Anda di halaman 1dari 11

IBQQ4323

ASAS TARANNUM

PENYELARAS:

AL-FADHIL USTAZ WAN FAKHRUL RAZI WAN MOHAMAD

TAJUK:

SYEIKH DR AHMAD NUAINA SEBAGAI QARI TARANNUM HIJAZ

PELAJAR:

NAMA MATRIK
MASYITAH BINTI A. GHAFAR 18BI04069
SITI HAJAR BINTI TAJUDDIN I8BI04063
FATIH SHAHRUL IZZATI HASSAN 18BI04081

SESI 1 2021/2022 JABATAN TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT

F.P.P.I. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR


ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Hlmn.

1 Syeikh Dr Ahmad Nuaina’ 3

1.1 Latar Kelahiran 4

1.2 Latar Pendidikan 4

1.3 Latar Sumbangan 5

2. Tarannum 7

1.1 Perkembangan Tarannum Hijjaz 8

1.2 Asas Tarannum Hijjaz 8

1.3 Fungsi Tarannum Hijjaz 9

3. Analisis 9

4. Rujukan 11

2
1.0 SYEIKH DR AHMAD NUAINA’

Syeikh Dr Ahmad Nuaina’ mempunyai minat dan kesungguhan yang mendalam dalam
seni suara bacaan al-Quran. Beliau kerap mendengar pembaca Al-Quran terbaik melalui radio,
dan beliau sentiasa cuba meniru dan menyalinnya. Antaranya termasuk lah Sheikh Muhammad
Rifaat, Sheikh Abdul Basit Abdul Samad, dan Sheikh Abou Al Ainayn Shuaishea, akan tetapi
beliau sangat dipengaruhi oleh Sheikh Mustapha Ismail yang menjadi idolanya dan yang amat
dihargainya. Beliau juga meniru gaya bacaan Al-Qurannya dengan baik sehingga serasi. Sheikh
Ahmad bersaksi akan cintanya kepada Sheikh Mustapha Ismail bahawa: “Rasa cinta dan
penghargaan saya terhadapnya semakin kuat, saya mengenalinya secara rapat apabila saya
pergi ke fakulti perubatan di Iskandariah. Saya mendapat tahu bahawa dia adalah Sheikh yang
paling sempurna, kerana dia mempunyai cara mengajar dan berdakwah yang tersendiri”.

Rajah: Syeikh Dr Ahmad Nuaina’ dan Syeikh Mustapha Ismail

3
1.1 LATAR KELAHIRAN

Qari Dr. Ahmad Nuaina' dilahirkan pada tahun 1954 di bandar Matubas1, utara negeri
Kafru Syeikh, Republik Arab Mesir. Ada juga pendapat mengatakan beliau lahir pada tahun
1952. Bandar Matubas dikelilingi oleh laut Mediterranean di utara, sungai Nil di barat dan
Tasik Burullus di Timur.

Rajah: Peta Markas Matubas

1.2 LATAR PENDIDIKAN

Sheikh Ahmad Nuaina’ mula menghafaz alquran usia tiga tahun dan selesai menghafaz
Al-Quran disamping tajwidnya pada usia lapan tahun di bawah pengawasan dan bimbingan
Sheikh Ahmad Al-Shawa. Antara guru Al-Quran yang mengajar beliau adalah Sheikh Amin
al-Hilali (ulama al-Azhar). Melalui guru tempatannya antara surah pertama yang dihafaz
adalah Surah Yusuf. Sheikh Ahmad Nuaina’ menerima pendidikan sekolah rendah dan
menengah nya di bandar Matubas, dan beliau menerima pendidikan pengajian tinggi di
"Rashid" di muhafazah "Al Beheira".

1
Iqna. (17 oktober, 2017). Ahmad Nuaina; Seorang Dokter yang Menemukan Ketenangan dalam Tilawah

4
Atas kesungguhan Sheikh Ahmad Nuaina’, beliau meneruskan mempelajari al-Quran
Qiraat sepuluh sebelum di bawah pengawasan Sheikhah Ummu Saad, kerana beliau biasa
belajar dengan mereka setiap hari selepas solat subuh selama dua jam sebelum memulakan
kuliah perubatannya. Syeikhah Ummu Sa’ad adalah salah seorang Qari para raja dan dikenali
dalam qaro radio-radio dan tv di Mesir. Beliau merupakan seorang lepasan penuntut pengajian
perubatan Universiti Alexanderia, Mesir. Selepas itu, beliau menyertai fakulti perubatan di
Universiti Iskandariah, dan selepas tamat pengajiannya, Sheikh Ahmad Nuaina’ selesai ijazah
sarjana dan kedoktoran PHD dalam bidang pediatrik kanak-kanak.

