Anda di halaman 1dari 3

3.

0  KONSEP GURU DARI PERSPEKTIF ISLAM

Guru merupakan individu atau insan yang sangat mulia dan dihormati oleh masyarakat.
Selain itu, guru juga berperanan sebagai ibubapa kedua untuk semua murid sepanjang
mereka berada di sekolah. Menurut Mohamad Kosim (2008), dalam Islam keperibadian
seorang guru itu sangat strategik yang mana mereka sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan, guru juga sentiasa komited dalam mendidik. Selain daripada menerapkan ilmu
dunia kepada murid, setiap guru perlu membimbing murid ke landasan yang benar dan
bersyariatkan Islam.

Secara umumnya terdapat beberapa istilah yang mempunyai pengertian atau maksud
yang sama berkenaan dengan guru. Antaranya ialah, Mudarris, Mu’allim, Muaddib dan
Murabbi. Empat istilah ini merupakan peranan guru berdasarkan Islam. Mu’allim
bermaksud mengetahui. Seorang guru mestilah mengetahui apa yang diajar dan mampu
mendidik murid sehingga murid-murid mencapai tahap kefahaman yang maksimum.

Seterusnya, guru berperanan sebagai muaddib. Secara mudahnya, muaddib


bermaksud mendidik dari segi adab, akhlak dan etika murid. Jelas di sini menunjukkan,
guru bukan sahaja mengajar dan memberi ilmu pengetahuan. Malahan, guru juga perlu
mendidik murid supaya murid sentiasa menjaga akhlak mereka di mana mereka berada.
Guru juga perlu menerapkan kepentingan akhlak mulia dalam kalangan murid.

Murabbi pula bermaksud mengasuh. Peranan guru sebagai murabbi ini menunjukkan
guru bertanggungjawab dalam mengembangkan segala potensi yang ada dalam diri murid.
Secara tidak langsung merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang
mahu setiap guru mendidik pelajar secara holistik dan seimbang dari segi kokurikulum dan
jug akademik. Setiap murid perlu sedar dan tahu potensi yang mereka ada dan
memanfaatkan potensi tersebut di landasan yang benar.

Terdapat banyak lagi pendapat berkenaan dengan konsep seorang guru. Guru adalah
seorang individu yang memenuhi keperluan seorang murid supaya mereka menjadi lebih
berpengetahuan, mempunyai sikap dan tingkah laku yang baik (Zakiah Daradjat). Selain itu,
guru dalam Islam adalah mereka yang berperanan terhadap perkembangan murid dengan
keupayaan mengembangkan potensi murid secara holistik dari segi psikomtor, kognitif dan
juga afektif (Ahmad Tafsir).

Secara kesimpulannya, konsep seorang guru sangat meluas terutamanya dalam


bidang pendidikan. Islam juga meletakkan profesion guru sebagai salah satu pekerjaan yang
mulia. Guru merupakan pendidik yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang besar
untuk membentuk bakal pemimpin.

4.0  SIFAT-SIFAT GURU YANG UNGGUL

Secara umumnya, sifat unggul bermaksud individu yang mempunyai nilai murni seperti
berhemah tinggi, berilmu pengetahuan, mempunyai ketokohan dan sebagainya. Sifat-sifat
yang positif ini menunjukkan individu yang mempunyai sifat-sifat unggul sentiasa
bersemangat dan mempunyai wawasan yang tinggi dalam menambahbaik potensi diri
sendiri dan membantu orang lain. Oleh itu, semua guru mestilah mempunyai sifat-sifat
unggul ini.
Antaranya sifat-sifat guru yang unggul ialah mampu mengatasi setiap masalah. Guru
unggul mestilah berani dan mempunyai kekuatan yang tinggi dalam mengatasi masalah
yang dihadapi di sekolah seperti masalah disiplin pelajar dan lain-lain lagi. Malahan, guru
yang unggul adalah seorang yang mempunyai sikap positif dalam kerjayanya. Sikap positif
ini sangat penting dalam membentuk keperibadian yang mulia. Guru unggul juga mampu
mengubah pemikirannya mengikut peredaran masa. Bidang pendidikan sentiasa mengalami
perubahan dari semasa ke semasa. Guru unggul merupakan guru yang akan lebih fleksibel,
mampu mengubahsuai semua strategi pengajaran, kaedah pengajaran dan berkebolehan
mengaplikasikannya mengikut situasi.

Guru unggul juga mampu mengekalkan suasana pembelajaran yang harmoni.


Suasana yang demikian akan memaksimakan masa pembelajaran di samping mewujudkan
suasana yang kondusif. Pengetahuan guru tentang isi pelajaran, organisasi dan gaya
persembahan yang berkesan akan mampu menyepadukan ilmu-ilmu agar ia lebih bermakna.
Guru yang unggul akan menepati masa dan sentiasa kreatif dalam mencaridan mengaplikasi
strategi pengajaran pembelajaran. Guru yang unggul mestilah senantiasa mempunyai sikap
bersungguh-sungguh dan sepenuh hati menjalankan tugasnya. Oleh itu, guru yang unggul
mempunyai perancangan dan persediaanmengajar, penguasaan isi pelajaran dan kurikulum,
penggunaan strategi, teknik dan penguasaan kemahiran yang berkesan. Malahan
mempunyai penggunaan masa yang diperuntukkan dengan sesuai, ada fleksibiliti bagi
memenuhi perbezaaan individu,menonjol kebolehan untuk memotivasikan murid,
mengekalkan suasana bilik darjah yang kondusif dan konstruktif.

Guru yang unggul perlu mempunyai pengajaran yang efektif. Pengajaran yang
efektif adalah salah satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran
terakhir yang dikehendaki dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil
pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid akibat
penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia merangkumi perkembangan seseorang
murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan itu, guru yang unggul dapat
mengawal kelas dengan bersikap tegas. Guru yang tegas dapat mewujudkan disiplin yang
baik agar membolehkan pengajaran berjalan dengan licintanpa gangguan serta pembaziran
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru unggul perlu mempunyai sifat sabar. Kesabaran
penting ketika guru membimbing murid-murid lemah dan nakal. Pada era yang serba moden
dan canggih, kerjaya guru semakin mencabar. Banyak kes tentang segelintir kecil guru yang
tidak dapat mengawal emosi lantaran menghukum murid di luar batas dilaporkan hingga
masyarakat dikejutkan dengan berita kematian murid yang berpunca daripada tindakan
guru. Oleh itu, kesabaran sangat penting dalam mengawal emosi dan tindakan.Kesabaran
guru unggul membantu guru dalam mengatasi perbezaan individu. Guru unggul dalam
pengajaran perlu memahami tahap pencapaian dan kemampuan pelajar serta menyediakan
pengajarannya berdasarkan kemampuan pelajarnya. 

Guru unggul adalah seorang yang bersikap adil, bertimbang rasa, tenang dan stabil
emosinya. Guru perlu sedar bahawa mendidik memerlukan kesabaran dan nilai kasih sayang
yang tinggi. Oleh itu, guru unggul perlu mempunyai perwatakan yang mudah dihampiri
danberpesonaliti dinamik iaitu tangkas, berupaya berjenaka dan menghidupkan suasana
bilik darjah serta mempunyai imaginasi tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai
contoh yang dapat membantu murid-murid memahami sesuatu konsep dengan mudah serta
cepat.Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan sifat guru itu menjadi
berkesan dalam jiwa murid melalui tiga peringkat iaitu ilmu pengetahuan, perubahan hasil
daripada ilmu diperoleh dan guru cemerlang akan melahirkan anak didik gemilang.Guru
membawa maksud yang luas dan tidak terbatas. Individu yang melibatkan diri mereka sama
ada secara formal atau tidak formal bagi menyampaikan ilmu pengetahuan atau kepandaian
kepada orang perseorangan atau kelompok individu digelar sebagai guru. Guru pada masa
kini tugasnya telah ditukar dengan usahamengembangkan potensi murid secara intelek,
rohani, jasmani dan emosi. 

Seterusnya, seorang guru unggul mestilah bertindak sebagai pengamal ilmu


pengetahuan. Guru juga bertanggung jawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang
lain. Walaubagaimanapun, tugas pendidik adalah lebih penting daripada mengajar kerana
pendidikan melibatkan pembangunan keseluruhan potensi murid-murid. Oleh itu, guru
unggul perlu selalu merangsang murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritikal
tambahan dengan adanya sumber maklumat serta teknologi terkini yang canggih.

Kesimpulannya, perkembangan profesional keguruan harus menjadi keutamaan


dalam diri setiap guru. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru pada masa kini semakin
meningkat selaras dengan perubahan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan dinegara
ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam
kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah
negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan
yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah
mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Setiap guru mesti
mempunyai keinginanuntuk menjadi unggul. Guru mempunyai ciri-ciri unggul sebagaimana
yang diterangkan di atas, kita yakin misi dan visi untuk menjadikan sesebuah sekolah,
pelajar dan mutu pendidikan cemerlang akan tercapai

Kosim, Mohammad. 2008. “GURU DALAM PERSPEKTIF ISLAM”. TADRIS: Jurnal Pendidikan Islam 3 (1).
https://doi.org/10.19105/tjpi.v3i1.223

Rahma Fitria Purwaningsih, & Muliyandari, A. (2021). Profesionalisme Guru dalam Perspektif Islam:
Profesionalisme Guru dalam Perspektif Islam. Ngaji: Jurnal Pendidikan Islam, 1(1), 61–71. Retrieved
from http://www.ngaji.or.id/index.php/ngaji/article/view/10

Anda mungkin juga menyukai