Anda di halaman 1dari 18

Pedagogi: Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

Istilah pendekatan, kaedah dan teknik merupakan tiga istilah yang sering
mengelirukan kebanyakan orang sama ada dari kalangan guru terlatih
mahupun pelatih guru. Kekeliruan ini timbul disebabkan beberapa istilah
lain yang digunakan secara bersama untuk pendekatan, kaedah dan
teknik. Lebih mengelirukan lagi apabila istilah itu juga digunakan untuk
menjelaskan strategi. Contohnya, terdapat penggunaan deduktif dan
induktif untuk strategi, pendekatan dan kaedah. Begitu juga, kita akan
terjumpa pendekatan penyelesaian masalah dan kaedah penyelesaian
masalah. Banyak definisi mengenai istilah satragei, pendekatan, kaedah
dan teknik telah dikemukakan, namun masih sukar untuk
didiskriminasikan antara satu dengan lain.

Pendekatan merupakan atau menggambarkan asas falsafah atau
kepercayaan mengenai sesuatu perkara yang menjadi pegangan. Ia
merupakan satu set andaian atau pandangan yang dipegang,
contohnya, teori pembelajaran. Untuk mengajar satu-satu topik tertentu,
akan ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan, bergantung
kepada asas teori yang membentuk pendekatan tersebut. Contohnya,
pendekatan deduktif berpegang kepada asas kerangka teori stigma oleh
Erving Goffman (1963) atau kerangka teori modal sosial oleh Pierre
Bourdieu (1962) serta pembentukan hipotesis.

Kaedah pula lebih merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu
(aktiviti pengajaran atau pembelajaran) secara sistematik yang
menggambarkan langkah-langkah yang disusun secara logik.
Contohnya, kaedah deduktif bermula dengan proses menyampaikan
idea umum atau konsep keseluruhan dan diikuti oleh maklumat spesifik
seperti contoh-contoh yang dapat memantapkan pemahaman murid
tentang konsep berkenaan.

Teknik adalah prosedur yang telah didefinisikan dengan lebih jelas dan
digunakan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti. Terdapat
lebih daripada satu teknik boleh digunakan untuk melaksanakan kaedah
deduktif. Contohnya, guru memulakan pengajaran dengan
menggunakan teknik penjelasan konsep dan diikuti dengan
sumbangsaran contoh-contoh spesifik. Mungkin juga guru boleh
memulakan denga teknik gambaran dan untuk mengemukakan contoh,
guru menggunakan teknik penyoalan atau soal jawab.

Jika dilihat dengan lebih teliti, pilihan susunan pendekatan, kaedah dan
teknik di atas merupakan satu strategi iaitu kerangka perancangan yang
direka bentuk untuk mencapai matlamat khusus pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya peranan yang lebih aktif dimainkan oleh guru
seperti penjelasan konsep, pemberian contoh, refleksi dan rumusan
dilakukan oleh guru, maka strateginya adalah lebih berbentuk strategi
pengajaran langsung / terus atau strategi tumpuan guru. Sebaliknya jika
banyak melibatkan diskusi dan sumbangsaran, maka strategi yang
digunakan adalah strategi pengajaran interaktif. Begitu juga, bagi
seorang guru konstruktivis, ia akan memilih strategi yang lebih
berpusatkan murid seperti strategi pembelajaran individu.

Walau apa pun kesemua istilah tersebut seharusnya tidak menjadi
masalah dalam pelaksanaan kerja mengikut konteks dan maknanya
kepada pengguna (guru). Masalah besarnya ialah pemahaman maksud
dan definisi istilah tersebut seperti yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh
pendidikan apabila dikaitkan dengan tujuan menjawab soalan
peperiksaan. Istilah guidance contohnya telah diterjemahkan kepada
panduan dan bimbingan. Dalam amalan seharian, guru boleh saja
memilih istilah panduan. Dalam situasi lain, mungkin guru memilih
istilah bimbingan. Percanggahan penggunaan lazimnya dikemukakan
oleh tokoh berlainan mazhab (school of thought). Dalam Islam, kelainan
mazhab bukan perkara masalah pokok sekiranya tidak bercanggahan
dari sudut aqidah. Begitu juga dengan sesetengah istilah pendidikan,
sekiranya tidak bertentangan dan tidak menyebabkan gangguan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran, malah saling membantu dalam
pemahaman, maka tidak perlu dipertikaikan.

























TRATEGI


KONSEP STRATEGI
Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara
Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara
berikut:
Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut
prinsip dan teori pembelajaran.
Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik
mengajar yang telah disusun.
Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar.
Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah
rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan
pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai
kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang
dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.


PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat
dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.


PENYERAPAN
Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga
boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains,
matematik, sejarah, dan lain-lain.


PENGAYAAN
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan,
keupayaan, bakat, dan minat.
Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan
secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan
bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-
kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka
masa yang ditentukan.

PEMULIHAN
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud,
alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada
yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut
kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.


PENILAIAN
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran.
Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis
tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk
menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti
pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain
mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum
kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.
Rumusan
Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori
pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan
strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.


PENDEKATAN
Pendekatan
Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil
untuk menuju sesuatu sasaran.
Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come
near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.


PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
INDUKTIF
DEDUKTIF
EKLEKTIK
KOMUNIKATIF
INDUKTIF


Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.
Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi
sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan
berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan
murid berfikir perkaitan antara sesuatu.


Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan
contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang
cuba disampaikan oleh guru.


Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat
kesimpulan.


DEDUKTIF
Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan
rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.
Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis
rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang
dibentangkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada
umum kepada spesifik.
Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula
dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta
berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan
tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran
kepada murid-murid pada awal pengajaran.
Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri
tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang
menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan
menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan
indukif dan deduktif.
Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai
kebolehan.
Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi
pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu
itu.
Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan
diikuti dengan kesimpulan.
Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti
dengan generalisasi.
Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau
generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan
tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi
kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan
deduktif.
Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu
mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.


KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid
iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf,
bercerita ataupun melapor.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal
adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana.
Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan
struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru
agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya
ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang
terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai
secara berkesan.
Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti
perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak
umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.


Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pemebelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan


Pendekatan berpusatkan murid
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid
memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar
keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan
pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.


Pendekatan berpusatkan bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.
Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran
untuk mencapai objektif pelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas.


Pendekatan berasaskan projek
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik.
Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan
lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.


Pendekatan berasaskan masalah
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang
guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh
mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran
berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan
menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.


Pembelajaran berasaskan aktiviti
Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental
bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian
minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Pembelajaran berasaskan situasional
Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-
gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang
dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-
contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.




Pembelajaran berasaskan permainan
Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup
dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri
aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui
permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat
berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan
bahasa dan aksi


KAEDAH
Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha
keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu
pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran
yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Kaedah Penerangan
Kaedah
Natural
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi
komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan
tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada
analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori
tatabahasa tertentu.
Kaedah Nahu
Tradisional
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar
memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis
menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan
pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan
perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam
penulisan.
Kaedah
Terus
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald
Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama
dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih
pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.
Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang
berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Kaedah Ajuk
Hafaz
Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara
demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus
berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata
melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara
menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya
diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.


Kaedah Penerangan
Kaedah
Linguistik
Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden
secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa.
Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan
fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk
ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk
daripada makna.
Kaedah
Kod
Kognitif
Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang
ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa
berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam
ilmu tatabahasa.
Kaedah
Bahasa
Komuniti
Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning
merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles
A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid
Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori
bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-
model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami
sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.
Kaedah
Oral-
Aural
Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar
memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran
mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran
membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk
pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar
memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.




TEKNIK
Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
dengan pendekatan yang dianuti.


Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik simulasi
Teknik drama
Tujuan Teknik
Menarik minat murid
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik Latih - Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang
biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.




Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.
Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting.
Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan
dalam satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip,
dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada
kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan
peranan yang dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.
Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Teknik Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah
rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.


Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya.


Teknik Bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis di kalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya
jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.


Teknik Drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.












BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK
Berdasarkan
pertimbangan terhadap
teori pembelajaran,
pendekatan kaedah
dan teknik mengajar
Bercorak abstrak
Bersifat
konkrit
Lebih
khusus
atau
spesifik
Rancangan yang
teratur untuk mencapai
matlamat atau
kejayaan
Satu pandangan,
pendirian,
pegangan atau
falsafah bagi
melihat,
memahami dan
mendekati
sesuatu perkara
Cara mengajar
yang disusun
dan
dilaksanakan
untuk
mengajar
kemahiran
bahasa
Wujud
dalam
bentuk
aktiviti,
strategi
atau taktik
dan bahan
atau alat
yang
berkaitan
Strategi
penggabungjajalinan
kemahiran
-strategi
penyerapan nilai-nilai
murini dalam
pengajaran
Pendekatan
empirisis
-pendekatan
rasiomalis
(mentalis
-pendekatan
komunikatif
-kaedah tubi
-kaedah terus
-kaedah
dengar dan
sebut
-kaedah
bersiri
-kaedah
terjemahan
-kaedah
tentera
-teknik
kloz
-teknik
bacaan
nyaring
-teknik
bercerita
-teknik
drama
-teknik
korus
-teknik
dialog


PENUTUP
Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap
warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.
Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan
matlamat penting dalam dunia pendidikan.
Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-
kump-syafiq-presentation
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu

Anda mungkin juga menyukai