Anda di halaman 1dari 28

PENGENALAN

Dewasa ini, pendidikan adalah perkara yang menjadi keutamaan. Kualiti

pendidikan sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perlu

diperlihara oleh sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara guru

merupakan fokus utama. Guru adalah pendidik dan juga sebagai pengasuh kanak-kanak

yang akan mmenjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara

pada masa depan.

Guru memainkan peranan yang amat penting. Selain menyampaikan ilmu, segala

tingkahlaku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid. Oleh yang demikian,

guru mestilah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan

murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi berjaya menjalankan tugas

sebagai pendidik dengan lebih sempurna.


Sifat dan kualiti peribadi

Sifat dan kualiti peribadi seorang guru adalah amat penting kerana guru menjadi

contoh kepada murid-murid. Seseorang guru yang baik mestilah memiliki sifat dan kualiti

seperti berikut:

1. Jenaka:

Apabila seseorang guru itu mempunyai sifat jenaka, ini akan membawa suasana riang

gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya gelak ketawa dalam

bilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didekati oleh murid-

muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini sangat baik dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan sifat jenaknya, guru dapat menjadikan

pelajarannya lebih menarik dan berkesan.

2. Baik hati dan bertimbang rasa:

Sikap baik hati dan bertimbang rasa seseorang guru amatlah dihargai oleh murid-

murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

3. Sabar:

Seseorang guru yang penyabar adalah guru yang mampu mengawal kemarahan dan

mengawal perasaan diri. Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan. Guru

yang mudah menunjukkan kemarahnya tidak akan dapat menjalin perhubungan yang erat

dengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan menjejaskan pengajaran

dan pembelajaran. Seterusnya murid-murid tidak menyukai guru tersebut dan tidak

meminati pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.


4. Bertanggungjawab:

Tugas yang diamanahkan kepada guru untuk mengajar murid-murid adalah amat

penting. Oleh yang demikian, sifat bertanggungjawab mestilah ada di dalam diri

seseorang guru. Ini secara tidak lagsung akan membolehkan guru sentiasa berusaha

menjalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin

Sifat kurang yakin yang ada pada guru sendiri adalah merupakan salah satu faktor

yang menyebabkan wujudnya masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ini kerana guru

yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila guru membuat satu-satu

tindakan atau keputusan. Murid-murid akan menghormati guru yang boleh mengambil

tindakan yang tegas.

6. Kepimpinan

Murid selalu akan menganggap guru sebagai pemimpin yang baik yang akan

diikutinya. Oleh yang demikian seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan agar

murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar. Selain itu guru yang mempunyai

kualiti kepimpinan mempunyai tarikat yang tersendiri terhadap murid-muridnya. Dengan

kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin

dengan berkesan.
Sifat dan kualiti profesional

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi mestilah ada pada seseorang guru yang

bertauliah. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan profesional yang tinggi

akan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Oleh yang

demikian, walaupun seseorang guru yang memiliki ijazah daripada unversiti mereka tidak

semestinya guru yang baik. Antara sifat dan kualiti yang mesti ada pada guru supaya

dapat menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan ialah :

1. Ingin tahu

Sifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan mendorong seseorang guru

itu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Guru akan selalu

mempelajari dan menyuaikan diri dalam perubahan-perubahan, baik daripada kurikulum

mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru.

2. Pengetahuan ikhtisas

Seseorang yang ingin menjadi guru mestilah menjalani kursus yang ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana seseorang guru itu mestilah bertauliah,

iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru mestilah

dilengkapkan dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-

kanak, ilmu kaedah mengajar, kurikulum, mata-mata pelajaran dan sebagainya. Guru-

guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru

yang telah memperolehi kualiti profesional dalam konteks pendidikan.


3. Suka membaca

Guru mestilah memperolehi ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam sebelum

menyampaikan pelajaran. Selain itu guru juga mestilah yakin semasa menyampaikan dan

menyebarkan ilmu kepada murid. Walau bagaimanapun objektif ini hanya dapat dicapai

sekiranya guru sentiasa membaca. Ini kerana, sifat suka membaca adalah kriteria yang

penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru.

