Anda di halaman 1dari 2

Murid Gemar

Menghentak Kepala Di Dinding


Erma Marlina Bt Sapiyan
PISMP
Masalah
Saya mendapati seorang murid di kelas Tulip akan menghentakkan kepala di
dinding apabila ada perkara yang mendatangkan kesedihan atau kemarahan murid
tersebut. Bagi murid tersebut perkara yang dilakukan akan melegakan kemarahan atau
kesedihan yang dialami. Walaubagaimanapun murid tersebut berkelakuan tersebut
untuk menarik perhatian guru dan rakan rakannya.

Analisis Masalah
Murid tersebut mempunyai masalah Autisma di mana murid tersebut seolah olah hidup
dalam dunia dia sendiri. Dia tidak memberikan tumpuan di dalam kelas. Paling lama
murid tersebut dapat memberikan perhatian adalah selama 5 hingga 10 minit.
Walaubagaimanapun murid tersebut perlu diawasi oleh pembantu pelajar. Oleh kerana
murid tersebut gemar mencederakan diri sendiri dan orang lain apabila berada dalam
keadaan marah.
Cadangan
Sebenarnya guru yang telah lama mengajar disekolah tersebut sudah melakukan
pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut. Ada guru yang terpaksa memegang
tangan murid tersebut kerana takut murid ersebut akan mencederakan murid lain. Murid
Autisma tersebut pernah mencerakan rakannya yang lain dengan menggigit rakan
rakannya.bahkan murid tersebut pernah juga menggigit guru yang mengajar. Apabila
guru melihat murid tersebut berada dalam keadaan marah guru akan bertindak dengan
segera dengan memegang kedua dua tangan murid itu. Kebiasaannya murid tersebut
akan melawan semula dengan menggigit guru tersebut. Oleh itu, dua orang gur
diperlulakan untuk menenangkan murid tersebut.
Jurnal : Minggu 4
Tarikh : 9.8.2013
Isu : Murid gemar
menghentak kepala di
dinding

Tempoh Penyelesaian
Tidak dapat dipastikan berapa lama murid tersebut dapat dipulihkan.
Walaubagaimanapun guru akan sentiasa mengawal tingkah laku murid tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulan dari masalah yang murid ini dihadapi saya berpendapat hal ini akan
menjadi lebih serius apabila tingkah laku dibiarkan tanpa dibendung. Murid tersebut
perlu diberi tindakan yang tegas bagi mendidiknya agar tidak boleh sesuka hati
mencederakan diri sendiri dan juga orang disekelilingnya. Guru dan iu bapa perlu
bersikap tegas dengan murid tersebut, buka kerana marahkan murid tersebut tetapi
kerana menyayanginya dan untu mendidiknya menjadi murid yang baik.

Anda mungkin juga menyukai