Anda di halaman 1dari 7

KEHENDAK TAKDIr

Beep... Beep...

Aku tersentak. Satu pesenan masuk ke telefon bimbitku. Kuamati setiap perkataan yang tertulis
di skrin telefon.

Sayang, hari ini ulang tahun kematiaan kak long.


Sayang tak lupa kan?Sayang balik awal okey.
Abang tunggu..
Luv u..
Mataku pedih menahan air mata agar tidak tumpah. Aku masih diburu rasa bersalah. Andainya
waktu itu boleh diundur kembali...
Pang!!! Satu tamparan singgah di pipi. Perit.. Aku terkesima. Cecair pekat mula mengalir dari
bibir halusku. Hatiku juga turut merintih.
"Apa nak jadi dengan Leeya ni hah? Lepas satu, satu masalah yang Leeya buat. Kak long dah tak
tahu kat mana nak letak muka kak long ni tahu tak."
" Boleh tak kalau kak long tak ambil tahu hal Leeya. Leeya dah besar kak long. Leeya tahu apa
yang Leeya buat. Leeya tak perlukan kak long untuk tentukan apa yang perlu Leeya buat. Kak
long pun bukannya baik sangat,"jawapku kasar. Aku paling benci bila gerak-geri aku dikonkong.
Aku nak bebas. Aku sedar aku sedikit liar. Tapi kak long dulu lebih teruk dari aku. Mama pernah
kena serangan jantung gara-gara kak long ditangkap khalwat dan kerana peristiwa itulah mama
meninggal. Aku tidaklah seteruk itu. Aku banyak melakukan kesalahan tapi bagi aku itu
hanyalah kesalahan biasa untuk seorang remaja sepertiku. Termasuk yang ini sudah lima kali aku
dicekup kerana ponteng. Malah aku sering melepak bersama teman-teman yang lain. Pihak
sekolah masih memberi peluang kepadaku kerana memikirkan sumbangan arwah mama kepada
sekolah tersebut sewaktu hayatnya.
" Ya.. Leeya dah besar. Tapi Leeya terlalu mengikut perangai kawan-kawan yang lain. Leeya
cuma tahu merayau, melepak sana-sini, balik lewat malam, cukup bulan minta duit dengan kak
long. Itu je yang Leeya tahu. Tahu menyusahkan kok long."
" Jadi selama ni Leeya cuma menyusahkan kak long? Membebankan kak long? Kak long lupa
yang kak long dulu pun selalu menyusahkan mama?" tanyaku dengan linangan air mata. Hatiku
luluh disaat mendengar kata-kata kak long.
" Tak.. Bukan macam tu..tapi.."
" Cukup kak long. Leeya sedar Leeya cuma anak angkat dalam keluarga ni. Tak ada kena
mengena langsung dengan kak long kan? Jangan risau, Leeya tak akan menyusahkan kak long
lagi.." kataku sambil melangkah ke pintu utama. Panggilan kak long langsung tidak kuhiraukan.
Rumah banglo dua tingkat itu aku tinggalkan dengan juraian air mata. Batinku meronta. Aku
cukup terluka dengan sikap kak long. Dalam sekelip mata hubungan akrab antara aku dengan
kak long putus begitu je. Semua kenangan aku bersama kak long menerjah ke ruang ingatan.
Mutiara jernih di kolam mataku mendesak ingin keluar. Aku cuba menahannya tapi aku tak
berdaya. Akhirnya, pipiku terus dihujani dengan titis-titis air mata. Sekarang, tak ada lagi tangan
yang selalu mengusap tangis ini seperti dulu.
Selepas peristiwa tersebut, aku tidak lagi ke sekolah. Setahu aku, kak long pernah beberapa kali
ke sekolah untuk mencariku. Kini, aku menumpang di rumah Izzatul, teman sekelasku. Sikap
ibunya yang prihatin dan penyayang membuatkan aku rasa disayangi. Sepanjang aku di sana,
ibunya tidak pernah bertanya mengapa aku lari dari rumah. Katanya, aku tentu mempunyai sebab
yang tersendiri dan biarlah aku seorang je yang tahu. Ibunya pernah menawarkan pertolongan
untuk mendaftarkan aku di sekolah lain tapi aku menolaknya dengan alasan ingin pulang ke
rumah tidak lama lagi. Tapi aku sendiri tidak pasti kapan waktunya aku akan pulang ke rumah
kak long. Hati aku betul-betul beku selepas peristiwa itu. Bukan aku tak rindu, tapi aku seolah-
olah berdendam. Aku bingung..
" Oit,apasal dengan minah ni? Angau ke sasau? Haha..,"sergah Zack Kapcai,sahabat yang aku
temui sewaktu sama-sama membelasah seorang peragut di pasaraya setahun yang lepas. Dia lain
sangat. Walaupun seorang mat motor tapi dia baik. Aku pernah membawanya pulang ke rumah
untuk diperkenalkan kepada kak long. Teruk aku dimarahi kak long hari tu sebab berkawan
dengan orang yang tak tentu hala tujuan. Mungkin kak long menilainya daripada pemakaian dan
perlakuan Zack Kapcai yang tidak tertib itu. Tapi bagi aku, itu bukanlah satu masalah asalkan
aku senang berkawan dengannya.
" Hish, kau ni.. Tak habis-habis nak menyakat aku. Bosanlah macam ni.Sakit hati aku dibuatnya.
Kepala aku dahla tengah serabut sekarang ni. Kau jangan nak gatal buat 'overtime'
menambahkan keserabutan yang aku rasa ni."
" Okey..okey.. Sorry la beb. Asal dengan kepala kau? Traffic jam ke? Haha.. Meh sini biar aku
jadi polis traffic kat kepala kau. Nak?"
" Aku bagi penumbuk free aku ni baru kau tahu.. Huh!!"kataku sambil menunjukkan gaya seperti
ingin menumbuknya.
" Woo.. Woo. Relaks la beb. Penumbuk kau tu berbisa beb. Kang tak pasal-pasal aku terbaring
kat hospital nanti. Malu wei..masuk hospital gara-gara kena penumbuk perempuan. Apa kata kau
ceritakan kisah menyayat hati kau tu kat aku. Manalah tahu aku boleh tolong."
" Okey jugak. Aku tak tahu nak cerita kat siapa. Kau ingat lagi dengan kak long aku?"
" Kak long kau yang muka lembut tu? Mana boleh aku lupa. Cantik. Tapi sayang, garang
semacam. Tak pasal-pasal aku kena sembur hari tu. Eeee, seram aku. Mmm, asal kau tanya?"
kata-kata Zack Kapcai membuatkan aku mengimbau kembali saat Zack dan aku dimarahi kak
long.
" Aku pun tak tahu macam mana nak mulakan cerita aku ni. Sebenarnya aku dah tak duduk
sekali dengan dia. Aku lari dari rumah lepas dia tampar aku hari tu."
" What!! Kau gila? Dia tu satu-satunya saudara kau kat dunia ni tau tak. Mesti ada sebab dia
tampar kau. Tak kan sebab tu kau nak berdendam sampai lari dari rumah. Cubalah berbincang
dulu. Mungkin kau tak sedar kesalahan kau."
" Kau pun nak salahkan aku? Okey, fine!!" kataku dengan nada yang sedikit keras. Tiba-tiba aku
naik angin. Aku sendiri tidak tahu kenapa.
Aku mula mengatur langkah. Panggilan Zack Kapcai tidak aku hiraukan. Aku masih tidak dapat
menerima apa yang telah kak long lakukan. Bagi aku, kak long sengaja memarahiku untuk
membalas dendam kerana semasa mama hidup, aku sering dimanjakan walaupun aku hanyalah
anak angkat. Mama...Leeya rindu mama. Air mataku menitis lagi. Menitis dan terus menitis.