4. Kemahiran bertutur

Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru menyampaikan pelajaran ialah

kemahiran bertutur. Guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dan terang akan

membolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan sebaliknya

pertuturan guru yang kurang baik akan menyebabkan penyampaiannya kurang jelas.

Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap.

Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yang

penting bagi seseorang guru.

5. Daya ingatan

Daya ingatan yang baik boleh membantu guru menyampaikan pelajaran yang

sepenuhnya mengikut perancangan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, murid-

murid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting yang disampaikan oleh

guru. Daya ingatan yang baik adalah antara syarat penting untuk mempertingkatan kualiti

profesional seorang guru.


6. Daya usaha

Kualiti daya usaha seseorang guru tidak akan terperangkat dengan masalah yang

akhirnya akan menyebabkan murid-murid bosan untuk belajar. Ini kerana guru yang

mempunyai kualiti profesional akan selalu dan sentiasa berfikir dan mencuba pendekatan

atau keadah yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan.

Sifat dan kualiti sosial

Tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Seseorang

guru juga hendaklah melakukan kerjasama sesama guru lain untuk meningkatkan

kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah. Ini kerana ia bergantung

kepada kerjasama dan muafakat diantara semua golongan guru di sekolah itu. Selain itu

imej guru dapat dipertingkatkan jikalau guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam

kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakkan belia dan sukan, badan

kebajikan, kebudayaan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, konsep guru yang berjaya pada masa sekarang bukan hanya

ditinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata, tetapi juga dari

segi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah :

1. Budi pekerti: ini termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul denagan rakan-

rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti dalam masyarakat. Seseorang guru yang

mempunyai sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.
2. Ramah mesra: sifat ramah mesra merupakan stu kualiti yang perlu ada untuk

mendapat kerjasama orng lain. Sifat ini juga akan sentiasa akan menyebabkan murid-

murid suka berdamping rapat dengan guru itu.

3. Merendah diri: sifat merendah diri adalah sifat kebaikan daripada sikap sombong.

Orang tidak suka akan bergaul dengan orang yang somong. Oleh itu sifat merendah

diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada seseorang guru.

4. Semangat berbakti: seseorang guru yang mempunyai semangat berbakti akan sentiasa

disanjung oleh guru lain. Sifat inimerupakan salah satu kualiti sosial yang murni bagi

seseorang guru.

5. Jujur: sikap jujur bertentangan dengan sikap menipu. Dengan sifat jujur, guru akan

menjalankan tugas dengan penuh dedikasi baik di dalam bilik darjah mahupun diluar

bilik darjah. Sifat kejujuran merupakan salah satu kualiti sosial yang murni seseorang

guru yang mempunyai sifat kejujuran akan dihormati boleh orang lain. Guru yang

jujur akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil kerjanya mencapai tahap

cemerrlang.

Secara umumnya, seseorang guru yang mempunyai sifat dan kualiti sosial yang murni

dapat diperhatikan daripada keadaan yang berikut:-

 Murid-murid suka berdamping rapat dengannya.

 Rakan-rakan sejawat suka bergaul dengannya.

 Guru itu melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sosial.

 Memberi sumbangan secara sukarela serta dengan penuh dedikasi.


Sebagaimana yang telah diterangkan, guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-

kanak. Guru memainkan peranan menyebar ilmu kepada murid-muridnya. Jadi, duru

mestilah mempunyai segala sifat dan haruslah menyemai dan memupuk sifat dan

kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik,

pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara.

Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai sahaja dapat

menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi.

PENGERTIAN AKAUNTABILITI

Mengikut kamus dwibahasa, perkataan akauntabilti dijelaskan sebagai

bartanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Jadi,

dibawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab

terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti seseorang guru terhadap profesionnya,

boleh diperlihatkan daripada laporan rasmi yang dikemukakan oleh sekumpulan penilai

bebas tentang pandangan mereka terhadap pencapaian atau prestsi guru itu semasa

melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, guru yang sedang

mengikuti latihan mengajar akan diawasi dan dinilai oleh penel penilai yang dilantik

kementerian pendidikan.

