Jangan
tinggal aku!" Launganku membuatkan ramai orang menoleh. Langkah Aisyah
terpaksa dihentikan.
"Ish kau ni,pelan la sikit suara tu. Ramai orang tengok"Mata Aisyah
melihat keliling. Ada beberapa orang yang masih memandang kearah kami.
"Salah kau la tinggal aku kat belakang."Aku juga tak mahu kalahnya
dengannya. Sama-sama ingin menang.
"Ish dah lah." Dia menyambung langkahnya meninggalkanku seperti tadi. Tau
la atlet pun! Jangan la laju sangat jalan! Cebis aku dihati lalu berlari kecil apabila aku
sudah ditinggal jauh. Setelah setengah jam kami berada di mall,kami memutuskan
untuk pulang.
"Kau nak pandu ke aku yang pandu?" Soal Aisyah apabila kami sudah
berhadapan kereta BMW. Aku berfikir sejenak. Tadi aku dah bawa kereta datang sini.
Jadi dia yang patut bawa aku pulang kerumah. Sebab ni pun kereta miliknya.
"Kau lah bawa. Alang-alang kau nak bawa kereta sekali balik
rumah."Kataku sebagai jawapannya. Aisyah pun hanya mengangguk setuju. Kami
mengambil tempat masing-masing. Bersedia untuk pulang kerumah. Rindu mak dan
abah!
PAGI ini aku harus bangun awal untuk ke tempat kerja. Setelah semuanya
selesai,aku mengatur langkah menuruni tangga untuk bersarapan. Perkara pertama
yang dilihat adalah abah yang sedang meminum kopi sambil mata kushuk melihat surat
khabar.
"Pagi abah!" Sapaku ceria apabila punggung sudah duduk dikerusi. Perkara
kedua dilihat pula adalah nasi lemak kesukaanku yang tersusun rapi bersama cucur-
cucur yang lain diatas pinggan. Aku tersenyum lebar. Tangan pantas mengambilnya.
"Wah! Nasi lemak. Lama tak makan nasi lemak!" Bungkusan nasi dibuka
lalu dengan lafas bismillah,nasi lemak itu disuap ke mulutku. Sedap!
" Sedapnya! Pandai abah pilih nasi lemak." Pujiku menunjukkan tumbs up
tepat pada wajahnya. Abah ketawa kecil. Surat khabar itu ditutup rapi sebelum kaca
matanya ditanggalkan.
"Memang lah sedap. Air tangan abah lah. Abah yang buat sendiri untuk
anak kesayangan abah ni." Ucapnya membuatkan mataku berbutang bulat. Tidak
percaya abah yang buat ini sendiri.
"Abah yang buat? Patutlah sedap. Boleh buka kedai ni,bah." Abah
tertawa kecil mendengar gurauanku sebelum kepala digeleng.
"Abah dah tak ralat. Dah tua. Anak abah sorang ni lah yang kuat lagi
buat kerja. Siap ada kedai sendiri lagi." Kunyahanku terhenti. Apabila telinga
mendengar yang abah dah tak ralat,dah tua. Terus hati rasa sebak. Itu lah kelemahan
aku.
"Jadi anak yang berjaya,ya. Nanti bila mak atau abah dah tiada,tak dak
sapa nak jaga anak abah. Cepat-cepat khawin,ye?" Abah sempat lagi bergurau
sedangkan air yang bertakung di kelopak mataku hampir tertumpah. Aku tertawa kecil.
Siapalah jodohku? Aku belum ada keinginan untuk berkhawin walaupun sudah
mencecah umur 30 tahun.
Aku tidak menjawab soalan abah. Ruang makan menjadi sunyi seperti tiada
penghuni. Abah menatapku.Melihat anaknya ini melahap nasi lemak sehingga tiada
sisa.
AKU sudah tiba dikedaiku dihantar oleh abah. Awalnya aku menolak kerana ingin
pergi bersama Aisyah.Tapi abah semakin merenggek kepadaku tanpa kuketahui
kenapa. Dan aku relakan. Bila menatap bangunan kedaiku yang tidak seberapa besar
dan kecil ini,sudah 5 tahun aku beroperasi di kedai itu. Titip peluhku tidak sia-sia
selama ini.
Banyak juga kenangan yang diperoleh disitu. Sangat tidak dapat dilupakan. Nafas
dilepas kasar sebelum pintu yang dikunci terbuka. Salam diberi terlebih dahulu. Lantak
ah, sapa nak jawab salam aku.
Keadaan kedai sedikit berserelak. Aku melipat lengan baju sehingga ke siku lalu
memulakan aktivitas mengemas sebelum pelanggan yang lain masuk. Nak tahu tak
kedai ni kedai apa? Kedai ni adalah kedai bunga bercampuran dengan kedai buku
ditingkat atas. Sebab itu dua tingkat. Amat memenatkan kalau bangunan dua tingkat ini
dibersihkan seorang diri. Tapi tak mengapa. Aku jenis tak nak menawar orang untuk
bekerja denganku. Aku lebih suka seorang diri. Faham?
Abah juga tidak bersetuju kalau aku kerja berseorang diri. Dia tidak mahu aku
keletihan. Mahu sahaja dia menyuruh anak kepada adiknya untuk menolongku tapi
kedegilanku semakin menguasai sehingga abah terpaksa ikut kemahuanku. Jangan kata
aku anak derhaka,okey?
Aku tidak tahu datang dari mana kesepahan ini. Mungkin aku tak sempat kemas
sebab terlalu penat? Tipulah,aku boleh saja tidur dekat kedai sebab ada bilik khas
untukku berehat kalau dah sarat sangat dah. Tapi...tak mungkin ada orang menceroboh
masuk ke dalam? Semua bahagian tingkap dan pintu sentiasa dikunci. Entahlah,aku
malas ingin berfikir. Buat tambah penat otak!
"Assalamualaikum.." Suara merdu datang dari arah pintu kedai. Aku lantas
menoleh kebelakang. Seorang wanita yang kukira lebih muda dariku tersenyum manis
apabila kakinya memapah dilantai kedaiku. Aku menatapnya tanpa kedip.
Sungguh,wanita dihadapanku ini sangat cantik dan menawan.
" Sis?"
"Yah?" Aku tersedar oleh suaranya.
"Are you okey?" Dia bertanya kepadaku kerana aku diam terkaku. Salam pun
aku lupa nak jawab. Jawab dalam hati jelah.
"Ha? Yah..i'm okey" Ucapku lalu membenarkan sedikit pakaian ditubuhku yang
sedikit kusut itu.
"Ada apa yang boleh saya bantu?" Soalku ramah. Tubuh yang sedikit
membongkok terus ditegakkan.
"Saya nak tengok-tengok dulu dekat sini sebab bunga dekat sini
sangat menarik perhatian saya." Aku tertawa kecil yang tidak seberapa kelakar.
Pintu kedaiku diperbuat daripada kaca dan sudah semestinya orang dapat melihat.
Tambahan pula, pintu aku mempunyai dua belah memang jelas nak nampak.
"Oh ya? Dekat sini banyak bunga yang subur-subur. Awak boleh
pilihlah nak mana satu" Tawarku tak lupa untuk senyuman. Abah suruh senyum
nanti nampak sombong! Wanita itu pula membalas senyuman lalu berjalan mendekati
bunga-bunga tersebut.
Aku bersedia dikuanter. Sambil itu aku menyelesaikan kerja menandakan stock
buku.
"Hmm,sis!." Panggilnya itu dari kejauhan. Lantas aku menoleh kearahnya.
Tanpa ajakan juga aku sudah berjalan kesana. Mungkin dia mahu menanyakan sesuatu.
"Ya?"
"Ada tak bunga untuk orang sakit?" Tanyanya memandangiku. Aku
terdiam. Rasa sedih pula dihati.
"Siapa sakit?" Tanyaku perlahan.
"My friend." Jawabnya ringkas. Aku membuat mulut 'O' sahaja.
Kemudian, aku berfikir sejenak. Jari diketuk bawah dagu. Mataku berkeliling
memandang pelbagai jenis bunga dihadapan untuk dipilih yang mana yang sesuai.
"Tulip kuning"
"Tulip kuning?"
" Tulip kuning melambangkan persahabatan. Jika sahabat awak
sakit,bagilah bunga tulip kuning ni untuk menceriakannya."Jelasku sebelum
tangan mengambil beberapa batang tulip kuning. Aku yakin ia akan mengambilnya.
"Saya nak bunga ni lah." Yes! Seperti yang diagakkan olehku. Aku berjalan ke
arah kuanter untuk dibalut.
"Ada kad kecil tak?" Tanyanya. Aku mengangguk lalu mengambil kad itu di
dalam laci kuanter. Mesti dia mahu menulis sesuatu.
" Boleh saya tulis sendiri?" Mintanya membuatku nurut lalu memberikannya
kad beserta pen untuk ditulis. Mungkin dia lebih selesa menulis sendiri.
Tidak sampai beberapa minit,dia memberikan kad itu padaku laluku ambil
menyelik di tengah bunga. Tidak lama,telefonnya pula berbunyi. Dia mengeluarkan
telefon dari tote bag nya.Dia meminta diri sebentar sebelum keluar dari kedai.
Mungking hal penting. Aku tak patut tahu.
Kerana terlalu lama dia bercakap diluar,padahal bunganya sudah bersedia untuk di
ambil tuan.
Hati terdetik untuk tahu isi dalam kad itu. Mesti kata-kata yang manis dan
hormunis. Tangan gatal mengeluarkan sedikit kad itu lalu membukanya tapi aku
menghalangnya dengan plastik bunga yang kubalut tadi. Tak nak bagi kantoi. Tulisan
itu kubaca.
Mataku tertuju pada satu perkataan.Aisyah. Otak mula berfikir kalau Aisyah
yang kukenal...adalah temanku sendiri. Tapi hati berkata lain. Mungkin orang lain tapi
namanya sama?
" Sorry lambat.Berapa harga?." Tanyanya apabila sudah masuk ke dalam
kedai semula..Kad ditutup laju. Aku tersentak tidak sedar ketibaannya.. Nasib dia tak
nampak aku tengah baca tadi..
" RM 10 ringgit sahaja." Wanita itu mengeluarkan uang berwarna merah lalu
memberikan kepadaku. Aku pula memberikannya sekuntum bunga mawar buat friend
nya . Seperti menukar barang pulak!
"Terima kasih. Datang lagi"
"Sama-sama"