Anda di halaman 1dari 7

Implikasi Teori Konstruktivisme dan Humanistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan teori yang dipilih iaitu Teori Konstruktivisme dan Teori Humanisme, terdapat
pelbagai implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pertama, Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat
bagaimana pelajar membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Sebagai guru kelak, kita perlu tahu yang murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan
nilai serta pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam diri mereka. Mereka akan
membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu.
Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya merupakan
seorang pemudah cara atau fasilitator. Guru akan menyedikan pelbagai jenis bahan
pembelajaran ataupun rangsangan bagi membina pengetahuan baru pelajar. Hal ini dapat
diperkukuhkan lagi apabila bakat dan pengetahuan sedia ada mereka dapat ditonjolkan dan
dikembangkan. Pembelajaran menjadi lebih aktif apabila hadiah diberikan kepada pelajar
sebagai peneguhan tingkah laku yang positif yang akan membantu pelajar untuk terus
memberi respon dan memupuk minat belajar.
Pengetahuan sedia ada murid juga dapat dikembangkan oleh guru dengan memberi
peluang kepada pelajar yang berjaya untuk mengajar murid yang belum dapat
menguasainya pula. Guru haruslah membenarkan murid mengajar rakannya kerana teori ini
mengatakan kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakannya yang membimbingnya. Guru
juga dapat menggunakan strategi sumbangsaran, pembelajaran koperatif, perbincangan,
penyelesaian masalah dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini
secara tidak langsung dapat mengawal suasana di dalam bilik darjah dengan berkesan.
Selain itu, guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang
kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Murid-murid dilahirkan
dengan pelbagai kecerdasan dan minat. Jadi, sebagai guru kaedah pengajaran yang sesuai
dan berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid amat perlu untuk murid memahami isi
pelajaran dengan lebih jelas. Seperti contoh, guru boleh menerapkan elemen didik hibur
dalam pengajarannya supaya dapat merangsang minat murid dan mencungkil bakat
terpendam murid.

Implikasi yang seterusnya ialah guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan
pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
berdasarkan keupayaan murid. Seperti contoh, merancang pengajaran tahun satu adalah
sama tetapi mempunyai perbezaan daripada segi aras. Guru juga perlulah menyediakan
banyak contoh dan bahan sumber untuk membuat perkaitan dan membina pemahaman
baharu. Kanak-kanak lebih mudah faham apabila rakan yang membimbingnya dan dengan
membuat perbincangan dalam kumpulan, murid-murid dapat berkongsi idea dan mendapat
pengetahuan yang lebih jelas. Tambahan lagi, guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran
dengan situasi sebenar misalnya tugasan yang berkaitat dengan masalah alam nyata,
pengalaman berasaskan konteks sebenar serta simulasi. Semasa perbincangan, guru
perlulah memberi arahan dengan jelas selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar.
Selanjutnya, guru perlu menggalakkan interaksi dalam kalangan murid. Interaksi ini
akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka.
Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang
menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah juga
perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh
menggalakkan

dan

merangsangkan

pembelajaran

kanak-kanak.

Bahan-bahan

pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina


pengetahuan. Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan
pengajaran

dan

pembelajaran

perlu

fleksibel

kerana

pada

kebiasannya,

proses

pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum itu juga perlu
memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak.
Implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya adalah berdasarkan
teori Humanisme. Berdasarkan teori ini, guru haruslah menerima semua murid sebaikbaiknya walaupun mereka daripada keluarga yang berpendapatan rendah, daif dan kurang
cemerlang dalam akademik. Perbezaan latar belakang ini akan mempengaruhi sikap murid
di dalam bilik darjah. Mereka akan sentiasa berasa rendah diri dan gemar bersendirian. Oleh
itu, sebagai guru, haruslah menerima murid seadanya tanpa pilih kasih. Layanan yang adil
dan sama rata di antara haruslah disamaratakan agar mereka tidak berasa disisihkan. Guru
juga perlu memberi peluang kepada murid untuk memilih tugasan dan aktiviti pembelajaran
sendiri dan berusaha menjadi fasililator untuk memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang
baik dalam diri murid.

10

Sekiranya rasa kurang keyakinan dan rasa rendah diri murid dapat difahami, proses
pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan cara yang sepatutnya kerana
murid akan berasa masih dihargai dan disayangi walaupun mempunyai latar belakang yang
berbeza. Guru juga perlu bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri positif dalam
kalangan murid. Oleh itu, guru perlulah sentiasa memastikan keperluan asas murid telah
dipenuhi dengan sewajarnya kerana kesempurnaan kendiri hanya boleh dicapai selepas
keperluan asas telah dipenuhi. Guru perlu memberi layanan yang mesra kepada muridmurid agar hubungan dapat dierat dan diperkukuhkan. Hubungan yang rapat antara guru
dengan pelajar akan melahirkan motivasi intrisik yang tinggi dalam diri pelajar. Dengan ini,
perasaan rendah diri dapat diatasi. Sikap guru seperti ini akan mewujudkan hubungan yang
baik antara guru dan murid. Justeru, pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang
selesa dan kondusif.
Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan
meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi
keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan,
menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan yang bermutu tinggi. Nilai motivasi diri
murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri,
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan arah hidup dan
masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.
Guru juga perlulah memberikan fokus kepada pelajar bukannya subjek tertentu.
Dengan kata lain, guru perlulah melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu sebelum
melayani mereka sebagai pelajar. Pelajar juga diberi peluang untuk memilih tugasan dan
aktiviti pembelajaran. Untuk membina hubungan sosial dan kemahiran emosi, guru
hendaklah melibatkan pelajar dalam gerak kerja kumpulan. Guru juga bertindak sebagai
fasilitator bagi perbincangan kumpulan. Selain itu, guru menjadi role-model kepada pelajar
bertujuan memupuk sikap dan tabiat baik. Guru juga perlulah memberi pujian dan gerak
balas yang sesuai dengan isi pelajaran dengan aras pemikiran dan keperluan pelajar. Aktiviti
pemulihan juga tidak terkecuali bagi pelajar lemah untuk pembinaan konsep kendiri positif
serta perancangan pengajaran mengambil kira minat kecenderungan dan kesediaan pelajar.
Penyerapan nilai hormat-menghormati antara guru dan pelajar juga haruslah dipandang
serius agar melahirkan murid yang bersahsiah mulia.
Berdasarkan kedua-dua teori ini, implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran
memang tidak boleh disangkal lagi. Sebagai guru, kita haruslah mengaplikasikan teori ini
sebaik mungkin bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dikehendaki
sekali gus melahirkan murid yang berjaya
11

Implikasi Teori Konstruktivisme dan Teori Humanisme terhadap Pengajaran dan


Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza


daripada kanak-kanak biasa. Contohnya dari segi keupayaan kognitif, fizikal yang terhad,
kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak
keperluan khas dinamakan sebagai pendidikan khas. Di Malaysia, pendidikan untuk kanakkanak ini terletak di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Terdapat pelbagai implikasi Teori Konstruktivisme terhadap proses P&P kanak-kanak
berkeperluan khas. Antaranya

ialah, guru perlu membina suasana P&P yang mampu

membina pengetahuan murid-murid. Guru haruslah memastikan suasana yang dibina tidak
merencatkan pengetahuan mereka. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengalami
terencat akal tahap ringan dan boleh dididik tidak boleh dibiarkan dalam kelas yang
menempatkan kanak-kanak terencat akal sederhana. Hal ini demikian kerana, akan
memberi kesan negatif terhadap perkembangannya. Sepatutnya, kanak-kanak tersebut
perlu ditempatkan di kelas yang mampu meningkatkan daya pemikirannya.
Selain itu, guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran
seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid- murid. Kaedah ini akan membantu
peningkatan tahap komunikasi. Komunikasi merupakan item terpenting dalam membina
kemahiran menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat. Contohnya, semasa set induksi
sesi P&P guru bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme
sebelum memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut. Selain daripada itu
juga, guru boleh menggunakan kaedah dialog bersama rakan sekelas untuk membantu
kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpersonal. Perancangan guru yang sistematik
dan fleksibel boleh digunakan oleh guru tersebut dalam menangani pelbagai karenah murid.
Implikasi seterusnya adalah guru menggunakan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) untuk menganalisis perkembangan dan kemajuan murid dari semasa ke semasa.
Seperti yang diketahui umum, kanak-kanak khas tidak mengambil peperiksaan umum
kecuali mereka yang mengikuti kelas inklusif dengan kelas normal. RPI yang digunakan
merupakan kolaborasi pelbagai disiplin. Jadi, perkembangan dan kemajuan yang dianalisis
merupakan peningkatan dari pelbagai aspek. Contohnya, jika seorang murid yang
mengalami masalah tingkah laku, perubahannya diperhatikan oleh semua pihak yang
terlibat dan terapi diberikan dari pelbagai aspek.
12

Keadaan dan perkembangannya dicatat dari semasa ke semasa. Fokus yang diberikan
keutamaan adalah berdasarkan proses perubahannya, bukanlah hasil terakhir. Hal ini
kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan yang pelbagai.
Selanjutnya, kita akan melihat pula pengaplikasian Teori Humanisme

dalam

pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas. Pelajar berkeperluan khas


mempunyai keperluan yang berbeza. Melayani keperluan individu pelajar adalah penting
bagi memastikan pelajar berkeperluan khas yang dapat berkembang mengikut potensi
masing-masing. Antara yang dapat diaplikasikan oleh guru berdasarkan Teori Humanisme
terhadap murid berkeperluan khas ialah dengan menyediakan persekitaran pembelajaran
yang menyerupai persekitaran pembelajaran pelajar normal. Guru tidak boleh membezakan
persekitaran yang ketara antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas. Hal ini akan
menyebabkan mereka berasa tersinggung dan tersisih daripada pandangan guru. Seperti
contoh, guru sukan hanya mengambil pelajar normal untuk mwakili sekolah. Walhal, pelajar
berkeperluan khas yang cacat fizikal seperti masalah tangan juga mampu untuk mewakili
sekolah dalam acara olahraga jika diberi perhatian dan latihan yang secukupnya.
Penggunaaan didik hibur dan pergerakan kreatif dalam pembelajaran juga meningkatkan
suasana pembelajaran yang aktif. Penggunaan alatan multimedia di kelas pelajar normal
haruslah digunakan juga di dalam kelas pelajar berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana,
kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai hak yang sama rata dan guru haruslah
mewujudkan serta melengkapi kelemahan yang ada di kelas pelajar berkeperluan khas
berbanding kelengkapan murid pelajar normal bagi memastikan mereka tidak merasa
tersisih dengan kekurangan yang mereka miliki.
Tambahan lagi, menurut Hieraki Keperluan oleh Maslow, keperluan manusia boleh
disusun mengikut satu hierarki yang bermula dengan keperluan fisiologi, diikuti dengan
keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri, kognitif, estetik dan berakhir dengan
penyempurnaan kendiri. Keperluan yang paling asas sekali bagi manusia ialah memenuhi
keperluan fisiologi terlebih dahulu. Jadi, sebagai seorang guru kita seharusnya memenuhi
keperluan

fisiologi

pelajar. Seperti

contoh,

dengan

memberi

kasih

sayang

dan

pengahargaan diri kepada murid yang berkeperluan khas ini. Walaupun mereka serba
kekurangan tetapi mereka juga dapat mengecapi kejayaan yang memberangsangkan jika
diberi tunjuk ajar dan tumpuan yang sebaiknya. Hal ini dapat dibuktikan melalui media
massa dan media elektronik yang selalu memaparkan wajah-wajah pelajar cemerlang serta
mendapat Straight AS dalam SPM yang hadir daripada golongan OKU ataupun pelajar
yang berkeperluan khas. Jadi, keperluan fisiologi yang menurut Maslow amat memainkan
peranan penting dalam membantu meningkatkan jati diri serta semangat yang tinggi kepada
pelajar yang kurang bernasib baik ini untuk berjaya
13

