Anda di halaman 1dari 154

REPORT FORUM

Course : KPF3012 - Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar

Semester : A201

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

1 ZAIREEN FARHANA BINTI MOHD ZAIPUDDIN (D20201093230 )

2/11/20 6:24 PM
Assalamualaikum Dr,
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Murid perlu fahami akan
kepentingan nilai murni dalam kehidupan sebenar sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni
tersebut dalam diri.Apabila murid dapat menghayati erti nilai yang sebenar, maka proses penerapan
nilai dalam diri dan kehidupan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk
insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Sebagai negara yang rakyatnya
terdiri daripada pelbagai kaum, keperluan untuk memupuk nilai ini adalah penting bagi menjamin
keharmonian negara. Penghayatan kepada nilai ini membolehkan murid menghasilkan tingkah laku
sivik seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan
etnik; amanah dan berintegrasi. Apabila mereka ini mula meninggalkan alam persekolahan, mereka
mampu menjadi warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti
nasional yang utuh.
Saranan seterusnya adalah melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan, kelab
atau persatuan, dan badan beruniform. Dalam Anjakan Ketiga ini dinyatakan – memperkembangkan
murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1
Badan Beruniform. Dalam erti kata lain, setiap murid perlu menganggotai satu acara sukan, satu
aktiviti kelab dan satu badan beruniform.Kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sistem
pendidikan di negara ini. Penglibatan murid dalam kokurikulum mampu memupuk sahsiah dan
pembentukan perpaduan dalam kalangan murid sekolah. Penyertaan murid dalam kokurikulum dapat
menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional serta nilai-nilai murni. Secara tidak
langsung pendedahan murid melalui interaksi dalam aktiviti kokurikulum bersama rakan lain tanpa
mengira bangsa dan kedudukan ini akan memberi pendedahan untuk melatih murid ke arah
pemupukan ciri positif dalam kehidupan masyarakat.
Langkah seterusnya adalah mengukuhkan dan memperluas program Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) bagi memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio
ekonomi.RIMUP merupakan satu program bagi tujuan mengalakkan pemuafakatan pintar antara
masyarakat atau komuniti setempat, para guru dan murid dalam aktiviti khas yang dirancang oleh
pihak sekolah melalui perkongsian bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran.Matlamat RIMUP antara lain bertujuan melahirkan generasi berilmu pengetahuan, memiliki
jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif
dan bersepadu. Perkongsian pintar ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada sekolah terlibat,
tetapi juga dapat membantu murid mengenali nilai dan budaya sekolah yang berbeza.

Page 1 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NORSHAKILAH BINTI HAMID ( D20201093271 )

2/11/20 9:22 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari mengenai isu ini.Dalam menangani isu ini, ia
melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Kerajaan
sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan tuntutan semasa. Bagi mencapai
pendidikan bertaraf dunia semestinya rakyat Malaysia perlu seimbang dalam setiap aspek.
Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat
mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan
berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan
berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik,
kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja,
tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

* NORIESHA BINTI MOHD NAWAWI ( D20201095582 )

2/11/20 9:36 PM

Bagi pendapat saya sangat bersetuju dengan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi
pendidikan cemerlang bertaraf dunia yang terakhir saudari iaitu menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Hal ini amat penting bagi murid
fahami akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan sebenar sebelum mereka menerapkan
nilai-nilai murni tersebut dalam diri. Dengan kefahaman ini, murid akan menghayati erti nilai
yang sebenar, maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk insan yang cemerlang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Apabila mereka ini mula meninggalkan alam persekolahan, dapat
terjamin mereka mampu menjadi warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat
dan memiliki identiti nasional yang utuh di masa akan datang.

* NUR ALYANI BINTI ANUAR ( D20201093278 )

3/11/20 12:57 AM

Saya sangat bersetuju dengan saranan saudari tentang menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
dalam melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Hal ini kerana
kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada pembangunan modal insa. Seperti yang
saudari nyatakan, sekiranya murid tersebut menghayati erti nilai yang sebenar, maka proses
penerapan nilai di dalam diri akan lebih berkesan dan seterusnya wujudlah insan yang
cemerlang dari pelbagai segi seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh sebab itu, setiap
insan telah dididik dan diterapkan tentang nilai ini sejak mereka kecil lagi supaya sikap ketika
mereka kecil akan mereka bawa sehingga dewasa dan menjadi seseorang yang berguna pada
masa akan datang.

Page 2 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NUR SHARIFAH ZULAIKA BINTI HARUN ( D20201095600 )

3/11/20 10:36 AM

Pemuafakatan pintar antara sekolah, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti
setempat juga penting bagi mewujudkan kefahaman antara tiga elemen penting tersebut serta
memberi pendedahan kepada murid untuk berkerjasama dan berkomunikasi dengan
masyarakat sekeliling.Dalam usaha pembangunan nilai murid ini, pihak sekolah berperanan
dalam membentuk budaya sekolah yang kondusif melalui penerapan nilai murni. Perkara ini
boleh direalisisasikan dengan perancangan strategik melalui pelaksanaan aktiviti sekolah ke
arah membentuk murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mampu
mengamalkan nilai murni.Kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sistem
pendidikan di negara ini. Penglibatan murid dalam kokurikulum mampu memupuk sahsiah dan
pembentukan perpaduan dalam kalangan murid sekolah. Penyertaan murid dalam kokurikulum
dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional serta nilai-nilai murni.
Aktiviti kokurikulum mahupun akademik yang melibatkan pelbagai sekolah, PIBG sekolah
serta komuniti setempat mampu memberi kelainan kepada murid yang terlibat terutama dalam
penghayatan nilai dan budaya. Dalam erti kata lain, tanggungjawab bagi pemupukan nilai
dalam kalangan murid ini tidak perlu bersandarkan kepada pihak sekolah dan guru semata-
mata, tetapi juga pemuafakatan pintar dengan komuniti setempat dapat membantu
menyemarakkan lagi penghayatan nilai tersebut.Selain itu, perencanaan bagi melibatkan
sekolah swasta juga akan ditingkat pada masa hadapan. Perkongsian pintar ini bukan sahaja
dapat memberi manfaat kepada sekolah terlibat, tetapi juga dapat membantu murid mengenali
nilai dan budaya sekolah yang berbeza.

* KHAIRUN SABIRAH BINTI KAMALUL BAHARI ( D20201095580 )

3/11/20 4:39 PM

Saya amat tertarik dengan hujah saudari berkenaan RIMUP dan saya amat bersetuju dengan
cadangan saudari supaya mengukuh dan memperluaskan lagi RIMUP tersebut. Ia amat meberi
impak positif dan nilai keberkesanan yang tinggi dalam kalangan masyarakat terutama dalam
kalangan para pelajar khususnya. Benarlah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka
akan lebih didedahkan dengan bangsa lain sekaligus dapat menyemai perpaduan dalam diri
tanpa ada batas, halangan mahupun kekangan antara sesama bangsa melalui permainan
mahupun kebudayaan. Terdapat banyak bukti ternyata ia amat berkesan dan layak untuk
diteruskan. Pelbagai objektif yang selari dengan Pendidikan Falsafah Kebangsaan dapat dikesan
terutama dalam melahirkan generasi yang cemerlang dari pelbagai segi iaitu intelektualnya,
sosialnya dan sebagainya. Ia akan dapat memupuk nilai murni dan nilai tambah dalam diri
seseorang pelajar itu sendiri secara holistik dan berkesan. Saya amat menyokong usaha ini dan
berharap ia akan diteruskan untuk masa akan datang

* MOHD ZULHILMI BIN JAMLIL ( D20201093224 )

3/11/20 10:35 PM

Assalammualaikum saudari Farhana,

Saya sangat bersetuju dengan saranan beserta hujah yang dilontarkan oleh saudari melalui
idea pertama iaitu penerapan nilai murni. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai murni
menjadi tuntutan utama kepada rakyat yang hidup dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum. Penerapan nilai murni ini bukan sahaja mengkhususkan kepada perpaduan malah
sebagai suatu benteng buat rakyat Malaysia untuk menghadapi segala cabaran yang
mendatang. Kemenjadian rakyat Malaysia yang dibekalkan dengan nilai yang positif pada hari

Page 3 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

ini merupakan gambaran kepada negara suatu masa nanti terutama dalam membangunkan
pendidikan negara. Oleh itu, tidak hairanlah negara kita mampu mencapai transformasi
pendidikan bertafar dunia sekiranya golongan pelajarnya mampu mendalami dan menyemai
setiap nilai murni dalam kehidupan.

* NUR AMISHA ILLIANI BINTI AFENDI ( D20201093252 )

3/11/20 10:37 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari mengenai penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
Setiap sekolah perlu berusaha membangunkan dan membudayakan aktiviti kokurikulim dalam
kalangan warga sekolah agar institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi
murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sebagai contoh,
penglibatan murid dalam 1Murid1sukan juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat
kerjasama, patriotik dan bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Malah
dapat membantu dalam pertumbuhan murid-murid yang cemerlang. Pertumbuhan murid-murid
yang cemerlang ini dapat membentuk sikap yang berpotensi tinggi dan ini hanya diperolehi
melalui kegiatan kokurikulum yang disertai. Oleh itu, penglibatan aktiviti kokurikulum ini dapat
melahirkan masyarakat yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan yang cemerlang
bertaraf dunia.

* ISAAC ARSEL CYRILLUS ( D20201094106 )

6/11/20 8:30 PM

Saya sangat bersetuju dengan cadangan saudari Zaireen Farhana terhadap saranan terbaik
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Saudari mengatakan yang
pertama menerapkan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Murid perlu fahami akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan sebenar sebelum mereka
menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam diri. Seterusnya, melibatkan murid dalam aktiviti
kokurikulum seperti aktiviti sukan, kelab atau persatuan, dan badan beruniform. Dalam Anjakan
Ketiga ini dinyatakan – memperkembangkan murid secara holistik dengan mengukuhkan
keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Akhir sekali,
mengukuhkan dan memperluas program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
bagi memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi.RIMUP
merupakan satu program bagi tujuan mengalakkan pemuafakatan pintar antara masyarakat
atau komuniti setempat, para guru dan murid dalam aktiviti khas yang dirancang oleh pihak
sekolah melalui perkongsian bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran.

Sekian dan terima kasih kepada saudari Zaireen Farhana atas saranan terbaik tersebut.

* NURUL SYAFIQAH BINTI CHE HASSAN ( D20201093266 )

8/11/20 11:09 AM

Berdasarkan pernyataan saudari, saya setuju bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum merupakan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar akan melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan.
Hal ini dapat mewujudkan nilai-nilai murni yang tersimpan dalam diri mereka seperti saling

Page 4 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

tolong-menolong, bekerjasama, rajin dan sebagainya. Penglibatan murid dalam kokurikulum

juga dapat memupuk sahsiah dan pembentukan perpaduan dalam kalangan murid sekolah.
Secara tidak langsung pendedahan murid melalui interaksi dalam aktiviti kokurikulum akan
memberi pendedahan untuk melatih murid ke arah pemupukan ciri positif dalam kehidupan
masyarakat. Oleh itu, pelajar dapat mengembangkan lagi potensi nilai-nilai murni yang ada
dalam diri mereka.

* KEMY CAMELIA BALINGI ( D20201094031 )

10/11/20 3:03 PM

Berdasarkan saranan yang saudari berikan, saya bersetuju dengan saranan saudari. Setiap
murid haruslah mempunyai nilai-nilai murni dalam diri mereka ketika melalukan kehidupan
seharian mereka. Hal ini kerana, jika mereka menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian
mereka maka lahirlah insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam
diri mereka. Penghayatan nilai murni bukan sahaja dapat melahirkan insan yang bersahsiah
malah dapat mewujudkan nilai perpaduan kaum. Dengan ini, negara Malaysia akan bebas
daripada berlakunya permusuhan kaum. Kepelbagaian kaum di Malaysia bukan menjadi
penghalangan untuk mewujudkan negara yang sentiasa aman dan harmoni sekiranya nilai-nilai
murni sudah sebati dalam diri setiap drir rakyat Malaysia.
Seterusnya saudari menyarankan bahawa murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum ketika berada di sekolah. Saranan saudari ini sangat bernas dan saya bersetuju.
Jika murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, ia mampu mengembangkan murid secara
holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1
Badan Beruniform. Aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan lagi disiplin murid. Ia juga
dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional serta nilai-nilai murni. Hal
ini kerana, semasa melakukan aktiviti kokurikulum, murid-murid perlu berkerjasama dan
berinteraksi dengan rakan lain tanpa mengira bangsa dan kedudukan. Pendedahan ini mampu
melatih murid kearah pemupukan ciri positif dalam kehidupan masyarakat.

* NUR SYAFIRA BINTI YUSOF ( D20201094181 )

10/11/20 10:46 PM

Saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh saudari tentang memperluaskan lagi
Program Rancangan Integrasi Untuk Murid (RIMUP). Sememangnya program RIMUP dapat
memberikan banyak faedah terutama sekali dalam permuafakatan antara komuniti, para guru
dan murid-murid. Namun, ingin saya tambahkan sedikit maklumat tentang program RIMUP ini.
Program RIMUP ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu murid mengenali dan budaya
sekolah yang berbeza. Program RIMUP ini juga merupakan satu alat atau agen yang membantu
untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum. Program ini juga merupakan satu program yang
mempunyai hala tuju yang tetap iaitu mengukuhkan perpaduan. Oleh itu, saya percaya,
program RIMUP ini wajar diperluaskan di setiap sekolah di Malaysia supaya dapat
mengurangkan jurang perkauman dapat melahirkan masyarakat yang penuh dengan nilai
murni.

Page 5 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NUR SYAFIRA BINTI YUSOF ( D20201094181 )

10/11/20 10:49 PM

* NOOR AMALIN SYAHIRAH BINTI IDRIS ( D20201094196 )

14/11/20 10:28 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya sangat bersetuju dengan forum yang disediakan
oleh saudari. Seperti kita tahu nilai-nilai murni semamngnya sangat penting bagi setiap individu
lebih-lebih lagi dalam kalangan murid kerana mereka merupakan harapan negara suatu hari
kelak. Dengan saranan yang dikemukakan diatas, murid akan bersifat lebih terbuka dan tidak
pasif. Dimana mereka dapat melakukan kerja yang berkualiti dan paling penting mampu
menghormati semua pihak di samping di Malaysia mempunyai pelbagai kaum. Dengan ini,
individu yang cemerlang mampu dilahirkan serta pendidikan di Malaysia mampu setaraf
dengan dunia.

* DAYANNAA A/P JERALD ( D20181081667 )

14/11/20 11:10 PM

Saya sokong sepenuhnya saranan pertama anda. Pendidikan Sivik adalah mata pelajaran yang
sangat penting tetapi mata pelajaran ini tidak diambil serius oleh perlajar. Bukan sahaja,
Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik juga memberi fokus kepada nilai murni. Saya percaya
Pendidikan Sivik dapat memberi kesempatan kepada pelajar untuk memahami suasana dan
persekitaran di Malaysia. Dengan langkah ini, kita dapat melahirkan masyarakat modal insan.
Melahirkan masyarakat yang bermodal insan adalah penting untuk melaksanakan transformasi
pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Hal ini kerana, masyarakat adalah lambang sesebuah
negara. Tingkah laku setiap individu adalah penting. Modal insan yang bernilai tinggi adalah
penting bagi imej negara.

Terima Kasih

Page 6 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

2 NORSHAKILAH BINTI HAMID (D20201093271 )

2/11/20 9:07 PM
Assalamualaikum Dr,
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah rakyat Malaysia pada
hari ini perlu dipersiapkan bukan sahaja ilmu berkaitan dengan dunia akademik tetapi juga kepada
penghayatan nilai.Oleh itu, kemampuan mereka mengharungi cabaran ini bukan sahaja memerlukan
kemahiran memimpin tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan
penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Melalui penghayatan
nilai-nilai murni ini juga dapat membendung mereka untuk tidak menyalahgunakan kepintaran,
kemahiran, kedudukan atau kekayaan yang dimiliki kepada perkara yang bercanggahan dengan
agama dan juga moral.Golongan pendidik perlu bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan
menghayati nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar,
sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah. Bagi tujuan tersebut, KPM perlu mengambil peranan
merangka pelbagai strategi ke arah itu.
Saranan seterusnya ialah dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia, paradigma pendidikan
perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih
agresif dan progresif. Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari,
Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia. Oleh itu,
fenomena ini perlu dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara
menyeluruh. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh
kepada semua golongan pendidik kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas yang mantap
dan teguh kepada masyarakat. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada
mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen, daripada rutin kepada inovatif dan
kreatif, dan daripada pasif kepada progresif.
Selain itu, meningkatkan profesion keguruan di Malaysia bagi mencapai transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia. Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat
profesion di negara ini perlu direformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan
kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan
bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik. Profesion perguruan harus berkembang
dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara.
Dari satu segi yang lain, profesion perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi
penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan
tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesion perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya
konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar
dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia.
* NORIESHA BINTI MOHD NAWAWI ( D20201095582 )
2/11/20 9:32 PM

Bagi pendapat saya sangat bersetuju dengan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi
pendidikan cemerlang bertaraf dunia yang terakhir saudari iaitu tentang meningkatkan
profesion perguruan di Malaysia bagi mencapai transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia. Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesion di negara
ini dan begitu juga dengan guru yang perlu selaras dengan perkembangan teknologi khususnya
bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan
budaya saintifik atau erti kata lain berkaitan kemahiran dan profesion yang ada pada guru itu
juga perlu dititikberat bagi membuka ruang yang lebih terbuka supaya konsep
memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar
dalam mencapai pendidikan dan melahirkan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
di masa kini dan masa akan datang juga.

Page 7 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* OLYVIANNA JAMBU GOH ( D20201093248 )

5/11/20 1:36 PM

Berdasarkan pandangan saudari saya juga bersetuju dengan peningkatan profesion keguruan
untuk mencapai transformasi pendidikan bertaraf dunia. Hal ini kerana guru merupakan
individu yang paling penting dalam mencorakkan seseorang individu. oleh itu jika profesion
keguruan berkembang dengan pantas dan progresif ianya membantu perkembangan individu,
masyarakat dan negara. Melalu perubahan demi perubahan yang kita tengok pada masa kini
iaitu perubahan era multimedia dan teknolohi maklumat,sistem pendidikan di negara kita juga
sepatutnya direformasikan balik supaya dapat menjadi agen perubahan kepada budaya literasi
teknologi atau erti kata lain mengajar dan membimbing para pelajar agar mereka celik it dan
tidak ketingalan dalam dunia sekarang.

* SHAWN CHRISTIEN FABIAN ( D20201094177 )

5/11/20 11:41 PM

Saya bersetuju dengan pernyataan yang dulaskan oleh saudari. Rakyat Malaysia bukan sahaj
dilengkapi dengan ilmu malah perlu dititiberatkan nilai-nilai kemanusiaan agar tidak
menyalahgunakan kebijaksanaan yang dimiliki kepada perkara yang bercanggah dengan
agama dan moral. Selain itu, pembestarian dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan
seseorang guru memahami ciri-ciri pelajarnya dan menggunakan pelbagai pendekatan
pembelajaran secara efektif dan berkesan. Justeru itu, guru sekolah bestari perlu memahami
ciri-ciri pelajar menerusi gaya pembelajaran pelajar (model Dunn dan modal VAK), kecerdasan
pelbagai pelajar dan kompetensi dan kecerdasan emosi. Sistem pendidikan di negara ini
sentiasa bergerak maju ke hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan
yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu, adalah
mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa.

* SHAWN CHRISTIEN FABIAN ( D20201094177 )

6/11/20 12:15 AM

Saya bersetuju dengan pernyataan yang diulaskan oleh saudari. Rakyat Malaysia bukan sahaja
dilengkapi dengan ilmu malah perlu dititiberatkan nilai-nilai kemanusiaan agar tidak
menyalahgunakan kebijaksanaan yang dimiliki kepada perkara yang bercanggah dengan
agama dan moral. Selain itu, pembestarian dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan
seseorang guru memahami ciri-ciri pelajarnya dan menggunakan pelbagai pendekatan
pembelajaran secara efektif dan berkesan. Justeru itu, guru sekolah bestari perlu memahami
ciri-ciri pelajar menerusi gaya pembelajaran pelajar (model Dunn dan modal VAK), kecerdasan
pelbagai pelajar dan kompetensi dan kecerdasan emosi. Sistem pendidikan di negara ini
sentiasa bergerak maju ke hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan
yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu, adalah
mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa.

Page 8 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* ISAAC ARSEL CYRILLUS ( D20201094106 )

6/11/20 8:34 PM

Saya sangat bersetuju dengan cadangan saudari Norshakilah terhadap saranan terbaik untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Saudari mengatakan yang
pertama rakyat Malaysia pada hari ini perlu dipersiapkan bukan sahaja ilmu berkaitan dengan
dunia akademik tetapi juga kepada penghayatan nilai.Oleh itu, kemampuan mereka
mengharungi cabaran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran memimpin tetapi juga nilai
murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka
dalam membuat keputusan yang beretika. Selain itu, menuju alaf baru pendidikan bertaraf
dunia, paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik
memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Pendidikan telah mempunyai
agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia
dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia. Akhir sekali, meningkatkan profesion keguruan di
Malaysia bagi mencapai transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Selaras dengan
perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesion di negara ini perlu direformasikan
supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi,
khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi
mengembangkan budaya saintifik.

Sekian dan terima kasih kepada saudari Norshakilah atas saranan terbaik tersebut.

* NUR AINATUL NADIA BINTI ZAINUDDIN ( D20201093279 )

9/11/20 10:05 PM

Izinkan saya menambahkan lagi satu cadangan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia adalah dengan menerapkan nilai murni dalam diri setiap individu.
Penerapan nilai murni dalam diri setiap masyarakat amatlah penting dalam kalangan rakyat
Malaysia. Sekiranya seseorang individu telah menerapkan nilai murni dalam diri perlakuan dan
pertuturan orang tersebut berbeza dengan orang yang kurang menerapkan nilai murni tersebut
dalam diri. Orang yang menerapka nilai murni dalam diri mereka, sudah tentu soapan dan apa
yang disampaikanya bernas dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Penerapan nilai ini
haruslah disematkan dalam diri anak anak semenjak mereka kecil lagi agar nilai tersebut akan
terbawa hingga dewasa dan perilaku mulia akan terbentuk. Pengajaran tentang nilai bukan
sahaja secara formal malah secara tidak formal. Nilai murni dapat membentuk individu yang
cemerlang emosi, intelek, jasmani, rohani seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Maka sangatlah jelas bahawa penerapan nilai itu sangatlah penting.

* MOHAMMAD YUSUF BIN SUMARDI ( D20201095601 )

13/11/20 8:25 PM

Asslamualaikum, sebelum saya memulakan komentar, saya ingin memohon maaf pada
awalnya jika terdapat kesalahan kata yang dapat menyinggung perasaan pemilik forum ini.
Pada pendapat saya tentang forum ini adalah saya bersetuju dengan pendapat yang
dilontarkan oleh saudari kerana kebanyakan masyarakat sekarang amat mementingkan ilmu
akedemik berbanding penghayatan nilai semata-mata. Hal ini kerana, pemikiran mereka hanya
tertumpu dengan kejayaan di masa depan, iaitu akademik dapat menjadikan individu itu

Page 9 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

berjaya sedangkan nilai-nilai tanpanya juga boleh berjaya. Namun jika dipandang dengan lebih
luas dan terbuka, penghayatan nilai lebih penting daripada dunia akademik. Buktinya, individu
yang berjaya merupakan hasil dari pendidik yang mempunyai penghayatan nilai yang baik.
Dengan perkara ini dapat disimpulkan bahawa tanpa nilai yang baik dari seorang guru atau
pendidik individu yang berjaya tidak dapat diwujudkan walaupun yang tanpa penghayatan nilai
sekalipun. Oleh itu, pendapat yang saudari nyatakan yang bahawa rakyat perlu mempersiapkan
diri untuk penghayatan nilai selain ilmu akademik itu saya menyokong sepenuhnya. Sekian,
terima kasih.

Page 10 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

3 NORIESHA BINTI MOHD NAWAWI (D20201095582 )

2/11/20 9:24 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah penerapan
nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran asas pembangunan pelajar. Justeru kepentingan
penghayatan nilai murni dalam kalangan manusia amat penting, kerana nilai murni yang dihayati itu
akan menentukan jenis manusia yang diingini. Oleh itu, pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh
dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan
nilai murni. Nilai-nilai inilah yang membentuk cara seseorang individu dalam bertingkahlaku, berfikir
dan bertindak sehingga mencorakan kebudayaan atau norma sesebuah masyarakat. Penekanan
kepada persoalan nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan di Malaysia amat diberi perhatian. . Antara
penerapan nilai-nilai murni tidak terhad kepada mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral
serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, malah diterapkan melalui semua mata pelajaran yang
diajar di sekolah, melalui aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan kokurikulurn. Apabila mereka keluar dari
alam persekolahan mereka mampu terlahir sebagai warga global yang menghayati nilai-nilai murni
bagi menjamin perbentukan peribadi dan sahsiah diri yang utuh, kental dan padu di masa hadapan.
Walaupun semua pihak perlu memainkan peranan secara menyeluruh untuk menangani masalah
disiplin dan moral pelajar-pelajar tetapi peranan pihak sekolah dan guru lebih berkesan kerana pelajar-
pelajar menerima pendidikan secara formal dan sistematik juga merupakan salah satu antara saranan
terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Salah satu punca penyelewengan
moral ini ialah faktor keibubapaan yang lemah, dan tradisi keluarga sebagai 'guru' moral yang pertama
bagi kanak-kanak semakin hilang. Kanak-kanak tidak dapat lagi mempelajari nilai murni di rumah.
Persekitaran di luar rumah juga adalah tidak mesra terhadap perkembangan nilai murid sekolah. Oleh
itu, pendidikan nilai di sekolah merupakan sebagai penggerak utama dalam pembinaan watak
bertambah penting. Guru di sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-
nilai murni dengan mewujudkan suasana yang baik dan budaya sekolah yang positif. Dalam
menjayakan aspek penerapan nilai murni dan penghayatan nilai murni, guru merupakan orang yang
penting dalam melaksanakan strategi KBSM ini. Guru hendaklah terlebih dahulu mengamal dan
menghayati nilai murni hendak diajar. Berdasarkan pernyataan-pernyataan di atas jelas menunjukkan
betapa pentingnya peranan sekolah dan guru dalarn pembentukan nilai dan akhlak pelajar. Sekolah
bukan setakat untuk mendapat kecemerlangan akademik dan guru bukan setakat untuk mengajar bagi
meningkatkan pencapaian akademik.
Akhirnya kewujudan beberapa pilihan persekolahan yang mempunyai etnik yang homogen. Secara
keseluruhannya, enrolmen dalam sistem pendidikan menggambarkan demografi nasional. Terdapat
pilihan sekolah yang mempunyai persekitaran etnik yang lebih homogen kerana Kementerian memberi
peluang kepada ibu bapa untuk memilih sekolah sama ada yang menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar, sekolah agama atau sekolah aliran perdana yang menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walaupun persekitaran sekolah homogen dan perpaduan tidak
semestinya saling berkait, persekitaran yang homogen menimbulkan cabaran kepada murid apabila
terdedah kepada kepelbagaian budaya dan kumpulan etnik serta menerapkan penghargaan terhadap
kepelbagaian, iaitu nilai yang kritikal bagi mewujudkan perpaduan sesama kaum.

* NUR ALYANI BINTI ANUAR ( D20201093278 )

3/11/20 12:56 AM

Saya sangat bersetuju dengan saranan saudari tentang peranan pihak sekolah dalam
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Saya berpendapat
sedemikian kerana para pelajar banyak menghabiskan masa mereka di sekolah berbanding

Page 11 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

dengan di rumah. Oleh sebab itu, pihak sekolah perlu lah menyediakan pelbagai aktiviti
mahupun membuat anjuran untuk menaikkan lagi semangat para pelajar untuk menimba ilmu.
Pihak sekolah termasuklah kakitangan serta guru-guru seharusnya menonjolkan sikap yang
baik agar pelajar yang mempunyai modal insan yang tinggi dapat dibentuk. Suasana yang
harmoni serta budaya yang diterapkan di sekolah sangat mempengaruhi fikiran para pelajar.
Oleh itu, peranan pihak sekolah sangat penting untuk menjadikan bidang pendidikan di negara
kita cemerlang sehingga bertaraf dunia.

* NUR SHARIFAH ZULAIKA BINTI HARUN ( D20201095600 )

3/11/20 10:47 AM

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan
motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru,
disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang
dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat. Pendidikan sebagai asas
pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profesyen perguruan yang
berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan yang dinamis perlu melahirkan
kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika
profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan
pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan
mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar
untuk berubah.
Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti mestilah memiliki
diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk mengajar. Walaupun
mendapat reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan professor, cadangan ini
bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif bagi meningkatkan kualiti
pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai
pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.Dalam menuju ke arah pendidik dan
pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan
peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan
dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah
pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh
tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan
komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

* NURUL LAILATUL NAJIHA BINTI RUDDING ( D20201093233 )

3/11/20 12:34 PM

Berdasarkan pernyataan saudari, saya bersetuju bahawa penerapan nilai-nilai murni

dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu saranan terbaik untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan
tranformasi pendidikan cemerlang yang bertaraf dunia. Penghayatan nilai dalam kalangan
murid sekolah merupakan aspek yang perlu dititiberatkan. Murid-murid pada hari ini bukan
sahaja perlu dipersiapkan dengan ilmu akademik tetapi juga perlu dipersiapkan dengan
penghayatan nilai-nilai yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah merupakan
institusi pertama yang dimasuki oleh semua murid di negara ini. Oleh itu, penghayatan nilai ini
perlu dimulakan dan digalakkan sejak bangku sekolah lagi. Penghayatan nilai ini perlulah
merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya.

Page 12 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* ZAIREEN FARHANA BINTI MOHD ZAIPUDDIN ( D20201093230 )

5/11/20 12:31 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari berkenaan penerapan nilai murni dalam pengajaran
dan pembelajaran asas pembangunan pelajar.Kepentingan penghayatan nilai murni dalam
kalangan manusia amat penting, kerana nilai murni yang dihayati itu akan menentukan jenis
manusia yang diingini. Oleh itu, pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh dipisahkan.
Seterusnya,peranan pihak sekolah dan guru lebih berkesan kerana pelajar-pelajar menerima
pendidikan secara formal dan sistematik juga merupakan salah satu antara saranan terbaik
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.Pendidikan nilai di sekolah
merupakan sebagai penggerak utama dalam pembinaan watak bertambah penting. Guru di
sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai murni dengan
mewujudkan suasana yang baik dan budaya sekolah yang positif. Saya juga bersetuju dengan
kewujudan beberapa pilihan persekolahan yang mempunyai etnik yang homogen.sekolah yang
mempunyai persekitaran etnik yang lebih homogen kerana Kementerian memberi peluang
kepada ibu bapa untuk memilih sekolah sama ada yang menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar, sekolah agama atau sekolah aliran perdana yang menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

* NURUL SYAFIQAH BINTI CHE HASSAN ( D20201093266 )

8/11/20 5:46 PM

Berdasarkan pernyataan saudari, saya setuju bahawa peranan pihak sekolah dan guru lebih
berkesan. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi pelajar di sekolah yang bertanggungjawab
memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Pelajar-pelajar akan menerima pendidikan
dan mendengar nasihat dari guru berbanding masyarakat luar. Hal ini kerana, pendidikan nilai
di sekolah merupakan penggerak utama dalam pembinaan watak para pelajar. Guru dapat
menonjolkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dengan mewujudkan suasana yang baik dan
budaya sekolah yang positif. Pihak sekolah dan guru berperanan penting dalam pembentukan
nilai dan akhlak pelajar. Pihak sekolah bukan setakat untuk mendapat kecemerlangan
akademik tetapi pencapaian akhlak juga diutamakan.

* NOOR AMALIN SYAHIRAH BINTI IDRIS ( D20201094196 )

14/11/20 10:32 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya sangat bersetuju dengan forum yang disediakan
oleh saudari. Seperti sedia maklum, nilai-nilai murni sememangnya sangat penting bagi setiap
individu terutamamereka yang bergelar murid kerana mereka merupakan harapan negara
suatu hari kelak. Dengan saranan yang dikemukakan diatas, murid akan bersifat lebih terbuka
dan tidak pasif. Dimana mereka dapat melakukan kerja yang berkualiti dan paling penting
mampu menghormati semua pihak di samping di Malaysia mempunyai pelbagai kaum. Selain
itu, murid dapat mengembangkan lagi kebolehan yang sedia ada dalam diri mereka apabila
mereka bergaul dengan pelbagai jenis masyarakat yang mempunyai pelbagai jenis kerenah
masing-masing. Dengan ini, individu yang cemerlang mampu dilahirkan serta pendidikan di
Malaysia mampu setaraf dengan dunia.

Page 13 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURUL ATHIRAH BINTI MAT NAWI ( D20201093253 )

14/11/20 5:37 PM

Saya bersetuju dengan isi pertama yang dikemukakan, penerapan nilai murni dalam
pengajaran dan pembelajaran ini akan membentuk nilai yang baik dalam diri para pelajar. Para
pelajar yang diterapkan nilai murni akan menjadi para pelajar yang seimbang daripada segi
sahsiah dan pelajaran. Para pelajar yang cemerlang dalam sahsiah dan pelajaran ini akan
mencerminkan imej yang positif dalam pendidikan. Penerapan nilai murni ini juga akan
mengelakkan para pelajar terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Penglibatan dalam aktiviti
yang tidak sihat ini akan menjejaskan pelajaran mereka. Oleh itu amat penting para guru
menerapkan amalan nilai murni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
penerapan nilai murni ini tidak terhad kepada mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan
sahaja tetapi para guru bagi mata pelajaran lain juga perlu menerapkan nilai murni kepada
para pelajar mereka.

* NURRAIHAN AFIQAH BINTI HARUN ( D20201093238 )

14/11/20 8:43 PM

Saya sangat bersetuju dengan saranan saudari tentang peranan pihak sekolah dalam
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Saya berpendapat
sedemikian kerana saya berpendapat bahawa para pelajar kini gemar menghabiskan masa di
sekolah berbanding berada di rumah. Oleh sebab itu, pihak sekolah perlu lah menyediakan
pelbagai aktiviti di sekolah untuk menarik minat lebih ramai pelajar ke sekolah serta
bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan. Pihak sekolah juga boleh menambah
keceriaan dalam kawasan sekolah kerana kawasan yang ceria dapat mempengaruhi serta
menaikkan semangat para pelajar untuk belajar terutamanya dalam bilik darjah.

* NORAIZIE UZAIRIL IZWAN BIN ABDULLAH ( D20201095597 )

14/11/20 10:38 PM

Saya bersetuju dengan pandangan pertama saudari iaitu penerapan nilai murni dan pengajaran
dan pembelajaran pelajar. Kita sedia maklum bahawa nilai murni banyak memberikan kesan
positif kepada negara. Pemikiran yang telah diasuh dengan nilai murni akan cenderung
memandu individu tersebut untuk mencapai kecermerlangan dalam akademik dan kehidupan.
NIlai murni turut menjadi teras utama pembanguna modal insan dan negara terjamin. Rakyat
yang menpunyai nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar akan mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan oleh kerajaan. Sampah sarap turut dibuang ke dalam tong sampah akan dapat
menjamin alam sekitar daripada risiko pencemaran. Keadaan ini bukan sahaja dapat
meningkatkan status negara Malaysia dalam aspek kebersihan, malah modal insan yang
berkualiti juga dapat dibentuk. Risiko pencemaran ini secara tidak langsung menyebabk
masyarakat menhayati dan mengamalkan nilai tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Page 14 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

4 OLYVIANNA JAMBU GOH (D20201093248 )

2/11/20 11:30 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah melalui
peranan guru iaitu guru perlu mencabar diri sendiri untuk memastikan pemikiran kreatif dan inovatif,
pemikiran kritis serta keupayaan belajar berjaya diasah kepada anak murid sebagai persediaan mereka
untuk menghadapi arus globalisasi. Kementerian Pendidikan akan sentiasa berusaha dan
bertanggungjawab menyediakan kepelbagaian akses kemahiran kepada guru untuk memastikan
mereka sentiasa bersiap siaga mengharungi gelombang transformasi pendidikan negara. Guru
seharusnya tepuk dada tanya minda sama ada perlu mengharungi gelombang transformasi ini dengan
fikiran positif atau sebaliknya. Jelaslah peranan guru menjadi keutamaan untuk melonjakkan sistem
pendidikan negara supaya mampu bersaing di arena antarabangsa. Guru perlu memiliki iltizam tinggi
untuk menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Memetik kata-kata Pendeta Za'aba yang
menegaskan bahawa ilmu pengetahuan adalah asas terpenting yang menyelamatkan manusia
daripada belenggu kemunduran. Justeru, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu dimantapkan supaya
kita kekal relevan dalam persaingan menuju negara maju.
Selain itu, guru juga perlu jadi suri teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan
murid seperti mana yang ada dalam hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini. Hasrat
itu telah diterjemahkan dalam Anjakan Transformasi Ketiga iaitu melahirkan rakyat yang menghayati
nilai. Anjakan ini tentunya menjadi keutamaan untuk membangunkan murid secara holistik. Generasi
hari ini bakal mewarisi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran hebat dari kemusnahan alam
sekitar, impak globalisasi hinggalah kepada konflik pembangunan.Kementerian Pendidikan telah
menyediakan segala akses itu, maka guru perlulah bersedia membuka minda untuk menjadikan
kemahiran ICT sebagai amalan terbaik dalam pedagogi. Manakah mungkin ilmu boleh disalurkan
kepada anak murid jika sekiranya guru dangkal dan cetek mengenai medium ilmu itu yang perlu
disebarluaskan. Justeru, guru harus membuat refleksi mengenai tahap kompetensi masing-masing
supaya seiring dengan dasar langit terbuka dunia masa kini. Sementara masyarakat ghairah mengejar
kemajuan duniawi, pembentukan insan yang beriman dan bersahsiah mulia seharusnya tidak
disisihkan. sekolah menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai dan pemupukan perpaduan. Guru
bukan saja harus berperanan sebagai suri teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah
laku mereka, malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan murid
yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid.
Akhir sekali, sistem pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi
insan yang berjaya serta berupaya mengenali budaya sekeliling. Penghayatan nilai dalam kalangan
murid sekolah merupakan satu aspek yang diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).Penghayatan nilai ini merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan
sebagainya. Justeru, penghayatan nilai ini perlu bermula daripada sekolah memandangkan ia
merupakan institusi pertama yang dimasuki oleh semua murid di negara ini. Murid pada hari ini perlu
dipersiapkan bukan sahaja ilmu berkaitan dengan dunia akademik tetapi juga kepada penghayatan
nilai. Ini kerana mereka bakal mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat pada masa hadapan.
Oleh itu, kemampuan mereka mengharungi cabaran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran
memimpin tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi
membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Murid perlu faham akan kepentingan
nilai murni dalam kehidupan sebenar sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam
diri.
* BEH CHEW YEAN ( D20201093227 )
3/11/20 1:38 PM

saya sangat bersetujui dengan pendapat saudari. Seorang guru yang berkualiti adalah faktor
penting untuk menglahirkan rakyat yang menghayati nilai. Hal ini kerana, pelajar akan
mengikuti tindak laku seseorang guru. Guru akan sentiasa mempengaruhi pelajar. Oleh itu,

Page 15 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

seorang guru perlulah melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu, bukan fokus kepada ilmu
kandungan sahaja, malah ilmu agama atau moral juga perlu diberi perhatian. Contohnya,
seorang guru haruslah menerima ilmu pengetahuan tentang pendidikan Moral, Agama dan Sivik
supaya tindakan yang diambil oleh guru adalah menepati nilai-nilai murni dan pelajar tidak
melakukan perkara yang bercanggar dengan pendidikan yang diajar.

* AZWANIDA BINTI CHE HUSSAIN ( D20201093251 )

3/11/20 8:48 PM

Saya bersetuju mengenai pandangan saudari yang pertama iaitu peranan guru itu sendiri
dalam mendidik para pelajar untuk menjadi pelajar yang berkualiti di masa akan datang. Dalam
konteks ini, gurulah yang akan mencorakkan kehidupan para pelajar daam proses pendidikan.
Pelbagai inisiatif telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran dari aspek teknologi dan
infrastruktur lain. Hal ini adalah untuk memberi kemudahan kepada para guru dalam mendidik
para pelajar. Selain itu, guru itu sendiri yang akan menyemarakkan nilai dalam diri para pelajar
berdasarkan anjakan yang telah dihasratkan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM). Melalui nilai tersebut, ia dapat menghasilkan para guru dan para pelajar yang
cemerlang di peringkat antarabangsa.

* NORSHAKILAH BINTI HAMID ( D20201093271 )

3/11/20 9:56 PM

Saya bersetuju dengan cadangan saudari di mana semua pihak perlu memainkan peranan
mereka dengan baik. Semua pihak perlu bersatu dalam mengharungi cabaran ini agar
pendidikan bertaraf dunia dapat kita capai dan bersaing dengan negara luar. Pendidikan dan
penghayatan ilmu perlu dimantapkan supaya kita kekal relevan dalam persaingan menuju
negara maju. Rakyat Malaysia perlu seimbang dalam setiap aspek dan tidak memfokuskan
hanya pada ilmu pengetahuan tetapi dalam emosi, rohani dan jasmani sesuai elemen Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dengan ini, kita mampu menghadapi cabaran mendatang kerana kita
mampu menunjukkan pemikiran yang di luar jangka dan mampu memberi cabaran kepada
mereka. Sebelum itu, penerapan nilai murni amatlah penting dalam memulakan dan melakukan
sesuatu kerana dengan nilai murni inilah seseorang itu menilai kita.

* PETLUSIA ANAK FRANKIE ( D20201093249 )

4/11/20 3:49 PM

Saya sangat menyetujui pendapat saudari yang pertama. Guru sememangnya mengerah
tenaga dalam melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Guru tidak seharusnya
berada pada kelompok yang sama sepanjang masa. Justeru, guru-guru perlu membelakangi
kepentingan sendiri dalam mendidik anak-anak murid jika benar-benar ingin melahirkan anak
didiknya menyerlah pada peringkat luar. Dalam Kandungan Falsafah Pendidikan Guru yang
pertama, iaitu berperkti mulia. Kandungan tersebut menyebutkan bahawa guru perlulah
bersedia meltakkan kepentingn utmam kepada pihak lain melebihi diri sendiri dan keluarga.

Page 16 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* ZAIREEN FARHANA BINTI MOHD ZAIPUDDIN ( D20201093230 )

5/11/20 12:50 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari berkenaan melalui peranan guru iaitu guru perlu
mencabar diri sendiri untuk memastikan pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis serta
keupayaan belajar berjaya diasah kepada anak murid sebagai persediaan mereka untuk
menghadapi arus globalisasi. Hal ini kerana,Kementerian Pendidikan akan sentiasa berusaha
dan bertanggungjawab menyediakan kepelbagaian akses kemahiran kepada guru untuk
memastikan mereka sentiasa bersiap siaga mengharungi gelombang transformasi pendidikan
negara.Selain itu, guru juga perlu jadi suri teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan
dalam kalangan murid seperti mana yang ada dalam hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) ini.Guru bukan saja harus berperanan sebagai suri teladan kepada murid
dalam apa juga tindakan dan tingkah laku mereka, malah turut bersama memikul hasrat
Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan murid yang dibangunkan dengan identiti nasional
yang kukuh melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek
pembangunan sahsiah murid. Seterusnya,sistem pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk
mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya serta berupaya mengenali budaya sekeliling.
Kemampuan mereka mengharungi cabaran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran memimpin
tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi
membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika.

* ALISIA EVA POH ( D20201093272 )

6/11/20 8:30 PM

Berdasarkan pernyataan kedua saudari, saya sangat bersetuju bahawa guru perlu menjadi suri
teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid seperti mana yang ada
dalam Hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Para guru di sekolah perlu
menyedari peranannya untuk membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan
penghayatan nilai. Guru perlulah menjadi modal atau contoh kepada para pelajar dalam
penghayatan nilai. Hal ini kerana, penghayatan nilai adalah mustahil untuk disampaikan kepada
pelajar sekiranya guru berkelakuan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Justeru,
seorang guru itu perlulah menjadi teladan kepara para pelajar dengan menjadi individu yang
sememangnya mengamalkan nilai murni walau di mana pun. Bertitik tolak dengan peranan
guru sebagai contoh, guru perlu mengamalkan nilai-nilai dalam kehidupan hariannya seperti
bersikap amanah, bertoleransi, hormat menghormati antara satu sama lain, kepercayaan
kepada Tuhan, adil dan bertanggungjawab dalam melakukan semua hal. Melalui contoh ini,
maka para pelajar akan mengikuti dan mempraktikkan setiap nilai-nilai yang ditonjolkan dalam
kehidupan harian mereka.

* AZLINDA BINTI ABU YAZID ( D20201094108 )

10/11/20 7:22 PM

Salam sejahtera,
Saya bersetuju dengan pendapat saudari mengenai sistem pendidikan Malaysia merupakan
wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya serta berupaya mengenali
budaya sekeliling.Saya juga ingin membuat penambahan idea dimana penghayatan nilai dalam
kalangan murid turut dapat melahirkan para murid yang sentiasa mempunyai adab terpuji serta
berakhlak mulia dalam diri mereka.Sebagai contohnya,mempunyai nilai bertolak ansur,
bekerjasama dan sebagainya.Bukan itu sahaja,nilai yang ada dalam diri para murid juga dapat
melahirkan murid yang sentiasa mempunyai asa moral yang kukuh dan keberanian dalam

Page 17 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

membuat sesuatu keputusan,mereka juga turut beretika dan bermoral,mempunyai kerohanian

mantap,penyayang dan menghayati pembangunan mampan dan gaya hidup sihat dalam
kehidupan seharian mereka.

* NURULHUDA NABIHAH BINTI ZAHRI ( D20201094110 )

10/11/20 11:37 PM

Saya setuju dengan cadangan saudari iaitu guru perlu menjadi suri teladan untuk
penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana, guru
merupakan antara ikon utama yang menjadi contoh kepada anak-anak murid. Bukan itu sahaja,
guru juga merupakan individu yang rapat dengan murid yang dapat memberikan inspirasi
secara terus. Guru yang berkelakuan baik bukan sahaja secara menegur anak murid secara
lisan, tetapi melalui perbuatan juga mampu memberikan kesan sama ada positif atau negatif.
Oleh itu, guru menjadi suri teladan merupakan cadangan yang efektif untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai.

* SITI NUR AISHAH BINTI KHAIRUDIN ( D20201095586 )

11/11/20 11:44 PM

saya bersetuju dengan pendapat saudari yang pertama iaitu peranan guru itu sendiri. hal ini
adalah kerana dalam konteks ini guru mempunyai peranan yang besar dalam melahirkan
pelajar yang menghayati nilai dalam kehidupan. oleh hal yang demikian, guru itu sendiri
haruslah mempraktikkan nilai - nilai yang baik kerana guru merupakan contoh dan teladan
kepada para pelajar. antara contoh nilai yang boleh dipraktikan oleh guru di sekolah adalah
moral disiplin. ini kerana apabila guru itu berdisplin pelajar akan jadikan guru itu sebagai ikutan
mereka dan secara tidak langsung dapat membentuk pelajar itu supaya berdisiplin tidak kira
disekolah mahupun di luar kawasan sekolah. untuk menjadi sekolah yang bertaraf
antarabangsa tidak mustahil jika pelajar itu menghayati dan mengamalkan nilai kita dapat
berada setara dengan sekolah antrabangsa yang lain. sebagai contoh sekolah di jepun sangat
menitik beratkan nilai kebersihan dan mereka telah terkenal di peringkat antarabangsa kerana
amalan pembersih mereka. oleh itu, guru berperanan besar dalam mendidik mereka tentang
nilai serta kepentingan menghayai nilai dalam kehidupan

Page 18 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

5 NUR AMISHA ILLIANI BINTI AFENDI (D20201093252 )

3/11/20 12:41 AM
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Penghayatan nilai dalam kalangan masyarakat menjadi asas penting dalam pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan yang cemerlang. Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah
agama. Hal ini dikatakan demikian kerana, Pendidikan Islam ini mendidik, membentuk dan melatih akal
dan emosi manusia berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Pembentukan identiti pelajar melibatkan dua
faktor iaitu berlaku secara formal atau tidak formal. Dalam konteks formal boleh dirujuk kepada
pembentukan yang berlaku zaman persekolahan atau institusi yang bersifat terancang. Manakala,
pembentukan secara tidak formal lazimnya merujuk kepada interaksi masyarakat yang berlaku samada
semasa di rumah dan bersama rakan sebaya.
Selain itu, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah memperkukuhkan Pendidikan Sivik dengan menjadikan
perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat. Penghayatan kepada nilai ini membolehkan murid
menghasilkan tingkah laku sivik seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu
berlainan bangsa, agama, dan etnik serta berintegrasi. Perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk
tamat persekolahan merupakan satu langkah yang tepat. Murid bukan sahaja mempelajari nilai dalam
kelas semata-mata tetapi juga mempraktikannya dalam konteks kehidupan sebenar. Secara tidak
langsung, murid yang meninggalkan alam persekolahan akan lebih bersedia menjadi pemimpin untuk
diri dan keluarga mereka kelak.
Akhir sekali, mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Murid 1Sukan, Kelab dan Badan
Beruniform adalah saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Penglibatan kokurikulum ini mampu memupuk sahsiah
dan membentuk perpaduan dalam kalangan murid sekolah. Secara tidak langsung, pendedahan murid
terhadap aktiviti kokurikulum bersama rakan lain tanpa mengira bangsa dan agama mampu
mengeratkan sikap bersatu padu antara satu sama lain. Penyertaan murid dalam kokurikulum dapat
menyemai perasaan toleransi, perpaduan, integrasi dan nilai-nilai murni. Kokurikulum juga memainkan
peranan penting dalam sistem pendidikan di negara ini untuk melahirkan sesebuah negara yang
berwawasan.
* MUHAMMAD RAFIE BIN CHE PA ( D20201095583 )
3/11/20 7:26 AM

Ya, saya bersetuju dengan semua pendapat saudari namun begitu skop perbincangan saudari
terlalu mengfokuskan peranan sekolah sedangkan dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi
pendidikan cemerlang bertaraf dunia, peranan masyarakat dan ibu bapa juga signifikan. Kita
perlulah menggalakkan pemuafakatan pintar antara pihak sekolah, Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG) dan komuniti setempat yakni masyarakat. Aktiviti kokurikulum mahupun akademik
yang melibatkan pelbagai sekolah, PIBG sekolah serta komuniti setempat mampu memberi
kelainan kepada murid yang terlibat terutama dalam penghayatan nilai dan budaya. Saya yakin
tanggungjawab bagi pemupukan nilai dalam kalangan murid ini bukan peranan pihak sekolah
dan guru semata-mata, tetapi kerjasama dengan komuniti setempat dapat membantu
menyemarakkan lagi penghayatan nilai tersebut.

Page 19 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* KHAIRUN SABIRAH BINTI KAMALUL BAHARI ( D20201095580 )

3/11/20 4:45 PM

Ya benar sekali hujan saudari berkaitan penglibatan murid dalam 1M1S dan saya menyokong
cadangan saudari yang mengatakan ia adalah salah satu saranan dalam memupuk nilai dalam
kalangan rakyat Malaysia kerana seperti yang kita tahu dan dapat lihat, kokurikulum adalah
satu penglibatan umum yang disertai oleh semua pelajar pelbagai bangsa dan agama. Malah ia
tidak sama sekali menjadi titik perbezaan apabila dikaitkan dengan kokurikulum. Kokurikulum
amat bagus sebagai wahana untuk memupuk nilai kerana dari situ seperti yang dpaat dilihat
segala nilai nilai baik dan nilai murni dapat diterapkan seperti nilai tanggungjawab, kepimpinan,
perpaduan dan sebagainya. Ia amat sesuai untuk didedahkan kepada mereka seawal usia itu
selain dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja celik pelbagai bidang malah produktif dan
proaktif dalam hidup. Jadi saya amat bersetuju dengan cadangan saudari teutama apabila
saudari mengatakan kokurikulum memainkan peranan penting dalam sistem pendidkan di
Malaysia untuk melahirkan sebuah negara yang berwawasan dan masyarakat yang berjiwa
pemimpin.

* AZWANIDA BINTI CHE HUSSAIN ( D20201093251 )

3/11/20 8:37 PM

Saya bersetuju dengan saranan saudari mengenai pengukuhan Pendidikan Sivik dalam
kalangan pelajar. Dalam hal ini, melalui Pendidikan Sivik, para pelajar dapat membaiki dan
menerapkan ilmu sivik sehingga dapat membentuk sahsiah yang baik dalam diri mereka. Hal ini
bukan sahaja memberi kecemerlangan pada diri mereka malah mendidik mereka menjadi
modal insan kelas pertama yang bertaraf dunia. Pendidikan Sivik ini juga mengajar mereka
nilai-nilai dalam kehidupan seharian yang membolehkan mereka berjaya di masa akan datang.
Melalui nilai-nilai yang diperoleh, mereka akan memupuk persefahaman dan perpaduan antara
kaum yang lain bagi mengukuhkan perpaduan. Oleh itu, penghayatan dalam Pendidikan Sivik
ini adalah penting bagi melahirkan para pelajar yang bersatu padu dan cemerlang pada masa
akan datang.

* MOHD ZULHILMI BIN JAMLIL ( D20201093224 )

3/11/20 11:35 PM

Assalammualaikum saudari,
Saya sangat bersetuju dengan saranan yang dikemukakan dalam perenggan ketiga mengenai
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini disebabkan, kokurikulum merupakan
elemen yang sangat relevan untuk membentuk sebuah jalinan perpaduan antara masyarakat.
Penglibatan pelajar dalam aktiviri ini sebenarnya sudah cukup baik walaupun mereka terlibat
secara tidak langsung. Galakan ataupun dorongan yang dilakukan oleh pelbagai pihak
khususnya kerajaan memberi gambaran betapa pentingnya sebuah hubungan. Bukan itu
sahaja, melalui kokurikulum ini juga dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keberanian
tinggi, mampu bersaing dan sebgaianya. Oleh itu, aktiviti kokurikulum ini menjadi salah satu
pendekatan terbaik untuk melahirkan masyarakat yang menghayati nilai.

Page 20 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURAINI HADIRAH BINTI MOHAMAD ( D20201093255 )

5/11/20 1:12 AM

Saya sangat bersetuju dengan saranan yang dikemukakan oleh saudari bahawa memperkukuh
pendidikan Islam dan Moral dapat melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai dalam
kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru bagi mata pelajaran tersebut
dapat memberikan pendedahan tentang nilai-nilai murni dengan lebih meluas agar dapat
diketahui oleh murid-murid dengan lebih mendalam. Guru-guru boleh menjelaskan kebaikan
dan kelebihan yang bakal diperoleh apabila mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian mereka. Peruntukan masa tambahan untuk mata pelajaran pendidikan Moral juga
boleh diberikan. Sebagai contoh, masa untuk pengajaran mata pelajaran moral adalah dua kali
seminggu supaya murid-murid mendapat pendedahan yang lebih meluas tentang nilai-nilai
murni dan dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

* OLYVIANNA JAMBU GOH ( D20201093248 )

5/11/20 1:09 PM

saya bersetuju dengan saudari melalui pengukuhan keperluan penyertaan murid dalam 1Murid
1Sukan, kelab dan badan beruniform merupakan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat
malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan cemerlang bertaraf dunia.Hal ini
kerana bagi saya murid yang aktif dan cemerlang dalam kokurikulum mempunyai sahsiah dan
keperibadian yang baik. Melalui kokurikulum, disiplin kendiri dapat dibentuk iaitu seperti dari
aspek menepati masa,berpakaian kemas dan sopan malah mempunyai sikap empati. Murid
yang aktif dalam kokurikulum juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan mereka serta
sikap toleransi juga boleh diwujudkan kerana dalam kokurikulum memerlukan semua aspek
tersebut. Oleh itu memang sangat jelas melalui kokurikulum, insan yang menghayati nilai dapat
dilahirkan dalam pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

* WALLY AZSAR BIN WALLY ELSAR ( D20201093161 )

7/11/20 2:24 AM

Saya bersetuju dengan semua pandangan yang saudari kemukakan namun saya ingin
menambah sedikit cadangan yang saya rasa lebih proaktif iaitu dengan meningkatkan profesion
keguruan di Malaysia bagi mencapai transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Selaras
dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesion di negara ini perlu
direformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi
teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka
bagi mengembangkan budaya saintifik. Profesion perguruan harus berkembang dengan lebih
pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari
satu segi yang lain, profesion perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi
penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut
dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesion perguruan perlu diberi ruang yang lebih
terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi
faedah yang besar dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia

Page 21 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* RUZITA BINTI ROSLI ( D20201093257 )

7/11/20 3:50 PM

Setelah meneliti hujahan daripada saudari Amisha, saya bersetuju dengan pendapat saudari
yang menyatakan bahawa keperluan penyertaan murid dalam kokurikulum perlu
diperkukuhkan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan melalui aktiviti– aktiviti yang
dijalankan melalui aspek kokurikulum tersebut, sahsiah murid –murid dapat dipupuk dan sikap
perpaduan juga dapat dibentuk. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa, dengan melibatkan diri
dalam aktiviti- aktiviti seperti 1Murid 1Sukan, murid- murid akan menjadi lebih cergas. Di
samping, mereka dapar belajar bagaimana cara untuk berinteraksi dan bertoleransi dalam
meyelesaikan sesuatu perkara di antara satu sama lain. Namun, bukan itu sahaja malah, murid-
murid juga dapat memupuk nilai- nilai murni dalam diri masing- masing. Justeru, secara tidak
langsung, transformasi pendidikan cemerlang yang bertaraf dunia juga dapat berjalan dengan
lancar.
Sekian, terima kasih.

* NUR AIN SAFIAH ARINA BINTI ROSMADI ( D20201095585 )

9/11/20 2:53 PM

Saya bersetuju dengan saranan anda tentang memperkukuhkan Pendidikan Sivik dengan
menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai pesyarakat. Dapat kita lihat kini ramai anak muda
yang kurang adab dan tidak menghormati antara satu sama lain bahkan menghormati kaum
lain. Hal ini jelas mendatangkan kembimbangan terhadap generasi muda pada masa akan
datang. Oleh itu, dengan saranan anda tentang menghayati nilai akan membolehkan murid
atau masyarakat menghasilkan tingkah laku sivik dengan melibatkan diri dalam aktiviti
sukarelawan dan sebagainya. Selain itu mengukuhkan lagi keperluan penyertaan murid dalam
1M1S dan aktiviti kurikulum yang lain juga adalah saranan yang terbaik dalam
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan cemerlang
bertaraf dunia. Dengan penglibatan diri dalam aktiviti yang akan memberikan nilai yang
mampu memberikan hasil yang baik kepada pelajar mahupun masyarakat ianya pasti akan
melahirkan insan yang tinggi niai moralnya dalam meningkatkan pendidikan di Malaysia ke
arah Pendidikan bertaraf dunia pada masa akan datang.

* NURUL AZFAREZA BINTI JA'NAL ( D20201093241 )

14/11/20 7:00 PM

Saya setuju dengan pendapat saudari mengenai pengukuhan Pendidikan Sivik dalam kalangan
pelajar. Hali ini demikian kerana pendidikan sivik dapat memupuk nilai dan sikap positif pelajar
melalui pembelajaran dan pengajaran. Tambahan pula, pendidikan sivik juga dapat membentuk
seorang yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang
kebaikan kepada masyarakat, negara dan global. Jika proses pengajaran ini berkesan, negara
dapat melahirkan modal insan yang bersatu padu dalam menerusi anjakan pendidikan
cemerlang bertaraf dunia.

Page 22 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURUL AZFAREZA BINTI JA'NAL ( D20201093241 )

14/11/20 7:03 PM

Saya setuju dengan pendapat saudari mengenai pengukuhan Pendidikan Sivik dalam kalangan
pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan sivik dapat memupuk nilai dan sikap
positif dalam diri pelajar melalui pembelajaran dan pengajaran. Tambahan pula, pendidikan
sivik juga dapat membentuk seorang yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak
mulia bagi menyumbang kebaikan kepada masyarakat, negara dan global. Jika proses
pengajaran ini berkesan, negara dapat melahirkan modal insan yang bersatu padu dalam
menerusi anjakan pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

* DAYANNAA A/P JERALD ( D20181081667 )

14/11/20 11:19 PM

Saya bersokong pada saranan akhir sekali. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini memberi peluang
kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Bagi murid ang mempunyai bakat dalam sukan pula mereka akan mewakili sesuatu sukan
contohnya, SUKMA dengan mewakili daerah, negeri dan negara. SUKMA adalah acara yang
dikenali poleh seluruh dunia. Secara tidak langsung, murid yang aktif dalam sukan , akan
menjadi murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Kualiti individu tersebut akan saranan
terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

Page 23 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

6 NUR ALYANI BINTI ANUAR (D20201093278 )

3/11/20 12:54 AM
Assalamualaikum Dr,
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
dengan membangunkan lagi modal insan. Hal ini kerana segala hal bermula dengan modal insan yang
cemerlang barulah ia membawa kepada keputusan yang cemerlang. Saranan ini bannyak memberi
tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Selain daripada
berfokuskan kepada mewujudkan modal insan yang cemerlang, saranan ini juga dapat melahirkan
murid yang kompeten dalam bidang-bidang lain seperti sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta
kebolehpasaran. Dalam saranan ini, ia boleh dilaksanakan dengan menyediakan sistem pentaksiran
dan penilaian holistik, membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada aspek-aspek
terpenting iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Antara contoh pelaksanaan yang boleh dibuat
ialah penyediaan profil murid untuk mengenalpasti tahap penguasaan, penggunaan modular dan
pelbagai kaedah-kaedah pengajaran untuk penguasaan 3M dan memberi penekanan kepada
pembangunan nilai, etika dan jati diri, daya kreativiti dan inovasi serta kepimpinan dan keusahawanan.
Saranan terbaik yang seterusnya ialah dengan merapatkan jurang pendidikan. Hal ini kerana
sistem pendidikan di negara ini mempunyai jurang yang sangat besar sehingga merumitkan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi pendidikan. Antara jurang tersebut ialah
dari segi lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi serta tahap keupayaan murid itu
sendiri. Dalam hal ini, pihak kerajaan perlulah berusaha untuk membangunkan kemudahan
infrastruktur pendidikan di luar bandar Sabah dan Sarawak. Pihak yang terlibat juga seharusnya
memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard yang telah ditetapkan.
Penyediaan lebih banyak bantuan kepada murid miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minoriti juga
sepatutnya disediakan oleh pihak yang terlibat tersebut. Antara contoh pelaksanaan yang boleh
dilakukan ialah dengan memperluas asrama sama ada asrama desa ataupun harian di samping
mengambil tumpuan yang lebih terhadap sekolah-sekolah dipinggir bandar yang mempunyai masalah
kekurangan keperluan asas dan guru yang mengajar. Dengan car aini, pelajar akan lebih bersemangat
untuk belajar dan pendidikan negara juga mampu mencapai kecemerlangan yang bertaraf dunia.
Saranan terbaik yang terakhir dalam melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
ialah dengan memartabatkan profesion keguruan. Hal ini bertujuan untuk memastikan profesion
keguruan ini dihormati dan dipandang tinggi oleh setiap lapisan masyarakat sesuai dengan amanah
yang dipertanggungjawabkan dalam membentuk generasi masa depan yang baik. Saranan ini boleh
dilakukan dengan menaiktaraf maktab perguruan yang sedia ada kepada institusi pendidikan guru
supaya kelayakan guru ke peringkat lebih tinggi seperti ijazah dapat dipertingkatkan. Sistem pemilihan
guru juga harus ditambah baik supaya bakal guru yang berkelayakan sahaja dipilih untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan. Pelaksaan lain seperti
meyediakan elaun khas kepada guru berdasarkan performance-based juga mampu menaikkan
semangat guru untuk mengajar para pelajar.

Page 24 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

7 MOHD ZULHILMI BIN JAMLIL (D20201093224 )

3/11/20 2:05 AM
Assalammualaikum Dr.

Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan adalah dengan penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, keutamaan yang diberikan kepada seseorang individu dalam bidang akademik
seharusnya setaraf dengan pembentukan aspek rohani yang lebih menjurus kepada nilai kemanusiaan.
Penerapan nilai murni sememangnya akan melahirkan rakyat yang berintergriti, penyayang, adil dan
sebagainya. Penerapan nilai ini sebenarnya sudahpun diberi tumpuan melalui subjek Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik yang diwajibkan kepada setiap pelajar. Namun begitu,
pengenalan subjek itu bukannya menjadi kunci keberkesanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai sekiranya proses P&P dikendalikan oleh guru-guru yang kurang mahir. Oleh kerana
kandungan subjek tersebut kebanyakannya memberi tumpuan kepada pembentukan jiwa pelajar maka
seharusnya ia dikendalikan oleh guru yang berkemampuan menyampaikan ilmu itu secara berkesan.
Oleh itu, penekanan nilai murni yang disertakan dengan kebolehan daripada seorang warga pendidik
dalam proses penyampaian merupakan usaha yang paling efektif untuk mencapai objektif pelaksanaan
anjakan pendidikan ketiga ini.
Saranan kedua untuk memenuhi dan merealisasikan anjakan pendidikan ini adalah dengan
mengembangkan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana,
penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum merupakan cara terbaik untuk memupuk perpaduan
antara kaum, lebih-lebih lagi negara kita yang didiami oleh masyarakat majmuk. Penyertaan pelajar
dalam bidang ini akan mendorong mereka untuk bekerjasama khususnya dalam aktiviti berpasukan.
Selain itu, aktiviti ini membantu pelajar untuk berkomunikasi dan mengenali rakan dalam pelbagai
bangsa yang berbeza. Sebagai contohnya, penglibatan pelajar di sekolah melalui aktiviti sukan, kelab
dan persatuan dan badan beruniform. Perkembangan murid secara holistik melalui kokurikulum ini
sememangnya menjadi tuntutan anjakan ini sekaligus setiap pelajar menyedari betapa pentingnya
hubungan kemasyarakatan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni sebelum mencapai
sesuatu matlamat PPPM khususnya penghayatan nilai dalam aspek perpaduan.
Seterusnya, saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan adalah dengan meningkatkan profesiolime perguruan. Hal ini dikatakan demikian
kerana, amat mustahak sebagai seorang pendidik yang berada di zaman moden ini perlu sentiasa
menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan bersedia menghadapi cabaran yang
baru, disamping meningkatkan kewibawaan mereka sebagai seorang pendidik. Selaras dengan
perubahan era multimedia dan teknologi maklumat, profesyen keguruan perlu direformasikan supaya
benar-benar menjadi agen perubahan dan bergerak seiring dengan perubahan zaman. Guru yang
dapat mengembangkan profesionalisme yang idealistik sememangnya mampu membangunkan
generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik
dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan.

Page 25 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

8 MOHD ZULHILMI BIN JAMLIL (D20201093224 )

3/11/20 2:07 AM
Assalammualaikum Dr.

Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan adalah dengan penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, keutamaan yang diberikan kepada seseorang individu dalam bidang akademik
seharusnya setaraf dengan pembentukan aspek rohani yang lebih menjurus kepada nilai kemanusiaan.
Penerapan nilai murni sememangnya akan melahirkan rakyat yang berintergriti, penyayang, adil dan
sebagainya. Penerapan nilai ini sebenarnya sudahpun diberi tumpuan melalui subjek Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik yang diwajibkan kepada setiap pelajar. Namun begitu,
pengenalan subjek itu bukannya menjadi kunci keberkesanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai sekiranya proses P&P dikendalikan oleh guru-guru yang kurang mahir. Oleh kerana
kandungan subjek tersebut kebanyakannya memberi tumpuan kepada pembentukan jiwa pelajar maka
seharusnya ia dikendalikan oleh guru yang berkemampuan menyampaikan ilmu itu secara berkesan.
Oleh itu, penekanan nilai murni yang disertakan dengan kebolehan daripada seorang warga pendidik
dalam proses penyampaian merupakan usaha yang paling efektif untuk mencapai objektif pelaksanaan
anjakan pendidikan ketiga ini.
Saranan kedua untuk memenuhi dan merealisasikan anjakan pendidikan ini adalah dengan
mengembangkan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana,
penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum merupakan cara terbaik untuk memupuk perpaduan
antara kaum, lebih-lebih lagi negara kita yang didiami oleh masyarakat majmuk. Penyertaan pelajar
dalam bidang ini akan mendorong mereka untuk bekerjasama khususnya dalam aktiviti berpasukan.
Selain itu, aktiviti ini membantu pelajar untuk berkomunikasi dan mengenali rakan dalam pelbagai
bangsa yang berbeza. Sebagai contohnya, penglibatan pelajar di sekolah melalui aktiviti sukan, kelab
dan persatuan dan badan beruniform. Perkembangan murid secara holistik melalui kokurikulum ini
sememangnya menjadi tuntutan anjakan ini sekaligus setiap pelajar menyedari betapa pentingnya
hubungan kemasyarakatan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni sebelum mencapai
sesuatu matlamat PPPM khususnya penghayatan nilai dalam aspek perpaduan.
Seterusnya, saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan adalah dengan meningkatkan profesiolime perguruan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, amat mustahak sebagai seorang pendidik yang berada di zaman moden ini perlu
sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan bersedia menghadapi
cabaran yang baru, disamping meningkatkan kewibawaan mereka sebagai seorang pendidik. Selaras
dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat, profesyen keguruan perlu direformasikan
supaya benar-benar menjadi agen perubahan dan bergerak seiring dengan perubahan zaman. Guru
yang dapat mengembangkan profesionalisme yang idealistik sememangnya mampu membangunkan
generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik
dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan.
* MUHAMMAD RAFIE BIN CHE PA ( D20201095583 )
3/11/20 7:17 AM

Saya setuju dengan semua pendapat saudara namun peranan masyarakat juga penting. Bagi
saya, kita juga perlu menggalakkan pemuafakatan pintar antara pihak sekolah, Persatuan Ibu
bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat. Aktiviti kokurikulum mahupun akademik yang
melibatkan pelbagai sekolah, PIBG sekolah serta komuniti setempat mampu memberi kelainan
kepada murid yang terlibat terutama dalam penghayatan nilai dan budaya. Saya percaya
tanggungjawab bagi pemupukan nilai dalam kalangan murid ini bukan peranan pihak sekolah
dan guru semata-mata, tetapi kerjasama dengan komuniti setempat dapat membantu
menyemarakkan lagi penghayatan nilai tersebut.

Page 26 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* MUHAMMAD RAFIE BIN CHE PA ( D20201095583 )

3/11/20 7:23 AM

Ya, saya bersetuju dengan semua pendapat saudara namun skop saudara terlalu
mengfokuskan peranan sekolah sedangkan dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia, kita perlulah menggalakkan pemuafakatan pintar antara pihak
sekolah, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat yakni masyarakat. Aktiviti
kokurikulum mahupun akademik yang melibatkan pelbagai sekolah, PIBG sekolah serta
komuniti setempat mampu memberi kelainan kepada murid yang terlibat terutama dalam
penghayatan nilai dan budaya. Saya percaya tanggungjawab bagi pemupukan nilai dalam
kalangan murid ini bukan peranan pihak sekolah dan guru semata-mata, tetapi kerjasama
dengan komuniti setempat dapat membantu menyemarakkan lagi penghayatan nilai tersebut.

* NURUL FAIZZA BINTI NARAWI ( D20201093240 )

3/11/20 11:37 PM

Saya sangan setuju dengan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia adalah memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik di sekolah. Dengan memperkukuh pendidikan-pendidikan seperti ini di sekolah
dapat membantu murid-murid untuk menghayati nilai seperti nilai-nilai kerohanian,
kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya. Pendidikan Islam adalah sangat penting
untuk dijiwai oleh semua murid yang beragama Islam supaya dapat membina masyarakat yang
soleh dan taat kepada perintah Tuhan. Selain itu, bagi murid bukan beragama islam Pendidikan
Moral memberi penekanan tentang nilai teras semua agama di Malaysia. Pendidikan Moral
adalah satu mata pelajaran yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Murid perlu memahami akan kepentingan nilai murni
dalam kehidupan sebenar sebelum mereka menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri untuk
menjadi masyarakat yang berkualiti.

Page 27 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

9 MUHAMMAD RAFIE BIN CHE PA (D20201095583 )

3/11/20 7:15 AM
Antara cara saya untuk memberi saranan terbaik bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia adalah dengan memperkukuh subjek seperti Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral dan Pendidikan Sivik serta perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan.
Murid tidak sahaja mempelajari nilai ini dalam kelas semata-mata tetapi juga dapat mempraktikannya
dalam konteks kehidupan sebenar. Dalam erti kata lain, apabila mereka ini mula meninggalkan alam
persekolahan, mereka mampu menjadi warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan
memiliki identiti nasional yang utuh.
Cara saya yang kedua semestinya melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti
sukan, kelab atau persatuan, dan badan beruniform. Dalam erti kata lain, setiap murid perlu
menganggotai setiap satu acara sukan, aktiviti kelab dan badan beruniform. Kita tahu bahawa
kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di negara ini. Penyertaan
murid dalam kokurikulum dapat memupuk perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional serta
nilai-nilai murni sekaligus pendedahan murid melalui interaksi dalam aktiviti kokurikulum bersama
rakan lain tanpa mengira bangsa dan kedudukan ini akan memberi pendedahan untuk melatih murid
ke arah pemupukan ciri positif dalam kehidupan masyarakat sejagat.
Langkah terakhir saya ialah dengan menggalakkan pemuafakatan pintar antara pihak sekolah,
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat. Pihak sekolah berperanan dalam
membentuk budaya sekolah yang kondusif melalui penerapan nilai murni. Perkara ini dapat dicapai
dengan perancangan strategik melalui pelaksanaan aktiviti sekolah ke arah membentuk murid yang
bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mampu mengamalkan nilai murni. Aktiviti
kokurikulum mahupun akademik yang melibatkan pelbagai sekolah, PIBG sekolah serta komuniti
setempat mampu memberi kelainan kepada murid yang terlibat terutama dalam penghayatan nilai dan
budaya. Saya percaya tanggungjawab bagi pemupukan nilai dalam kalangan murid ini bukan peranan
pihak sekolah dan guru semata-mata, tetapi kerjasama dengan komuniti setempat dapat membantu
menyemarakkan lagi penghayatan nilai tersebut.
* MUHAMMAD HAFIY ZULFADHLI BIN ZUKI ( D20201094179 )
4/11/20 8:57 AM

Saya bersetuju mengenai Pendidikanislam,sivik dan moral.Hal ini perlu didedahkan kepada
murid seawal dari peringkat prasekolah untuk menyemai kesedaran sivik dalam kalangan
kanak-kanak.Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan sivik dipelajari oleh murid untuk
memperoleh pengetahuan dan pengalaman sivik,manakala di sekolah menengah,pembelajaran
pendidikan sivik membolehkan murid menerapkan pemikiran sivik dan mengamalkannya dalam
kehidupan harian.Pendidikan ini memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang
hak serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara.Pelaksanaan pendidikan
yang dinyatakan di sekolah memberi penekanan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik
yang diintegrasikan melalui empat nilai teras,iaitu kasih sayang,hormat-menghormati,
bertanggungjawab dan kegembiraan.Hasrat ini boleh dicapai melalui pendekatan bersepadu
menerusi perhimpunan sekolah kurikulum,kokurikulum dan program dan aktiviti sekolah.

* NURUL FAIZZA BINTI NARAWI ( D20201093240 )

4/11/20 10:55 AM

Saya sangat setuju dengan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang
bertaraf dunia adalah memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik di

Page 28 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

sekolah. Dengan memperkukuh pendidikan-pendidikan seperti ini di sekolah dapat membantu

murid-murid untuk menghayati nilai seperti nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan,
kewarganegaraan dan sebagainya. Pendidikan Islam adalah sangat penting untuk dijiwai oleh
semua murid yang beragama Islam supaya dapat membina masyarakat yang soleh dan taat
kepada perintah Tuhan. Selain itu, bagi murid bukan beragama islam Pendidikan Moral
memberi penekanan tentang nilai teras semua agama di Malaysia. Pendidikan Moral adalah
satu mata pelajaran yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Murid perlu fahami akan kepentingan nilai murni
dalam kehidupan sebenar sebelum mereka menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri untuk
menjadi masyarakat yang berkualiti.

Page 29 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

10 NURUL LAILATUL NAJIHA BINTI RUDDING (D20201093233 )

3/11/20 8:16 AM
Salah satu saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
melalui penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Sistem pendidikan Malaysia
merupakan wadah untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berjaya serta berupaya mengenali
budaya sekeliling melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai positif bagi tujuan perpaduan kaum
dalam kalangan generasi muda akan datang. Penghayatan nilai dalam kalangan murid sekolah
merupakan aspek yang perlu diberikan penekanan sepenuhnya. Penghayatan nilai ini merangkumi
nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya. Justeru, penghayatan nilai ini
perlu bermula daripada sekolah memandangkan ia merupakan institusi pertama yang dimasuki oleh
semua murid di negara ini. Murid pada hari ini perlu dipersiapkan bukan sahaja ilmu berkaitan dengan
dunia akademik tetapi juga kepada penghayatan nilai. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka bakal
mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat pada masa hadapan. Oleh itu, kemampuan mereka
mengharungi cabaran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran memimpin tetapi juga nilai murni
sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat
keputusan yang beretika.
Selain itu, murid perlulah melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan, kelab
dan persatuan. Murid-murid hendaklah diperkembangkan secara holistik dengan mengukuhkan
keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Dalam erti kata lain,
setiap murid perlu menganggotai satu acara sukan, satu aktiviti kelab dan satu badan beruniform.
Penglibatan murid dalam kokurikulum mampu memupuk sahsiah dan pembentukan perpaduan dalam
kalangan murid sekolah. Penyertaan murid dalam kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah,
perpaduan, integrasi nasional serta nilai-nilai murni. Secara tidak langsung, pendedahan murid melalui
interaksi dalam aktivit kokurikulum bersama rakan lain tanpa mengira bangsa dan kedudukan ini akan
memberi pendedahan untuk melatih murid ke arah pemupukan ciri positif dan nilai-nilai murni dalam
kehidupan masyarakat.
Seterusnya, perencanaan bagi melibatkan sekolah swasta juga perlu ditingkatkan pada masa
hadapan. Perkongsia pintar ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada sekolah terlibat, tetapi
juga dapat membantu murid mengenali nilai dan budaya sekolah yang berbeza. Permuafakatan pintar
antara sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat juga penting bagi
mewujudkan kefahaman antara tiga elemen penting tersebut serta memberi pendedahan kepada
murid untuk bekerjasama dan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling. Dalam usaha
pembangunan nilai murni ini, pihak sekolah berperanan dalam membentuk budaya sekolah yang
kondusif melalui penerapan nilai murni. Aktiviti kokurikulum mahupun akademik yang melibatkan
pelbagai sekolah, PIBG sekolah serta komuniti setempat mampu memberi kelainan kepada murid yang
terlibat terutamanya dalam penghayatan nilai dan budaya. Dalam erti kata lain, tanggungjawab bagi
pemupukan nilai dalam kalangan murid ini tidak perlu bersandarkan kepada pihak sekolah dan guru
semata-mata, tetapi juga permuafakatan pintar dengan komuniti setempat dapat membantu
menyemarakkan lagi penghayatan nilai tersebut.
* BEH CHEW YEAN ( D20201093227 )
3/11/20 1:47 PM

Saya sangat bersetujui dengan pendapat saudari. Murid perlulah melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum seperti aktiviti sukan, kelab dan persatuan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
murid yang menyertai aktiviti kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan,
integrasi nasional serta nilai-nilai murni. Tambahan juga, murid dapat membina sikap yang
positif seperti nilaidisplin dan kerjasama. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum melibatkan murid
yang banyak dan pelbagai kaum, pelajar perlulah mengamalkan kerjasama dan displin ketika
melakukan sesuatu tugasan. Secara tidak langsungnya, perpaduan kaum dan nilai-nilai murni

Page 30 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

dapat dipupuk sebab aktiviti kokurikulum tersebut memerlukan pelajar berusaha bersama
untuk menjalakan tugasan dan akhirnya rakyat Malaysia yang menghayati nilai dapat
dilahirkan.

* NUR AMISHA ILLIANI BINTI AFENDI ( D20201093252 )

3/11/20 10:41 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari mengenai penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
Setiap sekolah perlu berusaha membangunkan dan membudayakan aktiviti kokurikulim dalam
kalangan warga sekolah agar institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi
murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sebagai contoh,
penglibatan murid dalam 1Murid1sukan juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat
kerjasama, patriotik dan bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Malah
dapat membantu dalam pertumbuhan murid-murid yang cemerlang. Pertumbuhan murid-murid
yang cemerlang ini dapat membentuk sikap yang berpotensi tinggi dan ini hanya diperolehi
melalui kegiatan kokurikulum yang disertai. Oleh itu, penglibatan aktiviti kokurikulum ini dapat
melahirkan masyarakat yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan yang cemerlang
bertaraf dunia.

* NURUL ZAKIRAH BINTI BADRUL HISHAM ( D20201093261 )

5/11/20 10:06 AM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari berkenaan peenerapan nilai-nilai murni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Setiap pelajar doleh dididik sekiranya menggunakan platform yang betul. Proses penerapan ini
boleh dilakukan melaui subjek-subjek asas di sekolah seperti pendidikan sivik dan moral. Para
pelajar mudah diterapkan dengan nilai-nilai murni tersebut kerana mereka masih mudah
dilentur dan di didik. Selain itu, penglibatan para pelajar dalam bidang kokurikulum juga
mampu menerapkan penghayatan nilai. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui aktiviti-
aktiviti yang dijalankan di sekolah nilai-nilai seperti bertanggungjawab, kerjasama dan
menepati masa dapat dipupuk dengan baik. Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan
penglibatan banyak pihak, jadi pelajar dapat belajar untuk mengawal situasi dan
membahagikan masa mereka dengan sebaiknya. Akhir sekali, kerjasama antara guru, ibu bapa
dan pihak tertentu juga mampu melahirkan individu yang menghayati nilai. Perkongsian pintar
antara sekolah mampu mengecilkan jurang pembelajaran dalam kalangan pelajar seterusnya
menerapkan nlai sefahaman dalam kalangan guru, ibu bapa, pelajar dan piha-pihak tertentu.

Page 31 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

11 AZWANIDA BINTI CHE HUSSAIN (D20201093251 )

3/11/20 9:36 AM
Assalamualaikum Dr,
Pada pandangan saya, antara saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia ialah memantapkan sistem pendidikan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan
merupakan elemen utama dalam menghasilkan para pelajar yang bermutu dan bernilai. Sebagai
contoh, pengukuhan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah-sekolah dapat memberi lebih
fokus ke atas teras nilai dan penghayatan agama. Nilai-nilai ini yang akan membentuk sahsiah dalam
diri pelajar seterusnya menjadikan mereka seorang yang berpengetahuan dalam bidang pendidikan.
Oleh itu, menerusi usaha yang telah dilakukan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
ini, Pendidikan Islam dan Moral telah memainkan peranan penting dalam pembentukan asas moral bagi
melahirkan modal insan cemerlang bertaraf dunia.
Saranan seterusnya ialah mengukuhkan dan meluaskan program Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) dalam pendidikan. Dalam hal ini, program ini adalah sebagai pemudah cara
interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi di samping untuk menggalakkan
penglibatan masyarakat setempat, para guru dan murid-murid dalam kegiatan khas berkaitan
kemudahan tenaga, peralatan dan kepakaran. Sebagai contoh, melalui aktiviti interaktif, murid dapat
memahami, menghargai dan bersama-sama menjayakan program kesenian dan kebudayaan kaum
seperti tarian tradisi etnik masing-masing. Oleh itu, program RIMUP ini membawa manfaat dalam
perpaduan kaum dan persefahaman dalam kalangan rakyat. Hal ini dapat memperkasakan lagi
pendidikan di Malaysia. Melalui perpaduan juga, para pelajar akan mudah berinteraksi antara satu
sama lain dan mempelajari nilai serta budaya agama masing-masing.
Saranan terakhir ialah meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum. Melalui anjakan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menyatakan bahawa potensi murid dapat
dikembangkan secara holistik melalui penyertaan murid dalam 1 Murid 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan
Beruniform. Aktiviti ini adalah inisiatif daripada kementerian untuk menggalakkan para pelajar
menceburi sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum tersebut. Dalam konteks ini, ia bukan sahaja
dapat melahirkan pelajar yang menghayati nilai malah dapat melahirkan para pelajar yang aktif dalam
kokurikulum yang mereka ceburi. Selain itu, ia juga dapat memberi peluang kepada semua pelajar
yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, aktiviti kokurikulum ini
dapat memberikan banyak faedah dan dapat menjadikan mereka para pelajar yang cemerlang melalui
pengamalan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
* NURUL LAILATUL NAJIHA BINTI RUDDING ( D20201093233 )
3/11/20 12:43 PM

Berdasarkan pernyataan saudari, saya bersetuju bahawa murid-murid perlula melibatkan

diri dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, kelab dan persatuan merupakan salah satu
saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anajakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Murid-
murid hendaklah diperkembangkan secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan
murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Dalam erti kata lain, setiap murid perlu
menganggotai satu acara sukan, satu aktiviti kelab dan satu badan beruniform. Penglibatan
murid dalam kokurikulum mampu memupuk sahsiah dan pembentukan perpaduan dalam
kalangan murid sekolah. Penyertaan murid dalam kokurikulum mampu menyemai perasaan
muhibah, perpaduan, integrasi nasional seta nilai-nilai murni.

Page 32 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NUR KHAIRUNNISA BINTI SAFLI ( D20201094182 )

3/11/20 3:34 PM

Saya bersetuju dengansaranan saudari dengan mengatakan meningkatkan penyertaan murid

dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini adalah kerana aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan dapat
meningkatkat perpaduan antara satu sama lain. Sebagai contoh, penglibatan murid menerusi
aktiviti sukan, kelab atau persatuan, dan badan beruniform. Setiap aktiviti kokurikulum yang
dianjurkan mempunyai kebaikan masing- masing. Melalui ini juga, murid dapat berinteraksi
antara satu sama lain dalam aktiviti kokurikulum bersama rakan lain tanpa mengira perbezaan
bangsa. Hal ini dapat memberikan pendedahan kepada murid ke arah pemupukan ciri positif
dalam kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat di Malaysia yang hidup berbilang kaum.
Oleh itu, kita mestilah melatih murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum agar
konsep perpaduan dapat diterapkan dalam kehidupan seharian seorang murid. Akhir kata, saya
amat bersetuju dengan saranan saudari dengan mengatakan meningkatkan penyertaan murid
dalam aktiviti kokurikulum.

* NURUL AINA FARHANA BINTI ROSHDI ( D20201093258 )

11/11/20 7:57 PM

Saranan untuk memperkukuhkan lagi Program RIMUP adalah cara yang terbaik untuk
melahirkan rakyat yang menghayati nilai melalui anjakan pendidikan. Program RIMUP dapat
dikuhkukan lagi dengan menambahkan lagi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kerjasama antara
masyarakat setempat, para guru dan murid-murid. Antara contoh program RIMUP yang boleh
dijalankan seperti gotong-royong di sekolah. Melalui program gotong-royong ini secara tidak
langsungnya ibu bapa, para guru dan murid-murid bekerjasama dalam membersihkan kawasan
sekolah. Selain itu, program seperti ini dapat melahirkan persefahaman dan toleransi antara
murid pelbagai kaum di sesebuah sekolah. Kesimpulannya, melalui program RIMUP, nilai-nilai
murni dapat dibentuk dalam diri seseorang seterusnya akan melahirkan rakyat yang
menghayati nilai.

Page 33 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

12 NUR SHARIFAH ZULAIKA BINTI HARUN (D20201095600 )

3/11/20 9:45 AM
Asalamulaikum DR ,
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah menerapkan
nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya. Perkara ini ditekankan dalam
Anjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang mampu menghayati nilai. kita harusnya memperkukuh pendidikan islam dan moral
dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017 . ini juga
dapat mengukuhkan dam memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudahkan cara interaksi antara
jenis sekolah , kumpulan etnik dan sosio ekonomi . dengan ini , kita dapat memperkukuhkan
pendidikan sivik dengan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan
menjelang 2017 . ini juga dapat mengembangkan potensi murid secara holistik dengan mengukuhkan
keperluaan penyertaan murid dalam 1 sukan , 1 kelab dan 1 badan unitform. penghayatan nilai ini
perlu bermula daripada sekolah memandangkan ia merupakan institusi pertama yang dimasuki oleh
semua murid di negara ini. Murid pada hari ini perlu dipersiapkan bukan sahaja ilmu berkaitan dengan
dunia akademik tetapi juga kepada penghayatan nilai. Ini kerana mereka bakal mewarisi dunia yang
penuh dengan cabaran hebat pada masa hadapan.
Murid tidak sahaja mempelajari nilai ini dalam kelas semata-mata tetapi juga dapat
mempraktikannya dalam konteks kehidupan sebenar. Secara tidak langsung, murid yang
meninggalkan alam persekolahan akan lebih bersedia menjadi pemimpin untuk diri dan keluarga
mereka kelak, atau menjadi sebahagian daripada komuniti yang lebih besar.Dalam usaha
pembangunan nilai murid ini, pihak sekolah berperanan dalam membentuk budaya sekolah yang
kondusif melalui penerapan nilai murni. Perkara ini boleh direalisisasikan dengan perancangan
strategik melalui pelaksanaan aktiviti sekolah ke arah membentuk murid yang bukan sahaja cemerlang
dalam akademik tetapi juga mampu mengamalkan nilai murni. Aktiviti kokurikulum mahupun akademik
yang melibatkan pelbagai sekolah, PIBG sekolah serta komuniti setempat mampu memberi kelainan
kepada murid yang terlibat terutama dalam penghayatan nilai dan budaya. Dalam erti kata lain,
tanggungjawab bagi pemupukan nilai dalam kalangan murid ini tidak perlu bersandarkan kepada pihak
sekolah dan guru semata-mata, tetapi juga pemuafakatan pintar dengan komuniti setempat dapat
membantu menyemarakkan lagi penghayatan nilai tersebut.
justeru , memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit merupakan saranan yang terbaik
iaitu kita dapat memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukkan
kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru. ini dapat mengaitkan
setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah
pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah buget berasakan
keberhasilan

Page 34 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

13 NUR SHARIFAH ZULAIKA BINTI HARUN (D20201095600 )

3/11/20 10:28 AM
Assalamualaikum Dr,
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah menerapkan
nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya. Perkara ini ditekankan dalam
Anjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang mampu menghayati nilai.Sistem pendidikan Malaysia merupakan wadah untuk mendidik
murid agar menjadi insan yang berjaya serta berupaya mengenali budaya sekeliling melalui penerapan
tentang kefahaman serta nilai positif bagi tujuan perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda akan
datang. Penghayatan nilai dalam kalangan murid sekolah merupakan satu aspek yang diberi
penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). ini dapat memperkukuhkan pendidikan islam
dan moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017.
dengan cara ini juga dapat mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudahkan
cara intreraksi antara jenis sekolah , kumpulan etnik dan sosio ekonomi .penghayatan nilai ini perlu
bermula daripada sekolah memandangkan ia merupakan institusi pertama yang dimasuki oleh semua
murid di negara ini. Murid pada hari ini perlu dipersiapkan bukan sahaja ilmu berkaitan dengan dunia
akademik tetapi juga kepada penghayatan nilai. Ini kerana mereka bakal mewarisi dunia yang penuh
dengan cabaran hebat pada masa hadapan.
Seterusnya , KPM telah merangka pelbagai strategi ke arah melahirkan rakyat malaysia yang
menhayati nilai. Antaranya adalah memperkukuh Pendidikan Sivik serta menjadikan perkhidmatan
komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan.Pendidikan Islam adalah sangat penting untuk
dijiwai oleh semua murid beragama Islam. Melalui kefahaman dan penghayatan konsep Islam
sebenarnya akan membantu murid untuk menghayati nilai seperti mana yang dinyatakan dalam
Anjakan Ketiga ini.KPM telah merangka kurikulum pendidikan Islam dengan memberi penumpuan
terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam. Sementara itu, bagi murid bukan beragama Islam,
kurikulum Pendidikan Moral memberi penekanan tentang nilai teras semua agama di Malaysia.ini juga ,
melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan, kelab atau persatuan, dan badan
beruniform. Dalam Anjakan Ketiga ini dinyatakan – memperkembangkan murid secara holistik dengan
mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Dalam
erti kata lain, setiap murid perlu menganggotai satu acara sukan, satu aktiviti kelab dan satu badan
beruniform.
justeru itu , memaksimum keberhasilan murid bagi setiap ringgit iaitu dapat memanfaatkan peluang
meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti
peningkatan kemahhiran dan latihan guru.ini juga dapat mengaitkan setiap program kepada
keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun ,
selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah buget keberhasilan

* NUR KHAIRUNNISA BINTI SAFLI ( D20201094182 )

3/11/20 3:06 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari dengan mengatakan saranan terbaik untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah menerapkan nilai-
nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya. Hal ini adalah kerana
penerapai nilai murni dalam kehidupan seharian murid haruslah diambil cakna. Melalui
penerapan nilai murni kita dapat membentuk sahsia peribadi murid bukan sahaja cemerlang
dalam bidang akademik malahan mempunyai sahsiah dan budi pekerti diri yang unggul.
Sebagai contoh, dengan adanya nilai kewarganegaraan dalam diri murid akan lebih mudah
berkomunikasi antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan bangsa. Mereka akan

Page 35 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

menghormati budaya masing- masing dan tidak dijadikan sebagai satu pengahalang untuk
mereka berkomunikasi. Oleh itu, saya amat bersetuju dengan cadangan saudari dengan
menerapkan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya dapat
membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dengan adanya nilai murni yang diterapkan
di dalam diri.

14 BEH CHEW YEAN (D20201093227 )

3/11/20 1:30 PM
Saranan terbaik yang saya boleh memberi untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
ialah memantapkan falsafah pendidikan Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia telah menjelaskan aspirasi negara iaitu melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kcpada Tuhan. Nilai-nilai murni dapat dipupuk secara formal dan tidak formal. Masyarakat
dan anggota keluarga memainkan peranan penting dalam pemupukan nilai dan sahsiah individu yang
positif secara tidak formal. Walaubagaimanapun, pemupukan nilai ini akan lebih terarah jika
disampaikan melalui sistem pendidikan formal yang jelas struktumya. Oleh demikiana, pihak sekolah
haruslah memberi fokus kepada penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran asas
pembangunan pelajar untuk mencapai matlamat negara. Sebagai contoh, pendidikan Moral, Sivik dan
Agama Islam perlu ditekankan supaya nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Melalui
penekankan ini, sekolah mampu menglahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Seterusnya, kerajaan hendeklah melakukan reformasi terhadap pelbagai aspek pendidikan Malaysia.
Pendidikan Malaysia yang sedia ada perlulah ditransformasikan supaya selaras dengan pendidikan
yang bertaraf dunia. Misalnya, kerajaan Malaysia haruslah meningkatkan kauliti pengajaran dan
pembelajaran. Kualiti pengajaran dapat ditingkat melalui membangunkan profesionalisme tenaga
pengajar iaitu guru. Seorang yang porfesio dapat memberi pengajaran yang terbaik dan
mengembangakan potensi pelajar. Peristiwa ini dapat memberi sumbangan kepada pencapaian
aspirasi Negara iaitu menghasilkan rakyat yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Tamabahan juga, guru perlu menglengkapkan dirinya dengan aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek supaya mereka mampu memberi pengajaran yang sempurna keapada pelajar.
Seorang guru yang berkualiti dapat memberi pengaruhi yang positif atau menjadi contoh teladan
kepada pelajar agar pelajar menjadi insan yang berguna pada masa depan. Jika seorang pelajar yang
sempurna dari semua aspek, maka hasrat melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai mestilah
dapat dicapai.
Saranan yang akhir ialah ibu bapa perlulah memain peranan dalam isu ini. Ibu bapa perlulah
memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Ibu
bapa juga harus memberi perhatian kepada anaknya supaya mereka tidak mengambil tindakan yang
tidak patuhi Moral atau agama. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyokong anaknya menyertai aktiviti
kokurikulum yang diadakan oleh sekolah supaya nilai murni dan sikap positif dapat dipupuk dalam
kalangan mereka.
* NUR FARAHAINIE BINTI BAHARRUDIN ( D20201093244 )
12/11/20 12:22 AM

Berdasarkan pendapat saya, saya amat bersetuju dengan saranan saudara yang
terakhir, iaitu peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak menghayati nilai. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap tingkah laku atau perbuatan seseorang adalah hasil didikan
daripada ibu bapa. Sekiranya ibu bapa menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak,
maka hasilnya juga dapat dilihat dengan baik. Bak kata peribahasa, "bagaimana acuan
begitulah kuihnya." Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan yang terbaik

Page 36 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

adalah bermula dari rumah. Misalnya, ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak mereka dan
sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutamanya guru-guru. Hal ini kerana, untuk
mendidik seseorang pelajar yang menghayati nilai bukanlah mudah. Ibu bapa semestinya
memegang peranan yang mantap dalam hal ini. Tuntasnya, ibu bapa perlulah tegas dalam
mendidik anak-anak agar dapat melahirkan rakyat Malaysa yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

15 NUR KHAIRUNNISA BINTI SAFLI (D20201094182 )

3/11/20 3:00 PM
Asalamualaikum dan salam sejahtera Dr Zaini,
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah dengan
menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini adalah kerana penghayatan
nilai dalam kalangan murid sekolah merupakan satu aspek yang diberi penekanan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Pelbagai pihak seharusnya memainkan peranan penting dalam membentuk
sahsiah murid yang berpekerti mulia melalui penerapan nilai murni. Sebagai contoh, memberikan
tumpuan terhadap nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya. Bukan itu
sahaja, menerapkan amalan budaya memberi salam di sekolah juga dapat mewujudkan rasa hormat
dalam diri seorang murid. Perkara ini boleh direalisisasikan dengan melaksanakan perancangan yang
strategik melalui kepelbagaian aktiviti sekolah ke arah membentuk murid yang bukan sahaja
cemerlang dalam akademik tetapi juga mampu melahirkan murid yag bersahsiah tinggi. Oleh itu, kita
haruslah menerapkan nilai-nilai murni yang mampu meningkatkan lagi penghayatan nilai dalam diri
sesebuah masyarakat.
Selain itu, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
dengan melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Hal ini adalah kerana aktiviti
kokurikulum mampu memupuk persefahaman yang kuat antara murid yang berbilang kaum
khususnya. Sebagai contoh, penglibatan murid menerusi aktiviti sukan, kelab atau persatuan, dan
badan beruniform. Kokurikulum juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk
sahsiah seorang murid. Melalui ini juga, murid dapat berinteraksi antara satu sama lain dalam aktiviti
kokurikulum bersama rakan lain tanpa mengira bangsa. Hal ini dapat memberikan pendedahan kepada
murid ke arah pemupukan ciri positif dalam kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat di
Malaysia yang hidup berbilang kaum. Oleh itu, kita mestilah melatih murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum agar konsep perpaduan dapat diterapkan dalam kehidupan seharian seorang
murid.
Akhir sekali, mengukuhkan dan memperluas program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) adalah antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf
dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana program RIMUP dapat membantu memudahkan cara interaksi
antara jenis sekolah, kumpulan etnik mahupun sosio ekonomi. RIMUP merupakan salah satu program
yang diwujudkan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat, para guru
dan murid dalam aktiviti khas yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sebagai contoh bagi
pelaksanaan program RIMUP ialah penyertaan murid daripada pelbagai kaum dalam aktviti
kokurikulum, konsep perpaduan perlu diterapkan dalam semua aktiviti Pendidikan dan banyak kaedah
yang lain yang dijalankan. Oleh itu, kita mestilah mengukuhkan dan memperluaskan lagi program
RIMUP agar masyarakat dapat hidup bersatu padu.

Page 37 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NUR AINATUL NADIA BINTI ZAINUDDIN ( D20201093279 )

9/11/20 10:24 PM

izinkan saya menambah satu cadangan. Cadangan saya ialah guru mestilah memainkan
peranan yang penting agar rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
dapat dilahirkan. Guru merupakan orang tua yang kedua selepas ibu bapa. Guru juga
merupakan role model bagi murid-murid. Maka, guru perlulah menunjukkan contoh yang
menunjukkan mereka menghayati nilai yang baik terlebih dahulu agar murid murid mengikuti
apa yang ditunjukkan guru mereka. Guru perlulah memainkan peranan dari segi percakapan
dan perbuatan. Seorang guru juga haruslah cekap untuk menyampaikan ilmu yang mereka
ajarkan agar para pelajar dapat memahami perkara yang diajarkan guru mereka. Sekiranya
guru berusaha untuk memahami apa yang disukai dan tidak disukai pelajar , sudah tentu guru
tersebut akan mengetahui cara yang terbaik untuk mengajar murid-murid agar lebih mudah
difahami dan lebih mudah untuk menerapkan nilai dalam diri para pelajar.

* NURAZIYATUL AZWA BINTI ABDUL AZIZ ( D20201094370 )

10/11/20 9:40 PM

Berdasarkan pandangan yang diberikan, saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh
saudari mengenai penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti kurikulum sebagai usaha
melahirkan rakyat Malaysia menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah pelaksanaan
transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia kerana aktiviti kurikulum menjadi satu
medium untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan dari sudut pelbagai bangsa juga dapat
meningkatkan persefahaman juga kemahiran dalam bersukan untuk memastikan generasi yang
mahir bersukan diteruskan. Hal ini juga dapat memupuk sifat yang positif antara pelajar yang
terdiri pelbagai kaum kerana mereka sentiasa menyokong dan memberi semangat antara satu
sama lain dalam mengecapi kejayaan sesuatu sukan. Oleh itu, penglibatan dari pelajar yang
terdiri daripada pelbagai bangsa amatlah berkesan dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah pelaksanaan transformasi
Pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

* AZIZA NAJIHA BINTI JOHYRI @ JOHARI ( D20201094190 )

13/11/20 10:58 AM

Saya bersetuju dengan cadangan saudari yang mengatakan saranan terbaik untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ialah dengan melibatkan
murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum memberi kesedaran kepada
murid bahawa pentingnya perpaduan antara rakyat Malaysia. Melalui aktiviti kokurikulum ini
murid-murid dapat berkenalan dengan ramai orang tidak kira melayu,cina dan india. Selain itu,
penglibatan murid dalam aktiviti sukan dapat membina keyakinan seseorang murid untuk
melakukan sesuatu perkara positif yang membawa kebaikan kepada diri sendiri. Penglibatan
murid dalam aktiviti kokurikulum memberi kesan yang baik kepada diri,bangsa dan negara,
malah dapat membuktikkan negara kita yang berbilang kaum mampu mewujudkan perpaduan
antara rakyat Malaysia.

Page 38 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* SITI NUR'AIN FAZIERA BINTI THOMAS TUPUN ( D20201094186 )

13/11/20 9:30 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari berkenaan penglibatan murid-murid dalam pelbagai
aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum akan memberi kesan kepada aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek
mereka. Perkara ini sejajar dengan dasar 1M1S yang menyokong Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dalam JERIS. Bukan itu sahaja, murid yang
bergiat dalam kokurikulum secara tidak langsung meningkatkan lagi daya kepimpinan mereka
samada dalam unit beruniform, kelab persatuan dan sukan. Tambahan lagi, aspek
pembelajaran dan pengajaran juga akan ditekankan dalam aktiviti kokurikulum sekiranya
mereka mempunyai jawatan dalam organisasi di sekolah.

* NUR FARAHAINIE BINTI BAHARRUDIN ( D20201093244 )

14/11/20 12:02 AM

Berdasarkan pendapat saya, saya bersetuju dengan saranan saudari yang ketiga iaitu
mengukuhkan dan memperluas program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP).
Hal ini dikatakan demikian kerana matlamat sebenar RIMUP ini adalah untuk menerapkan nilai-
nilai murni dalam masyarakat tanpa mengira kaum. Buktinya, program ini menggalakkan
penyertaan masyarakat setempat, para guru, murid, serta warga sekolah rendah hingga
menengah dalam kegiatan khas secara bersama. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan
bahawa ini merupakan salah satu cara untuk memastikan rakyat Malaysia menghayati nilai
secara bersepadu menerusi anjakan pendidikan ini. Tambahan pula, dengan memperluaskan
lagi program ini, mayarakat akan menyedari bahawa perpaduan antara kaum merupakan asas
yang penting bagi menjamin masa depan sesebuah negara tersebut.

Page 39 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

16 MEGAT NORRIDZUAWAN IZAM BIN MEGAT ROSTHAZAM (D20201095596 )

3/11/20 3:37 PM
Assalamualaikum Dr,
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah memastikan
setiap pelajar wajib mengikuti pelajaran pendidikan Sivik. Hal ini kerana supaya para pelajar
mengetahui tentang kepentingan nilai murni yang patut diamalkan pada hari ini. Hal berkaitan
penghayatan nilai murni ini amat penting supaya dapat melahirkan generasi yang saling menghormati
antara satu sama lain. Selain itu, dengan adanya pendidikan sivik ini juga di setiap sekolah para pelajar
akan mendapat pendedahan tentang nilai murni yang patut diamalkan dan dihayati pada setiap masa
kerana jika tiada nilai ini dalam diri genrasi kini, apakah yang akan terjadi kepada negara kita pada
masa akan datang kerana jatuh bangunnya sesebuah negara bergantung kepada generasi yang akan
datang. Oleh itu, setiap sekolah mestilah mewajibkan setiap pelajar mengikuti pelajaran pendidikan
sivik ini supaya dapat melahirkan generasi yang berkualiti pada masa yang akan datang.
Saranan yang seterusnya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
menerapkan dalam diri murid-murid pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Hal ini kerana
penghayatan nilai murni juga boleh diterapkan melalui pendidikan agama dan pendidkan moral yang
telah diterapkan di dalam diri murid-murid. Selain itu, dengan adanya pendidikan islam dan pendidikan
moral ini setiap murid membezakan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan, apa
yang salah dan apa yang betul. Hal ini kerana setiap agama menentang keras terhadap perkara yang
salah, antaranya sikap tidak menghormati orang tua dan mewajibkan setiap manusia membuat
kebaikan tidak kira agama dan bangsa. Oleh itu, pendidikan islam dan pendidikan moral ini amat
penting dalam memainkan peranan untuk menerapkan penghayatan amalan nilai murni dalam diri
rakyat Malaysia.
Akhir sekali, mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Murid 1Sukan, Kelab dan Badan
Beruniform adalah saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Penglibatan kokurikulum ini amatlah penting kerana
mampu memupuk sahsiah dan membentuk perpaduan dalam kalangan murid sekolah tidak kira agama
dan bangsa. Secara tidak langsung, pendedahan murid terhadap aktiviti kokurikulum bersama rakan
lain tanpa mengira bangsa dan agama mampu mengeratkan hubungan sillaturahim antara satu sama
lain. Penyertaan murid dalam kokurikulum dapat menyemai perasaan toleransi, perpaduan, integrasi
dan nilai-nilai murni. Kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di negara
ini untuk melahirkan sesebuah negara yang berwawasan. Penglibatan murid dalam kokurikulum juga
bukan sahaja dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu malah melahirkan rakyat yang sihat dari segi
mental dan fizikal.
* ASTI BINTI RIJAL ( D20201093234 )
3/11/20 8:15 PM

Saya tertarik dengan saranan saudari yang ketiga. Ya memang benar, KPM seharusnya
mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Murid 1Sukan, Kelab dan Badan Beruniform.
Pelajar pada hari ini begitu malas untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti kokurikulum
yang diadakan di sekolah. Terdapat segelintir di antara mereka yang terlalu taksub untuk
belajar sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulum yang seharusnya disertai. KPM perlulah
mencari inisiatif bagi menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam mana-mana acara yang
diadakan di sekolah semasa sukan ataupun mengambil peluang untuk menyertai mana-mana
kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah. Dengan cara ini mereka dapat memupuk sahsiah
dan membentuk perpaduan dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang.

Page 40 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURRAIHAN AFIQAH BINTI HARUN ( D20201093238 )

14/11/20 8:50 PM

Saya sangat setuju dengan pandangan saudara yang ketiga. 1M1S sangat memainkan peranan
dalam menjadikan pendidikan cemerlang bertaraf dunia. KPM perlu menitikberatkan
penglibatan para pelajar dalam sukan supaya mereka terdedah dengan aktiviti kokurikulum dan
seterusnya mencungkil bakat yang terpendam dalam diri individu. Sukan juga dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan murid tidak mengira kaum, agama dan bangsa. KPM memainkan
peranan penting dalam mencari inisiatif untuk menarik minat semua para pelajar untuk
menyertai mana-mana aktiviti sukan yang dianjurkan ini secara tidak langsung menjadkan para
pelajar sihat tubuh badan mahupun fizikal atau mental.

Page 41 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

17 KHAIRUN SABIRAH BINTI KAMALUL BAHARI (D20201095580 )

3/11/20 4:01 PM
Sektor pendidikan sedang mengalami perubahan secara dinamis. Pendidikan bertaraf dunia
menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard,
kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat
dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan
kemajuan dinamis iaitu berkaitan sosial, tenaga manusia, masyarakat dan sebagainya. Saranan terbaik
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah bermula dari institusi sekolah itu sendiri
selain dipupuk dalam kalangan ahli keluarga kerana sekolah merupakan institusi pertama yang
dimasuki oleh anak-anak. Murid bukan sahaja perlu didedahkan dengan pelajaran dan akademik serta
kokurikulum malah perlu juga penghayatan kepada nilai seperti nilai kerohanian, kemanusiaan,
kewarganegaraan dan sebagainya. Oleh hal demikian, kemampuan mengharungi cabaran sebenarnya
bukan sahaja memerlukan kemahiran dalam memimpin malah nilai murni sejagat juga perlu seperti
integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing dalam membuat keputusan yang
beretika. Malahan, melalui penghayatan nilai-nilai murni ini dapat membendung untuk tidak
menyalahgunakan kepintaran, kemahiran, kedudukan atau kekayaan yang dimiliki kepada perkara
yang bercanggahan dengan agama dan juga moral.

Selain dari itu, saranan untuk rakyat Malaysia menghayati nilai adalah melalui penguasaan dan
penghayatan serta pengukuhan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik serta
menjadikan khidmat masyarakat dan sosial sebagai syarat utama untuk tamat persekolahan. Hal ini
kerana ia adalah satu cara yang efektif dalam menanamkan nilai-nilai yang baik dalam diri dan ia
adalah matapelajaran yang menekankan etika, adab dan tatasusila selain hanya belajar teori sahaja.
Pendidikan Islam amat penting untuk dijiwai oleh mereka yang beragama Islam kerana melalui
penghayatan dan kefahaman konsep Islam mampu membantu memandu kepada penghayatan nilai.
Pendidikan Moral adalah wahana terbaik buat mereka yang bukan beragama Islam manakala
Pendidikan Sivik membolehkan murid menghasilkan tingkah laku sivik seperti peningkatan dalam
aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik selain amanah dan
berintegrasi.

Akhir sekali, saranan untuk rakyat Malaysia menghayati nilai adalah dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, kenduri dan sebagainya. Banyak nilai dan
kemahiran yang dapat diasah seperti nilai bertanggungjawab, nilai kepimpinan, nilai perpaduan dan
banyak lagi. Ia bukan hanya bagi mereka yang beragama islam mahupun untuk mereka yang dewasa
sahaja malah ia adalah aktiviti yang melibatkan percampuran bangsa, agama mahupun peringkat
umur. Ia amat baik untuk melatih anak kecil khususnya untuk memupuk nilai perpaduan sesama
masyarakat, membentuk nilai beradab dengan yang lebih tua, melatih kemahiran berkomunikasi
dengan lainan umur dan jantina dan banyak lagi kelebihan yang diperoleh terutama dalam memupuk
nilai-nilai yang baik dalam diri masyarakat Malaysia. Jelaslah ia adalah satu keperluan untuk dipupuk
dalam diri seawal usia kanak-kanak lagi bukan hanya menerusi pembelajaran teori malah
dititikberatkan praktikal nya juga.
* ASTI BINTI RIJAL ( D20201093234 )
3/11/20 8:09 PM

Saya bersependaoat dengan saranan saudari yang ketiga iaitu dengan mengadakan aktviti-
aktiviti kemasyarakatan. Memang tidak dinafikan bahawa, aktiviti sedemikian rupa dapat
memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat khususnya di negara kita. Aktiviti ini bukan
sahaja dapat mengeratkan hubungan silatuharim antara satu sama lain, malahan ia dapat
memupuk sikap saling bekerjasam dalam memastikan sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan
lancar. Aktiviti sebegini wajar diterapkan dalam kalangan komuniti kita kerana seperti yang

Page 42 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

sedia maklum negara kita merupakan sebuah negara majmuk yang didiami oleh pelbagai
bangsa, agama dan budaya. Masyarakat juga dapat mengetahui adat dan budaya bangsa lain
melalui aktiviti kenduri-kendara yang dianjurkan. Melalui langkah ini, kita dapat mengekalkan
keharmonian dalam negara ini.

* MUHAMMAD HAFIY ZULFADHLI BIN ZUKI ( D20201094179 )

4/11/20 8:41 AM

Aktiviti kemasyarakatan dan amalan hidup sihat seperti gotong-royong perlu diadakan secara
berterusan kerana ia boleh menjadi platform terbaik mengeratkan silaturahim, kerjasama serta
membudayakan penjagaan kebersihan.Ketika membantu orang lain,bukan sahaja membantu
orang itu menjadi lebih baik,malah membantu menjadikan seseorang itu berkembang dari segi
nilai.individu akan merasa nikmat membantu dan dalam tak sedar timbul rasa ikhlas dalam diri.
Rasa ini yang akan membantu kita menperoleh perasaan bahagia dan dalam tak sedar dapat
membuang rasa stress dan bosan yang alami.Peningkatan keterlibatan aktiviti
kesukarelawanan dilihat sebagai petanda yang baik ke arah pembentukan pemikiran yang
positif,dan dapat membangunkan personaliti yang mantap dalam kalangan rakyat.Kerana
mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu personaliti unggul seperti kemahiran
berkomunikasi dan penyampaian berkesan,keupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai
peringkat,mempunyai kekuatan jati diri dan rangkaian profesional serta kepimpinan

* MUHAMMAD HAFIY ZULFADHLI BIN ZUKI ( D20201094179 )

4/11/20 8:42 AM

4/11/20 8:54 AM

Saya bersetuju mengenai aktiviti kemasyarakatan dan amalan hidup sihat seperti gotong-
royong perlu diadakan secara berterusan kerana ia boleh menjadi platform terbaik
mengeratkan silaturahim, kerjasama serta membudayakan penjagaan kebersihan.Ketika
membantu orang lain,bukan sahaja membantu orang itu menjadi lebih baik,malah membantu
menjadikan seseorang itu berkembang dari segi nilai.individu akan merasa nikmat membantu
dan dalam tak sedar timbul rasa ikhlas dalam diri.Rasa ini yang akan membantu kita
menperoleh perasaan bahagia dan dalam tak sedar dapat membuang rasa stress dan bosan
yang alami.Peningkatan keterlibatan aktiviti kesukarelawanan dilihat sebagai petanda yang
baik ke arah pembentukan pemikiran yang positif,dan dapat membangunkan personaliti yang

Page 43 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

mantap dalam kalangan rakyat.Kerana mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu-
ilmu personaliti unggul seperti kemahiran berkomunikasi dan penyampaian berkesan,
keupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai peringkat,mempunyai kekuatan jati diri dan
rangkaian profesional serta kepimpinan.

* RUZITA BINTI ROSLI ( D20201093257 )

7/11/20 11:26 PM

Berdasarkan hujahan yang telah dikemukakan, saya besetuju dengan pendapat saudari yang
menyatakan bahawa dengan melalui aktiviti- aktiviti seperti gotong- royong itu, ianya dapat
melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Namun, perkara yang menjadi persoalan kini,
bagaimana penghayatan terhadap nilai tersebut dapat dipupuk oleh murid- murid terutamanya
bagi mencapai tahap kefahaman dalam aspek intelek, emosi, rohani dan juga jasmani sekiranya
berlaku situasi pandemik ataupun munculnya norma baharu seperti keadaan sekarang?.
Adakah terdapat cara lain yang mampu dilaksanakan bagi memudahkan murid- murid
mempelajari sesuatu ilmu supaya dapat membentuk identiti nasional yang menjadi salah satu
sasaran bagi anjakkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia?. Hal ini dikatakan demikian
kerana, seperti mana yang semua maklum, Pelan Pembangunan Pendidikan tersebut perlu
diteruskan walau bagaimana cara sekalipun. Oleh itu, ianya juga tetap memerlukan suatu solusi
agar pelaksanaan transformasi yang dilakukan dapat diteruskan serta mencapai ke taraf
antarabangsa.
Sekian, terima kasih.

* MEGAT NORRIDZUAWAN IZAM BIN MEGAT ROSTHAZAM (

9/11/20 2:14 PM

Saya setuju dengan pendapat saudari mengenai saranan kedua iaitu saranan untuk rakyat
Malaysia menghayati nilai adalah melalui penguasaan dan penghayatan serta pengukuhan
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik. Hal ini kerana setiap agama amat
menekankan tentang amalan penghayatan nilai dan menentang keras terhadap perbuatan
buruk yang boleh mendatangkan kepada perpecahan. Oleh itu, dengan adanya pendidikan
moral, pendidikan islam serta pendidikan sivik ini maka dapatlah generasi rakyat malaysia akan
datang menghayati nilai yang telah ditanam di dalam diri mereka. selain itu mereka juga akan
dapat mengetahui tentang kepentingan nilai yang patut diamal demi menjamin kemakmuran
pada masa akan datang yang lebih baik.

* NURUL HUSNA BINTI MUSTAPHA ( D20201095595 )

10/11/20 6:15 PM

Saya bersetuju dengan pendapat yang diajukan oleh saudari dimana penerapan nilai murni
merupakan aspek penting dalam melahirkan masyarakat yang aman sejahtera. Selain itu,
penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat sangat penting sebagai satu prakarsa
untuk mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana harmoni dan sejahtera. Tidak dapat
dinafikan bahawa suasana ini merupakan impian setiap lapisan masyarakat terutamanya
mereka yang hidup berjiran. Sebagai contoh, aktiviti bergotong-royong yang diadakan akan
berjalan dengan lancar dan harmoni berkat kerjasama serta muafakat dalam kalangan jiran
tetangga. Situasi ini sesuai dengan peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat”. Jelaslah bahawa, melalui penerapan nilai murni ini dapat mewujudkan
masyarakat yang hidup bersatu padu antara satu sama lain.

Page 44 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* AZLINDA BINTI ABU YAZID ( D20201094108 )

10/11/20 7:30 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendapat saudari mengenai penguasaan dan penghayatan serta
pengukuhan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik serta menjadikan khidmat
masyarakat dan sosial sebagai syarat utama untuk tamat persekolahan.Saya juga ingin
membuat penambahan idea dimana penguasaan dan penghayatan dalam pelbagai pendidikan
sedemikian dapat melahirkan para murid yang sentiasa mempunyai adab terpuji serta
berakhlak mulia dalam diri mereka.Sebagai contohnya,pendidikan sedemikian mempunyai nilai
bertolak ansur,bekerjasama,penyayang dan sebagainya.Bukan itu sahaja,konsep yang
diterapkan dalam pendidikan tersebut juga dapat melahirkan murid yang sentiasa mempunyai
asas moral yang kukuh dan keberanian dalam membuat sesuatu keputusan,mereka juga turut
beretika dan bermoral,mempunyai kerohanian mantap dan menghayati pembangunan mampan
dan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka.

* NURAZIYATUL AZWA BINTI ABDUL AZIZ ( D20201094370 )

10/11/20 9:52 PM

Berdasarkan pandangan yang diberikan, saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukan oleh
saudari iaitu pengukuhan dalam matapelajaran seperti Pendidikan islam, Pendidikan moral dan
Pendidikan sivik dalam melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
Pendidikan ke arah pelaksanaan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Hal ini
kerana matapelajaran tersebut perlulah diperkukuhkan dan dibentuk dalam setiap diri pelajar
bermula pada peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar dapat dididik dengan nilai-nilai yang
baik juga mengetahui perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan
kerana salah di sisi hukum syarak dan undang-undang negara. Oleh itu, para pelajar yang
dapat menguasai matapelajaran tersebut akan dapat mengaplikasikan ke dalam kehidupan
seharian mereka supaya mereka terhindar daripada masalah jenayah dan gejala sosial.

* Aizuddin Muadz Bin Yusri ( D20201095766 )

14/11/20 9:10 PM

Saya bersetuju dengan pandangan saudari mengenai saranan untuk rakyat Malaysia
menghayati menilai adalah denganmengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong
royong dan sebagainya. Hal ini demikian kerana dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan,
nilai-nilai murni akan mudah disemai dalam diri rakyat Malaysia. Antara contoh aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan ialah bergotong-royong membersihkan taman perumahan, berkunjung ke
rumah warga tua dan juga menjadi sukarelawan dalam membantu mangsa-mangsa yang
terjejas dalam bencana alam. Apabila aktiviti kemasyarakatan diadakan, nilai-nilai murni akan
tersemat dalam jiwa rakyat Malaysia dan semakin ramai rakyat Malaysia akan mula sedar akan
kepentingan menghayati nilai murni. Oleh itu, saya bersetuju bahawa aktiviti kemasyarakatan
dapat memupuk nilai dalam rakyat Malaysia.

Page 45 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NORAIZIE UZAIRIL IZWAN BIN ABDULLAH ( D20201095597 )

14/11/20 10:51 PM

Saya bersetuju dengan saranan terakhir saudari iaitu pelaksaan aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong. Kerja pembersihan secara berkumpulan ini jelas memaparkan nilai kerjasama
dan hormat menghormati berlaku dalam aktiviti tersebut. Proses pembersihan surau dan taman
turut dijalankan secara bersama antara penduduk kampung. Botol, tin dan polisterin turut
dikutip disekitar longkang. Keadaan ini bukan sahaja dapat mencegah pembiakan nyamuk
aedes, malah mengerah hubungan silaturahim antara pendudukan kampung. Oleh ini, aktiviti
kemasyarakat ini wajar dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat ekoran berupaya memupuk
nilai kerjasama secara berpasukan dalam sanubari. Penghayatan terhadap nilai ini turut
berkembang sehingga ke generasi yang akan datang.

18 INTAN SOFEANA BINTI AKHSAN (D20201095599 )

3/11/20 4:26 PM
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - PPPM (2013-2025), terdapat sebelas (11)
Anjakan PPPM yang diperkenalkan. Dalam forum ini, akan saya memetik satu daripada anjakan-anjakan
tersebut sebagai pandangan utama untuk memberi saranan terbaik bagi persoalan yang tertera di
atas.
Saranan terbaik pertama yang saya boleh berikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia ialah mengadakan program-program keramaian ataupun ceramah dalam aspek keagamaan
ataupun kaunseling moral. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan
falsafah agama utama. Nilai moral dan agama juga perlu dipupuk dari bangku sekolah lagi kerana
penerapan nilai lebih muda dilakukan ke dalam diri dan jiwa anak-anak yang masih muda. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Saranan terbaik yang kedua ialah guru perlu mencampurkan kedudukan meja pelajar di dalam kelas
tanpa mengasingkan pelajar mengikut kelompok kaum. Maka dengan itu, nilai perpaduan antara
pelajar berlainan kaum dapat dipupuk awal sejajar dengan Rancangan Integerasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP), sekali gus dapat meningkatkan nilai patriotik dalam kalangan anak muda iaitu
pelajar yang bakal mentadbir negara pada masa yang akan datang. Bukan itu sahaja, saranan ini juga
dapat memudahkan cara interaksi antara pelajar di dalam kelas atau lebih baik lagi antara jenis
sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi.
Saranan terbaik yang terakhir saya dapat berikan ialah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
disarankan untuk memperkenalkan tugasan khidmat masyarakat kepada pelajar bermula dari sekolah
rendah yang akan dibimbing oleh guru terutamanya dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.
Kebaikan yang dapat saya lihat dari saranan ini ialah dapat menanam dalam diri pelajar bahawa reality
membantu antara satu sama lain itu dapat menzahirkan keharmonian tidak kira bangsa, umur ataupun
taraf pendidikan seseorang individu. Pendidikan Sivik dapat diperkukuh dengan menjadikan
perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017, seperti yang
dinyatakan dalam salah satu Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu Anjakan 3 :
melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Dengan jayanya saranan saya iaitu memperkenalkan
tugasan khidmat masyarakat kepada pelajar sekolah rendah, maka nilai tolong-menolong dan
bertanggungjawab dapat diterapkan ke dalam diri anak-anak pada usia yang sangat muda untuk
kemaslahatan sejagat rakyat Malaysia kelak.

Page 46 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* MEGAT NORRIDZUAWAN IZAM BIN MEGAT ROSTHAZAM (

9/11/20 2:26 PM

Berdasarkan saranan pertama saudari, saya amat bersetuju dengan saranan yang diberikan
iaitu mengadakan program-program keramaian ataupun ceramah dalam aspek keagamaan
ataupun kaunseling moral. Tetapi saya ada sedikit tambahan mengenai saranan yang diberikan
ini iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ini bukanlah sahaja melalui
program-program keagamaan ataupun keramaian tetapi untuk melhirkan masyarakat yang
menghayati nilai ini bermula dari didikan ibu bapa iaitu bermula dari runah. Hal ini kerana ibu
bapa merupakan “role model” kepada anak-anak dan untuk mendidik anak-anak mereka
bermula dari kecil lagi seperti pepatah yang dikatakan oleh saudari iaitu melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Oleh itu semua perkara bukanlah ditanam di dalam diri rakyat melalui
program-program yang dianjurkan tetapi semua bermula dari didikan ibu bapa di rumah.

Page 47 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

19 ASTI BINTI RIJAL (D20201093234 )

3/11/20 8:02 PM
Salah satu saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
dengan memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik serta menjadikan
perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan. Pendidikan Islam adalah sangat
penting untuk dijiwai oleh semua murid beragama Islam. Melalui kefahaman dan penghayatan konsep
Islam sebenarnya akan membantu murid untuk menghayati nilai seperti mana yang dinyatakan dalam
Anjakan Ketiga ini. KPM telah merangka kurikulum pendidikan Islam dengan memberi penumpuan
terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam. Sementara itu, bagi murid bukan beragama Islam,
kurikulum Pendidikan Moral memberi penekanan tentang nilai teras semua agama di Malaysia.
Penghayatan kepada nilai ini membolehkan murid menghasilkan tingkah laku sivik seperti peningkatan
dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik amanah dan
berintegrasi.
Selain daripada itu, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan, kelab atau
persatuan, dan badan beruniform turut memainkan peranan dalam melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Dalam
Anjakan Ketiga ini dinyatakan bahawa memperkembangkan murid secara holistik dengan
mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Dalam
erti kata lain, setiap murid perlu menganggotai satu acara sukan, satu aktiviti kelab dan satu badan
beruniform. Kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di negara ini.
Penglibatan murid dalam kokurikulum mampu memupuk sahsiah dan pembentukan perpaduan dalam
kalangan murid sekolah. Penyertaan murid dalam kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah,
perpaduan, integrasi nasional serta nilai-nilai murni. Secara tidak langsung pendedahan murid melalui
interaksi dalam aktiviti kokurikulum bersama rakan lain tanpa mengira bangsa dan kedudukan ini akan
memberi pendedahan untuk melatih murid ke arah pemupukan ciri positif dalam kehidupan
masyarakat.
Seterusnya, mengukuhkan dan memperluas program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) bagi memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi. RIMUP
merupakan satu program bagi tujuan mengalakkan pemuafakatan pintar antara masyarakat atau
komuniti setempat, para guru dan murid dalam aktiviti khas yang dirancang oleh pihak sekolah melalui
perkongsian bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Matlamat
RIMUP antara lain bertujuan melahirkan generasi berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi
yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Pada hari ini, KPM telah menjalankan pelbagai program RIMUP di sekolah dengan sasaran penumpuan
kepada sekolah yang mempunyai populasi murid yang homogen seperti sekolah jenis kebangsaan dan
sekolah agama.

* MOHAMMAD YUSUF BIN SUMARDI ( D20201095601 )

13/11/20 8:51 PM

Asslamualaikum, sebelum saya memulakan komentar, saya ingin memohon maaf pada awalnya
jika terdapat kesalahan kata yang dapat menyinggung perasaan pemilik forum ini. Pada
pendapat saya tentang forum ini adalah saya bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh
saudari kerana pendapatnya dalam aktiviti kokurikulum memang dapat menwujudkan
penghayatan nilai dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana melalui pendapatnya iaitu penyertaan
pelajar dalam sesebuah kelab mampu memupuk sahsiah dan pembentukan perpaduan dalam
kalangan murid sekolah lebih-lebih yang mempunyai banyak pelbagai kaum, agama dan

Page 48 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

bangsa. Selain itu, penyertaan tersebut dalam kokurikulum dapat menyemai perasaan
muhibah, perpaduan, integrasi nasional serta nilai-nilai murni. Oleh itu, ini akan memberi
pendedahan untuk melatih murid ke arah pemupukan ciri positif dalam kehidupan masyarakat.

* MUHAMMAD KHAIRUL HISHAM BIN MOHD YUNUS ( D20201093280 )

14/11/20 9:45 PM

Saya setuju dengan saranan pertama saudari berkenan pengukuhan dalam mata pelajaran
seperti pendidikan moral, pendidikan Islam dan pendidikan sivik. Melalui pengukuhan dalam
mata pelajaran sebegini, lebih ramai rakyat Malaysia dapat dilahirkan dengan mempunyai nilai-
nilai yang dikehendaki oleh kerajaan. Tidak kira sama ada di sekolah rendah, sekolah
menengah ataupun di peringkat institusi, segala nilai yang berkaitan mampu melahirkan rakyat
Malaysia yang berkualiti dan mampu untuk meningkatkan taraf pendidikan di tatatingkat
tertinggi di dunia. Jadi penerapan demi penerapan harus dilakukan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang mampu untuk membawa Malaysia ke arah kejayaan yang diinginkan.

20 NURUL FAIZZA BINTI NARAWI (D20201093240 )

3/11/20 11:24 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan
memperkukuh Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik di sekolah. Dengan
memperkukuh pendidikan-pendidikan seperti ini di sekolah dapat membantu murid-murid untuk
menghayati nilai seperti nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan sebagainya.
Pendidikan Islam adalah sangat penting untuk dijiwai oleh semua murid yang beragama Islam supaya
dapat membina masyarakat yang soleh dan taat kepada perintah Tuhan. Selain itu, bagi murid bukan
beragama islam Pendidikan Moral memberi penekanan tentang nilai teras semua agama di Malaysia.
Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam
diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Murid perlu fahami akan kepentingan nilai murni
dalam kehidupan sebenar sebelum mereka menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri untuk menjadi
masyarakat yang berkualiti.
Selain itu, saranan yang kedua untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan. Hal ini kerana murid
tidak sahaja mempelajari nilai ini dalam kelas semata-mata tetapi juga dapat mempraktikannya dalam
konteks kehidupan sebenar. Secara tidak langsung, murid yang meninggalkan alam persekolahan akan
lebih bersedia menjadi pemimpin untuk diri dan keluarga sekaligus dapat menjadikan diri mereka
sebagai seorang masyarakat yang mempunyai nilai yang utuh. Dengan wujudnya keadaan seperti ini
dapat menjadikan mereka sebagai contoh kepada semua masyarakat di Malaysia.
Saranan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia yang seterusnya adalah melibatkan
murid dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan, kelab atau persatuan, dan badan beruniform.
Hal ini kerana, kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di negara ini.
Penglibatan murid dalam kokurikulum mampu memupuk sahsiah dan pembentukan perpaduan dalam
kalangan murid sekolah. Selain itu juga, penyertaan murid dalam kokurikulum dapat menyemai
perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional serta nilai-nilai murni. Secara tidak langsung
pendedahan murid melalui interaksi dalam aktiviti kokurikulum bersama rakan lain tanpa mengira
bangsa dan kedudukan ini akan memberi pendedahan untuk melatih murid ke arah pemupukan ciri
positif dalam kehidupan seharian masyarakat.

Page 49 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* PETLUSIA ANAK FRANKIE ( D20201093249 )

4/11/20 3:26 PM

Salam sejahtera saudari. Saya amat bersetuju dengan pendapat saudari yang pertama.
Pendidikan Islam dan Moral memang sangat penting dalam melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia. Penerapan nilai dengan mendidik murid melalui Pendidikan Islam dan
Moral akan memberikan bayangan kepada murid-murid tentang kebaikan dan keburukkan
sesuatu perkara. Murid-murid perlu memahami kepentingan Pendidkan Islam dan Moral bagi
memudahkan mereka menghayati ajaran agama dan ajaran moral untuk mewujudkan
persekitaran yang baik di Malaysia.

* INTAN SOFEANA BINTI AKHSAN ( D20201095599 )

9/11/20 3:36 PM

Berdasarkan saranan kedua yang saudari suarakan itu di mana, menjadikan perkhidmatan
komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan amatlah saya sokongi. Hal ini kerana,
kebaikan yang dapat saya lihat dari saranan ini ialah dapat menanam dalam diri pelajar bahawa
realiti membantu antara satu sama lain itu dapat menzahirkan keharmonian tidak kira bangsa,
umur ataupun taraf pendidikan seseorang individu. Dengan jayanya saranan yang saudari
nyatakan iaitu , menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat
persekolahan, maka nilai tolong-menolong dan bertanggungjawab dapat diterapkan ke dalam
diri anak-anak sebelum mereka menamatkan kehidupan mereka sebagai seseorang yang
bergelar pelajar sekolah untuk kemaslahatan sejagat rakyat Malaysia kelak.

Page 50 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

21 MUHAMMAD NAIM BIN MOHD ALI (D20201094183 )

4/11/20 12:31 AM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Sir Zaini dan rakan sekelas.
Saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah kerajaan
telah mengusahakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melonjakkan sistem
pendidikan Malaysia ke dalam kelompok negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan yang
terbaik di dunia. Kerajaan perlu menyusun strategi yang terbaik untuk murid-murid memahami konsep
penghayatan nilai mengikut anjakan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
Saranan yang pertama ialah memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral untuk menerangkan
konsep serta maksud menghayati nilai ke atas teras nilai dan falsafah agama utama. Penerapan nilai
dengan mendidik Pendidikan Islam dan Moral akan memberikan bayangan kepada murid-murid tentang
kebaikan dan keburukkan sesuatu perkara. Murid-murid perlu memahami kepentingan untuk
menghayati ajaran agama dan ajaran moral untuk mewujudkan persekitaran yang baik di Malaysia.
Contohnya, seorang murid yang beragama islam perlulah mencontohi perwatakan dan sifat Nabi
Muhammad SAW yang terkenal dengan siddiq, amanah, tabligh dan fatonah.
Seterusnya, mengukuhkan dan memperluaskan program Rancangan Integrasi Murid untuk
Perpaduan (RIMUP) untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan
peribadi yang unggul. Tambahan pula, program RIMUP mempunyai agenda tersendiri untuk memupuk
semangat perpaduan kaum secara holistik. Pembentukan perpaduan boleh dilihat menerusi aktiviti
yang telah dianjurkan oleh program RIMUP melalui interaksi dan tingkah laku murid ketika proses
pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Selain itu, pembabitan ibu bapa dan
masyarakat Malaysia dalam program RIMUP memastikan perpaduan yang erat dan meningkatkan
semangat patriotisme dalam perpaduan kaum.
Di samping itu, memperkukuhkan pendidikan Sivik sebagai antara mata pelajaran yang penting
di semua jenis sekolah di Malaysia. Secara langsung atau tidak langsung sebagai prasyarat untuk
menamatkan persekolahan dengan menjadi kesukarelawan berkhidmat menjadi perkhidmatan
komuniti akan memupuk sikap dan nilai murni dalam kalangan murid-murid. Murid-murid perlulah
menitikberatkan kepentingan dan isi kandungan pembelajaran pendidikan Sivik disamping bantuan
oleh guru semasa mengajar mata pelajaran pendidikan Sivik tersebut. Pendidikan Sivik menyediakan
peranan murid-murid disamping mempunyai etika dan sikap nilai murni terhadap masyarakat.
Pembetukan murid berasaskan pendidikan Sivik ialah mengetahui hak dalam kehidupan seharian,
bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang kea rah kesejahteraan masyarakat, negara
dan global.
* NUR SYAFIRA BINTI YUSOF ( D20201094181 )
10/11/20 11:21 PM

Saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh saudara iaitu saranan yang berkaitan
memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Selain daripada
memberikan bayangan kepada murid-murid tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara
saranan ini juga dapat menjadikan murid-murid menghormati antara satu sama lain. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kedua-dua mata pelajaran tersebut ada menerangkan dan
memberi pencerahan supaya kita saling menghormati antara satu sama lain terutama sekali
dari segi agama, budaya, adab dan adat. Sifat hormat menghormati ini amat dititikberatkan
terutama sekali dalangan murid supaya dapat menjamin negara yang harmoni pada masa
sekarang dan akan datang. Hal ini kerana, sifat tersebut akan melahirkan masyarakat yang
bersatu padu. Oleh itu, panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di setiap sekolah
hendaklah sentiasa memberi peranan yang penting dalam menjayakan saranan ini supaya
dapat melahirkan rakyat Malaysia yang penuh dengan nilai murni.

Page 51 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* SITI NUR'AIN FAZIERA BINTI THOMAS TUPUN ( D20201094186 )

13/11/20 10:20 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudara untuk memperkukuh dan memperluas Rancangan
Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) dalam usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana, RIMUP merupakan salah satu
medium untuk menyatupadukan murid yang berbilang kaum di dalam negara ini bermula di
peringkat bangku sekolah lagi. Tambahan lagi, program RIMUP mampu memberi nilai tambah
kepada program pengurusan sekolah dengan aktiviti mahupun objektif yang ditetapkan oleh
pihak kementerian. Misalnya aktiviti sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina yang dianjurkan
di peringkat sekolah secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan silaturahim dalam
kalangan warga sekolah, ibu bapa dan murid.

Page 52 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

22 SHAWN CHRISTIEN FABIAN (D20201094177 )

4/11/20 2:39 AM
Salam sejahtera Encik Zaini Bin Abdullah
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan trasnformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan
khusus. Murid orang asli dan kumpulan minoriti lain, dan murid kurang upaya fizikal atau pembelajaran
akan menerima bantuan tambahan supaya meneka juga menikmati peluang pendidikan sama rata.
Menjelang 2025, murid ini akan memasuki sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan
lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan membantu murid. Mereka
akan diajar oleh guru yang telah menerima latihan tambahan untuk memahami keperluan dan cabaran
khusus murid, strategi pengajaran yang diperlukan untuk mengajar murid berkeperluan khusus. Murid
ini juga akan diberikan sokongan melalui peluasan jaringan kaunselor, terapi dan pembantu guru
mengikut keperluan.
Selain itu, menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025. Pada masa ini,
ramai murid telah mempelajari bahasa tambahan selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa tambahan akan membantu murid menyertai tenaga kerja global. Oleh itu, aspirasi
kementerian adalah untuk memastikan setiap murid dan peringkat rendah hingga menengah,
berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Pada tahun-tahun permulaan, kementerian akan
memberikan tumpuan untuk menambahkan bilangan guru bahasa cina, bahasa tamil dan bahasa arab
bagi memastikan bilangan guru bahasa-bahasa itu sepadan dengan keperluan murid. Apabila sistem
pendidikan negara dapat meningkatkan kebolehan dan keupayaan, kementerian akan
memperkenalkan bahasa penting seperti bahasa sepanyol, bahasa perancis dan bahasa jepun.
Pengajaran bahasa tambahan juga akan dimasukkan dalam waktu pengajaran di sekolah menengah
seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Bukan itu sahaja, menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1
Bestarinet bagi semua 10000 sekolah menjelang 2013. Dalam masa yang terdekat semua murid akan
mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1 Bestarinet. Rangkaian ini berfungsi
sebagai asas kepada pembinaan platform pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru,murid
dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif,
dan berkomunikasi secara maya. Bagi memaksimumkan impak pelaburan, kementerian juga akan
melabur dalam latihan kecekapan ict untuk semua guru dan secara beransur-ansur, meningkatkan
kecekapan kos, kementerian akan melabur dalam peranti yang sesuai dengan tujuan penggunaan
seperti komputer asas atau komputer riba kos rendah. Sebagai alternatif kepada kemudahan ict sedia
ada, kementerian juga akan menguji penggunaan kaedah baharu yang kurang menggunakan sumber
seperti kaedah perpustakaan atau pusat pinjaman bergerak bagi komputer bimbit atau komputer.
Secara holistik, Rancangan Pembangunan Pendidikan diteruskan apabila pelan pembangunan
pendidikan malaysia (2013-2025) dilaksanakan dalam tiga gelombang untuk membolehkan anjakan
terlaksana ke arah mejadikan Malaysia berdaya saing dengan negara-negara yang mempunyai sistem
pendidikan termaju di dunia.
* MUHAMMAD NAIM BIN MOHD ALI ( D20201094183 )
6/11/20 8:00 PM

Ya, saya bersetuju dengan saranan yang telah diberikan oleh saudara. Pada abad ke 21 kini,
internet merupakan salah satu keperluan yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan kerana
murid-murid pada zaman sekarang merupakan generasi z. Mereka lebih mahir menggunakan
peranti yang boleh mengakses internet kerana mereka dilahirkan pada zaman teknologi
berkembang dengan pesat. Pembelajaran secara maya mampu memberikan kelebihan dan
kebaikan kepada murid-murid melalui 1 Bestarinet. Di samping itu, usaha kerajaan untuk
meningkatkan kemahiran penggunaan ict bagi guru adalah usaha yang baik bagi menjamin

Page 53 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

sistem pembelajaran di Malaysia setaraf dengan negara-negara yang tersohor di dunia ini.

* MUHAMMAD NAIM BIN MOHD ALI ( D20201094183 )

6/11/20 8:05 PM

11/11/20 5:25 PM

Saya setuju atas apa yang saudara katakan di mana pendidikan yang ada di negara bukan
sahaja perlu tertumpu pada satu-satu kawasan sahaja. Setiap pelajar yang ada di Malaysia tak
kira di pedalaman atau bandar, tak kira dari keturunan mana dan asal mereka, mereka semua
perlu mendapatkan perkhidmatan dan pendidikan yang sama. Saya amat tertarik terhadap apa
yang saudara katakan mengenai bantuan tambahan kepada murid orang asli dan kumpulan
minoriti lain, dan murid kurang upaya fizikal atau pembelajaran agar mereka dapat menikmati
peluang pendidikan sama rata. Menjelang 2025, murid ini akan memasuki sekolah yang
mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif dan membantu murid. Selain itu, menggalakkan setiap murid untuk mempelajari
bahasa tambahan untuk membantu mereka mendapat peluang dalam era globalisasi kini juga
amat penting, dan menyediakan akses internet dan persekitaran maya juga perlu untuk
mencapai pendidikan bertaraf dunia.

Sekian, terima kasih.

Page 54 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

23 MUHAMMAD HAFIY ZULFADHLI BIN ZUKI (D20201094179 )

4/11/20 7:30 AM
Saranan saya untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai,Pendidikan Sivikharus diperkukuhkan
dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan.Negara kita
perlu memiliki rakyat berbudi bahasa, bertanggungjawab, hormat-menghormati, beramanah, jujur
serta berintegriti Tetapi sistem nilai murni itu menjadi kayupen sebenar sebuah negara maju.
Pembangunan dilaksanakan dengan begitu pesat dan maju tidak bermakna tanpa rakyatnya tidak
menghayati nilai.Di manakah terletaknya nilai murni yang sepatutnya guru terapkan dalam pelajar?
apabila ada segelintir pelajar melakukan tindakan biadab dan tidak sopan baru-baru dan melanggar
disiplin.Perkara ini amatlah dikesali kerana anak muda kini bakal menjadi pemimpin masa depan
bertindak di luar batasan.Sebarang tindakan yang tidak wajar seharusya tidak diterapkan dalam
budaya dalam kalangan generasi muda.Tidak guna bagi kita mempunyai infrastruktur bertaraf kelas
pertama tetapi rakyatnya mempunyai mentaliti kelas ketiga, dibuktikan dengan beberapa sindrom
negatif seperti tabiat membuang sampah di merata tempat, memandu kurang sopan, kurangnya
kesedaran sivik terhadap harta benda awam dan kekasaran terhadap pelanggan.
Seterusnya,perkukuhkan Pendidikan islam dan moral dan memberi fokus keatas teras nilai dan falsafah
agama.Kepentingan agama islam dan moral kepada setiap manusia ialah dapat menjadikan manusia
berakhlak mulia.Kerana agama mengajarkan manusia tentang nilai-nilai moral sebagai panduan
kepada manusia untuk berfikir samada baik dan buruk.Jika setiap manusia berakhlak mulia maka
sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan,keamanan dan kesejahteraan dan
terselamat dari keadaan huru-hara,perpecahan, masalah sosial dan sebagainya.Langkah-langkah untuk
menjadikan manusia yang berakhlak mulia ialah memiliki akal yang sempurna, taat dalam
menjalankan ajaran Tuhan,memiliki ilmu dan banyak bersyukur dengan nikmat yang diberikan.Cara
yang terbaik dalam pengukuhan pendidikan agama islam dan moral ialah guru hendaklah menanam
akhlak dengan latihan-latihan rohani terhadap para pelajar agar nilai hidup mereka bertambah baik.
Ketiga,menggalakkan penyertaan 1 murid 1sukan,1 kelab dan 1 badan beruniform untuk
mengembangkan potensi murid.Dengan penyertaan ini,berupaya membangunkan modal insan melalui
penyertaan yang menyeluruh dari kalangan pelajar dalam kegiatan aktiviti kokuruikulum sepanjang
tahun.Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah
unggul dan berkeperibadian mulia.Oleh itu,1 murid,1 sukan, 1 kelab, 1 badan uniform secara tidak
langsung dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di
sekolah.Perkara ini bertujuan untuk membangunkan kokurikulum sekolah ke arah meningkatkan kadar
penyertaan murid dalam di setiap persatuan,kelab dan sukan di sekolah.Setiap murid termasuk murid
berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian
dalam sekurang-kurangnya satu jenis bahagian dalam kokurikulum.Di samping itu,Kerajaan juga ingin
membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

Page 55 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

24 PETLUSIA ANAK FRANKIE (D20201093249 )

4/11/20 3:17 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah dengan
mengukuhkan dan memperluaskan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Tujuan
RIMUP tersebut diadakan adalah bagi memudahkan integrasi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan
sosio ekonomi. Pendekatan sempurna RIMUP lebih ketat dan sarat dengan mesej perpaduan akan
memberi impak kepada agenda perpaduan kaum secara menyeluruh. Selain itu, RIMUP memerlukan
pembabitan daripada ibu bapa dan komuniti bagi memastikan perpaduan dan semangat patriotisme
terus diamalkan dalam kalangan murid semasa serta selepas waktu persekolahan. Program RIMUP ini
mempunyai hala tuju jelas, iaitu bermatlamat untuk menyatupadukan pelajar berbilang kaum di negara
ini. Kita perlu menaruh keyakinan bahawa program ini mampu menjadi model untuk memupuk
perpaduan yang penting bagi membantu mengekalkan kestabilan, kemajuan dan tamadun di negara
ini.

Seterusnya, memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral. Hal ini dikatakan demikian kerana,
pendidikan ini lebih fokus ke atas teras nilai dan falfasah agama utama. Pendidkan Islam dan Moral
memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk personaliti pelajar yang merangkumi
aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pelajar
diharapkan dapat mengaplikasikan segala ilmu asas pengetahuan dan konsep yang dipelajari dalam
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral supaya dapat menepati kehendak pendidikan dalam membina
sahsiah pelajar berkualiti. Pembelajaran Pendidikan Islam merangkumi konsep ilmu, seterusnya
mendorong mereka mengkaji, mendalami, menghayati dan memahami konsep tasawur dan aqidah
Islam. Manakala Pendidikan Moral pula membolehkan pelajar memahami dan menghayati nilai-nilai
yang diperlukan untuk berakhlak mulia, menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara
manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya dan mengembangkan
pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan kerohanian dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.

Selanjutnya, memperkukuh pendidikan Sivik. Melalui pendidikan ini maka akan menjadikan
perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat bagi tamat persekolahan. Kepentingan pendidikan Sivik
adalah dapat membantu pelajar mengenal, mengurus, mempelajari tentang hak dan tanggungjawab
seseorang. Selain itu, pelajar mampu mengenal pasti peranan dan tanggungjawab anggota keluarga.
Justeru, pendidikan Sivik mampu membimbing pelajar agar berinteraksi dan berkomunikasi secara
sopan dengan orang lain. Para pelajar juga dapat memahami, mengekalkan dan menghargai pelbagai
agama, tradisi serta budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Pelajar dapat mengenali
sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara serta memupuk perasaan bangga dan
cinta akan negara.
* NOOR FAZWANI BINTI ABDUL RASHID ( D20201093277 )
5/11/20 1:17 AM

Saya sangat setuju dengan pendapat saudari yang menyatakan bahawa Pendidikan Islam dan
Moral merupakan salah satu saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia. Melalui pembelajaran Pendidikan Islam dapat melahirkan pelajar
yang mempunyai ketahanan diri dan mampu menghadapi pelbagai cabaran. Hal ini kerana
mereka akan diajar mengenai perbezaan baik dan buruk apabila melakukan sesuatu perkara.
Pendidikan Islam dan Moral ini dapat membentuk peribadi mulia seseorang melalui kepatuhan
terhadap agama yang dianuti. Kekurangan nilai seseorang pada zaman ini berlaku disebabkan
oleh pengabaian terhadap mempelajari Pendidikan Islam dan Moral. Oleh itu, Pendidikan Islam

Page 56 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

dan Moral ini amat penting dipelajari agar agenda untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

* SHAWN CHRISTIEN FABIAN ( D20201094177 )

6/11/20 12:14 AM

Saya bersetuju dengan pernyataan yang diulaskan oleh saudari. Melalui program Rancangan
Integrasi Murid untuk perpaduan (RIMUMP) ia dapat melahirkan persefahaman dan toleransi
antara murid pelbagai kaum di sekolah dan RIMUMP dapat melahirkan generasi Malaysia yang
berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan
peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif
dan bersepadu. Bukan itu sahaja, melalui pendidikan di sekolah iaitu pengajaran seperti
pendidikan Islam, pendidikan Moral dan pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan
meningkatkan lagi kefahaman pelajar-pelajar dalam kelas kerana telah diterapkan nilai-nilai
murni melalui sesi pembelajaran. Oleh itu, pengahayatan nilai-nilai moral membolehkan pelajar-
pelajar membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.

* ALISIA EVA POH ( D20201093272 )

6/11/20 9:17 PM

Saya bersetuju dengan pernyataan terakhir saudari tentang memperkukuhkan Pendidikan

Sivik. Hal ini kerana Pendidikan Sivik bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada para
pelajar tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai, patriotik dan boleh menyumbang kepada
kesejahteraan masyarakat dan negara. Pendidikan Sivik haruslah dijadikan sebagai mata
pelajaran yang penting dalam pendidikan untuk mengelakkan daripada para pelajar
menganggap bahawa mata pelajaran Sivik ini remeh temeh. Sebaliknya, Pendidikan Sivik dapat
mengajar para pelajar dalam pelbagai hal yang boleh membawa kepada kemajuan diri.
Pendidikan Sivik menerapkan nilai bekerjasama, toleransi dan hormat-menghormati kaum lain
dalam setiap aktiviti yang diadakan. Hal ini kerana perpaduan dalam kalangan pelajar amat
membantu dalam penghayatan nilai. Akhir sekali, perselisihan faham dan pertelingkahan antara
pelajar juga tidak akan berlaku.

* MUHAMMAD KHAIRUL IZWAN BIN RAMLI ( D20201093235 )

12/11/20 10:50 PM

Saya bersetuju dengan saranan yang dikemukakan saudari Petlusia iaitu dengan
memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai
dan falsafah agama. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan islam sangat memainkan
peranan yang penting untuk dijiwai dan difahami oleh semua murid yang beragama islam dapat
membantu menghayati nilai tersebut. Bagi murid yang bukan beragama Islam pula, kurikulum
Pendidikan memberi penekanan terhadap nilai teras semua agama di Malaysia. Pendidikan
Moral ini telah menekankan tentang penerapan nilai-milai murni dalam diri untuk diamalkan
dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat dilaksanakan dengan berkesan sekaligus dapat
membentuk insan yang cemerlang bertaraf dunia. Jelaslah bahawa saranan ini dapat dilihat
dengan terbentuknya keharmornian negara tercinta tanpa mengira kaum dan bangsa di
sekolah.

Page 57 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

25 NOOR FAZWANI BINTI ABDUL RASHID (D20201093277 )

4/11/20 3:48 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
penerapan nilai-nilai murni kepada murid-murid iaitu penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Penghayatan nilai ini merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kewarganegaraan dan
sebagainya. Perkara ini ditekankan dalam Anjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang mampu menghayati nilai. Oleh itu,
KPM telah memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik serta menjadikan
perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan. Pendidikan-pendidikan ini dapat
memupuk dalam diri murid-murid supaya patuh pada ajaran masing-masing serta menjadi panduan
agar tindakan yang dilakukan tidak menyeleweng dari norma-norma masyarakat. Oleh itu, tindakan
KPM ini dapat meningkatan penghayatan nilai-nilai dalam kalangan murid-murid.
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia yang seterusnya
ialah melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM terbahagi kepada
dua iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas. Menengah Rendah memberi fokus kepada
pencapaian pendidikan umum dan perkembangan sifat-sifat kewarganegaraan manakala Menengah
Atas pula memberi fokus kepada penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang lebih luas dan
mendalam, menitikberatkan aktiviti kurikulum serta pendekatan dan strategi pembelajaran seimbang
dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berpusatkan pelajar. Pelaksanaan KBSM ini
memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengembangkan potensi pelajar dalam emosi dan
rohani diperluaskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.
Akhir sekali, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
mengukuhkan dan memperluaskan program rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) oleh
KPM. Pendekatan yang sarat dengan mesej perpaduan ini diyakini dapat memberi impak langsung
kepada agenda perpaduan kaum secara holistik. Setiap sekolah disarankan agar melaksanakan
susunan tempat duduk secara bercampur dalam kalangan pelbagai etnik. Selain itu, KPM haruslah
memperkasakan temasya program RIMUP secara berkala pada masa hadapan dan media sosial turut
berperanan untuk memberi pendedahan program ini terhadap masyarakat. Hal ini dikatakan demikian
kerana program ini mampu menyuntik semangat kerjasama perpaduan 1 Malaysia kepada peserta.
Tegasnya, program RIMUP ini mempunyai hala tuju jelas menyatupadukan pelajar berbilang kaum di
Malaysia.

Page 58 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

26 NURUL ZAKIRAH BINTI BADRUL HISHAM (D20201093261 )

4/11/20 6:01 PM
Antara saranan terbaik yang saya berikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
adalah dengan mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar. Guru memainkan peranan
penting dalam menerapkan nilai-nilai dalam diri para pelajar. Seseorang guru akan bertindak sebagai
role model kepada pelajar-pelajarnya mahupun di sekolah dan di luar kawasan sekolah. Setiap strategi
yang dilaksanakan oleh guru dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar mestilah dapat
meningkatkan penghayatan nilai. Hal ini akan mampu membentuk disiplin kendiri dalam kalangan para
pelajar kerana mereka mempunyai contoh dan dorongan yang terbaik daripada seorang guru. Oleh itu,
seseorang guru perlu mendekati para pelajar mereka dan cuba memberi dorongan kearah yang lebih
baik kepada pelajar.
Selain itu, penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum dan kokurikulum juga merupakan
salah satu saranan terbaik dalam melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Penekanan nilai-
nilai murni dalam setiap sebjek di sekolah terutamanya dalam subjek pendididkan sivik, moral dan
agama Islam amat penting bagi muwujudkan penghayatan nilai. Proses pembelajaran dari peringkat
awal mampu melentur para pelajar untuk lebih memahami sesuatu nilai dan menghayati nilai-nilai
tersebut dengan lebih mendalam. Semasa aktiviti kokurikulum juga boleh diterapkan penghayatan ini
melalui kerja berkumpulan bagi menjayakan aktiviti. Nilai Kerjasama dan saling menghormati pendapat
ahli kumpulan mampu mewujudkan keharmonian sesebuah pasukan dan institusi.
Saranan terakhir untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan adalah dengan meningkatkan potensi individu. Setiap individu mempunyai pelbagai
keupayaan dan bakat yang tersendiri yang meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu
pendidikan memainkan peranan penting dalam memperkembangkan potensi individu dan ianya perlu
dirancangkan terlebih dahulu dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh.
Kebiasaannya seseorang guru mampu mengenal pasti kelebihan yang terdapat pada seseorang pelajar
dan membantu untuk mencungkil bakat mereka. Pemberian semangat dan dorongan akan memberi
penghayatan nilai seperti saling membantu dan tidak memandang rendah terhadap orang lain.
Keyakinan diri dapat dibentuk dan seterusnya mampu melahirkan seorang modal insan yang
berkeyakinan tinggi dan sentiasa tidak takut untuk membuat kesilapan malah berusaha memperbaiki
kesilapan yang dilakukan.
* NURAINI HADIRAH BINTI MOHAMAD ( D20201093255 )
5/11/20 12:59 AM

Saya amat bersetuju dengan saranan yang telah dikemukakan oleh saudari iaitu mewujudkan
hubungan positif antara guru dan murid-murid mampu melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai murni dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana guru
merupakan orang yang paling dekat dengan murid-murid di sekolah selepas ibu bapa mereka.
Guru juga menghabiskan banyak masa bersama murid-murid di sekolah. Guru memainkan
peranan yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak murid. Oleh itu,
guru hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan menunjukkan tingkah laku yang baik
kepada murid-murid kerana kelakuan guru akan diikuti oleh murid-murid. Guru juga hendaklah
menjadi 'role model' kepada murid-murid kerana mereka akan melihat tingkah laku dan
menjadikan ikutan kepada mereka. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

Page 59 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* MUHAMMAD ALIFF BIN ABDUL MANAF ( D20201093231 )

7/11/20 10:42 AM

Berdasarkan cadangan saudari, saya amat bersetuju bahawa saranan terbaik yang saudari
berikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan
mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar. Hal ini kerana, guru merupakan
insan yang bertanggungjawab membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar selain dari didikan
ibu bapa dirumah. Selain dapat membantu dalam aspek pembelajaran, hubungan rapat antara
guru dengan pelajar dapat memberi kesan yang positif terhadap akhlak mereka. Oleh itu, guru
perlulah bijak mengambil kesempatan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.
Hasilnya, dengan didikan serta bimbingan yang mencukupi murid yang mempunyai
keperibadian yang tinggi dapat dilahirkan.

* ANATHASIA LEE MEI LING ( D20181081684 )

9/11/20 4:08 PM

Saya bersetuju dengan saranan yang dinyatakan oleh saudari terutamanya tentang penerapan
nilai-nilai murni dalam kurikulum sama juga dengan kokurikulum. Pendidikan yang berbentuk
memupuk nilai murni dapat melahirkan masyarakat yang lebih beretika dan perpaduan antara
sama lain. Hal ini sangat penting kerana pelajar merupakan modal insan bagi generasi yang
akan datang. Bukan itu sahaja, melalui nilai-nilai murni juga, pelajar akan mempelajari
bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Dengan keadaan sedemikian, pelajar yang mempunyai nilai kerohanian yang tinggi lebih
cenderung untuk meningkatkan pelajaran mereka agar menjadi seorang pelajar yang
cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum.

* AMIR IZAAZ BIN MAZLAN ( D20201095584 )

11/11/20 2:44 AM

Saya bersetuju dengan Cik Zakirah mengenai hal penerapan nilai-nilai murni kurikulum dan
kokurikulum, namun saya ingin menambah dimana para pelajar juga boleh mengikuti aktiviti
kokurikulum untuk menerapkan nilai-nilai murni. Aktiviti kokurikulum mampu mengembang
potensi pelajar dalam pelbagai aspek. Ini dapat dibuktikan apabila sesebuah sekolah menajdi
sekolah kluster daripada sekolah sekolah harian. Penglibatan pelajar dalam kokurikulum amat
penting untuk mengembangkan potensi para pelajar dan dalam masa yang sama, nilai-nilai
murni dapat diterapkan menerusi aktiviti yang dikuti oleh para pelajar.

Page 60 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

27 TENGKU IZZUL SYAHMI BIN RAJA SALLEH (D20201094107 )

4/11/20 10:14 PM
Antara saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
dengan Kementerian mestilah mengambil langkah untuk melahirkan murid yang memiliki sahsiah
terpuji serta mempunyai identiti nasional. Dengan itu kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Agama
Islam dan Pendidikan Moral akan dimantapkan. Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama akan
ditingkatkan dengan pengukuhan kurikulum Dini dan Tahfiz agar murid dapat dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur Islam
yang kukuh. Soal ini sebenarnya banyak juga dibangkitkan oleh ibu bapa Islam yang mahu pendidikan
Islam diperkukuh dan diperluas agar menjadi asas kukuh dalam sahsiah dan peribadi moral dan akhlak
anak-anak kita. Dengan adanya langkah ini rakyat malaysia yang menghayati nilai nilai moral yang
bermanfaat.
Selain itu , saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
mengukuhkan dan memperluaskan program rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) oleh
KPM. Pendekatan yang sarat dengan mesej perpaduan ini diyakini dapat memberi impak langsung
kepada agenda perpaduan kaum secara holistik. Setiap sekolah disarankan agar melaksanakan
susunan tempat duduk secara bercampur dalam kalangan pelbagai etnik. Selain itu, KPM haruslah
memperkasakan temasya program RIMUP secara berkala pada masa hadapan dan media sosial turut
berperanan untuk memberi pendedahan program ini terhadap masyarakat. Hal ini dikatakan demikian
kerana program ini mampu menyuntik semangat kerjasama perpaduan antara setiap warga Malaysia.
Saranan akhir adalah melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan, kelab atau
persatuan, dan badan beruniform. Dalam Anjakan Ketiga ini dinyatakan memperkembangkan murid
secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan
Beruniform. Dalam erti kata lain, setiap murid perlu menganggotai satu acara sukan, satu aktiviti kelab
dan satu badan beruniform.Kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di
negara ini. Penglibatan murid dalam kokurikulum mampu memupuk sahsiah dan pembentukan
perpaduan dalam kalangan murid sekolah. Penyertaan murid dalam kokurikulum dapat menyemai
perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional serta nilai-nilai murni. Secara tidak langsung
pendedahan murid melalui interaksi dalam aktiviti kokurikulum bersama rakan lain tanpa mengira
bangsa dan kedudukan ini akan memberi pendedahan untuk melatih murid ke arah transformasi
pendidikan yang baharu.

* NUR FATIHAH BINTI MOHD AZLAN ( D20201094189 )

5/11/20 11:53 PM

Saya amat bersetuju dengan saranan yang telah dikemukakan oleh saudara iaitu mengukuhkan
dan memperluaskan program rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) oleh KPM.
Hal ini dikatakan demikian kerana RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan
masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas
serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
Hasil daripada program RIMUP ini ialah menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para
guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah
dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama. Selain itu, dapat melahirkan persefahaman dan
toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah. Jelaslah bahawa KPM perlu memperkukuhkan
dan memperluaskan program RIMUP di negara ini.

Page 61 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

28 NUR FATIHAH BINTI MOHD AZLAN (D20201094189 )

4/11/20 11:47 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah memperkukuhkan
Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama.
Pendidikan Islam adalah sangat penting untuk dijiwai oleh semua murid beragama Islam. Melalui
kefahaman dan penghayatan konsep Islam sebenarnya akan membantu murid untuk menghayati nilai
seperti mana yang dinyatakan dalam Anjakan Ketiga ini. Sementara itu, bagi murid bukan beragama
Islam, kurikulum Pendidikan Moral memberi penekanan tentang nilai teras semua agama di Malaysia.
Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam
diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Murid perlu fahami akan kepentingan nilai murni
dalam kehidupan sebenar sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam diri. Jelaslah
bahawa jika kita memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral akan melahirkan rakyat yang
menghayati nilai.
Selain itu, mengembangkan potensi murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan
penyertaan pelajar dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Hal ini dikatakan demikian
kerana penglibatan pelajar dalam kokurikulum mampu mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit
kokurikulum mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Di situ pada pelajar berbincang
untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Secara tidak
langsung aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungan para pelajar tanpa mengira agama dan bangsa.
Dapatlah disimpulkan bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada para pelajar terutamanya
dalam aspek pemupukan pelbagai nilai murni. Oleh itu, para pelajar perlulah memanfaatkan masa
yang terluang dengan menyertai aktiviti 1 Sukan 1 Kelab dan 1Badan Beruniform.
Akhir sekali, memperkukuhkan pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti
sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan. Pelaksanaan Pendidikan Sivik dilakukan secara
bersepadu dan holistik dengan memberi penekanan terhadap Literasi Sivik (dalam bilik darjah) dan
Amali Sivik (luar bilik darjah). Pelaksanaannya akan melibatkan pihak sekolah, komuniti, swasta dan
kementerian. Semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai
murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya yang positif. Hal ini dikatakan
demikian kerana para pelajar boleh dibantu dalam proses mereka membentuk nilai yang berkaitan
dengan kehidupan dalam masyarakat demokrasi dan majmuk melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Guru juga perlu menjadi model penerapan nilai murni. Guru perlu mengamalkan nilai sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran mereka supaya menjadi ikutan kepada para pelajar. Jelas menunjukkan
bertapa pentingnya peranan pihak sekolah, komuniti, swasta dan kerajaan dalam pembentukan nilai
dan akhlak pelajar.
Sekian terima kasih.

* MOHD.HANIF BIN ALIAKBAR ( D20201093223 )

6/11/20 8:07 AM

Berdasarkan apa yang saudari nyatakan dalam saranan yang saudari kemukakan di
perenggan kedua ialah saya bersetuju bahawa guru mestilah mengembangkan potensi murid
secara holistik dengan mengukuhkan lagi penyertaan murid dalam 1 sukan, 1 kelab dan 1
badan beruniform. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan nilai
yang ada dalam diri pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, kegiatan kokurikulum
merupakan salah satu cara mengembangkan potensi dan meningkatkan penghayatan nilai
dalam diri pelajar yang mana dilakukan diluar bilik darjah tidak seperti proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contohnya, penghayatan nilai dapat dipupuk apabila murid sering
bekerjasama dalam satu pasukan melalui kegiatan kokurikulum seperti aktiviti gotong-royong

Page 62 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

memerlukan kerjasama yang erat dan padu yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai kaum
secara tidak langsung penghayatan nilai cinta akan alam sekitar dapat dipupuk dalam diri
pelajar.

* MUHAMMAD NAIM BIN MOHD ALI ( D20201094183 )

7/11/20 7:40 PM

Ya, saya bersetuju dengan saranan yang telah diberikan oleh saudari. Pada tahun 2020 kini,
perkembangan teknologi sedang berkembang dengan pesat dan banyak negara-negara yang
tersohor dalam bidang pendidikan telah menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran melalui
ict. Bagi saya, pembelajaran menggunakan kaedah ict mampu memberikan pelbagai manfaat
dan kelebihan bagi pelajar dan guru. Strategi bagi mempertingkatkan penggunaan ict di
sekolah adalah usaha yang baik daripada pihak kerajaan bagi memastikan kualiti pembelajaran
yang diberikan pada murid-murid. Di samping itu, penggunaan ict memudahkan guru untuk
mengajar dengan penggunaan video untuk menunjukkan contoh-contoh nilai murni. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan medium ict lebih menarik untuk digunakan
di dalam kelas.

* AZIZA NAJIHA BINTI JOHYRI @ JOHARI ( D20201094190 )

13/11/20 12:02 PM

saya bersetuju dengan cadangan saudari yang mengatakan pendidikan islam dan moral dengan
memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama adalah saranan terbaik untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan. Pendidikan
Islam dan Moral adalah sangat penting untuk dipelajari oleh setiap murid supaya dapat
membentuk akhlak yang terpuji. Mempelajari pendidikan islam adalah sangat penting untuk
memupuk sifat yang terpuji di kalangan murid dan melalui pendidikan islam ini juga,dapat
mengajar setiap murid untuk melakukan kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada
masyarakat kelak. Pendidikan moral juga mempunyai tujuan yang sama untuk membentuk
murid yang berakhlak mulia dan murid yang bukan beragama islam haruslah menghayatinya
supaya menjadi insan yang berguna. Melalui pendidikan ini, murid dapat menghayati dan
memahami nilai-nilai yang dipelajari dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

Page 63 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

29 NURAINI HADIRAH BINTI MOHAMAD (D20201093255 )

5/11/20 12:29 AM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah guru hendaklah
menjadi tauladan yang baik kepada anak-anak murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru
merupakan orang yang sentiasa dekat dengan murid-murid dan dianggap sebagai ibu bapa di sekolah.
Setiap perbuatan dan kelakuan guru akan diperhatikan dan ditiru oleh murid-murid. Oleh itu, guru
hendaklah sentiasa menunjukkan nilai-nilai murni kepada anak-anak murid supaya menjadi ikutan dan
amalan mereka dalam kehidupan seharian. Oleh itu, hal ini secara tidak langsung menyebabkan murid-
murid dapat mengetahui dan menghayati nilai-nilai murni seterusnya mempraktikkannya dalam
kehidupan seharian mereka. Oleh itu, lahirlah rakyat yang menghayati serta mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengamalkan nilai hormat-
menghormati di antara satu sama lain dan nilai ini dapat dicontohi oleh murid-murid yang lain.
Seterusnya, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai adalah
penerapan nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sekolah, dalam mata
pelajaran sivik dan kewarganegaraan, banyak nilai murni yang telah diajarkan kepada murid-murid di
sekolah. Namun begitu, peruntukan masa untuk mata pelajaran ini amatlah terhad iaitu sekali
seminggu. Masa yang diperuntukkan tidaklah begitu mencukupi untuk menerapkan nilai-nilai murni
tersebut. Oleh itu, nilai-nilai murni ini juga boleh diterapkan dalam mata pelajaran yang lain seperti
mata pelajaran Bahasa Melayu dan juga pendidikan agama dan moral. Hal ini bukan sahaja dapat
mendedahkan lagi pengetahuan tentang nilai-nilai murni kepada murid-murid, malah dapat memberi
ruang dan peluang kepada murid-murid untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih berkesan dan
efisien. Sebagai contoh, guru bagi mata pelajaran agama dan moral dapat menjelaskan kebaikan yang
bakal diperolehi oleh mereka apabila mengamalkan nilai dalam kehidupan seharian.
Selain itu, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai adalah
menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Banyak aktiviti kokurikulum yang
telah dijalankan di sekolah seperti unit beruniform, kelab dan persatuan dan juga aktiviti sukan seperti
dasar 1 Murid 1 Sukan yang telah diperkenalkan oleh KPM. Melalui penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum, mereka dapat menghayati banyak nilai-nilai murni seperti amalan tolong menolong, nilai
hormat menghormati dan bekerjasama. Penglibatan murid dalam kokurikulum juga mampu memupuk
sahsiah dan pembentukan perpaduan dalam kalangan murid sekolah. Penyertaan murid dalam
kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional serta nilai-nilai murni
di dalam kalangan mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum
mampu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai-nilai murni.
* NOOR FAZWANI BINTI ABDUL RASHID ( D20201093277 )
5/11/20 1:30 AM

Saya sangat setuju dengan pendapat saudari yang menyatakan bahawa galakan penyertaan
murid-murid dalam aktiviti kokurikulum merupakan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan
transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan
tubuh badan melalui sukan dan permainan, namun dapat melatih diri menjadi seorang
pemimpin. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap badan beruniform atau kelab dan
persatuan memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa bagi mengetuai mereka. Untuk
mendapatkan seorang pemimpin yang diinginkan undian perlu dibuat bagi mendapat kata
sepakat. Seorang pemimpin yang dipilih pastilah pemimpin yang mendapat undian ramai
kerana tahap kepimpinan yang diingini. Pemimpin yang dipilin pula tidak bolehlah bersifat pilih
kasih kerana akan memecahbelahkan suatu kumpulan itu. Tegasnya, tujuan pelaksanaan
kurikulum ini adalah menepati saranan yang diinginkan oleh Malaysia iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan
transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

Page 64 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NOOR FAZWANI BINTI ABDUL RASHID ( D20201093277 )

5/11/20 1:32 AM

Saya sangat setuju dengan pendapat saudari yang menyatakan bahawa galakan penyertaan
murid-murid dalam aktiviti kokurikulum merupakan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan
transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan
tubuh badan melalui sukan dan permainan, namun dapat melatih diri menjadi seorang
pemimpin. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap badan beruniform atau kelab dan
persatuan memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa bagi mengetuai mereka. Untuk
mendapatkan seorang pemimpin yang diinginkan undian perlu dibuat bagi mendapat kata
sepakat. Seorang pemimpin yang dipilih pastilah pemimpin yang mendapat undian ramai
kerana tahap kepimpinan yang diingini. Pemimpin yang dipilin pula tidak bolehlah bersifat pilih
kasih kerana akan memecahbelahkan suatu kumpulan itu. Tegasnya, tujuan pelaksanaan
kokurikulum ini adalah menepati saranan yang diinginkan oleh Malaysia iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan
transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

* NOOR FAZWANI BINTI ABDUL RASHID ( D20201093277 )

5/11/20 1:34 AM

Saya sangat setuju dengan pendapat saudari yang menyatakan bahawa galakan penyertaan
murid-murid dalam aktiviti kokurikulum merupakan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan
transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan
tubuh badan melalui sukan dan permainan, namun dapat melatih diri menjadi seorang
pemimpin. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap badan beruniform atau kelab dan
persatuan memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa bagi mengetuai mereka. Untuk
mendapatkan seorang pemimpin yang diinginkan undian perlu dibuat bagi mendapat kata
sepakat. Seorang pemimpin yang dipilih pastilah pemimpin yang mendapat undian ramai
kerana tahap kepimpinan yang diingini. Pemimpin yang dipilih pula tidak bolehlah bersifat pilih
kasih kerana akan memecahbelahkan suatu kumpulan itu. Tegasnya, tujuan pelaksanaan
kokurikulum ini adalah menepati saranan yang diinginkan oleh Malaysia iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan
transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

* SITI NURUL FATIHAH BINTI ABDUL RAHIM ( D20201093269 )

6/11/20 1:12 AM

Saya agak bersetuju dengan saranan saudari terutamanya berkaitan dengan guru sebagai "role
model" untuk menghayati nilai terutamanya bagi pelajar di sekolah. Hal ini kerana guru
merupakan tunggak utama bagi membentuk kemandirian pelajar ketika di sekolah. Oleh itu,
input yang terbaik semestinya memberi impak kepada pembentukan nilai dan akhlak pelajar.
Namun begitu, tidak boleh juga disangkal bahawa semuanya bermula dengan niat dalam diri
seseorang pelajar tersebut. Ini kerana, seperti yang kita dapat lihat, sesetangah pelajar masih
gagal untuk menghayati nilai atau input yang telah diberikan oleh guru-guru mereka ketika
waktu persekolahan. Sesetengah daripada mereka juga menganggap bahawa ilmu-ilmu
berkaitan nilai yang baik ini adalah sia-sia dan tidak memberi apa-apa kesan positif kepada diri

Page 65 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

mereka pada masa hadapan. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global
tidak dapat diimbangi oleh kerana pembangunan identiti nasional yang tidak kukuh. Oleh hal
yang demikian, dalam konteks ini, kedua-dua pihak ini haruslah selari dan saling melengkapi
antara satu sama lain bagi membangunkan pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

* MOHD.HANIF BIN ALIAKBAR ( D20201093223 )

6/11/20 8:29 AM

Assalamualaikum saudari,
Saya bersetuju dengan saranan yang telah saudari ketengahkan yang mana bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah guru itu sendiri hendaklah menjadi contoh tauladan
yang baik kepada anak-anak murid. Contoh tauladan yang ditunjukkan yang baik akan menjadi
panduan kepada pelajar kerana sebagai guru nilai etika yang baik haruslah dijadikan contoh
kepada pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar akan mengikut guru dalam semua
aspek. Jadi, kegagalan guru menunjukkan sikap tauladan yang baik akan menyebabkan pelajar
akan mengikut kelakuan yang kurang baik itu. Sebagai contoh, apabila guru menunjukkan etika
berpakaian yang kemas dan rapi pelajar akan cenderung mengikuti gaya pemakaian tersebut
begitu juga sebaliknya. Oleh itu, jelaslah bahawa tauladan yang baik mestilah ditunjukkan
kepada warga sekolah agar penghayatan nilai dalam kalangan pelajar khususnya dapat
dikembangkan melalui etika berpakaian.

Page 66 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

30 NUR AIN SAFIAH ARINA BINTI ROSMADI (D20201095585 )

5/11/20 12:33 PM
Antara saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transfomasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
dengan menerapkan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dalam asas pembelajaran.
Melalui penerapan nilai murni ianya akan melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Dapat
kita lihat kini untuk merealisasikan aspirasi negara, kemantapan dan kemumian sistem pendidikan
negara merupakan asas yang amat penting. Hasrat ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, ernosi,
rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kcpada Tuhan. Justeru itu, rakyat Malaysia
harus menghayati dahulu erti nilai supaya transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia dapat
dilaksanakan.
Saranan seterusnya ialah dengan menjalankan tanggungjawab dan amanah selaras dengan hasrat
PPPM. Terutamanya Guru yang banyak memainkan peranan dalam melonjakkan kualiti Pendidikan
negara ke tahap bertaraf dunia. Oleh yang demikian, guru perlu melihat keberhasilan diri sendiri dalam
konteks global kerana anak murid yang dididik pada hari ini adalah kejayaan atau kegagalan modal
insan yang akan dibentuk dalam PPPM nanti. Guru perlu memastikan diri mereka dilengkapi dengan
kemahiran pedagogi bersifat holistik, meneroka penggunaan model pembelajaran pelbagai mod yang
memanfaatkan teknologi supaya dapat mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi serta mengukuhkan
pembelajaran murid. Melalui hal ini, pasti akan lahirnya pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif dan
dapat menerapkan diri dalam nilai yang ada selaras dengan anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan
transfomasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Yang terakhir ialah guru sebagai suri teladan kepada masyarakat. Dapat kita lihat bahawa kini tahap
teknologi dalam Pendidikan di Malaysia amat canggih, oleh itu guru harus mengambil manfaat ini
untuk bersedia membuka minda supaya dapat menjadikan kemahiran ICT sebagai amalan terbaik
dalam pedagogi.Anjakan Transformasi Ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di sekolah harus disambut dengan minda positif oleh guru. Dalam PPPM, satu penanda
aras dikenali sebagai Standard Teknologi Pendidikan Kebangsaan (NETS) memerlukan semua guru di
bilik darjah mencapai standard iaitu memudah dan mencetus inspirasi pembelajaran serta kreativiti
murid. Oleh itu, guru guru harus sentiasa peka dengan perkembangan teknologi di Malaysia supaya
tidak ketinggalan dalam melaksanakan proses pembelajaran yang berkesan supaya lahirnya pelajar
yang menghayati nilai melalui anjakan Pendidikan.
* MUHAMMAD NAIM BIN MOHD ALI ( D20201094183 )
7/11/20 7:40 PM

Ya, saya bersetuju dengan saranan yang telah diberikan oleh saudari. Pada tahun 2020 kini,
perkembangan teknologi sedang berkembang dengan pesat dan banyak negara-negara yang
tersohor dalam bidang pendidikan telah menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran melalui
ict. Bagi saya, pembelajaran menggunakan kaedah ict mampu memberikan pelbagai manfaat
dan kelebihan bagi pelajar dan guru. Strategi bagi mempertingkatkan penggunaan ict di
sekolah adalah usaha yang baik daripada pihak kerajaan bagi memastikan kualiti pembelajaran
yang diberikan pada murid-murid. Di samping itu, penggunaan ict memudahkan guru untuk
mengajar dengan penggunaan video untuk menunjukkan contoh-contoh nilai murni. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan medium ict lebih menarik untuk digunakan
di dalam kelas.

Page 67 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

31 ALISIA EVA POH (D20201093272 )

5/11/20 11:51 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah melalui
pengukuhan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral. Pendidikan Islam dapat membentuk
personaliti dari aspek rohani, jasmani, intelek, serta juga emosi. Manakala, Pendidikan Moral
bermatlamat untuk membentuk individu yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Oleh hal yang
demikian, subjek ini harus diutamakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana,
apabila para pelajar mempelajari dan menghayati nilai-nilai yang terdapat dalam Pendidikan Bahasa
Islam dan Pendidikan moral, mereka akan lebih memahami dan mengaplikasikan nilai-nilai yang telah
dipelajari dalam kehidupan harian mereka. Kesannya, para pelajar dapat mengelakkan diri daripada
terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang mampu menyebabkan kehancuran masa depan
kelak.
Selain itu, mengembangkan potensi pelajar secara holistic dengan mengukuhkan keperluan
penyertaan pelajar dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform juga merupakan saranan terbaik
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Hal ini kerana, penyertaan murid
dalam aktiviti kokurikulum ini dapat menyemai dan mengukuhkan nilai-nilai murni secara tidak
langsung semasa menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan. Sebagai contoh penyertaan
pelajar dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform memerlukan nilai berkerjasama, toleransi,
hormat-menghormati, kerajinan, amanah. Bertanggungjawab, hemah tinggi dan sebagainya dalam
menjayakan sesuatu aktiviti. Kesannya, sesebuah sekolah itu dapat membangunkan modal insan
dalam diri para pelajar. Modal insan yang berkualiti merupakan aset utama negara bagi menentukan
masa depan negara dan bangsa.
Akhir sekali, mengukuhkan dan memperluaskan program Rancangan Intergrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio
ekonomi. Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ini ialah program yang menggalakkan
penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama pelajar-pelajar dalam kegiatan-kegiatan
khas. Melalui penglibatan dalam kegiatan-kegiatan khas, pelajar-pelajar secara tidak langsung dapat
mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong, melahirkan persefahaman dan toleransi antara pelajar
pelbagai kaum di sekolah. Ini merupakan saranan yang terbaik dan merupakan satu usaha yang
berterusan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Antara contoh kegiatan-kegiatan
khas yang dapat dilakukan ialah aktiviti gotong-royong, kem perpaduan kebangsaan, karnival
perpaduan bahasa dan sebagainya. Melalui kegiatan-kegiatan khas di bawah program RIMUP ini para
pelajar akan dapat menghayati nilai, menghormati kepelbagaian kaum dan menghargai keharmonian
negara.
* NUR FATIHAH BINTI MOHD AZLAN ( D20201094189 )
6/11/20 12:11 AM

Saya amat bersetuju dengan saranan yang telah dikemukakan oleh saudari iaitu melalui
pengukuhan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral. Pendidikan Islam adalah sangat
penting untuk dijiwai oleh semua murid beragama Islam. Melalui kefahaman dan penghayatan
konsep Islam sebenarnya akan membantu murid untuk menghayati nilai seperti mana yang
dinyatakan dalam Anjakan Ketiga ini. Pendidikan Moral adalah satu mata pelajaran yang
mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Murid perlu fahami akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan sebenar sebelum
mereka menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam diri.

Page 68 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* SITI NURUL FATIHAH BINTI ABDUL RAHIM ( D20201093269 )

6/11/20 12:39 AM

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudari terhadap saranan-saranan yang diutarakan. Hal
ini, kerana kesuluruhan aspek yang diambil kira dalam saranan-saranan tersebut sama ada dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar. Nilai yang telah dipelajari juga akan diamalkan
dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan
dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari
perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Hasil
akhir atau outpu-output positif inilah yang mampu mengukur tahap keberkesanan sarana-
saranan yang diketengahkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Di samping itu, kerjasama daripada pelbagai pihak juga amat diperlukan bagi memastikan
kecemerlangan dalam pencapaian yang telah ditetapkan oleh negara menerusi bidang
pendidikan.

Page 69 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

32 SITI NURUL FATIHAH BINTI ABDUL RAHIM (D20201093269 )

6/11/20 12:09 AM
Berikut merupakan saranan-saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia. Saranan pertama yang boleh diaplikasikan adalah memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral
dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama. Sebagai mana yang kita
ketahui, cara terbaik untuk membentuk akhlak dan tingkah laku seseorang insan itu adalah melalui
keutuhannya terhadap pegangan agama. Oleh yang demikian, pengukuhan subjek bagi Pendidikan
Islam dan Moral ini ialah sangat digalakkan bagi memastikan para pelajar mendapat keberkesanan
input yang mampu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ini juga, tumpuan kepada
perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid sekali gus dapat dilaksanakan melalui
pengukuhan subjek-subjek tersebut. Oleh itu, kurikulum Pendidikan Islam bagi murud beragama Islam
dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan beragama Islam akan diperkukuhkan supaya akan
merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik
sesama insan.
Seterusnya, mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi
antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi RIMUP yang mana merupakan program
Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan ialah program bagi pendekatan sempurna kerajaan
terhadap agenda perpaduan kaum secara holistik di sekolah rendah dan sekolah menengah di
Malaysia. Hal ini membolehkan penerapan nilai perpaduan berlaku di dalam bilik darjah melalui
interaksi para pelajar antara satu sama lain. Program seperti ini juga penting bagi memastikan konflik
atau isu sensitif yang menyentuh perbezaan kaum tidak berlaku sehingga mampu mengancam
kemanan dan keharmonian bilik darjah terutamanya di sekolah-sekolah kebangsaan (SK). Di samping
itu, pembabitan ibu bapa dan komuniti dalam program seperti ini perlu dipertingkatkan lagi bagi
memastikan perpaduan dan semangat patriotisme terus diamalkan dalam kalangan murid sama ada
ketika waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Penglibatan masyarakat luar semestinya
memudahkan pihak kerajaan dalam mencapai matlamat ke arah pemupukan perpaduan menerusi
pendidikan.
Saranan terbaik seterusnya untuk rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia termasukalah
membangunkan potendi murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan
murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang
formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran
kepimpinan murid.Oleh itu, pihak sekolah haruslah memastikan bahawa setiap murid mengambil
bahagian sekurang-kurangnya dalam 1 Sukan/Permainan, 1 Badan Beruniform dan 1 Kelab/Persatuan.
Tidak terkecuali peljar-pelajar yang meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi untuk
bersama-sama melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum ini. Kementerian juga akan mengkaji
kemungkinan mewajibkan pelibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di
peringkat pengajian tinggi. Justeru, kerjasama dengan lebih banyak organisasi dan pihak swasta serta
masyarakat negara membolehkan saranan-saranan ini dilaksanakan sebaik mungkin.

Page 70 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

33 MOHD.HANIF BIN ALIAKBAR (D20201093223 )

6/11/20 8:35 AM
Saranan yang terbaik dapat saya ketengahkan untuk melahirkan rakyat Malaysia menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan bertaraf dunia ialah
guru memastikan dan meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini dikatakan
demikian kerana, kegiatan kokurikulum di sekolah bukan sahaja meningkatkan potensi dan bakat
pelajar malah ia juga mampu melahirkan pelajar yang menghayati nilai murni. Keadaan ini dapat dilihat
apabila setiap aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan penghayatan nilai dalam diri pelajar dengan
cara setiap kegiatan kokurikulum menyasarkan semua pelajar yang berbilang kaum dalam melakukan
aktiviti kokurikulum yang dijalankan secara dalam kumpulan khususnya. Pelajar yang berbilang kaum
akan menjalankan aktiviti yang sama secara tidak langsung pelajar ini akan memupuk nilai kerjasama
dalam pasukan tersebut. Jadi, penghayatan nilai menerusi anjakan pendidikan menerusi ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia sangat penting dalam memajukan
perkembangan pendidikan di Malaysia. Kesannya, secara tidak langsung nilai kerjasama dalam
berpasukan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar.
Saranan terbaik seterusnya untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ialah guru memperkukuhkan lagi subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dengan
memfokuskan ke atas teras nilai. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengukuhan dalam subjek ini akan
meningkatkan kualiti pelajar dalam penghayatan nilai menerusi anjakan pendidikan. Subjek ini bukan
sahaja setakat diajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang malah lagi cemerlanglah seorang
pelajar itu jika belajar subjek itu dengan penghayatan nilai-nilai serta dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Dengan adanya, pengukuhan terhadap subjek ini negara kita mampu melahirkan pelajar
yang berilmu dan berkualiti dalam aspek nilai yang tinggi dalam diri selepas tamat pengajian. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan bukan hanya mementingkan kuantiti malah juga harus
dipikirkan mengenai kualiti.
Saranan yang terakhir dapat saya kemukakan bagi melahirkan pelajar yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ialah guru menerapkan penghayaran nilai murni melalui subjek
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini dikatakan kerana subjek ini mampu meningkatkan
penghayatan nilai murni dalam diri seseorang pelajar. Penghayatan nilai murni mampu ditingkatkan
dengan cara guru bukan sahaja menyampaikan nilai murni dalam masa yang sama mampu
menunjukkan tauladan yang baik kepada pelajar untuk dicontohi manakala pelajar pula haruslah
mempraktikkan dalam kehidupan seharian mereka apa yang diajar dan ditunjukkan. Sebagai
contohnya, nilai yang telah diajar dalam Pendidikan Sivik sangat banyak yang seharusnya ada dalam
diri pelajar. Oleh itu, penerapan nilai murni dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan khususnya
sangat penting dalam membentuk pelajar menjadi rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan yang cemerlang bertaraf dunia.

Page 71 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

34 ISAAC ARSEL CYRILLUS (D20201094106 )

6/11/20 8:10 PM
Rakyat adalah kumpulan manusia yang hidup bersama dalam suatu masyarakat, penghuni suatu
negara dan mungkin berasal dari keturunan dan memiliki kepercayaan yang berbeda. Manakala nilai
adalah sifat perilaku atau tingkahlaku serta kepercayaan dan pegangan yang mempengaruhi
tingkahlaku seseorang. Ia bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan kesederhanan merupakan nilai-nilai utama dalam masyarakat.

Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan adalah dengan membina negara bangsa. Membangunkan warganegara dari awal
persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara, menyanjung dan menjunjung
warisan budaya dan kesenian bangsa. Ini dihasilkan melalui memperkasakan Bahasa Melayu,
meningkatkan disiplin murid, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta
menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan. Contoh pelaksanaan meliputi sekolah swasta dilibatkan
aktiviti bagi Teras 1. Penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktviti kokurikulum dan konsep
perpaduan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pendidikan. Fokus dalam memartbatkan Bahasa
Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris serta mewujudkan pasukan beruniform di sekolah yang
melibatkan murid dari pelbagai kaum.

Selain itu, adalah dengan membangunkan modal insan. Tumpuan kepada sistem nilai, aspek
disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Ini berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains
dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Pelaksanaannya adalah menyediakan sistem
pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada
kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Pelaksaan meliputi penyediaan profil murid untuk
mengenalpasti tahap penguasaan dan focus membangun modal insan holistik berfikiran kreatif dan
inovatif. Key Performance Index (KPI) ke atas peningkatan kadar literasi murid.

Akhir sekali adalah dengan memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan
utama masyarakat. Sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas yang mencukupi dan
berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan TMK. Sekolah dibekalkan guru terlatih
mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seperti peningkatan pencapaian
akademik untuk daya tarikan ibubapa. Guru terlatih mencukupi mengikut opsyen terutama di luar
bandar dan pendalaman serta Pengetua atau Guru Besar diberi tempoh percubaan selama setahun
untuk capai KPI. Semua sekolah menekankan keperluan asas infrastruktur lengkap dan berfungsi.

Kesimpulannya, menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan

transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang
terbaik.

(350 patah perkataan)

Page 72 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

35 MOHAMMAD YUSUF BIN SUMARDI (D20201095601 )

6/11/20 9:11 PM
Pandangan saya bagi memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai ialah dengan memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral. Melalui Pendidikan Islam
individu iaitu pelajar dapat membentuk personaliti muslim dari segi aspek fizikal, akal, psikologi,
spiritual, moral dan sosial. Hal ini kerana Pendidikan Islam merupakan pendidikan baik yang memberi
sumbangan kepada semua bidang pertumbuhan individu iaitu seluruh disiplin ilmu. Dalam masa yang
sama, pendidikan Moral juga memberi sumbangan yang baik dalam individu untuk membentuk insan
yang bermoral dan berakhlak mulia dengan berpandukan agama. Sebagai contoh, individu dapat
memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia. Oleh itu, dengan individu
yang menghayati nilai dengan berpandukan ilmu agama kecemerlangan pendidikan dapat terserlah di
mata dunia. Buktinya, dengan personaliti mulia dan baik yang diperolehi individu dapat menjaga imej
negara dengan nilai hormat-menghormati dan berbudi bahasa.

Selain itu, saranan selajutnya ialah dengan mengukuhkan dan memperluaskan Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) untuk memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah,
kumpulan etnik dan sosio ekonomi. RIMUP merupakan program yang ditujukan kepada masyarakat
setempat untuk penglibatan dalam kegiatan-kegiatan khas yang dilakukan bersama. Pemantauan telah
dinyatakan di Laporan tahunan 2014 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) berdasarkan
beberapa sekolah yang meliputi Kawasan bandar dan luar bandar yang mempunyai pelbagai etnik.
Laporan tersebut menyatakan bahawa 84.6 peratus sudah melaksanakan lima kategori RIMUP dan
secara rawak di 10 bilik darjah setiap sekolah menunjukkan 73.1 peratus sudah melaksanakan susunan
tempat duduk secara bercampur dalam kalangan pelbagai etnik. Dengan itu, interaksi murid
menunjukkan keputusan positif dengan 87.2 peratus menunjukkan murid pelbagai etnik berinteraksi
ketika pembelajaran, kokurikulum dan kelas Pendidikan Jasmani. Ingin saya tegaskan program RIMUP
ini mempunyai hala tuju jelas menyatupadukan pelajar berbilang kaum di negara ini.

Akhirnya ialah memperkukuhkan Pendidikan Sivik kerana hal ini penting sebagai sebahagian
daripada usaha untuk membentuk generasi Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme,
mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai warganegara serta memiliki akhlak mulia dan
keperibadian tinggi dalam pelbagai konteks termasuk diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
Pelaksanaan pendidikan sivik ini melibatkan semua prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini bertujuan untuk penerapan semangat dan
nilai patriotisme dan personaliti sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu, mendalami pendidikan sivik salah
satu saranan terbaik untuk melahirkan rakyat yang mengamalkan nilai, selari dengan pelan pendidikan
untuk bersiang di peringkat antarabangsa.
* WALLY AZSAR BIN WALLY ELSAR ( D20201093161 )
7/11/20 2:29 AM

saya kurang bersetuju dengan huraian yang saudara lontarkan berkaitan dengan
memperkukuhkan pendidikan sivik kerana saudara tidak kemukan huraian secara terperinci
untuk menguatkan hujah saudara . Saudara sepatutnya memperincikan lagi pengukuhan
pendidikan sivik itu dengan menjadikan guru sebagai tunjang utama dalam memastikan
pendidikan sivik dapat diaplikasikan dengan baik. Guru perlulah menerapkan penghayaran nilai
murni melalui subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini dikatakan kerana subjek
ini mampu meningkatkan penghayatan nilai murni dalam diri seseorang pelajar. Penghayatan
nilai murni mampu ditingkatkan dengan cara guru bukan sahaja menyampaikan nilai murni
dalam masa yang sama mampu menunjukkan tauladan yang baik kepada pelajar untuk
dicontohi manakala pelajar pula haruslah mempraktikkan dalam kehidupan seharian mereka
apa yang diajar dan ditunjukkan. Sebagai contohnya, nilai yang telah diajar dalam Pendidikan
Sivik sangat banyak yang seharusnya ada dalam diri pelajar. Oleh itu, penerapan nilai murni

Page 73 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan khususnya sangat penting dalam membentuk
pelajar menjadi rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan yang cemerlang bertaraf dunia.

36 NURULHUDA NABIHAH BINTI ZAHRI (D20201094110 )

6/11/20 11:37 PM
Assalamualaikum Dr.
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan kearah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
memperkukuh pendidikan islam, moral dan elemen sivik dalam kehidupan seharian.Penghayatan nilai
murni dalalm kalangan rakyat amat penting. Setiap guru perlu mengenal pasti tahap penghayatan
setiap murid. Penghayatan akhlak yang lemah adalah berkaitan dengan gejala keruntuhan akhlak
pelajar kerana kepercayaan dan pegangan seseorang itu mempengaruhi tingkah laku mereka.
Pendidikan hari ini terlalu mengfokuskan kepada kejayaan akademik sahaja yang menyebabkan
pendidikan afektif diabaikan. Penghayatan juga merupakan proses akhir dalam pembelajaran. Tanpa
penghayatan pembelajaran sebenarnya tidak berjaya. Nilai-nilai yang terdapat dalam pendidikan islam,
moral dan sivik inilah yang membentuk cara seseorang itu bertingkah laku, berfikir dan bertindak
sehingga mencorakan kebudayaan atau noma sesebuah masyarakat.
Selain itu, mengukuhkan dan mempeluas Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
juga merupakan salah satu saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan trasformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Pelan Pemangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) meletakkan program RIMUP sebagai salah satu
program utama untuk perpaduan yang merupakan salah satu daripada lima aspirasi system pendidikan
Malaysia.RIMUP mula diperkenalkan pada tahun 1986 di peringkat sekolah rendah di beberapa buah
negeri sahaja. Aktiviti melibatkan interaksi dan komunikasi yang tinggi antara murid pelbagai latar
belakang dan berfokus kepada proses integrasi dan perpaduan, ianya bukan hanya kepada tugasan
dan kemenangan semata-mata.
Akhir sekali, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
melaksanakan program 1 kelab,1 sukan, 1 badan beruniform. Dasar 1 murid 1 sukan, 1 badan
beruniform ini merupakan usaha untuk membina sahsiah murid bagi melahirkan modal insan yang
sihat, cergas, dan berdaya saing tinggi serta dapat menyumbang kepada pembangunan sukan negara.
Program ini juga bukan sahaja tertumpu kepada kesukanan sahaja tetapi dalam masa yang sama
dapat menerapkan niai perpaduan dalam aktiviti bersama. Program ini juga menyumbang kepada
penggalakan pertandingan secara sihat, semangat Muhibbah, kesefahaman, toleransi dan
meningkatkan nilai moral dan fizikal. Selain itu, objektif program ini adalah untuk memberi
keseimbangan antara keperluan akademik dan keperluan kokurikulum serta dapat membentuk budaya
sukan dalam kalangan murid

Page 74 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

37 RUZITA BINTI ROSLI (D20201093257 )

7/11/20 12:40 AM
Assalamualaikum w.b.t
Antara saranan terbaik yang boleh dilaksanakan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
dengan memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral. Caranya ialah dengan lebih fokus ke atas teras
nilai dan falsafah agama utama menjelang tahun 2017. Dengan adanya usaha pengukuhan terhadap
pendidikan islam dan juga pendidikan moral, pedagogi bagi matapelajaran pendidikan islam dan
pendidikan moral secara tidak langsung dapat ditambah baik. Penambahbaikkan tersebut boleh
berlaku dengan melalui beberapa kaedah yang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) terutamanya proses yang melibatkan murid- murid. Sebagai contoh, seperti melalui
perbincangan serta tugas yang diberikan dalam kumpulan- kumpulan kecil. Justeru, murid- murid yang
belajar pendidikan islam dapat meningkatkan pemahaman mereka berkaitan dengan nilai teras dan
juga falsafah islam dan agama lain yang terdapat di Malaysia dan sebaliknya juga dengan murid- murid
yang beragama lain. Oleh sebab itu, usaha memperkukuhkan pendidikan Islam dan moral ini juga
boleh dilakukan secara berterusanbagi tujuan membentuk insan yang cemerlang dan memahami
dalam semua dan hal peraturan agama masing- masing dan juga agama lain.

Saranan kedua yang boleh saya nyatakan di sini dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai dengan berteraskan anjakan ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
ialah pihak yang bertanggungjawab dalam Program Pendidikan Sivik seharusnya memperkukuhkan lagi
pembelajaran dalam matapelajaran Pendidikan Sivik di setiap sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Seperti mana yang kita ketahui, Pendidikan Sivik ini telah diperkenalkan di semua sekolah
di seluruh Malaysia iaitu bermula Jun 2019. Oleh itu, pelaksanaan pendidikan sivik perlu dijalankan
secara bersepadu iaitu dengan memberi penekanan terhadap literasi sivik dan amali sivik. Guru- guru
juga boleh menerapkan pembelajaran sivik melalui program- program yang berlangsung di sekolah
seperti pelancaran hari sukan sekolah. Melalui program ini, murid- murid dapat mengamalkan nilai
murni dalam diri masing- masing dan secara tidak langsug pihak KPM dapat meneruskan transformasi
pendidikan yang bertaraf dunia.

Akhir sekali, saranan terbaik yang boleh dilaksanakan dalam usaha melahirkan insan yang boleh
menghayati nilai ialah dengan mengembangkan potensi murid secara holistik. Perkembangan tersebut
boleh dicapai dengan melalui aktiviti- aktiviti yang dijalankan di setiap sekolah. Sebagai contoh,
melalui aktiviti kokurikulum sekolah. Dengan penglibatan murid –murid dalam aktivti tersebut, mereka
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan juga mereka dapat menyelesaikan sesuatu konflik
ataupun membuat keputusan bersama- sama dalam masyarakat yang berbilang kaum. Malah, murid-
murid juga dpat memupuk semangat patriotik ke arahkesejahteraan masyarakat, negara serta global.
* MUHAMMAD ALIFF BIN ABDUL MANAF ( D20201093231 )
7/11/20 10:43 AM

Berdasarkan cadangan saudari, saya amat bersetuju bahawa saranan terbaik yang saudari
berikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan
mengembangkan potensi murid secara holistik atau secara menyeluruh. Seperti yang kita tahu,
guru tidak hanya sebagai mengajar malah tugas guru ialah sebagai pembimbing kepada murid
supaya menjadi insan yang berkualiti serta cemerlang dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah
dari aspek sahsiah diri, akhlak dan keperibadian serta dalam aspek kepimpinan. Guru yang baik
mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Seperti yang saudari katakan, penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dapat memupuk nilai perpaduan antara kaum. Namun, bagi
memastikan perpaduan itu terjalin, guru haruslah bijak membimbing anak murid agar tiada

Page 75 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

sifat perkauman dalam diri mereka. Natijahnya, masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan
pada masa akan datang.

* EMILYN SANKAN ANAK PETAY ( D20201094195 )

8/11/20 2:25 PM

Saya bersetuju bahawa mengembangkan potensi pelajar secara holistik dengan mengukuhkan
keperluan penyertaan 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform merupakan saranan yang
terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan
ke arah melaksanakan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf antarabangsa. Hal ini
dikatakan demikian bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum dalam jiwa para pelajar.
Perpaduan antara kaum amatlah penting dalam melahirkan negara yang aman dan sejahtera
terutamanya negara kita Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu,
Cina, India dan sebagainya. Maka, melalui penyertaan seperti ini para pelajar dapat
merapatkan gaul dan berkenalan antara satu sama lain tanpa mengira kaum terutamanya
apabila mereka melakukan aktiviti kumpulan. Mereka akan bekerjasama antara ahli kumpulan
dan secara tidak langsung dapat mewujudkan komunikasi yang baik dan saling menghormati
sesama sendiri bagi menjayakan aktiviti yang disertai.

* NUR AZIZAH BINTI DAHARI ( D20201094191 )

8/11/20 6:50 PM

Saya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh saudari untuk melahirkan
masyarakat yang menghayati nilai iaitu dengan memperkukuhkan subjek Pendidikan Islam dan
Moral. Hal ini adalah kerana, melalui Pendidikan ini pelajar akan lebih terdedah kepada ajaran
agama masing-masing yang menggalakkan amalan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan.
Selain itu, saya turut bersetuju bahawa masyarakat yang menghayati nilai juga dapat dilahirkan
melalui pengukuhan Pendidikan Sivik di setiap sekolah bagi mewujudkan murid yang
mengamalkan nilai-nilai murni. Akhir sekali, saya juga bersetuju bahawa pengembangan
potensi murid secara holistik melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di setiap sekolah. Hal ini
penting kerana pengembangan murid terutamanya kemahiran komunikasi antara murid
pelbagai bangsa perlu diperkasakan bagi melahirkan murid yang mempunyai semangat
patriotik dan perpaduan yang kuat.

Page 76 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

38 NORIZAN BINTI ZAFRI (D20201093228 )

7/11/20 2:07 AM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah memperkukuh
Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama
menjelang 2017. Hal ini dikatakan demikian kerana penerapan nilai-nilai murni perlu disemai bagi
meningkatkan akhlak yang mulia kepada golongan pelajar. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-
aktiviti sepertisambutan-sambutan dan ceramah-ceramah yang berunsur keagamaan, kesihatan dan
motivasi kepada murid-murid supaya mereka sentiasa didedahkan dengan
ilmupengetahuan, akhlak mulia,mempunyai kepercayaan teguh kepadaTuhan, berfikiran tenteram,
sihat tubuh badan,hidup bermasyarakat dan cergas. Sehubungan dengan itu, ia dapat menghasilkan
insan yang seimbangdan harmonis sentiasa akan berasa bersyukur dan bersedia menerima segala
cabaran hidup. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan seharian atau tingkah laku individu. Jelaslah
bahawa memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral di sekolah dapat melahirkan pelajar yang
menghayati nilai-nilai positif selaras dengan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Saranan terbaik yang seterusnya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah
mengukuhkan dan memperluas Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang dimulai
pada tahun 2016. Hal ini dikatakan sedemikian adalah untuk memudahkan cara interaksi antara jenis
sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dalam
program RIMUP iaitu memanfaatkan penggunaan ICT dengan optimum dengan melibatkan murid
pelbagai kaum untuk berinteraksi. Selain itu, integrasi kaum juga dapat dipupuk melalui pertandingan
yang dianjurkan seperti pertandingan rekacipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti
rekacipta tanglung, wau, kaligrafi, khat, tarian, makanan, pakaian, permainan tradisional dan
sebagainya. Seterusnya, program mentor-mentee yang melibatkan guru dan murid daripada pelbagai
kaum juga dapat mengeratkan lagi perpaduan nasional disamping boleh membantu meningkatkan
kecemerlangan akademik murid. Oleh itu, semua pihak mestilah bersatu padu untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang boleh menghayati nilai perpaduan selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Tambahan pula, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah
mengembangkan potensi murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Hal ini dikatakan demikian kerana potensi merupakan
bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Pendidikan berperanan untuk
mencungkil bakat murid dan diasah dengan lebih optimum sehingga individu mencapai ke tahap
cemerlang. Potensi individu dilihat dari empat aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek (JERI).
Sebagai contoh, mengadakan pertandingan di peringkat sekolah seperti sukan, berpantun, bersajak,
menyanyi, menari, mereka cipta sesuatu benda baru dan sebagainya. Hal ini kerana ada di kalangan
mereka yang mempunyai bakat dalam menjadi pemimpin dengan pembentukan satu kumpulan yang
menjadi pengikut kepada ketua mereka. Kesannya, ia akan mendedahkan pelajar tersebut supaya
dapat menampilkan diri mereka yang sebenar suatu hari nanti serta dapat membantu mereka
menghayati nilai positif melalui aktivti sukan.
* NUR AZLIEANAH SYAFIKA BINTI AMRANG ( D20201094193 )
12/11/20 11:51 PM

Saya bersetuju dengan saranan saudari dalam perenggan kedua iaitu mengukuhkan dan
memperluas Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang dimulai pada tahun
2016. Hal ini dikatakan demikian kerana, penglibatan murid daripada pelbagai kaum akan
memudahkan pembentukan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Aktiviti yang dilakukan
oleh RIMUP seperti yang saudari katakan iaitu memanfaat penggunaan ICT akan membentuk
nilai-nilai seperti tolong-menolong, bekerjasama dan saling hormat-menghormati. Selain itu,
perpaduan kaum juga pastinya akan terpupuk jika murid berlainan kaum saling berinteraksi
antara satu sama lain. Program mentor-mentee yang diadakan oleh RIMUP melibatkan guru dan
murid akan membantu untuk mengeratkan lagi hubungan dan memupuk integrasi dalam

Page 77 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

kalangan murid pelbagai kaum dan juga guru.

Page 78 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

39 WALLY AZSAR BIN WALLY ELSAR (D20201093161 )

7/11/20 2:22 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua hadirin
Pada hemat saya, salah satu saranan yang terbaik yang boleh saya berikan untuk melahirkan rakyat
malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi
pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan meningkatkan profesion keguruan di Malaysia
bagi mencapai transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Selaras dengan perubahan era
multimedia dan teknologi maklumat profesion di negara ini perlu direformasikan supaya ia benar-benar
mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan
masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.
Profesion perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan
perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profesion perguruan yang
menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi
oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesion
perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid,
pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia.

Selain itu, saranan lain yang boleh saya berikan untuk untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia ialah rakyat Malaysia pada hari ini perlu dipersiapkan bukan sahaja
dengan ilmu berkaitan dengan dunia akademik tetapi juga kepada penghayatan nilai kerohanian. Oleh
itu, kemampuan mereka mengharungi cabaran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran memimpin
tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing
mereka dalam membuat keputusan yang beretika. Melalui penghayatan nilai-nilai murni ini juga dapat
membendung mereka untuk tidak menyalahgunakan kepintaran, kemahiran, kedudukan atau
kekayaan yang dimiliki kepada perkara yang bercanggahan dengan agama dan juga moral. Golongan
pendidik perlu bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran,
keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya
sebagai khalifah Allah. Bagi tujuan tersebut, KPM perlu mengambil peranan merangka pelbagai strategi
ke arah itu untuk memastikan rakyat malaysia mampu menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan.

Akhir sekali, guru juga perlu menjadi contoh teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam
kalangan murid seperti yang terkandung dalam hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) ini. Hasrat itu telah diterjemahkan dalam Anjakan Transformasi Ketiga iaitu melahirkan rakyat
yang menghayati nilai. Anjakan ini tentunya menjadi keutamaan untuk membangunkan murid secara
holistik. Generasi hari ini bakal mewarisi dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran hebat dari
kemusnahan alam sekitar, impak globalisasi hinggalah kepada konflik pembangunan.Kementerian
Pendidikan telah menyediakan segala akses itu, maka guru perlulah bersedia membuka minda untuk
menjadikan kemahiran ICT sebagai amalan terbaik dalam pedagogi. Manakah mungkin ilmu boleh
disalurkan kepada anak murid jika sekiranya guru dangkal dan cetek mengenai medium ilmu itu yang
perlu disebarluaskan. Justeru, guru harus membuat refleksi mengenai tahap kompetensi masing-
masing supaya seiring dengan dasar langit terbuka dunia masa kini. Sementara masyarakat ghairah
mengejar kemajuan duniawi, pembentukan insan yang beriman dan bersahsiah mulia seharusnya tidak
disisihkan. sekolah menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai dan pemupukan perpaduan. Guru
bukan saja harus berperanan sebagai suri teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah
laku mereka, malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan murid
yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid.
Sekian, Terima kasih.

Page 79 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

40 MUHAMMAD ALIFF BIN ABDUL MANAF (D20201093231 )

7/11/20 10:41 AM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
guru menerapkan nilai murni dalam diri pelajar selain dari menyampaikan ilmu pendidikan. Setiap
guru haruslah peka terhadap pentingnya penerapan nilai murni dalam diri pelajar. Hal ini kerana, sikap
pelajar pada masa akan datang bergantung terhadap didikan moral yang diterima mereka di sekolah.
Oleh itu, didikan nilai murni perlulah diterapkan kepada setiap pelajar dari peringkat hinggalah
peringkat menengah. Natijahnya, keperibadi dan watak seseorang pelajar akan lebih bersopan santun
dan mempunyai akhlak yang mulia. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak guru ialah
menekankan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Menerusi mata pelajaran ini, murid-murid akan didedahkan kepada nilai-nilai murni yang patut
ada dalam diri setiap individu.
Selain itu, mengerapkan serta memperbanyakkan program bimbingan kaunseling juga merupakan
salah satu saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Hal ini
dikatakan demikian kerana, bimbingan dari pihak kaunselor sekolah terbukti mampu melahirkan
pelajar yang mempunyai nilai akhlak yang tinggi. Pelbagai program boleh dijalankan dan tidak hanya
terikat di kawasan sekolah sahaja. Pihak sekolah boleh mengambil inisiatif dengan melakukan program
berkaitan jati diri atau penerapan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, menghormati antara satu sama
lain, bertoleransi, prihatin dan lain lain dalam diri murid-murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan
ialah aktiviti sukarelawan dan aktiviti kemasyarakatan. Selain dari mendidik pelajar dengan nilai-nilai
murni, minat terhadap aktiviti khidmat masyarakat juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Oleh itu,
insan yang mampu berbakti kepada masyarakat dapat dilahirkan.
Akhir sekali, saranan lain untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah guru
perlulah menerapkan nilai perpaduan dalam diri setiap pelajar. Perpaduan merupakan asas
kepada lahirnya penyatuan murid tanpa mengira kaum atau usia. Penyatuan dalam kalangan
pelajar dapat dipupuk melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan.
Selain dari memupuk nilai perpaduan, jati diri serta sifat kepimpinan dapat ditanam dalam diri pelajar.
Natijahnya, pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum ini mampu menjadi insan yang berkualiti
serta dapat memberi kesan yang positif terhadap diri sendiri, keluarga serta masyarakat.
* EMILYN SANKAN ANAK PETAY ( D20201094195 )
8/11/20 2:19 PM

Saya bersetuju bahawa perpaduan merupakan saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan
transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana
perpaduan merupakan asas kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara terutama negara
kita Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum. Maka, negara yang Makmur dan
sejahtera akan dapat melahirkan rakyat yang maju seiring dengan anjakan Pendidikan kea rah
melaksanakan transformasi Pendidikan yang bertaraf antarabangsa. Oleh itu, secara tidak
langsung rakyat yang menanam nilai perpaduan dan cinta akan negara dapat dilahirkan oleh
tanah air kita bak kata pepatah Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Page 80 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NORIZAN BINTI ZAFRI ( D20201093228 )

9/11/20 10:09 AM

Saya tidak bersetuju dengan pendapat saudara yang mengatakan bahawa peranan guru
sebagai saranan yang terbaik untuk melahirkan masyarakat yang menghayati nilai. Hal ini tidak
dapat dinafikan bahawa guru merupakan insan yang terdekat dalam contoh teladan kepada
murid-murid. Cuba kita bayangkan sekiranya guru tersebut tidak dapat menunjukkan nilai yang
baik kepada muridnya. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi pernyataan saya, saya
mencadangkan untuk mengukuhan dan memperluas Rancangan Integrasi Murid untuk
Perpaduan (RIMUP) sebagai saranan terbaik. Hal ini dikatakan sedemikian program RIMUP
adalah untuk memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio
ekonomi yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai jenis latar belakang. Terdapat
pelbagai jenis aktiviti yang boleh melibatkan pelajar dalam usaha meningkatkan lagi
penghayatan nilai di kalangan murid iaitu melalui pertandingan permainan tradisional, tarian,
dan rekacipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti rekacipta tanglung, wau,
kaligrafi, khat dan sebagainya. Oleh itu, melalui program RIMUP ini secara tidak langsung murid
dapat menerapkan nilai perpaduan dalam diri mereka.

Page 81 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

41 EMILYN SANKAN ANAK PETAY (D20201094195 )

7/11/20 11:40 AM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah dengan
memperkukuh Pendidikan Sivik dan Kewarganeraan. Hal ini dikatakan demikian kerana Pendidikan
Sivik diwujudkan untuk membentuk seorang warganegara yang yang mengetahui hak,
bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara
dan global. Misalnya, pihak kementerian menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk
menamatkan persekolahan menjelang 2017. Oleh itu, hal ini dapat memberi ruang dan peluang kepada
murid untuk mengaplikasikan literasi sivik secara praktikal. Pengaplikasian literasi sivik dilaksanakan
dalam perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum, dan program sekolah.
Selain itu, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mengahayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
dengan memperkukuh Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Hal ini dikatakan demikian bagi
memberi lebih fokus terhadap nilai-nilai perpaduan dan insaniah. Oleh itu, sekiranya kaedah dan
matlamat tidak mencapai tahap yang memuaskan, para pelajar akan menghadapi masalah dalam
menghayati bagi mempraktikkan amalan yang sihat dalam kehidupan seharian. Selain itu, penerapan
nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dapat
dilihat bagi menangani masalah keruntuhan akhlak dan disiplin di sekolah. Pendidikan Islam dan Moral
juga telah menjurus ke arah pembentukan akhlak yang mulia di samping menjauhi cara hidup yang
bertentangan dengan ciri-ciri nilai kebudayaan dan keagamaan.
Di samping itu, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
membangunkan pelajar secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan 1 sukan, 1 kelab
dan 1 badan beruniform. Hal ini dikatakan demikian bagi memupuk semangat perpaduan antara kaum
dalam jiwa para pelajar. Perpaduan antara kaum amatlah penting dalam melahirkan negara yang aman
dan sejahtera terutamanya negara kita Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum seperti kaum
Melayu, Cina, India dan sebagainya. Maka, melalui penyertaan seperti ini para pelajar dapat
merapatkan gaul dan berkenalan antara satu sama lain tanpa mengira kaum terutamanya apabila
mereka melakukan aktiviti kumpulan. Mereka akan bekerjasama antara ahli kumpulan dan secara tidak
langsung dapat mewujudkan komunikasi yang baik dan saling menghormati sesama sendiri bagi
menjayakan aktiviti yang disertai.
* ANATHASIA LEE MEI LING ( D20181081684 )
9/11/20 3:56 PM

Saya bersetuju dengan saranan diberi oleh saudari Emilyn tentang memperkukuhkan sivik serta
pendidikan Islam dan Moral dalam pembelajaran dan pengajaran pelajar. Sebab subjek-subjek
demikianlah yang dapat memupuk nilai murni serta meningkatkan lagi etika dan moral pelajar
terutamanya mempunyai keberanian untuk membuat keputusan yang betul dalam kehidupan
seharian. Hal ini penting kerana pelajar merupakan modal insan kepada generasi yang akan
datang dan dengan itu pendidik harus memberi fokus dalam mengajar pelajar terhadap nilai-
nilai perpaduan dan insaniah. Seterusnya, saranan mengenai mengukuhkan keperluan
penyertaan sukan, kelab serta unit beruniform juga sangat baik kerana pelaksanaan ini
merupakan pendidikan yang lebih mementingkan segi fizikal serta memupuk sifat nilai murni
yang perlu ada pada pelajar.

Page 82 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* MUHAMMAD KHAIRUL IZWAN BIN RAMLI ( D20201093235 )

12/11/20 11:12 PM

Saya bersetuju dengan saranan yang dikemukakan saudari Emilyn iaitu membangunkan
pelajar secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan 1 sukan, 1 kelab dan 1
badan beruniform. Dengan adanya penyertaan ini dapat mengeratkan perpaduan antara kaum
melayu, cina dan india. Contohnya, menyertai badan beruniform seperti pengakap yang kerap
membuat kem di sekolah dapat membantu berkomunikasi antara satu sama lain dan
bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.
Oleh itu, secara tidak langsung, aktiviti yang dilakukan dapat mengeratkan perapduan kaum di
negara kita. Kesannya, perpaduan yang kukuh dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian
di negara kita.

42 SITI NUR AISHAH BINTI KHAIRUDIN (D20201095586 )

8/11/20 12:56 AM
Antara saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai adalah dengan
memperkukuhkan lagi subjek Pendidikan Agama Islam, Moral, dan Sivik serta perlu lulus dengan
cemerlang. Hal ini adalah kerana, melalui subjek-subjek ini para guru dapat mengajar nilai-nilai yang
perlu ada dalam diri setiap individu malahan mereka dapat mengamalkan dalam kehidupan sebenar.
Bukan sahaja setakat mengetahui nilai murni, tingkah laku mereka juga boleh dibentuk dengan adanya
subjek sebegini. Secara tidak langsung ia akan melahirkan individu atau masyarakat yang menghayati
nilai-nilai dalam kehidupan mereka. Ini kerana, seseorang itu bukan sahaja perlu cemerlang dalam
akademik malahan sahsiah mereka juga haruslah terpuji. Ia turut berkait dengan guru, kerana guru
merupakan tonggak utama dalam mendidik serta kemenjadian pelajar dan merupakan contoh terdekat
yang mereka ada seperti guru mengamalkan disiplin moral. Oleh itu, guru juga memainkan peranan
penting dalam usaha memperkukuhkan subjek-subjek tersebut.
Saranan saya yang kedua adalah, memperkasakan dasar “1 MURID 1 SUKAN”. Ini juga merupakan
salah satu usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melahirkan
modal insan yang sihat, cergas , dan berdaya saing tinggi serta boleh menyumbang kepada
pembangunan sukan negara. Dengan ini guru-guru dan ibubapa peru berganding bahu untuk
merealisasikan dasar ini. Hal ini adalah kerana, terdapat segelintir ibubapa yang kurang faham dengan
dasar ini dan kurang bekerjasama dalam memastikan kehadiran anak mereka. Dengan cara ini, nilai
yang dapat diterapkan adalah memelihara serta menghargai keadaan tubuh badan yang sihat dan
cergas. Ini juga, memupuk para pelajar untuk membudayakan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Oleh itu, kita haruslah berganding bahu dalam memperkasakan dasar ini.
Saranan yang terakhir adalah, memperkukuhkan dan memperluaskan rancangan integrasi murid untuk
perpaduan (RIMUP). Hal ini adalah kerana, RIMUP menekankan aspek memperkasakan bahasa
kebangsaan sebagai asas perpaduan dan integrasi nasional serta kefahaman tentan pendekatan islam
hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Dengan adanya RIMUP ini perpaduan kaum diantara
pelajar dapat dipupuk kerana mereka bersatu dibawah bahasa kebangsaan yang sama iaitu Bahasa
Melayu. Bukan itu sahaja, para pelajar juga salaing menghormati budaya dan agama kaum masing-
masing. Untuk memastikan dasar ini dapat dijalankan aktiviti yang berasaskan perpaduan haruslah
diperbanyakkan lagi seperti aktiviti berkemah RIMUP dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang boleh
dilakukan. Oleh itu, RIMUP ini membolehkan para pelajar menghayati serta mengamalkan nilai
perpaduan .

Page 83 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NUR AZIZAH BINTI DAHARI ( D20201094191 )

8/11/20 6:39 PM

Saya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh saudari untuk melahirkan
masyarakat yang menghayati nilai iaitu dengan memperkukuhkan subjek Pendidikan Agama
Islam, Moral, dan Sivik serta perlu lulus dengan cemerlang. Hal ini adalah kerana, mereka akan
bukan sahaja perlu mendapatkan markah yang emerlang malahan melalui pembelajaran ini
mereka dapat mempelajari serta menghayati nilai-nilai murni dan menerapkannya dalam
kehidupan. Selain itu juga, saya turut bersetuju bahawa masyarakat yang menghayati nilai juga
dapat dilahirkan melalui dasar “1 MURID 1 SUKAN” kerana sukan dapat mewujudkan kerjasama
berkumpulan antara sesama pelajar disamping melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal.
Akhir sekali, saya juga bersetuju bahawa rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP)
perlu diperkukuh dan diperluaskan bagi melahirkan pelajar yang menghayati serta
mengamalkan nilai perpaduan .

* TENGKU IZZUL SYAHMI BIN RAJA SALLEH ( D20201094107 )

8/11/20 11:13 PM

saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari mengenai perkukuhan pendidikan agama
islam, moral dan sivik diperingkat awal sekolah. melalui pendidikan agama islam serta sivik
yang diajari sejak awl persekolahan lagi akan dapat memastikan pelajar mempunyai kriteria-
kriteria yang sangat penting bagi mereka.Hal ini demikian kerana, murid fahami akan
kepentingan nilai murni dalam kehidupan sebenar sebelum mereka menerapkan nilai-nilai
murni tersebut dalam diri. Dengan kefahaman ini, murid akan menghayati erti nilai yang
sebenar, maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan akhirnya dapat membentuk insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.oleh itu pendidikan sivik amalah penting bagi meneruskan anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia

* NORIZAN BINTI ZAFRI ( D20201093228 )

9/11/20 9:20 AM

Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari yang mengatakan bahawa memperkukuh
subjek mata pelajaran Pendidikan Islam, Moral dan Sivik sebagai saranan yang terbaik untuk
melahirkan masyarakat yang menghayati nilai. Hal ini dikatakan demikian kerana guru
merupakan tonggak utama dalam mendidik serta kemenjadian pelajar dan merupakan contoh
terdekat yang mereka ada seperti guru mengamalkan disiplin moral dalam usaha menerapkan
nilai-nilai. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti sepertisambutan-sambutan dan
ceramah-ceramah yang berunsur keagamaan, kesihatan dan motivasi kepada murid-murid.
Tambahan pula, seseorang itu bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik malahan sahsiah
mereka juga haruslah terpuji. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam usaha
memperkukuhkan subjek-subjek tersebut.

Page 84 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* INTAN SOFEANA BINTI AKHSAN ( D20201095599 )

9/11/20 3:12 PM

Maafkan saya, pendapat saya agak bercanggah dengan saranan pertama yang saudari
lontarkan iaitu saranan memperkukuhkan lagi subjek Pendidikan Agama Islam, Moral dan Sivik
serta perlu lulus dengan cemerlang ini dapat melahirkan individu atau masyakarat yang
menghayati nilai murni kehidupan mereka. Hal ini kerana, pengajaran pendidikan Islam, Moral
dan Sivik telah lama diterapkan dalam pendidikan di semua sekolah yang ada di Malaysia
malahan Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua
calon pelajar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Namun begitu, kita masih lagi dapat melihat ada
rakyat Malaysia yang masih tidak mengamalkan amalan nilai murni apabila berjumpa dengan
orang lain. terima kasih.

* NUR ADLIN AKASHAHIRA BINTI KAMARUL ARIFFIN ( D20201094188 )

11/11/20 3:04 AM

Saya bersetuju dengan saranan saudari iaitu memperkukuhkan subjek sivik, pendidikan islam
dan moral. Hal ini demikian kerana dapat melahirkan masyarakat menghayati nilai-nilai murni
dalam kehidupan dan memiliki sahsiah yang cemerlang. Pelajar akan membentuk personaliti
yanag mencukupi dari aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Selain itu, memperkasakan 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan murid
peluang untuk membangunkan bakat dan minat. Kokurilum ini berupaya menyemai, memupuk
dan menanamkan perasaan kekitaan dalam masyarakat berbilang kaum. Akhir sekali,
memperkukuhkan dan memperluaskan rancangan integrasi murid dan perpaduan (RIMUP)
untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid dan mampu berinteraksi bersama murid
lain tapa mengira latar belakang, agama dan bangsa

* NUR ADLIN AKASHAHIRA BINTI KAMARUL ARIFFIN ( D20201094188 )

11/11/20 3:07 AM

lain tapa mengira latar belakang, agama dan bangsa.

Page 85 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

43 NURUL SYAFIQAH BINTI CHE HASSAN (D20201093266 )

8/11/20 1:29 AM
Assalamualaikum Dr.
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
memperkukuh pendidikan Sivik. Pengukuhan perlu dilakukan diperingkat awal supaya pelajar mudah
dibentuk dan dibimbing. Guru-guru memainkan peranan penting di sekolah untuk menerapkan nilai-
nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan bersungguh-sungguh. Hal
ini bertujuan, nilai-nilai dalam diri pelajar dapat diterapkan. Sekiranya penghayatan nilai murni tidak
diterapkan dalam diri pelajar, mereka tidak akan tahu nilai-nilai murni. Kekurangan penghayatan nilai
murni melalui pendidikan sivik memberikan implikasi terhadap diri pelajar. Oleh itu, pengajaran melalui
pendidikan Sivik dapat melahirkan masyarakat yang lebih beradab dan berakhlak mulia dalam
komuniti.
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
mengembangkan potensi murid melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum seperti sukan, kelab, dan badan beruniform telah dilaksanakan sejak dari sekolah rendah
lagi. Di sekolah, aktiviti kokurikulum diwujudkan bagi memberi keseimbangan dalam akademik dan
aktiviti luar. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar akan melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan.
Hal ini dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti nilai bekerjasama, tolong-menolong,
bertanggungjawab dan sebagainya. Aktiviti ini dapat mendedahkan para pelajar supaya dapat
menampilkan diri mereka tanpa rasa takut dengan keadaan sekeliling. Oleh itu, penyertaan para
pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengembangkan lagi potensi nilai-nilai murni yang ada dalam
diri mereka.
Akhir sekali, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral. Hal ini bertujuan untuk memberi lebih fokus ke atas teras
nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017. Pendidikan Islam perlu ditekankan kepada pelajar
muslim pada peringkat awal agar mereka mampu mempraktikkan ajaran agama dalam kehidupan
seharian. Selain tiu, pendidikan Moral juga penting untuk diajarkan kepada pelajar bukan muslim agar
mereka dapat mengetahui dan memahami nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat. Nilai-nilai
murni yang diamalkan dan diterapkan dalam diri seseorang dapat melahirkan masyarakat yang lebih
harmoni dan saling bantu-membantu antara satu sama lain tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri
sahaja. Oleh itu, penghayatan nilai-nilai murni dalam diri para pelajar adalah penting.
* NUR SABRINAH BINTI MOHD HASLIN ( D20201093267 )
8/11/20 8:29 PM

Saya bersetuju dengan saranan pertama saudari iaitu memperkukuh pendidikan Sivik. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, Sivik bermaksud ilmu tatarakyat atau perasaan tanggungjawab
terhadap masyarakat. Mata pelajaran Pendidikan Sivik perlu dikekalkan di semua sekolah
seluruh Malaysia untuk membentuk rakyat Malaysia yang mengetahui hak, bertanggungjawab
dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dan
global. Menerusi mata pelajaran ini juga, para pelajar akan mengenali nilai-nilai murni dan
etika yang terkandung, mempelajari karakter-karakter yang penting bagi seorang warganegara
dan bentuk-bentuk tindakan yang tepat yang perlu diambil sebagai seorang warganegara. Oleh
itu, semua aspek ini perlu diterapkan kepada para pelajar supaya mereka dapat menghayati
nilai untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang
berpengetahuan dan mempunyai cita-cita yang tinggi demi membantu diri, masyarakat, agama
dan negara untuk mendapat pendidikan bertaraf dunia.

Page 86 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* TENGKU IZZUL SYAHMI BIN RAJA SALLEH ( D20201094107 )

8/11/20 11:11 PM

saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari mengenai perkukuhan pendidikan sivik
diperingkat awal sekolah. melalui pendidikan sivik yang diajari sejak awl persekolahan lagi akan
dapat memastikan pelajar mempunyai kriteria-kriteria yang sangat penting bagi mereka.Hal ini
demikian kerana, murid fahami akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan sebenar
sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam diri. Dengan kefahaman ini,
murid akan menghayati erti nilai yang sebenar, maka proses penerapan nilai dalam diri dan
kehidupan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk insan yang
cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.oleh itu pendidikan sivik amalah penting
bagi meneruskan anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia

Page 87 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

44 AZIZA NAJIHA BINTI JOHYRI @ JOHARI (D20201094190 )

8/11/20 12:11 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
memperkukuhkan subjek sivik,pendidikan islam dan moral. Subjek ini bukan hanya belajar di dalam
kelas sahaja malah harus diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Nilai-nilai murni yang diajar dalam
subjek ini membentuk kita menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Murid-murid haruslah
fahami kepentingan mempelajari subjek ini dan mengetahui isi kandungan yang diajar agar dapat
membentuk sahsiah diri yang terpuji. Melalui pendekatan ini, murid-murid dapat menghayati isi-isi
penting pembelajaran ini dan mempraktikkan pada masa hadapan. Pembelajaran ini juga, dapat
melahirkan warganera Malaysia yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan saling menghormati.
Pembelajaran yang berteraskan nilai-nilai murni memberi banyak kesan positif terhadap individu dan
negara.
Seterusnya ialah meningkatkan profesion keguruan di Malaysia. Pada era yang serba moden ini,
peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar untuk membentuk rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan. Komitmen dan usaha mempertingkatkan kualiti
pendidikan adalah sebahagian tugas utama guru bagi menjamin kualiti murid yang dihasilkan serta
kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa hadapan. Dalam konteks merealisasikan hasrat PPPM, guru
perlu memiliki satu wawasan yang unggul untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan,
berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi supaya dapat meningkatkan keberhasilan sekolah dan
kemenjadian murid. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru memikul amanah yang cukup mencabar
untuk menjadikan anak murid mampu bersaing di peringkat global. Guru juga haruslah mempunyai
iltizam tinggi untuk menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Hal ini kerana, penggunaan
ICT pada masa kini sangat diperlukan dan para guru haruslah mahir untuk menggunakannya agar
kualiti pembelajaran di sekolah dapat dipertingkatkan.
Saranan terakhir untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ialah melibatkan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum. Penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum dapat membina sahsiah murid bagi melahirkan modal insan yang sihat,cergas dan
berdaya saing tinggi. Dasar 1Murid 1Sukan yang diusahakan oleh KPM membantu negara untuk
merealisasikan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia kerana penglibatan menyeluruh oleh
seseorang murid terhadap aktiviti kokurikulum. Banyak manfaat yang dapat diperolehi dengan
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum antaranya dapat menyumbang diri dalam pertandingan yang
sihat, semangat muhibbah dan sikap toleransi antara kaum terjalin dan dapat meningkatkan nilai moral
dan fizikal seseorang individu. Melalui aktiviti kokurikulum murid-murid dapat berjumpa dengan ramai
orang tidak kira kaum,bangsa dan agama. Hal ini memberi kesan positif apabila murid-murid dapat
menjalinkan hubungan perpaduan antara kaum. Murid-murid juga dapat mempelajari perkara baharu
dan saling menghormati dengan kaum lain.
* NUR SABRINAH BINTI MOHD HASLIN ( D20201093267 )
8/11/20 8:49 PM

Saya bersetuju dengan saranan kedua saudari iaitu dengan meningkatkan profesion keguruan
di Malaysia. Bagi meningkatkan profesion keguruan di Malaysia, setiap guru perlu
meningkatkan kualiti pembelajaran mereka supaya dapat melahirkan pelajar yang berkualiti
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ilmu pengetahuan yang tinggi perlu dikuasai oleh
setiap guru dalam semua bidang bukan sahaja bidang utamanya tetapi juga dalam bidang
teknologi. Hal ini, guru-guru dapat membimbing dan mendorong pelajar supaya lebih
berpotensi dengan pelbagai ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif serta inovatif. Oleh
itu, para pelajar akan lebih menghayati nilai untuk melaksanakan pendidikan yang bertaraf
dunia dengan melakukan pembaharuan diri yang cemerlang dalam bidang pendidikan supaya
dapat meningkatkan nama pendidikan di Malaysia dan bersaing dengan negara maju yang lain.

Page 88 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NUR ADLIN AKASHAHIRA BINTI KAMARUL ARIFFIN ( D20201094188 )

14/11/20 10:13 AM

Saya setuju dengan saranan saudari iaitu memperkukuhkan subjek sivik, pendidikan islam dan
moral. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat melahirkan masyarakat yang menghayati nilai-
nilai murni dalam kehidupan dan memiliki sahsiah yang cemerlang agar masyarakat menjadi
insan yang berguna pada masa hadapan. Selain itu, meningkatkan profesiom keguruan di
Malaysia untuk komitmen dan usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan. Guru merupakan
orang yang mendidik jasmani, rohani, mental dan emosi murid yang ilmu, kemahiran dan
keterampilan dalam melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Akhir sekali, melibatkan murid-murid dalam aktiviti kurikulum kerana murid
dapat peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka. Penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikum juga dapat membina sahsiah murid bagi melahirkan modal insan yang sihat,
cergas dan berdaya saing tinggi.

Page 89 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

45 NUR SABRINAH BINTI MOHD HASLIN (D20201093267 )

8/11/20 4:56 PM
Pada pandangan saya, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
adalah pihak universiti kerajaan atau swasta harus mempunyai usaha gigih dan komitmen tinggi untuk
mengekalkan status dan kedudukan universiti mengikut QS-Asian University Ranking. Berdasarkan
status dan kedudukan universiti ini, pihak universiti akan melaksanakan pelbagai kaedah dan usaha
bagi mengembangkan potensi anak muda dengan pelbagai ilmu pengetahuan, menjadikan mereka
kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi. Hal ini akan mempengaruhi anak muda untuk melakukan
pembaharuan diri supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya mampu
meningkatkan dan mengekalkan kedudukan universiti pada pencapaian tertinggi di seluruh negara.

Selain itu, saranan terbaik adalah para pendidik khususnya perlu menguasai ilmu pengetahuan yang
tinggi. Ilmu pengetahuan yang tinggi mampu membantu para pendidik meningkatkan kualiti
pengajaran mereka terutama dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, pengkomputer dan
teknologi pendidikan. Hal ini kerana, pendidik merupakan tunjang utama negara bagi memastikan
pelajar dapat mencapai taraf pendidikan yang boleh memenuhi permintaan global iaitu melahirkan
pelajar berkemahiran, serba boleh dan mampu mencapai matlamat berpengetahuan dengan baik. Oleh
hal yang demikian, bantuan para pendidik seperti guru atau pensyarah di setiap pusat pendidikan
mampu membantu pelajar-pelajar memperoleh pendidikan yang berkualiti sekaligus dapat membantu
negara Malaysia untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis sebagai pendidikan bertaraf
dunia. Pendidikan bertaraf dunia adalah satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi
membaiki kualiti pendidikan negara supaya dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tertinggi
dan mampu menyaingi dengan negara maju yang lain.

Akhir sekali, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
rakyat Malaysia perlu melakukan perubahan sikap dan budaya dengan meningkatkan komitmen
supaya sentiasa berusaha mengekalkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Perubahan
sikap dan budaya seperti sentiasa berusaha memperbaiki nilai diri dengan ilmu pengetahuan dapat
menjadikan diri sebagai tenaga kerja yang berilmu dan berkualiti sejaras dengan aspirasi negara yang
bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kualiti untuk mengorak langkah
mencapai status negara maju. Dengan adanya modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan,
pembangunan ekonomi mampu berkembang dengan pesat setanding dengan negara maju yang lain.
* NUR SALSABILLA ISMAIL ( D20201094180 )
9/11/20 10:03 PM

Saya bersetuju dengan saranan saudari iaiturakyat Malaysia perlu melakukan perubahan
sikap dan budaya. Sikap dan budaya adalah perkara terpenting dalam masyarakat. Sekiranya
masyarakat lebih bersifat terbuka dari segi cara pemikiran dan sebagainya akan memudahkan
masyarakat untuk bersedia menerima perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia yang
mungkin menjadi semakin sukar bersesuaian dengan masa yang semakin ke hadapan.
Perubahan sikap dan budaya sememangnya bermula dari ilmu dan keadaan ini akan
menjadikan masyarakat lebih berilmu pengetahuan dan menjadikan sistem pendidikan di
Malaysia bertaraf dunia. Oleh itu, sikap dan budaya perlu diubah ke arah lebih positif dalam
pelbagai aspek seperti pemikiran dan sebagainya.

Page 90 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

46 NUR AZIZAH BINTI DAHARI (D20201094191 )

8/11/20 6:27 PM
Assalamualaikum Dr,
Antara saranan terbaik yang boleh diberi untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
melalui pendidikan ialah dengan menggalakkan penyertaan murid pelbagai bangsa dalam aktiviti-
aktiviti yang diadakan di sekolah misalnya aktiviti sukan atau aktiviti kebudayaan. Contohnya, seperti
aktiviti sukan bola sepak dan aktiviti kebudayaan seperti pertandingan menulis sajak, acara pakaian
beragam dan pertandingan permainan tradisional yang dapat dilakukan semasa bulan kemerdekaan.
Hal ini kerana, melalui aktiviti sukan dan aktiviti kebudayaan seperti ini dapat mewujudkan interaksi
antara sesama pelajar serta dapat mewujudkan nilai-nilai murni khasnya ialah semangat perpaduan.
Misalnya, dalam aktiviti sukan seperti permainan bola sepak memerlukan pelajar untuk bekerjasama
sebagai satu kumpulan. Tambahan pula, melalui pertandingan pakaian beragam dan pertandingan
permainan tradisional dapat memberikan pengetahuan kepada pelajar dengan lebih mendalam
tentang tradisi dan adat kaum lain. Dengan ini, para pelajar akan lebih memahami dan menghormati
kebudayaan kaum lain dan seterusnya dapat mencapai kepada perpaduan kaum.
Seterusnya, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai
aktiviti serta program yang dapat menerapkan nilai murni dalam diri pelajar seperti aktiviti
perkhemahan motivasi. Hal ini kerana, aktiviti perkhemahan ini dapat membantu pelajar untuk
mempelajari nilai-nilai serta dapat memanfaatnya dalam kehidupan. Melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan diadakan, pelajar dapat disemai dengan nilai
bertanggungjawab. Ini kerana, aktiviti perkhemahan akan mendedahkan kepada para pelajar mengenai
sikap kepimpinan. Kepimpinan yang baik dapat terbentuk melalui kesedaran terhadap tanggungjawab
yang perlu dipikul. Tambahan pula, ceramah motivasi juga dapat memberi kesedaran dan bimbingan
mengenai perubahan terhadap perkembangan diri serta perubahan terhadap sikap yang lebih baik.
Perkhemahan juga membolehkan wujudnya hubungan yang baik antara sesama pelajar serta dapat
mewujudkan semangat berpasukan.
Akhir sekali, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu diperkasakan dalam sistem pendidikan.
Walaupun pendidikan ini bukan antara yang tergolong dalam mata pelajaran yang wajib lulus, namun
penghayatan dan penguasaan terhadap pendidikan ini hendaklah diberi perhatian kerana melalui
Pendidikan sivik, dapat memupuk nilai yang baik seperti semangat patriotik dan perpaduan dalam
kalangan pelajar serta membentuk keperibadian seperti sikap bersopan santun dan saling hormat-
menghormati serta mempunyai sikap simpati dan empati terhadap orang lain dalam kehidupan
seharian. Keperibadian yang baik dapat mewujudkan masyarakat yang lebih terbuka serta semangat
patriotik yang terbentuk dalam diri pelajar dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan
harmoni.

* IFFAH RASYIDAH BINTI ROSLAN ( D20201093239 )

9/11/20 1:56 PM

Saya bersetuju dengan saranan saudari. Tetapi guru juga merupakan watak utama bagi
memainkan peranan dalam melahirkan rakyat yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan kearah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Hal ini
dikatakan demikian kerana murid menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di
sekolah iaitu dari mereka berusia 7 tahun hingga 17 tahun. Dalam tempoh ini, sekolah menjadi
institusi penting untuk penghayatan nilai dan pemupukan perpaduan. Guru bukan saja harus
berperanan sebagai suri teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku
mereka, malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan
murid yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid.

Page 91 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NUR AZLIEANAH SYAFIKA BINTI AMRANG ( D20201094193 )

13/11/20 12:08 AM

Saya bersetuju dengan saranan saudari dalam perenggan kedua iaitu pihak sekolah haruslah
menyediakan pelbagai aktiviti dan program yang dapat menerapkan nilai murni dalam
kalangan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, aktiviti perkhemahan seperti yang saudari
nyatakan sememangnya dapat memupuk nilai-nilai murni yang banyak dalam kalangan pelajar.
Seperti yang kita tahu, aktiviti perkhemahan sememangnya banyak melakukan aktiviti yang
mendatangkan faedah di mana aktiviti-aktiviti tersebut memerlukan kerjasama, komitmen,
tolong-menolong dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti sebeginilah yang sangat
diperlukan untuk membantu pelajar memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Selain itu,
ceramah motivasi yang sering diadakan juga pastinya akan membuka minda para pelajar untuk
membentuk sahsiah diri mereka dengan lebih baik lagi. Oleh itu, pihak sekolah sebenarnya
sangat memainkan peranan untuk membantu pelajar memupuk nilai-nilai murni dalam diri
mereka.

Page 92 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

47 NURUL HUSNA BINTI MUSTAPHA (D20201095595 )

9/11/20 1:27 PM
Antara saranan terbaik untuk rakyat Malaysia menerusi anjakan Pendidikan kearah
melaksanakan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah memastikan setiap murid
menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari
Bahasa tambahan. Setiap sekolah perlu menambah guru Bahasa tambahan seperti Bahasa Cina,
Bahasa Tamil dan Bahasa Arab untuk mengajar subjek tersebut. Bagi memperluaskan program LINUS
supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Kementerian juga perlu meningkatkan kemahiran bahasa
Inggeris guru dengan memastikan semua guru bahasa Inggeris perlu lulus Cambridge Placement Test
(CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti
latihan intensif bagi meningkatkan kemahiran tersebut. Di samping itu, murid juga akan diberi
pendedahan yang lebih khusus terhadap penggunaan bahasa Inggeris dengan memperkenalkan modul
Sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada pelajar sekolah. Justeru itu, bagi memantapkan
penguasaan bahasa Malaysia pula, kementerian perlu memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia
yang standard pada peringkat sekolah rendah, merangkumi sekolah jenis kebangsaan. Jelaslah
bahawa, menguasai pelbagai Bahasa ini dapat memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap
bahasa tersebut.
Selain itu, saranan terbaik untuk rakyat Malaysia menerusi anjakan Pendidikan kearah
melaksanakan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah melahirkan rakyat yang
menghayati nilai. Amalan nilai murni ini dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang
bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan dalam bidang kokurikulum. Sebagai contoh, guru-guru
yang menunjukkan sikap positif akan menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula,
keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan
para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap positif dalam diri mereka. Begitulah caranya
sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri
mereka. Jelaslah bahawa, rakyat yang menghayati nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana
kehidupan yang harmoni di Malaysia sekali gus dapat mengembangkan potensi murid secara holistik
dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 sukan, 1 kelab dan 1 uniform.
Saranan terbaik untuk rakyat Malaysia menerusi anjakan Pendidikan kearah melaksanakan
transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia yang terakhir adalah memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT amat
digalakkan bagi meningkatkan kapasiti dan proses pembelajaran murid lebih khusus sekaligus
menjadikan guru-guru lebih mahir dalam mengendalikan ICT. Melalui cara ini, guru-guru dapat
mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada teknik kuliah
sahaja. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa mengambil masa yang
lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Jelaslah bahawa, penggunaan ICT yang
kualiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat
yang diperolehi terus di akses ke dalam sistem.
* IFFAH RASYIDAH BINTI ROSLAN ( D20201093239 )
9/11/20 1:52 PM

saya bersetuju dengan saranan yang saudari kemukakan. Namun begitu penyertaan setiap
murid dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum di sekolah juga sangat penting untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia, . Hal ini dikatakan demikian
kerana apabila aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta
pasukan pakaiaan seragam dijalankan murid-murid akan berinteraksi dan bergaul antara satu
sama lain. Hal ini dapat membentuk nilai perpaduan dan nilai kerjasama dalam kalangan murid.

Page 93 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

Manakala dalam kurikulum pula murid perlulah memperkukuhkan nilai rohani iaitu melalui
subjek pendidikan islam, pendidikan moral serta pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
Subjek- subjek tersebut dapat melestarikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
melahirkan warganegara yang, berakhlak mulia dan beretika.

* SHANTHIYAA A/P CHANDARASEGAR ( D20201094194 )

12/11/20 10:25 PM

Pada pendapat saya, saya sangat setuju dengan cadangan terbaik, iaitu memupuk rakyat
Malaysia yang menghargai nilai melalui transformasi pendidikan untuk menerapkan pendidikan
bertaraf dunia yang sangat baik. Item terakhir adalah menerapkan nilai-nilai murni mereka
dalam kehidupan seharian. Sangat penting bagi pelajar untuk memahami kepentingan nilai
murni dalam kehidupan sebenar sebelum menerapkan nilai-nilai murni ini sendiri. Dengan
pemahaman ini, pelajar akan menghayati makna nilai yang sebenarnya, dan kemudian dapat
melaksanakan proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan dengan berkesan, dan akhirnya
dapat membentuk seseorang yang cemerlang dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelektual.
Apabila mereka mula meninggalkan dunia sekolah, dapat dijamin bahawa mereka akan dapat
menjadi warga global. Mereka telah dipupuk oleh nilai-nilai teras sejagat dan mempunyai jati
diri nasional yang kuat di masa depan.

Page 94 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

48 IFFAH RASYIDAH BINTI ROSLAN (D20201093239 )

9/11/20 1:42 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan kearah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah penyertaan
setiap murid dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana
apabila aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta pasukan pakaiaan
seragam dijalankan murid-murid akan berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain. Hal ini dapat
membentuk nilai perpaduan dan nilai kerjasama dalam kalangan pelajar. Manakala dalam kurikulum
murid perlulah memperkukuhkan nilai rohani iaitu melalui subjek pendidikan islam, pendidikan moral
serta pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Subjek- subjek tersemut dapat melestarikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan warganegara yang, berakhlak mulia dan beretika.
Selain itu, guru juga merupakan watak utama bagi memainkan peranan dalam melahirkan rakyat yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan tranformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana murid menghabiskan lebih satu perempat
daripada masa mereka di sekolah iaitu dari mereka berusia 7 tahun hingga 17 tahun. Dalam tempoh
ini, sekolah menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai dan pemupukan perpaduan. Guru bukan
saja harus berperanan sebagai suri teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku
mereka, malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan murid
yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid. Oleh itu, guru perlulah melihat peranan ini
bukan saja sebagai amanah untuk aset pembangunan negara, malah juga turut disemai sebagai satu
tanggungjawab kepada penciptaNya.
Saranan seterusnya ialah setiap individu yang telah menamatkan alam persekolahan perlulah
terus mempraktikkan nilai-nilai yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan
demikian kerana nilai-nilai yang disemai semasa di sekolah dahulu akan menjadi sia-sia jika tidak
diamalkan. Disamping itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang
menghayati nilai tidak tercapai. Hal ini menyebabkan wujudnya masyarakat yang terlibat dengan
jenayah seperti pembunuhan, dadah, perdagangan manusia dan banyak lagi. Perkara sebegini
meninggalkan impak yang negatif kepada nama dan usaha negara dalam melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia.
* SHANTHIYAA A/P CHANDARASEGAR ( D20201094194 )
12/11/20 10:34 PM

Saya setuju dengan semua perkara yang telah anda kemukakan, tetapi saya ingin
menambahkan cadangan Saya berpendapat bahawa dengan meningkatkan profesion
perguruan di Malaysia untuk mencapai transformasi pendidikan berkualiti bertaraf dunia, saya
akan menjadi lebih proaktif. Untuk menyesuaikan diri dengan era industri teknologi maklumat
dan multimedia yang berubah-ubah di negara ini, perlu diperbaharui sehingga benar-benar
dapat menjadi penyokong perubahan budaya literasi teknologi, terutama untuk membangun
masyarakat celik komputer dan terbuka untuk pengembangan budaya ilmiah. Profesion
perguruan harus berkembang lebih cepat dan bertahap untuk membentuk perkembangan
individu, masyarakat, dan negara. Sebaliknya, profesion keguruan sebagai pendorong
perubahan sosial seharusnya menjadi penyelamat krisis sosial yang dihadapi oleh masyarakat
yang berusaha untuk bertindak balas terhadap keperluan kemajuan dan perubahan. Adalah
perlu untuk menyediakan lebih banyak ruang terbuka untuk profesion keguruan sehingga
konsep sosialisasi sekolah, pelajar, pendidikan dan guru dapat membawa manfaat besar bagi
merealisasikan pendidikan bertaraf dunia.

Page 95 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NUR AZLIEANAH SYAFIKA BINTI AMRANG ( D20201094193 )

13/11/20 12:18 AM

Saya bersetuju dengan saranan saudari dalam perenggan ketiga iaitu setiap individu yang
menamatkan alam persekolahan haruslah terus mempraktikkan nilai-nilai murni yang dipelajari
di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai-nilai murni yang dipelajari bukanlah hanya
dihayati ketika di sekolah juga tetapi juga ketika berada di alam tamat persekolahan dan alam
pekerjaan. Nilai-nilai murni yang telah dipelajari disekolah lah yang harus dipraktikkan ketika
berada di luar bagi membina sahsiah diri masyarakat yang lebih baik di masa hadapan. Jika
masyarakat hanya mempraktikkan nilai-nilai murni di sekolah sahaja, pastinya objektif pihak
sekolah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sahsiah diri yang baik tidak tercapai.
Oleh itu, setiap rakyat Malaysia haruslah mempunyai fikiran yang terbuka dan sentiasa
menghayati nilai-nilai murni yang telah dipelajari di sekolah agar dapat menjamin
kesejahteraan hidup di masa hadapan.

Page 96 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

49 ANATHASIA LEE MEI LING (D20181081684 )

9/11/20 3:44 PM
Pada pandangan saya, antara saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia ialah meningkatkan profesionalisme perguruan. Dalam menitis arus
kemodenan ini, profesion perguruan harus berkembang pengetahuan dan kemahiran dengan lebih
pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan pelajar agar berkebolehan mengatasi cabaran
abad ke-21. Dalam pada itu, cadangan profesion perguruan harus memiliki diploma pendidikan bagi
membolehkan mere melayakkan diri untuk mengajar merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan
lagi kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya supaya setiap pendidik
mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran. Dengan berbuat demikian, pendidik
yang bertahap profesional dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dan cemerlang.

Seterusnya, usaha untuk memperbaiki kualiti sistem pendidikan juga salah satu saranan yang
terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang
bertaraf dunia. Sistem pendidikan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik
semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Sebagai contoh usaha yang boleh dilaksanakan ialah peperiksaan yang
menekankan kepada aspek-aspek kognitif pelajar dengan menguji tahap rasionaliti, logik, penyelesaian
masalah, membuat penilaian dan sebagainya. Antaranya adalah seperti pelaksanaan soalan yang
bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk meningkatkan kognitif pelajar. Konklusinya,
pelajar yang dilatih dan diajar untuk sentiasa berfikir secara kritis akan menjadi lebih cemerlang bukan
sahaja dari segi kognitif namun juga dalam segi efektif dan psikomotor.

Saranan yang terakhir dari saya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
ialah merapatkan jurang pendidikan. Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi cabaran
jurang pendidikan di antara bandar dengan luar bandar adalah membangunkan kemudahan
infrastruktur pendidikan dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana yang mencukupi
mengikut standard minimum. Lain daripada itu, sekolah-sekolah pinggir bandar perlu diberi tumpuan
dari segi keperluan khas seperti kemudahan digital dan jumlah pelajar perlu diambil kira supaya
menempatkan guru terlatih yang mencukupi diberi fokus utama. Tambahan lagi, peluasan prasekolah
dikaji semula bagi memastikan kanak-kanak yang terpinggir disediakan pendidikan prasekolah. Oleh
itu, jurang pendidikan di Malaysia terutamanya perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar
dapat dirapatkan.
* NUR SALSABILLA ISMAIL ( D20201094180 )
9/11/20 9:52 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari mengenaimeningkatkan profesionalisme perguruan

untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Guru yang mempunyai
pelbagai kemahiran mampu melahirkan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan bukan
sahaja dari segi akademik, namun turut menguasai bidang kokurikulum. Hal ini dikatakan
demikian kerana, guru tersebut akan berusaha untuk menyampaikan ilmu menggunakan
pelbagai kaedah melalui kemahiran yang dikuasainya. Keadaan ini jelas membantu untuk
mencorakkan perkembangan para pelajar dari semasa ke semasa. Bagi meningkatkan
profesionalisme perguruan ini, kesemua kemahiran perlu didedahkan kepada guru sepanjang
beliau mendapatkan pendidikan di institusi pendidikan untuk mereka amalkan bagi
memudahkan proses PdP yang akan datang

Page 97 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURIN NAJWA BINTI MD RONI ( D20201093237 )

10/11/20 2:29 AM

Saya setuju dengan pandangan saudari supaya profesionalisme guru dipertingkatkan. Guru
perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Mereka perlu
mempelbagaikan pedagogi selari dengan perkembangan semasa. Guru perlu mencari inisiatif
yang lebih menarik supaya setiap pengajaran dan pembelajaran itu disampaikan secara
berkesan. Misalnya, mempamerkan video untuk menerapkan nilai-nilai yang perlu ada dalam
diri pelajar sebagai seorang warganegara yang baik. Kaedah ini juga lebih menyeronokkan
berbanding murid hanya mendengar dan menyalin setiap perkataan yang ditulis di papan putih.
Namun begitu, saya yakin setiap guru mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk mendidik
dan menyampaikan ilmu kepada para pelajar.

Page 98 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

50 NUR ADLIN AKASHAHIRA BINTI KAMARUL ARIFFIN (D20201094188 )

9/11/20 5:42 PM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah memperkukuhkan
Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama
menjelang 2017. Hal ini dikatakan demikian kerana pelaksanaan KSSM yang baharu memerlukan
setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat masyarakat. Bagi murid
sekolah menengah, elemen khidmat masyarakat akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan sekolah
menengah. Kurikulum Pendidikan Islam untuk murid Islam akan melibatkan tumpuan terhadap
pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama utama lain di Malaysia. Bagi murid bukan Islam,
Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia.
Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral membentuk personaliti pelajar yang mencakupi aspek
emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di samping pemahaman
dari segi kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, pelajar juga diharapkan dapat
mengaplikasikan segala ilmua sas pengetahuan dan konsep yang dipelajari dalam Pendidikan Islam
dan Pendidikan Moral bagi menepati kehendak pendidikan untuk membina sahsiah pelajar berkualiti.
Selain itu, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah mlekasanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudahkan cara interaksi antara jenis
sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat memupuk
interaksi yang lebih kukuh antara murid dari berlainan jenis sekolah. Sekolah berperanan untuk
mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Melalui interaksi bersama murid lain dari
pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, dan belajar untuk memahami, menerima serta
menghayati perbezaan, suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi dapat dibentuk. Kementerian
berhasrat untuk menjanakan suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi
pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat
Malaysia.
Akhir sekali, mengembangkan potensi murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan
penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform merupakan saranan terbaik untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan
transformasi pendidikan cemerlang bertarap dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana penglibatan
dalam aktiviti kokurikulum murid memberikan murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat
mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang
baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid. Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga
mampu meningkatkan tahap disiplin murid danmelahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek . Aktiviti kokurikulum penting untuk semua murid di setiap peringkat persekolahan.
Maka semua murid diwajibkan menyertai kokurikulum kerana aktivitinya berupaya menyemai,
memupuk dan menanamkan perasaan kekitaan dalam masyarakat berbilang kaum selain berupaya
menerapkan nilai-nilai murni. Oleh itu, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat perlu memahami dan
menyokong usaha murni ini.
* NORHAZWANI IZZATI BINTI HARIZAN ( D20201094109 )
10/11/20 2:30 PM

Saya setuju dengan saranan mengembangkan potensi murid secara holistik dengan
mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
merupakan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertarap dunia.
Hal ini dikatakan demikian kerana penglibatan dalam aktiviti kokurikulum murid memberikan
murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah
yang formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan

Page 99 of 154
Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

kemahiran kepimpinan murid. Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga mampu

meningkatkan tahap disiplin murid danmelahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek . Aktiviti kokurikulum penting untuk semua murid di setiap peringkat
persekolahan. Maka semua murid diwajibkan menyertai kokurikulum kerana aktivitinya
berupaya menyemai, memupuk dan menanamkan perasaan kekitaan dalam masyarakat
berbilang kaum selain berupaya menerapkan nilai-nilai murni. Oleh itu, ibu bapa dan semua
pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni ini.

51 NUR AINATUL NADIA BINTI ZAINUDDIN (D20201093279 )

9/11/20 8:42 PM
Saranan terbaik yang saya dapat cadangkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
adalah dengan, menerapkan nilai murni dalam diri setiap masyarakat di Malaysia. Penerapan nilai
murni dalam diri amatlah penting dalam kalangan rakyat Malaysia . Sekiranya seseorang individutelah
menerapkan nilai murni dalam diri perlakuan , dan pertuturan individu tersebut pasti sopan, teratur
dan positif berbanding individu yang kurang nilai penghayatan dalam dirinya. Penerapan nilai tersebut
sepatutnya dibiasakan semenjak kecil lagi , sama ada melalui pendidikan formal dan pendidikan tak
formal. Nilai murni dapat membentuk insan yang cemerlang intelek, jasmani, dan rohani serta emosi
seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, jelaslah bahawa penerapan nilai
murni dalam kalangan masyarakat amat penting agar pendidikan cemerlang bertaraf dunia berjaya
digapai di Malaysia.
Seterusnya, para pendidik juga memainkan peranan yang penting agar rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan dapat dilahirkan. Guru merupakan orang tua kedua di
sekolah menggantikan ibu bapa sebenar. Guru mestilah menjadi Role Model buat anak- anak murid
mereka. Hal ini adalah kerana , para pelajar sudah tentu akan menjadikan guru mereka sebagai
contoh. Maka, sekiranya guru itu sendiri kurang menghayati nilai , bagaimana mereka inginn memupuk
anak murid mereka agar menerapkan nilai dalam diri mereka. Guru perlulah memainkan peranan
dalam menerapkan nilai murni baik daripada segi perbuatan, perlakuan mahupun tutur kata. Guru juga
haruslah cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam
penyampaiannya. Seorang guru juga harus tekunn memahami anak murid mereka . Sekiranya seorang
guru memahami kehendak muridnya , pembelajaran dan pengajaran menjadi semakin mudah untuk
menerapkan perkara tersebut dalam diri para pelajar. Hal ini adalah kerana, dengan memahami apa
yang murid suka dan tidak , sudah tentu para guru dapat memikirkan cara yang terbaik untuk
digunapakai dalam sesi pembelajaran sekaligus dapat mengelakkan para pelajar bosan dan dapat
menarik minat pelajar untuk belajar. Maka, lebih mudah untuk nilai murni dapat dipupuk dalam diri
pelajar.
Cadangan yang lain pula untuk memastikan nilai dihayati dalam kalangan rakyat Malaysia ialah ,
melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum dedifinisika sebagai kegiatan yang
dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan
pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum bukan sahaja dapat memberikan
keseronokan malahan dapat mendatangkan kebaikan kepada para pelajar yang menyertainya. Hal ini
adalah kerana melalui aktiviti kokurikulum modal insan yang holistik dan seimbang serta mempunyai
nilai penghayatan dapat dilahirkan. Melalui aktiviti itu juga, perpadua dapat dipupuk kerana aktiviti
kokurikulum dijalankan tanpa mengira kaum dan agama. Kokurikulum juga dapat menggilap bakat
terpendam pelajar yang telah dipendam sekian lama. Maka jelaslah disini bahawa kokurikulum dapat
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan
tranformasi pendidikan cemerlang yang bertaraf dunia.

Page 100 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* UMMI AIDA BINTI HADI ( D20201093270 )

10/11/20 2:06 AM

Saya bersetuju dengan sarana saudari yang mengatakan pendidik memainkan peranan penting
aga rakyat Malaysia dapat menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan dapat dilahirkan. Hal
ini demikian kerana hanya pendidik yang dapat menarik sepenuhnya minat pelajar untuk
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan. Penerapan nilai-nilai murni amat penting dalam
diri pendidik agar dapat dijadikan teladan kepada anak didik mereka. Pemilihan calon guru
bukan sahaja dipilih berdasarkan nilai akademik namun harus juga dipilih berdasarkan nilai-nilai
baik yang ada pada diri seorang calon guru. Mereka juga harus bersiap sedia bagi menempuhi
cabaran dalam menghadapi kerjaya seorang guru untuk mendidik anak bangsa. Para pendidik
juga perlu mempunyai kreativiti dan mempunyai teknik mengajar yang pelbagai agar anak
didik tidak bosan semasa mereka menimba ilmu.

* NURIN NAJWA BINTI MD RONI ( D20201093237 )

10/11/20 2:28 AM

Saya setuju dengan pendapat saudari bahawa pentingnya peranan guru untuk melahirkan
rakyat yang menghayati nilai. Guru hendaklah menghayati nilai sebelum mereka menerapkan
nilai dalam diri para pelajar. Guru berperanan sebagai pendidik dan ‘role model’ kepada pelajar.
Para pelajar sentiasa memerhati setiap percakapan, tingkah laku dan pemikiran guru mereka.
Oleh hal yang demikian, setiap guru perlu menjaga tutur kata, tingkah laku dan mengawal
emosi mereka ketika berhadapan dengan pelbagai situasi. Kita tidak mahu peribahasa bagai
ketam mengajar anaknya berjalan terjadi kepada para guru. Guru merupakan suri teladan
terdekat untuk dicontohi oleh para pelajar kerana guru lebih banyak meluangkan masa dengan
pelajar berbanding ibu bapa pelajar itu sendiri.

Page 101 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

52 NUR SALSABILLA ISMAIL (D20201094180 )

9/11/20 9:31 PM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah guru
memperkenalkan Anjakan Utama Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara kepada para pelajar.Hal
ini dikatakan demikian kerana, untuk memastikan wujudnya sebuah penghayatan pelajar terlebih
dahulu perlu mengenali konsep tranformasi pendidikan yang diperkenalkan daripada pihak kerajaan.
Peranan guru adalah memperkenalkan sebelas anjakan yang telah disenaraikan merangkumi pelbagai
aspek pelajaran tersebut kepada semua pelajar. Oleh itu, melalui kaedah ini jelas membantu
melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai penghayatan terhadap nilai menerusi anjakan pendidikan
ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia kerana mereka bukan sahaja
mengerti konsep tranformasi pendidikan malah mereka melaluinya sendiri.

Selain itu, penerapan nila-nilai murni dalam diri. Menerusi anjakan ketiga iaitu melahirkan
rakyat yang menghayati nilai jelas menunjukkan kepentingan nilai dalam setiap diri masyarakat.
Pendidikan nilai sebenarnya bermula dari rumah dan ia berterusan sepanjang hayat, tetapi nilai dalam
pendidikan di sekolah memainkan peranan penting dalam kehidupan murid. Hal ini dikatakan demikian
kerana, untuk mereka menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan
tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia mereka perlu membudayakan nilai positif dalam
fikiran masing-masing. Keadaan ini bagi memastikan anjakan pendidikan yang diperkenalkan dapat
dicapai dalam jangka waktu yang telah dirancangkan. Oleh itu, anjakan ini juga, telah diterjemahkan
dalam kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) mahupun kurikulum standard sekolah menengah
(KSSM) bagi memastikan nilai kepada murid-murid bertambah demi masa depan mereka yang lebih
baik seterusnya menjadi masyarakat yang mempunyai pendidikan bertaraf dunia.
Akhir sekali, Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
ialah melakukan perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia perlu
mempunyai perubahan untuk memastikan sistem ini bersesuaian dengan tuntutan masa. Melalui
kaedah ini,negara dapat memastikan kaedah pembelajaran di Malaysia mudah diterima oleh pelejar
kerana tidak ketinggalan zaman dan pembagunan sumber dari segi kuantitatif dan kualitatif perlu
diutamakan. Perubahan ini dapat dilaksanakan dengan memantapkan kokurikulum yang mampu
melahirkan pelajar yang mempunyai banyak kelebihan seperti komunikasi,kempimpinan dan
sebagainya.Oleh itu,melalui kaedah ini,pelajar akan lebih berfikiran terbuka dan menjadi rakyat
Malaysia yang mampu menjadikan pendidikan di Malaysia.
* UMMI AIDA BINTI HADI ( D20201093270 )
10/11/20 2:24 AM

Saya bersetuju dengan sarana saudari yang mengatakan kerajaan perlu melakukan perubahan
dalam sistem pendidikan di Malaysia agar masyarakat dapat menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan. Hal ini demikan kerana sistem pendidikan yang diubah mampu seiring
dengan perubahan era supaya pelajar mampu dilengkapkan dengan ilmu baharu yang lebih
memenuhi pasaran pekerjaan. Kajian meramalkan 60 peratus jenis pekerjaan tidak akan ada
lagi dan akan muncul pelbagai bidang baru maka pelajar perlu dilatih dari awal. Jika dilihat,
terlalu banyak subjek dan tiada tumpuan sedangkan industri baru lebih terjurus ke arah Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Justeru, kurikulum baru yang bakal dirangka
perlu mempunyai tumpuan khusus. Bagi menjayakan abad ke-21, pelajar perlu mempunyai
ruang untuk berfikir secara kritikal, berinovasi dan memerlukan masa untuk berfikir dengan
mendalam berhubung subjek STEM.

Page 102 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURULHUDA NABIHAH BINTI ZAHRI ( D20201094110 )

10/11/20 11:14 PM

Saya setuju dengan cadangan saudari iaitu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri. Hal ini
demikian kerana dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dapat
membantu murid memahami akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan sebenar sebelum
mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri. Kefahaman ini dapat membantu murid untuk
menghayati erti nilai sebenar. Maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Intihanya, hal ini dapat membentuk insan yang cemerlang dari
segi emosi, jasmani, rohani dan intelek. Apabila mereka mula meninggalkan alam
persekolahan, ini memberikan jaminan mereka mampu menjadi warga global yang telah
dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identity nasional yang utuh di masa akan
datang.

* AN NURMIRANI BINTI CHE IBRAHIM ( D20201094001 )

13/11/20 2:42 AM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari yang kedua iaitu melahirkan rakyat yang menghayati
nilai jelas menunjukkan kepentingan nilai dalam diri. Individu yang mempunyai nilai-nilai murni
dalam dirinya akan sentiasa berfikir positif. Niai murni seharusnya dihayati dan dimiliki oleh
setiap lapisan masyarakat Negara ini. Dengan nilai murni yang tertanam dalam diri, setiap
individu dalam masyarakat akan menjadi warganegara yang berguna. Kepentingan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan termasuklah mengeratkan perpaduan
masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap rakyat di Malaysia
saling menghormati, menyayangi sesama anggota masyarakat dan bertoleransi dalam
kehidupan. Oleh itu, murid-murid di Malaysia mampu mencapai kecemerlangan bersama
bertaraf anatarabangsa.

Page 103 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

53 BRYAN KABA ANAK UNJONG (D20201093274 )

9/11/20 10:32 PM
Saranan terbaik yang boleh saya berikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia ialah menerapkan nilai-nilai murni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui
penerapan nilai-nilai murni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah, ia akan
membantu menjadikan murid tersebut lebih menghayati dan memahami erti nilai-nilai murni.
Pengukuhan pengajaran subjek seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan seterusnya Pendidikan
Sivik amat penting kerana ketiga-tiga subjek ini mampu membantu murid untuk mengenali dan
menghayati nilai murni. Apabila mereka lebih menghayati nilai murni, mereka akan mempraktikan
nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu penerapan nilai-nilai murni semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran amatlah penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang lebih
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang
bertaraf dunia.
Selain itu, saranan terbaik yang boleh saya berikan untuk melahirkan rakyat Malysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia ialah melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Pelaksanaan
aktiviti kokurikulum di sekolah ini ternyata mampu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai kerana aktiviti kokurikulum ini melibatkan ramai murid yang berbilang kaum. Aktiviti kokurikulum
yang melibatkan aktiviti sukan, persatuan dan juga badan unit beruniform ini akan mampu untuk
menerapkan pelbagai jenis nilai dalam diri murid. Sebagai contoh, sikap berkerjasama ,
bertanggungjawab, amanah dan sebagainya akan dapat diterapkan dalam diri murid kerana aktiviti
kokurikulum ini merupakan aktiviti yang memerlukan tindakan bersama. Oleh itu, pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah akan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Saranan terakhir yang boleh saya berikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia ialah memastikan profesion keguruan dipertingkatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana
profesion keguruan adalah satu profesion yang menjadi tunjang kepada negara dalam melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai.Latihan keguruan haruslah diperkasa dan seseorang guru itu
perlulah menghayati nilai. Hal ini kerana guru adalah merupakan seorang pembimbing murid dan
haruslah menunjukkan teladan yang baik agar dapat menjadi ikutan murid. Jika seseorang guru itu
mempunyai nilai dan berkelakuan baik, ia sudah pasti akan menjadi ikutan murid kerana guru adalah
seorang yang menjadi contoh kepada mereka. Oleh itu, profesion keguruan wajarlah ditingkatkan agar
mampu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
* WARDINA ANAK JAMES ( D20201093264 )
12/11/20 12:04 AM

Saya bersetuju dengan pendapat yang telah saudara utarakan seperti diatas
berkaitan dengan menerapkan nilai-nilai murni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah sebagai saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidkan. Penerapan nilai-nilai murni ini dapat dilakukan semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah melalui subjek-subjek seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Nilai-nilai murni seperti
bertoleransi, hormat-menghormati serta bertanggungjawab akan dapat mengajar pelajar untuk
mempunyai sikap ingin berbuat baik kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini.
Mereka akan dapat menanamkan rasa cinta akan negara menerusi pengamalan nilai-nilai yang
mulia ini di dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu juga, pelajar juga akan lebih
cenderung untuk menjadi individu yang mempunyai nilai akhlak yang tinggi dan berbudi pekerti
mulia.

Page 104 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

54 NURIN NAJWA BINTI MD RONI (D20201093237 )

9/11/20 11:14 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ialah Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memperkukuh kaedah pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik. Pendekatan pedagogi
pendidikan secara umumnya perlu diberi penekanan penguasaan pelbagai nilai kemahiran aras tinggi
seperti pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran berkolaboratif, bekerjasama, menyelesaikan masalah
yang kompleks, mengurus emosi, dan kemahiran bersosial. Kurikulum Pendidikan Islam untuk murid
Islam akan melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama
utama lain di Malaysia. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman
tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam
kehidupan seharian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik seperti peningkatan dalam
aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik, amanah serta berintegrasi.
Selain itu, murid perlu dibangunkan secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan
murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
memberikan murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik
darjah. Penglibatan murid dalam kokurikulum mampu memupuk sahsiah dan pembentukan perpaduan
dalam kalangan murid. Secara tidak langsung juga dapat menyemaikan perpaduan, integrasi nasional
serta nilai-nilai murni. Interaksi dalam aktiviti kokurikulum bersama rakan berlainan bangsa dan agama
dapat melatih murid ke arah pemupukan ciri positif dalam kehidupan bermasyarakat. Kementerian juga
perlu mewajibkan penglibatan ini sebagai syarat tamat pengajian. Bagi meningkatkan kualiti aktiviti
yang ditawarkan di setiap sekolah, kementerian sewajarnya memberikan latihan khas kepada guru
penasihat aktiviti. Kerjasama dengan lebih banyak organisasi komuniti dan sektor swasta hendaklah
dijalinkan bagi melaksanakan program ini.
Akhir sekali, kerajaan hendaklah mengukuhkan dan memperluas semula program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) di sekolah rendah dan menengah di negara ini. Pendekatan
sempurna yang lebih ketat dan sarat dengan mesej perpaduan ini diyakini akan memberi impak
langsung kepada agenda perpaduan kaum secara holistik. Satu pemantauan membabitkan sekolah
menengah kawasan bandar dan luar bandar yang mempunyai komposisi murid pelbagai etnik telah
dibuat. Berdasarkan pemantauan tersebut, didapati sekolah yang melaksanakan aktiviti yang menjurus
kepada pembentukan perpaduan dapat dilihat melalui interaksi dan tingkah laku murid dalam bilik
darjah dan ketika aktiviti kokurikulum dijalankan. Terdapat sekolah yang melaksanakan susunan
tempat duduk secara bercampur dalam kalangan pelbagai etnik. Pembabitan ibu bapa dan komuniti
dalam program ini perlu dipertingkatkan lagi bagi memastikan perpaduan dan semangat patriotisme
terus diamalkan dalam kalangan murid semasa serta selepas waktu persekolahan

Page 105 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

55 NURIN NAJWA BINTI MD RONI (D20201093237 )

9/11/20 11:23 PM

Page 106 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

56 NURIN NAJWA BINTI MD RONI (D20201093237 )

9/11/20 11:24 PM

terus diamalkan dalam kalangan murid semasa serta selepas waktu persekolahan.

Page 107 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

57 NUR FARAHAINIE BINTI BAHARRUDIN (D20201093244 )

9/11/20 11:37 PM
Antara saranan terbaik saya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
dengan memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral di semua sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana
mata pelajaran yang berteraskan agama dan nilai akan memberi bimbingan secara langsung kepada
pelajar. Tambahan pula, Kedua-dua pendidikan ini sudah lama berfokus kepada nilai dan falsafah
agama sejak tahun-tahun sebelumnya. Tamsilannya, dalam Pendidikan Moral, pelajar diterapkan
dengan 36 nilai secara berperingkat. Selaras dengan hal ini, Pendidikan Islam juga mengajarkan
kepentingan nilai-nilai dalam menjalankan kehidupan seharian. Dalam konteks ini, sekolah merupakan
tempat yang terbaik untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke
arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Selain itu, memperkukuh Pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai
prasyarat untuk tamat persekolahan. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa aras Pendidikan Sivik
adalah untuk membentuk seorang warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan
berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global. Oleh itu,
memang tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak akan mengenali nilai murni dan etika yang
sewajarnya. Contohnya, pelaksanaan pendidikan ini juga perlu dilakukan secara bersepadu dan holistik
dengan memberi penekanan terhadap literasi SMK, dalam bilik darjah dan amali sivik iaitu luar bilik
darjah. Sekiranya pelajar memenuhi syarat yang ditetapkan, pelajar tersebut boleh menyedari bahawa
Pendidikan Sivik bukanlah tugas sekolah semata-mata, tetapi merupakan nilai yang perlu dihayati
selaras dengan membawa kepada pelaksanaan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Seterusnya. mengukuh dan memperluaskan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)
juga merupakan saranan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Secara
umumnya, RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para
guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan,
peralatan, dan kepakaran. Tujuan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berperibadi yang unggul dan mempunyai semangat yang muhibah. Hal ini juga
akan menerapkan nilai-nilai dalam diri masyarakat tanpa mengira kaum seterusnya melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai.

Page 108 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

58 UMMI AIDA BINTI HADI (D20201093270 )

10/11/20 12:33 AM
Assalamualaikum dan salam sejhatera Dr. serta rakan-rakan seperjuangan,
Pada pendapat saya, sarana terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati saranan
terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah memartabatkan profesion
keguruan. Golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan
menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan
kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid,
ibu bapa dan masyarakat. Profesion keguruan harus dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan
amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pemmbinaan generasi masa depan. Kerajaan perlu
berusaha menaiktaraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan
kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga perlu menambah baik sistem pemilihan calon guru,
penjawatan, penempatan dan kebajikan guru. Sebagai contoh, KPM boleh melaksanakan elaun khas
kepada guru berdasarkan performance-based.

Selain itu, sarana terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati saranan terbaik
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah memperbaiki kualiti sistem
peperiksaan. Kementerian Pendidikan perlu memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem
peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik
semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan
falsafah pendidikan negara. Pelbagai langkah perlu dibuat untuk memperbaiki kualiti peperiksaan
dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis,
rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat
penilaian dan sebagainya. Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat dengan teliti. Sebagai
contoh, membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti.

Sarana terbaik yang lain untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati saranan terbaik untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan
tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah merapatkan jurang pendidikan. Kerajaan perlu
mencari pelbagai cara untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina,
tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid untuk mengurangkan perbezaan dari segi penyediaan
kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian murid serta keciciran. Kemudahan
infrastruktur pendidikan di luar Bandar Sabah dan Sarawak perlu dibangunkan dan memastikan semua
sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. Bantuan kepada pelajar miskin,
bekeperluan khas dan kumpulan minority, pengurangan jurang digital dan penempatan guru terlatih
yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar Bandar dan pedalaman perlu dititikberatkan dan
diperluaskan.

Page 109 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

59 TENGKU ANIS ATIRAH BINTI TENGKU HASSAN (D20201094104 )

10/11/20 12:35 AM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan
falsafah agama utama menjelang 2017. Hal ini dikatakan demikian kerana pelaksaan Pendidikan Islam
dan Moral dalam pembelajaran di sekolah dapat membentuk peribadi yang mulia dalam diri seseorang
tersebut. Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk membentuk personaliti Muslim yang mencakupi
aspek rohani, jasmani, intelek serta juga emosi. Yang lebih utama lagi segala perlakuan sama ada yang
bersifat zahir mahupun batin atau dalaman seharusnya selari dengan ajaran Islam sperti yang
terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Pendidikan Islam tidak
sekadar memindahkan maklumat kepada para pelajar malah peranannya adalah lebih luas dan bersifat
holistik. Pendidikan Islam mencakupi hubungan pelajar kepada keduniaan dan juga akhirat. Dalam
konteks ini, pendidikan yang baik memberi sumbangan kepada semua bidang pertumbuhan individu
sama ada yang menyentuh aspek fizikal, akal, psikologi, spritusl, moral, sosial, dan seluruh disiplin
ilmu.
Saranan yang seterusnya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
mengembangkan potensi murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Hal ini dikatakan kerana dasar 1Murid 1Sukan ini
amat penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar ini menjadi serampang
dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk
meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan
atau permainan di sekolah. Jelaslah bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu transformasi
baharu yang banyak manfaatnya dalam sistem pendidikan di negara kita.
Saranan yang terakhir untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah penerapan
nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran asas pembangunan nilai pelajar. Nilai-nilai murni ini
dapat dipupuk secara tidak formal dan formal. Masyarakat dan anggota keluarga memainkan peranan
penting dalam pemupukan nilai murni dan sahsiah individu yang positif secara tidak tidak formal.
Walaubagaimanapun, pemupukan nilai murni ini akan lebih terarah jika disampaikan melalui sistem
pendidikan formal yang jelas strukturnya. Oleh itu, dengan pemupukan nilai murni ini secara tidak
langsung dapat melahirkan insan dan juga warganegara yang baik serta memiliki akhlak mulia.
* NURUL AINA FARHANA BINTI ROSHDI ( D20201093258 )
11/11/20 7:41 PM

Saya juga bersetuju bahawa Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral harus dikukuhkan lagi bagi
melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Hal ini kerana, asas agama merupakan perkara
penting untuk tingkatkan nilai-nilai murni dalam diri. Melalui pendidikan ini, mereka akan
belajar untuk menghormati antara satu sama lain, bertanggungjawab dalam melakukan
sesuatu , jujur dan sebagainya. Tambahan juga, Kedua-dua pendidikan ini sudah lama berfokus
kepada nilai dan falsafah agama sejak dahulu lagi. Selain itu, disiplin diri akan bertambah baik
dari semasa ke semasa. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan seharian,
yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik. Justeru itu, saranan agar memperkukuhkan
lagi pendidikan islam dan pendidikan moral merupakan yang terbaik dan dapat melaksanakan
transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

Page 110 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* AN NURMIRANI BINTI CHE IBRAHIM ( D20201094001 )

13/11/20 2:41 AM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari yang pertama iaitu memperkukuhkan Pendidikan
islam dan moral. Pendidikan islam dan moral amat penting dalam membentuk kesucian diri dan
keperibadian mulia. Penghayatan dalam subjek sebegini mampu mengelakkan daripada
rusuhan kaum yang mungkin berlaku dalam kalangan murid kerana persalahfahaman.
Penghayatan subjek Pendidikan islam mampu mencapai keharmonian dalam masyarakat
kerana matlamatnya mempunyai pendidiran yang sama dengan Pendidikan moral yang diajar
kepada murid bukan islam ialah membentuk personaliti muslim yang mancakupi aspek rohani,
jasmani,intelek dan emosi. Manakala subjek Pendidikan moral menekankan dalam memahami
dan menghayati nilai murni dan menyedari kepentingan keharmonian antara manusia dengan
alam sekitar serta berusaha kea rah mengekalkannya.

Page 111 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

60 UMMI AIDA BINTI HADI (D20201093270 )

10/11/20 12:58 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Dr. serta rakan-rakan seperjuangan,
Pada pendapat saya, sarana terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati saranan
terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah
melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah memartabatkan profesion
keguruan. Golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan
menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan
kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid,
ibu bapa dan masyarakat. Profesion keguruan harus dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan
amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pemmbinaan generasi masa depan. Kerajaan perlu
berusaha menaiktaraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan
kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga perlu menambah baik sistem pemilihan calon guru,
penjawatan, penempatan dan kebajikan guru. Sebagai contoh, KPM boleh melaksanakan elaun khas
kepada guru berdasarkan performance-based.

Selain itu, sarana terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati saranan terbaik untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan
tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah memperbaiki kualiti sistem peperiksaan.
Kementerian Pendidikan perlu memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem
peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi
keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan
negara. Pelbagai langkah perlu dibuat untuk memperbaiki kualiti peperiksaan dengan menekankan
aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik,
pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan
sebagainya. Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat dengan teliti. Sebagai contoh,
membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti.
Sarana terbaik yang lain untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati i nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah merapatkan
jurang pendidikan. Kerajaan perlu mencari pelbagai cara untuk merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid untuk
mengurangkan perbezaan dari segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan
pencapaian murid serta keciciran. Kemudahan infrastruktur pendidikan di luar Bandar Sabah dan
Sarawak perlu dibangunkan dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard
minimum. Bantuan kepada pelajar miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minority, pengurangan
jurang digital dan penempatan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar Bandar
dan pedalaman perlu dititikberatkan dan diperluaskan

Page 112 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

61 UMMI AIDA BINTI HADI (D20201093270 )

10/11/20 12:59 AM

Sarana terbaik yang lain untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah merapatkan
jurang pendidikan. Kerajaan perlu mencari pelbagai cara untuk merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid untuk
mengurangkan perbezaan dari segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan
pencapaian murid serta keciciran. Kemudahan infrastruktur pendidikan di luar Bandar Sabah dan
Sarawak perlu dibangunkan dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard
minimum. Bantuan kepada pelajar miskin, bekeperluan khas dan kumpulan minority, pengurangan
jurang digital dan penempatan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar Bandar
dan pedalaman perlu dititikberatkan dan diperluaskan

Page 113 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

62 KEMY CAMELIA BALINGI (D20201094031 )

10/11/20 1:39 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah, melalui
penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua
matapelajaran terutamanya pada matapelajaran pendidikan moral dan sivik. Hal ini kerana
matapelajaran tersebut merangkumi semua nilai-nilai yang wajib ada pada setiap rakyat Malaysia
seterusnya melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ia diperkukuhkan pula melalui kegiatan-
kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk
kurikulum, formal dan tidak formal di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dan
secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan.
Selain itu, memperbanyakkan lagi sekolah yang mempunyai kepelbagaian. Bagi aspek jenis dan
kategori sesebuah sekolah menengah, pada asasnya telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi memberi penekanan tertentu dalam amalan pendidikan di negara ini. Tujuan sekolah
rnenengah kebangsaan adalah untuk memberi pendidikan kepada rakyat secara umum, manakala
sekolah menengah berasrama penuh dan khas. Sebagai contoh, sekolah 1Malaysia yang terletak di
Johor iaitu SMK(P) Sultan Ibrahim Johor Bahru. Sekolah ini menempatkan pelajar-pelajar dari pelbagai
jenis bangsa dan agama. Pelajar-pelajar bukan saja dapat mengenali budaya dan kaum pelajar lain,
malahan dapat mewujudkan nilai perpaduan kaum.
Akhir sekali ialah, guru harus menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar. Sejak menjejakkan
kaki ke alam persekolahan, para pelajar adalah amat bergantung kepada tunjuk ajar para guru
memandangkan jumlah masa mereka bersama para guru. Oleh yang demikian para guru memainkan
peranan penting dalam mencorakkan kehidupan pelajar. Guru adalah orang yang penting dalam
kehidupan pelajar. Hubungan guru dengan pelajar adalah sangat rapat dan hubungan ini merupakan
peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku guru mudah mempengaruhi
pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar mudah menginterpretasi sesuatu yang dilakukan oleh guru sama ada
cara guru bertutur atau bertingkah laku. Guru haruslah menunjukkan sikap yang positif dalam diri
pelajar bagi menanamkan sikap yang positif dalam diri pelajar. Selain itu, sifat keprihatinan guru
terhadap pelajar juga adalah penting dalam pembentukan sahsiah pelajar. Sifat keprihatinan guru
boleh ditunjukkan melalui sifat bersimpati dan menjaga kepentingan mereka dalam proses pendidikan.
Guru-guru yang sabar, bertolak ansur, suka mendengar pandangan pelajar adalah guru yang disukai
oleh pelajar. Guru harus mengambil peluang ini untuk mempengaruhi pelajar dalam proses pengajaran
di dalam kelas terutama dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan nilai pelajar.

* WARDINA ANAK JAMES ( D20201093264 )

11/11/20 11:46 PM

Saya bersetuju dengan pendapat yang telah saudari kemukakan diatas berkaitan
dengan guru harus menjadi contoh yang baik kepada pelajar sebagai saranan terbaik untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang meghayati nilai menerusi anjakan pendidikan cemerlang
bertaraf dunia. Guru sememangnya harus menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar
mereka dengan menunjukkan pengamalan serta penerapan nilai-nilai yang baik dalam
kehidupan agar menjadi ikutan pelajar mereka. Guru yang mempunyai disiplin yang tinggi serta
berkarisma dalam menjalankan tugasan akan dapat menarik minat pelajar untuk lebih
bersemangat dalam pembelajaran dan seterusnya mengidolakan guru mereka tersebut. Mereka
akan lebih bersemangat untuk mengikuti sikap guru mereka supaya dijadikan ikutan dan juga
teladan apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan suatu hari nanti. Oleh itu, guru haruslah
sentiasa menampakkan ciri-ciri seorang guru yang bersahsiah tinggi serta terpuji di hadapan
pelajar mereka agar pelajar mereka dapat menjadikan mereka sebagai contoh yang baik.

Page 114 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

63 NURUL ATHIRAH BINTI MAT NAWI (D20201093253 )

10/11/20 1:52 PM
Assamualaikum Dr,
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah penerapan nilai murni
kepada para pelajar. Penerapan nilai murni perlulah memberi fokus kepada aspek agama dan moral
kepada para pelajar. Penerapan aspek agama dan moral ini boleh mengelakkan para pelajar terjebak
dengan gejala yang tidak sihat seperti merokok, merempit, merompak dan lain-lain. Seterusnya, bagi
penerapan nilai murni kepada para pelajar ini guru perlulah terlebih dahulu menjadi contoh kepada
para pelajar, guru perlulah mengamalkan nilai murni dalam penyampaian pengajaran, cara
berkomunikasi dengan pelajar dan lain-lain. Bagi aspek komunikasi, para guru perlulah menggunakan
bahasa yang baik bagi mencerminkan etika sebagai seorang guru. Kesimpulannya, penerapan nilai
murni dalam pendidikan ini negar mampu melahirkan masyarakat yang bertaraf dunia melalui
pendidikan.
Saranan yang kedua ialah mengembangkan potensi individu secara holistik. Perkembangan secara
holistik ini melibatkan aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi. Potensi secara holistik boleh
dikembangkan melalui penglibatan murid dalam satu sukan, satu kelab dan satu badan beruniform,
penglibatan ini akan memupuk semangat kerjasama, patriot dan bersatu-padu dalam kalangan para
pelajar. Selain itu, bagi melaksanakan perkembangan potensi invidu secara holistik ini para guru
perlulah memainkan peranan penting guru perlulah menjadi penggerak untuk menggalakkan para
pelajar menyertai aktiviti yang diadakan di sekolah, guru perlulah mencungkil bakat terpendam yang
ada pada diri para pelajar supaya melalui pendidikan ini boleh melahirkan masyarakat yang cemerlang
bertaraf dunia.
Saranan yang ketiga ialah mengukuhkan dan memperluas RIMUP ( Rancangan Integrasi Murid untuk
perpaduan) kepada para pelajar. Program RIMUP ini bermula dari sekolah rendah lagi kerana semasa
peringkat sekolah rendah terdapat pelbagai jenis sekolah diMalaysia ini seperti sekolah kebangsaan,
sekolah vernakular dan sekolah agama. Tujuan program RIMUP ini adalah untuk mengeratkan
perpaduan antara para pelajar bermula dari sekolah rendah supaya apabila melangkah ke peringkat
sekolah menegah mereka boleh bergaul antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Program RIMUP ini
dikatakan dapat menyatupadukan pelajar berbilang kaum kerana, program ini merupakan program
yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dari
pelbagai kaum. Program sebegini dapt memupuk sikap kerjasama antara para pelajar. Selain itu,
melalui program ini juga masyarakat setempat, para guru dan para murid boleh berkongsi kemudahan
peralatan, tenaga dan idea untuk menjayakan kegiatan program secara bersama-sama. Sebagai
contoh, aktiviti rumah terbuka, aktiviti sukan, aktiviti gotong-royong dan lain-lain yang melibatkan
semua kaum. Kesimpulannya, program RIMUP ini boleh melahirkan generasi yang berilmu
pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul dan mampu menghadapi cabaran secara kreatif
dan bersepadu.
* NORHAZWANI IZZATI BINTI HARIZAN ( D20201094109 )
10/11/20 2:29 PM

Saya setuju dengan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang
bertaraf dunia ialah penerapan nilai murni kepada para pelajar. Penerapan nilai murni perlulah
memberi fokus kepada aspek agama dan moral kepada para pelajar. Penerapan aspek agama
dan moral ini boleh mengelakkan para pelajar terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti
merokok, merempit, merompak dan lain-lain. Seterusnya, bagi penerapan nilai murni kepada
para pelajar ini guru perlulah terlebih dahulu menjadi contoh kepada para pelajar, guru perlulah

Page 115 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

mengamalkan nilai murni dalam penyampaian pengajaran, cara berkomunikasi dengan pelajar
dan lain-lain. Bagi aspek komunikasi, para guru perlulah menggunakan bahasa yang baik bagi
mencerminkan etika sebagai seorang guru. Kesimpulannya, penerapan nilai murni dalam
pendidikan ini negar mampu melahirkan masyarakat yang bertaraf dunia melalui pendidikan.

* NURUL HUSNA BINTI MUSTAPHA ( D20201095595 )

10/11/20 5:28 PM

Saya sangat bersetuju dengan pendapat yang diajukan oleh saudari Athirah dimana penerapan
nilai murni merupakan aspek penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Penerapan
nilai murni ini perlu diterapkan oleh guru kepada pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi
supaya dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar
yang tidak memberikan apa-apa manfaat. Subjek Pendidikan Moral ini diperkenalkan di
peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai
murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana, negara memerlukan generasi
yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi,
berfikiran luas serta positif. Jelaslah bahawa diperingkat sekolah juga mempunyai peranan
penting dalam memberikan didikan moral dan nilai murni bagi mengelakan pelajar daripada
terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah.

Page 116 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

64 NORHAZWANI IZZATI BINTI HARIZAN (D20201094109 )

10/11/20 2:28 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah dengan
meningkatkan potensi individu. Setiap individu mempunyai pelbagai keupayaan dan bakat yang
tersendiri yang meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu pendidikan memainkan
peranan penting dalam memperkembangkan potensi individu dengan pelbagai inisiatif yang berkesan.
Kebiasaannya seseorang guru mampu mengenal pasti kelebihan yang terdapat pada seseorang pelajar
dan membantu untuk mencungkil bakat mereka supaya pelajar dapat mencapai kecemerlanngan tidak
kira dari aspek akademik mahupun lain-lain. Pemberian semangat dan dorongan akan memberi
penghayatan nilai seperti saling membantu dan tidak memandang rendah terhadap orang lain.
Keyakinan diri dapat dibentuk dan seterusnya mampu melahirkan seorang modal insan yang
berkeyakinan tinggi dan sentiasa tidak takut untuk membuat kesilapan malah berusaha memperbaiki
kesilapan yang dilakukan.
Selain itu, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mengahayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah dengan
memperkukuh Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Hal ini dikatakan demikian bagi
memberi lebih fokus terhadap nilai-nilai perpaduan dan insaniah dalam kalangan pelajar supaya para
pelajar dapat memupuk akhlak yang mulia, hal ini akan dijadikan contoh oleh generasi akan datang
mahupun Negara-negara luar. Oleh itu, sekiranya kaedah dan matlamat tidak mencapai tahap yang
memuaskan, para pelajar akan menghadapi masalah dalam menghayati bagi mempraktikkan amalan
yang sihat dalam kehidupan seharian. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dapat dilihat bagi menangani masalah
keruntuhan akhlak dan disiplin di sekolah. Pendidikan Islam dan Moral juga telah menjurus ke arah
pembentukan akhlak yang mulia di samping menjauhi cara hidup yang bertentangan dengan ciri-ciri
nilai kebudayaan dan keagamaan.
Para pendidik iaitu guru juga memainkan peranan yang penting agar rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan dapat dilahirkan. Guru merupakan orang tua kedua di sekolah
menggantikan ibu bapa sebenar. Guru mestilah menjadi Role Model buat anak- anak murid mereka. Hal
ini adalah kerana , para pelajar akan menjadikan guru mereka sebagai contoh untuk dicontohi. Maka,
sekiranya guru itu sendiri kurang menghayati nilai , bagaimana mereka ingin memupuk anak murid
mereka agar menerapkan nilai dalam diri mereka. Guru perlulah memainkan peranan dalam
menerapkan nilai murni baik daripada segi perbuatan, perlakuan mahupun tutur kata serta haruslah
cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam
penyampaiannya. Sekiranya seorang guru memahami kehendak muridnya , pembelajaran dan
pengajaran menjadi semakin mudah untuk menerapkan perkara tersebut dalam diri para pelajar. Hal
ini adalah kerana, dengan memahami apa yang murid suka dan tidak , sudah tentu para guru dapat
memikirkan cara yang terbaik untuk digunapakai dalam sesi pembelajaran sekaligus dapat
mengelakkan para pelajar bosan dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Maka, lebih mudah
untuk nilai murni dapat dipupuk dalam diri pelajar.masyarakat yang lebih terbuka serta semangat
patriotik yang terbentuk dalam diri pelajar dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni.

Page 117 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

65 NUR SYAFIRA BINTI YUSOF (D20201094181 )

10/11/20 5:17 PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Encik Zaini dan rakan seperjuangan.

Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
memperkukuhkan matapelajran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen sivik. Saranan ini
boleh dilakukan dengan menambahbaik pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
dengan kaedah dalam Apengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid seperti role-play,
simulasi, perbincangan dan tugas dalam kumpulan kecil. Melalui kaedah ini dapat meningkatkan
pemahaman murid dalam kedua-dua matapelajaran. Seterusnya, melalui saranan ini juga dapat
mendidik murid-murid untuk menghormati antara satu sama lain disamping dapat mengurangkan
jurang perkauman dan dapat mengelakkan berlakunya diskriminasi. Oleh itu, panitia Pendidikan Islam
dan panitia Pendidikan Moral di setiap sekolah mestilah sentiasa bekerjasama untuk memastikan
saranan ini berjalan dengan lancer.
Selain itu, mengembangkan potensi murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan
murid dalam kokurikulum juga antara saranan terbaik bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai. Pelaksanaan saranan ini boleh dibuat melalui peranan penting oleh pihak sekolah.
Setiap sekolah mestilah memainkan pernanan penting dalam memperkukuhkan program 1 Sukan, 1
Kelab dan 1 Badan beruniform supaya dapat memastikan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform. Selain itu, setiap guru penasihat juga mesti memainkan
peranan yang penting dalam pelaksaan ini supaya program ini dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu,
melalui pelaksanaan program ini perpaduan dalam kalangan murid dapat disemai dan dapat
melahirkan nilai murni dalam diri murid sebagai contoh nilai bekerjasama dan saling bertolenrasi.
Akhir sekali, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
melalui pengukuhan dan memperluaskan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpadauan (RIMUP).
Tujuan pengukuhan RIMUP ini adalah untuk memudahkan integrasi antara jenis sekolah, kumpulan
etnik dan sosioekonomi. Program RIMUP ini juga merupakan satu alat yang dapat menyatupadukan
murid berbilang kaum. Penglibatan ibu bapa dan komuniti luar adalah amat penting. Hal ini dikatakan
demikan kerana, penglibatan ibu bapa dan komuniti luar dalam program akan membantu
meningkatkan lagi nilai patriotisme dalam diri setiap lapisan rakyat Malaysia. Program RIMUP ini
mempunyai hala tuju yang jelas iaitu untuk menyatupadukan pelajar yang berbilang kaum.
Kesimpulannya, melalui pengukuhan program RIMUP ini dapat melahirkan rakyat Malaysia yang
mampu menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan
cemerlang yang bertaraf dunia.
* NURUL NAJWA BINTI AMRAN ( D20201094187 )
13/11/20 9:30 PM

Saya berpandangan sama seperti saudari bahawa bagi melahirkan masyarakat yang
menghayati nilai menerusi pendidikan adalah dengan mengembangkan potensi murid secara
holistik dengan mengukuhkan keperluan murid dalam kokurikulum. Pihak sekolah
sememangnya berperanan besar untuk melibatkan pelajar dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum
seperti yang dinyatakan oleh saudari. Pemantauan yang meluas juga perlulah dilaksanakan
oleh guru-guru bukanlah hanya sekadar pelaksanaan mengikut arahan pihak atasan. Dalam
melibatkan diri dalam kokurikulum ini, murid-murid dapat mengaplikasikan nilai yang dipelajari
dalam kelas dalam kehidupan mereka melalui interaksi dengan orang sekeliling. Penglibatan
yang melibatkan murid dari pelbagai kaum dapat meningkatkan penghayatan nilai-nilai seperti
semangat kerjasama berpasukan, bertanggungjawab dan saling memahami antara satu sama
lain. Jelaslah di sini bahawa, sukan merupakan satu medium yang berfungsi untuk
meningkatkan penghayatan nilai dalam diri pelajar apabila mereka melibatkan diri secara aktif.

Page 118 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

66 NURAZIYATUL AZWA BINTI ABDUL AZIZ (D20201094370 )

10/11/20 5:39 PM
Antara saranan terbaik dalam usaha memanifestasikan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
berdasarkan anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia adalah dengan mentrasformasikan profesion perguruan sebagai profesion pilihan utama bagi
golongan pelajar yang baharu sahaja menamatkan pembelajarannya di peringkat ijazah sarjana muda
bagi melaksanakan laluan kerjaya guru melalui kompetensi dan prestasi bermula pada tahun 2008. Hal
ini demikian, guru yang mempunyai kompetensi dan prestasi yang tinggi dapat memastikan guru
tersebut lebih memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran dengan engurangkan beban pentadbiran
yang sedia ada. Oleh itu, profesion perguruan yang utama akan membantu sedikit sebayak dalam
menjadikan rakyat Malaysia sebagai individu yang meghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan yang
bertaraf dunia supaya lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan yang sulit dan penyelesaian
sesuatu masalah.
Selain itu, saranan terbaik dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
berdasarkan anjakan Pendidikan ke arah pelaksanaan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf
dunia adalah dengan memanfaatkan perkhidmatan teknologi ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia dalam mengaplikasikannya sebagai alat bantu belajar bagi setiap pelajar
untuk mencari maklumat penting dan sumber rujukan yang jelas juga dipercayai kebenarannya.
Penggunaan ICT dalam keadaan jarak jauh juga berdasarkan kendiri adalah untuk meningkatkan
kapasiti dan pembelajaran yang lebih khusus untuk memastikan pelajar tidak ketinggalan dengan
pelajar yang lain walaupun berada jauh daripada Kawasan pembelajaran tersebut. Oleh itu, dengan
adanya bantuan teknologi ICT yang canggih ini dapat membantu rakyat Malaysia menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan yang bertaraf dunia kerana penggunaan teknologi tersebut dapat
membantu para pelajar dalam mengakses internet bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan
dengan mudah dan efisien.
Akhir sekali, saranan terbaik dalam menjadikan rakyat Malaysia menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan yang bertaraf dunia adalah mengadakan Kerjasama dari pelbagai pihak yang
terlibat iaitu ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dengan secara meluas. Sebagai contoh ibu bapa
boleh bekerjasama dengan para guru dan pihak pentadbiran sekolah melalui program PIBG bagi
mendapatkan maklum balas dan responden dari setiap ahli PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum
setempat dan usaha meningkatkan kualiti perguruan di sesuatu institusi persekolahan. Hal ini juga
dapat melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui saranan penglibatan
ibu bapa dan akses secara dalam talian kepada perkembangan kemajuan anak mereka di sekolah.

* SITI NUR AISHAH BINTI KHAIRUDIN ( D20201095586 )

12/11/20 12:34 AM

saya setuju dengan saranan ketiga saudara iaitu kerjasama dengan pelbagai pihak. hal ini
adalah kerana jika hanya guru dan pihak sekolah yang memainkan peranan penting tetapi
pihak luar tidak bersama - sama dalam menggalas tanggungjawab ini.jika ibubapa meletakkan
segala tugas kepada guru ia tetap tidak akan menyebabkan pelajar itu mampu menghayati
nilai. ini kerana hanya disekolah mereka menerapkan tetapi jika dirumah ibubapa tidak
menerapkan nilai dan mengambil mudah dalam hal ini pelajar itu tetap tidak mampu untuk
menghayati nilai dalam kehidupan seharian meraka. masyarakat juga ada peranan dalam
memupuk pelajar untuk sentiasa mengamalkan nilai. contonya jika pelajar itu melakukan
kesalah kita sebagai masayrakat haruslah menegur mereka dan menyatakan bahawa
perbuatan mereka itu salah dan memberitahu apa perkara yang betul sepatutnya mereka

Page 119 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

lakukan. dengan adanya kerjasama ini ia dapat memudahkan sedikit urusan guru kerana
kerjasama yang dilakukan tersebut sudah pasti akan membuahkan hasil. oleh itu, semua pihak
perlu memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang menghayati nilai-nilai yang
baik.

* SHANTHIYAA A/P CHANDARASEGAR ( D20201094194 )

12/11/20 10:42 PM

Ya, saya setuju dengan semua pandangan anda, tetapi ruang lingkup perbincangan anda terlalu
tertumpu pada peranan sekolah, dan peranan masyarakat dan ibu bapa juga sangat penting
dalam usaha memupuk rakyat Malaysia yang menghargai nilai melalui transformasi pendidikan
kepada pelaksanaan pendidikan bertaraf dunia penting. Kita perlu menggalakkan kerjasama
yang bijak antara sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat (iaitu
komuniti). Kegiatan ekstrakurikular dan akademik yang melibatkan pelbagai sekolah, PIBG
sekolah dan komuniti setempat dapat memberi perbezaan kepada pelajar yang terlibat,
terutama dalam penghayatan nilai dan budaya. Saya percaya bahawa tanggungjawab
menanamkan nilai-nilai dalam diri murid-murid ini bukan hanya tanggungjawab sekolah dan
guru-guru, tetapi kerjasama dengan masyarakat setempat dapat membantu meningkatkan lagi
kesedaran tentang nilai-nilai ini.

Page 120 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

67 NURRAIHAN AFIQAH BINTI HARUN (D20201093238 )

10/11/20 6:48 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah melalui
peranan guru iaitu guru perlu mencabar diri sendiri untuk memastikan pemikiran kreatif dan inovatif,
pemikiran kritis serta keupayaan belajar berjaya diasah kepada anak murid sebagai persediaan mereka
untuk menghadapi arus globalisasi. Kementerian Pendidikan akan sentiasa berusaha dan
bertanggungjawab menyediakan kepelbagaian akses kemahiran kepada guru untuk memastikan
mereka sentiasa bersiap siaga mengharungi gelombang transformasi pendidikan negara. Guru
seharusnya tepuk dada tanya minda sama ada perlu mengharungi gelombang transformasi ini dengan
fikiran positif atau sebaliknya. Jelaslah peranan guru menjadi keutamaan untuk melonjakkan sistem
pendidikan negara supaya mampu bersaing di arena antarabangsa.
Selain itu, guru juga perlu jadi suri teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan
murid seperti mana yang ada dalam hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini. Hasrat
itu telah diterjemahkan dalam Anjakan Transformasi Ketiga iaitu melahirkan rakyat yang menghayati
nilai. Anjakan ini tentunya menjadi keutamaan untuk membangunkan murid secara holistik. Sekolah
menjadi institusi penting untuk penghayatan nilai dan pemupukan perpaduan. Guru bukan saja harus
berperanan sebagai suri teladan kepada murid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku mereka,
malah turut bersama memikul hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghasilkan murid yang
dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid.
Akhir sekali, sistem pendidikan Malaysia merupakan sumber utama untuk mendidik murid agar
menjadi insan yang berjaya serta berupaya mengenali budaya sekeliling. Penghayatan nilai dalam
kalangan murid sekolah merupakan satu aspek yang diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Penghayatan nilai ini merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan,
kewarganegaraan dan sebagainya. Murid pada hari ini perlu dipersiapkan bukan sahaja ilmu berkaitan
dengan dunia akademik tetapi juga kepada penghayatan nilai. Ini kerana mereka bakal mewarisi dunia
yang penuh dengan cabaran hebat pada masa hadapan. Oleh itu, kemampuan mereka mengharungi
cabaran ini bukan sahaja memerlukan kemahiran memimpin tetapi juga nilai murni sejagat seperti
integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan
yang beretika. Murid perlu faham akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan sebenar sebelum
mereka menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam diri.
* MASTURINA BINTI ZULKIFELI ( D20201094371 )
13/11/20 4:49 PM

Pada pandangan saya, saranan pertama yang saudari kemukakan sangat saya setujui. Hal ini
kerana guru berperanan melahirkan pelajar mencapai standard global malah mereka juga
merupakan golongan yang berada di barisan hadapan. Susulan itu, peranan guru menjadi
semakin kompleks dan mencabar untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia ( PPPM ). Komitmen dan usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan adalah
sebahagian tugas utama guru bagi menjamin kualiti murid yang dihasilkan serta kesejahteraan
rakyat Malaysia pada masa hadapan. Guru juga harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu
untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berkesan. Sehubungan itu, Anjakan
Transformasi Ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
sekolah harus disambut dengan positif oleh guru.

Page 121 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

68 AZLINDA BINTI ABU YAZID (D20201094108 )

10/11/20 7:11 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
mengembangkan potensi murid secara hoslitik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1 Sukan,1 Kelab dan 1 Badan Beruniform.Hal ini dikatakan demikian kerana penglibatan aktiviti
kokurikulum ini membuka peluang kepada setiap murid untuk menyertai pelbagai aktiviti yang diminati
oleh mereka.Sebagai contohnya,setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
seperti dalam bidang permainan atau sukan,aktiviti kawad kaki,berkhemah dan sebagainya. Selain itu,
perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang diabaikan atau dipinggirkan daripada
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Secara tidak langsung, pihak sekolah dapat
mencungkil bakat murid dalam pelbagai aktiviti dan bakat yang boleh digilap dan dilatih untuk
mewakili sekolah. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar ini dapat merangsang minat murid-murid untuk
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti atau permainan yang diminati oleh mereka serta turut dapat
melahirkan bakal atlet Malaysia yang hebat pada masa akan datang.
Memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan
falsafah agama utama menjelang 2017 juga merupakan saranan terbaik untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi
pendidikan bertaraf dunia.Hal ini dikatakan demikian kerana peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral dapat membentuk personaliti para pelajar yang merangkumi aspek emosi,intelek,rohani dan
jasmani dalam diri mereka seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.Bukan itu sahaja,para pelajar
juga dapat memperolehi segala ilmu pengetahuan yang dipelajari melalui ilmu kurikulum dalam
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.Jadi,konsep pendidikan sedemikian yang dipelajari oleh para
pelajar dapat membina sahsiah pelajar dengan baik dan berkualiti.
Seterusnya.saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan bertaraf dunia ialah mengukuhkan
dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah,kumpulan etnik
dan sosio ekonomi.Hal ini dikatakan demikian kerana saranan tersebut mampu mengeratkan
silaturahim serta dapat memupuk interaksi yang lebih baik dan kukuh antara murid dengan berlainan
jenis sekolah di Malaysia.Bukan itu sahaja,interaksi para pelajar dalam pelbagai latar belakang
sosioekonomi,agama dan etnik dapat mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan para pelajar di
Malaysia.Dengan ini saranan sedemikian wajar dilaksanakan dengan segera agar dapat melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.
* AMIR IZAAZ BIN MAZLAN ( D20201095584 )
11/11/20 2:27 AM

Apa yang disampaikan saudara Azlinda menarik perhatian saya, dimana mengembangkan
potensi murid secara holistik. Cara ini nampak berkesan dan mampu memberi impak yang
positif kepada semua pihak dimana bukan sahaja pelajar. Apabila sesebuah sekolah tersebut
mampu mengembangkan potensi pelajar dalam sesebuah sukan atau persatuan sebagai contoh
yang dapat diambil adalah kawad kaki. Jika guru sekolah tersebut berjaya melatih para pelajar
dengan jaayanya, mereka akan dapat meneruskan aktiviti tersebut sehingga mencapai
peringkat tertinggi seperti peringkat kebangsaan. Kejayaan tersebut dapat dibangakan dan jika
berterusan, sekolah tersebut akan di iktiraf sebagai sebuah sekolah kluster

Page 122 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* MASTURINA BINTI ZULKIFELI ( D20201094371 )

13/11/20 5:21 PM

Saranan terakhir yang saudari kemukakan telah mencuit hati saya supaya bersetuju, malah
merupakan saranan yang terbaik. Hal ini kerana, berdasarkan artikel yang disiarkan dalam
akhbar Harian Metro yang sudah lama iaitu pada tahun 2015 juga yang pernah saya baca,
pernah menyebut tentang program RIMUP yang diadakan di antara tiga sekolah yang berada di
Sarawak. Mereka turut menjadikan RIMUP medium berkenalan dengan pelajar sekolah lain,
bertukar matlamat mengenai pelajaran dan lebih menghormati antara satu sama lain serta
peka dengan sensitiviti. Jelaslah bahawa saranan yang saudari kemukakan ini mampu
mengeratkan silaturrahim malah dapat memupuk interaksi yang kukuh antara murid berlainan
jenis sekolah dan berlainan bangsa. Tambahan lagi, seorang pelajar berketurunan Iban pernah
berkata dia tidak pernah menganggap RIMUP sebagai aktiviti membebankan sebaliknya
menyeronokkan.

Page 123 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

69 AMIR IZAAZ BIN MAZLAN (D20201095584 )

11/11/20 2:21 AM
Assalamualaikum Dr
Saranan yang boleh diberikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cermerlang bertaraf dunia adalah
dengan cara menerapkan nilai murni dalam pendidikan Sivik. Subjek tersebut dipandang enteng oleh
setengah pihak kerana subjek tersebut tidak ada dalam peperiksaan besar seperti SPM. Jika subjek ini
diambil berat oleh pihak sekolah, ia mampu memberi impak kepada para pelajar sekolah berkenaan.
Cara yang boleh dilakukan adalah dengan menubuhkan kelab persatuan Pendidikan Sivik di sekolah
dan menjalankan aktiviti yang mampu menarik perhatian para pelajar. Nilai-nilai murni perlu diselitkan
pada setiap aktiviti yang dijalankan agar aktiviti yang dijalankan tidak menjadi sia-sia. Para pelajar
akan lebih suka melakukan aktiviti apa yang mereka dapat daripada aktiviti tersebut akan lebih
mereka ingati untuk jangka masa yang Panjang. Aktiviti yang dijalankan mestilah tidak membosankan
agar mereka terus mengikuti aktiviti yang dijalankan pada masa akan datang. Jelaslah bahawa
menekan subjek Pendidikan Sivik mampu memacu rakayat Malaysia kea rah yang lebih baik.
Seterusnya, saranan lain yang boleh membantu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cermerlang bertaraf
dunia adalah dengan mentor dan menti dimana guru adalah sebagai seorang mentor kepada murid.
Cara ini dilihat mampu memberi kesan kepada para pelajar dengan cara guru tersebut mengambil tahu
perkembangan murid tersebut dari semasa ke semasa. Guru tersebut adalah seorang yang rapat
dengan murid, guru tersebut boleh mengikuti berkembangan akademik pelajar tersebut untuk melihat
adakah pelajar tersebut bermaslah atau sebaliknya. Guru yang ditugaskan untuk menjadi mentor
kepada pelajar tersebut boleh menasihati pelajar berkenaan agar dia sedar bahawa kepentingan untuk
belajar dan juga nilai-nilai murni perlu diselitkan didalam setiap nasihat yang diberikan. Nasihat-nasihat
yang diberikan mestilah membangun agar murid tersebut ingin berubah ke arah yang lebih baik. Guru
yang bagus mampu mengubah para pelajar ke arah yang lebih baik dan akan menjadi aset yang
berguna di masa hadapan. Oleh hal yang demikian, jelas bahawa program mentor dan menti mampu
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan kearah melaksanakan
transformasi pendidikan cermerlang bertaraf dunia.
Saranan yang terkahir untuk rakyat Malaysia menghayati nilai adalah dengan mengadakan aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti kemasyarakatan yang boleh dilakukan adalah seperti gotong-royong
dan rukun tetangga. Banyak nilai dan kemahiran yang dapat diasah seperti nilai bertanggungjawab,
nilai kepimpinan, dan nilai perpaduan. Ini melibatkan semua orang yang berada di sekolah
terutamanya dan ibu bapa. Persatuan Ibu, Bapa dan Guru boleh menganjurkan berbagai aktiviti
bersama untuk mengeratkan silaturahim. Tidak lupa kepada para pelajar yang patut turut bersama
menjayakan aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, aktivit gotong royong. Aktiviti ini boleh dilakukan
dimana-mana sahaja tidak kira di dalam sekolah atau luar sekolah. Guru, Ibu bapa dan pelajar perlu
terlibat sama dalam menjayakan program. Secara tidak langsung, nilai murni yang ingin disampaikan
dapat diterima oleh semua pihak. Pandangan mereka akan berubah untuk menjadi lebih terbuka
kepada semua orang. Kesimpulannya, aktiviti kemasyarakatan ini juga mampu memberi nilai murni
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anajakan pendidikan kearah
meaksanakan transformasi pendidikan cemerlang.
* NURHAZIQAHEZLIN BINTI MOHD AMIN ( D20201093268 )
15/11/20 12:34 AM

Saya bersependapat dengan saranan yang terakhir tersebut iaitu dengan mengadakan aktiviti
kemasyarakatan bagi rakyat Malaysia menghayati nilai. Hal ini disebabkan aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong royong perlu dilakukan kerana banyak faedah dan kebaikan
yang rakyat Malaysia dapat kecapi melalui aktiviti kemasyarakatan seperti itu antaranya
mengukuhkan silaturahim, membudayakan amalan kebersihan dan kerjasama yang utuh dalam
kalangan masyarakat. Ibu bapa dan barisan pendidik juga boleh mempraktikkan aktiviti seperti

Page 124 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

ini kepada generasi muda supaya mereka mengenali aktiviti kemasyarakatan sejak kecil.
Aktiviti seperti ini juga boleh diadakan secara bermusim dan diikuti dengan aktiviti
kemasyarakatan yang lain supaya hubungan baik yang kukuh di antara masyarakat dapat
dikukuhkan dan terpelihara demi kemakmuran dan kestabilan negara kita.

70 MUHAMMAD KHAIRUL IZWAN BIN RAMLI (D20201093235 )

11/11/20 2:02 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saranan terbaik yang boleh saya sarankan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
ialah dengan mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Agama Islam
adalah amat amat penting kepada murid- murid yang beragama Islam. Hal ini dikatakan demikian
kerana, subjek ini akan menerangkan nilai nilai positif yang perlu ada pada semua umat islam dii dunia
ini. Melalui kefahaman dan penghayatan konsep islam dapat membantu murid untuk menghayati nilai
seperti yang terdapat pada Anjakan 3 dalam Transformasi Sistem. Murid yang bukan beragama islam
pula, mereka akan belajar berkaitan dengan nilai ini melalui subjek Pendidikan Moral. Subjek ini sama
seperti subjek Pendidikan Agama Islam juga, namun ia tidak menekankan tentang agama malah hanya
menekankan berkaitan nilai-nilai murni dan kebaikan. Oleh itu, kesan daripada subjek ini dapat
melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Saranan seterusnya yang boleh saya sarankan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang dunia
ialah mengukuhkan dan memperluaskan Rancangan intergrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP).
Sistem pendidikan merupakan salah satu sistem terpenting yang berkesan untuk membangunkan
identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negra dalam kalangan yang
berbilang kaum. Kaedah penubuhan RIMUP ini adalah untuk menyediakan peluang kepada semua
murid dari pelbagai kaum bergaul secara mesra dan memupuk perpaduan yang boleh diamalkan
dalam masyarakat. RIMUP ini menjalankan pelbagai akitviti seperti sambutan hari perayaan, hari sukan
dan program kecemerlangan akademik. Program ni bukan sahaja melibatkan melibatkan guru dan
murid malah juga melibatkan masyarakat setempat dan ibu bapa. Tuntasnya, penglibatan semua pihak
dalam program yang dianjurkan oleh RIMUP ini dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan antara
kaum dan menerapakan semangat cinta akan negara dalam setiap rakyat Malaysia.
Sarana terakhir yang boleh saya sarankan ialah menggalakkan semua murid menyertai aktiviti
kokurikulum di sekolah. Kokurikulum merupakan aktiviti yang dijalankan selain daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah
seperti aktiviti beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Terdapat banyak faedah
menyertai aktiviti kokurikulum ini salah satunya dapat meningkatkan nilai dalam diri murid-murid untk
menjadi seorang pemimpin. Dalam setiap persatuan, kelab mahupun sukan akan terdapat jawatan
yang perlu disandang oleh seseorang untuk menjayakan aktiviti dalam persatuan tersebut. Sebagai
contoh, jawatan pengerusi, naib pengerusi dan lain lain yang perlu dpegang oleh pelajar. Mereka akan
belajar untuk menjadi seorang yang adil, berwawasan dan bersemangat tinggi. Selain itu, dengan
menyertai aktiviti kokurikulum ini semangat perpaduan dalam diri murid-murid dapat diperkukuhkan
lagi. Jelaslah bahawa menggalakkan murid untuk menyertai aktiviti kokurikulum ini dapat melahirkan
rakyat Malaysia yang mengahayati nilai.

Page 125 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

71 NURUL AINA FARHANA BINTI ROSHDI (D20201093258 )

11/11/20 6:38 PM
Assalamualaikum DR.
Saranan terbaik yang boleh diberi untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
melalui pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral. Pelaksanaan ini adalah
untuk menguatkan lagi pemahaman nilai teras dan falsafah semua agama di Malaysia. Selain itu, dapat
menguatkan lagi akhlak, perpaduan dan hubungan baik sesama insan. Di samping pemahaman dari
segi kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, pelajar juga diharapkan dapat mengaplikasikan
segala ilmu asas pengetahuan dan konsep yang dipelajari dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral bagi menepati kehendak pendidikan untuk membina sahsiah pelajar berkualiti.
Seterusnya, anjakan yang terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah
melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Melalui dasar (1M1S), kokurikulum dan juga sukan telah
ditubuhkan. Objektif (1M1S) ini adalah untuk memberikan keseimbangan antara keperluan akademik
dan keperluan kokurikulum. Nilai-nilai mumi akan disisipkan melalui semua mata pelaj aran dan ia
diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang
positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal dan tidak formal , di dalam dan di luar bilik
darjah, akandigunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai
murni akan berhasil dan berkesan. Disamping itu juga, pemupukan nilai ini akan lebih terarah jika
disampaikan melalui sistem pendidikan formal yang jelas struktunya.
Saranan yang terakhir untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai ialah melalui peranan
pihak sekolah dan guru. Walaupun semua pihak perlu memainkan peranan secara menyeluruh untuk
menangani masalah disiplin dan moral pelajar-pelajar tetapi peranan pihak sekolah dan guru lebih
berkesan kerana pelajar-pelajar menerima pendidikan secara formal dan sistematik. Hal ini kerana,
salah satu punca penyelewengan moral ialah faktor ke ibubapaan yang lemah, dan tradisi keluarga
sebagai 'guru' moral yang pertama bagi kanak-kanak semakin hilang. Justeru itu, pelajar dididik supaya
berakhlak, berrnoral dan mengamalkan budaya hidup yang murni. Sekolah secara umumnya dan guru
secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar di dalam
menerapkan nilai-nilai murni.
* INESSA FEZZA ANAK UGAP ( D20201093275 )
12/11/20 4:52 PM

D20201093275 INESSA FEZZA ANAK UGAP

Saya amat menyokong pendapat saudari mengenai pengukuhan matapelajaran Pendidikan
Islam dan Moral di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, penghayatan nilai dalam pelajar
pada masa kini kelihatan sudah semakin hambar. Dalam matapelajaran Pendidikan Moral, kita
akan diterapkan oleh guru sekolah untuk mempelajari banyak nilai murni yang seharusnya kita
pratikkan dalam kehidupan seharian kita. Apabila seseorang pelajar dapat mempraktikkan nilai-
nilai ini mereka dapat membina akhlak dan sahsiah diri mereka ke arah yang lebih baik. Bukan
itu sahaja, pelajar turut kurang terdedah dengan masalah sosial. Penghayatan nilai bagi
seseorang pelajar yang tinggi dapat menjadikan mereka seorang pelajar yang berkualiti dan
mampu untuk berjaya dengan cemerlang sejajar dengan pelajar di luar negara di masa
hadapan.

Page 126 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURUL NAJWA BINTI AMRAN ( D20201094187 )

13/11/20 4:24 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari yang mana pelaksanaan dan pengukuhan kurikulum
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dapat menyumbang kepada melahirkan rakyat yang
menghayati nilai seperti yang diharapkan oleh negara. Pendidikan Islam dan Pendidikan moral
berperanan untuk membentuk personaliti pelajar yang mencakupi pelbagai aspek iaitu emosi,
jasmani , intelek dan rohani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam mempelajari
matapelajaran ini, pelajar juga dapat lebih mendalami dan menghayati nilai-nilai baik yang
perlu diterapkan dalam diri yang seterusnya dapat mengaplikasikan segala ilmu dan asas
pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan mereka. Pendidikan Islam dapat menerapkan
kepada pelajarnya bahawa segala perlakuan sama ada yang bersifat zahirmahupun batin
haruslah selari dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah. Bagi Pendidikan
Moral pula, objektif pelaksanaan pendidikan itu sendiri adalah bertujuan untuk membentuk
masyarakat yang berakhlak mulia jadi jelaslah bahawa pengukuhan kurikulum kedua-dua
matapelajaran ini mampu untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Page 127 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

72 WARDINA ANAK JAMES (D20201093264 )

11/11/20 11:04 PM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang yang bertaraf dunia
ialah mewajibkan penglibatan murid dalam penyertaan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum ini sememangnya memberikan banyak manfaat serta mendatangkan
banyak kebaikan kepada murid antaranya seperti mereka akan dapat mengetahui serta mempelajari
cara-cara menghormati adat resam, budaya dan agama kaum lain dengan menyertai pelbagai aktiviti
yang dijalankan di sekolah. Aktiviti sebegini juga akan dapat membina sikap kepimpinan yang tinggi di
dalam diri murid serta dapat membentuk jati diri dan sahsiah murid ke arah yang lebih baik. Sebagai
contoh, aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan yang diadakan di luar kelas akan membantu
murid belajar dengan lebih efektif kerana mereka tidak terikat dengan suasana pembelajaran di dalam
kelas yang membosankan. Mereka juga akan dapat bekerjasama serta bertoleransi antara satu sama
lain kerana aktiviti ini memerlukan murid-murid untuk aktif dalam tugasan berkumpulan bagi
membantu mereka untuk berkomunikasi dengan baik di masa hadapan.
Selain itu, Pendidikan Islam dan Pendidkan Moral harus diperkukuhkan dengan memberi
lebih fokus ke atas penghayatan nilai dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan sedemikian kerana,
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral mengajarkan amalan nilai-nilai agama yang dapat diterapkan
serta diamalkan oleh murid sebagai teladan dalam kehidupan. Mereka akan dapat mengamalkan nilai-
nilai yang baik ini di dalam kehidupan seharian mereka seterusnya dapat menghindarkan diri daripada
terjebak serta terpengaruh untuk melakukan masalah sosial. Mereka juga akan dapat membina akhlak
yang baik serta mempunyai nilai sahsiah yang tinggi kerana penghayatan nilai-nilai murni banyak
diajarkan di dalam subjek-subjek ini. Ilmu tentang perpaduan dan budaya hormat-menghormati yang
diajarkan dalam Pendidikan Moral akan dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan
perpaduan dan kesepaduan kaum kepada negara dan mereka akan lebih cenderung untuk sentiasa
menghormati kaum dan agama lain untuk mempereratkan lagi hubungan. Hal ini akan dapat
memperkukuhkan perpaduan kaum yang telah sedia ada di dalam negara kita.
Di samping itu, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) harus
diperkukuhkan dan diperluaskan bagi memudahkan interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik, dan
sosio ekonomi. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, kewujudan sistem pembelajaran seperti ini akan
dapat membolehkan pelajar berinteraksi dengan pelajar yang berlainan bangsa dari sekolah lain serta
mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana negara kita yang dihuni
pelbagai kaum, bangsa dan agama. Program ini juga tidak hanya tertumpu kepada pelajar sahaja,
malah ianya juga turut melibatkan penyertaan oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti guru, ibu bapa
serta warga penduduk setempat. Hal ini akan lebih merancakkan lagi program tersebut serta lebih
memeriahkan suasana pembelajaran dan pengajaran dimana pelajar akan dapat bergaul dengan lebih
bebas dan mesra sesama diri serta akan dapat belajar saling menghormati antara satu sama lain.

* INESSA FEZZA ANAK UGAP ( D20201093275 )

12/11/20 4:44 PM

D20201093275 INESSA FEZZA ANAK UGAP

Saya menyokong pendapat saudari mengenai aktiviti kokurikulm dapat mendedahkan
pelajar tentang cara-cara untuk bekerjasam dalam menjayakan sesuatu kumpulan. Melalui
aktiviti yang banyak dijalankan di sekolah ini mereka dapat berinteraksi dan berkomunkasi
dengan baik antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan bangsa. Kesannya, para pelajar
tersebut dapat bertukar pendapat dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Bukan itu
sahaja, penyertaan aktiviti ini juga dapat membuatkan pelajar dapat merasakan aura yang
berlainan jika dibandingkan dengan aura ketika belajar di dalam kelas. Ketika di luar kelas,
pelajar kelihatan lebih cenderung untuk aktif dalam menyertai aktiviti dan lebih bebas untuk

Page 128 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

menyuarakan pendapat mereka. Oleh itu, aktiviti kokurikulum ini amatlah digalakkan kepada
pelajar bagi membina keyakinan mereka dan dan bersatu padu dengan pelajar yang berlainan
bangsa.

* BRYAN KABA ANAK UNJONG ( D20201093274 )

14/11/20 8:42 PM

Saya amat bersetuju dengan saranan yang telah saudari kemukakan pada isi yang pertama.
Kita sedia maklum bahawa aktiviti kokurikulum adalah salah satu aktiviti yang dapat memupuk
nilai dalam kalangan pelajar atau masyakat. Dengan mewajibkan penglibatan pelajar dalam
aktiviti di sekolah, mereka akan lebih memahami dan dapat menghayati nilai semasa
menjalankan aktiviti tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti kokurikulum adalah
melibatkan keseluruhan pelajar yang berbilang kaum. Para pelajar akan mempelajari nilai
seperti menghormati antara satu sama lain, bertanggungjawab, toleransi dan dapat
bekerjasama walaupun berbeza kaum dan agama. Ini dapat membantu kita untuk melahirkan
masyarakat atau pelajar yang berkepimpinan , mempunyai jati diri serta mempunyai sahsiah
yang terpuji. Melalui aktiviti kokurikulum juga, mereka akan lebih mewujudkan suasana bersatu
padu dan banyak menerapkan nilai semasa mereka menjalankan aktiviti tersebut. Oleh itu,
aktiviti kokurikulum wajib disertai oleh pelajar agar dalpat melahirkan masyarakat yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia.

Page 129 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

73 INESSA FEZZA ANAK UGAP (D20201093275 )

12/11/20 1:57 AM
D20201093275 INESSA FEZZA ANAK UGAP
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan
menggalakkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) patut diperluaskan lagi untuk
mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum di negara ini. Perpaduan adalah
tunggak kekuatan dan kestabilan negara dan sebab ini kerajaan telah memberikan peruntukan yang
banyak bagi tujuan mewujudkan keamanan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Untuk
mencapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk menyemai dan memupuk sikap bersatu padu
di dalam diri rakyat sejak bangku sekolah lagi. Program ini adalah satu usaha yang berterusan untuk
dan diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Selain itu, subjek Pendidikan Islam dan Moral hendaklah diperkukuhkan lagi di setiap sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan pengukuhan subjek ini, murid dapat belajar tentang cara-cara
untuk menghayati nilai-nilai moral dalam kehidupan mereka. Apabila mereka dapat mengaplikasikan
nilai tersebut dalam kehidupan, mereka dapat membina akhlak yang mulia dan mewujudkan sahsiah
yang tinggi di dalam diri mereka. Oleh itu, dalam subjek ini mereka akan diajarkan banyak nilai murni
yang dapat membantu mereka untuk tidak melakukan perkara yang negatif. Sebagai contoh, dalam
subjek Pendidikan Moral mereka akan diajar untuk menghormati agama, adat resam dan budaya kaum
lain. Oleh itu, apabila kita hidup dengan saling menghormati antara satu sama lain kita akan dapat
mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta saling bertoleransi. Maka, perpaduan negara juga
dapat diperatkan lagi.
Seterusnya, penyertaan aktiviti kokurikulum yang disertai oleh murid di sekolah mereka juga dapat
mengembangkan potensi seseorang murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui penyertaan
aktiviti ini murid dapat menyerlahkan bakat mereka malah dapat bertanding dengan pelajar dari
negara luar. Oleh itu, apabila pelajar dapat bertanding dengan pelajar dari luar negara mereka dapat
bekerjasama dan saling berkongsi maklumat serta bertukar pendapat antara satu sama lain. Maka,
penyertaan murid dalam program 1 Murid 1 Sukan juga dapat memupuk semangat kekitaan dan
perpaduan di dalam diri mereka. Melalui penyertaan program ini, murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan bangsa akan mengamalkan sikap bertoleransi dalam menjayakan program ini.
* BRYAN KABA ANAK UNJONG ( D20201093274 )
14/11/20 8:33 PM

Saya amat bersetuju dengan saranan yang disarankan oleh saudari pada isi kedua dimana
Pendidikan Islam dan Moral wajar dikukuhkan dan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah. Hal
ini dikatakan demikian kerana kedua-dua subjek ini amat penting dalam melahirkan
masyarakat yang menghayati nilai. Kedua-dua subjek ini merupakan subjek yang banyak
menerapkan nilai dan dapat membantu pelajar atau masyarakat lebih mengetahui nilai yang
merupakan perkara paling penting ketika mereka menjalani kehidupan seharian. Para pelajar
akan dapat mewujudkan akhlak yang mulia dan mewujudkan sahsiah yang terpuji serta wujud
keperibadian diri atau mempunyai jati diri yang tinggi. Oleh itu, Pendidikan Islam dan Moral
adalah subjek yang amat penting dalam melahirkan masyarakat yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia.

Page 130 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

74 SHANTHIYAA A/P CHANDARASEGAR (D20201094194 )

12/11/20 1:21 PM
Selamat Sejahtera Dr Zaini bin Abdullah.
Salah satu cadangan terbaik untuk memupuk rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
menerapkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian mereka. Sebelum menerapkan nilai, pelajar
perlu memahami betapa pentingnya nilai yang baik dalam realiti. Apabila pelajar dapat memahami
makna nilai yang sebenarnya, mereka dapat melaksanakan proses penerapan nilai secara berkesan
dalam diri dan kehidupan, dan akhirnya membentuk fizikal, emosi, rohani dan Seorang yang cemerlang
dalam kecerdasan. Sebagai berbilang etnik, keperluan untuk memupuk nilai-nilai ini sangat mustahak
untuk menjamin keharmonian negara. Penghayatan nilai-nilai ini membolehkan pelajar menghasilkan
tingkah laku sivik, seperti peningkatan aktiviti sukarela, penerimaan individu dari pelbagai bangsa,
agama dan kaum; kepercayaan dan integrasi. Ketika mereka mulai meninggalkan bidang sekolah,
mereka dapat menjadi warganegara global, mereka telah dipupuk oleh nilai-nilai teras sejagat dan
mempunyai rasa identiti nasional yang kuat.
Selain itu, nasihat terbaik untuk memupuk rakyat Malaysia yang menghargai nilai dengan mengalihkan
pendidikan untuk melaksanakan reformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan
melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Ini kerana aktiviti ekstrakurikular dapat
meningkatkan pemahaman yang mendalam di kalangan pelajar pelbagai etnik. Sebagai contoh, pelajar
mengambil bahagian melalui aktiviti sukan, kelab atau persatuan, dan badan dengan pakaian seragam.
Kursus ekstrakurikuler juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk keperibadian
pelajar. Dengan cara ini, tanpa mengira bangsa, pelajar dapat berinteraksi antara satu sama lain dalam
aktiviti ekstrakurikuler dengan rakan lain. Ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
mengembangkan ciri-ciri positif dalam kehidupan bermasyarakat, terutamanya komuniti berbilang
etnik di Malaysia. Oleh itu, kita mesti melatih pelajar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
ekstrakurikular untuk menerapkan konsep perpaduan dalam kehidupan seharian pelajar.
Di samping itu, memperkukuhkan profesion keguruan di Malaysia untuk mencapai transformasi
pendidikan berkualiti bertaraf dunia. Sejajar dengan perubahan zaman industri multimedia dan
teknologi maklumat di negara ini, ia perlu direformasi sehingga benar-benar dapat menjadi penyokong
perubahan budaya literasi teknologi, terutama untuk mewujudkan masyarakat celik komputer dan
terbuka untuk pengembangan budaya ilmiah. Industri pengajaran mesti berkembang lebih cepat dan
lebih beransur-ansur untuk membentuk perkembangan individu, masyarakat, dan negara. Sebaliknya,
profesion keguruan, sebagai pendorong perubahan sosial, harus menjadi penyelamat yang berusaha
mengatasi krisis sosial dan krisis yang dihadapi oleh masyarakat kemajuan dan perubahan. Adalah
perlu untuk memberi ruang yang lebih terbuka kepada profesion perguruan agar konsep sosialisasi
sekolah, pelajar, pendidikan dan guru dapat memberi manfaat besar dalam merealisasikan pendidikan
bertaraf dunia.

Page 131 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

75 DYNNA CHRISTINA ANASTASIUS (D20201093263 )

12/11/20 10:27 PM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ialah memperkukuh Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dengan memberi lebih fokus ke
atas teras nilai dan falsafah agama utama. Hal ini kerana Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
membentuk personaliti pelajar yang mencakupi aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring
dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam membina sahsiah pelajar. Di samping itu, matlamat
Pendidikan Islam adalah untuk membentuk serta mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan
manusia yang mencakupi fizikal, spiritual, mental dan sosial menurut pembentukan rabbani bagi
melahirkan insan kamil dan mukmin yang bertakwa untuk mengabdikan diri kepada-Nya serta
mencakupi hubungan pelajar kepada keduniaan dan juga akhirat. Dalam konteks ini, pendidikan yang
baik memberi sumbangan kepada semua bidang pertumbuhan individu sama ada yang menyentuh
aspek fizikal, akal, psikologi, spiritual, moral, sosial dan seluruh disiplin ilmu. Manakala Pendidkan Moral
pula bermatlamat untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh
menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Oleh itu, saranan
memperkukuh Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral akan melahirkan rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, berpegang teguh pada ajaran agama, prihatin
kepada alam sekitar, mengekalkan keharmonian dan keamanan hidup, bersemangat patriotik,
menghormati hak asasi manusia dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.
Seterusnya, mengukuhkan dan memperluas Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
untuk memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi. Hal ini
adalah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid serta untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang cintakan perpaduan kerana RIMUP merupakan program perpaduan yang dilaksanakan di
sekolah. Justeru itu, program RIMUP mampu menjadi landasan terbaik untuk menyemai sikap kasih
sayang murid berlainan kaum dan agama bagi mengukuhkan lagi semangat perpaduan di kalangan
mereka. Selain itu, RIMUP merupakan program yang sangat baik untuk menanam kasih sayang dalam
jiwa murid- murid dan memberi peluang untuk mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain. Oleh
yang demikian, golongan muda perlu didedahkan dengan program-program berkonsepkan perpaduan
lebih awal agar mereka dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai tersebut serta murid dapat
menambah lebih ramai kawan yang berlainan agama dan bangsa juga dapat merapatkan hubungan
silaturahim. Oleh itu, nilai dan semangat perpaduan ini amat penting bagi menangkis sebarang unsur
dan anasir jahat yang cuba menggugat keamanan yang dikecapi serta semangat bersatu padu yang
wujud dapat menjamin pembentukan sebuah negara Malaysia yang lebih maju.
Saranan yang terakhir ialah mengembangkan potensi murid secara holistik dengan
mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Hal ini
adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan
demikian, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan
kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan
sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun agar dapat mengembangkan potensi
murid dan menarik minat murid untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Dasar ini
membolehkan bakat murid-murid dicungkil dan diasah melalui bimbingan dan latihan daripada guru
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Selain itu, melalui aktiviti
kokurikulum murid-murid akan dapat menghayati nilai perpaduan, kerjasama, bertanggungjawab dan
juga dapat menjaga kesihatan diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, untuk
mencapai pendidikan cemerlang murid-murid juga perlu cemerlang dari aspek kokurikulum selain
daripada aspek akademik dan melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dari segi fizikal dan mental.

Page 132 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

76 NUR AZLIEANAH SYAFIKA BINTI AMRANG (D20201094193 )

12/11/20 10:51 PM
Assalamualaikum Dr Zaini bin Abdullah,
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah pihak
sekolah haruslah menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Antara
aktiviti kokurikulum yang terdapat di sekolah ialah aktiviti satu murid satu sukan (1M1S). Penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum seperti ini pastinya memberikan impak yang sangat besar.
Penglibatan lebih daripada satu kaum dalam aktiviti ini juga akan dapat memupuk nilai-nilai murni
seperti hormat-menghormati, memupuk perpaduan dan bertanggungjawab. Hal ini sesuai dengan
objektif 1M1S diadakan iaitu membentuk sahsiah diri, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan
murid dan membentuk budaya sukan dalam kalangan murid. Pelajar juga pasti akan saling berinteraksi
antara satu sama lain dan akan membentuk satu hubungan yang baik dalam kalangan pelajar.
Saranan lain untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan kearah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah dengan
memperkukuh pendidikan islam, moral dan pendidikan sivik di sekolah. Seperti yang kita tahu, ketiga-
tiga subjek ini sememangnya mempunyai kandungan pembelajaran nilai-nilai murni untuk dipelajari
oleh pelajar. Nilai-nilai yang diajarkan melalui ketiga-tiga pembelajaran ini juga akan dapat membantu
membentuk personaliti pelajar dengan lebih baik lagi seperti amanah, menghargai masa dan prihatin.
Hal ini kerana, pelajar bukan sahaja harus fokus kepada akademik tetapi juga harus fokus dalam
pembentukan sahsiah diri. Oleh itu, murid-murid seharusnya lebih memahami dan menghayati
pengajaran yang terdapat dalam subjek tersebut agar dapat mempraktik nilai-nilai yang telah diajarkan
dalam pembelajaran tersebut.
Saranan terakhir ialah memartabatkan profesion keguruan di sekolah. Profesion guru di sekolah
dimartabatkan dengan meningkatkan kualiti dan kerjaya guru. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru
seharusnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar di sekolah. Guru yang mempunyai kualiti,
kerjaya dan tingkahlaku yang baik akan lebih mudah untuk menjadi ikutan oleh pelajar-pelajar. Oleh
itu, guru juga harus memainkan peranan yang penting dengan menunjukkan sifat nilai-nilai murni yang
baik kepada pelajar agar mereka dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Antara
amalan yang boleh ditunjukkan oleh guru adalah menghargai masa dengan tidak lewat datang ke kelas
dan saling hormat-menghormati dengan masyarakat yang ada di sekeliling. Dengan ini, pasti akan lahir
lebih ramai lagi masyarakat yang mempunyai sahsiah diri yang baik kerana mengamalkan nilai-nilai
murni.

* NOR ATIKAH BINTI SHAIMIN ( D20201093232 )

13/11/20 3:42 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera saudari. Di sini saudari menyatakan bahawa aktiviti satu
murid satu sukan (1M1S ) menjadi salah satu saranan terbaik dalam melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan. Oleh itu, saya bersetuju dengan
pandangan saudari mengenai saranan ini. Hal ini demikian kerana penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum dapat memupuk nilai-nilai murni sperti hormat-menghormati, bertolak
ansur, bekerjasama dan sebagainya. Oleh itu, hal ini secara tidak langsung dapat
merealisasikan objektif 1M1S iaitu untuk mebentuk sahsiah diri, jati diri, disiplin dan nilai murni
dan membentuk budaya sukan dalam kalangan pelajar. Jelaslah bahawa aktiviti 1M1S yang
diperkenalkan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

Page 133 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURUL AZFAREZA BINTI JA'NAL ( D20201093241 )

14/11/20 7:20 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari mengenai penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum. Menyertai aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri
kita. Apabila menyertai aktiviti kokurikulum, kita dapat berkomunikasi dengan ramai orang.
Sebagai contoh, penglibatan dalam 1 Murid 1 sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Dengan berkomunikasi dengan ramai orang, kita akan dapat melatih diri kita menjadi seorang
yang fleksibel. Tambahan pula, aktiviti kokurikulum dapat memupuk sikap positif dalam diri
pelajar seperti menerima sesuatu keputusan yang telah ditetapakan dengan hati yang terbuka.
Setiap orang mempunyai pelbagai ragam, lantas dari aktiviti kokurikulum ini kita dapat belajar
berkomunikasi dengan setiap individu yang berlainan ragam. Oleh itu, penglibatan aktiviti
kokurikulum ini dapat melahirkan masyarakat yang menerima segala transformasi pendidikan
yang cemerlang bertaraf dunia.

Page 134 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

77 MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN AMARUDIN (D20201094178 )

12/11/20 11:53 PM
Assalamualaikum W.B.Tdan salam sejahtera Dr.
Saranan saya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan
memperkukuh Pendidikan islam dan moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah
agama.Peranan pendidikan islam dan moral membentuk personaliti pelajar yang mecakupi aspek
emosi,intelek,rohani dan jasmani seiring dengan falsafah Pendidikan negara.Pendidikan islam amatlah
penting untuk dipelajari dan diamalkan oleh pelajar islam.oleh itu,KPM telah merangka kurikulum
pendidikan Islam dengan memberi penumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam di
setiap peringkat sekolah untuk mendedahkan ilmu yang berkaitan al-quran dan as-sunnah.manakala
bagi pelajar bukan islam didedahkan dengan Pendidikan moral yang memberi penekanan tentang nilai
teras semua agama di Malaysia.oleh hal yang demikian,ia bukan sahaja meghasilkan rakyat yang
progresif serta mahir malah cekap supaya membolehkan mereka berupaya melaksanakan tugas secara
produktif serta sempurna.Demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara
kerana semangat untuk melalukan sesuatu dengan baik tertanam dalam diri mereka.

Saranan saya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan
mengembangkan potensi murid secara holistic dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1 sukan,1kelab dan 1 badan beruniform.Hal ini dikatakan demikian keranapenglibatan
kokurikulum ini mampu memupuk sahsiah dan membentuk perpaduan dalam kalangan murid sekolah.
Secara tidak langsung, pendedahan murid terhadap aktiviti kokurikulum bersama rakan lain tanpa
mengira bangsa dan agama mampu mengeratkan sikap bersatu padu antara satu sama lain.
Penyertaan murid dalam kokurikulum dapat menyemai perasaan toleransi, perpaduan, integrasi dan
nilai-nilai murni. Kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di negara ini
untuk melahirkan sesebuah negara yang berwawasan.

Akhir sekali, Saranan saya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
mengukuhkan dan memperluas Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) .RIMUP ini
memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah , kumpulan entik dan sosio ekonomi.Pelaksanaan
RIMUP ini mempunyai hala tuju yang jelas iaitu menyatupadukan pelajar berbilang kaum di negara ini.
RIMUP ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,berjiwa dan
berperibadi unggul,semangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu.Dengan memperkukuh dan memperluas RIMUP ini negara dapat membangunkan modal
insan dalam kalangan generasi muda yang berupaya membudayakan perpaduan serta dapat memberi
sumbangan kepada kemajuan,pembangunan dan kesejahteraan negara.

Page 135 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

78 NURUL NAJWA BINTI AMRAN (D20201094187 )

13/11/20 12:41 AM
Pada pandangan saya, antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
ialah dengan memperkukuhkan Pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai
prasyarat untuk tamat persekolahan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, Sivik membawa maksud
ilmu tatarakyat atau perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat. Asas bagi pengenalan pendidikan
ini ialah untuk membentuk warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak
mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global. Melalui pengukuhan
dalam subjek ini pelajar akan dapat mendalami dan menghayati nilai-nilai yang penting yang perlu
wujud dalam diri mereka sebagai seorang rakyat yang terdidik. Hal ini demikian seterusnya akan
membantu mereka untuk mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian yang dalam
masa yang sama juga dapat menjamin pembentukan peribadi dan sahsiah diri yang utuh, kental dan
padu.
Seterusnya, antara saranan lain yang boleh dilaksanakan melalui pendidikan bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai ialah dengan peranan yang dimainkan oleh guru. Tidak dinafikan
bahawa penghayatan nilai-nilai ini dapat dipupuk melalui individu sendiri, anggota keluarga dan
masyarakat namun pemupukan nilai ini akan lebih terarah jika disampaikan dalam pendidikan formal
oleh para pendidik negara. Seperti yang kita sedia maklum, guru merupakan individu yang paling dekat
dengan pelajar selepas ibu bapa jadi mereka merupakan faktor terpenting dalam mempengaruhi
kefahaman pelajar dalam penghayatan nilai dan moral. Menurut Wan Hasmah Wan Mamat beberapa
kajian lepas telah mendapati bahawa masih kurang penerapan nilai murni dalam bilik darjah yang
dilakukan oleh guru-guru. Oleh hal yang demikian, guru perlulah memainkan peranan yang penting
dalam usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai dengan sentiasa menerapkan unsur-unsur nilai
murni dalam setiap matapelajaran bahkan program-program yang dilaksanakan di sekolah.
Akhir sekali, saranan lain yang boleh dilaksanakan bagi melahirkan rakyat yang menghayati nilai
melalui pendidikan ialah dengan mengukuhkan dan memperluaskan Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan(RIMUP) bagi memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio
ekonomi. Banyak perkara perlu diperbaiki dan diperkasakan dari semasa ke semasa bagi membaik
pulih program ini untuk memberikan yang terbaik dalam membentuk perpaduan dan membentuk
masyarakat yang mempunyai penghayatan nilai yang tinggi. Pengukuhan program ini mampu menjadi
model untuk membentuk perpaduan yang penting bagi membantu mengekalkan kestabilan, kemajuan
dan ketamadunan negara. Penglibatan aktif pelajar dalam program ini secara tidak langsung dapat
membantu meningkatkan kesefahaman perpaduan antara rakyat yang seterusnya dapat menyumbang
kepada penghayatan nilai dan moral yang pelbagai.
* NOR ATIKAH BINTI SHAIMIN ( D20201093232 )
13/11/20 3:25 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera saudari. Saya bersetuju dengan pandangan anda yang
menyatakan bahawa guru memainkan peranan penting dalam melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai melalui anjakan pendidikan. Seperti yang saudari katakan bahawa guru
merupakan individu yang paling dekat dengan murid selepas ibu bapa mereka. Oleh itu,
guru juga memainkan peranan dalam menjadi suri teladan kepada murid mereka. Saya
bersependapat dengan saudari bahawa guru berperanan dalam mempengaruhi kefahaman
murid dalam penghayatan nilai dan moral. Hal ini demikian kerana guru perlulah menunjukkan
contoh yang baik sebelum mendidik mereka untuk menjadi orang yang baik. Jelaslah bahawa
guru memainkan peranan penting dalam melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
seterusnya menjadi orang yang bersahsiah tinggi.

Page 136 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

79 MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN AMARUDIN (D20201094178 )

13/11/20 12:49 AM
Assalamualaikum W.B.Tdan salam sejahtera Dr.Zaini

Saranan saya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan
memperkukuh Pendidikan islam dan moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah
agama.Peranan pendidikan islam dan moral membentuk personaliti pelajar yang mecakupi aspek
emosi,intelek,rohani dan jasmani seiring dengan falsafah Pendidikan negara.Pendidikan islam amatlah
penting untuk dipelajari dan diamalkan oleh pelajar islam.oleh itu,KPM telah merangka kurikulum
pendidikan Islam dengan memberi penumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam di
setiap peringkat sekolah untuk mendedahkan ilmu yang berkaitan al-quran dan as-sunnah.manakala
bagi pelajar bukan islam didedahkan dengan Pendidikan moral yang memberi penekanan tentang nilai
teras semua agama di Malaysia.oleh hal yang demikian,ia bukan sahaja meghasilkan rakyat yang
progresif serta mahir malah cekap supaya membolehkan mereka berupaya melaksanakan tugas secara
produktif serta sempurna.Demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan negara
kerana semangat untuk melalukan sesuatu dengan baik tertanam dalam diri mereka.
Saranan saya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah dengan
mengembangkan potensi murid secara holistic dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1 sukan,1kelab dan 1 badan beruniform.Hal ini dikatakan demikian keranapenglibatan
kokurikulum ini mampu memupuk sahsiah dan membentuk perpaduan dalam kalangan murid sekolah.
Secara tidak langsung, pendedahan murid terhadap aktiviti kokurikulum bersama rakan lain tanpa
mengira bangsa dan agama mampu mengeratkan sikap bersatu padu antara satu sama lain.
Penyertaan murid dalam kokurikulum dapat menyemai perasaan toleransi, perpaduan, integrasi dan
nilai-nilai murni. Kokurikulum juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di negara ini
untuk melahirkan sesebuah negara yang berwawasan.
Akhir sekali, Saranan saya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
mengukuhkan dan memperluas Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) .RIMUP ini
memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah , kumpulan entik dan sosio ekonomi.Pelaksanaan
RIMUP ini mempunyai hala tuju yang jelas iaitu menyatupadukan pelajar berbilang kaum di negara ini.
RIMUP ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan,berjiwa dan
berperibadi unggul,semangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu.Dengan memperkukuh dan memperluas RIMUP ini negara dapat membangunkan modal
insan dalam kalangan generasi muda yang berupaya membudayakan perpaduan serta dapat memberi
sumbangan kepada kemajuan,pembangunan dan kesejahteraan negara.

Page 137 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

80 AN NURMIRANI BINTI CHE IBRAHIM (D20201094001 )

13/11/20 2:39 AM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerus anjakan Pendidikan
ke arah melaksanakan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia yang pertama ialah
memperkasakam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Program ini pada dasarnya
bertujuan untuk membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan
negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Dasar ini telah digubal untuk
melaksanakan usaha ke arah Pendidikan supaya semua pelajar tidak mengira jenis sekolah dapat
perhatian yang sama rata. Sesuai dengan anjakan 6 dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM), pihak seperti JPN,PPD dan sekolah harus memainkan perana mereka dalam menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Contohnya dengan memastikan infrastruktur sekolah di
Sarawak dan sabah berada dalam keadaan yang memuaskan. Dengan ini, kaum lain tidak akan
terpinggir dalam pembangunan negara seterusnya dapat mencapai perpaduan bersama.
Saranan terbaik yang kedua ialah menerapkan penghayatan nilai dalam diri pelajar. Nilai murni amat
penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Oleh itu, subjek Pendidikan islam dan moral dapat
memberi fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama. Sesuai dengan anjakan 3 dalam PPPM,
pembelajaran subjek ini mampu memupuk nilai perpaduan berlainan kumpulan etnik dan sosio
ekonomi melalui interaksi yang dibentuk melalui RIMUP antara sekolah. Nilai-nilai murni penting dalam
kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut
dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5
juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan
menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerus yang terakhir ialah
melibatkan murid dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti sukan amat penting bukan sahaja dipandang dari
segi menjaga kesihatan murid akan tetapi boleh membina kekuatan jati diri. Murid juga dapat
mengembangkan bakat terpendam mereka. Dengan ini, bakat mereka akan memberi kelebihan
kepada mereka malah kepada masayarakat sekiranya mereka berjaya dalam peringkat antarabangsa.
Hal ini sekaligus dapat mengharumkan nama negara.

Page 138 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

81 NOR ATIKAH BINTI SHAIMIN (D20201093232 )

13/11/20 2:34 PM
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah melalui
peranan guru itu sendiri. Guru itu perlu mencabar diri mereka sendiri untuk mempunyai pemikiran
yang kreatif dan inovatif , pemikiran kritis dan penaakulan serta keupayaan belajar yang berjaya
diasah oleh guru kepada anak murid sebagai persediaan mereka untuk menghadap arus globalisasi.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru memikul amanah yang cukup besar agar dapat memastikan
anak mereka mampu bersaing di peringkat global. Hal ini supaya dapat memenuhi hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang ingin meningkatkan status pendidikan negara di
mata dunia supaya sejajar dengan negara lain dan seterusnya dapat menjadi penanda aras di
peringkat antarabangsa. Hal ini demikian kerana guru adalah golongan yang berada di barisan
hadapan. Oleh itu, guru perlulah menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) supaya
pendidikan dapat dimantapkan supaya agar dapat terus kekal relevan dalam persaingan untuk menuju
negara yang maju. Jelaslah, peranan guru menjadi keutamaan dalam bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan supaya mampu bersaing arena antarabangsa.
Seterusnya, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan adalah dengan mengukuhkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (
RIMUP ). RIMUP merupakan satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para
guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama
kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Sebagai contohnya, penglibatan
murid daripada pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum supaya konsep perpaduan dalam aktiviti
pendidikan. Hal ini sangat besesuaian dengan matlamat RIMUP yang ingin melahirkan masayarakat
yang berilmu pengetahuan, bersemangat muhibah dan bersepadu. Jelaslahlah bahawa melalui program
RIMUP akan dapat melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Akhir sekali, guru menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid.
Hal ini sangat bertepatan dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) untuk
melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Oleh itu, pembentukan masyarakat yang beriman dan
bersahsiah mulia haruslah diberikan keutamaan iaitu melalui guru menjadi contoh kepada muridnya.
Jelaslah, guru bukan sahaja berperanan sebagai suri teladan kepada murid dalam tingkah laku murid
namun dalam masa yang sama unutk merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan dalam melahirkan
murid yang bersahsiah tinggi.

Page 139 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

82 NOR ATIKAH BINTI SHAIMIN (D20201093232 )

13/11/20 2:38 PM

Page 140 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

83 NOR ATIKAH BINTI SHAIMIN (D20201093232 )

13/11/20 3:09 PM

yang berilmu pengetahuan, bersemangat muhibah dan bersepadu. Jelaslah bahawa melalui program
RIMUP akan dapat melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Akhir sekali, guru menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid.
Hal ini sangat bertepatan dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) untuk
melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Oleh itu, pembentukan masyarakat yang beriman dan
bersahsiah mulia haruslah diberikan keutamaan iaitu melalui guru menjadi contoh kepada muridnya.
Jelaslah, guru bukan sahaja berperanan sebagai suri teladan kepada murid dalam tingkah laku murid
namun dalam masa yang sama untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan dalam melahirkan
murid yang bersahsiah tinggi. Oleh itu, guru sekali lagi memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

* DYNNA CHRISTINA ANASTASIUS ( D20201093263 )

13/11/20 11:25 PM

Saya bersetuju dengan pendapat kedua saudari untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai dengan mengukuhkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP). Hal ini dikatakan demikian kerana program RIMUP akan menggalakkan penglibatan
semua warga sekolah yang berlainan kaum dan agama dalam kegiatan-kegiatan yang
dilaksanakan di sekolah seperti aktiviti kokurikulum dan gotong-royong untuk mewujudkan
perpaduan kaum dalam diri semua masyarakat agar keharmonian dan keamanan negara dapat
terus dijaga dan dipelihara. Selain itu, RIMUP mampu menjadi landasan terbaik untuk
menyemai dan menanam sikap kasih sayang murid berlainan kaum dan agama bagi
mengukuhkan lagi semangat perpaduan di kalangan mereka. Oleh itu, nilai dan semangat
perpaduan ini amat penting untuk rakyat Malaysia menghayati nilai-nilai perpaduan dan untuk
menangkis sebarang unsur dan anasir jahat yang cuba menggugat keamanan yang dikecapi
serta semangat bersatu padu yang wujud dapat menjamin pembentukan sebuah negara
Malaysia yang lebih maju.

Page 141 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* Aizuddin Muadz Bin Yusri ( D20201095766 )

14/11/20 9:24 PM

Saya bersetuju dengan pandangan saudari berkenaan guru menjadi suri teladan untuk
penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid. Akan tetapi saya ingin menambah
bahawa bukan guru sahaja berperanan penting tetapi sekolah juga mempunyai peranan
penting dalam memupuk nilai dalam rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana Sekolah secara
umumnya dan guru secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh
yang besar di dalam menerapkan nilai-nilai mumi. Melaluinya, pelajar dididik supaya berakhlak,
berrnoral dan mengamalkan budaya hidup yang mumi. Tanggungjawab bagi mendidik dan
memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-Nilai mumi perlu menjadi agenda
utama dalam pembangunan negara, pembangunan pendidikan, penggubalan dan pelaksanaan
kurikulum, polisi dan dasar pembangunan sekolah dan mencorakkan peranan dan
tanggungjawab guru. Selain itu, Sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam
menonjolkan nilainilai murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya
sekolah yang positif. Dalam menjayakan aspek penerapan nilai murni dan penghayatan nilai
murni guru merupakan orang yang penting dalam melaksanakannya. Oleh itu, guru hendaklah
terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai mumi hendak diajar.

* NOR AMALIA IZZATI BINTI ABDULLAH ( D20201093236 )

14/11/20 10:00 PM

Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan
transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia juga ialah melalui peranan guru itu sendiri.
Hal ini dikatakan demikian kerana, guru merupakan antara orang yang paling penting untuk
membentuk generasi murid yang cemerlang selaras melaksanakan transformasi Pendidikan
cemerlang bertaraf dunia. Tambahan lagi, pengaruh guru terhadap para pelajar amat berkesan
jika guru itu sendiri mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis untuk mengasah
para pelajarnya agar lebih bersedia mengahadapi arus globalisasi. Jelaslah, bahawa peranan
guru itu sendiri merupakan antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan transformasi Pendidikan
cemerlang bertaraf dunia.

Page 142 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

84 MASTURINA BINTI ZULKIFELI (D20201094371 )

13/11/20 4:19 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dr ,
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia yang
dapat saya kemukakan adalah mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan
lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. Peranan dan
hala tuju pendidikan dalam Islam memperlihatkan bahawa matlamatnya adalah untuk membentuk
personaliti Muslim yang mencakupi aspek rohani, jasmani, intelek serta juga emosi seiring dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Yang lebih utama lagi segala perlakuan sama ada yang bersifat zahir
mahupun batin atau dalaman seharusnya selari dengan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam
Al-Quran dan As-Sunnah. Manakala menurut KBSM, kurikulum Pendidikan Moral pula bermatlamat
membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah
keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
Seterusnya, saranan kedua untuk melahirkan rakyat Malaysia menghayati nilai adalah
membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1
Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform. Sebagai contoh, dasar 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan
oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 banyak mendatangkan manfaat kepada murid.
Antaranya ialah dasar ini berupaya dalam menggalakan penyertaan setiap murid dalam akitiviti sukan
atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang
permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak
ada murid yang diabaikan atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan
yang diminatinya. Jadi, dengan cara itu pihak sekolah juga dapat melibatkan semua murid dalam
aktiviti tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar ini merupakan transformasi baharu yang banyak
manfaatnya dalam sistem pendidikan di negara kita.
Saranan terakhir yang dapat saya kemukakan adalah mengukuhkan dan memperluaskan
RIMUP untuk memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah. Kita boleh lihat atau rujuk sendiri
kepada matlamat RIMUP iaitu untuk melahirkan generasi Malaysia yang mempunyai identiti nasional
yang kukuh serta dapat menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian. Dengan mengukuhkan
dan memperluaskan RIMUP ianya dapat mewujudkan amalan bekerjasama, tolong menolong dalam
suasana muhibah secara sedar dan terancang. Tidak lupa juga dapat melahirkan persefahaman dan
toleransi antara murid pelbagai kaum atau etnik. Sebagai penutup, terdapat dua contoh aktiviti RIMUP
iaitu Program Rakan Perpaduan dan Pertandingan Tarian Integrasi.

* NOR AMALIA IZZATI BINTI ABDULLAH ( D20201093236 )

14/11/20 9:59 PM

Saya amat bersetuju dengan pandangan yang telah dikemukakan oleh saudari. Saranan terbaik
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia termasuklah mengukuhkan
dan memperluaskan RIMUP. Hal ini dikatakan demikian kerana, RIMUP merupakan Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan di mana rancangan ini telah diperkenalkan sejak 2016 lagi.
Tambahan lagi, RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat
setempat terutama para guru dan kerjasam murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas.
Contohnya, seperti kegiatan yang melibatkan penggunaan bersama kemudahan, peralatan,
gabungan tenaga dan kepakaran antara para guru dan murid-murid. Dengan ini, dengan
mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP ialah antara . Saranan terbaik untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan
transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

Page 143 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURHAZIQAHEZLIN BINTI MOHD AMIN ( D20201093268 )

14/11/20 11:27 PM

Saya bersetuju dengan saranan terakhir yang dikemukakan oleh saudari iaitu mengukuhkan
dan memperluaskan RIMUP untuk memudahkan interaksi antara jenis sekolah. Seperti kita
sedia maklum bahawa perpaduan kaum merupakan di antara aspek yang terpenting bagi
menjamin kedaulatan, kestabilan dan kemakmuran negara kita. Oleh itu, Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan suatu perkara yang diperlukan bagi melahirkan
perasaan perpaduan kaum sejak di peringkat sekolah. RIMUP ini merupakan usaha yang
berterusan yang diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru
di dalam kelas. Media sosial juga boleh digunakan bagi tujuan positif memberikan pendedahan
luas tentang program RIMUP di sekolah dalam Malaysia ini.

85 SITI NUR'AIN FAZIERA BINTI THOMAS TUPUN (D20201094186 )

13/11/20 5:30 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera Encik Zaini bin Abdullah.
Pada pandangan saya, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
ialah dengan memartabatkan subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik di
sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, subjek tersebut perlu diberi penekanan dan fokus yang
tinggi kerana ia menjadi tunjang ke arah pemantapan nilai murni, pembentukan sahsiah diri, dan aspek
kemanusiaan. Bukan itu sahaja, guru-guru juga perlu memainkan peranan yang penting sewaktu
mengajar subjek sedemikian agar proses penyampaian ilmu dapat disampaikan dengan jayanya. Nilai-
nilai murni yang diterapkan melalui proses pembelajaran akan membantu dalam membentuk akhlak
serta menjadikan mereka berilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian, murid-murid dan seluruh
rakyat Malaysia akan lebih menghayati setiap anjakan pendidikan yang dilakukan sejajar dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Seterusnya, saranan terbaik yang boleh dikemukakan dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ialah mengukuhkan penglibatan murid-murid dalam
aktiviti kokurikulum di sekolah. Misalnya, penglibatan murid-murid dalam aktiviti satu murid satu sukan
(1M1S) di sekolah akan dapat memupuk nilai-nilai murni antara kaum yang terlibat dan pastinya akan
meningkatkan integrasi kaum. Bukan itu sahaja, aktiviti kokurikulum di sekolah akan mengelakkan
dominasi kaum dalam sesuatu sukan seperti badminton yang umumnya di ketahui telah didominasi
oleh kaum Cina. Perkara ini sejajar dengan dasar 1M1S dalam menyokong Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Oleh hal yang demikian, murid-murid dapat mengembangkan lagi nilai-nilai positif
dalam diri mereka.
Selain itu, saranan lain yang boleh dilakukan ialah dengan memartabat profesion keguruan di sekolah.
Hal ini dikatakan demikian kerana, guru yang mempunyai contoh dan nilai-nilai yang baik akan
memberi cerminan kepada murid-murid di sekolah. Oleh hal yang demikian, guru-guru memikul
tanggungjawab yang besar dalam mencorak sahsiah diri pelajar bukan sahaja dalam aspek akademik
malahan dalam aspek kerohanian dan kemanusiaan. Contoh terbaik yang boleh dilakukan oleh seorang
guru agar menjadi teladan kepada murid-murid ialah sentiasa memberi pertolongan secara ikhlas
tanpa mengharapkan sebarang balasan dan sentiasa menjaga kelakuan sepanjang masa seperti tidak
mudah berkata kesat walau dalam keadaan emosi.

Page 144 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* DYNNA CHRISTINA ANASTASIUS ( D20201093263 )

13/11/20 11:06 PM

Saya bersetuju dengan saranan pertama saudari iaitu memartabatkan subjek Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik di sekolah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai. Hal ini kerana, mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik mengandungi nilai-nilai murni yang akan membentuk sahsiah diri dan aspek
kemanusiaan dalam diri murid-murid agar menjadi insan berguna kelak dan dapat memberi
sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu, nilai-nilai murni dan agama
yang telah dipelajari oleh murid-murid akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka untuk
memelihara keharmonian dan keamanan hidup berbilang kaum di negara Malaysia. Oleh itu,
murid-murid akan lebih menghayati nilai-nilai murni dan agama yang telah dipelajari di sekolah
kerana pendedahan yang diberikan oleh guru-guru kepada para pelajar amat memberi
pengaruh yang baik bagi pembangunan sahsiah para pelajar dan juga pembangunan negara
yang akan dipelopori oleh golongan muda pada masa akan datang. Dengan itu, negara kita
Malaysia akan disanjung dan dipandang tinggi oleh negara jiran kerana kita mampu untuk
melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

86 NOOR AMALIN SYAHIRAH BINTI IDRIS (D20201094196 )

14/11/20 10:24 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Antara saranan terbaik yang dapat saya berikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia ialah memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Moral dengan memberikan lebih fokus ke atas
teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017. Selain itu, fokus juga diberikan lebih kepada
perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. Apabila nilai-nilai murni ini dapat
diterapkan dalam diri para murid, mereka akan faham tentang erti hormat-menghormati antara insan
tidak mengira kaum. Isu kaum ini dipetik kerana di Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum,
jadi apabila tiada masalah antara kaum di negara kita maka rakyat mampu bekerjasama dan
pendidikan cemerlang bertaraf dunia mampu dihasilkan.
Selain itu, saranan kedua yang mampu saya kemukakan ialah membangunkan murid secara holistik
dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform.
Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum ini mampu memberi peluang kepada murid untuk
mengasah lagi bakat dan minat mereka serta menjadikan mereka bukan seorang yang pasif.
Tambahan pula, penglibatan seperti ini mampu meningkatkan sifat kepimpinan dalam diri seseorang
murid tersebut. Oleh itu, murid diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu penglibatan
dalam sukan, kelab dan juga badan beruniform supaya pendidikan bertaraf dunia mampu dihasilkan di
Malaysia.
Seterusnya, saranan terbaik yang dapat saya berikan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia ialah mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah
cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi. Seperti sedia maklum, pada
masa ini pihak kementerian sedang menjalankan aktiviti antara sekolah bagi memupuk interaksi yang
lebih kukuh antara murid daripada pelbagai jenis sekolah yang melibatkan pelbagai jenis kaum. Hal ini
sememangnya mampu melahirkan pendidikan di Malaysia yang bertaraf dunia.

Page 145 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

* NURUL ATHIRAH BINTI MAT NAWI ( D20201093253 )

14/11/20 6:09 PM

Saya bersetuju dengan isi ketiga yang dikemukakan. Program RIMUP yang dilaksanakan sejak
dari sekolah rendah ini akan memberi manfaat kepada para pelajar daripada pelbagai jenis
sekolah. Hal ini demikian kerana, apabila para pelajar ini melangkah ke sekolah menengah
mereka perlu bergaul antara satu sama di sebuah sekolah, apabila program RIMUP ini diadakan
di peringkat sekolah rendah lagi maka semasa di sekolah menengah nanti mereka tidak akan
kekok untuk bergaul walaupun berbeza bangsa dan agama. Hal ini juga akan memberi kesan
yang positif jika para pelajar ini melangkah ke Universiti. Selain itu, perkara ini juga memberi
manfaat dari segi perpaduan negara, negara kita merupakan negara yang mempunyai pelbagai
bangsa oleh itu amat penting perpaduan dipupuk sejak dari kecil lagi melalui pendidikan.

87 NURUL AZFAREZA BINTI JA'NAL (D20201093241 )

14/11/20 4:48 PM
Assalamualaikum Dr.
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
memperbanyakkan program penambahbaikan profesion keguruan. Guru yang berkualiti, mampu
melahirkan murid yang cemerlang dan berakhlak. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu
melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan sentiasa
meningkatkan kemahirannya sepanjang tempoh perkhidmatan. Sebagai contoh, mengalakkan guru
mengikuti program atau kursus yang melibatkan pelbagai negara yang berkaitan kaedah atau idea
mempelbagaikan teknik mengajar . Hal ini dikatakan demikian kerana proses pengajaran yang
berkesan dapat melahirkan rakyat yang menghayati nilai anjakan kearah transformasi pendidikan
cemerlang bertaraf dunia.

Selain itu, saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai menerusi anjakan
ialah memperkukuhkan pendidikan Islam, Moral, dan Sivik. Subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan
Islam dapat melahirkan insan yang unggul dan berakhlak mulia demi merealisasikan matlamat negara
dalam mecapai pendidikan bertaraf dunia. Jika seseorang mempunyai nilai murni, mereka dapat
membezakan sesuatu perkara yang buruk dan baik. Tingkah laku dan nilai murni seseorang penting
dalam memastikan anjakan pendidikan kearah transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
tercapai. Nilai-nilai murni akan membentuk sahsiah dalam diri pelajar seterusnya menjadikan mereka
seorang yang berpengetahuan dalam bidang yang diceburi. Guru memainkan peranan yang penting
dalam memastikan semua pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Akhir sekali, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah
meningkatkan program menguasai kemahiran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta bahasa
tambahan. Sebagai contoh, program LINUS yang diperluas yang meliputi Bahasa Inggeris. Hal ini
demikian kerana untuk memastikan setiap pelajar diberi peluang untuk berkomunikasi bahasa inggeris
dengan baik. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris mestilah seorang yang
berkemahiran dan berpengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran agar negara dapat mencapai
pendidikan bertaraf antarabangsa. Seorang guru perlu memberi galakkan kepada pelajar untuk
mempelajari bahasa tambahan dengan menyatakan kebaikan jika mempelajari bahasa tamabahan.
Kesannya, rakyat Malaysia dapat menghayati niai anjakan pendidikan yang ingin berdaya saing dengan
negara lain serta meningkatkan peluang menyertai tenaga kerja global.

Page 146 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

88 Aizuddin Muadz Bin Yusri (D20201095766 )

14/11/20 8:57 PM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah dengan menerapkan
nilai murni dari zaman persekolahan lagi. Hal ini demikian kerana Sekolah secara umumnya dan guru
secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar di dalam
menerapkan nilai-nilai mumi. Melaluinya, pelajar dididik supaya berakhlak, berrnoral dan mengamalkan
budaya hidup yang mumi. Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh
diambil ringan. Nilai-Nilai mumi perlu menjadi agenda utama dalam pembangunan negara,
pembangunan pendidikan, penggubalan dan pelaksanaan kurikulum, polisi dan dasar pembangunan
sekolah dan mencorakkan peranan dan tanggungjawab guru. Selain itu, Sekolah perlu memainkan
peranan yang penting dalam menonjolkan nilainilai murni dengan mewujudkan suasana yang
memberangsang dan budaya sekolah yang positif. Dalam menjayakan aspek penerapan nilai murni dan
penghayatan nilai murni guru merupakan orang yang penting dalam melaksanakannya. Oleh itu, guru
hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai mumi hendak diajar.

Saranan terbaik yang kedua ialah membina Negara Bangsa. Fokusnya adalah membangunkan
warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotic dan cintakan Negara, menyanjung
dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Cara pelaksanaannya adalah dengan
memperkasakan Bahasa melayu meningkatkan disiplin murid, menggiatkan Rancangan Intergrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati
diri serta menerapkan budi Bahasa dan adab dalam kalangan murid. Antara contoh pelaksanaan
adalah meliputi konsep perpaduan perlu diterapkan dalam semua aktiviti pendidikan, menerapkan
nilai-nilai kekitaan dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah dan juga fokus dalam
memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Akhir sekali, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
dengan mengadakan aktiviti –aktiviti kemasyarakatan. Hal ini demikian kerana dengan mengadakan
aktiviti kemasyarakatan, nilai-nilai murni akan mudah disemai dalam diri rakyat Malaysia. Antara
contoh aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ialah bergotong-royong membersihkan taman perumahan,
berkunjung ke rumah warga tua dan juga menjadi sukarelawan dalam membantu mangsa-mangsa
yang terjejas dalam bencana alam. Apabila aktiviti kemasyarakatan diadakan, nilai-nilai murni akan
tersemat dalam jiwa rakyat Malaysia dan semakin ramai rakyat Malaysia akan mula sedar akan
kepentingan menghayati nilai murni. Jelaslah bahawa dengan mengadakan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan adalah saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

Page 147 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

89 NURUL AZFAREZA BINTI JA'NAL (D20201093241 )

14/11/20 9:18 PM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah memperbanyakkan
program penambahbaikan profesion keguruan. Guru yang berkualiti, mampu melahirkan murid yang
cemerlang pada masa depan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu melaksanakan pelbagai
usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan
kemahirannya sepanjang tempoh perkhidmatan agar pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Sebagai
contoh, mengalakkan guru mengikuti program atau kursus yang melibatkan pelbagai negara yang
berkaitan kaedah atau idea mempelbagaikan teknik mengajar murid yang berkesan dalam
pembelajaran. Kesannya, dapat melahirkan rakyat yang menghayati nilai anjakan kearah transformasi
pendidikan cemerlang bertaraf dunia dengan berkesan.

Selain itu, saranan yang terbaik untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai menerusi anjakan
ialah memperkukuhkan pendidikan Islam, Moral, dan Sivik. Subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan
Islam dapat melahirkan insan yang unggul dan berakhlak mulia demi merealisasikan matlamat negara
dalam mecapai pendidikan bertaraf dunia. Jika seseorang mempunyai nilai murni, mereka dapat
membezakan sesuatu perkara yang buruk dan baik. Tingkah laku dan nilai murni seseorang penting
dalam memastikan anjakan pendidikan kearah transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia
tercapai. Nilai-nilai murni akan membentuk sahsiah dalam diri pelajar seterusnya menjadikan mereka
seorang yang berpengetahuan dalam bidang yang diceburi. Guru memainkan peranan yang penting
dalam memastikan semua pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Saranan terakhir ialah meningkatkan pengurusan sistem pendidikan. Sistem pendidikan merupakan
elemen utama dalam menghasilkan para pelajar yang bermutu dan bernilai. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia mengutamakan peruntukan yang terbesar dalam pembiayaan pendidikan.
Pelaksanaan ini membolehkan 11 anjakan terlaksana kearah menjadikan Malaysia berdaya saing
dengan negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan termaju di dunia. Sebagai contoh,
memanfaatkan pengguna ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk
meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus. Kesannya, pelajar dapat menambah ilmu
pengetahuan yang lebih luas melalui penggunaan internet. Tambahan pula, penggunaan ICT dapat
memupuk minat pelajar untuk membaca segala ilmu yang terdapat di internet serta mencari rujukan
yang dapat dijadikan panduan. Sifat membaca merupakan nilai yang baik dalam memastikan
pendidikan negara setaraf dengan pendidikan negara lain. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat
membentuk pelajar yang kreatif, inovatif dan berkemahiran.

Page 148 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

90 MUHAMMAD KHAIRUL HISHAM BIN MOHD YUNUS (D20201093280 )

14/11/20 9:39 PM
Antara saranan terbaik yang boleh saya kemukan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati
nilai menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia adalah dengan menambahbaik silibus mata pelajaran, memperbaharui sistem pendidikan yang
sedia ada dan melaksanakan kempen berasakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
antarabangsa.
Saranan saya yang pertama iaitu menambah baik silibus mata pelajaran. Tidak kira sama ada di
sekolah rendah ataupun di sekolah menengah, penambahbaikan harus dilakukan demi melahirkan
masyarakat yang menghayati nilai-nilai yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai
pelajar tidak sedar akan sesuatu perkara yang berlaku pada ketika ini. Jadi dengan menambah baik
silibus dengan menerapkan lebih banyak nilai-nilai kemanusian dalam mata pelajaran Sejarah, Geografi
dan sebagainya, pastinya penghayatan nilai dalam anjakan pendidikan dapat melahirkan seorang
masyarakat yang mampu membantu merealisasikan transformasi pendidikan bertaraf antarabangsa.
Dengan adanya nilai-nilai sebegini diterapkan di dalam silibus-silibus pelajaran, sudah pasti rakyat
Malaysia lebih menghayati dan mampu melahirkan rakyat yang berjaya melaksanakannya.
Seterusnya dengan memperbaharui sistem pendidikan yang sedia ada, rakyat Malaysia akan menjadi
lebih terbuka dan akan cuba untuk menerima perkara tersebut. Dengan cara ini, nilai-nilai yang ingin
diterapkan dalam transformasi pendidikan bertaraf antarabangsa ini mampu untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berjaya dan mampu mengharumkan nama negara ke persada dunia. Jelas sekali,
pembaharuan demi pembaharuan dibuat untuk mencapai sesuatu matlamat yang sedia ada mampu
melahirkan rakyat Malaysia yang berkaliber di masa akan datang dan mampu meningkatkan taraf
pendidilan di Malaysia ke taraf antarabangsa.
Akhir sekali, melaksanakan kempen berasakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
antarabangsa. Kempen yang dianjurkan oleh sama ada badan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan
mampu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mampu menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
ini. Tidak dinafikan transformasi pendidikan sudah lama dikemukan dan akan mampu bersaing ke
peringkat antarabangsa dengan melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai tersebut. Kempen-
kempen ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada rakyat Malaysia
khususnya para pelajay sudah semestinya menjadi aset kepada negara yang mampu untuk
meningkatkan taraf pendidikan negara menerusi transformasi pendidikan sebegini. Jadi tidak hairanlah
sekiranya satu hari nanti, pendidikan di Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan
rakyatnya yang mempunyai nilai-nilai pendidikan yang diperlukan.

Page 149 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

91 NOR AMALIA IZZATI BINTI ABDULLAH (D20201093236 )

14/11/20 9:57 PM
Assalamualaikum Dr.
Terdapat beberapa saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf
dunia. Antaranya termasuklah, memperkukuhkan Pendidikan sivik. Hal ini dikatakan demikian kerana,
pengukuhan terhadap Pendidikan sivik perlu dilaksanakan di mana dengan menjadikan perkhidmatan
komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017. Kesannya, para pelajar akan
berusaha menghayati nilai untuk menamatkan persekolahan agar dapat memenuhi prasyarat terhadap
perkhidmatan komuniti. Dengan ini, pengukuhan Pendidikan sivik merupakan antara saranan terbaik
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah
melaksanakan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Selain itu, memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral juga merupakan saranan terbaik untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan
transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana, Pendidikan Islam
dan Moral diperkukuh untuk memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama.
Sebagai contoh, Pendidikan Islam dan Moral yang terkandung dalam pembelajaran di sekolah dapat
menjelaskan lagi kepada para pelajar tentang kepentingan untuk menghayati nilai sama ada dari sudut
fizikal mahupun sebaliknya. Tambahan lagi, pengukuhan ini telah bermula sejak menjelang 2017 lagi
melalui anjakan ketiga dalam usaha melonjakkan sistem Pendidikan Malaysia ke arah yang terbaik
dunia. Kesannya, penghayatan nilai dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar-pelajar menerusi
pengukuhan Pendidikan Islam dan Moral di sekolah. Jelaslah, bahawa saranan terbaik untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan
transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia juga ialah dengan memperkukuh Pendidikan Islam
dan Moral.
Akhir sekali, saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan transformasi Pendidikan cemerlang bertaraf dunia juga ialah
mengembangkan potensi murid secara holistik. Potensi murid dapat diperkembangkan lagi secara
hoilistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid di sekolah. Contohnya, penyertaan murid
dalam satu Sukan, satu Kelab dan satu Badan Beruniform. Impaknya, melalui penyertaan ini para
pelajar dapat mengembangkan dan meningkatkan lagi potensi mereka sama ada dalam aspek
akademik mahupun kukurikulum. Tambahan lagi, pelajar-pelajar juga dapat mengetahui cara dan
kepentingan terhadap penghayatan nilai menerusi aktiviti yang telah disertai di Sekolah. Oleh itu,
mengembangkan potensi murid secara holistik adalah antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan Pendidikan ke arah melaksanakan transformasi
Pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

Page 150 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

92 NURHAZIQAHEZLIN BINTI MOHD AMIN (D20201093268 )

14/11/20 10:52 PM
Assalamualaikum Dr.
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia antaranya ialah menerusi
peranan pihak sekolah dan guru. Hal ini disebabkan, peranan pihak sekolah dan guru dapat
memberikan kesan yang lebih tinggi kerana pelajar-pelajar dapat menerima pendidikan secara formal
dan sistematik. Pihak sekolah dan guru secara umumnya mempunyai pengaruh yang besar dan
peranan yang penting di dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Melalui pendidikan ini, pelajar akan di
didik supaya bermoral, berakhlak dan mengamalkan kehidupan yang positif dan murni. Sekolah perlu
mewujudkan suasana yang memberangsangkan serta budaya sekolah yang positif. Dalam menjayakan
usaha ini, para guru perlu memainkan peranan penting iaitu guru perlu terlebih dahulu menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni yang hendak diajar. Guru perlulah menjadi model dan mentor, mencipta
komuniti moral dan membina budaya moral yang positif di sekolah. Oleh itu, pendidikan di sekolah
merupakan penggerak utama dalam pembinaan watak para pelajar.
Saranan seterusnya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah melalui
pengukuhan mata pelajaran pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam ianya bertujuan melahirkan masyarakat yang mempunyai ketinggian akhlak yang berdisiplin.
Unsur akhlak dan disiplin ini merupakan asas yang kukuh dalam membentuk sebuah masyarakat yang
bersatu padu kerana isi kandungannya menanamkan nilai-nilai dan sikap hidup yang mahmudah serta
membentuk kelakuan bersopan santun. Manakala bagi mata pelajaran pendidikaan Moral pula adalah
untuk menambahkan kesedaran dan pemahaman pelajar tentang peraturan-peraturan masyarakat dan
sifat-sifat baik yang diterima dari segi moral. Selain itu, mata pelajaran pendidikan Moral adalah untuk
membolehkan pelajar membuat keputusan dan pertimbangan moral yang rasional.
Saranan yang terakhir pula ialah dengan melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti
kokurikulum terdiri daripada aktiviti sukan, badan beruniform serta kelab dan persatuan. Kokurikulum
memainkan peranan penting dalam pendidikan antaranya ialah dalam pemupukan sahsiah serta
pembentukan perpaduan. Sebagai generasi muda yang bakal memimpin negara kita pada masa
hadapan penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum ini dapat menanam perasaan integrasi
nasional dan muhibah semasa menyertai aktivit tersebut. Individu yang berkualiti dapat dilahirkan
menerusi saranan yang dinyatakan sekaligus merealisasikan impian transformasi pendidikan bertaraf
dunia.

Page 151 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

93 DAYANNAA A/P JERALD (D20181081667 )

14/11/20 11:03 PM
Saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi anjakan pendidikan
ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia adalah mengalakkan
pembelajaran bahasa tambahan kepada pelajar mulai sekolah rendah. Kerajaan juga boleh mewajibkan
pembelajaran bahasa tambahan di sekolah. Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat
untuk berhubung sejak zaman dahulu lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini, kemampuan
menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada setiap
individu. Malaysia adalah negara yang mengadungi rakyat yang berbilang kaum. Dengan mempelajari
bahasa tambahan , kita dapat melahirkan masyarakat yang bertutur dalam semua bahasa yang
terdapat dalam Malaysia. Pelajar yang menguasai bahasa tambahan sejak kecil lagi akan
meningkatkan taraf pendidikan ke taraf dunia. Mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi ke pusat pengajian tinggi. Mereka adalah wakil negara Malaysia yang membangakan
negara kita yang berjaya melahirkan masyarakat yang menguasai berbilang bahasa dan mahir
dalamnya.

Saranan seterusnya adalah memanfaatkan ICT. Kita perlu meningkatkan akses internet dan komputer
di persekitaran pembelajaran. Kita dapat mengalakkan pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi
semua sekolah. Dengan meningkatkan pengunaan ICT, guru dapat meningkatkan daya pemikiran
pelajar. Pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran mereka. Apabila kemahiran mereka meningkat ,
mereka akan berinovatif dan mula berfikir kritik dan krisis. Inovasi mereka akan dapat peluang di
negara antarabangsa. Ini menunjukkan pendidikan bertaraf dunia yang dapat membawa nama
Malaysia ke negara lain. Saya berharap saranan ini dapat menghayati nilai menerusi anjakan
pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

Akhir sekali, memastikan setiap individu menghayati nilai murni dalam kehidupan kita. Boleh
memperkukuhkan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dengan memberi fokus ke atas teras nilai
dan falsafah agama utama. Mereka perlu memperkukuhkan memperluaskan Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) untuk memudahkan cara interaksi antara jenis sekolah. kumpulan
etnik dan sosia ekonomi. Kementerian perlu memperkukuhkan sukatan Pendidikan Sivik. Pendidikan
Sivik adalah mata pelajaran yang sangat penting tetapi mata pelajaran ini tidak diambil serius oleh
pelajar. Bukan sahaja, Pendidikan Moral , Pendidikan Sivik juga memberi fokus kepada nilai murni.
Dengan langkah ini, kita dapat melahirkan masyarakat modal insan. Melahirkan masyarakat yang
bermodal insan adalah penting untuk melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf
dunia. Hal ini kerana, masyarakat adalah lambang sesebuah negara. Modal yang bernilai murni adalah
penting bagi imej negara.

Page 152 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

94 NORAIZIE UZAIRIL IZWAN BIN ABDULLAH (D20201095597 )

15/11/20 12:20 AM
Assalamualaikum Dr.

Kita sedia maklum bahawa terdapat 11 anjakan pendidikan yang akan memacu proses transformasi
pendidikan cemerlang yang bertaraf dunia. Anjakan ketiga ialah melahirkan rakyat malaysia yang
menghayati nilai. Oleh itu terdapat beberapa cara untuk mencapai matlamat anjakan ketiga.
Pengukuhan subjek pendidikan islam,moral dan sivik kewarganegaraan merupakan salah satu cara
yang efektif bagi mencapai matlamat anjakan ketiga. Pendidikan pedagogi turut dikembangan dalam
diri setiap guru melalui penekanan penguasaan aspek KBAT dalam kalangan pelajar. Penekanan ini
secara tidak langsung mengajar pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menjawab soalan
latihan matapelajaran pendidikan Islam. Kemahiran berfikir ini bukan sahaja membantu pelajar untuk
bertindak secara rasional, malah memupuk nilai prihatin dalam diri. Pelajar turut berupaya mengawal
emosi bagi penyesuaian diri dalam kelompok masyarakat yang berbeza. Nilai murni yang diajar dalam
subjek sivik juga wajar diperkasa dalam sanubari setiap pelajar. Sivik merupakan asas perpaduan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pendedahan dan penerangan berkenaan adat budaya dan
agama turut membantu pelajar untuk saling memahami antara satu sama lain. Proses pendidikan yang
dilaksanakan ini secara tidak langsung melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai perpaduan
dan hormat- menghormati diri.
Pelaksanaan aktiviti gotong-royong turut berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
murni. Kegiatan kemasyarakatan ini dijalankan secara berkumpulan di peringkat kampung dan
sekolah. Pelaksanaan aktiviti yang melibatkan bantuan orang ramai secara tidak langsung memupuk
semangat kejiranan dan nilai kerjasama antara kaum di taman. Persekitaran taman turut menjadi
bersih dan bebas daripada risiko penularan penyakit deman denggi. Proses gotong-royong yang
dilaksanakan diperingkat sekolah turut berupaya melahirkan nilai kerjasama dan kebersihan dalam diri
para pelajar. Pemupukan ini boleh terlaksana melalui “Pertandingan kelas terbersih”. Keadaan ini akan
menyebabkan pelajar mempunyai matlamat yang sama walaupun berbeza kaum sehingga memantap
nilai kerjasama antara mereka. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kelas turut kelihatan bersih
dan kemas malah, membentuk nilai kebersihan dalam diri pelajar. Pembentuk ini turut berupaya
malahirkan rakyat Malaysia yang menhayati nilai.
Penyambutan minggu kemerdekaan turut berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
patriotik. Pelaksaan program ini menyebabkan pelajar menghayati pengorbanan pewira negara yang
telah memperjuangkan kebebebasan negara dari pada pihak penjajah. Nyayian lagu Negaraku dan
kibaran bendera turut membangkit semangat patriotik dan perpaduan dalam jiwa pelajar yang
berbilang kaum. Gimik pelancaran minggu kemerdekaan dan persembahan teater yang dijalankan
turut membantu para pelajar untuk mengimbau semula peristiwa perjuangan pewira negara. Keadaan
ini bukan sahaja memantapkan pengetahuan sejarah pelajar, malah menjadi iktibar kepada belajar
untuk terus memupuk nilai perpaduan dalam diri.

Page 153 of 154

Title :
FORUM 3 (4%) - Group D

Description :
Tajuk: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
menerusi anjakan pendidikan ke arah melaksanakan tranformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia. (Unit 7)

95 IMAM MUHAMMAD BAKIR BIN ABD HARIR (D20201095587 )

15/11/20 1:00 AM
Satu daripada aspek penting yang jelas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu ialah
pembentukan insan berakhlak mulia. Justeru kepentingan penghayatan nilai murni dalam kalangan
manusia amat penting, kerana nilai murni yang dihayati itu akan menentukan jenis manusia yang
diingini. Oleh itu, pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa
pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan nilai murni (Zakaria Kasa, Abdul
Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa, Rahil Hj. Mahyuddin, 1996; Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin,
1994). Penekanan kepada persoalan nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan di Malaysia amat diberi
perhatian. Nilai-nilai inilah yang membentuk cara seseorang individu itu bertingkah laku, berfikir dan
bertindak sehingga mencorakkan kebudayaan atau norma sesebuah masyarakat (Mohd. Arifl-Hj Ismail,
Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj . Mahmud, 2005).
Antara saranan terbaik untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai menerusi
anjakan pendidikan ke arah melaksanakan transformasi pendidikan cemerlang bertaraf dunia ialah
memperkukuh pendidikan Islam dan moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah
agama. Agama dan moral lebih menekankan pembentukan akhlak dan peribadi seseorang secara teliti
dan mendalam bermula dari peringkat menghayati nilai terhadap diri hingga ke peringkat berinteraksi
dengan masyarakat, mereka yang menghidupkan cara hidup beragama dan bermoral lebih mempunyai
tahap akhlak yang baik. Menurut kajian Azhar Ahmad (2006) mendapati terdapat perbezaan yang
signifikan dalam penghayatan akhlak responden dari pelbagai kategori sekolah menengah dimana
responden dari sekolah menengah khas/berasrama penuh dan sekolah menengah agama didapati
mempunyai tahap penghayatan akhlak yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan responden dari
sekolah menengah harian biasa.
Seterusnya ialah mengembangkan potensi murid secara holistik dengan mengukuhkan
keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelas dan 1 Badan Beruniform. Hal ini kerana, interaksi
dan aktiviti yang berlaku antara murid ketika aktiviti kurikulum akan menonjolkan nilai yang dipupuk
secara sengaja atau tidak sengaja. Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua mata pelajaran dan
ia diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang
positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal dan tidak formal , di dalam dan di luar bilik
darjah, akan digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai
murni akan berhasil dan berkesan.
Akhir sekali ialah memperkukuh nilai melalui pendidikan. Penekanan kepada persoalan nilai-nilai
murni dalam sistem pendidikan di Malaysia amat diberi perhatian. Penerapan nilai-nilai murni tidak
terhad kepada mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, malah diterapkan melalui semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana nilai bukan sahaja diajar melalui kata-kata, malah boleh dipupuk melalui
pemerhatian dan penilaian murid itu sendiri melalui akhlak dan tatatertib yang ditunjukkan oleh guru
atau sesiapa sahaja.

Page 154 of 154

Anda mungkin juga menyukai