Anda di halaman 1dari 34

QIRAAT DALAM PERUNDANGAN ISLAM (IBQQ 4283)

-HUKUM BERKAITAN KIFFARAH

-KAFFARAH SUMPAH

-HUKUM BERKAITAN ILA’

PENSYARAH:

USTAZ MUHAMMAD SHAFEE BIN SALIHIN

PELAJAR:

MUHAMMAD YAZZID BIN MD RIFFAIE (17BI04056)

MUHAMMAD HAZIM BIN MOHAMAD AZLAN ( 17BI04047)


Takrif Kifarah dan Sumpah
KAFFARAH
 Kaffarah dari segi bahasa: menutup
 Kaffarah dari segi istilah: denda sebagai menebus sesuatu kesalahan.

SUMPAH
 Yamin dari segi bahasa: kekuasaan.
 Yamin dari segi istilah: menguatkan maksud kata- kata yang tidak sabit dengan
menyebut satu daripada nama atau sifat Allah dalam lafaz yang tertentu.
Jenis-Jenis Kaffarah

1. Kaffarah sumpah
2. Kaffarah nazar
3. Kaffarah zihar
4. Kaffarah kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh
5. Kaffarah ila’
Perbahasan ayat

1. Asbab nuzul
 menurut wahbah zuhaili (2016), ibnu jarir ath- thabari telah meriwayatkan
dari ibnu abbas mengenai sumpah- sumpah yang telah mereka lakukan
mengenai mengharamkan perempuan dan daging kepada diri mereka kepada
rasulullah.

 Sai’d bin jubair menjawab dengan menyuruh abu syekh bin hayyan untuk
membaca ayat sebelumnya iaitu ayat 87 dan 88 dari surah al maidah yang
bermaksud “janganlah haramkan perkara yang baik yang telah dihalalkan oleh
Allah”.
2. Perbezaan wajah qiraat
 Khilaf qiraat

Farsh huruf dalam ayat ini pada kalimah ( ‫)عقدمت‬
- Ibn zakwan baca dengan alif dalam wazan fa’il yang bermaksud sumpah dua hala.
- Syu’bah, hamzah dan kisa’I baca dengan takhfif dan tanpa alif yang bermaksud sumpah satu hala
sahaja.
- Baki qurra’ baca dengan tasydid dan tanpa alif yang bermaksud ini lebih kuat dengan tanda tasydid.
 Qiraat mutawatir ( ‫) فمن لم يجد فصيام ثلثة أيام‬
Ibnu al-‘Arabiy mengatakan bahawa ayat al-Quran di atas itu adalah diriwayatkan
secara Mutlaq tanpa muqayyad (bersyarat) maka ia kekal ketetapannya tanpa
terikat selama ia tidak diqayyidkan. Oleh itu adalah harus (puasa tersebut)
samada memisah-misah atau berturut-turut.

 Qiraat syaz (‫) فمن لم يجد فصيام ثلثة أيام متتابعين‬


Ini adalah qiraat Ubay bin Ka’ab dan Ibnu Mas’ud. Maka penambahan (lafaz) ini
adalah pada kedudukan Khabar Masyhur. Yang demikian adalah penerimaan para
sahabat bahawa ianya sebagai pentafsiran bagi al-Quran. Maka sekiranya para
sahabat tidak menerimanya sebagai al-Quran (sekalipun) kerana tidak mutawatir,
maka sesungguhnya mereka menerima sebagai pentafsiran yang berada pada
kedudukan Khabar Masyhur. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa
penambahan tersebut telah thabit dengan Khabar Masyur yang diterima.
Tafsir ayat ( ۡ‫اخ ُذ ُك ُم ٱ هَّلل ُ بِ ٱ لَّ ۡغ ِو فِ ٓيأَ ۡي ٰ َمنِ ُكم‬
ِ ‫)اَل يُ َؤ‬

 Menurut kitab Tafsir Al-Qurthubi (Syaikh Imam Al-Qurthubi, 2008)

 Makna kata ‫ اللغو‬sudah dibahas pada surah al-Baqarah. Adapun


makna ‫ف ي‬ ‫ أَ ۡي ٰ َمنِ ُك م‬adalah (dari sumpah-sumpahmu). Al Aimaan
adalah bentuk jamak dari kata yamiin bermaksud (sumpah).

 Menurut kitab Tafsir Adhwa’ul Bayan (Syaikh Asy-Syanqithi, 2007)

 Telah kami kemukakan dalam surah al-Baqarah, bahawa maksud


dari kalimat, “disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja”
adalah sesuatu yang kamu maksudkan dari sumpah yang kamu
sebut didalamnya, bukan sesuatu yang biasa terucap dari lidah-
lidah kamu tanpa sengaja, seperti: “tidak, demi Allah,” atau
“Ya, demi Allah.”
 Menurut kitab Tafsir Munir

 Maksud ayat diatas ialah tidak ada hukuman terhadap sumpah-sumpah yang diucapkan dengan tanpa
sengaja. Sumpah tersebut tidak ada kaitannya dengan hukum apa pun. Itu adalah sumpah main-main
dan tidak sengaja diucapkan oleh orang yang bersumpah.
PANDANGAN FUQAHAH 4 BERDASARKAN
PERBEZAAN QIRAAT
 Sumpah yang tidak sengajakan

 Imam Syafi’i berpendapat bahawa tiada hukuman kerana sumpah tersebut tiada
kaitannya dengan hukum apa pun.

 Sumpah yang disengaja

 Memberi Makan
 Memberi Pakaian
 : Memerdekakan Hamba

 Sumpah palsu

 Hanafi dan maliki = tiada kafarah


 Syafie = wajib membayar kafarah
PERKARA BERKAITAN KIFARAH SUMPAH
 Syarat-syarat kafarah sumpah (Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2019)
 Sumpah yang didatangkan dengan lafaz nama Allah SWT atau sifat-sifatnya.
 Sumpah boleh dilakukan terhadap perkara yang telah berlalu.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:Mereka bersumpah dengan


nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang
buruk terhadapmu). (Surah al-Taubah: 74)
 Bersumpah terhadap perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.

 Hal ini berdasarkan hadith Nabi SAW : “Demi Allah, aku akan
memerangi Quraisy.” (Riwayat Imam Abu Daud, 447)
Syarat penerima kaffarah

1) Miskin dan fakir.


2) Islam.
3) Merdeka.
4) Penerima bukan usul atau furu' atau orang yang wajib ditanggung nafkahnya
oleh pembayar kaffarah.
5) Tidak memberi secara berulang-ulang.
6) Tidak harus dikurangkan habuan setiap orang dari yang sepatutnya
7) Tidak boleh digabungkan antara dua jenis kaffarah atau lebih.
HUKUM BERKAITAN ILA’
TAKRIF ILA’

 lla' daripada segi bahasa berasal daripada perkataan al-


alliyyah yang bermaksud sumpah.
 lla' daripada segi istilah pula ialah suami yang mempunyai
hak bersumpah dengan nama ALLAH SWT bahawa tidak
akan menyetubuhi isterinya tanpa menyebut bulan tempoh
tertentu atau dalam tempoh melebihi empat bulan.
 Secara syariat, takrif ila' adalah sumpah untuk tidak
mencampuri isteri sama sekali atau lebih dari empat
bulan.
DEFINISI ILA'

 Menurut Ibnu Rusyd:lla’ adalah sumpah suami untuk tidak menggauli


isterinya dalam tempoh waktu empat bulan atau lebih atau ungkapan
yang senada dengan itu yang mengindikasikan jangka waktu yong tidak
ditentukan.
 Ulama Mazhab Hanafi:lla’ adalah sumpah suami dengan menyebut nama
ALLAH SWT atau salah satu sifat- Nya, atau dengan nazar, atau ta'lik
talak untuk tidak menggauli isterinya selama waktu tertentu.
 Ulama Mazhab Maliki:lla' adalah sumpah suami yang muslim dan
mukallaf suami mempunyai kemampuan untuk menggauli isterinya
dengan menggunakan nama ALLAH SWT dan salah satu sifat-Nya untuk
tidak menggauli isterinya lebih dari empat bulan.
 Mazhab Shafi’i: lla' adalah sumpah suami yang sah
talaknya untuk tidak menggauli isterinya secara mutlak
(tanpa batas waktu) atau dalam masa lebih empat bulan
 Ulama Mazhab Hanbali: lla' adalah sumpah suami yang
sanggup untuk menggauli isterinya dengan nama ALLAH
SWT atau salah satu sifat-Nya untuk tidak menggauli
isterinya walaupun sumpah itu sebelum menggauli
isterinya, baik sumpah secara mutlak atau lebih dari
empat bulan.
DALIL ILA'

 Dalil Al Quran:

َ َ‫وا ٱلطَّ ٰل‬


﴾٢٢٧‫يم‬ٞ ِ‫ق فَإ ِ َّن ٱهَّلل َ َس ِمي ٌع َعل‬ ْ ‫ َوإِ ۡن َع َز ُم‬٢٢٦‫يم‬ٞ ‫َّح‬ ٞ ُ‫ون ِمن نِّ َسٓائِ ِهمۡ تَ َربُّصُ أَ ۡربَ َع ِة أَ ۡشه ۖ ُٖر فَإِن فَٓا ُءو فَإ ِ َّن ٱهَّلل َ َغف‬
ِ ‫ور ر‬ َ ‫﴿لِّلَّ ِذ‬
َ ُ‫ين ي ُۡؤل‬
 Maksudnya: Kepada orang-orang yang meng-ila' isterinya, diberi tangguh empat
bulan (lamanya). Kemudian, jika mereka kembali (kepada isterinya), maka
sesungguhnya ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika
mereka berazam (bertetap hati untuk) talaq, maka sesungguhnya ALLAH SWT
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah 226-227).
 Dalil hadis: Diriwayatkan oleh Ali R.A, katanya:Maksudnya: "Apabila suami
melakukan ila’ kepada isterinya, tidak jatuh walaupun telah berlalu empat bulan
sehinggalah suami membuat keputusan sama ada menceraikannya ataupun
menggaul isterinya semula. (Riwayat Malik dalam kitabnya al-Muwatta': 2/556)
SEBAB PENURUNAN AYAT

 Ibnu Abbas mengatakan ila' merupakan kebiasaan orang-orang Arab


Jahiliyah, seorang lelaki bersumpah tidak akan mendatangi isterinya
setahun atau dua tahun atau selamanya atau dalam waktu yang tidak
ditentukan dengan maksud menyakiti isterinya, membiarkan isterinya
terkontang kanting tanpa suami dan tidak pula diceraikan.
 Kes seperti ini kemudiannya diperbaiki oleh Islam dengan dijadikannya
sumpah ila' berakhir dengan masa empat bulan. Apabila suami kembali
kepada isterinya sebelum habis masa empat bulan tersebut bererti ia
melanggar sumpahnya dan suami wajib membayar denda kafarah.
PERBEZAAN WAJAH QIRAAT

‫ور‬
ٞ ‫ف‬
ُ ‫غ‬
َ ‫ه‬
َ َ ّ ‫ل‬ ‫ٱل‬ َ
‫ن‬ ّ ‫إ‬
ِ ‫ف‬
َ ‫و‬‫ٓاء‬
ُ ‫ف‬
َ ‫ن‬‫إ‬ِ ‫ف‬
َ ۖ ‫ر‬
ُٖ‫ۡه‬
‫ش‬ َ ‫أ‬ ِ
‫ة‬ ‫ع‬ ‫ۡب‬ ‫ر‬َ
َ َ ‫ُون ِمن ِن ّ َسٓا ِئ ِهمۡ تَ َربُّ ُصأ‬ َ ‫﴿ لِ ّل ّ َ ِذ‬
َ ‫ين يُؤۡل‬
﴾٢٢٦‫يم‬ ٞ ‫َّر ِح‬
 Ibdal: Bacaan bagi Imam Warsh, Sussi, Abu Ja'far, Hamzah ketika
wagaf
 Tahqiq: Bacaan bagi Imam-imam yang lalin.
َ ُ‫ يُ ۡؤل‬dalam qiraat syaz bagi Imam Ibnu Abbas dan Ubai Bin
 Bacaan ‫ون‬
Kaab dibaca dengan ‫ لِّلَّ ِذ َيني قسمون‬untuk menerangkan Qiraat Mutawatirah
sumpah dan ila' adalah maksud yang sama iaitu sumpah.
LAFAZ SUMPAH ILA '

 Lafaz sarih laitu lafaz yang jelas seperti: "Aku tidak akan bersetubuh dengan
kamu lebih dari empat bulan Aku tidak akan Wmak dengan kamu lebih dari
empat bulan.
 Lafaz kinayah iaitu lafaz yang tidak menunjukkan ila' kecuali dengan niat:
"Aku tidak akan sentuh kamu selama empat bulan Dalam lafaz ini sekiranya
suami berniat makna sentuh itu ialah bersetubuh maka sahlah ila pada ketika
itu".
TAFSIR AYAT

Tafsir Raiul Bayan


 Ibnu Abbas mengatakan jika waktu empat bulan berlalu sebelum suami
kembali, maka isteri dipisahkan dengan talak satu mengikut mazhab Imam
Abu Hanifah.
 Imam Malik, Syafi'i dan Ahmad mengatakan isteri tidak dijatuhi talak
setelah kurun waktu itu berlalu akan tetapi suami diminta untuk kembali
(menarik kembali sumpahnnya) atau memillh talak. Jika suami enggan
memberi keputusan maka hakim akan menjatuhkan talaknnya kepada isteri
Tafsir Ibnu Kathir

 Di dalam ayat iní terkandung pengertían yang menunjukkan bahawa talak tidak jatuh hanya
dalam masa empat bulan. Demikianlah menurut pendapat jumhur ulama mutaakhkhirin.
 Sedangkan menurut pendapat ulama lainnya, talak satu jatuh setelah tamat tempoh masa empat
bulan.
 Kemudian dikatakan bahawa si isteri tertalak dengan tamatnya masa ila' empat bulan dengan
status talak raj’i
 Menurut pendapat yang lainnya lagi, si isteri tertalak bain.
 Semua pendapat yang mengatakan bahawa si isteri tertalak dengan tamatnya masa empat bulan
mewajibkan adanya iddah atas pihak isteri.
 Kecual apa yang dirlwayatkan dari Ibnu Abbas dan Abusy Sya'sa yang mengatakan bahawa si
isteri telah mengalami haid tiga kali, maka tidak ada iddah atas dirinya. Pendapat inilah yang
dikemukakan oleh Imam Syafi’i.
Tafsir Munir

 Menurut Syafi'l dalam gaul jadid, la hanya sah kalau diucapkan dengan
sumpah dengan nama ALLAH SWT saja.
 Sedangkan menurut mazhab Hanafi dan maliki, la' sah dengan sumpah
untuk tidak menyetubuhi isteri dengan talak atau pemerdekaan atau
nazar atau sedekah harta atau haji atau zhihar.
 Mazhab Hanbali dalam riwayat yang mahsyur, berkata ila' tídak sah
dengan sumpah, talak atau pemerdekaan. Dalilnya adalah qiraat syaz
َ ‫ لِّ لَّ ِذ‬sebagai ganti
bagi bacaan Ubaiy bin Kaab dan Ibnu Abbas ‫ين ي قسمون‬
َ ُ‫يُ ۡؤل‬.
‫ون‬
 Jika suami bersumpah dengan nama ALLAH SWT bahawa dia tidak akan
menyetubuhi isterinya dan dia mengucapkan insya ALLAH SWT, maka (menurut
pendapat yang paling sahih bagi mazhab Maliki dan majoriti Fuqaha') la tidak
dianggap melakukan ila' kerana kalimah insya ALLAH SWT itu membatalkan
sumpah, membuat orang yang sudah bersumpah seakan-akan tidak bersumpah.
tentang sifat sumpah yang membuat si pelaku sumpah terhitung melakukan ila’.
 Menurut beberapa ulama' ia tidak dianggap melakukan ila' kecuali jika la
bersumpah untuk tidak menyetubuhi isteri dengan maksud membuatnya
menderita.
 Menurut jumhur, fal ertinya menggaul isteri yang disumpah untuk tidak digaul.
Suami tidak disebut kemball kepada isterinya kecuali dengan berbuat demikian.
 Sedangkan menurut mazhab Hanafi, fai' boleh terjadi dengan perbuatan (iaitu
jimak di kemaluan) atau dengan perkataan (misalnya suami berkata "Aku
kembali kepadamu", "Aku merujukmu", dan sejenisnya).
RUKUN DAN SYARAT ILA’

 Orang yang bersumpah.


 Yang dijadikan sebagai sumpah.
 Objek sumpah.
 Masa
Berdasarkan ikhtilaf daripada para imam figh, dapat diketahul syarat-syarat ila' menurut Jumhur
Ulama adalah sebagai berlkut:

 Suami bersumpah dengan nama ALLAH SWT atau salah satu sifat-Nya.
 Objek sumpahnya itu adalah senggama dengan faraj isterinya dalam jangka waktu lebih dari
empat bulan.
 Wanita itu masih berstatus isterinya, sekalipun secara hukum dalam iddah.
SYARAT SUAMI
 Islam
 Baligh dan berakal
 Mampu atau sanggup melakukan persetubuhan

SYARAT ISTERI
• Mempunyai status isteri yang sah meskipun dalam masa iddah.
• Tidak dalam menyusukan bayi
SYARAT SIGHAH (LAFAZ) SUMPAH

 Memakai nama ALLAH SWT atau salah satu sifat-NYA.


 Ditujukan khas untuk melakukan persetubuhan.
 Sighah itu tidak mengandungi dua tujuan iaitu tidak melibatkan wanita selain
isteri.
 Tidak dikaitkan dengan sesuatu tempat tertentu.
SYARAT OBJEK SUMPAH

 Objek sumpah itu haruslah tidak melakukan persetubuhan pada isteri.

SYARAT JANGKA WAKTU ILA’


