Anda di halaman 1dari 3

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI PERANAN EMK DALAM KSSR

1. Apa itu EMK?


Elemen Merentas Kurikulum


2. Apakah komponen-komponen EMK?
EMK sedia ada Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni, Sains dan Teknologi,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir. Elemen Merentas Kurikulum sedia ada ditambah
dengan memperkenalkan elemen:Kreativiti dan Inovatif Keusahawanan, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK)

3. Apakah tujuan EMK diperkenalkan?
EMK ini bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi pembangunan modal insan
yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif mempunyai ciri dan sikap keusahawanan
serta dapat menguasai kemahiran TMK


4. Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?

Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p
tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.

5. Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan
supaya ianya diajarkan pada awal tahun.
Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK.
Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara
merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.

7. Berapakah bilangan minimum dan maksimum
standard kandungan serta standard pembelajaran
TMK yang perlu diajar dalam seminggu?
Jawapan :
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap
kebolehan murid yang berbeza-beza.
Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu
dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam
DSK TMK.
8. Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas
Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan
TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain
mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh
diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:
Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan
juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan
pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas
melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di
dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid


9. Bagaimanakah EMK-TMK hendak sekiranya semua guru hendak menggunakan
makmal dalam satu masa?
Jawapan :
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan
komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.
Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam
keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin
menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual
penggunaan dan borang tempahan.

10. Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat
melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :
Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program 1BestariNet
KPM/Interim
Tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya
pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah
menghubungi helpdesk atau pihak yang telah dipertanggungjawabkan atau

Anda mungkin juga menyukai