Anda di halaman 1dari 4

1.

0 pengenalan

taranum merupakan satu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi
mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan
keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-quran. (nik jaafar,
1998). Ilmu taranum ini bermula sejak dari zaman rasulullah lagi dan semakin
berkembang seiring dengan peredaran zaman di mana sehingga hari ini para
ulama masih tidak putus-putus menghasilkan kajian dan mempertahankan ilmu
taranum ini antaranya ialah syeikh taha fashani, syeikhkh Mustafa ismail dan
ramai lagi. Antara aliran taranum yang popular ialah misri, Iraqi, Hijazi, dan banyk
lagi. Taranum nahwand dan hijaz tergolong dalam aliran misri. Terdapat
beberapa perbezaan di antara taranum Hijaz dan nahwand dari segi definisi,
peranan, ciri dan harkatnya.

2.0 perbezaan tarannum Hijaz dan nahwand

2.1 definisi

antara perbezaan taranum Hijaz dan nahwand yang dapat dilihat ialah dari
aspek definisi dimana taranum Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan yang meliputi
beberapa daerah di negara Arab Saudi. Luqman, (2020), menjelaskan bahawa
disebabkan taranum ini berasal dari tanah Arab, maka ia telah dipelopori dan
dipopularkan oleh Qari-qari Hijaz mengikut budaya bangsanya yang tinggal di
kawasan berpadang pasir yang tandus lagi panas manakala taranum nahwand pula
berasal dari perkataan nahwand yang merupakan nama bagi suatu tempat yang
terletak di daerah Hamadan, Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Nahwand
juga merupakan nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang
dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan
sosiobudayanya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, para Qurra’ dari Mesir telah
mengubahnya mengikut selera budaya mereka di mana identiti asalnya iaitu alunan
rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.
2.2 peranan

seterusnya perbezaan yang dapat dilihat antara taranum hijaz dan taranum
nahwand ialah dari segi perananya. Hal ini kerana Tarannum Hijaz mempunyai
peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan contohnya taranum hijaz
dapat memberikan semangat kepada persembahan dan memberi kepuasan kepada
pembaca dan pendengar mankala taranum nahwand pula berperanan untuk
melembutkan bacaan dan dapat menenagkan jiwa pembaca dan pendengar.

Selain itu, taranum hijaz juga menunjukkan ketegasan kepada masej al-quran serta
dapat memberi tenaga kepada taranum sesudahnya manakala taranum nahwand
pula sangat sesuai digunakan digunakan untuk ayat memohon, bercerita dan dapat
menggambarkan suasana kegembiraan.

2.3 ciri

di samping itu, taranum hijaz dan taranum nahwand juga mempunyai ciri yang
berbeza, antaranya ialah tarannum Hijaz dikenali sebagai sebuah lagu yang
mempunyai gerak yang ringkas dan tegas. Ia biasanya sesuai dibawa pada nada
nawa, jawab dan jawabul jawab manakala taranum nahwand mempunyai gerakan
yang ringan serta penuh dengan kelembutan yang penuh bersopan dan sesuai
dibawa pada tabaqah yang sederhana.

Selain itu, pergerakan lagu taranum hijaz tidak begitu kompleks dan fleksibel seperti
tarannum-tarannum lain, akan tetapi ia tetap mampu memberi kesan yang
mendalam terhadap para pendengar setanding dengan tarannum lain manakala
taranum nahwand pula mempunyai unsur kesederhanaan yang mampu memikat
jiwa.

Akhirnya taranum hijaz pula sesuai diaplikasikan pada ayat al-quran yang berbentuk
perintah tegahan dan suruhan serta peringatan marah dan azab manakala taranum
nahwand pula sesuai diaplikasikan pada ayat al-quran yang menggambarkan
permohonan dan penceritaan. najmiah. (2017) menerangkan bahawa
pengaplikasian taranum pada ayat yang sesuai seperti taranum nahwand pada ayat
yang menggambarkan permohonan adalah dapat memberi impak yang lebih
berkesan kepada pendengar di mana pendengar akan lebih menghayati makna ayat
tersebut.

2.4 perbezaan taranum dari segi harakat

harakat sangat memainkan peranan yang sangat penting dalam ilmu taranum.
Harakat terdiri daripada qitah, burdah, mahatah dan sebagainya. Antara perbezaan
harakat yang dapat dilihat dalam taranum hijaz dan nahwand ialah harakat taranum
nahwand boleh mencapai hingga harakat lima manakala kebanyakkan taranum hijaz
hanya mencapai harakat empat sahaja, (Muhammad ali, 1997). Selain itu, dari segi
burdah pula, taranum hijaz lebih kasar dan tegas berbanding taranum nahwand di
mana taranum nahwand lebih ringan dan lembut dan mampu memikat jiwa. Hal ini
kerana taranum hijaz digunakan untuk ayat yang menceritakan tentang azab
manakala taranum nahwand pula digunakan pada ayat yang menggambarkan
permohanan dan penceritaan. Akhirnya harakat taranum hijaz pula sesuai
digunakan pada tobaqat yang tinggi seperti jawab dan jawabul jawab untuk
memberikan semangat manakala taranum nahwand pula sesuai untuk tobaqat suara
yang sederhana seperti nawa.

3.0 Kesimpulan

kesimpulannya, taranum hijaz dan taranum nahwand mempunyai perbezaan dari


aspek segi definisi, peranan, ciri dan harkatnya. Oleh itu, kita hendaklah
berusaha untu mempelajari ilmu taranum agar kita dapat mengetahui setiap
perbezaan yang terdapat dala taranum-taranum ini. hal ini kerana dengan
taranum, kita akan lebih mengahayati setiap maksud ayat yang terdapat dalam
al-quran di samping dapat menarik minat kita untuk membaca al-quran dengan
kerap. Muhammad khazar, (2003), menyatakan bahawa taranum merupakan
satu seni yang dapat menimbulkan perasaan untuk mengkagumi mukjizat al-
quran.
4.0 rujukan
najmiah umar dan Muhammad yaakub. (2017). Sumbangan datu haji rugayah binti
sulong dalampengajaran dan pembelajaran taranum al-quran. jurnal tamadun, 12(2),
85-73.

Muhammad khazar al mujali. (2003). Al wajiz filulum al kitab al aziz. Kuala lumpur:
university Malaya.

Jabatan kemajuan islam Malaysia. (2015). Ilmu taranum al-quran. jurnal darul al-
quran, 19, artikel 1. Diakses pada 17 oktober 2020, daripada
http://www.darulquran.gov.my/userfiles/file/jurnalDQ2015.pdf.

Haji nik jaafar bin nik ismail. (1998). Qawaid taranum. Kuala lumpur: darul fikir.

Mahmad ali bin abu bakar. (1997). Seni lagu al-quran di Malaysia. kuala lumpur:
darul fiqir.
Muhammad luqman ibrahim. (2020). Metadologi ilmu taranum raghaib Mustafa
khulawasi: satu tinjauan awal. Jurnal usuludin, 48(10.), 99-112.

Anda mungkin juga menyukai