Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Perkataan tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep kemajuan, kebudayaan,


sains dan teknologi, pemikiran, pembangunan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu
kaum atau bangsa. Pengertian tamadun dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti aspek
bahasa, istilah terutamanya dari sudut Bahasa Arab, epistemologi Bahasa Inggeris dan
Latin. Dari segi Bahasa Arab, Ibn Khaldun (1967), mendefinisikan tamadun menggunakan
perkataan umran yang bermaksud kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang
dan tinggal menetap yang akhirnya wujudnya kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang
bersumberkan agama. Von grunebaum (1962), mendefinisikan perkataan tamadun sebagai
civilization yang berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud bandar. Civilization
merujuk kepada budaya manusia yang kompleks yang memiliki sains dan teknologi serta
mempunyai pengkhususan pekerjaan.

Interaksi antara tamadun bermaksud hubungan, komunikasi, pertemuan antara individu


dan masyarakat. Interaksi dapat berlaku melalui proses tertentu dengan cara yang berbeza.
Melalui interaksi ini akan wujudnya sifat saling menghormati dan toleransi yang tinggi di
mana ia dapat menyebabkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta
memajukan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan
sesebuah tamadun menjadi beku dan jumud. Oleh itu, interaksi antara tamadun sangat
penting bagi memastikan kemajuan dan perkembangan sesebuah tamadun.

2.0 Faktor-faktor berlaknya interaksi antara tamadun

2.1 Faktor geografi

Terdapat beberapa faktor yang yang menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun
antaranya ialah faktor geografi. Faktor geografi seperti bentuk muka bumi dan kemudahan
perhubungan sangat memainkan peranan yang penting dalam memastikan berlakunya
interaksi antara tamadun. Hal ini dapat dilihat pada tamadun china di mana interaksi di
tamadun tersebut berlaku dengan sangat pesat. Hal ini kerana china mempunyai dua laluan
perdagangan iaitu jalan sutera darat dan jalan laut. Contohnya interaksi china dan arab yang
telah berlaku sejak 3 masihi lagi menggunakan jalan darat yang merentasi Khurasan,
Samarqand dan Xinjiang. Pelabuhan Melaka juga terletak di tempat yang strategik dan
terlindung daripada angin monsun dan menjadikannya sebagai tempat tumpuan serta
persinggahan para pedagang. Hal ini membuktikan bahawa faktor geografi memainkan
peranan yang penting dalam memastikan interaksi yang berkesan antara tamadun dapat
berlaku.

1
2.2 Faktor misi politik

Seterusnya, tidak dapat dinafikan setiap tamadun akan melakukan apa sahaja bagi
memastikan tamadunnya sentiasa maju dan setaraf dengan tamadun-tamadun yang lain.
Hal ini menyebabkan berlakunya penaklukan, penjajahan atau kerjasama antara tamadun.
Setiap interaksi yang berlaku melalui faktor ini adalah untuk menjaga kepentingan tamadun
itu sendiri. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan diplomatik antara alam melayu dan China
di mana Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Tujuan utama
Melaka mengadakan hubungan diplomatik ini adalah untuk melindunginya daripada
ancaman Siam manakala China pula untuk mengukuhkan politik dan dakwah islam. Hal ini
membuktikan bahawa setiap hubungan diplomatik yang berlaku pasti mempunyai tujuan dan
kepentingannya yang tersendiri.

2.3 Faktor perkahwinan

Akhirnya, perkahwinan juga merupakan salah satu faktor berlakunya interaksi antara
tamadun. Faktor perkahwinan ini berlaku antara penduduk tempatan dengan pedagang-
pedagang luar. Hal ini kerana sementara menunggu angin monsun yang berbulan lamanya,
terdapat di antara pedagang yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Hal ini secara
tidak langsung menyebabkan berlakunya proses islamisasi contohnya berlakunya
perkahwinan antara pedagang Arab yang beragama islam dengan penduduk tempatan
mahupun perkahwinan antara penduduk tempatan yang beragama islam dengan pedagang
luar seperti perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Ini membuktikan
bahawa berlakunya interaksi antara sesebuah tamadun dengan tamadun lain dan melalui ini
juga, islam dapat disebarkan dengan meluas kerana masyarakat pada ketika itu akan
mengikut segala yang dilakukan oleh pemerintah contohnya jika pemerintah itu beragama
islam maka rakyatnya juga akan memeluk islam. Hal ini membuktikan bahawa, perkahwinan
sangat memainkan peranan yang penting dalam memastikan hubungan diplomatik antara
tamadun dapat diperkukuhkan di samping penyebaran dakwah dapat diperluaskan.

2
3.0 Interaksi tamadun China, India dan Islam dalam membentuk kecemerlangan tamadun
Malaysia

3.1 Bahasa

Interaksi yang berlaku antara tamadun china, india dan islam telah memberi kesan kepada
Bahasa Melayu di mana Bahasa melayu menjadi semakin kukuh. Hal ini kerana interaksi
tersebut telah membentuk istilah-istilah dalam Bahasa melayu dan secara tidak langsung
telah meningkatkan pertambahan bahasa dan kosa kata melayu dalam pelbagai aspek.
Contohnya istilah yang wujud yang diambil dari Bahasa cina seperti mensua, cincau,
taugeh, angklong, pangkin dan sebagainya. Selain itu terdapat juga kosa kata Bahasa
melayu yang diambil dari hasil interaksi dengan tamadun india seperti seperti bhumi (bumi),
bhasa (bahasa), nagaram (negara), danda (denda), dan ankasah (angkasa). Terdapat juga
istilah yang diambil hasil daripada interaksi dengan tamadun islam seperti iman, taubat,
solat, redha, faham dan sebagainya. Hal ini membuktikan bahawa Bahasa melayu yang
digunakan pada masa kini merupakan hasil gabungan daripada istilah-istilah pelbagai
tamadun yang diserap masuk ke dalam Bahasa melayu.. Jika Bahasa melayu tidak
menerima istilah-istilah dari bahasa lain, maka Bahasa melayu akan mengalami kelemahan
terutamanya untuk merujuk sesuatu benda seperti bahasa atau perkataan dalam bidang
ilmu.

Selain itu, kesan daripada interaksi ini juga telah mempelbgaikan bahasa di
Malaysia. Hal ini dapat dilihat dengan wujudnya Bahasa melayu, mandarin dan tamil.
Penguasaan pelbagai bahasa ini turut membantu perkembangan pendidikan di Malaysia.
Kerajaan juga telah mewujudkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
sebagai satu platform kepada masyarakat Malaysia untuk mempelajari bahasa mandarin,
melayu dan tamil. Seseorang yang mampu untuk menguasai lebih daripada tiga bahasa
mampu mengangkat martabat seseorang itu dan dianggap genius. Ahmad, (1996)
menegaskan bahawa penguasaan pelbagai bahasa merupakan satu bentuk sosialisasi
masyarakat dalam peradaban manusia dan merupakan satu kesinambungan tamadun. Oleh
itu, penguasaan pelbagai bahasa ini penting bangi memastikan kecemerlangan tamadun
Malaysia dapat dikekalkan dan dikembangkan seiring dengan tamadun-tamdun yang maju.

3
3.2 Kesenian

Seterusnya, kesan daripada interaksi yang berlaku telah menjadikan aspek kesenian di
Malaysia menjadi semakin maju di samping membantu menarik minat pelancong untuk
melawat Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila wujudnya interaksi antara tamadun melayu
dan china yang telah memberi kesan yang ketara terutamanya dalam aspek seni bina.
Unsur seni bina china diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah
reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda. Contoh yang dapat dilihat
dengan jelas pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera di Melaka. Hasil reka bentuk
bumbung masjid ini telah diilhamkan daripada bangunan Pagoda di mana bumbung-
bumbung masjid ini dibina secara bertingkat-tingkat. Dengan adanya seni bina yang menarik
serta unik ini, Malaysia telah menjadi tarikan utama peloncong-pelancong asing yang ingin
melawat Malaysia semata-mata ingin melihat sendiri kesan pertembungan tamadun cina
dan alam melayu.

Kemajuan dan kepelbagaian dalam seni muzik dan tarian yang terdapat di Malaysia
kini merupakan salah satu kesan daripada interaksi dengan tamadun lain. Matusky (2012),
menyatakan muzik melayu asli merupakan muzik rakyat dan muzik sinkretik kerana ia
merupakan hasil gabungan dari kepelbagaian pengaruh luar seperti muzik arab, cina dan
parsi. Antara seni muzik dan tarian yang diserap masuk ke Malaysia ialah nasyid yang
dibawa oleh arab, tarian kipas yang diambil dari cina, serta beberapa alat muzik seperti
tabla, tambura dan sebagainya. Kepelbagaian ini telah membantu memperkenalkan
Malaysia di persada antarabangsa terutamanya dalam seni muzik dan tarian. Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia hendaklah mengetahui dan menguasai kepelbagaian seni muzik
dan tarian ini agar tidak ditelan zaman kerana ia merupakan lambing identiti negara
Malaysia.

3.3 Kesusateraan

Kesan interaksi tamadun india dengan alam melayu juga dapat dilihat dalam bidang
kesusateraan. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya epik dan mitos india yang
digunakan dalam kesusasteraan melayu lama seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat
Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima dan sebagainya. Terdapat beberapa tema dan motif
kesusateraan india yang telah diserap ke dalam beberapa karya historiografi melayu
sebagai contoh Raja Suran yang mengembara ke negara dasar laut dan perkahwinannya
dengan puteri raja kerajaan tersebut tercatat dalam sejarah melayu dan jelmaan anak raja

4
daripada buih terdapat dalam sejarah melayu serta hikayat Hang Tuah yang dikaitkan
dengan dengan sumber kesusateraan india yang tertentu. Kemasukkan unsur-unsur
daripada epik Ramayana dan Mahabrata juga terdapat dalam seni lakon dan wayang kulit di
Malaysia. Hal ini secara tidak langsung dapat membentuk masyarakat Malaysia yang
mempunyai budi pekerti yang terpuji kerana masyarakat Malaysia dapat mengambil
pengajaran yang diselitkan dalam cerita mitos dan epik serta wayang kulit yang terdapat di
Malaysia. Interaksi dengan tamadun india juga turut membantu menambah pengetahuan
rakayat Malaysia di mana Hikayat Merong Mahawangsa telah dilakonkan di layar perak. Hal
ini membantu masyarakat Malaysia mengetahui serba sedikit mengenai Hikayat Herong
Mahawangsa yang menceritakan mengenai pengasas Kedah.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, interaksi yang berlaku antara tamadun sangat membantu Malaysia untuk
terus maju dalam pelbagai bidang seperti bahasa, sastera dan seni. Pertembungan antara
tamadun ini membantu rakyat Malaysia untuk terus memajukan diri dengan mendalami
pelbagai ilmu yang terdapat dalam tamadun china, india dan islam. Hal ini secara tidak
langsung dapat membantu membentuk masyarakat yang seimbang dan mampu menguasai
pelbagai kemahiran seiring dengan sistem pendidikan Malaysia iaitu pembelajaran abad ke-
21. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memelihara dan menjaga kepelbagaian
yang wujud agar nama Malaysia sebagai negara yang unik dan kaya dengan kepelbagaian
budaya dan seni dapat dikekalkan.

5
5.0 Rujukan
Aminudin Basir. (2012). Dakwah kepada masyarakat bukan islam menerusi interaksi. Jurnal
islam dan masyarakat kontemporari, 5: 77-89. Diakses pada 21 Mac 2019 daripada
file:///C:/Users/user/Downloads/35-143-1-PB.pdf.

G.E. von Grenebaum. (1969). Islam: essays in the nature and grouth of a culture tradition.
London.

Ibn khaldun. (1960). Al-muqaddimah. Kaherah: faxtheos book.

MAT, Z., & Sulaiman, M. (2007). Interaksi budaya India & Cina ke atas pengukuhan bahasa
dalam Tamadun Melayu. Jurnal Pengajian Umum Bil, 8, 115.

Matusky P. dan Tan S.B. (2012). Muzik Malaysia: tradisi klasik rakyat dan sinkretik. Kuala
Lumpur.

Melayu, T. Tamadun Melayu.

Norazlan Hadi Yaacob dan Aiza Maslan. ( 2014). Manusia dan perkembangan peradaban:
beberapa aspek pemikiran. Jurnal of Human Capital development. 7(1). Diakses
pada 21 Mac 2019 daripada http://ir.upsi.edu.my/2370/1/Manusia%20dan
%20perkembangan%20peradaban%20 beberapa%20aspek%20pemikiran%20Malek
%20Bennabi%20dan%20Ali%20Syariati .pdf.

Sidik, R., Sidek, M., Talib, N. M., Rozali, E. A., Fahimi, A., Ghazali, R. M., & Mujani, W. K.
(2014). THE CONCEPT OF INTERACTION BETWEEN ISLAMIC AND OTHER
CIVILIZATIONS. ISICAS 2014, 281.

6
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan..............................................................................................................................1
2.0 Faktor-faktor berlaknya interaksi antara tamadun..............................................................1
2.1 Faktor geografi....................................................................................................................1
2.2 Faktor misi politik................................................................................................................2
2.3 Faktor perkahwinan............................................................................................................2
3.0 Interaksi tamadun China, India dan Islam dalam membentuk kecemerlangan tamadun
Malaysia...............................................................................................................................................3
3.1 Bahasa.................................................................................................................................3
3.2 Kesenian..............................................................................................................................4
3.3 Kesusateraan.......................................................................................................................4
4.0 Penutup....................................................................................................................................5
5.0 Rujukan....................................................................................................................................6

Anda mungkin juga menyukai