Anda di halaman 1dari 18

KEPIMPINAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH KEPIMPINAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH PENGENALAN Seorang pentadbir di sekolah harus mempunyai suatu hala tuju

Untuk mencapai matlamat melalui sebarang cara ataupun semua cara usaha yang dilakukan Cabaran utama sektor awam dan sektor swasta ke arah pengisian dan pencapaian Wawasan 2020 ialah untuk memastikan segala perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dapat dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. Ini amat bergantung kepada keupayaan para pengurus dan pemimpin untuk mengurus dan memimpin sumber manusia yang terlibat. Ini adalah kerana kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada keupayaan dan kualiti sumber manusianya ke arah keberkesanan pelaksanaan segala perancangan yang dibuat. DEFINISI Kepimpinan Menurut Fleishman (1973), kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Hersey dan Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan adalah proses mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat dalam sesuatu tindakan. Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu proses bagi seorang pengetua mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu. Seterusnya menurut Katz dan Khan (1978 ) terdapat tiga perkara yang ditekankan dalam konteks kepimpinan iaitu kedudukan atau jawatan, sebgai peribadi seorang individu dan sebagai satu rangkaian tingkah laku yang tertentu. Kepimpinan menurut Islam pula berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga dan ahli-ahli di bawahnya. Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat yang dipimpinmu ( Riwayat Bukhari Muslim). KONSEP KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh (Ramaiah 1999). Kepimpinan pengetua adalah bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah. Kepimpinan jenis ini dinamakan kepimpinan formal. Jawatan pengetua diberi pengiktirafan dan status yang berwibawa dalam kedudukan organisasi sekolah sebagai ketua sekolah serta mempunyai kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah. Apabila pengetua meninggalkan jawatan tersebut, status kepimpinan turut lenyap. Dalam kontek kepimpinan dalam pendidikan, pengetua perlu melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh Kementerian dan Jabatan. Pengetua perlu memastikan bahawa semua dasar adalah jelas kepada semua anggota di sekolah, dan sebarang peraturan yang digubalnya mestilah bersesuaian atau berharmoni dengan dasar yang sedia ada di mana dasar-dasar ini adalah petunjuk arah serta kenyataan visi. KEPIMPINAN PENGETUA DI SEKOLAH

Seorang pengetua yang memegang teraju di peringkat sekolah memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang tinggi berkaitan dengan pendidikan. Ia perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkahlaku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi dan masalah politik semasa. Tanpa pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut seorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin di atas keupayaan kepimpinannya. Jadi kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan yang penting di sekolah. STAIL KEPIMPINAN PENGETUA Agak sukar untuk menentukan jenis stail kepimpinan yang patut dilaksanankan di sekolah. Stail kepimpinan telah diperkenalkan oleh Max Weber, menurutnya terdapat tiga stail kepimpinan iaitu tradisional, birokratik dan karismatik. Tradisional Stail ini menunjukkan ciri-ciri pentadbiran yang autokratik. Stail ini dikaitkan juga dengan berpusatkan tugas, berpusatkan pengeluaran, pencapaian matlamat, pengenalan struktur, kepimpinan paksaan, Teori X dan juga kepimpinan paksaan. Pengetua/Guru Besar membuat keputusan seorang diri tanpa mengambilkira pendapat ahli lain dalam organisasi sekolah. Penglibatan guru-guru dalam membuat keputusan sangat sedikit. Walaupun pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan jenis ini dapat memastikan perlaksanaan tugas dengan sempurna, orang-orang bawahan yang diarahkan mungkin tidak mengetahui mengapa sesuatu itu dibuat (Ibrahim Mamat 1998). Ini akan menyebabkan semangat bekerja dan minat mereka lemah. Inisiatif dan kreativiti juga rendah. Walau pun begitu dalam keadaan kritis, stail tradisional adalah paling berkesan kerana keputusan yang tegas dan tepat diperlukan. Begitu juga situasi-situasi yang memerlukan kepakaran. Pengetua yang sepatutnya merupakan seorang pakar, mesti bersikap mengarah untuk membantu orang-orang bawahannya. Birokratik Stail birokratik berdasarkan barisan autoriti di mana tanggnugjawab dan peranan telah dijelaskan oleh pihak ketua. Ciri-ciri dalam stail kepimpinan ini ialah : 1. Kebanyakan keputusan dibuat oleh pihak ketua. 2. Kadang-kadang perancangan tanpa mengambil kira polisi yang telah ditentukan secara demokratik. 3. Kurang berlaku komunikasi dua hala. 4. Tidak mementingkan semangat kumpulan dalam perkerjaan. 5. Sesuatu tugasan merupakan paksaan. 6. Sukar mewujudkan kemersaan dalam suasana perkerjaan. Krismatik Ada unsur-unsur yang mengagumkan dan mistik. Kepimpinan jenis ini juga disebut sebagai keunggulan gelagat. Antara ciri-ciri kepimpinan ini ialah : 1. Menunjukkan bagaimana seseorang pemimpin itu berbeza-beza dengan orang lain dan ia boleh mempengaruhi pemimpin. 2. Mempunyai matlamat dan visi yang tinggi. 3. Boleh melaksanakan sesuatu aktiviti dengan cekap. 4. Boleh mempengaruhi pengikut secara tidak langsung walaupun tidak kesempatan untuk berkomunikasi dengan semua pengikut.

Menurut Ahmad Atory Hussain (1994), pemimpin berkarisma merujuk kepada kebolehan khusus seseorang pemimpin itu untuk memobilisasi dan meneruskan aktiviti-aktiviti organisasi melalui gabungan tindakan-tindakan serta sifat-sifat peribadi yang khusus. Ada juga stail kepimpinan digolongkan sebagai autokratik, demokratik dan laissez-faire. Stail autokratik adalah bercorak tradisional. Mengikut stail autokratik, biasanya pemimpin memaksa kakitangan mengikut arahan, menjalankan sesuatu tugas tanpa perundingan terlebih dahulu. Demokratik Pemimpin yang mengamalkan ciri-ciri demokratik iaitu memberi pertimbangan terhadap pandangan ahli-ahli dalam organisasi. Di sekolah pengetua akan menyediakan maklumatmaklumat, mengesyorkan alternatif-alternatif, menggalakkan serta meningkatkan minat dan prestasi guru-guru. Sungguhpun pengetua yang demokratik sentiasa cuba untuk mempengaruhi guru-gurunya tetapi ia tidak mengongkong pemikiran dan perlakuan mereka. Selalu mengadakan rundingan dengan kakitangan sebelum membuat sesuatu dasar (keputusan bersama menjadi perkara penting). Kakitangan juga dapat berhubung dengan mudah untuk menyatakan sesuatu kepada ketua. Ciri Kepimpinan Instrumental. Kedua-dua Pengetua didapati mengamalkan juga ciri kepimpinan jenis ini yang menumpukan kepada kumpulan pengurusan, struktur dan proses pengurusan. Pemimpin jenis ini berusaha untuk membina kumpulan yang mempunyai daya saing yang kuat, memastikan kakitangan memahami tingkahlaku yang diperlukan dalam sesebuah organisasi. Ciri Kepimpinan Transformasi. Didapati kedua-dua pengetua mempunyai ciri kepimpinan Transformasi yang mengiktiraf, mengeksploitasi keperluan dan kehendak para pengikutnya. Bass (1990) menggambarkan pengetua yang mengamalkan kepimpinan transformasi ini sebagai memiliki prestasi dan keupayaan kepimpinan yang luar biasa. Mengikut Burns (1978) pemimpin yang mengamalkan ciri kepimpinan jenis ini juga melibatkan diri dengan orang lain melalui satu cara yang tertentu sehingga pemimpin dan pengikutnya dapat meningkatkan motivasi dan semangat bekerja ke satu tahap yang lebih tinggi. Terdapat empat ciri utama yang memberi kekuatan kepada kedua-dua pengetua untuk menggerakkan guru-guru di bawahnya untuk mencapai matlamat yang telah dirancang. Ciriciri tersebut ialah berkarisma, memiliki inspirasi, memiliki pertimbangan kemanusiaan terhadap setiap individu dan memiliki stimulasi keintelektualan. Kepimpinan transformasi umumnya tidak terlalu berpaksi kepada pengaruh kekuasaan tetapi lebih kepada pengaruh personaliti yang menarik, sifat dalaman yang mantap dan ketrampilan semulajadi yang berasaskan keilmuan dan keintelektualan. Lebih daripada itu kepimpinan transformaasi ini didapati telah memberi kesan secara tidak langsung terhadap pencapaian akademik pelajar dikedua-dua buah sekolah. PERANAN PENGETUA/GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN DI SEKOLAH. Mc Pherson dan Crowson (1987) menyatakan peranan seorang pengetua bertindan-tindih sebagai seorang guru, pengurus dan pemimpin. Walau apa pun pengetua tidak boleh melarikan diri daripada melaksanakan peranan utamanya dalam aktiviti pengajaran. Didapati kedua-dua pengetua mengajar subjek Pendidikan Moral di sekolah mereka.

Kedua-dua Pengetua juga berperanan sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, kedua-dua pengetua juga bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan di sekolah dan kemajuannya. Manakala sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran mereka memberi kepimpinan, galakan, sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama kedua-dua pengetua juga berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran. PENGETUA/GURU BEASR SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku (secara relatif) yang bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai seorang pemimpin. Tingkahlaku ini adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau mengarah individu atau kumpulan bagi mencapai tugasan dan objektif yang ditetapkan terlebih dahulu untuk organisasi. Dalam organisasi formal tingkahlaku ini adalah berkaitan dengan perananperanan formal seorang pemimpin itu. Merujuk kepada kertaskerja Institut Aminuddin Baki bertajuk Kepimpinan Pengetua Sekolah (1997) dhuraikan beberapa tugas pengetua sebagai pemimpin pentadbiran iaitu: (a) Kewangan dan bekalan Pengetua bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan. Pengetua perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan penggunaan wang secara optima. Pengetua perlu mengagihkan peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah. Sebagai pemimpin juga , pengetua bertanggungjawab atas akaun dan kewangan sekolah seperti Buku Tunai dan Buku Suwa. Contohnya di bawah akaun kerajaan pengetua bertanggungjawab atas gaji guru-guru dan kakitangan lain di sekolah serta perkapital Grant berdasarkan jumlah murid. Sementara di bahagian Buku Suwa pengetua mesti berkebolehan mendapatkan keuntungan dari tender-tender kantin, sewa dewan dan lain-lain lagi. Dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai pengurus kewangan, kedua-dua pengetua terdedah kepada beberapa masalah yang boleh menjejaskan imej sebagai pemimpin pertadbiran sekolah. Antara faktornya ialah kerana kedua-dua Pengetua tidak mendapat pengetahuan dan latihan secara formal berkaitan dengan pengurusan kewangan, Pengetua kurang arif tentang prosedur urusan kewangan dan Pengetua menyerahkan tugas kewangan sepenuhnya kepada pembantu pegawai kewangan (kerani sekolah). (b) Pembangunan Fizikal Sebagai pemimpin, kedua-dua pengetua juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi segala kehendak kurikulum. Peranan utama mereka ialah memastikan wujud bilik darjah yang beriklim selesa seperti saiz bilik darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai. (c) Penyebaran maklumat Tugas pentadbiran pengetua juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan maklumatmaklumat tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat setempat mengenai ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat pekeliling seperti pakaian dan dan persatuan. (d) Perkembangan kakitangan

Kedua-dua Pengetua juga dapat mengawal dan mendorong supaya wujud suasana kerjasama di kalangan guru dan kakitangan. Andrew dan Soder (1987) menyatakan pemimpin pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Di samping itu, mereka juga berkebolehan mewujudkan kesesuaian sekolahnya dengan persekitaran. Menurut Dwyer (1984) pengetua harus bertindak balas terhadap masalah dari dalam dan luar sekolah di samping menyelesaikan gangguan-gangguan pembelajaran yang wujud hampir setiap hari. Selain daripada itu sebagai pemimpin, kedua-dua pengetua telah memastikan urusan pentadbiran lain seperti menyimpan rekod, mengesan dan mengumpul maklumat, merangka peraturan dan prosedur, menjadual dan mengagihkan tugasan guru, berhubung dengan ibu bapa, membuat belanjawan dan mengagih sumber. Sebagai pemimpin pentadbiran, kedua-dua pengetua lebih cenderung untuk menumpukan perhatian serta menjalankan undang-undang atau peraturan. Mereka juga mengharapkan orang bawahan mematuhi undang-undang dan peraturan tersebut. Ini bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan disiplin kerja sebagai satu alat bagi mencapai matlamat sekolah. Mengikut Leithwood dan Montgomery (1986) dalam Hussein (1993b), fokus pengetua yang bertingkahlaku sebagai pentadbir lebih bertumpu kepada aktiviti-aktiviti rutin organisasi sekolah itu sendiri dan bukan kepada pelajar. Bagi pengetua jenis ini pencapaian matlamat pengajaran adalah tanggungjawab guru. Ini kerana ia berpegang kepada falsafah bahawa guru mengajar manakala pengetua menjalankan pentadbiran sekolah. Pengetua SMK Yaacob Latif juga berperanan sebagai pentadbir untuk membuat keputusan dengan cara autokratik dan proses dalam membuat keputusan ini adalah reaktif. Ia bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Kedua-dua pengetua juga mengetahui tentang aspek-aspek penilaian, penyeliaan guru dan bukan semata-mata tentang pentadbiran pengajaran. Kajian yang dijalankan oleh Smith & Donna M (1995) terhadap Constraints on the effecticeness of school and their principals di Alberta mendapati kekangan-kekangan yang kerap disenaraikan oleh pengetua ialah kekurangan peruntukan, diikuti dengan masa yang banyak diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah pelajar dan kekurangan kemudahan. Pengetua yang berperanan sebagai pemimpin pentadbiran yang lebih berkesan berorientasikan dalaman. Ini kerana pengetua jenis ini lebih menitikberatkan masalah yang terdapat dalam sekolah itu sendiri.

PENGETUA SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN Glasman (1984) dalam Hussein Mahmood (1993) menghuraikan kepimpinan pengajaran sebagai tingkahlaku pengetua yang mendorong pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan matlamat akhirnya untuk mempertingkatkan prestasi akademik murid. Sementara Greenfield (1987) pula menjelaskan konsep kepimpinan pengajaran sebagai tindakantindakan yang diambil oleh pengetua dengan niat untuk mempertingkatkan keadaan pembelajaran yang produktif dan dikehendaki bagi kanak-kanak. Kedua-dua Pengetua mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal berkaitan dengan pendidikan yang meliputi tugas-tugas menetapkan matlamat, kurikulum dan pengurusan sumber fizikal. Mereka juga menjalankan tugas-tugas seperti merancang, mengorganisasi, mengawal dan menyelaras, pengagihan tugas; penilaian pengajaran dalam bilik darjah dan penyelenggaraan sumber fizikal sekolah. Peranan sebagai pemimpin pengajaran dan kurikulum ini juga meliputi pelbagai tugas termasuk penyeliaan dan cerapan serta penilaian pengajaran pembelajaran di bilik darjah.

Konsep kepimpinan pengajaran mempunyai andaian bahawa seorang pengetua atau pemimpin pengajaran boleh dan berupaya mengubah persekitaran pembelajaran di sekolah. Antara ciri-ciri utama pemimpin pengajaran ialah mereka memberi perhatian berat kepada kebajikan pelajar. Mereka adalah pembaharu yang mengekalkan matlamat asas dan memperbaiki pembelajaran pelajar dan pada masa yang sama meneroka kaedah-kaedah pengajaran baru. Didapati kedua-dua pengetua sekolah tersebut mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan. Seorang pengetua boleh mempengaruhi prestasi pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dengan menggalakkan pengambilan norma-norma institusi yang mendorong pembentukan sikap positif dan kerjasama antara guru. Kedua-dua Pengetua sebagai pemimpin pengajaran memahami setiap aspek kurikulum dengan terperinci supaya boleh membuat perancangan menyeluruh serta memastikan segala yang dirancang dapat dijalankan dengan licin. Selain itu mereka harus memahami dasar dan sistem pendidikan khasnya kehendak dan keperluan kurikulum dari segi matlamat, kandungan, bahan, guru, murid, bilik darjah serta srtategi pengajaran, penyeliaan dan penilaian. Pemimpin sebagai perekabentuk mereka bentuk visi, matlamat dan nilai utama yang dikongsi bersama oleh semua anggota. Sebagai pengajar pemimpin berfungsi sebagai pakar yang sentiasa memperbetulkan pandangan organisasi terhadap realiti iaitu bertindak dan sebagai fasilitator. Pada dasarnya pengetua kedua-dua sekolah menyedari bahawa salah satu daripada peranan yang perlu dilakukan oleh mereka ialah menjadi pemimpin pengajaran di sekolahnya. Di Malaysia kepimpinan pengajaran mungkin lebih rumit memandangkan adanya masalahmasalah unik seperti kekurangan guru, guru-guru yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai dan saiz kelas yang besar. Akibatnya pengetua menjadi keliru untuk memainkan peranan mereka sebagai pemimpin pengajaran. Selain daripada itu keberkesanan pengajaran bukan merujuk kepada prestasi dan keberkesanan pengajaran seorang guru sahaja. Yang lebih rumit ialah memotivasikan semua kakitangan ke arah kecemerlangan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.. Weber (1989) menyatakan kepimpinan pengajaran ialah satu proses yang dinamik dan ia adalah usaha jangka panjang terhadap kecemerlangan. Pengetua Dalam Kepimpinan Pengajaran. Terdapat beberapa ciri penting yang diperlukan pengetua bagi menjalankan kepimpinan pengajaran dengan cara yang berkesan. Aspek itu ialah sikap, pengetahuan dan kemahiran pengetua. Seorang pengetua tidak mungkin dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan jika dirinya tidak mempunyai cukup pengetahuan, kemahiran dalam bidang atau tugas yang hendak disempurnakannya. Prestasi pengetua dalam kepimpinan pengajaran merupakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang relevan yang dimilikinya dan ditunjukkan atau dilakukan menerusi tindakan atau tingkahlakunya. Kedua-dua pengetua perlu mempunyai kebolehan mewawasankan sekolahnya. Wawasan ini akan memberi panduan bagi tindakan-tindakan yang akan diambil oleh pengetua. Kebolehan untuk menetapkan misi dan wawasan sekolah merupakan keperluan yang semestinya ada pada pengetua sekolah untuk mencapai matlamat. Pengetua kedua-dua sekolah mahir dalam tugasan pengajaran. Ini bermakna kemahiran dan kecekapan dalam kandungan kurikulum, pemilihan jenis penilaian kurikulum dan aktiviti pembelajaran, kaedah pengajaran dan pengurusan kelas yang berkesan dikatakan syarat penting untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin pengajaran. Seorang pengetua dikatakan harus berpengetahuan dan berkemahiran dalam perkembangan atau kemajuan kurikulum serta berkebolehan dalam meningkatkan mutu pengajaran di sekolahnya. Oleh

itu program latihan untuk para pengetua perlu menekankan kemahiran dalam kurikulum. Pengesanan dan penilaian pula perlu dilakukan untukl oleh pengetua supaya suatu piawaian yang hendak dicapai oleh sekolah dapat dicapai.. Untuk itu pengetua harus berkemahiran dalam dalam pengesanan dan penilaian prestasi, penilaian kurikulum dan pengajaran, pengujian dan penilaian pendidikan dan pembinaan kaedah penilaian dan alat-alatnya. Penyeliaan pula bertujuan untuk memperbaiki pengajaran.. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknikal khusus dalam bidang kurikulum pengajaran, pengesanan dan penilaian serta hubungan manusia menyumbang kepada kecekapan menyelia. Kedua-dua pengetua tersebut didapati cekap dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal dan komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini amat penting dalam kepimpinan pengajaran kerana pengetua perlu berinteraksi dan meminpin ahli-ahli yang sama di dalam dan di luar kelas. Kemahiran komunikasi yang diperlukan pengetua meliputi kemahiran dalam menyuruh, memotivasi dan berunding dengan orang lain. Sikap memandu tingkahlaku. Dalam kajian sekolah berkesan, para pengetua yang dilabelkan sebagai pemimpin pengajaran mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran pelajar. Mereka mempercayai bahawa setiap pelajar boleh belajar dan boleh diajar. Kajian-kajian mengenai sekolah berkesan menyarankan bahawa pengetua sekolah seharusnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran (instructional leaders) kerana kepimpinan pengajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Cawelti 1980) dan prestasi akademik yang cemerlang. Ertinya jika pengetua memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran di sekolahnya maka proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah akan berlaku. Kajian kajian sekolah berkesan menghuraikan tingkahlaku-tingkahlaku kepimpinan pengetua yang dikatakan berkesan, iaitu tingkahlakutingkahlaku yang positif yang mendorong ke arah berlakunya proses pengajaraan pembelajaran yang berkesan yang seterusnya mempengaruhi prestasi murid untuk menjadi baik. Tingkahlaku-tingkahlaku ini termasuklah; (a) Mengutamakan pencapaian prestasi murid. (b) Menetapkan strategi-strategi pengajaran yang berkaitan dengan pencapaian prestasi murid. (c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur dan baik. (d) Sentiasa menilai pencapaian murid. (e) Menyelaras program pengajaran pembelajaran. (f) Memberi sokongan kepada guru. Pengetua yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan dapat memberi galakan dan dorongan yang kuat kepada guru untuk merancang dan melaksanakan tugas pengajaran. Cooperman (1994) dalam kajiannya The Principal : An Educational Leader menekankan terdapat tiga perkara asas yang mesti dilaksanakan oleh pengetua untuk mempertingkatkan pembelajaran di sekolah iaitu: (a) Disiplin - iaitu mewujudkan iklim pembelajaran. (b) Kursus-kursus yang diajar terangkan dengan jelas apa yang akan diajar. (b) Penyeliaan pengajaran - mempastikan apa yang perlu diajar telah diajar dengan baik. PENUTUP Kesimpulannya, kedua-dua pengetua telah mewujudkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Kepimpinan pendidikan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran malahan pemupukan kebolehan guru serta membentuk dan

menyelaras daya usaha guru. Yang penting pengetua mesti memainkan fungsi pengajaran (Edmond 1979, Ubbens dan Hughes (1997). Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan negara dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu peranan dan tanggungjawab pengetua juga telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha mengubahnya mengikut masa dan situasi.

