Anda di halaman 1dari 8

Penulisan Akademik: Langkah-langkah untuk Menangani Isu-Isu Kepelbagaian

Budaya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang
sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu
bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai
aspek seperti adat resam, budaya, keals sosial dan sebagainya. Manakala menurut
Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa
seseorang. Di sini, guru secara tidak langsung bersikap rasional dan adil dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya guru perlu bijak menangani
murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan.

Demi untuk menangani isu-isu kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan


pembelajaran, sesorang guru haruslah mengenali latar belakang murid seperti taraf
sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam kepercayaan dan agama dengan
mendalam. Ini kerana, ia akan membolehkan seseorang guru untuk mengenali
muridnya dengan lebih mendalam dan dengan itu akan membolehkan guru tersebut
untuk memberikan layanan yang lebih adil kepada individu murid. Seseorang guru
haruslah mengelakkan daripada memberi layanan yang berbeza kepada murid dari segi
pengamalan adat resam, kelas sosial atau pertuturan bahasa tetapi melayani murid
sebagai individu yang mempunyai keunikan. Guru tidak harusnya menggunakan
maklumat latar belakang keluarga murid untuk mengesahkan generalisasi dan
pelabelan yang telah dibuat. Sebagai contoh, semua murid yang tinggal di tepi sungai
itu ialah murid pemalas. Malah, guru haruslah menggunakan maklumat latar belakang
keluarga murid untuk memahami tingkah laku dan luahan perasaan murid yang
dipengaruhi oleh persekitaran. Sebagai contoh, bukan semua murid yang tinggal di tepi
sungai itu murid yang pemalas, mereka tidak menyiapkan kerja rumah mungkin kerana
kebanyakan masa mereka perlu membantu keluarganya untuk menangkap ikan bagi
menampung rezeki keluarga sehingga tidak menyiapkan kerja rumah. Suasana sesak
dan keadaan keluarga yang perlu bekerja sepanjang hari telah mempengaruhi
pembelajaran anak-anak. Apabila guru memahami situasi murid tersebut, dapatlah
seseorang guru merancang pembelajaran yang sesuai dengan memberi layanan yang
adil dan saksama terhadap kelompok murid ini. Dengan itu, diskriminasi dalam
kalangan murid boleh dielakkan.

Tambahan pula, hubungan interpersonal yang baik di antara guru dan murid
perlu dikecapi. Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengenepikan perbezaan
kelas sosial dan kaum mampu menggalakkan interaksi serta pergaulan yang sihat.
Suasana sekolah yang positif mampu mempengaruhi emosi dan perlakuan warga
sekolah. Contohnya, guru dan murid akan bertambah mesra kerana mereka sentiasa
mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya khabar. Dalam keadaan ini, para
guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme
mereka untuk lebih berjaya. Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya dan iklim
positif di sekolah untuk membentuk murid yang berjaya. Pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas berjalan dengan lancar kerana suasana kelas yang kondusif dapat
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran. Pengurusan di sekolah
akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Dengan mengamalkan kelas mesra
budaya yang positif dan berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu
pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan
baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham.
Menurut Hamidin (2003), pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang
menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang
menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina
dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad murid. Dalam bahasa yang
mudah, murid berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar,
meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat
melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani.
Selanjutnya, murid lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.

Langkah yang seterusnya untuk menangani isu-isu kepelbagaian budaya ialah


pengurusan bilik darjah. Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan
penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif
organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola,
memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah pula sebagai tempat berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah.
Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Dr Ragbir
Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan keperluan
yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat.
Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah dengan menetapkan
cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah
serta menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan
satu iklim bilik darjah.

Lantaran itu, penglibatan dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk


Perpaduan (RIMUP) juga mampu melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid
pelbagai kaum di sekolah. Berdasarkan program ini, jelas menunjukkan bahawa betapa
pentingnya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Keperluan
pendidikan berbilang budaya ini amat meruncing di Malaysia. Murid-murid datang
daripada latar belakang dan budaya yang berbeza. Oleh itu, guru perlu peka kepada
kepelbagaian yang terdapat di dalam bilik darjahnya supaya tiada kelompok yang
merasakan diri tersisih. Pendekatan ini turut menjadikan guru lebih peka kepada
amalan-amalan sekolah yang selama ini diterima tanpa dipersoal. Ada amalan-amalan
sekolah secara tidak langsung mendiskriminasi golongan tertentu. Sebagai contoh,
sistem pengaliran, pengisian kurikulum dan buku teks yang tidak mengambil kira
keperluan dan pengertiannya bagi murid-murid yang berbilang latar belakang, mungkin
menyebabkan murid tertentu berasa tersisih dan ketinggalan.

Salah satu strategi yang sesuai digunakan ialah pembelajaran koperatif. Guru
boleh merancang pengajaran dan pembelajaran dengan membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan dan memberikan tugasan kepada setiap kumpulan. Syarat-syarat
menjalankan tugasan akan diberitahu kepada murid-murid dan murid-murid perlu
bekerjasama bagi melengkapkan tugasan tersebut. Melalui strategi ini, murid dari
pelbagai latar belakang seperti murid yang mengamalkan adat resam yang berlainan,
mempunyai pertuturan bahasa yang pelbagai dan sama ada kelas sosial yang bertaraf
tinggi mahupun rendah boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajara
bersama-sama, saling membantu dan berinteraksi antara satu sama lain untuk
memastikan pencapaian kumpulan. Dengan ini, murid yang mempunyai pelbagai latar
belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya
dengan secara tidak langsung. Strategi pembelajaran ini dapat membantu mengeratkan
hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat
majmuk zaman ini terutamanya di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Perpaduan merupakan kata kunci dalam usaha mengekalkan keharmonian