Panel penilai ini biasanya terdiri daripada orang-orang profesional yang diberi

pengiktirafan dan mempunyai kecekapan menjalankan penilaian secara tepat dan

saksama tentang tugas yang dilaksanakan oleh guru yang dinilai. Selepas penilaian itu,

pengurusi dalam panel penilai akan mengemukakan laporan mengenai prestasi atau
pencapaian guru itu berdasarkan tugas yang dilaksanakan mengikut ciri-ciri yang

ditetapkan. Laporan yang dikemukakan kepada pihak yang berkenaan adalah bertujuan

untuk mempertimbangkan langkah yang selanjutnya bagi meningkatkan prestasi guru.

Misalnya, prestasi guru-guru dalam pelbagai kategori adalah dinilai oleh panel

penilai yang terdiri daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Guru Besar dan

Penolong Kanan. Hasil penilaian ini akan direkodkan dalam laporan penilaian prestasi

yang kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki

kebolehan guru tersebut.

AKAUNTABILITI GURU

Menurut akauntabiliti guru terdapat beberapa bidang yang dapat dijelaskan seperti

berikut:-

1. Bidang Pekerjaan:

Terdapat banyak bidang pekerjaan di Malaysia. Sebagai contoh, seorang pendidik

(guru) bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum

yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum

sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanaknnya dengan sempurna tanpa

sebarang kesilapan. Pendek kata, pengajaran murid mengikut kurikulum yang ditugaskan

adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya.

2. Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab

terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentaadbiraan sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan

kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendaki

menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausaha

peperiksaan, pengurusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantik

oleh pihak pentadbiran sekolah.

3. Tingkah Laku

Tingkah laku guru adalah contoh kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah

mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid

untuk dicontohi. Dalam hal ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan

baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai

sikap terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Pendek kata, guru haruslah berkelakuan

seperti guru, berpakaian seperti guru, berjalan seperti guru dan bertutur seperti guru.

4. Murid

Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad

kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi

pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan dari

segi intelek, rohani emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu

pengetahuan, bermoral tinggi , hormonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai

akauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang

diajarnnya.
5. Profesion

Sebagai seorang profesional, guru menpunyai akuantabiliti terhadap profesionnya.

Oleh itu guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan

memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan

dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akedemik

yang cemerlang. Dalam hal ini guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas

mengajar cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati

akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.

Sebagaimana profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dan

tanggungjawab mereka mengikut hasrat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara

Adalah diharapkan, kaum guru dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi

supaya mutu perkhidmatan mereka selaras dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang,

sekolah, tingkahlaku murid dan profesion keguruan. Berikutan ialah huraian-huraian

ringkas mengenai akauntabiliti guru terhadap negara, pendidikan, pelajar dan ibu bapa

serta diri.

Akauntabiliti guru terhadap negara

Menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara

dengan jelas.

1 Memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa

dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang

taat setia, bertanggungjawab serta berguna.


2 Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil

bahagian secara tegas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.

3 Mengerat persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dikalangan guru dan ibu

bapa murid .

4 Memberi sumbangan secara sekarela kepada negara.

5 Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial demi

mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan

1. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata-mata pelajaran yang

diajar.

2 Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan

mata pelajaran yang diajar.

3 Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan untuk

meningkat prestasi dalam aktiviti pengajaran .

4 Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai

okbektif pelajaran secara maksimum .

5 Mengajar dengan fakta yang betul supaya murid dapat belajar dengan tepat dan

menerima ilmu pengetahuan yang betul.


Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar Dan Ibu bapa

1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah

menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan cara berkesan.

2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan,dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal

lain.

3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor Jasmani,

mental, emosi, politik ,ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah

atau bayaran .

5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas , berbudi bahasa dan

bersopan santun semasa bertugas.

Akauntabiliti Guru Terhadap Diri

1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

2. Mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa .

3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijak supaya pendapatan adalah seimbang

dengan perbelanjaan harian.

4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini

termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.

5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang

berlaku disekeliling melalui surat khabar serta radio dan televisyen .


6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanafaat dengan tujuan

mengisi masa lapang secara berfaedah.

