Anda di halaman 1dari 12

Strategi Penerokaan Sains

PENEROKAAN
Oleh: Leong Chean Hoi Dora Aling

Penerokaan
Penerokaan bermaksud menyelidik, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi sesuatu proses. Penerokaan juga bermaksud membuat pemerhatian dan mengumpul data dan kemudiannya cuba untuk tampil dengan kesimpulan atau generalisasi tentang apa yang diperhatikan.

Kaedah Penerokaan
Memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara.

Sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan ikuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.

dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka.

Kaedah penerokaan sesuai untuk murid ADHD, Kenapa??


Murid-murid ADHD bersifat kurang tumpuan terhadap sesuatu benda/perkara, lambat menyiapkan sesuatu tugasan, tidak boleh duduk diam dan sebagainya.
Cikgu perlu memahami mereka melalui minat mereka. P&P yang dijalankan mestilah aktviti yang menyeronokkan supaya dapat menarik perhatian murid tersebut.

Contoh aktiviti untuk ADHD


Permainan Pasir
Murid-murid ADHD minat bermain. Permainan pasir sesuai untuk mereka untuk meneroka, memberi peluang dan cuba menggunakan kreativiti mereka untuk bermain dengan pasir. Contohnya, guru meminta murid-murid ADHD membina sand castle , model rumah, buah-buaha, haiwan dan sebagainya. Murid-murid ADHD ini akan cuba menggunakan daya imaginasi, kreativiti serta kemahiran mereka untuk membina sesuatu menggunakan pasir.

Murid-murid ADHD dibimbing untuk menggunakan pekakas atau alat-alat seperti baldi dan bekas untuk membuat bentuk yang berbeza. Jadi, mereka akan cuba menggunakan cara lain untuk membina model menggunakan pasir mengikut kreativiti mereka.

Mereka berpeluang untuk meluahkan perasaan dan idea mereka melalui penerokaan iaitu permainan pasir.

Permainan Air
Aktiviti-aktiviti yang terancang membolehkan kanak-kanak meneroka beberapa konsep yang berkaitan dengan air.

Mereka dapat membina konsep tenggelam/timbul, bahan yang larut dalam air, melihat kesan warna, membuat buih sabun. Permainan sebegini mampu menarik perhatian dan minat mereka. Mereka akan membuat pemerhatian kemudian meneliti dan membuat hubungkait antara konsep.

Contohnya: Murid menggunakan straw meniup buih dengan menggunakan air dan air sabun. Murid akan cuba untuk mengetahui lebih mendalam mengapa meniup straw di dalam air sabun dapat menghasilkan buih.

Kaedah penerokaan sesuai untuk murid Pintar Cerdas, kenapa??


Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford-Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.

Murid-murid Pintar Cerdas mempunyai tahap intelek yang tinggi. Mereka berkemungkinan sudah dapat menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu pada peringkat awal. Murid-murid ini cepat mempelajari sesuatu yang disampaikan.

Jadi, aktiviti yang disediakan haruslah mempunyai cabaran yang sesuai dengan tahap mereka. Guru perlu merancang akiviti terlebih dahulu supaya murid-murid ini tidak mudah berasa bosan dan akhirnya tiada minat untuk belajar.

Contoh Aktiviti untuk pintar cerdas Guru boleh menjalankan kuiz yang kerap terhadap murid-murid pintar cerdas. Guru perlu menyediakan soalan-soalan yang mencabar pemikiran mereka. Aktiviti menyentuh bahan sesuai untuk murid-murid pintar cerdas. Guru boleh menyediakan bahan-bahan yang dimasukkan dalam karung atau beg kain bagi memudahkan kanak-kanak menyentuh bahanbahan yang terdapat di dalam beg berkenaan.

Kanak-kanak perlu menerangkan apa yang dapat dirasai melalui sentuhan dan cuba meneka bahan yang terkandung di dalam bekas berkenaan. Semasa menerang, murid-murid sudah cuba menggunakan pemikirannya untuk memikir tentang sesuatu konsep yang diajar. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mempelajari konsep ataupun perkataan seperti lembut, keras, panjang, licin, kasar dan sebagainya bagi menerangkan rasa sentuhan.

Anda mungkin juga menyukai