Hari itu aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Bukan untuk menetap di sana tapi
sekadar untuk mengambil dokumen-dokuman penting. Hatiku berbelah bagi. Takut, sedih, marah
bercampur menjadi satu. Aku sendiri keliru kenapa aku masih tidak mampu untuk maafkan kak
long. Keperitan tamparan kak long hari itu masih terasa. Kata-katanya seolah-olah terngiang-
ngiang di telingaku. Aku cuba kuatkan hati. Aku melangkah perlahan menuju ke bilikku. Tiba-
tiba satu suara menyapa. Aku tersentak.
" Leeya... Leeya dah balik. Ya Allah, alhamdulillah. Kak long ingat Leeya tak nak balik sini
lagi,"kata kak long lantas memelukku erat. Maafkan Leeya kak long. Leeya tak boleh tinggal
bersama kak long lagi. Hati.. kenapa kau begitu degil.. Sikapku yang berdiam diri membuatkan
kak long sedikit kecewa.
" Leeya..kenapa ni? Kenapa Leeya diam? Leeya tak suka balik sini?
Pertanyaan kak long yang bertubi-tubi membuatkan aku tidak senang duduk. Aku tak nak kak
long fikir kepulanganku kali ni untuk menetap kembali di banglo ni. Aku kena berterus terang.
" Kak long, Leeya cuma nak ambil barang," kataku dengan nada sedikit rendah..
Kak long terkesima. Pelukkannya semakin longgar lantas terlerai perlahan. Hanya itu yang
mampu aku katakan. Aku terus berlalu meninggalkan kak long sendirian. Setelah mengemas
dokumen-dokumen yang aku perlukan, aku terus melangkah ke pintu utama.
" Leeya, kenapa Leeya buat kak long macam ni? Kak long dah tak ada siapa-siapa lagi dalam
dunia ni selain Leeya. Cuma Leeya.." rayu kak long bersama linangan air mata.
" Leeya dah tak sanggup. Leeya tak nak hidup Leeya dikonkong. Biarlah Leeya hidup sendiri.
Leeya tak nak hidup dengan perempuan yang pernah ditangkap khalwat. Leeya tak nak hidup
dengan perempuan kotor macam kak long!!"
Pang!!! Satu tamparan singgah di pipiku. Sekali lagi keperitan itu terpaksa aku tanggung. Aku
sendiri tidak sedar macam mana aku boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian kepada kak long.
Aku memandang kak long sekilas. Jelas tergambar rasa bersalah di wajah mulus itu. Namun,
keperitan yang aku rasakan tak mungkin terubat hanya kerana wajah itu.
" Ya Allah.. Apa aku dah buat ni. Leeya, kak long...kak long tak sengaja. Kak long mintak maaf
sayang.." kata kak long dengan nafas mendesah. Dia benar-benar tidak berniat untuk
menyakitiku.
" Puas hati kak long? Puas? Atau kak long nak Leeya mati macam mama mati sebab sikap kak
long dulu? Kak long yang bunuh mama dan sekarang kak long nak Leeya pulak yang mati?!!"
" Kurang ajar!!" kata kak long lantas menarikku dengan kasar ke pintu utama. Tubuhku ditolak
kasar. Aku tersungkur di pintu.
" Berambus kau dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Berambus!! Aku tak pernah ada
adik macam kau." kata kak long dengan kasar lantas menutup pintu.
Aku bangun perlahan. Dokumen-dokumen yang bertaburan kukutip. Sebelum melangkah, aku
melirik ke halaman rumah. Mengimbau kembali saat-saat indah aku bersama mama dan kak
long. Tapi aku tahu, semua itu tak mungkin berulang lagi. Air mata ini terus menitis... Setelah
memakai topi keledar, aku terus memecut motor berkuasa tinggi milik Zack Kapcai tanpa tujuan.
Air mata ini masih setia membasahi pipiku.
Malang tidak berbau, setibanya aku di satu selekoh, motor yang aku tunggang gagal di kawal.
Aku cemas. Tiba-tiba... Dumm!!! Aku dapat rasakan satu keperitan yang amat sangat. Mataku
kabur dan akhirnya..gelap..
Aku berperang dengan kesakitan yang amat sangat. Aku berusaha untuk membuka mata. Tapi
pandanganku kosong..gelap. Kenapa ni? Aku tertanya-tanya. Aku tak mampu mengawal
perasaanku lagi lantas menjerit dan meraung sekuat hati. Hanya itu yang mampu aku lakukan.
" Adik,adik bertenang dik.. Adik terlibat dalam kemalangan semalam dan sekarang adik ada di
hospital. Pihak kami akan bantu adik. Adik jangan risau. Saya Farid, Doktor Farid. Saya yang
akan merawat adik kat sini," kata doktor dalam nada memujuk.
" Kat hospital? Tapi kenapa saya tak nampak apa-apa? Apa dah jadi dengan saya?" tanyaku
cemas.
" Adik tak nampak apa-apa pun?" tanya doktor tersebut sedikit cemas. Aku menggeleng.
" Nanti kita buat pemeriksaan okey? Adik jangan bimbang. Adik ada keluarga yang boleh pihak
hospital hubungi untuk maklumkan keadaan adik sekarang?"
Aku terdiam. Patutkah aku memberikan nombor telefon kak long? Tapi kak long sendiri yang
cakap dia tak pernah ada adik macam aku. Akhirnya aku memberikan nombor telefon Zack
Kapcai. Biarlah kak long tak tahu keadaan aku sekarang.
" Leeya, dahlah...janganlah menangis macam ni. Aku yakin kau akan pulih."
" Zack, kau tak rasa apa yang aku rasa. Aku buta Zack!! Buta!! Macam mana aku nak teruskan
hidup ni kalau aku buta? Aku takut Zack.."
" Kau kena bersabar. Mungkin Allah akan hantar seseorang untuk membantu kau. Percayalah.."
kata Zack dengan nada sedikit kendur.
" Allah? Nak ke Dia tolong orang macam aku ni? Islam aku cuma pada nama Zack.." rintihku
sambil menangis..
Tok!! Tok!!
Bunyi ketukan pintu mengejutkan aku.
" Assalamualaikum.."
Dari suaranya aku sudah tahu siapa gerangan pemilik suara tersebut. Ya, Doktor Farid. Untuk apa
dia ke sini sedangkan baru sahaja sebentar tadi dia datang memeriksa keadaanku.
" Leeya, saya ada berita gembira untuk awak.."
" Berita gembira? Apa dia doktor?" tanyaku dengan perasaan yang tidak sabar.
" Alhamdulillah, kita dah berjaya dapatkan penderma mata untuk awak."
" Betul ke doktor? Doktor pasti? Siapa orang tu doktor? Saya kenal?" tanyaku bertubi-tubi.
Mungkin tidak percaya secepat itu aku mendapat penderma mata.
" Tu semua tak penting. Yang penting kita kena lakukan pembedahan tu secepat yang mungkin.
Saya diamanahkan agar tidak memberitahu sedikit pun tentang si penderma jadi saya perlu
amanah."
" Kalau itu kata doktor, saya ikut je. Zack....aku tak akan jadi orang buta lagi." kataku kepada
Zack dengan nada yang penuh ceria.
Tepat jam 8.00 malam, aku ditolak ke dewan bedah. Tiba-tiba wajah kak long menerjah ke ruang
ingatan. Macam mana dengan kak long sekarang? Hatiku menjadi hiba. Maafkan Leeya kak
long. Sampai ke hari ni kak long masih belum diberitahu tentang keadaanku. Beberapa jam
bertarung di dewan bedah, akhirnya pembedahan tersebut selesai tanpa sebarang konspirasi.
Hari ni Doktor Farid akan membuka balutan di mataku. Mulanya aku takut, takut kalau aku
kecewa dengan keputusannya nanti.
