Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Pendidikan masa kini bukan hanya untuk melahirkan warganegara yang baik tetapi lebih
memfokuskan kepada warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan
motivasi untuk menangani isu-isu kemanusiaan dan persekitaran. Dalam Panduan
Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21 (2017), terdapat kemahiran-kemahiran kritikal yang
seharusnya dikuasai dalam PAK-21 yang dikemukakan oleh Persatuan Pendidik Amerika di
mana terdapat empat kemahiran spesifik yang paling penting iaitu kemahiran pemikiran
kritikal, komunikasi, kolaborasi, dan kreativiti,(4C). James (2017), menyatakan
kebelakangan ini terdapat pula usaha untuk menambah 2C dalam PA21 iaitu
kewarganegaraan dan karekter. Selain itu, panduan tersebut juga merujuk kepada Model
Osler dan Starkey (2005), yang menjelaskan dalam aspek kewarganegaraan seorang
pelajar seharusnya tahu peranan masing-masing sebagai warganegara berhubung soal
status, hak, amalan dan kompetensi.
Oleh itu, bagi melahirkan pelajar berkualiti, guru haruslah memainkan peranan yang
penting di mana guru haruslah mengajar, mendidik, menerapkan adab dan memimpin
pelajar dalam membantu mereka mengharungi pelbagai cabaran dalam pendidikan
terutamanya pada masa yang serba moden ini.

2.0 peranan guru dalam mengajar, mendidik, menerapkan adab dan memimpin pelajar
2.1 guru sebagai tenaga pengajar dengan merancang
aktiviti pelajar

antara peranan guru ialah guru merupakan orang yang


penting dalam mengajar dan merancang sesuatu aktiviti
pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran serta
melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi
pengajaran yang sesuai. Hal ini bagi memastikan murid dapat
memahami apa yang diajar oleh guru. Guru haruslah memilih aktiviti
pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman
murid selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan
empat kemahiran iaitu komuniksi, kolaborasi, pemikiran kritis dan
kreativiti. Contohnya, Kebanyakkan murid sekolah rendah hanya mampu
fokus lebih kurang 10 hingga 15 minit semasa proses pembelajaran
berlangsung, oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah bermain
permainan seperti kotak beracun untuk menarik semula minat murid
untuk terus belajar. Kepelbagaian teknik pengajaran juga sangat penting
untuk menarik minat murid untuk kekal fokus. Tidak dapat dinafikan
murid pada masa kini lebih suka bermain berbanding belajar di mana
mereka sanggup sanggup meluangkan separuh hari untuk bermain
permainan video, menonton televisyen dan meluangkan masa di laman
sosial seperti Instagram, facebook dan sebagainya. Oleh itu, cabaran
yang paling besar dihadapi oleh guru ialah mengembalikan minat murid
untuk belajar. Berdasarkan kajian Paisi (2013), melalui aktiviti bermain,
murid dapat belajar dan akan meningkatkan tahap kreativiti serta
berusaha kearah aktiviti pembelajaran tanpa letih, lesu atau bosan.
Menurut Abd. Rahim (1999), stail pengajaran yang membosankan dan tidak menarik
menjadikan keadaan dan suasana bilik darjah tidak menarik. Guru yang lemah dan tidak
pakar dalam mengatur strategi pengajarannya di bilik darjah memberi kesan yang negatif
terhadap pembelajaran Oleh itu guru haruslah kreatif dalam
murid.
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
minat murid-murid.

Teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai ini juga turut


dipraktikkan oleh rasulullah dalam menyampaikan dakwah. Hal ini boleh
dilihat apabila rasulullah menyampaikan dakwah melalui pelbagai cara
seperti syarahan, khutbah, ceramah, penceritaan. Teknik yang
digunakan oleh rasulullah dalam menyampaikan dakwah telah terbukti
keberkesanannya dengan sampainya islam kepada kita pada hari ini.
Hal ini menunujukkan bahawa teknik pembelajaran yang pelbagai
sangat penting dalam memastikan ilmu yang hendak disampaikan
diterima dan difahami oleh murid.

2.2 Guru berperanan untuk menerapkan adab dalam diri pelajar

Seterusnya, Guru merupakan role model kepada murid di mana tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid. Penerapan nilai murni sangat penting
kerana ia dapat menentukan peribadi dan tingkah laku seseorang.
Zawawi (1996), menegaskan bahawa akhlak merupakan suatu manifestasi hidup
yang luas mengcakupi kegiatan menghubungkan manusia dengan Allah, manusia dengan
manusia dan manusia dengan semua makhluk Allah yang lain seperti tumbuhan dan
haiwan. Rasulullah sering mengingatkan umatnya tentang betapa pentingnya akhlak yang
baik.
Namun, akibat pengaruh Barat, rakan sebaya dan media massa pada masa kini, kita
dapat lihat betapa runtuhnya akhlak pelajar sekarang. Sebagai contoh, pelajar akan
menimbulkan masalah disiplin tidak kira di sekolah atau di dalam bilik darjah seperti ponteng
kelas, menghisap rokok, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. (Ibrahim Mamat,
1997). Menurut laporan Berita Harian (Oktober,1997) seorang bapa mengadu tingkahlaku anaknya
berubah menjadi liar dan berperangai tidak senonoh berikutan dengan pertambahan pengetahuan
dan maklumat dari internet yang tidak bertapis. Pelajar mudah mendapatkan sebarang maklumat
sama ada sesuai atau tidak dengan cara yang lebih mudah di zaman kemajuan teknologi maklumat
kini.  Oleh itu gurulah yang memainkan peranan untuk menerapkan semula nilai dan akhlak
yang baik dalam diri pelajar bagi memastikan pelajar yang berkualiti dari segi rohani dan
emosi terutamanya dapat dilahirkan. Guru tidak boleh terlalu menekan pelajar untuk
berubah kearah kebaikkan secara drastk sebaliknya guru harus membimbing, menasihati
pelajar dengan cara yang paling berhikmah seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah dalam
menyebarkan islam dimana rasulullah tidak terus mengajak orang mushrikin untuk
mentauhidkan Allah tetapi rasulullah mula menyebarkan islam bermula dengan
menunjukkan akhlak yang terpuji. Allah berfirman dalam surah al-ahzab ayat :21 yang
bermaksud:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
Oleh itu, guru haruslah sentiasa menunjukkan akhlak yang baik kepada
murid, menjaga setiap percakapan dan tingkah laku kerana apa yang dilakukan
oleh guru itu akan menjadi ikutan pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah.

2.3 guru Sebagai pendidik

selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa guru juga merupakan ibu bapa
kepada pelajar terutamanya ketika di sekolah di mana guru berperanan untuk
mendidik, menjaga keselamatan, keharmonian dan kebajikan pelajar. Peranan ini
akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian
keluarga mereka. Kajian Azizah (2000), menunjukkan bahawa hubungan mesra antara
murid dengan sekolah dan institusi keluarga berperanan untuk meningkatkan perasaan
kepunyaan dan membantu mengurangkan masalah disiplin. Oleh itu, sikap penyayang
sangat penting bagi seorang guru kerana guru yang penyayang akan disayangi oleh murid.
Guru tidak boleh bersikap berat sebelah terutamanya dengan pelajar yang berlainan agama
dan bangsa. Menurut Mior Khairul Azrin (2011), terdapat hubungan yang renggang antara
murid Islam dan bukan Islam, kurangnya pergaulan antara murid Islam dan murid bukan
Islam, hal ini berlaku disebabkan kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan
mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu kaum. Jika guru sendiri yang
bersikap berat sebelah bagaimana masalah ini akan selesai? Oleh itu,Guru hendaklah
bersikap adil dan professional dalam mendidik pelajarnya tanpa mengira latar belakang
mereka. Sebagai guru, kita berperanan untuk mendedahkan kepada murid akan
kepelbagaian kaum, agama dan budaya yang wujud di Malaysia dan menerangkan kepada
mereka dengan mendalam agar mereka dapat memahami dan menerima perbezaan yang
wujud di Malaysia.
Islam juga sangat menekan mengenai hubungan yang baik sesama manusia tanpa
mengira agama dan bangsa. Hal ini dapat dilihat dalam kandungan piagam Madinah di
mana orang yang bukan islam diberi jaminan keselamatan dan mereka bebas untuk
mengamalkan agama masing-masing selagi tidak bertentangan dengan islam. Allah juga
berfirman dalam surah al-hujarat ayat 13 yang bermaksud:
:Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Oleh itu, dalam mendidik pelajar, guru seharusnya mempunyai sikap adil di
mana guru tidak boleh bersikap berat sebelah dengan pelajar yang barlainan
agama dan bangsa terutamanya dalam menyampaikan ilmu pengetahuan bagi
memastikan pelajar yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, sosial dan
intelek dapat dilahirkan.

2.4 guru sebagai pemimpin kepada pelajar


akhirnya, guru juga merupakan salah seorang yang dapat memimpin pelajar untuk terus
belajar. Hal ini kerana, menurut Laporan Keciciran (1973), yang mendapati apabila
seseorang murid menganggap bahawa gurunya menggolongkannya sebagai ‘tidak
memuaskan’, maka murid itu akan mula menjadi pasif dan tidak suka menyertai apa-apa
aktiviti atau berkelakuan baik. Oleh itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran untuk
mengucapkan kata-kata yang ingin didengari oleh murid yang mengadungi perasaan
positif seperti ‘awak sangat baik’, ‘awak pandai’ dan sebagainya. Perkataan seperti ini
dapat memenuhi keperluan jiwa murid dan dapat membuat mereka berasa istimewa dan
secara tidak langsung dapat mengikis sikap rendah diri dalam diri mereka.
Oleh itu,guru haruslah sentiasa menyokong, memimpin atau memberi pujian terhadap
sesuatu yang dilakukan oleh murid. Jika murid melakukan kesalahan, guru hendaklah
menegur dengan cara yang paling berhemah agar tidak mengguris hati murid. Kata-kata
semangat dan dorongan ini juga dapat membantu menghapuskan sikap rendah diri dan
malu untuk berkomunikasi dalam diri pelajar dan secara tidak langsung pembelajaran
abad ke-21 yang menekankan kemahiran berkomunikasi dapat dijalankan.
Penggunanaan kata-kata yang baik juga mampu untuk merangsang minda dan emosi
pelajar untuk sentiasa fokus dan bersemangat untuk belajar dan secara tidak langsung
dapat membantu pelajar untuk menjana idea-idea yang kritis.

Penggunaan kata-kata yang baik ini turut ditekankan dalam islam dalam semua aspek
termasuk aspek pendidikan. Hal ini dapat dibuktikan apabila setiap perkataan yang keluar
dari mulut rasulullah merupakan kata-kata yang baik yang mampu memberi dorongan
kepada umat islam. Hal ini dapat dilihat semasa perang badar di mana, pada ketika itu,
bilangan tentera islam terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan bilangan tentera
mushrikin tetapi disebabakan kata-kata dan dorongan yang diberikan oleh rasullullah,
tentera islam tidak berasa gentar malah bersemangat untuk terus berjuang. hal ini kerana
rasulullah merupakan guru mereka dan setiap dorongan dan kata-kata semangat daripada
guru mampu untuk menaikkan semangat anak muridnya. Oleh itu, peranan guru sebagai
pemimpin kepada pelajar sangat penting dalam memastikan kejayaan pelajarnya, tambahan
pula, setiap perkataan yang keluar dari mulut guru itu merupakan doa yang mustajab.

3.0 Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan pembelajaran abad ke-
21 yang menekankan peranan guru hanya sebagai pemudahcara dan fasilitator di dalam
kelas. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh guru dalam memastikan pembelajaran
abad ke-21 dapat dilaksanakan seiring dengan perkembangan teknologi yang berlaku.
rasulullah telah menunjukkan kepada kita cara untuk menjadi guru melalui perkataan,
perbuatan baginda dalam menyampaikan dakwah dan hanya kita sahaja yang perlu
mengaplikasikan segala yang ditunjukkan oleh rasulullah dalam melahirkan pelajar yang
syumul danseimbang dari semua aspek seperti rohani, jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0 rujukan

Osler, A dan starkey, H. (20015). Changing cizitenship: Democarcy and inclusion in


education. Maidenhead: Open University press.

Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. (2017). Institut Aminuddin Baki,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

James Ang Jet Ing. (2017). “Kehendak Pendidikan abad ke-21” dalam Panduan
Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21, 2017. Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Paisi, L.M. (2013). Play in school context. Social and behavioral sciences jurnal, 76, 595-
601.

Azizah Lebai Nordin. (2000). Masalah disiplin di kalangan pelajar di Kuala Lumpur. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.
Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan Di Malaysia:Dasar, Cabaran
Dan Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional. Jurnal Sosiohumanika, 4(1): 2-16.

Zawawi Ahmad. (1996). Sains dalam Pendidikan Islam. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ibrahim Mamat. (1997). Memimpin remaja sekolah: Teori dan praktik. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid (8 Mac 1997). Mampukah Sekolah Memebenteras Jenayah. MASSA.

Anda mungkin juga menyukai