Anda di halaman 1dari 20

-1-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

ISU-ISU PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DI ERA DIGITAL


: PENDEKATAN DAN CABARANNYA MENERUSI
ARTIKEL MAJALAH WAWASAN JILID 17

2.1
2.2
2.3
2.4
2.5

Melahirkan individu terlatih dalam pelbagai


ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mengerak
dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi Negara.
Isu guru perlu mengenalpasti potensi pelajar
Isu guru perlu menguasai Teknologi dalam pendidikan.
Menjadikan sekolah gedung penyelidikan
dan pembangunan pendidikan.
Penggunaan ICT yang menyeluruh dalam
proses pengajaran dan pembelajaran

4
5
6
7
8

3.0

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran pendidik

11
12
12

3.3

3.1
Pendidikan Bestari
3.2
Pendidikan untuk seumur hidup
Syarat untuk berubah

4.0
5.0
6.0

Refleksi
Rujukan
Lampiran

1.0

PENGENALAN

15
19
20

Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan


menerapkan aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT merujuk
kepada Information And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara
meluas dalam aspek ekonomi, sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak,

-2-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan


pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang
dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan
secara bersama. Tidak dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun, kerajaan
Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalahmasalah yang timbul.
Semakin

banyak

kajian

yang

dijalankan

berkaitan

pendidikan

dengan

kepentingan pendidikan teknologi pengajaran pendekatan dan cabarannya. Oleh itu


artikel yang diterbitkan oleh Pusat Sumber pendidikan negeri Kedah Darul Aman Jilid
17 bilangan 1 dalam majalah WAWASAN turut membincangkan Isu pendidik dan
Pendidikan di Era Digital Pendekatan dan Cabarannya.
Di dalam artikel ini penulis menekankan isu utama iaitu peranan guru dalam
menghadapi perkembangan dan perubahan yang sangat pantas. Di mana dunia tanpa
sempadan dengan adanya teknologi maklumat. Oleh itu guru memainkan peranan yang
utama dalam melahirkan generasi akan datang yang sesuai dengan perkembangan dan
keperluan yang wujud.
Antara isu lain yang terkandung dalam artikel berkenaan adalah tanggungjawab
guru melahirkan insan yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek, emosi dan
jasmaninya. Isu tanggunjawab guru ini akan dihuraikan melalui punca permasalahan
lantas mewujudkan cabaran-cabaran tersebut. Malahan huraian berkenaan cara
mengatasi cabaran-cabaran tersebut.
2.0 ISU-ISU PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DI ERA DIGITAL : PENDEKATAN DAN
CABARANNYA MENERUSI ARTIKEL MAJALAH WAWASAN JILID 17
Sebelum isu-isu yang terdapat dalam artikel Majalah Wawasan jilid 17 tersebut
diulas dengan lebih mendalam, wajarlah konsep teknologi pendidikan di Era digital
dikupas secara ringkas

-3-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai


disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Yusuf Hashim menyatakan
bahawa bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan
dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan bahawa teknologi maklumat
(information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information
and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Berbalik semula kepada artikel Majalah Wawasan tersebut, isu berkenaan
peranan guru terhadap pembinaan budaya aplikasi ICT di kalangan pelajar sekolah. Isu
pendidik perlu melahirkan individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani,
intelek, emosi dan jasmani, isu guru perlu mengenal potensi pelajar, guru perlu
menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan dalam proses pertumbuhan dan
perkembangan yang dilalui pelajar, isu menjadikan sekolah gedung penyelidikan dan
pembangunan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Rentetan dari isu ini cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh guru
untuk menanganinya.

2.1

Melahirkan individu terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan

kemahiran untuk mengerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi Negara.


Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang menyatakan bahawa
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

Satu usaha yang berterusan itu sendiri

memberi makna bahawa guru perlu mempertingkatkan kemahiran dari semasa ke

-4-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

semasa mengikut perkembangan era globalisasi. Penulis membincangkan bahawa


kejayaan sesebuah Negara disebabkan kualiti pendidikan. Penulis berpendapat
bahawa peranan guru adalah penting untuk menyediakan pelajar menjadi tenaga kerja
yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Matlamat pendidikan
kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki salah
satu cirinya bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara.
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya seperti menghasilkan rakyat yang progresif, mahir
serta cekap supaya membolehkan melaksanakan tugasnya secara produktif serta
sempurna demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seorang guru
dapat mengintergrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses
penyampaian ilmu kearah melahirkan seoarang pelajar yang berfikiran kritis dan
kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, dan jasmani serta dapat hidup dalam
keadaan harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan.
2.2 Isu guru perlu mengenalpasti potensi pelajar
Menurut teori kecerdasan individu Howard Gardner (1943) berpendapat bahawa
setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk
boleh diukur dengan darjah kecerdasan IQ. Mengikut Gardner (1991) potensi manusia
mempunyai kecerdasan logikal matematik, kecerdasan visual, kecerdasan muzik,
kecerdasan tubuh kinestetik dan kecerdasam interpersonal, kecerdasan intrapersonal
dan kecerdasan naturalis.
Penulis menekankan bahawa sistem pendidikan yang semakin maju kehadapan
memerlukan satu program yang sistematik untuk membolehkan pelajar-pelajar tadi
diberikan pendedahan, bimbingan yang sewajarnya dan konsisten agar mereka
berjaya. Ini kerana senario pengajaran dan pembelajaran yang tidak terbatas dengan
penggunaan

Teknologi

Maklumat

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

tidak

memerlukan bilik darjah. Tujuan program ini adalah bagi memastikan guru dapat

-5-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

membiasakan diri bagi mengintergrasikan penggunaan teknologi maklumat dan


komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus akan
memberi kesan dan impak positif kepada pencapaian serta prestasi akademik muridmurid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelbagai program bagi
menyebarkan sekaligus memperkukuhkan dunia pendidikan di Malaysia bukan hanya
bagi memudahkan guru malahan juga mempunyai pelbagai kebaikan kepada muridmurid. Antara inisiatif yang disediakan adalah melalui video pendidikan melalui web iaitu
EduWeb TV dan juga School Net.
Amnya video pendidikan melalui web ataupun dikenali sebagai EduWeb TV
memudahkan guru-guru memilih dan seterusnya menjadikan soalan peperiksaaan yang
telah disediakan di web tersebut sebagai satu panduan dalam menyediakan set soalan
peperiksaan Selain daripada itu juga, guru boleh memilih dan seterusnya menggunakan
video yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Para murid juga boleh
melayari video-video pendidikan dengan mudah terus daripada pelayar web. Tambahan
lagi, para murid turut boleh mengikuti pelbagai soalan yang disediakan. pelajar lain
menggunakan topik yang disediakan oleh anda.
Sememangnya keupayaan guru dalam mengaplikasikan EduWeb Tv ini
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang diterangkan di atas.
Hal ini turut diperakui oleh Norasiah Abdullah (2009) iaitu penggunaanEduWeb Tv
merupakan satu medium bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana
berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan serta
mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh
menghiburkan pelajar.
Selain daripada EduWeb TV, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyentuh
berkenaan dengan School Net. Sememangnya program School Net ini merupakan satu
insiatif dan menjadi tujuan kerajaan berkehendakkan guru yang berkeupayaan dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

-6-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

SchoolNet merupakan rangkaian persendirian maya

yang menyediakan

sambungan internet jalur lebar ke sekolah dan ia adalah pendekatan terbaru sistem
pendidikan negara bagi menyediakan kemudahan pembelajaran melangkaui bilik
darjah. Menurut Nor Fariza Ramlan (2012), SchoolNet menyediakan pelbagai aplikasi
kepada penggunanya, termasuk aplikasi komunikasi elektronik seperti e-mel dan
kumpulan berita, aplikasi akses jarak jauh, aplikasi pemindahan dokumen, aplikasi
pengedaran maklumat dan aplikasi pencarian maklumat. Hal ini menunjukkan bahawa
hanya guru yang berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
mampu mendepani perubahan kemajuan ini. Oleh sebab itulah kerajaan begitu optimis
bagi menyediakan guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat
dan komunikasi.
Guru yang berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
dengan kemahiran mengendalikan School Net juga dilihat sebagai satu podium bagi
memastikan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai guru pakar tercapai. Menurut Nor
Fariza Ramlan (2012), pelaksanaan SchoolNet ini mampu meningkatkan perkongsian
ilmu dengan mengoptimumkan tenaga pengajar pakar di negara ini. Melalui teknologi
ini, seorang guru pakar mampu mengajar sesuatu mata pelajaran melebihi daripada
satu kelas di sekolah yang sama dan sekolah lain.
Selain itu, guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat
dan

komunikasi.serta

dapat

menguasai

SchoolNet

dengan

sebaiknya

boleh

memanfaatkan infrastruktur berkenaan bagi mengubah bilik darjah mereka menjadi


persekitaran menarik justeru dapat menambah minat pelajar terhadap pendidikan.
Dengan teknologi ini juga, seorang guru yang berkeupayaan dalam bidang
bidang teknologi maklumat dan komunikasi boleh mengajar sesuatu subjek kepada
bilangan bilik darjah lebih banyak di sekolah sama dan sekolah lain. Portal SchoolNet
ini membolehkan guru berkongsi modul pembelajaran dan pengajaran interaktif sesama
mereka. Jelas di sini menunjukkan guru yang mempunyaiberkeupayaan dalam bidang

-7-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting bagi mengendalikan inisiatif
yang

telah

dilaksanakan

bagi

kemudahan

banyak

pihak

sekaligus

mampu

meningkatkan mutu pendidikan negara.

2.3

Isu guru perlu menguasai Teknologi dalam pendidikan.

Kepentingan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada guru juga


dapat dilihat daripada kenyataan yang tertulis dalam Dewan Masyarakat (Mei 2012)
yang menyatakan bahawa kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang
berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan
peranan yang besar dalam pendidikan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan
sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari
alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran
akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi,
sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020. Atas
dasar kepentingan inilah barisan guru-guru di Malaysia perlu memperkukuhkan diri
dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini adalah kerana barisan
guru adalah titik permulaan dalam memastikan kejayaan sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran.
Selain daripada itu, penguasaan guru dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi menurut Wan Mustama (2004) dalam Jurnal Pengurusan Dan Pentadbiran
Pendidikan adalah usaha bagi meningkatkan kemahiran guru terutama dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar mereka lebih kreatif dan inovatif dalam
teknik pembelajaran di samping memiliki ilmu dan pengetahuan lebih luas. Daripada
kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa kini ilmu pengetahuan bukan sekadar
diperoleh daripada bahan-bahan bercetak malahan ianya kian berkembang dalam
dunia tekonologi maklumat. Oleh hal demikian, guru yang berupaya menguasai bidang
teknologi maklumat dan komunikasi dilihat mampu memperkukuhkan lagi ilmu
pengetahuan sedia ada. Selain daripada itu juga, guru yang kreatif dan inovatif kesan

-8-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

daripada penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting


bagi memperkembangan potensi murid secara bersepadu dan menyeluruh yang
merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini diperkukuhkan dengan
kenyataan Ab. Rahim Selamat (1992) iaitu melalui pengajaran & pembelajaran kreatif
dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran
dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan
inovasi mereka.

2.4

Menjadikan sekolah gedung penyelidikan dan pembangunan pendidikan.


Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja

banyak berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks. Ini adalah
akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan Negara yang pesat.
Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bermakna system latihan
perguruan yang diwarisi dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk
mencapai matlamat pendidikan yang baru. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan
masa depan supaya memainkan peranannya secara lebih berkesan, guru hari ini
hendaklah

sentiasa

berusaha

melengkapkan

diri

dengan

mengemaskini

ilmu

pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.


Perkembangan dalam teknologi multimedia dan intenet merupakan satu
fenomena yang tidak dapat disangkal lagi akan kepetingannya. Teknologi ini semakin
popular dan digunakan dalam kebanyakkan aspek kehidupan sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali daripada merasai
bahang daripada teknologi ini dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang
demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai
pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring
dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Ini bagi memastikan system pendidikan
yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidal lagi relevan dengan
keperluan semasa.

-9-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

Tambahan lagi, pelajar-pelajar dewasa ini mempunyai capaian terhadap


maklumat yang tidak terbatas dan mereka tidak lagi hanya tertumpu pada buku teks
dan penerangan guru semata-mata. Maka sewajarnya seseorang guru itu seiring
dengan dunia pelajar masa kini dengan berani melibatkan diri serta mendalami dunia
multimedia ini sepenuhnya.

2.5

Penggunaan

ICT

yang

menyeluruh

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran
Menurut artikel yang dipilih untuk mencapai hasrat penggunaan ICT secara
menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelanjaran, dua jenis perubahan utama
untuk guru diperlukan. Pertama guru harus diyakinkan bahawa terdapat sangat banyak
kebaikan dan kepetingan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan computer
dan alatan IT secara cekap dan efektif.
Sememangnya kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi
meningkatkan kemahiran golongan pendidik terutamanya dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi. Menurut Muhammad Hasan (2000), dalam tempoh RMK-8
Bahagian Pendidikan Guru menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
diberi tanggungjawab untuk memberi penekanan khusus terhadap penggunaan ICT
dengan mengkaji semula kurikulum latihan guru dan menyediakan kursus jangka
pendek dalam latihan guru dan menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan guru
oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Jelas di sini menunjukkan kerajaan
telah berusaha meningkatkan keupayaan guru dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi melalui pelaksanaan khusus.

2.5

Cabaran

yang

harus

ditangai

oleh

Para

Pendidik

adalah

menyepadukan ICT dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai budaya.

untuk

-10-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam system pendidikan yang


semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap
sudah tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan
inspirasi supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi
ICT dalam organisasi berkenaan.
Menurut Galbraith (1967) yang dipetik dari Noriati A. Rasyid, et a.l (2009)
teknologi

adalah

keupayaan

dalam

menggunakan

pengetahuan

sama

ada

pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara
sistematik

sehingga

mampu

mempamerkan

amalan

yang

praktikal

dalam

melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Tumpuan


dan penekanan terhadap penguasaan ICT kepada guru sememangnya mempunyai
tujuan yang penting. Hal ini adalah guru merupakan pengerak dalam sesuatu sesi
proses pengajaran dan pembelajaran.
Cabaran pendidik untuk menyepadukan ICT dengan pengetahuan dimana
berkaitan sikap negatif pendidik. Kebanyakan pendidik telah sebati dengan kaedah
pengajaran traditional dan sukar menyesuaikan diri dengan teknologi intruksional.
Yusup Hasyim (1998) mempersetujui kenyataan yang telah dikeutarakan oleh Becker
& Watt (1966) iaitu ledakan teknologi maklumat dan komunikasi memberi cabaran
baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan. Menurut Becker & Watt (1966)
juga, ada kalangan guru yang buta teknologi menyebabkan timbul sikap negatife dan
tidak berminat

mengajar mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi selain

sikap malas menyediakan bahan atau peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
untuk pengajaran.
Pendidik

mestilah

berkemahiran

mengunakan

ICT

supaya

dapat

mengaplikasikan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru


yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop,
perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil
masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses
pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan
guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.

-11-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

3.0 Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran pendidik dan pendidikan pada


Era Globalisasi .
Sebagai seorang guru kita mestilah sentiasa bersedia menghadapi cabaran dari
pelbagai aspek. Zaman sentiasa berubah begitu juga di dalam pendidikan seharusnya
berkembang mengikut peredaran zaman. Oleh itu guru tidak sepatutnya memandang
enteng isu yang telah dikupas oleh penulis. Dalam menangani pendidikan di Era digital
beberapa cadangan dapat di kenalpasti antara ialah :

3.1 Pendidikan Bestari


Di mana semua sekolah dinaik taraf sebagai sekolah bestari yang merupakan
pemangkin utama dalam mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
ICT. Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep
Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan
kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah
Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi
Perdana Koridor Raya Multimedia.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh dan segi pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk
mebantu

murid

menghadapi

cabaran

Zaman

Maklumat.

Proses

pengajaran

pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan


bahan pengajaran pembelajaran, akan direka semula untuk membantu murid belajar
dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid
mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar
pembelajaran sendiri.
Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih
cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan.
Selain itu, ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan

-12-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua
pihak akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan
berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.
3.2 Pendidikan untuk seumur hidup.
Dalam menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku seharusnya pendidik
perlu menangani isu ini dengan mengubah corak pembelajaran. Sepertimana yang
diketahui sejarah pendidikan awal di negara semasa kedatangan british bahawa
pengajaran berlaku di masjid dan tempat beribadah. Pada ketika itu pendidikan
berpusatkan guru. Di dalam Falsafah pendidikan negara sendiri mengatakan bahawa
pendidikan adalah salah satu usaha berterusan. Dimana konsep belajar seumur hidup
itu penting untuk memasuki era digital. Menurut penulis 4 faktor yang membolehkan
seseorang guru dapat menghadapi cabaran yang berubah dengan pantas.

Belajar untuk mengetahui


Globalisasi yang menyentuh semua aspek kehidupan menjadikan rakyat

Malaysia menuju era baru, yang seakan tanpa jarak. Berdasarkan hal ini, maka
diharapkan agar tercapai anak-anak yang secara aktif mengembangkan potensi dirinya
untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, keperibadian,
kecerdasan, akhlak, dan keterampilan diri.
Potensi anak ini dipusatkan kepada pada tiga tahun pertama kehidupannya. Masa ini
adalah merupakan masa yang sangat penting, dimana potensi kecerdasan,
perkembangan kognitif dan perilaku dasar terbentuk pada masa ini, yang diyakini jika
anak mampu dengan ini, maka akan menghasilkan generasi yang berkualiti. Oleh itu
pendidikan awal kanak-kanak seawal usia mampu melahirkan generasi modal insan
negara. Dasar yang dibuat akan memperluaskan kandungan matapelajaran mengikut
standard kurikulum yang ditetapkan.

Belajar untuk membuat

-13-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

Era digital memerlukan setiap individu mempunyai kemahiran computer kerana


semua pekerjaan berorientasikan ICT. Di sebabkan oleh itu siapa yang ingin
memajukan diri perlu mengetahui kepetingan ICT. Justeru itu, kerajaan mengambil
langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas
yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi
taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran
pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai
penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya
yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi.
Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk
membiasakan diri dengan penggunaan ICT.

Belajar untuk menjadi Insan


Kita sebagai insan mula belajar dari peringkat bayi dalam kandungan ibu lagi. Di

dalam kandungan Ibu, kita sudah mula belajar dan mendengar tentang kehidupan.
Walaupun kita belum dapat melihat cerahnya matahari namun kita telah mula belajar
mengenali kehidupan. Bermula dengan tangisan yang pertama barulah proses
pembelajaran di dunia realti bermula. Bagaikan kain putih yang bersih, yang
mencorakkan diri kita ialah ibu bapa dan persekitaran kita. Oleh kerana itu, ibu-ibu yang
faham tentang proses ini akan memperbanyakkan membaca Al-quran, dan surah-surah
tertentu dan dendangan zikir serta munajat semasa mengandung supaya insan yang
dilahirkan menjadi insan yang mulia. Begitulah juga sebaliknya. Proses pembelajaran
ini mempengaruhi sikap insan itu apabila ia dilahirkan. Proses pembelajaran tidak akan
berhenti sehinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. Dalam konteks belajar atau
pembelajaran ini pada lazimnya kita melalui system pembelajaran seperti berikut:

Pembelajaran Formal iaitu proses pembelajaran yang telah distrukturkan melalui sistem
persekolahan

dan

pengajian

di

institut

pengajian

tinggi

dan

sebagainya;

Pembelajaran Informal iaitu proses pembelajaran yang kita lalui melalui sistem yang
tidak distrukturkan seperti menghadiri kursus-kursus atau pembelajaran yang diperolehi

-14-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

didalam aktiviti persatuan dan kemasyarakatan.Pembelajaran Unformal iaitu proses


pembelajaran melalui visual pancaindera secara peribadi atau pengalaman kehidupan
yang dilalui diri sendiri, pembacaan, kajian dan sebagainya.
Bagi insan yang tercicir atau gagal di dalam proses pembelajaran formal ia bukan
bermakna kita gagal dalam kehidupan. Masih ada proses informal dan unformal yang
boleh kita jadikan landasan dalam mencipta kejayaan. Malah telah terbukti banyak
insan di dunia ini yang berjaya dalam kehidupan tanpa segulung ijazah. Masih ada
ruang dan peluang pembelajaran yang disediakan untuk kita berjaya nya insan yang
memanfaatkan ilmunya lebih baik dari seribu orang ahli ibadah Hadis.

Sesungguhnya insan yang mengajarkan ilmu yang dipelajari dan mengajar kepada
orang lain merupakan insan yang mulia dan merupakan golongan tangan yang di atas
dan sesungguhnya tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah. Belajar
itu perlu, menuntut ilmu itu perlu dan yang paling perlu ialah beriman dan mengamalkan
ilmu itu.

Belajar untuk hidup bersama


Menurut penulis belajar untuk hidup bersama adalah saling bantu membantu

dalam menuju era globalisasi yang tiada sempadan. Mereka yang mempunyai
kepakaran dalam ICT membantu mereka yang kurang kebolehan. Jika semua pendidik
mempunyai semangat intergriti kita mampu merealisasikan pelaksanaan kurikulum
berteraskan aplikasi ICT ini. Murid ialah Klien utama dalam dunia pendidikan dan sudah
semestinya perlu diberi perhatian dalam perancangan dan pelaksanaan sistem
pengajaran

dan

pembelajaran.

Pengetahuan

terhadap

kebolehan,

kemahiran,

-15-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

pengetahuan sedia ada dan sikap murid amat penting sebelum perancangan dibuat
agar dapat memenuhi setiap objektif pengajaran yang disasarkan dan menjadi penentu
keberkesanan reka bentuk sistem pengajaran di rancang.

3.3 Syarat untuk berubah


Guru memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan kejayaan pelajar.
Oleh itu sikap negatif guru yang tidak mahu menerima perubahan harus dikikis kerana
seseorang tidak akan berubah sekiranya dia tidak mempunyai kemahuan dan tidak
bersedia berubah.
Menurut Mohad Sahri Abdul Rahman, 1996 seseorang akan berubah jika dengan
syarat-syarat berikut:
(1) Keyakinan yang mendalam
Setiap apa yang ingin dilakukan memerlukan usaha. Motivasi dalaman seorang
guru seperti yakin sekirannya apa yang dilakukan akan memberi impak yang
besar dalam dunia pendidikan. Oleh itu sekirannya tiada keyakina n tidak ada
langkah yang dapat digerakkaan dan tidak akan wujud perubahan dan
peningkatan.
(2) Ilmu yang mantap
Menurut penulis ilmu adalah alat kepada perubahan. Sekiranya kita hanya
mempunyai komputer tiada individu yang berilmu menganalisis idea dan
mengaplikasi penggunaannya maka tiadalah proses yang dikatakan teknologi
pengajaran. Ilmu yang mantap ini akan merubah kehidupan dari kemunduran
kepada kejayaan.
(3) Generasi yang terdidik

-16-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

Untuk melahirkan generasi yang terdidik adanya penambahbaikan terhadap


kurikulum mengikut kesesuaian peredaran masa. Ini perlu dilaksanakan dengan
kolobratif berbagai pihak supaya usaha untuk melahirkan generasi yang terdidik.
(4) Kepimpinan yang baik
Kepimpinan yang baik ialah memiliki pengetahuan ilmu yang luas. Sepertimana
yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi
pentadbirannya dalam erti kata lain yang memimpinnya. Seseorang pemimpin
yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan
peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang
diperlukan untuk mengelola ahli-ahli dibawah untuk mencapai matlamat.
Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib
dilaksanakan dengan sempurna merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam unsur
ke sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
(5) Anggota yang bersepadu
Berat sama dipikul ringan sama dijijing perumpamaan ini memberi makna
kerjasama di dalam pasukan sangat penting dalam sesebuah organisasi.
(6) Wawasan yang jelas
Seseorang akan berubah sekiranya mempunyai matlamat yang jelas. Setiap
rancangan mempunyai misi dan visi yang jelas supaya apa yang ingin dilakukan
mencapai objektif yang jelas. Dalam Falsafah pendidikan kebangsaan unsur
yang terakhir iaitu unsur ke sebelas ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara. Wujudnya rakyat Malaysia
yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara. Ini
akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang
harmoni

dan

mempunyai

nilai-nilai

semangat

kerjasama

dan

nilai

perpaduan.Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampuu


menguasai teknologi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan

-17-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

negara kita. Kesimpulannya, bagi, melahirkan modal insan yang seimbang dan
harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlu
dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar
dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai
Wawasan 2020.
(7) Kerja yang berterusan
Falsafah pendidikan kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah
membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka
kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsurunsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga
pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia. Unsur yang
pertama ialah Pendidikan Suatu Usaha Berterusan. Ungkapan tuntutlah ilmu
sampai keliang lahad merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi
menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan
sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia.
Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni
dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi.
Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan
secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya. Jika dilihat
dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan
berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk
melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa
sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan
satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 Refleksi

-18-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

Semasa melaksanakan tugasan ini saya dapati banyak cabaran yang dihadapi
oleh seorang guru. Ini berlaku semasa proses memilih artikel atau jurnal semasa di
perpustakaan dan yang diakses melalui internet. Akhirnya saya tertarik dengan isu yang
cuba diketengahkan oleh penulis dalam Majalah Wawasan sepertimana artikel yang
telah saya ulas.
Dari pembacaan juga saya dapati teknologi pengajaran telah di aplikasi di
banyak sekolah dan memberi impak yang besar dalam arus pendidikan. Bagaimanapun
setiap kebaikan ada keburukannya di mana guru perlu menangani salah laku pelajar
yang mungkin tersebar dari penyalahgunaan ICT. Ini juga menjadikan tugas dalam
profesion perguruan semakin mencabar.
Selain itu juga masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar
iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era
1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat
berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas
dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan
komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi
menggunakan Microsoft Word! Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha
kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut . Ini
merupakan salah satu cabaran yang paling utama di ketengahkan oleh penulis.
Sebagai seorang guru saya akan mencuba memahirkan diri dan berubah
mengikut peredaran masa supaya tidak dikatakan seperti kata bidalan seperti katak di
bawah tempurung. Oleh itu sebagai memenuhi tuntutan ini saya akan mencuba yang
terbaik dalam memahami dan mengaplikasikan penggunaan kaedah yang telah
dipelajari di dalam matapelajaran Teknologi Pengajaran .
5.0 Rujukan

Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam:

-19-

EDC2102 FALSAFAH DAN

ETIKA GURU

Siri Pendidikan Fajar Bakti Fajar Bakti


Noriati. A. rashid (et.al). (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Shah Alam: Oxford Fajar
Safian bin Abd Rasyid (2002) Pengurusan Sumber. Komponen Teknologi Pengajaran
Norasiah Binti Abdullah, et. al (2013) Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Mok Soon Sang (2014) Falsafah dan Pendidikan Malaysia.
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam, (2011) Tahap Kesediaan
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan
Tingkah Laku Murid Prasekolah Jurnal Pendidikan Malaysia
Sandra Rahman (2013) Isu penggunaan ICT merentas Kurikulum Standar Pra sekolah
Kebangsaan (KSPK) : Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober
2013, Bil. 1
Robiah Sidin (2007) ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran dalam pembaharuan
pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia (volume 32, No. 1, 2007)

6.0 LAMPIRAN

-20ETIKA GURU

EDC2102 FALSAFAH DAN

Anda mungkin juga menyukai