" Leeya,cuba Leeya buka mata Leeya perlahan-lahan. Leeya akan rasa sakit tapi sekejap je.
Kalau Leeya dah boleh buka mata sepenuhnya, rasa sakit tu akan hilang." kata Doktor Farid
memberi semangat. Perlahan-lahan aku membuka mataku. Betul katanya, sakit itu hanya
sekejap. Ya!! Aku dah boleh melihat. Mataku singgah di setiap hamparan wajah yang ada di
hadapanku. Hanya senyuman yang dapat aku lukiskan di wajahku. Doktor Farid tersenyum.
Kacak. Desis hatiku.
" Zack, tolong aku boleh?"
" Emm, baru je sembuh dah nak menyusahkan aku? Hish, anak siapala ni.. Apa dia?" tanya Zack
dalam nada yang ceria.
" Tolong bawa aku jumpa kak long. Aku rindu sangat dengan dia. Aku nak minta maaf dengan
dia. Aku banyak buat salah dengan dia. Aku tak patut cakap dia macam-macam. Aku tak kisah
dia tak anggap aku sebagai adik dia lagi tapi bagilah aku kesempatan untuk tengok wajah dia
lagi.."
Air mataku jatuh lagi Aku tak dapat menahannya lagi. Tangisan aku semakin kedengaran apabila
melihat Zack seolah-olah tidak menghiraukan percakapanku.
" Zack, kau nak tolong aku ke tak?" desakku.
" Okey. Aku akan temankan kau esok. Kita akan pergi jumpa kak long kau."
" Saya pun akan ikut Leeya. Leeya izinkan?" tanya Doktor Farid.
Aku hanya mengangguk. Pelik dengan kelakuannya. Ah, lantaklah..asalkan aku boleh jumpa kak
long. Hatiku melonjak gembira.
Hatiku betul-betul tenang. Hari ni aku akan bertemu dengan kak long setelah sekian lama. Tentu
kak long tak percaya dengan apa yang terjadi kepadaku. Tapi macam mana penerimaan kak long
nanti? Boleh ke dia maafkan aku selepas kata-kata aku hari tu? Penghinaan aku hari tu? Hatiku
tiba-tiba sebak.
" Eh, kau nak bawa aku pergi mana ni Zack? Tak kan kau dah tak ingat jalan nak ke rumah aku?"
Pertanyaan demi pertanyaan aku lontarkan tapi jawapannya hanya satu renungan yang sukar aku
tafsirkan. Doktor Farid hanya memandangku lesu.
Jantungku bagaikan disentap tatkala kereta yang Zack pandu berhenti di tanah perkuburan tidak
jauh dari bangloku. Aku bagaikan kanak-kanak kecil yang hanya menurut ke mana dia dibawa.
Zack berhenti di satu kubur yang tanahnya masih merah. Fikiranku buntu.
" Kubur siapa ni?"
Zack tidak menjawab sebaliknya menghulurkan sekeping sampul surat berwarna merah hati.
Setelah sampul itu bertukar tangan, aku terus membukanya lalu mengeluarkan sekeping kertas
bertulisan tangan.
Assalamualaikum..
Kehadapan adik kesayangan kak long, Hasra Aleeya Iman. Moga rahmat Allah sentiasa
bersamamu. Maafkan kak long di atas semua kesalahan kak long pada Leeya selama ni.
Maafkan kak long sebab tak pandai mendidik Leeya. Kak long dah cuba dik tapi kak long tak
mampu. Mungkin betul kata Leeya, kak long bukannya baik sangat. Kak long bersalah dengan
mama sebab tak tunaikan amanah mama yang satu ni. Kak long cuma nak Leeya tahu yang kak
long tak pernah anggap Leeya sebagai adik angkat. Kak long sayang Leeya sangat-sangat..
