Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
Saya diberi tugasan untuk menghasilkan satu kit pembelajaran berbentuk video. Antara unsur
yang ditekankan dalam video ini ialah unsur seni pergerakan, seni muzik dan seni visual. Kit
pembelajaran ini direka khas bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tahap dua kerana saya
telah memilih tajuk penghayatan penyebaran dakwah rasulullah. Tajuk Penghayatan
penyebaran dakwah rasulullah ini adalah berkaitan dengan kefahaman dan penekanan
terhadap cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh rasulullah dalam menyebarkan dakwah.
Video ini sangat membantu untuk membentuk peribadi dan akhlak murid keranan mereka
dapat mengambil segala pengajaran dan teladan yang ditunjukkan oleh rasulullah dalam
menyebarkan dakwah.

2.0 PENGETAHUAN BARU YANG DIPEROLEH


tidak dapat dinafikan terdapat banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperoleh
sepanjang menghasilkan video ini. Setelah membuat pemerhatian, saya mendapati kanak-
kanak sebenarnya cenderung untuk belajar dalam keadaan santai berbanding pembelajaran
secara formal seperti menggunakan buku teks semata-mata. Oleh itu, muzik merupakan
wasilah yang paling efektif dalam mencipta suasana bilik darjah yang ceria, tidak lesu dan
bersemangat. Bahkan kementerian pendidikan Malaysia juga mencadangkan teknik didik
hibur ini diamalkan di sekolah rendah. Hal ini kerana, cara ini mampu merangsang murid dan
menarik minat mereka untuk belajar selain mengintegrasikan kedua fungsi otak. Buktinya,
semasa saya membentangkan kit pembelajaran ini di dalam kelas, didapati semua pelajar
berasa terhibur dan memberi respon yang baik sepanjang berlangsungnya pembentangan.

Saya turut menyedari bahawa seni muzik juga dapat meningkatkan tahap kreativiti serta
kemahiran berfikir secara kritis bagi sesiapa sahaja yang terlibat dengannya. Hal ini dapat
dibuktikan apabila saya cuba menerapkan idea dan ilmu yang hendak disampaikan ke dalam
video untuk menghasilkan produk yang berkualiti agar dapat digunapakai dalam
pembelajaran sama ada bersifat maujud mahupun abstrak. Antara cabaran yang dihadapi
sepanjang menghasilkan kit ini ialah ketika proses mencipta dan menggubah lirik di mana
saya perlu memasukkan isi pelajaran berkaitan penghayatan penyebaran dakwah rasulullah
ke dalam lirik dan menyesuaikannya mengikut rentak lagu yang dipilih. Bilangan perkataan
juga perlu diminimumkan tetapi masih boleh difahami murid. Saya juga membuat analisis
perkataan dengan hanya memilih perkataan yang sesuai dengan laras Bahasa kanak-kanak
agar lebih jelas difahami. Di samping itu, saya juga mengambil kira unsur koheren dan kohesi
di mana setiap ayat dalam lirik mempunyai kesinambungan makna dan turutan kronologi yang
betul.

Cabaran yang seterusnya ialah saya perlu memilih unsur animasi yang dapat menarik
perhatian murid. watak kartun tersebut juga hendaklah bersesuaian dengan lirik yang ingin
disampaikan dan pergerakan mulut kartun tersebut mestilah seiring dengan setiap suku kata
yang dinyanyikan. Teknik ini memerlukan kepada kemahiran menggunakan aplikasi viva
video. Proses yang paling mencabar sekali ialah ketika menyunting video di mana saya perlu
menggabungkan tiga elemen penting yang melibatkan proses penyelarasan audio dengan
pergerakan animasi serta lirik tersebut. Proses ini mengambil masa empat jam untuk siap
sepenuhnya. Sesungguhnya penghasilan kit ini mengajar saya sifat sabar dalam
menghasilkan produk yang sempurna dan berkualiti agar bermanfaat kepada semua guru
pendidikan islam dan murid. Saya juga menjadi lebih mahir menggunakan aplikasi viva video
untuk menyunting video.