• Menurut mazhab Hanafi jangka waktu ila’ itu adalah empat
bulan.
• Menurut jumhur waktu ila’ itu adalah elbih daripada empat
bulan.
HUKUM ILA’
 Hakim hendaklah memberi peluang selama empat bulan kepada suami
bermula hari dia bersumpah.
 Memaksa suami menarik balik sumpahnya dan Kembali semula kepada
isterinya serta membayar kaffarah sumpah. Jika dia bersumpah untuk
melakukan sesuatu atau bersedekah dengan sesuatu, dia hendaklah
melakukannya
 Memaksa suami menceraikan isterinya jika dia enggan menarik balik
sumpahnya dan tetap berpegang dengan sumpahnya.
 Sekira suami enggan melakukan perkara tersebut, hakim hendaklah
menjatuhkan talak satu bagi pihaknya.
 Hukum ila’ adalah haram kerana perbuatan tersebut meninggalkan
mudharat dan dapat menyakiti si isteri serta meniggalkan untuk meraih
kenikmatan (hunungan kelamin) yang disyariatkan Islam.
KESAN DAN IMPLIKASI ILA’
 Suami berdosa di sisi ALLAH SWT kerana perbuatan ila’ adalah haram
dan mengundang mudarat terhadap isteri
 Isteri yang diila' tidak tertalaq dengan serta merta tetapi dia wajib
menunggu selama empat bulan yang tidak disetubuhi oleh suaminya atau
sehingga suaminya menyetubuhinya sebelum tamat empat bulan.
 Dalam tempoh ila', suami masih wajib memberi nafkah kepada isteri
kecuali isteri itu berlaku nusyuz.
 Suami juga harus menyetubuhi isterinya yang diila' pada bila-bila masa
sebelum tamat tempoh empat bulan.
 Suami diwajibkan membayar kaffarah apabila dia telah menyetubuhi
isterinya yang di ila’.
 Jika suami tidak dengan sendirinya menyetubuhi isterinya dalam tempoh
empat bulan, maka isteri itu berhak meminta suami menyetubuhinya
tanpa melalui proses kehakiman.
 Jika selepas tamat empat bulan, suami masih tidak menyetubuhi isteri,
maka isteri diberi pilihan untuk menuntut supaya suaminya melakukan
persetubuhan atau menuntut talaq melalui proses kehakiman.
 Jika suami masih enggan melakukan persetubuhan atau mentalaqkan
isteri yang diila', Hakim Syar'ie boleh mentalaqkan dengan satu talaq
raj’ie. Ini kerana suami tidak harus berterusan memudaratkan isterinya
tanpa disetubuhi. Memandangkan tiada jalan untuk memaksa suami
melakukan persetubuhan, maka ternyatalah perceraian sahaja yang
boleh menamatkan kemudaratan terhadap isteri. Jika suami tidak
menceraikan isterinya dengan sukarela, maka hakim berhak mengambil
tempatnya.
 Jika isteri itu ditalaqkan sama ada oleh suami sendiri atau oleh hakim, lalu
suami meruju' isterinya dalam tempoh iddah, maka hukum ila' kembali semula
kepada suami. Justeru, perkiraan tempoh ila' bermula semula dari waktu ruju'
sehingga tamat empat bulan yang berikutnya. Jika selepas ruju', suami masih
tidak menyetubuhi isterinya sehingga tamat tempoh empat bulan yang baru,
maka isteri berhak membuat tuntutan talaq yang kedua. Begitulah seterusnya
hingga sampai kepada talaq tiga yang tidak boleh diruju’.
 Jika isteri yang diila' diceraikan oleh suaminya sehingga tamat iddah tanpa
diruju', ataupun dia diceraikan terus secara talaq ba'in, maka terbatallah
hukum ila" kerana kemudaratan terhadap isteri telah tamat dengan perceraian
yang ba'in, Namun jika suami itu menikahinya semula dengan akad nikah yang
baru, maka hukum sumpah yamin yang terdahulu akan kembali semula.
Justeru, suami diwajibkan kifarat yamin jika dia menyetubuhi isterinya dalam
akad nikah yang baru itu. Jika tidak disetubuhinya melebihi empat bulan, isteri
tidak berhak membuat tuntutan talaq kerana hukum ila' telah terhapus.
 Jika suami menyetubuhi isteri yang diila' kerana terlupa, dipaksa atau
ketika dalam keadaan gila, maka dia tidak dikira melanggar sumpah
kerana ketika itu dia bukan seorang mukallaf, Oleh itu, dia tidak
dikenakan kifarat. Akan tetapi hukum tempoh ila' dikira terputus kerana
isteri telah mendapat haknya dengan persetubuhan tersebut. Manakala
hukum sumpah yamin dan ila' tersebut masih berkekalan selagi tidak
berlaku pelanggaran sumpah dan kifarat.
 Bagi ila' yang ditetapkan masa tertentu seperti setahun, maka hukumnya
akan tamat apabila berlalu tempoh tersebut. Dalam hal ini, isteri
hendaklah menuntul persetubuhan atau talaq selepas berlalu empat
bulan dan sebelum tamat satu tahun. Jika isteri terlewat membuat
tuntutan, iaitu selepas berlalu tempoh setahun, maka hilanglah hak
isteri untuk menuntut talaq kerana tempoh ila' telah tamat.
HIKMAH PENSYARIATAN HUKUM ILA’

 Memberikan tempoh sehingga empat bulan untuk menggauli isterinya


atau menjatuhkan talak.
 Salah satu keindahan syariat Islam yang berusaha melindungi perempuan
daripada kezaliman.

Anda mungkin juga menyukai