Langkah meningkatkan profesionalisme keguruan.

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbeza

berbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada

perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas

dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi

dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, khasnya perlaksanaan

reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM,

memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demi

mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.

Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran

daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih

ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang

dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan

masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk menggembeleng tenaga mereka

untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang berat oleh guru-guru.

Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring

dengan perubahan peranan seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu

tidaklah lagi bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan

pembaharuan baik dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi


tuntutan dan cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah

sentiasa melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran

mengajar dari semasa ke semasa.

Sehubungan ini, guru hendaklah mengikuti kursus pendidikan yang dianjurkan

oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan

Daerah misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan Profesionalisme

Keguruan. Kehadiran kursus-kursus pendidikan seperti ini adalah penting bagi guru demi

mempertingkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja pendidikan yang kian

kompleks, canggih serta kian mencabar.

Di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha

utamaialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus

sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demi mempertingkatkan prestasi

dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha

ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan

kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik

darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk

mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah.

Contoh-contoh masalah pendidikan.

Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan jumpa masalah dalam

proses pengajaran dan pembelajaran seperti masalah-masalah yang berkaitan dengan :

 Penggunaan bahan-bahan pengajaran


 Penggunaan strategi dan kaedah mengajar

 Pengurusan aktiviti kumpulan

 Perancangan aktiviti pemulihan dan pengayaan

 Penyediaan lembaran kerja.

Sebagai contoh, katakan sekumpulan guru matematik di sekolah rendah

menghadapi masalah dalam pendidikan pemulihan untuk murid-murid dalam kumpulan

lambaat. Guru-guru matematik ini mengambil keputusan untuk mengkaji masalah yang

mereka hadapi dan menjalankan penyelidikan secara usahasama. Mereka membuat

pemerhatian masing-masing dan merekodkan serta bermesyuarat. Mesyuarat ini adalah

utnuk membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa strategi menyepadukan guru

pemulihan dengan guru matematik ke dalam kelas biasa adalah lebih berkesan daripada

menempatkan murid-murid itu ke dalam kelas pemulihan secara berasingan.

Proses Kajian dan Penyelidikan Secara Asas

Peringkat 1 : Mengenal pasti masalah dan menentukan tema kajian.

Peringkat 2 : Merancang dan menentukan strategi penyelidikan.

Peringkat 3 : Melaksanakan rancangan penyelidikan.

Peringkat 4 : Menganalisa, mentafsir dan membuat kesimpulan atau keputusan.

Peringkat 5 : Menyediakan laporan dan mengambil tindakan.

a) menentukan calon-calon untuk dikaji

b) memilih pembantu untuk menjalankan kajian

c) menentu kaedah kajian

d) menentu cara penyelidikan


e) menyediakan soalan-soalan kajian dan kajian

f) menentukan kaedah pentafsiran

g) menyediakan jadual perlaksanaan

h) mengumpul data membuat pentafsir serta kesimpulan

i) menyediakan laporan dan mengambil tindakan

Pendidikan ke arah perkembangan kendiri

Mengikut H.V.Perkins, dalam bukunya Human Development and learning (1974),

konsep kendiri terdiri pada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang

oleh seseorangindividu tentang dirinya. Maka, konsep diri memanglah mempengaruhi

segala tingkah laku seseoang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam alam

sekitar sedikit sebanyak konsep dirinya.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentuk konsep diri

Pembentukan konsep diri dan orang lain terhadapnya. Maka faktor-faktor

pembentukan diri adalah berkaitan rapat dengan sisitem psikofizikal, alam sekitar dan

interaksi sosial seoarang individu. Gaya interaksi sosial seorang individu. Di antara

faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan konsep diri ialah:

1. Pengaruh baka keatas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.

2. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.

3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkahlaku

4. Emosi mempengaruhi perasaan

5. Pengaruh kelurga membentuk sikap dan kercayaan.


6. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya.

7. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku agar sesuai dengan persepsi orang

lain terhadapnya.

8. Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah seseoang.

Pengaruh konsep diri terhadap seseorang individu

Konsep diri banyak mempengaruhi tingkahlaku manusia kearah penyesuaian,

iaitu (a) penerimaan atau penolakan diri, dan (b) penghargaan kendiri. Seseorang yang

dapat menyesuaikan diri kearah penerimaan kendiri biasanya menggunakan cara

berkongsi kasih mengasih dengan keluarga, kawan atau gurunya di sekolah. Perasaan

yang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang

berinteraksi dengannya, perasaannya akan membawa menerima dan menghargainya.

Sebaliknya, jika seseorang indisidu merasai kurang mandapat peneimaan daripada

ornag-orang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami persaan penolakan diri.

Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hdup yang

dihadapi.

Penghargaan kendiri ditimbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam

kebaikan diri sendiri. Penghargaan kendiri boleh dibahagi kepada tiga jenis, iaitu

penghargaan kendiri tinggi biasanya bersikap positif, sanggup berusaha sehingga berjaya

mencapai apa yang diharapkan, percaya dan yakin terhadap diri sendiri yang berbakat

dan berkebolehan. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana biasanya

kurang yakin pada sendiri yang berbakat dan berkebolehan. Orang yang mempunyai

penghargaan kendiri sederhana biasanya kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa merasa
konflikdalam kehidupan dan ragu-ragu mengambil keputusan dengan tepat. Manakala

orang yang mempunyai penghargaan kendiri rendah biasanya bersikap negatif, kurang

yakin dengan diri sendiri, ragu tentang kebolehan diri sendir dan sering berusaha

melepaskan diri apabila menghadapi masalah.

Secara ringkasnya diri sendiri merupakan keseluruhan perkembangan sahsiah

seseorang individu yang unik dan dinamik. Manakala, konsep diri bererti persepsi

seseorang individu termasuk persepsi orang lain terhadap dirinya. Persepsi-persepsi ini

adalah dilahirkan daripada sistem psikofizikal seseorang yang telah dihuraikan diatas.

Konsep Diri
(kendiri)

Persepsi ke atas persepsi


Persepsi terhadap diri orang lain terhadap diri
sendiri sendiri.

Pembentukan konsep diri

Nilai-nilai Diri

Nilai merupakan kriteria bagi kita mengukur atau mempertimbangkan harga atau

pengakuan tentang mutunya sesuatu benda. Di bawah konteks manusia, nilai membawa

maksud kebolehan dan kebaikan seseorang. Maka nilai-nilai diri menrangkumi unsur-

unsur pertimbangan seseorang individu seperti kebolehan, kebaikan, pengetahuan,

potensi, bakat, kepercayaan, kecekapan, sikap, emosi, jasmani dan tingkah lakunya.
Nilai moral yang baik, wajar dan diingini boleh dibentuk dengan berbagai-bagai

cara, iaitu melalui contoh teladan, norma, adat resam dan percayaan masyarakat,

peraturan dan undang-undang, hukuman dan ganjaran dan pendidikan.

Nilai-nilai individu biasanya dibina daripada pengalaman-pengalaman yang

dialaminya dari semasa ke semasa. Oleh itu, nilai-nilai diri sentiasa berubah mengikut

peredaran masa. Biasanya, nilai-nilai seseorang dewasa adalah lebih kompleks dan

berharga daripada nilai-nilai seseorang kanak-kanak.

Kepentingan Nilai-nilai Individu

Nilai-nilai adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia menentukan

hampir segala corak kehidupan, sama ada dalam masa kini ataupun maa depan. Hampir

segala keputusan dan tindakan seseorang individu diambil berdasarkan kepada

pertimbangan-pertimbangan ke atas kebolahan, potensi, pengetahuan, bakat,

kepercayaan, kecekapan dan sikapnya. Pertimbangan-pertimbanagan ini adalah unsur-

unsur persepsi ke nilai-nilai diri sendiri.

Berdasarkan perbincangan di atas, perkembangan kendiri boleh disamakan

sebagai perkembangan potensi diri dari segi intelek, rohani, sosial, rohani dan jasmani.

Usaha untuk memperkembangkan potensi diri bukan sahaja kemahiran-kemahiran seperti

kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi serta

kemahiran menangani masalah dan cabaran.

Oleh itu, guru haruslah menguasai kemahiran-kemahiran ke arah perkembangan

kendiri. Usaha ini akan membolehkan guru mengembangkan potensi diri, meningkatkan
statusnya sebagai profesional dalam erti kata sebenarnya, menjalankan tugas dengan

cekap dan penuh keyakinan serta mencapai prestasi yang cemerlang.

Peka Terhadap Perkembangan Pendidikan Terkini

Di dalam dekat 90-an, Malaysia dijangka akan mengambil langkah untuk

mengemaskini sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan beberapa perubahan

seperti berikut :

1. Memperkenalkan pendidikan prasekolah dalam sekolah rendah.

2. Mengurangkan tahun persekolahan diperingkat sekolah rendah dari 6 tahun

kepada 5 tahun bagi murid-murid cerdas dan melanjutkan tahun persekolahan ke

7 tahun untuk murid-murid yang lambat.

3. Memberi peluang pendidiakn kepada semua pelajar denagn melanjutkan tempoh

pelajaran mereka dari 9 tahun hingga 12 tahun, iaitu sehingga tingkatan 5 di

peringkat sekolah menengah.

4. Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang

mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumah tangga.

5. Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada Penilaian Menengah rendah (PMR).

6. Menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan

menggantinya dengan sistem pendidikan umum.

7. Mengubah sistem peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas dan

menjadikannya sebagai peperiksaan terbuka.

8. Mengutamakan pendidikan Sains dan Matematik dengan mengubahsuaikan

program KBSR dan KBSM untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020.


9. Meningkatkan kualiti pendidikan dengan melatih cukup tenaga pengajar yang

mahir dalam pelbagai jurusan pendidikan.

10. Menukar sistem persekolahan dengan menambah waktu pelajaran sesi pagi

sehingga petang.

Pendidikan kini di Malaysia

(i) Pendidikan Jarak Jauh (iii) Pendidikan Terbuka

(ii) Pendidikan Komputer (iv) Pendidikan Radio dan Televisyen

(i) Pendidikan Jarak Jauh.

Kaedah pendidikan ini juga dikenali sebagai Pendidikan Melalui Media,

Pendidikan Komunikasi atau Pendidikan Melaui Siaran. Terdapat dua cara yang bisa

digunakan dalam pengendalian pendidikan jarak jauh ini iaitu :

1. Guru atau pengajar menyampaikan pengajarannya dengan tidak payah bersemuka

dengan pelajar. Mereka menggunakan kaedah jarak jauh iaitu dengan menggunakan

alat penghantaran seperti radio atau televisyen.

2. Selain itu pengajar menyampaikan pengajaran mereka dalam bentuk naskah bercetak,

pita rakaman, pita video ataupun dalam disket komputer ke pusat – pusat sumber

untuk dipinjamkan kepada pelajar – pelajar yang ingin menggunakannya. Selain itu

juga pelajar boleh dilatih dengan menggunakan kaedah CAL ( Computer Assisted

Learning ) dirumah.
Alat bantuan mengajar seperti ini adalah untuk memudahkan pelajar untuk belajar

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri kelas ataupun kuliah. Mereka boleh

mendapatkannya dengan hanya duduk dirumah. Dalam perkataan lain sekolah tidak lagi

menjadi tempat bagi mendapatka pendidikan formal.pelajar – pelajar yang mengikuti

sistem pendidikan ini akan mengikuti rancangan peljaran sesuatu kurikulum,

menjalankan dan menyediakan kerja kursus dan juga menduduki peperiksaan seperti

pelajar lain. Mereka juga seterusnya akan memperolehi sijil yang juga diiktiraf.

Namun begitu jenis pendidikan seperti ini hanya banyak diamalkan dinegara

barat, di negara kita pendidikan seperti ini dikenali sebagai pendidikan luar kampus.

Program pendidikan luar kampus ini telah mula diperkenalkan dinegara kita pada tahun

1971 di Universiti Sains Malaysi. Dalam program ini guru – guru terelatih dikehendaki

mengahdirkan diri ke kuliah dalam cuti penggal ketiga setiap selama 4 tahun. Mereka

juga kana menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar – pelajar lain yang menuntut

secara sepenuh masa.

Kemudian pada tahu kelima pula, guru – guru yang telah berjaya akan memasuki

Universiti itu dan kursus tahun ketiga dengan sepenuh masa bersama – sama penuntut

tahun akhir yang lain. Program ini telah bermula dengan pengambilan pelajar seramai 84

orang iaitu pada tahun 1971, dan seterusnya pada tahun 1974 bilangan kemasukan telah

bertambah kepada 570 orang. Pada waktu ini program ini telah berkembang dengan

kemasukan ribuan penuntut pada setiap tahun, dan mereka telah mengikuti kursus dalam

berbagai bidang.
(ii) Pendidikan Terbuka.

Kaedah pendidikan ini pula boleh dimaksudkan dengan pendidikan masyarakat

atau aktiviti pendidikan di luar sekolah. Ia tidak memerlukan sebarangkelayakan untuk

mendaftar diri bagi mengikuti segala aktiviti. Aktiviti pendidikan boleh dijalankan

dirumah ataupun ditempat kerja sendiri. Trdapat berbagai - bagai jenis pendidikan

terbuka yang dikelolakan oleh berbagai pihak, diantaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh,

Pendidikan Komputer dan Pendidikan Universiti Terbuka.

(iii) Pendidikan Radio Dan Televisyen.

Radio adalah alat bentuan mengajar yang agak berkesan dalam bidang pengajaran

dan juga pembelajaran. Ia memain peranan dalam penguasaan kemahiran bahasa. Murid-

murid akan dapat mendengar rancangan-rancangan pelajaran yang dikelolakan oleh

pihak-pihak tertentu dan secara tidak langsung mereka akan dapat menguasai kemahiran

mendengar dan menguasai bahasa baku. Di samping itu mereka juga akan mendapat

pengetahuan lain yang mungkin berguna kepada mereka.

Televisyen juga adalah alat bentu mengajar yang berkesan dan ia lebih baik jika

dibandingkan dengan radio. Ini adalah kerana disamping mendengar pelajar dapat

menggunakan deria penglihatan mereka. Dengan ini pelajar dapat menggunakan kedua –

dua pencaindera terpenting mereka dalam pembelajaran iaitu penglihatan dan juga

pendengaran.

Program pendidikan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan

di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyediaannya adalah berdasarkan Sukatan

Pelajaran KBSR dan KBSM secara khusus supaya ia menjadi menarik untuk disiarkan
dan berkesan. Ia bertujuan untuk melengkapi kekurangan guru – guru dari segi rancangan

dan pengajaran serta alat bantu mengajar. Rancangan ini dikendalikan oleh guru – guru

yang dilatih khas dan mahir bagi memastikan supaya ia berjaya dan berkesan.

Di negara kita, program ini disiarkan secara langsung dari masa kesemasa

mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sistem yang lebih cnaggih ialah pendidikan

televisyen melalui satelit di mana ramai orang dewasa mendapat pendidikan profesional

melaluinya.

(iv) Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran.

Kaedah in telha memberikan banyak perkembangan dalam sistem pendidikan

yang semakin maju dan canggih ini. Ia membawa perubahan dan perkembangan baru

dalam pendidikan khususnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori

pengajaran, pengurusan sekolah serta kemahiran guru. Dalam pendidikan penggunaan

komputer boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu :

1) Komputer membantu poendidikan.

Segala tugas pengajaran dilkukan dengan menggunakan teknolgi komputer.

Selain itu penggunaan komputer juga dilakukan dalam bidang pengurusan pembelajaran.

budaya komputer adalah penting sepertimana kemahiran mengira ataupun membaca, jika

tiada budaya komputer maka pelajar akan dianggap buta huruf pada masa akan datang.

2) Komputer membantu pengajaran.

Ia merupakan penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam pengajaran.

Teknologi erta sistam komputer digunakna oleh pelajar bagi mengikuti pelajaran

terancang secara individu tanpa memerlukan guru pembimbing. Tugas guru hanyalah
untuk merekabentuk program, dan pelajar akan belajar program itu menggunakan

komputer sebagai alat perantaraan. Modul pula dirancang dirancanga dalam bentuk

pelajran formal, latihan terkawal, pengajaran, serta penyelesaian masalah.

