Anda di halaman 1dari 3

Murid Gemar Menggigit Pensil Dan Straw

Erma Marlina Bt Sapiyan


PISMP
Masalah
Saya mendapati seorang murid dari kelas Tulip gemar menggigit batang pensil
atau straw semasa dalam kelas. Ini merupakan tabiat murid tersebut. Murid ini apabila
kemahuannya tidak dipenuhi akan bertindak seperti menghentak kepala di dinding dan
akan merampas pensil dari rakannya.

Analisis Masalah
Perkara seperti ini terjadi kerana telah menjadi tabiat murid tersebut menguyah sesuatu
semasa dalam kelas. Murid ini menghidap penyakit autisma dan kadang kala akan
menyerang guru dan murid lain apabila kemahuaannya tidak diberikan. Perkara seperti
ini sangat membahayakan murid. Hal ini kerana murid boleh tercekik semasa
mengunyah sepirhan kayu pensil tersebut. Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi.
Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu autos yang
bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup
dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah
memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau
terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam
berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel
dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Kamus
Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme
ialah a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to
stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully
established and follow unusual pattern. Kebiasaanya autistik tidak langsung
mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku
dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara,
kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut,
malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi. Kadangkala, kanak-
kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila
mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru
perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan
melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru
perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka
mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke
dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil
merenung dengan renungan yang kosong.
Cadangan
Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan
untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurangkan
atau menghapus tingkah laku sesuai. Di antara teknik yang digunakan adalah seperti
pengasingan, time out, shaping , member ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan
interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu
mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan
pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasukklah pendidikan
terancang. Dalam kes ini guru akan membalut sebatang pensil dengan kain putih yang
dibasahi dengan air kunyit atau apa-apa perasa makanan yang pahit atau masam.
Apabila murid mula menggigit batang pensil murid akan bertindak balas dengan apa
yang di gigit. Rasa kunit yang pahit mungkin akan menyebabkan murid tidak mahu lagi
menggigit pensil tersebut.
Tempoh Penyelesaian
Pemerhatian akan dibuat kepada murid ini selama 1 minggu iaitu bermula dari 22 Julai
2013 sehingga 31 Julai 2013.



Tindakan Susulan
Situasi seperti ini meruapakan situasi pertama yang saya lihat sepanjang tempuh saya
menjalani latihan perguruan di sekolah. Jadi saya mengambil langkah untuk melatih
murid-murid ini dengan menggunakan pendekatan secara psikologi
Tindakan pertama yang saya terapkan ialah :
1. Guru akan sentiasa bertolak ansur dengan murid ini.
2. Guru akan menyediakan sebatang pensil yang dibaluti dengan kain yang
dibasahkan dengan air kunyit.
3. Menegur murid tersebut dengan cara yang tegas skiranya murid bertindak
agresif.
Kesimpulan
Jadi, kesimpulan yang dapat saya buat ialah, kelakuan murid di sekolah di pengaruhi
oleh bagaimana dia didik di rumah. Oleh itu, peranan ibu bapa untuk bersikap tegas
tetapi dengan cara kasih sayang amat perlu dalam situasi seperti ini. Ibu bapa
seharusnya tidak menurut semua kemahuan anak mereka. Hal ini bagi memastikan
anak mereka tahu untuk bertolak ansur dengan orang lain serta tahu menghormati hak
orang lain. Apabila sampai di sekolah, murid akan membawa peragai yang di asuh di
rumah. Oleh itu peranan guru pula sangat diperlukan pada masa ini. Guru perlu
menerapkan nilai-nilai menghormati hak orang lain. Murid juga perlu diajar

Anda mungkin juga menyukai