Rajah: Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah

1.3 LATAR SUMBANGAN

Sheikh Ahmad Nuaina’ dengan kemahirannya dalam perubatan pediatrik telah


bertugas merawati kanak-kanak di hospital Universiti di Iskandariah. Kemudian, beliau
dilantik sebagai naib pengarah di hospital kanak-kanak Universiti, dan juga naib pengarah di
institusi terapi di bandar yang sama.

Sheikh Ahmad Nuaina’ menjadi terkenal kerana suaranya yang istimewa, dan beliau
sangat didekati oleh persatuan-persatuan dan masjid. Beliau pernah membaca Al-Quran dalam
persatuan "Belia Islam", yang berada di bawah pengawasan Dr. Ahmad Darwish, menteri

5
kesihatan pada ketika itu dan mendapat penghargaan dari Dr Ahmad Darwish. Pada awal
tilawahnya, bacaan syeikh banyak dipengaruhi seperti bacaan Syeikh Amin Hilali, seorang qari
semasa di bandarnya. Seterusnya bacaan tilawah Syeikh Nuaina’ beransur mirip pelbagai qari
ternama lain seperti Syeikh Muhammad Rif’at, Syeikh Abdul Basit Abdul Samad, Syeikh
Mustafa Ismail, Syeikh Abul Ainain Shu’aisha, Hushari, Minshawi, al-Banna, Syeikh Al-
Bahtimi, Syeikh Ahmad Amir, Ghalwash dan Sheikh Ali Syihabuddin.

Beliau telah mendapat pujian dari Syeikh Sya’rawi iaitu Menteri waqaf dan urusan-
urasan Islam pertama Mesir pada tahun 1970 dimana Syeikh Sya’rawi menyatakan “Dr Nuaina
engkau bukan sahaja telah menenangkan rasa sakit fizik anak-anak malah dengan tilawah indah
dan merdu dengan gaya Mostafa Ismail, engkau telah memberikan ketenangan kepada jiwa
para pendengar”. Ketika itu Dr Nuaina bertemunya di Masjid Hussein a.s dan Masjid Sayyidah
Nafisah di Kaherah.

Tahun 1967 menyaksikan peristiwa penting dalam kehidupan Sheikh Ahmad Nuaina’
apabila Presiden Anwar Sadat, presiden semasa Mesir mendengar bacaan Al-Qurannya dalam
satu majlis tentera udara. Kekaguman presiden setelah mendengari bacaan syeikh
menghasilkan perlantikan jawatan doktor khas bagi presiden. Tepat ketika itu juga Syeikh
Ahmad Nuaina’ menamatkan pengajiannya dan menyertai Tentera Laut Mesir.

"Tajwid" beliau sangat dihargai oleh presiden Anwar Sadat, yang mendengar
bacaannya dua kali lagi dan menunjukkan minatnya dengan beliau dengan merekrut beliau
dalam sekretariat khasnya sebagai doktor peribadi. Anwar Sadat juga mengarahkan Sheikh
Ahmad Nuaina’ supaya membaca Al-Quran ke mana sahaja beliau pergi. Akibatnya, beliau
digelar "pembaca Al-Quran peribadi presiden", sehinggalah pemerintahan presiden "Hosni
Mubarak" pada tahun 1981. Selama sepuluh tahun syeikh berkhidmat sebagai pembaca
peribadi presiden dalam majlis-majlis diraja.

Sheikh Ahmad Nuaina’ bernasib baik kerana membaca di hadapan raja dan presiden
yang paling terkenal dan popular, ketika dia mengembara ke beberapa negara di seluruh dunia.
Selain itu, Sheikh Ahmad Nuaina’ memenangi tempat pertama dalam pertandingan Majlis
Tilawah Al-Quran antarabangsa pada tahun 1985 di India. Beliau juga dinobatkan sebagai
pembaca Al-Quran terbaik dalam pertandingan lain di Malaysia pada 1995 dan tempat ketiga
di Kesultanan Brunei.

6
Beliau juga sering dijemput untuk membaca Al-Quran dalam acara dan majlis
terutamanya ketika bulan Ramadhan ke luar negara Eropah seperti Iran dan Turki. Manakala
kawasan Asia seperti beliau banyak melakukan tilawah di Malaysia, Indonesia, Brunei,
Pakistan dan beberapa buah negara islam yang lain. Beliau juga telah menjadi juri hakim dalam
majlis tilawah alquran peringkat antarabangsa.

2.0 TARANNUM

Ilmu tarannum mula diraikan di Malaysia apabila Musabaqah Tilawah Al-Quran diperkenalkan
untuk menarik masyarakat dalam program al-Quran. Dengan adanya majlis ini, lahirlah para
qari dan qari’ah untuk menyertai musabaqah tersebut sama ada peringkat kampung, daerah,
jajahan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1960, musabaqah ini telah berjalan
dengan memperkenalkan kurikulum bacaan al-Quran yang terdiri daripada bidang Tahsin al-
Quran, tajwid, tarannum, dan fasihah. Makanya, perkembangan positif ini telah memberi
impak yang positif kepada masyarakat melayu dalam menghayati al-Quran melalui aspek
tarannum.

Musabaqah ini telah dirasmikan oleh pengasasnya sendiri iaitu Yang Teramat Mulia Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama yang diadakan di Masjid Jami’
Abu Bakar, Johor Bharu. Beliau telah menjadikan majlis ini sebagai salah atu acara rasmi
tahunan kerajaan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Asbab daripada program ini telah
dapat melahirkan beberapa tokoh hebat seperti Allahyarham Ma'som Pergau dari Kelantan,
Allahyarham Ismail Hashim dari Kedah dan lain-lain. Tokoh- tokoh ini mempunyai alunan dan
cara yang yang tersendiri dalam melagukan tarannum Hijaz, Bayati dan lain-lain2.

Dengan adanya para qari dan qari’ah, secara tidak langsungya mereka inilah yang
mengembangkan ilmu tarannum dengan mengajar, memberi pendedahan ilmu al-Quran kepada
setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal erti penat dan lelah di negeri masing-masing. Hal ini
juga terbukti dengan usaha individu, berbagai pertubuhan, persatuan sukarela dan jabatan-
jabatan kerajaan di merata-rata tempat lalu telah menganjurkan kelas-kelas pengajian majlis
tilawah al-Quran.

2
Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail(1998), Buku Qawaid Tarannum, Darul Fikir Kuala Lumpur.

7
1.1 PERKEMBANGAN TARANNUM HIJJAZ

Hijaz ialah salah satu nama kawasan di negara Arab Saudi di sebuah Kawasan bernama Hijaz.
Istilah tarannum Hijaz merupakan alunan yang dikagumi oleh oleh para qari Hijazi mengikut
budaya di kawasan tersebut. Kemudian lagu ini dibawa ke Mesir dan berkembang pula di
Lembah Sungai Nil sehingga dikenali dengan nama Hijaz Misri, Kemudian, alunan tarannum
ini telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap Qari dan Qariah dari pelbagai
negara. Tarannum Hijaz berlahjah Misri adalah lebih lembut dan menarik yang agak lebih
bersesuaian dengan kelembutan lughatul Quran.

1.2 ASAS TARANNUM HIJJAZ

Menurut daripada kajian, tarannum hijjaz ini dikenali dengan alunan yang tegas dan
bersemangat. Kebiasaannya, alunan ini dilagukan dalam ayat yang berbentuk dengan sesuatu
perintah, marah dan amaran. Hal ini bertujuan untuk memberi ketegasan terhadap maksud ayat
al-Quran yang dialunkan daripada seseorang Qari. Makanya, tarannum ini dari segi pergerakan
tidak begitu mudah berubah berbanding dengan tarannum yang lain tetapi bersifat lincah dan
sesuai dengan para qari yang mempunyai suara yang lantang untuk merealisasikannya dengan
berkesan. Jika sebaliknya, perkara ini berkemungkinan akan menjadi sedikit hambar kerana
qari atau qari’ah yang membawa lagu ini tidak mampu mencapai tahap jawab dan jawabul
jawab yang merupakan tahap kemuncak dalam lagu ini3. Rajah dibawah ini memaparkan
beberapa sifat tarannum Hijaz:

➢ Gerak lambat tapi berkesan.