3) Komputer mengurus pengajaran.

Pengumpulan maklumat dan juga penganalisaan mengenai keberkesanan pengajaran,

penggunaan bahan pengajaran, situasi pengajaran interaksi murid dalam kelas boleh

dilakukan menggunakan teknologi komputer. Kemudian hasil yang diperolehi akan

digunakan bagi mengubahsuai rancangan pelajaran dan memperbaiki kelemahan –

kelemahan yang ada.

4) Komputer membantu pengujian.

Selain dari kegunaan sistem komputer yang diterangkan diatas terdapat juga

kegunaan lain yang biasa digunakan iaitu untuk menguji keberkesanan pembelajaran. ia

dikendalikan dengan dua cara iaitu :

a) Jawapan murid adalah menggunakan borang komputer dan penandaan

dilakukan menggunakan komputer.

b) Pemilihan soalan juga menggunakan komputer dan murid akan

menggunakan komputer bagi menjawab soalan. Kemudian markah akan

diberikan oleh komputer.

Di Malaysia penggunaan sistem komputer dalam pendidikan adalah semakin

meningkat. Dalam dekat 70 an, penggunaan komputer adalah meluas bagi memeriksa

kertas jawapan objektif dalam peperiksaan awam. Selain itu ia juga digunakan dalam

bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Dalam dekad ini dijangkakan bahawa

komputer akan digunakan secara meluas.


KESIMPULAN
Institusi pendidikan merupakan salah satu daripada institusi-institusi yang
disediakan oleh kerajaan, sesuai dengan keperluan rakyat yang mementingkan pendidikan
demi masa hadapan yang gemilang. Justeru itu kerajaan telah menyediakan prasarana-
prasarana yang berkaitan dengan institusi pendidikan. Sebagai contoh, kerajaan telah
menyediakan sekolah-sekolah di setiap kawasan yang mempunyai penduduk sama ada di
bandar atau di kampung-kampung. Kerajaan juga menyediakan perpustakaan, pinjaman
pelajaran (biasiswa), maktab perguruan dan sebagainya. Tetapi kepentingan maktab
perguruan sebagai titik asas penghasilan bakal-bakal guru tidak dapat dinafikan. Di
sinilah bakal-bakal guru diajar dan dibentuk untuk menjadi seorang guru yang berkarisma
dan bermotivasi tinggi.
Guru merupakan individu yang mencorak sahsiah keperibadian seseorang pelajar
dan ini penting supaya pelajar yang keluar dari zaman persekolahan akan menjadi
seorang yang berguna, berketrampilan dan memenuhi keperluan era teknologi moden.
Guru seharusnya mempunyai sifat-sifat bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran
murid-murid sesuai dengan kosep keguruan itu sendiri. Guru harus peka dengan suasana
pembelajaran dan mengikutinya serta mempunyai akauntabiliti. Akauntabiliti ini amat
penting kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab terhadap hubungan guru dengan
murid tetapi juga hubungan diantara guru dengan guru serta diantara guru dengan ibu
bapa pelajar.
Selain daripada itu, guru harus menyiapkan diri dengan cara pembelajaran yang
moden seiring dengan perubahan teknologi dalam kehidupan. Pada masa dahulu guru
mengajar dengan menggunakan kaedah lama iaitu guru mengajar dan murid mendengar
tetapi cara itu harus diubah. Sebagai contoh, guru sekarang dapat menggunakan
pendekatan baru seperti menggunakan OHP, alat pandang dengar ataupun menggunakan
komputer dalam sesi pengajaran. Ini dapat memudahkan pelajar memahami pelajaran
selain mendedahkan pelajar kepada teknologi.
Walau bagaimanapun, guru seharusnya menyiapkan diri terlebih dahulu dengan
segala ilmu yang diajar ketika berada di maktab-maktab perguruan. Ini kerana guru
seharusnya mahir dengan cara pengajaran di dalam kelas selain mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang baik. Semua ini dapat membantu guru-guru mencapai objektif
keguruan dengan baik selain menjadi seorang guru yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai