Anda di halaman 1dari 3

GURU PENYAYANG

1. Mencintai Profesion Perguruan


Setiap guru mesti mempunyai perasaan mencintai profesion perguruan yang disandang
olehnya. Mereka sepatutnya memiliki sifat keikhlasan, kesetiaan dan pengorbanan yang
mendalam terhadap profesion keguruan. Guru penyayang berkemampuanmenjana proses
pembelajaran dan pengajaran agar menarik dan memaku minatmurid untuk menghayati proses
pembelajaran mereka sepanjang masa.
Guru penyayang mesti memiliki sifat-sifat sebagai muallim, murabbi, muaddib,mudarris dan
mursyid yang sentiasa komited untuk melahirkan murid berkualiti.

2. Amanah
Amanah merupakan tanggungjawab yang diterima oleh sesorang yang diberikan kepercayaan
kepadanya supaya dapat melaksanakan seperti yang dituntut tanpa mengabaikannya. Hal ini
selari dengan hadis Rasulullah SAW.
Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah, ia
pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang mengambilnya
dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya".
Dari sudut undang-undang pendidikan, guru menggalas peranan sebagai ganti ibu bapa, iaitu
inloco parentis. Walaupun begitu, konsep berkenaan terhad kepada langkah berjaga-jaga(the
duty of care) supaya tidak berlaku sebarang kecuaian (negligence) yang boleh mendedahkan
pihak sekolah kepada tindakan mahkamah.

3. Sabar
Guru Penyayang memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala rintangan
dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru mesti sabar menyampaikan ilmu dan
kemahiran kepada setiap murid secara adil tanpa diskriminasi. Kesabaran guru mendidik
sudah pasti menarik murid untuk menghormati guru-guru.

4. Komited
Guru penyayang mesti sanggup berkorban masa, tenaga dan pemikiran malah termasuk wang
ringgit dalam menunaikan tanggungjawab dengan ghairah, bersungguhsungguh serta penuh
keikhlasan. Segala komitmen yang dicurahkan oleh mereka merupakan suatu ibadah.

5. Pengasih
Kasih seorang guru kepada muridnya seumpama kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya. Sifat
ini perlu dizahirkan menerusi kesungguhan mereka dalam melaksanakan aktiviti pendidikan
yang memberikan pengalaman pembelajaran terbaik kepada murid supaya menjadi amalan
dalam meningkatkan kualiti kehidupan dunia dan akhirat. Dalam konteks komunikasi
sewajarnya perkataan yang dilafazkan oleh guru mestilah bagaikan butir-butir mutiara yang
sangat berharga.

6. Cakna
Guru Penyayang amat mengambil tahu perkembangan setiap murid di bawah jagaan mereka.
Guru mesti mengenali latar belakang, potensi, kesihatan dan tahap keupayaan murid dalam
menerima proses pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh mereka. Kecaknaan
akan menjadikan seseorang guru amat disenangi dan dikasihi oleh muridnya.



7. Kesederhanaan
Dalam Islam, kesederhanaan dikaitkan dengan wasatiyyah yang bermaksud pertengahan
dan ditafsirkan sebagai perseimbangan, cemerlang dan adil. Sebagai guru penyayang mereka
dituntut agar mencorakkan murid-murid dengan sifat kesederhanaan dan kejujuran supaya
murid belajar tentang kejujuran, etika dan moral, belajar menjadi dirinya, saling mengasihi
dan bertoleransi.

8. Berhemah
Guru Penyayang harus berhemah dalam konteks bukan sahaja mengajar sesuatu ilmu, bahkan
membentuk sahsiah dan peribadi murid ke arah kehidupan yang berkualiti dan bermakna.
Guru Berhemah bukan sahaja perlu benar-benar mahir dengan ilmu yang ingin
disampaikannya, malah beliau sendiri perlu menjadi ikon yang boleh dicontohi oleh
muridnya. Sifat-sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru penyayang termasuk bijaksana,
berhikmah, wara, baik hati dan bertimbang rasa. Sewaktu pengajaran, murid bukan sahaja
dicurahkan ilmu, bahkan dapat menyerap aura positif pendidiknya.

9. Kreatif
Kreatif bermakna proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru. Guru
penyayang hendaklah sentiasa berusaha memikirkan sesuatu idea yang baru terutamanya
dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang boleh menarik minat murid. Amalan
kreativiti ini akan mendorong murid menjadi seorang yang kreatif.

10. I novatif
Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan
menyatakan inovatif bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu
dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau
memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Guru Penyayang hendaklah
sentiasa membuat inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka agar setiap
murid berminat dan dapat memahami, menaakul serta menghayati perkara yang disampaikan
oleh guru secara mudah dan berkesan.

11. Sumber I nspirasi
Sesuatu yang mendorong seseorang untuk melahirkan keupayaan diri secara efektif dan
berkesan dan berupaya mendatangkan perubahan yang ketara.Guru penyayang melayan murid
umpama pelanggan perkhidmatan pendidikan terpenting yang dilihat secara suci hati. Guru
penyayang umpama "bintang pujaan" yang menjadi idola dalam kalangan anak didik mereka.
Guru penyayang sentiasa bergerak dalam landasan yang tepat bagi menolong merangsang
murid menuju puncak jaya dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi.

MURID BERKUALITI

1. I ntelek
Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut termasuklah hikmah iaitu ilmu yang boleh
membawa kepada kemakmuran, daya pemikiran yang kreatif dan inovatif, daya pemikiran
yang logik dan analitis serta ilmu yang bermanfaat.

2. Rohani
Murid berkualiti mesti memiliki unsur-unsur yang merangkumi aspek-aspek keyakinan
terhadap Tuhan dan kepercayaan beragama.

3. Emosi
Murid berkualiti mempunyai emosi yang merangkumi aspek-aspek seperti kemantapan jiwa,
penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat, berbudi pekerti mulia serta berbakti dan
berkorban.

4. J asmani
Murid berkualiti mempunyai perwatakan yang memenuhi ciri-ciri unsur jasmani iaitu
kecergasan fizikal dan kesihatan diri, dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri
untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

5. Sosial
Murid berkualiti juga memiliki pelbagai kemahiran bagi memudahkan mereka bergaul dalam
masyarakat luar. Antara ciri-ciri sosial termasuklah kemahiran berkomunikasi, kemahiran
ikhtiar hidup, mesra dan hormat-menghormati serta memiliki pelbagai kemahiran yang
berbentuk soft skill.

KESIMPULAN

Sikap penyayang bermula dari dalam diri guru itu sendiri. Setiap anggota masyarakat sedia
maklum bahawa guru merupakan pemimpin dan suri teladan kepada murid-muridnya. Oleh
itu, setiap guru sewajarnya menyedari dan mengenali diri secara mendalam bahawa mereka
hendaklah mengamalkan budaya penyayang. Anjakan pradigma ini sangat penting bagi
seseorang guru kerana di bahu mereka tergalas seribu harapan bagi melahirkan generasi
berkualiti dalam mendepani masa depan yang lebih mencabar. Sebagai warganegara yang
bertanggungjawab, generasi pewaris ini hendaklah dibentuk supaya percaya dan patuh kepada
Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat,
agama dan negara serta berbakti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara

Anda mungkin juga menyukai