Anda di halaman 1dari 23

PERANAN GPI BERDASARKAN 5M

NORLIZA BINTI NOR HASHIM


JAPIM
Peranan Guru
Tugas guru bukan sahaja mengajar atau
memberi ilmu pengetahuan kepada murid-
murid, malah guru juga ditugaskan untuk
memberi pendidikan yang berkesan kepada
generasi muda.
Untuk melaksanakan segala tugas tersebut:
1.Guru mestilah membuat persediaan
mengajar.
2. Membuat pembacaan utk penyampaian ilmu.
3. Memeriksa tugasan murid
4. Membuat persediaan untuk peperiksaan.
5. Membuat berbagai-bagai penyelidikan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat baru supaya
dengan mudah dapat mencapai matlamat
pengajarannya dengan lebih sempurna dan
berkesan.
6.Guru berperanan sebagai pendidik, pemimpin
masyarakat, pembimbing dan pengajar.
TUGAS GPI
1. Menyampaikan ilmu Allah kepada seluruh masyarakat,
samada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah.
2. Menyampaikan ilmu secara sukarela dan ikhlas semata-
mata untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t. merupakan
satu jihad yang tertinggi di mata Islam.
3. Menyemaikan semangat keislaman yang tulen ke dalam
jiwa murid-murid. Oleh itu GPI haruslah mengatur strategi
pengajaran yang rapi serta mengambil kira segala
keperluan semasa supaya apa yang kita sampaikan itu
dapat menyaingi segala teknik-teknik baru yang
diaplikasikan oleh orang lain.
Guru Sebagai Muallim.
Mu`allim merujuk kepada peranan guru dalam bilik
darjah untuk memberitahu, mengajar, memindah dan
menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan
ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada
melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk
pengajaran yang dirancang. Proses ta’lim
merangkumi juga adab berilmu yang akan mencorak
dan mewarnai pembentukan dan pembangunan diri
para pelajar sebagai insan soleh.
1.Seorang muallim, guru mestilah mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan kecekapan bidang.
Seseorang guru efektif semestinya mempunyai
kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek
yang diajar.

2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam


subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik,
bertenaga dan inspirasional. Ada kalanya pelajar
bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau
kurikulum yang tertera dalam buku teks.
3. PdP lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat
menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam
kehidupan pelajar. Pelajar akan melihat dan menilai ilmu yang
dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan
datang.

4. Guru sewajarnya memiliki keperibadian yang tinggi,


berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar, serta
berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, cemerlang
dalam mengurus bilik darjah dan menampakkan personalit yang
optimum, berupaya meningkatkan prestasi murid dan bijak
mengawal disiplin akan meningkatkan keyakinan murid terhadap
kemampuan guru.
Guru sebagai Mudarris
Mudarris -peranan membimbing dan mendidik.
1.Mendidik murid-muridnya sehingga benar-benar
berpengetahuan dan mendapatkan pengajaran (learned and
learnt) tentang sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam
kehidupannya.
2.Murid yang terdidik bukan sahaja memperolehi ilmu
pengetahuan tetapi dapat memahami perkara-perkara yang
tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini bermakna murid
terdidik, jika dilihat dari perspektif Taksonomi Bloom,.
3. Membimbing dan mendidik murid untuk
sampai kepada darjah pemikiran sekurang-
kurangnya pada peringkat aplikasi hingga ke
tahap penilaian iaitu berkeupayaan untuk
membuat pertimbangan antara baik dan
buruk, antara benar dan salah, antara
berfaedah atau berguna dan tidak, antara
kebajikan dan kerosakan.
Dengan mengajar sehingga tahap aplikasi,
sintesis dan penilaian, bermakna peranan
seorang Mudarris juga ialah mempertingkatkan
keupayaan murid untuk berfikir pada tahap
tinggi yang dapat membolehkan murid membuat
keputusan berdasarkan kriteria, syarat dan
situasi mengikut konteks serta mampu untuk
membuat keputusan yang boleh mendatangkan
faedah atau kesan positif kepada dirinya dan
orang lain (termasuk persekitarannya).
Guru sebagai Muaddib
Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi
pekerti. - Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada
istilah mentor. - Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai
atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi
membentuk sahsiah.
- Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab.
- Guru mu’addib perlu mengajar dan mengamalkan nilai-nilai
murni.
- Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina
kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan
berakhlak mulia dan seimbang.
Tidak akan sampai ke tahap Mudarris seorang
guru yang sekadar menyampaikan atau
memindahkan ilmu pengetahuan (masih terdapat
ramai individu yang berilmu pengetahuan tentang
perlakuan yang tidak baik dan boleh merosakkan
tetapi masih terus berkelakuan demikian –
contohnya amalan rasuah).
Untuk melaksanakan peranan seorang Mudarris,
guru Pendidikan Islam perlu berfungsi sebagai
seorang pendorong, fasilitator, pemandu /
pembimbing, jurulatih yang berkesan, agen
perubahan sosial dan pembentuk budaya
masyarakat.
• Muaddib merujuk kepada peranan guru di dalam
bilik darjah untuk mengasuh, mendidik, membentuk,
membimbing, menanam, menyuci, menitis dan
menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkah laku,
sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan
dan pembangunan diri para pelajar. Proses ta’dib ini
bersumberkan wahyu Allah SWT. Manakala nilai
ta’dib yang cuba diterapkan dalam diri para pelajar
adalah bersifat mutlak, muktamad, kekal abadi dan
suci, serta diasaskan kepada keimanan yang kukuh
kepada Allah SWT.
Guru Sebagai Murabbi
• Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas
melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada
pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi
dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan
mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu
yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan
penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian,
sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di
hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-
murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh
diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga
melalui amalan.
• Murabbi pula merujuk kepada peranan guru di dalam
bilik darjah untuk menjaga, membesarkan, mencurahkan
kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan
memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan
kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara
beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik
selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para
pelajar tersebut. Guru berperanan merealisasikan
pembentukan dan pembangunan para pelajar dari
pelbagai aspek (iaitu rohani, jasmani, intelek, emosi dan
sosial) agar dapat melahirkan insan soleh yang
berakhlak mulia menurut kaca mata Islam.
Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses
mendidik, memelihara dan membentuk pelajar sehingga wujud rasa
kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka.
Antara ciri-ciri guru murabbi menurut al-Ghazali adalah:

1) Menyayangi pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak


sendiri.

2) Sentiasa menasihati pelajar dalam segala hal termasuk


pembelajaran dan perlakuan mereka.
3) Menjaga disiplin pelajar dengan menggunakan pendekatan
mencegah dan menegur secara baik terhadap perlakuan
maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara
kasih sayang. Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara
ciri-ciri guru murabbi adalah:

a) Mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar.

b)Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira latar belakang


keluarga, keupayaan akademik, dan ekonomi.

c) Merahsiakan maklumat sulit pelajar kecuali kepada yang


berhak.

d)Bersedia membimbing pelajar serta menunjukkan cara


berpakaian, pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang
baik kepada pelajar.
Guru Sebagai Murshid
• Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam
memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang
kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan
mereka yang bertanggungjawab memimpin dan
membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai
kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur.
Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut
zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk
kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu
dilaksanakan oleh guru.
Mursyid merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah
untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberi
petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan
diri sebagai insan soleh.

Konsep irsyad lebih memfokuskan konsep kepemimpinan Rasulullah


SAW dalam proses mendidik dan membimbing para sahabat. Guru
yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang
ikhlas sebagaimana Rasulullah saw dalam proses mendidik dan
membimbing para sahabat. Al-Ba’labakki (1995) mendefinisikan
penasihat yang ikhlas dalam Bahasa Inggeris dipanggil mentor.
Menurut Saedah Siraj et.al (1996) mentor berperanan sebagai
pengajar, penasihat, pendorong dan membantu seseorang di bawah
asuhannya untuk berkembang dan mencapai kecemerlangan.
Beberapa aspek peranan guru mursyid boleh dilihat
dalam layanan seorang mentor kepada pelajar-
pelajarnya. Kajian ke atas konsep mentor oleh Bova
dan Philips yang dirumuskan oleh Saedah Siraj et al.
(1996) menunjukkan mentor memiliki status berikut,
iaitu sebagai seorang yang memiliki status yang
agak tinggi dan sedia memberikan bimbingan
sepenuhnya; Tokoh pemindah yang berperanan
untuk perkembangan seseorang iaitu gabungan
peranan ibu bapa dan rakan sebaya;
Model contoh dan penasihat kepada pelajar;
bertindak sebagai pembimbing, jurulatih, tutor dan
pendorong pelajar; bersifat murah hati, ikhlas,
penyayang, mengambil berat orang lain, pendengar
yang baik dan mencurahkan rasa hati; bersifat
sentiasa menerima dan bertanggungjawab;
berkongsi impian dengan anak didik dan membina
persepsi kendiri yang ceria; dan Orang yang sangat
berpengaruh terhadap anak didiknya.
TUGASAN
Berdasarkan ciri-ciri guru 5M di atas, buat
penilaian kepada diri anda.
1. Kategori apakah anda dalam 5M
2. Beri justifikasi anda
3. Apakah usaha anda untuk mencapai tahap
yang lebih tinggi dari apa yang telah anda
lakukan sekarang
ISU-ISU GURU PENDIDIKAN ISLAM
-Perbincangan dalam kumpulan.
-Tampilkan dua isu dan jalan penyelesaian
-Pembentangan

Anda mungkin juga menyukai