Leeya sayang..hidup kak long dah tak panjang dik. Kak long akan mati. Yang pasti masa Leeya
baca surat ni kak long dah tak ada kat dunia ni. Zack dah bagitahu kak long semuanya. Kak
long mintak maaf dik. Kalau kak long tak halau Leeya hari tu semua ni tak kan terjadi kan??
Tapi kak long yakin, semua yang terjadi ada hikmahnya. Dan sekarang kak long dah nampak
hikmahnya sayang. Allah nak kak long sentiasa ada dalam diri Leeya walaupun kak long dah
tinggalkan dunia ni. Kak long dah buat keputusan untuk dermakan mata kak long pada Leeya.
Biarlah kak long tetap hidup di mata Leeya. Kak long tak pernah marahkan Leeya, tak terniat
pun sayang..Kak long cuma nak Leeya berubah. Kak long nak Leeya jadi manusia yang
berguna. Kak long tak sanggup nak tinggalkan Leeya dalam keadaan Leeya yang liar macam tu.
Kita dah tak ada siapa-siapa sayang, lepas kak long pergi, cuma Leeya yang boleh sambung
perjuangan mama.Walupun kak long tak sempat habiskan sisa hidup kak long bersama Leeya,
kak long puas dik, puas sebab bila kak long mati adik kak long ni akan dapat balik penglihatan
dia. Kak long gembira sangat. Biarlah kematian kak long menjadi permulaan baru dalam hidup
Leeya. Dan saat tu dah semakin hampir. Kak long dah tak boleh bangun sayang. Kak long harap
Leeya bahagia dengan hidup Leeya lepas ni. Anggaplah ini KEHENDAK TAKDIR. Terimalah
hadiah kak long ni. Dah lama kak long beli cuma tak berkesempatan untuk berikan pada Leeya.
Solatlah sayang...
KAK LONG
Lidahku kelu. Air mataku seolah-olah tidak mahu berhenti dari mengalir. Batinku merintih hiba.
Kenapa semua ni terjadi pada aku? Hati ini lebih terseksa apabila Zack memberitahu bahawa
kak long ditangkap khalwat kerana diperangkap oleh seorang lelaki. Dan lelaki tersebut adalah
abang kandung Zack. Kak long dah lama tahu hal ni tapi dia tak nak membesarkan perkara tu
lagipun mama dah meninggal. Dia pasrah walaupun dicemuh jiran tetangga yang mengatakan dia
punca ibunya meninggal. Ya Allah..murninya hati kak long. Macam mana aku sanggup
menyakiti hati seorang kakak yang begitu bersih hatinya, begitu tulus hatinya. Kak
long...maafkan Leeya.. Telekung sembahyang pemberian kak long kupeluk erat. Aku dapat
rasakan seperti berada dalam pelukannya. Hangat... Kak long, Leeya dah tak liar, Leeya dah
berubah.. Dan semua ni sebab kak long. Terima kasih kak long. Terima kasih.
Tok!!! Tok!!!
Bunyi ketukan pintu kamarku melenyapkan semua kenangan silam. Wajah suami tercinta kutatap
hiba.
" Sayang menangis? Dahlah sayang, tak baik macam ni. Semua tu dah berlalu. Betul kata arwah
kak long, ini semua kehendak takdir,"kata suamiku sambil menyeka air mata yang menitis.
" Jom kita turun, sama-sama kita doakan kesejahteraan kak long.."
Aku hanya mengangguk perlahan. Tubuhnya kupeluk erat.
" Kak long, Farid akan jaga insan bernama Hasra Aeeya Iman ni sebaik mungkin. Itu janji Farid.
Hatiku tersentuh dengan kata-kata suamiku. Ya Allah,kekalkanlah kebahagiaan kami Ya Allah.
Berikan kesejahteraan buat arwah kak long. Terima kasih kak long, terima kasih atas sinar
cahaya kak long ni...Leeya sayang kak long.

Hasil nukilan

NOR AMAFAZIRA BINTI ALIAS

Anda mungkin juga menyukai