Anda di halaman 1dari 2

Muka surat 122

Sirah : Unit 3 Kenali keluarga Nabi Muhammad SAW


1. Mari baca dan fahami

Cahaya mata Rasulullah SAW : Qosim, Abdullah, Ibrahim, Zainab


Ruqaiyyah, Fatimah, Ummu Kalthum

Ayah, dalam buku ini dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah
orang yang paling baik terhadap keluarganya.

Ayah, Nabi Muhammad SAW seorang bapa yang sangat penyayang


terhadap anak- anaknya kan?

Bagaimana Nabi Muhammad SAW bergaul dengan keluarga baginda?

Muka surat 123

2. Mari baca dan contohi

Bertanggungjawab :
Nabi Muhammad SAW sering membantu isteri-isterinya melakukan kerja-kerja di
rumah dan melayan mereka dengan adil serta lemah-lembut

Penyayang :
Setiap kali Nabi Muhammad SAW melihat anaknya Fatimah datang, baginda
akan mengucapkan salam dan melayani dengan baik.

Sabar :
Baginda pernah memanjangkan tempoh sujudnya ketika solat semata-mata
kerana cucundanya Hasan dan Husin memanjat belakang baginda
Tegas :
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda seandainya anaknya Fatimah
melakukan kesalahan, dia tetap menghukumnya

Muka surat 124

3. Mari baca dan fahami0

Cara mewujudkan keluarga bahagia.


Sayang menyayangi , saling membantu , saling menghormati , saling
menasihati , saling menghargai .

Kepentingan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam keluarga


Mendapat pahala , saling mengasihi , berdisiplin , menjamin kebahagiaan ,
saling mengambil berat , bekerjasama

Rumusan : Nabi Muhammad SAW ialah contoh terbaik dalam kehidupan


berkeluarga

Muka surat 125


Tindak Pintar : Saya seorang penyayang

Assalamualaikum

Aturan aktiviti
1. Setiap kumpulan diminta melengkapkan kad ucapan dalam tempoh
masa tertentu.
2. Setiap kad perlu mengandungi nama penerima, nama pengirim dan
ucapan ringkas
3. Kumpulan yang telah selesai diminta mencadangkan cara menunjukkan
kasih saying kepada ahli keluarga.

Kasih sayang membawa bahagia

Anda mungkin juga menyukai