Anda di halaman 1dari 4

CA20702 APRESIASI NASKAH

NAMA WELSON BANDUNG

NO. MATRIK BC21110035

TAJUK TUGASAN

PENSYARAH PN. ESTERLINA MOO CHIN LEN BINTI

LAZARUS
1.0 PENGENALAN

Teater berasal dari perkataan “THEATRON” yang membawa maksud


tempat menonton pada zaman Yunana iaitu zaman Greek. Ia juga merupakan
satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan
pengurusan berdasarkan daripada naskah lakon yang dipersembahnkan
secara langsung kepada penonton dan dipisahkan oleh ruang dan waktu.
Teater ini juga adalah satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan
dan dipersembahankan secara langsung kepada penonton disebuah tempat
yang dikenali sebagai pentas dan ahli persembahannya dikenali sebagai
pelakon ataupun aktor. Teater ini juga merupakan suatu bentuk kerja secara
berkumpulan antara artis dengan naskah lakon dimana pelakon membawa
watak di dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak.
Teater adalah sebahagian daripada kumpulan seni persembahan, diamana
pembangunannya dikaitkan dengan pelakon yang mewakili cerita sebelum
penonton. Oleh itu, teater ini menggabungkan pelbagai elemen, seperti
gerak isyarat, ucapan, muzik, bunyi dan pemandangan.
2.0 TEORI PSIKOANALISIS DALAM TEATER PETI SEJUK

Teori Psikoanalisis boleh diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi


merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah
emosinya. Teori Psikoanalisis ini adalah satu personaliti dan juga kaedah
terapi yang telah dipelapori oleh Sigmund Freud. Menurut Terry Eagleton
(1988:175), psikoanalisis bukanlah hanya satu teori tentang akal manusia,
tetapi juga suatu amalan mereka dianggap sakit atau terganggu akal
fikirannya. Manakala Lahmuddi Lubis (2000:103) menyatakan bahawa
psikoanalisis memandang manusia sebagai ekspresi dari adanya dorongan
yang menimbulkan konflik. Freud telah membentuk teknik-teknik untuk
digunakan dalam rawatan neurosis. Sekiranya kita mengetahui fahaman
tradisi, psikoanalisis lebih dianggap sesuai merawati individu yang mana
masalah personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Teori psikoanalisis
memberikan pengaruhnya yang kuat pada perkembangan bidang psikologi
sosial diperingkat awal. Namun demikian pengaruh tersebut agak
berkurangan. Ahli-ahli teori psikoanalisis melihat personaliti seseorang
sebagai hasil akhir gerak kuasa yang bertindak dalam diri individu. Teori
psikoanalisis ini membahagikan personaliti manusia kepada tiga struktur iaitu
id, ego dan super ego.
Teater peti sejuk menggunakan pendekatan teori ini dalam monolog
salah satu watak iaitu Doktor Danial. Doktor danial ada menekankan tentang
sejenis penyakit mental iaitu Bulimia Nervosa yang dihidapi oleh salah
seorang pesakitnya yang bernama Siti Alisa Binti Awang Osman. Penyakit
Bulimia ini terjadi apabila individu tersebut cuba untuk mengekalkan berat
badan yang rendah dengan mengeluarkan kembali apa yang dia makan sama
ada dengan memuntahkannya atau membuang air besar. Menurut kajian,
dalam monolog Doktor Danial itu beliau menyatakan keadaan pesakitnya itu
yang kelihatan sangat kurus namun pesakitnya ini menganggap tubuh
badannya itu masih kelihatan gemuk. Hal ini dikatakan demikian kerana Lisa
menginginkan tubuh badan yang kurus, dia memuntahkan semua makanan
yang dimakannya. Oleh itu, Doktor menasihatkan Lisa untuk mengubah tabiat
pemakanannya itu agar penyakitnya tidak menjadi lebih teruk. Namun
kejadian ini berlaku akibat paksaan dari Ibu Lisa sendiri iaitu Mak Mona. Mak
mona hanya membenarkan Lisa untuk tidak makan lebih dari 800 kalori sehari
dan setelah itu, Mak Mona memaksa Lisa untuk melakukan senaman yang
berat. Sehingga pada satu tahap berat badan Lisa menaik hanya dalam 0.01
kilogram dan Mak Mona menyuruh Lisa untuk memuntahkan semua makanan
yang telah dihadamnya. Perkara inilah yang menyebabkan Lisa mendapat
tabiat buruknya iaitu memuntahkan makanan secara paksa yang
menyebabkan Lisa menghidapi penyakit Bulimia Nervosa.

Anda mungkin juga menyukai