Anda di halaman 1dari 2

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3

AMBILAN JANUARI 2013

ANALISIS SWOT
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK
AJK PERASMIAN DAN PENUTUPAN
Nama Ahli Jawatankuasa :
Ketua

:Asri bin Abbas

Penolong

:Amirah Batrisyia binti Hamdan

Kekuatan (Strength) :
1. Perasmian dan penutupan dijalankan seperti dalam tentatif program.
2. Kerjasama yang sepenuhnya daripada ahli-ahli jawantankuasa dan berjaya
melancarkan perasmian dan penutupan.
3. Setiap ahli menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pensyarah-pensyarah
dan ketua dengan sempurna.
4. Menyediakan rancangan alternatif sekiranya hujan lebat sewaktu perlancaran
perasmian pada waktu pagi.
5. Kekuatan-kekuatan yang berlainan

di

antara

ahli-ahli

jawatankuasa

menjadikan persediaan awal sebelum hari kemuncak dijalankan dengan


lancar. Sebagai contoh, ada yang pandai melukis diamanahkan untuk
melukis kain penghiasan meja gimik, ada yang kreatif dalam pergerakan seni
tari diberi tugas untuk memantau Underwater Mob pegawai-pegawai
Semester 5 dan ada yang mahir dalam pengurusan diamanahkan untuk
berurusan dengan pensyarah pembimbing dan ajk-ajk lain bagi memastikan
perasmian dan penutupan dijalankan dengan lancar.

Kelemahan (Weakness) :
1. Gimik perasmian (Peti harta karun) bersaiz kecil dan tidak dapat dilihat

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-3


AMBILAN JANUARI 2013
dengan jelas oleh penonton yang berada di atas astaka Stadium USIM.
2. Kon marker yang digunakan untuk perbarisan mudah beralih menjadikan
kedudukannya lari sedikit sewaktu hari kejadian.
3. Persembahan Underwater Mob yang berlaku di atas balapan tidak dapat
dilihat dengan jelas oleh VVIP dan para hadirin.
Peluang (Opportunity) :
1. Perbincangan dengan ajk-ajk yang berkaitan seperti setiausaha, protokol,
siaraya dan teknikal bagi melancarkan majlis perasmian dan penutupan KOT
Kali Ke-3.
2. Persediaan yang mencukupi dan rapi kerana banyak kali raptai telah
dijalankan di dewan serbaguna IPG Kampus Pendidikan Teknik dan juga
stadium USIM.
3. Pengagihan tugas

yang

terperinci

dan

sistematik

antara

ahli-ahli

jawatankuasa. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab yang spesifik semasa


pelancaran perasmian dan penutupan.
4. Dapat melatih diri dari segi pengurusan masa.
5. Dapat mempelajari pengetahuan yang baharu dan mendapat pengalaman
yang bernilai seperti tentatif perasmian sesuatu program dan cara mengurus
perarakan rumah sukan yang melibatkan ramai pelajar dengan baik.
Ancaman (Threat) :
1. Tidak mendapat kerjasama daripada peserta-peserta perarakan rumah sukan
terutamanya raptai pada waktu malam.
2. Sikap guru pelatih yang tidak menepati masa menyebabkan raptai tidak
dapat dijalankan dengan lancar.
3. Sistem P.A tidak berfungsi dengan baik sewaktu raptai juga menjadi salah
satu faktor ketidaksempurnaan raptai.
4. Penggunaan mercun pop semasa gimik dan persembahan Underwater Mob
menyebabkan kekotoran pada trek balapan di mana kami terpaksa mengutip
serpihan-serpihan sampah daripada mercun pop disebabkan pihak USIM
sangat mementingkan kebersihan stadium.

Anda mungkin juga menyukai