Anda di halaman 1dari 4

1.

0 pendahuluan
pada 10 Ogos 2019 yang lepas, saya telah menjalankan satu sesi pengajaran tilawah al-
quran iaitu dalam bidang hafazan surah al-asr. Sesi pengajaran itu melibatkan murid tahun 3
aktif sekolah kebangsaan darulaaman height seramai 36 orang murid. Sesi pembelajaran
berlaku selama 60 minit iaitu dari pkul 9.15 hingga 10.15 pagi. Antara objektif pembelajaran
ialah murid dapat membaca potongan surah al-asr dengan betul dan bertajwid serta dapat
menghafaz surah al-asr mengikut bacaan yang betul. Oleh itu, bagi memeastikan objektif
pembelajaran dapat dicapai, saya telah menggunkana strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik yang sesuai dengan tajuk tersebut. Segala strategi, pendekatan, teknik dan kaedah
yang digunakan adalah bersesuaian dengan tahap dan pengetahuan sedia ada murid.
Mook Soon Sang (2009), menegaskan bahawa pengajaran yang berkesan adalah hasil
usaha seorang guru yang Berjaya mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

2.0 strategi yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran


mook Soon Sang ( 2006), menyatakan strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk
kepada penentuan dan perancangan kaedah serta teknik mengajar untuk mencapai objektif
dalam satu pendekatan yang berkesan. Oleh itu, halim (2010), menyatakan bahawa anatara
komponen strategi ialah seperti set iduksi, isi kandungan, kaedah, penilaian, alat bantu
mengajar, sahsiah guru dan sebagainya.

2.1 strategi berpusatkan bahan


saya telah menggunakan pelbagai strategi semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran berkaitan bidang hafazan surah al-asr antaranya strategi berpusatkan bahan.
Hal ini dapat dilihat apabila, saya telah menggedarkan kad yang mengandungi potongan
surah al-asr kepada murid dan meminta murid menyusun potongan ayat tersebut dengan
betul. Seterusnya dalam masa 10 minit saya meminta murid untuk membaca dan
menghafaz potongan ayat tersebut.
Selain itu saya juga telah menggunakan projector dan komputer semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Projector dan komputer ini digunakan untuk menayangkan video cara
membaca surah al-asr mengikut tajwid yang betul. Video itu akan diulang sebanyak 3 kali
dan murid akan mengikut cara bacaan surah. Dunn dan dunn (1978), menyatakan
pembelajaran menggunakan video dapat membantu murid untuk lebih memahami isi
kandungan pembelajaran di samping menjadikan proses pembelajaran lebih menarik.
Strategi pembelajaran menggunkan bahan ini sangat berkesan dalam membantu murid
tahun 3 aktif untuk menghafaz surah al-asr dan secara tidak langsung menyebabkan proses
pembelajaran berkesan berlaku. hal ini kerana proses pengajaran yang berkesan dapat
berlaku jika guru menggunaan bahan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
perkembangan murid (Ormrod, 2008). Oleh itu guru perlulah prihatin dalam memilih bahan
bantu mengajar yang sesuai dengan murid dan tajuk pembelajaran agar pembelajaran yang
berkesan dapat berlaku.
2.2 strategi berpusatkan guru
seterusnya, saya juga telah menggunakan strategi berpusatkan guru semasa proses
pengaaran dan pembelajaran tajuk hafazan surah al-asr. Hal ini kerana, semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru memainkan peranan penting sedangkan
murid berperanan sebagai penonton sahaja. Hal ini berlaku pada awal proses pengajaran di
mana guru memberikan penerangan kepada murid mengenai asbab penurunan surah al-
asr. Guru juga turut memberi penerangan kepada murid mengenai maksud surah al-asr dan
menerangkan kepada murid. Hal ini bagi memastikan murid mendapat fakta dan maklumat
yang tepah serta sohih mengenai maksud surah al-asr. Mancil (2010), menerangkan
bahawa strategi pengajaran berpusatkan guru lebih mengutamakan penyebaran ilmu dan
penyampaian fakta-fakta kepada murid dalam bentuk hafalan. Oleh itu, strategi ini sangat
sesuai digunakan dalam mengajar tajuk maksud surah al-asr.

3.0 pendekatan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran


3.1 menggunakan pendekatan induktif
semasa menjalankan proses pengajaran, saya telah menggunakan pendekatan induktif
dalaam mengajar tajuk ini iaitu mengenai pengamalan sural al-asr. Hal ini
kerana,pendekatan induktif merupakan satu pendekatan yang melibatkan aktivit mengumpul
dan mentafsir maklumat kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan.
Semasa set induksi, saya telah menyuruh murid menyatakan contoh aktiviti-aktiviti yang
sering dilakukan oleh mereka. berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, saya akan
memberi penerangan samada aktiviti-aktiviti tersebut berfaedah ataupun tidak pada akhir
pembelajaran, saya akan menyuruh murid untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang
berfaedah dan sentiasa menghargai masa.

4.0 kaedah pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan


pembelajaran
salleh (2008), menyatakan bahawa kaedah merupakan satu perancangan
atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas
dan sistematik. Kaedah juga merupakan langkah-langkah atau atau
peringkat- peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang
harus dipatuhi dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran.

4.1 kaedah talaqqi musyafahah


saya telah menggunakan kaedah talaqqi musyafahah semasa mengajar murid tiga aktif
tajuk hafazan surah al-asr. Kaedah talaqqi musyafahah ini sangat sesuai diaplikasikan
semasa mengajar tajuk ini adalah kerana murid dapat bersemuka dengan dengan guru
untuk mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakkan bibir guru semasa
menyebut kalimah atau ayat al-quran dengan sebutan yang betul dan fasih (kamarul, 2007).
Kaedah ini juga telah digunakan oleh malaikat jibril kepada nabi Muhammad s.a.w dalam
mempelajari kaedah membaca al-quran. allah berfirman dalam surah al-qiyamah ayat 17
dan 18 :

hal ini membuktikan bahawa kaedah talaqqi musyafahah sangat sesuai digunakan untuk
mempelajari cara membaca al-quran.
bagi mengaplikasikan kaedah ini semasa proses pengajaran, saya telah membahagikan
murid kepada empat orang satu kumpulan, kemudian saya membacakan surah al-asr
mengikut potongan ayat dan menyuruh murid mengikut cara bacaan saya, seterusnya saya
telah mendengar dan menilai bacaan murid dengan meminta murid untuk membaca ayat-
ayat tersebut secara individu di hadapan saya. Hal ini bagi memastikan murid dapat
membaca surah al-asr dengan betul dan fasih. Akhirnya setelah bermenilai bacaan murid,
saya telah meminta tiga orang murid untuk yang telah betul bacaannya dari segi makhraj
dan tajwid, untuk memperdengarkan bacaannya dihadapan kelas.
Guru memainkan peranan yang penting bagi menjayakan kaedah ini. oleh itu, guru haruslah
menguasai kemahiran bacaan al-quran yang baik meliputi sebutan-sebutan makhraj huruf,
sifat-sifat huruf serta hokum tajwid yang betul.
4.2 kaedah tikrar

seterusnya, saya juga menggunakan kaedah tikrar semasa menngajar tajuk hafazan al-
quran ini. tikrar bermaksud ualang berkali-kali. Jasmi (2012), mendefinisikan kaedah tikrar
merupakan satu aktiviti bacaaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan
mengingati sesuatu bacaan.
kaedah tikrar ini berlaku selepas kaedah talaqqi musyafahah di mana murid akan berada di
dalam kumpulan dan seorang murid bagi setiap kumpulan akan membaca ayat yang telah
dihafal manakala ahli kumpulannya akan mengikuti cara bacaannya. Setelah beberapa
minit, murid akan membaca beramai-ramai mengikut kumpulan manakala kumpulan lain
hanya mendengar. proses pengulangan ini dapat membantu murid untuk lebih cepat
mengingati apa yang perlu dihafal oleh mereka.

5.0 teknik yang digunakan semasa menlaksanakan proses pengajaran


5.1 teknik belajar sambal bermain
bermain merupakan sifat semulajadi knak-kanak. Situasi bermain juga boleh dipraktikkan
dalam pengajaran di mana permaianan dapat menjadikan proses pembelajaran menjadi
lebih menarik. Maria et al (2014), menegaskan bahawa murid akan lebih bersemangat dan
bersungguh-sungguh dalam menguasai pembelajaran mereka jika mereka belajar sambal
bermain.
Oleh itu, saya telah mengadakan satu permainan semasa proses peembelajaran
berlangsung iaitu permainan lengkapkan surah. Dalam permainan ini, saya telah meletakkan
potongan surah al-asr di dalam kelas dan murid dikehendaki mencari potongan-potongan
ayat tersebut mengikut kumpulan. Apabila murid Berjaya mengumpulkan setiap potongan
ayat tersebut, murid dikehendaki menyusun dan membaca ayat tersebut secara bermai-
ramai. Permainan ini dapat membantu murid untuk mengingati semula surah al-asr yang
telah dihafal di mana permainan ini telah dilakukan pada akhir pembelajaran.
6.0 penutup
kesimpulannya, segala strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan semasa
menjalankan proses pembelajaran ini membantu proses pembelajaran yang aktif dan
berkesan berlaku, kaedah dan teknik yang diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini turut membantu mencapai objektif pembelajaran di mana murid mampu
membaca dan menghafaz surah al-asr dengan fasih dan menggunakan tajwid yang betul.
Rujukan

Ab, halim dan Nik Mohd Rahimi. (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan
islam. Kuala lumpur: percetakan watan sdn.bhd
Ahmad salleh. (2008). Pengajian agama islam dan j-qaf metodologi pedagogi pendidikan
untuk KPH. Selangor: oxford fajar sdn.bhd.
Al-quran al karim.
Dunn dan dunn. (1978). Teaching students through their individual learning styles: a
practical approach. Roston: reston publishing.
Jasmi, talip dan ilias. (2012). Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam
berpusatkan pelajar. Seminar antarabangsa pendidikan islam, 33-40.
Kamarul azmi jazmi. (2007). Pendidikan islam: kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Skudai johor: university teknologi Malaysia.
Mancil dan boman. (2010). Functional communication training in the classroom: a guide for
success. Preventing school failure 54(4), 238-246.
Maria C.A., samsilah R., dan Tajularipin S. (2014). Strategi pengajaran pembelajaran di
institusi pengajian tinggi: satu anjakan paradigma. Malaysian Education Dean Council
Journal. 8, 101-115.
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku ( 3 rd ed.). Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku ( 2 rd ed.). Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mook soon sang. (2011). Falsafah pendidikan, kurikulum profesionalisme keguruan.
Selangor: penerbitan multimedia.
Ormrod. (2008). Educational psychology: developing learners. New jersey: pearson
education.

Anda mungkin juga menyukai