3.0 KEKUATAN
Kekuatan yang terdapat dalam video saya ialah lagu yang dilih sesuai dengan generasi muda
zaman sekarang. Oleh itu, saya memilih lagu korea yang bertajuk “on rainy days” yang
dinyanyikan oleh kumpulan beast untuk disesuaikan dengan lirik hayatilah penyebaran
dakwah rasulullah. Antara tujuan lain pemilihan lagu ini ialah kerana kanak-kanak zaman
sekarang lebih meminati lagu-lagu korea berbanding dengan lagu-lagu melayu sekarang.
Dengan ini, murid akan lebih mudah tertarik dan menghayati rentak lagu kerana terlau
meminati lagu tersebut. Selain itu, melodi yang dikenakan dalam lagu ini sangat
mendamaikan kerana lagu ini tidak terlalu rancak dikategorikan sebagai balada..

Kekuatan yang lain pula ialah animasi yang digunakan sangat menarik dan ceria serta padat
dengan nilai moral dan pengetahuan baru kepada murid. Oleh itu, murid dapat pengajaran
dan ilmu baharu yang dimuatkan dalam animasi tersebut. Bukan itu sahaja, animasi ini bebas
daripada sebarang bentuk konspirasi sesat yang dicipta oleh ajaran sesat dan terhindar
daripada lambang-lambang yang menyerupai agama lain atau berunsurkan penghinaan
terhadap islam.
Seterusnya, audio dalam video ini juga sangat jelas dan kuat. Hal ini bagi memastikan murid
memahami dan menghayati apa yang hendak disampaikan agar mereka dapat mengambil
pengajaran yang diselitkan dalam video ini tentang kesususahan dan keperitan yang dihadapi
oleh rasulullah dalam menyebarkan dakwah.

Durasi video juga telah saya hadkan kepada dua minit sahaja supaya murid tidak berasa
bosan dan jemu mendengarnya. Setelah saya mengulang video tersebut, saya mendapati
bahawa mereka masih memberikan respon yang sama iaitu sangat ceria dan bersemangat
untuk terus belajar. Akhir sekali, kekuatan yang dapat dilihat dengan jelas adalah video ini
merupakan medan dakwah kepada kanak-kanak kerana saya turut menerapkan unsur humur
di dalam video tersebut.

4.0 KELEMAHAN
Memang tidak dapat dinafikan terdapat jugak kelemahan pada kit persembahan yang
dihasilkan. Antaranya ialah saya tidak meletakkan sari kata lagu di dalam video ini. Sari kata
ini sangat penting bagi memastikan murid menghayati sepenuhnya dan mengingati lirik yang
padat dengan pengajaran agar mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Saya akan meletakkan sari kata di dalam video ini bagi memastikan murid memahami setiap
bait lirik yang terdapat dalam video ini agar objektif pembelajaran tercapai. Hal ini kerana,
seseorang akan lebih mengingati sesuatu perkara terutamanya apabila dia membaca perkara
tersebut sendiri. Hal ini secara tidak langsung dapat menyebabkan murid berasa seronok
dan mengingati isi pembelajaran serta mereka dapat bernyanyi bersama kerana mengetahui
lirik dan rentak lagu tersebut.

6.0 KESIMPULANNYA
Kesimpulannya, Saya sangat berpuasa hati dan seronok kerana diberi peluang mencipta kit
pembelajaran yang menarik ini. Hal ini kerana proses penghasilan ini banyak memberi
pengalaman dan membantu mencetuskan idea-idea baru dalam bidang pendidikan selari
dengan tuntutan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan penguasaan pelbagai
kemahiran seperti kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran berfikir secara kritis dan
sebaginya. Sesungguhnya, sebagai guru yang berwawasan, kita memerlukan kepada
kecemerlangan dalam segenap aspek terutamanya bersifat fleksibel dalam mengikuti
perubahan dasar pendidikan agar usaha untuk melahirkan generasi yang berilmu dan
berkemahiran tercapai.

Anda mungkin juga menyukai