➢ Ketegasan pendorong semangat.

➢ Kelincahan menghidupkan persembahan

➢ Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

➢ Sesuai dengan ayat perintah, tegas dan marah.

3
Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail(1998), Buku Qawaid Tarannum, Darul Fikir Kuala Lumpur.

8
1.3 FUNGSI TARANNUM HIJJAZ

Selain itu, tarannum Hijaz mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan.
Secara umumnya, ia juga seperti tarannum-tarannum lain yang memainkan peranan untuk
menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam terhadap pendengar.
Namun, ia tidak berhenti begitu sahaja, bahkan tarannum-tarannum Hijaz mempunyai peranan-
peranan lain yang dinyatakan seperti di bawah:

• Memberi semangat kepada persembahan bacaan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Menimbulkan kesenian fasohah al-Quran.

• Membawa ketegasan dan kefasihan terhadap mesej al-Quran.

• Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan4.

3.0 ANALISIS

Cinta dan keikhlasan Syeikh Ahmad Nuaina’ dalam alquran telah pantas mengangkat darjatnya
di dunia apabila beliau memperolehi jawatan yang tinggi dalam majlis diraja Mesir. Disamping
kesibukan beliau dalam kedoktoran, beliau berjaya mengisi masa khusus bersama dengan al-
Quran iaitu sejuzuk atau dua selepas Subuh. Beliau tidak pernah meninggalkan satu hari kurang
daripada lima juzuk pembacaan al-quran secara hafazan malah ketika Ramadhan semakin
meningkat bacaannya kerana beliau banyak menghadir majlis-majlis tilawah al-Quran di
Mesir.

Kecintaan beliau terhadap ulama, antaranya terhadap Syeikh Mustafa Ismail, dimana pada
mulanya beliau hanya dapat mendengar bacaan tilawah qari kegemarannya melalui radio
menyebabkan akhirnya beliau dapat bertemu dengan Syeikh Mustafa Ismail dan melantunkan
bacaan tilawah di hadapannya. Seperti sabdaan Rasulullah SAW :

4
Ahmad Sanusi Azmi(2020), Ilmu Tarannum di Malaysia, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti
Sains Islam Malysia(USIM).

9
ْ ْ ْ
‫ت ََلَا َقا َل‬
َ ‫اذا أَع َدد‬
َ ‫ال َو َم‬
َ ‫اعة ُ َق‬‫الس‬ ‫ال متى‬‫الساع ِة فَ َق‬ ‫ن‬ ‫اّلل ع َل ْي ِه وسلَم ع‬ ‫اّلل عنه ُأ َ َن رج اًل سأَ َل الن َ ِبي ص َّل‬ ْ ‫ع‬
‫ن أنس رضي‬
َ َ ََ َ َ َ ِ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ ُ َ َ َُ َ ِ َ ٍََ َ

‫ش ْي ٍء فَرحنَا ِب َق ْو ِل‬ ْ ‫حب ْبت قال أن ٌس فما فر‬


‫حنَا ب‬ ْ ‫نأ‬ْ ‫َشء إ ََل أّن أحب اّلل ورسوَل ص َّل اّلل عل ْيه وسلم فقال أ ْنت مع م‬ْ ‫َل‬
ُ
َ َ َ ِ ِ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ َ َ َ ََ ََ َ َ ِ َ َ َُ َ ُ َ ُ َ َ َ َ َُ ِ َ ِ َ ِ َ َ َ
ْ
‫عمر وأَ ْرجو‬ ‫اّلل ع َل ْي ِه وسلَم وأَبا ب‬ ‫حب ْبت َق‬ْ ‫نأ‬ْ ‫النبي ص َّل اّلل عل ْيه وسلم أ ْنت مع م‬
‫و‬ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫ب الن َ ِبي ص َّل‬ ‫ح‬
ِ ُ ‫ال أَن َ ٌس فَأَ َنا أ‬ َ
ُ َ َ َ ُ َ ٍ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ََ َ َ ََ َ َ ِ َ َ َُ َ َِ ِ َ

ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ ْ
‫اُهْ و ِإن لَ ْم أَعمل ِب ِمث ِل أَعمالِ ُِه‬‫أن أكون معُه بحبي إي‬
َ َ َ ُ َ ِ َِ ُ ِ ُ َ َ َ ُ َ َ

Syeikh Mustafa Ismail malah menurunkan serbannya menghormati tilawah Dr Ahmad


Nuaina’. Peristiwa ini berlaku ketika pemerintahan Presiden Abdul Halim Mahmud. Para
pendengar mengetahui tilawah Dr Syeikh Nuaina’ bukan sahaja mirip malah serupa seperti
Syeikh Mustafa Ismail dengan lantunan tilawah yang lebih lembut.

Dari Anas r.a, beliau mengatakan bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w
tentang hari kiamat. Orang itu mengatakan, ‘Bilakah hari kiamat itu?’ Rasulullah s.a.w kembali
bertanya, ’Apa yang telah engkau persiapkan untuk hari itu?’ Orang itu menjawab, ‘Tidak ada,
hanya saja sesungguhnya saya mencintai Allah Azza wa Jalla dan Rasul-Nya s.a.w.’ Rasulullah
s.a.w bersabda, ‘Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.’ Anas r.a
mengatakan, “Kami tidak pernah merasakan kebahagiaan sebagaimana kebahagiaan kami
ketika mendengar sabda Rasulullah ini, ‘Engkau akan bersama dengan orang yang engkau
cintai.’ Anas r.a mengatakan, ‘Saya mencintai Nabi s.a.w , Abu Bakar dan Umar. Saya berharap
dapat bersama mereka dengan sebab kecintaanku kepada mereka meskipun saya tidak mampu
melakukan amalan yang mereka lakukan’.5

Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan “Maksudnya, dia akan dikumpulkan bersama mereka
(orang dia dicintai) itu, sehingga dia menjadi sebahagian dari kelompok orang-orang yang
dicintai itu. Dengan pemahaman ini tertolaklah pemahaman sebahagian orang yang
mengatakan bahawa kedudukan mereka iaitu antara orang yang dicinta dan yang mencintai
akan berbeza. Jika ini benar, bagaimana dikatakan ‘akan bersama’? Pertanyaan ini dijawab
dengan : Kebersamaan itu boleh wujud dengan adanya titik pertemuan pada satu hal tertentu

5
al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Beirut. 1407, Cetakan Ketiga, hadith 3486, juz 3, hlm 1349

10
dan tidak mesti harus sama dalam semua hal. Jika mereka semua telah di masukkan ke syurga
bererti telah bersama-sama, meskipun derjat mereka di syurga berbeza.6

Dr Ahmad Nuaina’ berancang untuk menghidupkan sebuah Akademi Al-Quran Antarabangsa


dimana latihan hafazan dan tilawah al-Quran dijalankan. Dr Ahmad Nuaina’ menambah
terdapat salah seorang ahli peniaga di Mesir sudah mula menggerakkan program murni ini.
Akademi ini telah disediakan agenda-agenda dalam melahirkan generasi qari yang berbakat
dan berkebolehan. Selepas redhanya krisis penyakit Korona program ini dapat terus dimulakan.
Dr Ahmad Nuaina’ berharap atas wasilah program ini ianya dapat membantu menurunkan
rahmat Allah s.w.t agar penyakit Korona lenyap selamanya.

RUJUKAN

al-‘Asqalani, Ibn Hajar (2000), Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, Riyadh: Dar al-Salam

al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Beirut. 1407, Cetakan Ketiga, hadith 3486, juz
3, hlm 1349

Ahmad Sanusi Azmi(2020), Ilmu Tarannum di Malaysia, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah,
Universiti Sains Islam Malysia(USIM).

Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail (1998), Buku Qawaid Tarannum, Darul Fikir Kuala Lumpur.

Iqna. (17 oktober, 2017). Ahmad Nuaina; Seorang Dokter yang Menemukan Ketenangan
dalam Tilawah

6
Al-‘Asqalani, Ibn Hajar (2000), Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, Riyadh: Dar al-Salam

11

Anda mungkin juga menyukai