Anda di halaman 1dari 3

Nama No i/c Unit

: Raja Asilah Binti Raja Mohd Amin : 870612-03-5044 : Bahasa Arab ( Unit 1 )

Nama Pensyarah : Encik Zakaria bin Ali

REFLEKSI KENDIRI REFLEKSI PENGANJURAN PERTANDINGAN NASYID

Pendahuluan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayah-Nya saya dapat melaksanakan tugasan satu pertandingan nasyid tahap 2 yang bertempat di dewan SK Gelugor. Pertandingan ini cukup meriah bagi saya kerana pertandingan ini adalah julungjulung kali diadakan di Sekolah Kebangsaan Gelugor. Sebelum pertandingan bermula,para AJK dan peserta telah diberi sedikit maklumat ringkas tentang peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi ketika pertandingan berlangsung.Selain itu juga, kami turut menyanyikan lagu Negara Ku dan lagu Negeri Terengganu. Banyak pengalaman baru telah saya dapati sepanjang pertandingan ini berlangsung. Antaranya ialah mengetahui bagaimana cara dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi ketika menganjurkan sebuah pertandingan.Lebihlebih lagi ini adalah pertandingan yang pertama kali saya anjurkan .Walaupun agak berdebar semasa pertama kali menganjurkan pertandingan nasyid ini,namun melalui kerjasama dan semangat dari pihak sekolah dan Kelab Seni dan Kebudayaan menyebabkan saya dapat mengawal perasaan tersebut.Walaupun agak keletihan kerana perancangan waktu pertandingan ini diadakan dalam masa yang singkat,namun semua keletihan itu disinari dengan cahaya kegembiraan kerana pertandingan itu berjalan seperti yang

dirancang.Malahan pujian yang telah diberikan oleh pihak sekolah dengan mengatakan setiap peserta amat bersemangat ketika pertandingan berlangsung menjadikan saya bertambah bangga dengan semangat yang ditunjukkan.

Pelbagai

manfaat

yang

saya

perolehi

sepanjang

pertandingan

berlangsung.Antaranya ialah, jangan mudah putus asa walaupun ada sesetengah bahagian tidak dapat disempurnakan.Begitu juga dengan sikap berpasukan ( Team Work ) antara guru-guru Kelab Seni dan Kebudayaan SK Gelugor Kekuatan Sepanjang majlis pertandingan ini berlangsung terdapat banyak kekuatan yang dapat dilihat , antaranya ialah : 1. Majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan dan objektif sepertimana yang digariskan. 2. Majlis ini mendapat perhatian dan sokongan terutama sokongan moral dari semua pihak. 3. Majlis ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dan mendapat sokongan dari pihak peserta. 4. Majlis ini dapat melibatkan semua murid iaitu 100% murid hadir pada hari pertandingan.

Kelemahan Walaupun pertandingan ini mendatangkan banyak kebaikan , namun terdapat beberapa kelemahan terhadap perlaksanaannya sama ada secara langsung atau tidak langsung . Antara kelemahan yang dapat diperhatikan ialah :

1. Kawasan dewan yang agak bising sehingga tidak dapat didengari nyanyian . 2. Kedudukan pentas yang kurang sesuai iaitu dibahagian tepi pentas utama . 3. Mikrofon yang tidak mencukupi. 4. Masa latihan yang terhad sehingga menyebabkan persembahan kurang memuaskan .

Penambahbaikan

Untuk meningkatkan mutu penganjuran pertandingan yang dilaksana ,maka beberapa perubahan dan pembaharuan perlu dilakukan. Oleh yang demikian, terdapat beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut ialah : 1) Penganjur mesti peka dengan suasana dan keadaan sekeliling dewan atau kawasan pertandingan agar tidak terdapat gangguan seperti kebisingan dari murid-murid yang menjadi penonton.Ini bagi memastikan para hakim dapat mendengar dengan jelas suara alunan nasyid dari peserta dan dapat memberi markah dengan adil. 2) Keselesaan dan kesesuaian ruangan pentas juga mesti di ambil kira oleh pihak penganjur agar memastikan kelancaran pertandingan.Pihak penganjur perlu menyediakan ruangan dewan utama agar para peserta dapat membuat

persembahan dengan sempurana.Ini kerana , terdapat juga kumpulan yang mempersembahkan gaya tarian yang mempunyai banyak pergerakan ke kiri dank e kanan. 3) Penganjur juga perlu memastikan alatan audio system mencukupi terutamanya mikrofon.Ini kerana,mikrofon amat penting dalam persembahan.Oleh kerana mikrofon tidak mencukupi,suara peserta murid kurang jelas di dengari oleh juri hakim dan penonton .Ini menyebabkan ia kurang menarik perhatian penonton. 4) Sebelum mengadakan pertandingan,penganjur mestilah merancang lebih awal dan mengadakan iklan kepada murid-murid dengan lebih awal dari tarikh cadangan pertandingan.Ini bagi memastikan murid-murid yang ingin menyertai pertandingan dapat membuat banyak latihan bagi memantapkan persembahan mereka.

Penutup Akhir kata , semoga dengan terlaksananya pertandingan nasyid ini,saya berharap agar pertandingan ini dapat memberi banyak manfaat dan dapat memberi kepuasan kepada murid-murid dalam mempamerkan bakat masing-masing. Disamping itu juga semoga ia dapat memberi pengalaman kepada para guru dan ahli Kelab Seni dan Kebudayaan SK Gelugor dalam penganjurkan sesebuah pertandingan di sekolah pada masa akan datang .

Anda mungkin juga menyukai