Guru juga haruslah mengenal pasti keupayaan pelajar dan menyediakan Rancangan
Pendidikan Individu. Seperti yang kita ketahui setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai
karenah dan kecerdasannya yang pelbagai. Walaupun murid-murid ini tergolong dalam
golongan murid-murid berkeperluan khas tetapi mereka juga mempunyai kebolehan,bakat
serta kecerdasannya yang tersendiri. Seperti contoh, kita dapat lihat pelari 400 Meter
daripada Afrika Selatan iaitu Oscar Pistorius yang hanya menggunakan fiber bagi
menggantikan kakinya yang kudung mampu mengukir namanya di dunia olahraga sebaris
dengan pelari pecut normal. Hal ini membuktikan bahawa kekurangan dan keupayaan
pelajar haruslah dikenalpasti dengan lebih awal agar dapat membentuk mereka ke arah
bidang yang lebih mereka minati. Seterusnya, latihan atau aktiviti yang diberikan haruslah
berdasarkan keupayaan pelajar. Pengajaran haruslah dimulakan daripada aras mudah ke
sukar. Hal ini kerana, bagi memudahkan pelajar untuk memahami perkara asas terdahulu
sebelum ke aras yang selanjutnya. Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) haruslah
disediakan oleh guru dengan memantau perkembangan murid dari semasa ke semasa. Hal
ini kerana bagi memudahkan guru untuk melihat perkembangan pelajarnya dan dapat
melihat perkembangan murid tersebut daripada segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Gunakan pendekatan multi-sensory seperti mendengar,melihat,membuat,berbincang
dan merasa. Kajian menunjukkan pendekatan Multi Sensory merupakan pendekatan yang
paling sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini mengabungkan
beberapa deria. Antaranya ialah visual, oral dan kinestetik. Bagi menjalankan kaedah
pengajaran ini, gabungan kesemua deria dijalankan serentak. Seperti contoh, penggunaan
huruf-huruf yang dibuat daripada kayu membolehkan pelajar mendengar guru menyebut
bunyi daripada huruf-huruf, melihat huruf-huruf tersebut, menyebut kembali huruf-huruf
tersebut dan menekap huruf-huruf tersebut menggunakan jari. Hal ini akan membantu
pelajar menggunakan semua deria mereka yang ada tanpa berasa kekurangan walaupun
mereka tidak memiliki sepenuhnya deria yang ada.
Konklusinya, guru hendaklah bijak melaksanakan tugas mereka dengan kreatif agar
dapat mempertingkatkan kemampuan murid berkeperluan khas. Walaupun mereka serba
kekurangan, tetapi mereka juga mampu menghasilkan sesuatu yang bukan mustahil jika
diberikan pendedahan dan tumpuan yang sewajarnya.

14

Rumusan
Para pelajar pada hari ini sering mengharapkan sesuatu yang menarik, berkesan dan tidak
membebankan semasa proses pembelajaran. Maka, prinsip dalam teori-teori pembelajaran
amat penting bagi membantu guru memilih strategi pengajaran dan membantu proses
pembelajaran murid secara optimum. Hal ini juga dapat membantu guru dalam memastikan
objektif dan matlamat sesuatu pembelajaran dan pengajaran tercapai. Tuntasnya, kesemua
prinsip-prinsip teori pembelajaran yang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi pendidikan dapat
dimanfaatkan pada semua peringkat pembelajaran dan tidak terhad kepada peringkat
tertentu mahupun mata pelajaran tertentu. Tambahan lagi, pengaplikasian prinsip-prinsip
teori pembelajaran sama teori behavioris, teori sosial, teori kognitif, teori humanis dan teori
konstruktivis dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran meneroka skop yang lebih
luas dan efisyen.

15

Anda mungkin juga menyukai