Anda di halaman 1dari 1

Piaget juga telah membahagikan adoptasi kepada dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi.

Proses asimilasi berlaku apabila maklumat baharu yang diperoleh mempunyai persamaan
dengan maklumat yang sedia ada dalam skema dan secara tidak langsung maklumat
tersebut akan mudah diserap, Akomidasi pula berlaku apabila maklumat baharu yang
diperoleh tidak sama dengan maklumat yang terdapat dalam skema di mana kanak-kanak
tersebut terpaksa mengubah skema yang sedia ada bagi menyesuaikan dengan maklumat
baharu yang diperoleh. contohnya, apabila kanak-kanak melihat kereta dan kemudian dia
melibas bas atau lori dia mengklafikasikan bas dan lori tersebut sebagai kereta kerana
kedua- duanya boleh bergerak. Dalam komunikasi, pelajar harus dilatih untuk bijak
berkomunikasi dan memberikan idea mereka melalui proses sumbangsaran dan penekanan
aspek sosial juga dititikberatkan bagi menjamin pelajar dapat berkomunikasi dengan baik.

Seterusnya secara kolaborasi, pelajar akan bekerjasama antara satu sma lain untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru manakala kreativiti pula merupakan suatu
elemen yang paling penting dalam memastikan kejayaan seseorang. Contohnya dalam
pembelajaran, guru dan murid perlu kreatif mengenai cara pembelajaran bagi memastikan
murid itu faham akan ilmu yang disampaikan dan mampu mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian. Akhirnya, pemikiran kritis juga merupakan elemen yang sangat penting
dalam menetukan tahap kerasionalan pelajar. Pemikiran kritis ialah kebolehan seseorang
untuk membuat penilaian terbaik terhadap sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai