Anda di halaman 1dari 3

SIFAT DAN KUALITI PROFESIONAL Sifat dan kualiti profesional yang tinggi mestilah ada pada seseorang guru

yang bertauliah. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan profesional yang tinggi akan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Oleh yang demikian, walaupun seseorang guru yang memiliki ijazah daripada unversiti mereka tidak semestinya guru yang baik. Antara sifat dan kualiti yang mesti ada pada guru supaya dapat menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan ialah : 1. Ingin tahu Sifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan mendorong seseorang guru itu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Guru akan selalu mempelajari dan menyuaikan diri dalam perubahan-perubahan, baik daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru. 2. Pengetahuan ikhtisas Seseorang yang ingin menjadi guru mestilah menjalani kursus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana seseorang guru itu mestilah bertauliah, iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru mestilah dilengkapkan dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, kurikulum, mata-mata pelajaran dan sebagainya. Guru-guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperolehi kualiti profesional dalam konteks pendidikan. 3. Suka membaca Guru mestilah memperolehi ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam sebelum menyampaikan pelajaran. Selain itu guru juga mestilah yakin semasa menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada murid. Walau bagaimanapun objektif ini hanya dapat dicapai sekiranya guru sentiasa membaca. Ini kerana, sifat suka membaca adalah kriteria yang penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru. 4. Kemahiran bertutur Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru menyampaikan pelajaran ialah kemahiran bertutur. Guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dan terang akan membolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan sebaliknya pertuturan guru yang kurang baik akan menyebabkan penyampaiannya kurang jelas. Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap. Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yang penting bagi seseorang guru. 5. Daya ingatan Daya ingatan yang baik boleh membantu guru menyampaikan pelajaran yang sepenuhnya mengikut perancangan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, murid-murid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting yang disampaikan oleh guru. Daya ingatan yang baik adalah antara syarat penting untuk mempertingkatan kualiti profesional seorang guru.

6. Daya usaha Kualiti daya usaha seseorang guru tidak akan terperangkat dengan masalah yang akhirnya akan menyebabkan murid-murid bosan untuk belajar. Ini kerana guru yang mempunyai kualiti profesional akan selalu dan sentiasa berfikir dan mencuba pendekatan atau keadah yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.

SIFAT DAN KUALITI PERIBADI Sifat dan kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadi contoh kepada murid-murid. Seseorang guru yang baik mestilah memiliki sifat dan kualiti seperti berikut: 1. Jenaka: Apabila seseorang guru itu mempunyai sifat jenaka, ini akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya gelak ketawa dalam bilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didekati oleh murid-muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini sangat baik dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat jenaknya, guru dapat menjadikan pelajarannya lebih menarik dan berkesan. 2. Baik hati dan bertimbang rasa: Sikap baik hati dan bertimbang rasa seseorang guru amatlah dihargai oleh murid-murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. 3. Sabar: Seseorang guru yang penyabar adalah guru yang mampu mengawal kemarahan dan mengawal perasaan diri. Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan. Guru yang mudah menunjukkan kemarahnya tidak akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya murid-murid tidak menyukai guru tersebut dan tidak meminati pelajaran yang diajar oleh guru tersebut. 4. Bertanggungjawab: Tugas yang diamanahkan kepada guru untuk mengajar murid-murid adalah amat penting. Oleh yang demikian, sifat bertanggungjawab mestilah ada di dalam diri seseorang guru. Ini secara tidak lagsung akan membolehkan guru sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna. 5. Yakin Sifat kurang yakin yang ada pada guru sendiri adalah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wujudnya masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ini kerana guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila guru membuat satu-satu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan menghormati guru yang boleh mengambil tindakan yang tegas.

6. Kepimpinan Murid selalu akan menganggap guru sebagai pemimpin yang baik yang akan diikutinya. Oleh yang demikian seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan agar murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar. Selain itu guru yang mempunyai kualiti kepimpinan mempunyai tarikat yang tersendiri terhadap murid-muridnya. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dengan berkesan.

SIFAT DAN KUALITI SOSIAL Tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Seseorang guru juga hendaklah melakukan kerjasama sesama guru lain untuk meningkatkan kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah. Ini kerana ia bergantung kepada kerjasama dan muafakat diantara semua golongan guru di sekolah itu. Selain itu imej guru dapat dipertingkatkan jikalau guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakkan belia dan sukan, badan kebajikan, kebudayaan dan sebagainya. Oleh yang demikian, konsep guru yang berjaya pada masa sekarang bukan hanya ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga dari segi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah : 1. Budi pekerti: ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul denagan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti dalam masyarakat. Seseorang guru yang mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai. 2. Ramah mesra: sifat ramah mesra merupakan stu kualiti yang perlu ada untuk mendapat kerjasama orng lain. Sifat ini juga akan sentiasa akan menyebabkan murid-murid suka berdamping rapat dengan guru itu. 3. Merendah diri: sifat merendah diri adalah sifat kebaikan daripada sikap sombong. Orang tidak suka akan bergaul dengan orang yang somong. Oleh itu sifat merendah diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada seseorang guru. 4. Semangat berbakti: seseorang guru yang mempunyai semangat berbakti akan sentiasa disanjung oleh guru lain. Sifat inimerupakan salah satu kualiti sosial yang murni bagi seseorang guru. 5. Jujur: sikap jujur bertentangan dengan sikap menipu. Dengan sifat jujur, guru akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi baik di dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Sifat kejujuran merupakan salah satu kualiti sosial yang murni seseorang guru yang mempunyai sifat kejujuran akan dihormati boleh orang lain. Guru yang jujur akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil kerjanya mencapai tahap cemerrlang. Secara umumnya, seseorang guru yang mempunyai sifat dan kualiti sosial yang murni dapat diperhatikan daripada keadaan yang berikut: Murid-murid suka berdamping rapat dengannya. Rakan-rakan sejawat suka bergaul dengannya. Guru itu melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sosial. Memberi sumbangan secara sukarela serta dengan penuh dedikasi.

Anda mungkin juga menyukai