pelaksanaan Berkecekapan tinggi Perbelanjaan besar yang tekal dalam bajet Persekutuan untuk pendidikan menunjukkan komitmen tinggi Kerajaan Malaysia terhadap pendidikan. Walaupun tahap perbelanjaan yang tinggi ini hampir mencapai akses sejagat kepada pendidikan rendah dan menengah rendah, dan pendidikan menengah atas yang agak tinggi, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam dimensi lain seperti kualiti, ekuiti, dan perpaduan. Oleh itu, pulangan (dalam bentuk keberhasilan murid) perlu dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Dalam usaha Kementerian mencapai aspirasi sistem pendidikan, pelaksanaannya akan dijalankan secara lebih bertanggungjawab dan akan menekankan penggunaan bajet yang diperuntukkan dengan lebih cekap dan berkesan bagi memaksimumkan keberhasilan murid. Kerajaan juga komited dalam mengekalkan tahap pelaburan dalam sistem pendidikan sedia ada, iaitu lebih kurang 16% daripada bajet tahunan Persekutuan. AspirAsi mUrid Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas mencapai aspirasi murid. Perkara ini selari dengan maklum balas daripada Dialog Nasional. Pelan Pembangunan Pendidikan ini juga mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi bagi membangunkan unsur murni dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan seimbang merangkumi enam elemen (Ekshibit 2-3). Elemen ini bukan sahaja menekankan kepentingan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional yang kuat. Elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. pengetahuan Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya. Aspek ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat, dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Sebagai murid yang serba boleh, mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain, seperti seni, muzik, dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu mempunyai kemahiran mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian. kemahiran Berfikir

Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan yang paling penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan ialah mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting: Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu; Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Sejarah membuktikan bahawa sistem pendidikan memerlukan penambahbaikan bagi membolehkan murid yang kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis di luar konteks akademik biasa. Sehubungan itu, sistem pendidikan menjadi lebih penting bagi membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir. kemahiran memimpin Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling bergantung. Dalam Dialog Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi penuh mereka melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan mempunyai empat unsur: Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta terdorong untuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan; Berdaya tahan: membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan; Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan Keterampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas. Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian murid. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 201

kepelbagaian guru di sekolah Sebagai pemimpin di bilik darjah, guru menyediakan contoh yang baik untuk murid mereka, dan sering menjadi suri teladan bagi yang muda. Suri teladan daripada kumpulan etnik yang berbeza amat penting bagi murid, supaya benar-benar dapat menggambarkan kepelbagaian populasi, dan merapatkan jurang perbezaan antara etnik. Walau bagaimanapun, populasi guru di SK semakin kurang pelbagai dan kurang mewakili populasi nasional. Pada tahun 2001, 78% guru di semua sekolah kebangsaan ialah Bumiputera, dan bilangan ini meningkat kepada 81% pada tahun 2011. Walaupun populasi guru India tekal pada 5%, bilangan guru Cina di sekolah kebangsaan menurun daripada 17% kepada 14%. Bilangan guru dalam kategori Lain-lain kekal hampir pada kosong peratus. penaziran sekolah JnJk menunjukkan tahap perpaduan yang baik JNJK melaksanakan penaziran 20 sekolah pada tahun 2011 dan 55% daripadanya ialah sekolah rendah. Nazir meneliti dua elemen: sejauh mana sekolah memupuk perpaduan dalam kalangan murid, contohnya, melalui dasar duduk bercampur dalam bilik darjah, dan sejauh mana murid sendiri menunjukkan perpaduan, contohnya, sama ada murid berinteraksi dengan kumpulan etnik lain di dalam dan di luar bilik darjah; dan sama ada penyertaan murid dalam kelab kokurikulum yang berasaskan etnik. Nazir JNJK mendapati, secara purata, interaksi murid menunjukkan tahap perpaduan yang baik: terdapat tahap interaksi yang tinggi antara kumpulan etnik di dalam dan di luar bilik darjah, dan kebanyakan aktiviti kokurikulum disertai kumpulan murid yang pelbagai. Walau bagaimanapun, nazir melaporkan terdapat keperluan untuk sekolah yang populasi muridnya kurang pelbagai supaya mengambil langkah aktif mewujudkan peluang bagi murid berinteraksi dengan mereka daripada kumpulan etnik,

agama, dan budaya yang berbeza. MeMAksiMuMkAn keCekApAn kementerian secara tekal telah menyalurkan sumber yang signifikan bagi membangunkan sistem pendidikan. komitmen untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi semua murid telah meletakkan asas bagi banyak kejayaan yang telah dicapai oleh sistem pendidikan dan negara. seawal tahun 1980, perbelanjaan negara dalam pendidikan rendah dan menengah sebagai peratus kdnk adalah yang tertinggi di Asia Timur. pada tahun 2011, perbelanjaan Malaysia, sebanyak 3.8% kdnk lebih tinggi daripada purata OeCd sebanyak 3.4% kdnk. Terdapat bukti yang menunjukkan Malaysia mungkin tidak mendapat kadar pulangan tertinggi daripada pelaburannya. untuk memastikan Malaysia dan sistem pendidikan dapat bersaing dengan negara yang setara dengannya dalam trend globalisasi abad ke-21 ini, kementerian komited sekali lagi untuk memaksimumkan sumbernya bagi menyediakan yang terbaik untuk golongan remaja. Sumber dan sokongan yang disediakan sesuatu sistem kepada sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan tahap prestasi sekolah, dengan membolehkan guru dan pengetua/guru besar memberi tumpuan kepada aktiviti utama penyampaian pengajaran dan pempelajaran yang berkesan. Oleh itu, kebolehan sistem untuk mengagihkan, menggunakan, dan mengurus peruntukannya amat penting untuk membolehkannya menyokong sekolah mencapai tahap prestasi yang diharapkan. Bahagian ini meneliti dua isu tentang: (i) perbelanjaan Malaysia terhadap pendidikan berbanding negara lain; dan (ii) impak perbelanjaan tersebut. perbelanjaan asas Malaysia yang agak tinggi

berbanding negara yang setara dengannya berdasarkan tiga pengukuran berbeza Pada tahun 2011, perbelanjaan pendidikan asas ialah RM37 bilion (berdasarkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan). Jumlah 3-25 ini merupakan 16% daripada jumlah bajet Persekutuan 2011satu bahagian terbesar antara kementerian. Selain bajet ini, sebanyak RM12 bilion lagi diperuntukkan kepada KPT dan kementerian-kementerian lain yang menyediakan perkhidmatan berkaitan pendidikan. Secara kolektif, perbelanjaan ini menunjukkan komitmen Malaysia yang serius untuk meningkatkan pendidikan kanak-kanak, dan langkah ini harus disambut baik. [Seterusnya, semua perbincangan tentang perbelanjaan pendidikan Malaysia merujuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kementerian Pelajaran sahaja.] Beberapa pengukuran boleh digunakan untuk membandingkan perbelanjaan Kementerian kepada pendidikan dengan sistem lain. Dua pengukuran yang pertamaperbelanjaan sebagai peratus KDNK dan sebagai peratus jumlah perbelanjaan Kerajaandigunakan bagi menunjukkan perbelanjaan relatif kepada keutamaan dalam negara, dan bagi tahap pembangunan ekonomi yang berbeza antara negara. Ketiga, perbelanjaan per murid (PPP terselaras) digunakan untuk membandingkan tahap perbelanjaan mutlak. perbelanjaan Malaysia sebagai peratus kdnk ialah dua kali ganda purata AseAn Kajian semula Bank Dunia 2011 tentang perbelanjaan Kerajaan mendapati bahawa perbelanjaan awam Malaysia pada pendidikan asas, seperti prasekolah hingga menengah, sebagai peratus KDNK, adalah melebihi dua kali ganda negara ASEAN lain (3.8% berbanding 1.8%), dan 1.6% lebih tinggi daripada ekonomi Harimau Asia, iaitu Korea, Hong Kong, Jepun, dan Singapura (Ekshibit 3-31). Perbelanjaan ini juga lebih tinggi daripada 3.4% purata OECD.

EKSHIBIT 3-31 Perbelanjaan pendidikan asas Malaysia sebagai peratus KDNK SUMBER: World Bank EdStats 2011 3.41 1.80 3.81 Malaysia Purata ASEAN Purata OECD 1 Termasuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan Peratus (2011) perbelanjaan pendidikan asas Malaysia sebagai peratus jumlah perbelanjaan kerajaan (16%) ialah hampir dua kali ganda purata OeCd Perbelanjaan pendidikan sebagai peratus jumlah perbelanjaan Kerajaan juga adalah lebih tinggi, iaitu 16% pada tahun 2011. Dibandingkan dengan negara serantau yang setara dengannya, iaitu Thailand, Indonesia, Singapura, Hong Kong, Korea, dan Jepun, serta sebagai KDNK per kapita negara setaranya, Mexico dan Chile, Malaysia adalah tertinggi kecuali berbanding Thailand. Perbelanjaan Malaysia juga hampir dua kali ganda purata OECD, sebanyak 8.7% daripada perbelanjaan Kerajaan. EKSHIBIT 3-32 Perbelanjaan pendidikan asas Malaysia sebagai % bajet kerajaan SUMBER: Kementerian Pelajaran Malaysia; OECD Education at a Glance 2011; Singstat; Ministry of Finance Thailand; Ministry of Finance Indonesia; Education Bureau of Hong Kong. Data daripada 2008 atau 2010 bergantung kepada data terkini sedia ada Perbelanjaan pendidikan asas 1 sebagai % jumlah perbelanjaan kerajaan bagi Malaysia dan negara setara 2

7 9 11 11 12 12 14 16 18 Singapura 3 Purata OECD 8.7% Indonesia Jepun Hong Korea 3 Kong 3 Malaysia Mexico Chile 3 Thailand 3 Peratus (2008) 1 Termasuk perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan/kapital bagi pendidikan asas (rendah dan menengah) 2 Negara setara berasaskan kategori berikut: Harimau Asia (Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Jepun); jiran Asia Tenggara (Indonesia, Thailand Singapura), dan negara yang setanding KNDK per kapita (Mexico dan Chile) 3 Data bagi 2010 Nota: Data daripada tahun 2008 atau 2010 bergantung kepada data sedia ada terkini. perbelanjaan per murid Malaysia setanding negara dengan kdnk per kapita yang setara dengannya Akhir sekali, penelitian terhadap perbelanjaan berasaskan per

murid menunjukkan perbelanjaan Malaysia juga adalah lebih tinggi berbanding negara dengan KDNK per kapita yang setara dengannya. Apabila ditukar kepada USD per kapita bagi perbandingan, Malaysia berbelanja lebih kurang USD1,800 bagi setiap murid setahun, dan ini selaras dengan negara seperti Chile dan Romania (Ekshibit 3-33). EKSHIBIT 3-33 Perbelanjaan Malaysia per murid SUMBER: Kementerian Pelajaran Malaysia; OECD; Bank Dunia; Ministry of Finance Turkey; EIU Perbelanjaan1 pendidikan asas per murid 435 988 1,350 1,681 1,808 Malaysia Chile Romania Turkey Mexico USD per murid setahun (2010) 14,591 1 PeCutan PeninGKatan seKolaH KPM akan memperkasa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan memberi tumpuan semula dalam usaha menyokong pembelajaran murid dan meningkatkan pencapaian sekolah secara menyeluruh. Langkah yang diambil termasuklah: Meningkatkan amalan menyediakan sokongan yang dibezabezakan, kepada sekolah, berdasarkan pencapaian band; Memperkasa dan mengupaya JPN dan PPD untuk menyesuaikan intervensi dengan mengambil kira konteks khusus setiap sekolah; dan

Menjadikan JPN dan PPD lebih bertanggungjawab dan kebertanggungjawab terhadap prestasi sekolah secara keseluruhan. Dalam menyediakan pengalaman pembelajaran bagi semua murid perkara secara tekal, bermakna semua 10,000 sekolah berikut dipastikan, kurikulum yang diajar menggambarkan hasrat kurikulum bertulis, murid menerima pengajaran bagi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris daripada guru yang berkemahiran, semua guru mengajar pada standard pengajaran yang tinggi, dan program ditawarkan bagi memenuhi kumpulan berkeperluan khusus. Usaha mencapai semua ini memerlukan lebih daripada dasar yang baik, malah memerlukan sokongan yang khusus mengikut keperluan setiap sekolah, dan tumpuan bersepadu kepada program penambahbaikan sekolah oleh setiap tahap pentadbiran, daripada ibu pejabat di Putrajaya kepada semua 138 Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara. Antara usaha terkini yang dilancarkan oleh KPM ialah meningkatkan prestasi sekolah di bawah Program Peningkatan Sekolah (SIP), NKRA yang bermula pada tahun 2010. SIP menyediakan sokongan bersasaran kepada sekolah Band 6 dan 7, melalui pembimbing guru dan guru besar, dan meningkatkan pemantauan oleh pihak PPD. Usaha lain untuk menyokong sekolah termasuklah menyediakan Anugerah Khas bagi sekolah yang berprestasi tinggi dan kluster kecemerlangan yang telah diiktiraf atas kejayaan cemerlang. Kejayaan dalam meningkatkan hasil pembelajaran murid adalah berbeza secara signifikan antara negeri. Dalam UPSR, WP Putrajaya mendapat keputusan terbaik dengan purata skor GPS 33% lebih tinggi daripada negeri yang mendapat keputusan terendah, iaitu Sabah. Begitu juga pada peringkat SPM, varians adalah besar (Ekshibit 4-9). Perbezaan juga wujud antara negeri, di peringkat daerah. Sebagai contoh di Kelantan dan Sarawak purata skor komposit berbeza dari

49% hingga 75% berbanding negeri Johor dan Terengganu yang variansnya adalah kecil (Ekshibit 4-10). Perbezaan fakta kekayaan atau perbandaran sahaja tidak memadai untuk menjelaskan perbezaan dalam pencapaian. Sebagai contoh, Selangor dan Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan isi rumah tertinggi di Malaysia hanya menunjukkan pencapaian sederhana dengan varians yang signifikan antara daerah. Sebaliknya, Johor yang mempunyai pendapatan isi rumah yang sederhana, berada pada kedudukan tiga teratas dan menunjukkan varians yang terkecil dalam prestasi UPSR.

Anda mungkin juga menyukai