raut wajah seseorang begitu dekat dengan wajahnya.

"Syhhh, jangan menjerit nanti jiran-jiran dengar."

Spontan tangan menekup mulut seraya mengangguk. Seketika keningnya berkerut-kerut memerhati lelaki didepannya.

Daniel?!

Kelopak mata Syakila terbuka lebar. Lelaki itu!. Lelaki yang dia kejar kini berada di depannya.

"Apa yang berlaku?"

Suara serak Daniel menyedarkan Syakila dari lamunan. Spontan dia menoleh kebelakang melihat kalau-kalau yang mengikuti dirinya tadi ada di sana. Namun tiada siapa disana.
Kosong. Hanya lorong yang sunyi. Keningnya berkerut. Dia tahu dia tak berhalusinasi. Dia sangat sedar. Atau memang dia tengah berhalusinasi. Entahlah dia pening memikirkan
perkara tu.

Daniel itu turut menoleh kearah yang sama. Menajamkan pandangan mencari sesuatu tapi tiada siapa pun disana. Kemudian raut wajah wanita itu ditenung semula.

"Ada yang ganggu you ke?"

Syakila menoleh ke depan. Dia tak tahu jawapan apa yang patut diberikan pada lelaki ini. Sedangkan dia sendiri tak pasti kebenarannya. Andai dia hanya berhalusinasi, tak pasal-
pasal kena cop orang gila.

Kepala digeleng.
"Mungkin sebab saya banyak sangat tengok cerita hantu, itu yang terbawa-bawa." Balas Syakila seraya bangkit bangun. Diikuti lelaki itu. Punggung tiba-tiba terasa sakit. Tadi tak
ada pulak rasa sakit tu. Tapi bila dah hilang takut..baru terasa sakitnya.

"By the way thank you." Ujar Syakila. Bibir tersenyum nipis sebelum melangkah menghampiri pintu utama unitnya.

Nombor pin ditekan, sebelum handel pintu dipegang. Daun pintu ditolak. Kemudian dia melangkah masuk.

Tanpa menoleh pintu ditutup rapat. Belakang badan bersandar pada daun pintu. Debaran didada hanya tuhan yang tahu. Andai dia tahu lelaki yang dilanggarnya itu Daniel.
Memang dia peluk badan lelaki tu.

Dengan bibir tersenyum lebar, Syakila melangkah riang ke dalam bilik tidurnya. Seakan kejadian tadi tidak pernah terjadi. Semuanya hanya kerana Daniel. Berita yang paling
membahagiakan adalah lelaki itu tinggal didepan unit apartmennya. Didepan okay!

Tak perlu dia susah-susah peegi intai gym dia lagi. Intai apartment dia pulak lepas ni. Lagi dekat. Beberapa langkah je dah sampai.

Tanpa Syakila sedari, lelaki yang menolongnya masih termangu ditempatnya.

Matanya tak buta, dia boleh menilai yang wanita tadi berada dalam masalah. Tapi...untuk dia menyibuk itu bukan sifatnya. Lagipun dia tak kenal wanita itu.

'Tak kenal boleh berkenalan. Cantik tu! Badan cun!'

Tiba-tiba satu suara berbisik nakal.

Badan cun? Automatik dia teringat penampilan wanita itu. Mungkin kerana terlalu panik, wanita itu mengabaikan penampilannya saat itu. Sedangkan dia melihat jelas keadaan
wanita itu. Bahagian depan yang putih mulus. Gebu. Dan kalau disentuh....

Da**

Laju Daniel masuk ke dalam unitnya selepas nombor pin ditekan. Lagi lama dia berdiri diluar lagi kacau fikirannya. Dan sejak bila fikirannya mula berubah kotor.

'itu tandanya kena cepat-cepat kahwin!'

Sekali lagi bisikan nakal kedengaran ditelinganya.

***

Ditengah malam, Syakila terbangun. Tak pernah dia bermimpi buruk, tapi malam ni dia mengalami mimpi itu. Spontan hujung jari menyekat sesuatu dihujung mata.

Air mata? Dia menangis dalam tidur? Mungkin kerana suara itu yang membuat dia menangis?

"Aku kahwin dengan dia hanya sebab taruhan tu. Bukan sebab cinta."

Iya barisan ayat itu yang membuat dia mengalirkan air mata.

Nafas dihela perlahan sebelum jam kecil diatas meja itu dikerling. Jarum jam menunjuk ke angka 1. Bermakna baru beberapa jam dia tidur.

Selimut diselak sebelum turun dari katil. Kaki melangkah kearah bilik mandi.

Sampai di dalam bilik mandi, dia hanya merenung riak mukanya dicermin. Kepala paip diputar. Kedua tapak tangan menadah air sebelum diraup ke muka. Cermin itu ditenung
semula sambil mencengkam bahagian tepi singki.

Setelah sekian lama, mimpi itu tak lagi muncul dalam tidurnya akhirnya muncul semula malam ni. Mungkin sebab badan terlalu penat, mimpi tu muncul lgi. Berharap bila dia
bangun esoknya, mimpi tu dah betul-betul hilang dari kotak fikirannya.

BAB 6

Hari minggu adalah hari yang paling menyenangkan bagi Syakilla. Tak perlu tergesa-gesa bersiap. Tak perlu bersesak-sesak dengan bermacam-macam jenis kenderaan. Tapi
sekarang lain ceritanya. Siapa yang gatal tekan loceng pintu apartment tu. Tahu tak yang dia mengantuk!

Semoga bukan bonda yang datang. Doanya didalam hati.

Ting tong!

Loceng unit apartmenya berbunyi lagi. Syakila terus bangkit bangun. Selimut diselak kasar. Rambut digulung siput. Tanpa melihat penampilannya terlebih dulu, dia terus
melangkah keluar.

Syakilla hanya mengenakan sehelai baju tidur satin tanpa pakaian dalaman. Dengan keadaan mata yang masih mengantuk, pintu utama dibuka perlahan.
"Hurm" Syakila bergumam. Kepala dilentok pada sisi pintu.

Kelopak mata cuba dibuka perlahan tika dia tak mendengar suara apapun. Tatkala mata terbuka, dia melihat figure seseorang didepannya. Jari mengosok-gosok kelopak mata,
biar figure yang berdiri didepannya terlihat jelas.

Sesaat kemudian, automatik badan terasa kaku. Mata terasa segar bugar, rasa ngantuk entah ke mana.

"Baru bangun Syakila Inara?"

"Bon...bonda." Hanya itu yang mampu dilontarkan.

"Yes, ini bonda. Sekarang kamu masuk mandi!" Bebel bonda seraya melangkah masuk.

Syakila masih tercegat dimuka pintu.

"Yang tercegat dekat situ lagi kenapa. Syakila Inara Hamdan!" Suara bonda meninggi.

Sepantas kilat, pintu ditutup rapat dan terus melangkah menghampiri sang bonda. Namun, langkah dibelok ke arah bilik tidur.

"Nak pergi mana tu?" Soalan bonda menghentikan langkah Syakila. Lantas, menoleh menatap raut wajah bonda.

"Err...bonda suruh Kila mandi tadi. Nie Kila nak pergi mandilah." Syakila menjawab

"Duduk sini sekejap, bonda nak tanya sesuatu ni."

Tanpa bantahan, Syakila terus bergerak ke arah sofa berwarna krim itu. Punggung dihenyak disofa yang berada didepan bonda. Bahaya kalau dia duduk sebelah bonda. Lagi-lagi
bila tengah mood bonda macam sekarang.

"Kenapa duduk jauh?"

"Nanti bonda cubit" balas Syakila perlahan. Bibir dah muncung kedepan.

"Tahu tak pe." Jawab bonda selamba.

"Bonda nak tanya apa?" Syakila bertanya.

"Macam mana dengan makan malam hari tu? Ada tak muncul bibit-bibit cinta?"

"Oh, c'mon bonda...jangan terpengaruh dengan drama tv. Tak semestinya pertama kali berjumpa terus fall in love kan."

'Sebab anak bonda ni dah jatuh cinta dengan orang lain' sambungnya di dalam hati. Belakang badan terus bersandar pada bahu sofa.

Dan tak mungkin jugak dia bagitahu bonda tentang lelaki tu. Yang ada nanti bonda siasat dari A sampai Z. Lagi parah bila bonda tahu yang lelaki tu tinggal dekat sini.

"Manalah tahu kisah romantik dalam tv tu terjadi dekat korang malam tu. Cepatlah bonda dapat menantu. Tak perlu bonda copy and paste jawapan yang sama bila orang
bertanya tentang anak bonda ni." Puan Maria bingkas bangun. Bergerak ke arah dapur. Satu kebiasaan bila dia berada di apartment si anak adalah memeriksa isi peti ais.

Melihat bonda melangkah ke dapur, Syakila turut bingkas bangun mengekori bondanya.

"Nak buat macam mana, dah memang jodoh anak bonda ni tak sampai lagi. Nanti bila dah tiba saatnya, bonda dah boleh tukar jawapan tu."

Sampai didapur, kerusi bar ditarik sebelum punggung dilabuhkam disitu. Memerhati kelakuan bonda yang tengah memeriksa isi dapur apartmentnya.

"Bila tiba saatnya?..bila tu?"

Kedua bahu dijungkit keatas. "I dont know bonda. Maybe this month, next month or next year. Kila pun tak tahu. Semuanya masih kelabu." Syakila mengeluh.

Mendengar keluhan si anak pantas Puan Maria mendekat. Dia bukan seorang ibu yang suka memaksa anaknya mengikut kehendak dirinya.

"Okay, kita berhenti bercakap pasal jodoh Kila. Sekarang ni, jom teman bonda pergi beli barang dapur. Alang-alang tu kita pergi shopping sekali." Bahu Syakila dirangkul erat.

"Bonda belanja kan"

"Hei, tak terbalik ke macam tu? Patut Kila yang belanja bonda kan."

"Oh, cmon bonda. Sekali sekala apa salahnya." Muncung itik ditarik.
Puan Maria menatap anaknya sekilas. Kepala digeleng perlahan sebelum kabinet bahagian atas dibuka. Berderet tupperware tersusun rapi dan isi bahagian dalamnya masih
penuh.

"Dah-dah pergi mandi. Tukar baju. Bonda nak senaraikan barang apa yang tak ada." Ujar Puan Maria. Pintu kabinet ditutup semula.

Syakila bingkas berdiri. Namun sesaat kemudian, dia baru teringat sesuatu. Dia belum bersarapan lagi. Manakan tidak, awal pagi bonda dah datang melawat.

"Errrr...bonda dah..."

"Belum. Nanti sebelum kita pergi beli barang dapur, kita pergi sarapan dulu. Now, get your shower first." Wajah Syakila ditenung semula.

"Baik, bonda tersayang." Syakila menjawab sebelum melangkah keluar dari dapur.

Puan Maria masih sibuk mencatat barang-barang yang ingin dibeli ke dalam telefon bimbitnya. Walaupun sebahagian barang yang disenaraikan masih ada dalam dapur ni tapi
dia suka beli lebih buat simpan stok.

Setengah jam kemudian, Syakila keluar dari bilik tidurnya dengan pakaian yang lebih kemas. Skinny jean putih dipadankan dengan t-shirt longgar berlengan panjang berwarna
emerald green. Rambut diikat ekor kuda. Mudah untuk dia bergerak. Dia mudah rimas bila berjalan dengan rambut dilepas bebas. Lagi-lagi tempat yang ramai orang.

Langkah diatur ke ruang tamu sambil membetulkan rerambut yang terjuntai di dahi dengan menggunakan hujung jari. Sampai diruang tamu, anak mata melilau mencari kelibat
bonda.

Melihat keadaan ruang tamu yang sunyi, langkah terus diubah ke ruang dapur. Entah apa yang dilakukan oleh bondanya. Dari tadi tak selesai-selesai. Sampai dibahgian dinding
penhubung antara dapur dan ruang tamu, langkahnya terhenti. Menjenguk ke dalam ruang dapur, dilihat bondanya leka menatap telefon bimbitnya.

"Bonda.....!" Panggil Syakila separuh menjerit.

"Ish! Terkejut bonda." Dada dielus perlahan. Terkejut tiba-tiba disergah seperti itu. Nasib tak ada sejarah lemah jantung kalau tak malam ni tidur dekat hospital.

"Tak habis lagi ke? Pukul berapa kita nak pergi? Lambat bertolak, susah nak dapat parking." Syakila membebel.

"Dah jangan membebel." Puan Maria bergerak menghampiri Syakila. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg tangan.

Syakila tersengih. Lengan Puan Maria dipaut erat. "Bonda belanja kan?"

"Habis tu siapa lagi kalau bukan bonda. Sebab tu bonda suruh cari suami. Nanti nak apa-apa minta je dengan suami."

"Bonda cakap macam tu sebab dah bosan nak belanja Kila ke?" Mulalah perasaan sensitif dia muncul. Raut wajah Syakila berubah sendu. Aih sejak bila dia mudah terasa ni.

Puan Maria lantas menoleh, hanya bahagian sisi wajah Syakila yang terlihat. Automatik Puan Maria tetawa kecil. Kepala digeleng perlahan sebelum berpaling.

"Perkataan bosan tak ada dalam kamus hidup seorang ibu, lagi-lagi untuk seorang anak. Maksud bonda adalah, bila Kila dah suami bonda hidup bonda tenang sikit. Ingat bonda
suka Kila tinggal berjauhan dengan bonda macam ni?" Ujar Puan Maria seraya pipi Syakila dibelai lembut. Keputusan Syakila untuk tinggal berjauhan dengannya tak pernah dia
setuju tapi demi melihat anak gadisnya berdikari akhirnya dia setuju dengan syarat setiap minggu Syakila kena balik rumah.

"Dah tak payah buat muka tapai basi macam tu. Nanti makin lambat nak gerak."

Muncung ditarik sebelum melangkah bergerak mengikut sang bonda. Lengan bonda dipaut sekali lagi.

***

Seperti yang Syakila rancang, hari ini dia akan menjenguk jiran a.k.a crush. Siapa lagi kalau bukan Mr. Daniel yang hot dan seksi itu. Auch! Jadi tak sabar nak jenguk si hot, kerna
itu dia bersiap cepat. Blouse berwarna putih jarang yang menampakkan warna bra merah yang dipakai dibetulkan sebelum butang loceng ditepi pintu ditekan.

Ting tong!

Diwaktu yang sama, degupan jantungnya mula bermain irama. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Ini belum jumpa dah macam ni, kalau jumpa diharap dia tak pengsan.
Memalukan kalau itu yang terjadi.

Beberapa saat menunggu tapi si empunya rumah belum memunculkan diri. Butang loceng ditekan sekali lagi.

Ting tong!

"Wait!"

Syakila tersentak mendengar suara laungan dari dalam. Automatik degupan jantungnya semakin laju bergedup. Kenapa suara lelaki tu terdengar semakin seksi bila menjerit?
Berbeza dengan dia bila menjerit. Suara langsuir pun kalah. Ini tak adil.
Itu baru suara dia menjerit belum lagi suara desahan manja. Agak-agak lagi seksi atau.... Ish!! Kepala digeleng laju mengusir semua adegan dewasa yang muncul dalam
fikirannya.

Tak lama terdengar bunyi tombol pintu dibuka dari dalam. Muncul figura Daniel di ambang pintu. Disaat itu juga, Syakila terasa jiwanya melayang entah kemana. Penampilan
Daniel yang hanya bersinglet kelabu dengan track suit hitam, membuatkan Syakila terpaku. 'Astaghfirullah hal azim, nikmat mana yang kau dustakan'. Kenapa lelaki ni hot
sangat! Tangan terasa gatal untuk menyentuh lengan lelaki yang terdedah itu.

"Yes." Sapa lelaki itu sepatah. Kening sebelah kanan terjungkit keatas tika melihat respon wanita itu.

"Hello, miss...hello" jari dipetik di depan muka yang nampak mengelamun jauh.

"Eh?" Matanya mula berkelip.

"What you want?"

"I nak you." Jawab Syakila tanpa sedar.

"Hah?

"Eh! bukan-bukan, I nak bagi you ni." Tupperware berwarna merah langsung dihulur pada Daniel. Lambat-lambat Daniel menyambut huluran itu.

"I masak lebih tadi, jadi daripada membazir apasalahnya I bagi you sikit." Ujar Syakila.

Cantik betul alasannya, Kila. Padahal dari malam tadi dia dah rancang semua ni. Siap jadi pengintip tak bertauliah sejak beberapa hari lepas.

"Thank you." Balas Daniel. Bibir tersenyum segaris.

"Kalau macam tu saya balik dululah. Bye!" Syakila berpusing. Sampai di depan muka pintu, dia menoleh menatap lelaki itu sekali lagi. Ada sesuatu yang perlu dia sampaikan pada
lelaki itu.

"I like you by the way!" Ujar Syakila separuh menjerit sebelum laju masuk ke dalam rumah. Jangan tanya perasaannya sekarang, yang dia tahu dia nak berselubung bawah
selimut sampai esok pagi. Tapi sampai diruang tamu, tiba-tiba dia bersorak gembira. Badan digoyang sambil bernyanyi.

"Ha..ha...ha...are you like that..that...that..."

Beberapa minit kemudian, dia berhenti menari. Punggung dihenyak ke sofa. Dah lama tak menari badannya jadi cepat letih. Padahal antara menari dengan main gym lagi letih
main gym. Namun apakan daya stamina badan makin menurun.

'I like you....I like you......' sebaris ayat yang diucap tadi mula tergiang-giang di telinga. Pipi mula terasa panas. Tindakan berani dari seorang Syakila Inara. Siapa kata dia pemalu.
Kalau dia pemalu ayat tadi takkan muncul dari mulutnya.

***

"Untunglah boss. Ada yang hantar makanan"

Daniel tersentak. Lantas raut wajah Fazril direnung. Entah bila lelaki tu muncul dia sendiri tak tahu, alih-alih muncul di depannya.

"Ini namanya rezeki dipagi hari." Daniel menjawab sebelum melangkah masuk ke dalam apartmentnya.

"Tapi kenapa saya rasa macam pernah jumpa dengan perempuan tu. Tapi tak ingat dekat mana." Ujar Fazril seraya pandangannya dihala ke arah pintu apartment perempuan
itu. Dia yakin dia pernah nampak wanita tu tetapi dia tak tahu bila dan dimana.

"Mungkin cuma perasaan kau aje." Bekas tupperware berwarna merah jambu itu diletakkan diatas meja makan sebelum melangkah menghampiri sinki.

Anda mungkin juga menyukai