negara maka Rukun Negara memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa
berdarah 13 Mei 1963 yang mampu menghancurkan perpaduan dan ketenteraman
negara. Oleh itu, bagi menangani isu perkauman yang merupakan kesan daripada
aspek pengamalan adat resam yang berbeza mengikut kaum, seseorang bakal guru
haruslah menerapkan Rukun Negara dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada
era yang semakin mencabar ini, Rukun Negara umpamakan pelengkap kepada
pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi
menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi
bagi rakyat dan negara Malaysia. Oleh itu, adalah tanggungjawab seseorang guru
untuk mendedahkan Rukun Negara kepada pengajaran dan pembelajaran supaya
murid memahami prinsip-prinsip Rukun Negara dan menjadinya sebagai pegangan
hidup sejak di bangku sekolah. Sedia maklum bahawa, Rukun Negara boleh memberi
penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu,
demokratik, adil, liberal dan saintifik kepada murid-murid. Dengan memahami dan
mempraktik Rukun Negara dalam pengajaran dan pembelajaran, murid akan
memahami bahawa Rukun Negara tonggak utama bagi membina bangsa Perpaduan
negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang kumpulan etnik, agama, bangsa
dan budaya.
Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku
kumpulan yang berasaskan kelas sosial, bahasa dan kaum. Roland Meighan (1986)
berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di
dalam sesuatu bangsa yang sama. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
perbezaan kelas sosial perlu diketepikan dan semua murid perlu dilayan dengan sama
rata tanpa mengambil kira kelas sosial. Guru juga harus sentiasa peka agar tidak
berlaku pembentukan kumpulan yang berasaskan kelas sosial yang setraf sahaja. Guru
haruslah menggalakkan pembentukan kumpulan dengan melibatkan murid dari
kepelbagai iaitu mempunyai pengamalan adat resam yang berlainan, pertuturan bahasa
yang berbeza dan kelas sosial yang tidak sama. Ini kerana kumpulan yang mempunyai
murid yang berlainan aspek-aspek akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang
sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi
pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam
kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana
percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid. Lahir daripada latar
belakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran
serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama
islam dan murid beragama buddha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap
agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan
pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru
pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling
menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik
daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan
ingin tahu dalam diri murid.

Selain itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang
sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni. Tembok
perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Di
dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain
tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu
mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan
yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran
perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama, nilai dan kepercayaan mereka.

Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku
pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa
standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti
pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan. Penggunaan bahasa standard
perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan
sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya
dikawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Aspek bahasa harus
diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan
kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada
penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard
akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan
murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain.
Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan
sosial. Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam
kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara
lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara
berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan
lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan
penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama. Agama dan kepercayaan
merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan
murid tidak harus dipertikaikan.
Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Kelas
yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya antara
satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk menanam semangat
saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang tinggi akan
meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum
akan terjalin. Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan
masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku
sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka
terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan
murid bermasalah dapat dikawal dan diubah sikapnya.

Guru boleh merancang beberapa pelan tindakan bagi menangani isu-isu


kepelbagaian budaya ini. Antaranta ialah pertandingan kelas tercantik yang boleh
menimbulkan semangat bekerjasama dalam setiap kelas. Persaingan sihat seperti ini
membuka minda kepada murid-murid di sekolah kepada realiti kehidupan nanti. Sudut
ilmu atau mutiara kata juga boleh disediakan di sudut-sudut sekolah bagi mewujudkan
budaya sekolah yang positif. Selain itu, gotong royong perdana haruslah dijalankan
sebagai aktiviti tahunan sekolah. Aktiviti ini melibatkan penyertaan semua warga
sekolah, tidak kira guru ataupun murid. Ia mampu mewujudkan hubungan erat dalam
kalangan warga sekolah tanpa mengira perbezaan adat resam, pertuturan bahasa,
kelas sosial dan sebagainya. Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan
kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di
kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju. Tambahan pula, sambutan
Bulan Kemerdekan yang diisi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua warga
sekolah iaitu, para pentadir, guru, murid-murid dan juga kakitangan sokongan. Juga
boleh dijalankan. Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini haruslah
menjurus pada usaha meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar,
antaranya pelbagai pertandingan dijalankan seperti, melukis poster, menulis esei ,
mendeklamasi puisi patriotik, nyanyian lagu-lagu patrotik oleh badan-badan beruniform,
dan sebagainya. Setiap kelas berlumba-lumba menghias kelas dengan jalur gemilang
untuk merebut anugerah hiasan kelas paling cantik. Oleh itu, sambutan hari tersebut
terutama dalam kalangan pelajar di sekolah hendaklah diteruskan kerana terdapat
banyak kebaikannya dalam usaha melahirkan generasi muda yang mampu mengerti
dan menghayati erti kemerdekaan tanah air tercinta. Sememangnya, antara kebaikan
program sambutan hari kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik
atau cinta akan negara dalam kalangan pelajar.
Secara konklusinya, sesungguhnya kesedaran terhadap kepelbagaian budaya
akan mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu melalui penyatuan pemikiran
dan persefahaman supaya dapat berkongsi matlamat yang sama dan menjadikan
Malaysia sebuah negara yang aman, dapat berintegrasi pada peringkat wilayah dan
kaum. Oleh itu, seseorang guru memainkan peranan yang sanagat penting bagi
merealisasikan hasrat yang dinyatakan di atas dengan menangani isu-isu kepelbagaian
budaya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai