Anda di halaman 1dari 9

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST- OBT) : JANUARI 2022

KAMPUS IPGK PENDIDIKAN ISLAM

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP


PROGRAM
KDC)

AMBILAN OKTOBER 2021

SEMESTER SATU

ANGKA GILIRAN 2021202400374

NO.K/PENGENALAN 870307035785

KOD KURSUS PIMK2063R

NAMA KURSUS PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH


RENDAH
TARIKH
19 JANUARI 2022
PEPERIKSAAN

JUMLAH MARKAH 50 MARKAH

ARAHAN KEPADA CALON ( Bergantung kepada kesesuaian format soalan OBT)

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan
font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan
dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di
sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira
telah gagal peperiksaan berkenaan. Pelajar dikehendaki menghantar Buku Jawapan
dalam format PDF. Simpan file Buku Jawapan calon atas KOD KERTAS, NAMA
KELAS dan ANGKA GILIRAN (cth : PIMK2073M-PI-02-20202024200XX)

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT
No. Angka Giliran 2021202400374 Kod Kertas PIMK2063R

BAHAGIAN A

Jawab soalan.

1. Adakah PdPR yang dijalankan dalam situasi pendemik hari ini sesuai dan
releven untuk mencapai matlamat kurikulum pendidikan Islam selari dengan
Falsafah Pendidikan Islam?

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan


pembelajaran dan pengajaran cara konvensional tertangguh, malah menjadikan
tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan
norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran (PnP) dilaksanakan secara dalam talian.

Bagi memastikan kaedah pembelajaran atas talian yang berkesan dan relevan,
terdapat beberapa factor yang perlu diambil kira seperti pembinaan kawalan
persekitaran, kepentingan interaksi secara interaktif, latihan yang efektif dan
berkesan, akses capaian teknologi yang maksimum, tahap piawaian yang standard,
jaminan kualiti sumber yang tidak terhad, penentangan terhadap perubahan semasa
dan teknologi, permasalahan berkaitan intelektual serta sokongan institusi pendidikan
yang menjalankan kaedah pembelajaran atas talian.

PdPR berkonsepkan pembelajaran maya yang berasaskan elektronik (e-


learning), kelas digital dan pembelajaran jarak jauh (remote learning). Untuk mencapai
matlamat kurikulum Pendidikan Islam selari dengan Falsafah Pendidikan Islam. perlu
ada capaian internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar
secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui pelantar pembelajaran
seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube,
EduWebTv dan aplikasi lain seperti epermainan, video pembelajaran, rakaman, ebook
dan sebagainya. Ini menjadikan pembelajaran di atas talian berjalan dengan lancer
dan menjadikan matlamat kurikulum pendidikan Islam berjalan dengan lancar
walaupun pembelajaran dijalankan di atas talian.

2 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
No. Angka Giliran 2021202400374 Kod Kertas PIMK2063R

Melihat penularan wabak COVID-19 secara positif, ia mencetuskan satu


semangat dan usaha yang luar biasa bagi pendidik di Malaysia dalam memastikan
murid tidak ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai matlmat
kurikulum Pendidikan Islam ini. Para pendidik berusaha sedaya upaya menjadi kreatif
dalam mempelbagaikan kaedah pengajarannya. Mereka tanpa segan silu berguru
bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk mendidik seiring dengan kemajuan
teknologi. Pembelajaran secara atas talian ini memerlukan komitmen dan sokongan
juga dari ibu bapa dalam membantu pendidik mendidik murid. Ibu bapa perlu
memahami normal baharu Pendidikan, memberi ruang kepada anak-anak menghadiri
kelas atas talian serta turut memantau sesi pembelajaran dan kerja sekolah mereka
walaupun dijalan secara atas talian.

Untuk mencapai matlamat kurikulum pendidikan Islam yang di ajar menerusi


atas talian juga, warga pendidik perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
mengetahui tahap kestabilan internet, sama ada rendah, sederhana atau tinggi
sebelum memilih platform pengajaran yang bersesuaian. Sekiranya capaian
internetnya rendah, platform seperti WhatsApp, Telegram dan Instagram sesuai
dijadikan platform pengajaran murid. Bagi capaian internet sederhana pula, platform
seperti Youtube dan kahoot sesuai digunakan dan manakan bagai capaian internet
tinggi, platform bersemuka seperti Zoom, Microsoft Team, Skype dan Google Meet
sesuai digunakan. Kaedah pengajaran terbeza sesuai digunakan menggunakan
platform yang berbeza kepada pelajar berdasarkan jenis capaian internet murid.
Kaedah ini dilihat berkesan dalam mencapai matlamat kurikulum Pendidikan Islam
selari dengan Falsafah Pendidikan Islam.

Namun begitu terdapat juga beberapa kekangan pengajaran dan pembelajaran


di atas talian seperti sesetengah tempat tidak mempunyai akses internet yang kuat.
Ini mengakibatkan pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan
sempurna. Aktiviti pengajaran guru seperti pentaksiran adab oleh guru, talaqi
musafahah guru dan murid dalam subjek al-quran, amali solat sebagainya tidak dapat
dijalankan dengan baik. Namun begitu warga pendidik perlu bijak mengatasinya
seperti mengarahkan murid membuat satu video atau pesanan suara sebagai contoh
dalam pembelajaran berkaitan dengan bacaan al-quran oleh murid dan amali solat

3 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
No. Angka Giliran 2021202400374 Kod Kertas PIMK2063R

supaya memudahkan guru untuk membuat penilaian dan pentaksiran walaupun


internet tidak mencapai tahap yang memuskan.

Seterusnya kekangan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran,


sesetangah dari kalangan warga pendidikan tidak mengambil penekanan yang serius
terutama dalam ilmu teknologi. Sesetengah guru tidak pandai menggunakan laptop
dan komputer untuk memberi pengajaran terhdap muridnya di atas talian. Guru tidak
pandai menggunakan aplikasi seperti quizez, google meet, telegram dan sebagainya
ini menjadikan pembelajaran atas talian terbantut.

Kekangan yang dihadapi oleh warga pendidikan hanya terdapat dalam


lingkungan yang kecil sahaja. Tetapi berdasarkan tinjauan pembelajaran PdPR yang
dijalankan menerusi atas talian dalam situasi pendemik hari ini sangat sesuai dan
releven dan sekaligus dapat mencapai matlamat kurikulum pendidikan Islam selari
dengan Falsafah Pendidikan Islam.

4 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
No. Angka Giliran 2021202400374 Kod Kertas PIMK2063R

BAHAGIAN B

Soalan (2)

Berdasarkan pengalaman anda sebagai sebagai seorang guru, adakah anda


bersetuju dengan pernyataan di atas ?
Bagaimana guru-guru Pendidkan Islam dapat meningkatkan kemahiran
pedagogi abad ke - 21?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif pembelajaran


abad ke- 21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruhan
negara mulai tahun 2015 menerusi KSSR dan KSSM. Pendidikan pada abad ke 21
merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam memperbaharui taraf pendidikan
yang sedia ada, iaitu sistem pendidikan yang bersifat fleksibel, kreatif, mencabar dan
lebih kompleks.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru pendidikan Islam, saya


bersetuju dengan penyataan di atas. Hal ini kerana melalui tinjauan
saya bahawa pendekatan dan strategi pengajaran memainkan peranan penting
dalam melahirkan minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran dan mampu
mengubah persepsi terhadap mata pelajaran yang dianggap sukar sebelum ini.
Strategi, teknik, kaedah dan pendekatan yang terhad digunakan oleh guru
menjerumus kepada kemerosotan minat murid terhadap proses pembelajaran.
Kegagalan guru memupuk kemahiran abad ke-21 menyebabkan murid tidak berupaya
mengintegrasikan kemahiran abad ke-21 dalam proses pembelajaran mereka. Masih
ramai guru melaksanakan pengajaran tradisional iaitu berpusatkan murid. Ini
bermaksud proses penyampaian pengetahuan berlaku secara pasif dan akibatnya
penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran menjadi terbantut, Maka seterusnya
kemahiran 6C tidak dapat dicapai pada tahap optimum oleh kebanyakkan murid.

Maka untuk mengatasi masalah ini guru-guru perlu meningkatkan kemahiran


pedagogi abad ke-21. Antara cara untuk meningkatkan kemahiran pedagogi abad ke-
21 ini adalah seperti berikut adalah guru perlu ada kreativiti dalam pengajarannya dan

5 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
No. Angka Giliran 2021202400374 Kod Kertas PIMK2063R

termasuk juga dalam kemahiran berfikir secara kreatif. Pada alaf ini, sistem
pendidikan di Malaysia sering mengalami perubahan mengikut peredaran semasa.
Oleh itu, keperluan kepada guru untuk meningkatkan pedagogi abad ke-21 guru dan
murid perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan perlu dititikberatkan.
Amat wajar bagi guru khususnya guru pendidikan Islam menghayati dan
memperaktikkan amalan kreativiti dalam pembelajaran abad ke-21. Hal ini kerana
melalui kreativiti guru itu sendiri mampu mencipta dan memupuk nilai inovasi dalam
kalangan diri seseorang pelajarnya. Kaedah-kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan
seperti Fan N Pick, Gallery Walk, Hot Seat, Role play, Round Table dan sebagainya.

Seterusnya langkah kedua untuk meningkatkan kemahiran pedagogi abad ke


– 21 dalam guru-guru pendidikan Islam adalah penggunaan teknologi terkini. Guru
pendidikan Islam perlu menyedari bahawa memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia juga merupakan salah satu aspek dalam Gelombang
ke dua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Hal ini kerana
negara-negara abad ke-21 kini bersaing secara pesat dan sengit dalam pengunaan
teknologi. Oleh itu, dalam mendepani arus pendidikan pada pembelajaran abad ke-21
ini, guru pendidikan Islam perlu mewujudkan unsur kreativiti menggunakan
kemudahan TMK. Hal ini merupakan tanggungjawab guru untuk menggunakan
kemudahan teknologi dalam meningkatkan kualiti pedagogi. Kaedah penyampaian
haruslah berbentuk menarik, menghiburkan dan mesra pelajar. Maka jelas sekali
menunjukkan kemahiran TMK perlu dikuasai oleh guru pendidikan Islam agar
pembelajaran kreatif dapat diwujudkan.

Transformasi kurikulum berunsur kreativiti juga dapat meningkatkan kemahiran


pedagogi pada abad ke-21 dalam kalangan guru pendidikan Islam. Hal ini kerana
kurikulum pengajaran yang meliputi penguasaan isi kandungan sesuatu subjek
menjadi satu kemestian bagi guru pendidikan Islam untuk menguasainya. Usaha guru
menambahbaik amalan pengajaran dengan memasukkan elemen kreativiti dalam
pedagogi. Oleh yang demikian, guru pendidikan Islam mestilah mempunyai
kesedaran, kefahaman tentang transformasi kurikulum dengan berpandukan kepada
kreativiti pengajaran serta berfikiran kreatif dalam proses pembelajaran abad ke-21

6 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
No. Angka Giliran 2021202400374 Kod Kertas PIMK2063R

Strategi pengajaran juga antara elemen perlu diberi tumpuan untuk


meningkatkan pedagogi abad ke-21 dalam guru pendidikan Islam. Kemahiran ini perlu
dikuasai oleh guru untuk diterapkan dalam pelbagai bidang subjek pendidikan Islam
seperti bidang al-quran, akidah, sirah, jawi dan sebagainya. maka guru haruslah
memperaktikkan elemen kreativiti supaya dapat melahirkan peljar berfikiran kreatif
dan kreatis. Hal ini membawa kepada kecemerlangan guru serta sesebuat institusi
pendidikan. Strategi pengajaran seperti KBAT, Peta I think,Mind Mapping ,
pembelajaran koperatif, dan sebagainya perlu dititikberatkan bagi memastikan strategi
pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Langkah terakhir untuk meningkatkan pedagogi pada abad ke-21 adalah


persekitaran. Hal ini kerana persekitaran pengajaran yang kreatif akan terbentuk
dalam beberapa keadaan. Antaranya pelajar merasakan mereka dihargai dan
dihormati di samping guru memainkan pelbagai peranan. sebagai contoh, guru
sebagai pembimbing, pelatih, pemudahcara dan penasihat. Guru juga sebagai contoh
teladan dalam diri murid dalam mendepani cabaran kehidupan.

Soalan (3)

Bincangkan pernyataan di atas dengan menghubungkait kurikulum Pendidikan


Islam masa kini.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, permulaan tarbiah Islamiah berlaku di dua tempat
uatama iaitu di Mekah dan Madinah. Kebanyakkan ahli akademik mengaplikasikan
ilmu daripada cabang atau prinsip atau disilpin yang berkaitan dengan pola pendidikan
serta interaksi sosial yang telah dilaksanakan pada zaman tersebut. Gambaran dan
bentuk tarbiah Islamiah pada Zaman Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah ialah
sebuah sejarah berharga yang perlu kita gali Kembali. Sumber-sumber berkenaan
dikatakan menjadi bahan perantaraan, sumber panduan, gambara, strategi dan
kejayaan pelaksanaan proses tarbiah Islamiah. Melalui inilah menjadi rentetan kepada
umat Islam untuk menggapai kesejahteraan akhirat dan begitu juga di dunia.

7 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
No. Angka Giliran 2021202400374 Kod Kertas PIMK2063R

Melalui tarbiah Islamiah pada zaman Rasulullah dapat menghubungkaitkan


kurikulum pendidikan Islam masa kini. Antaranya pada zaman Rasulullah ia
mentarbiahkan penduduk Makah dan Madinah berdasarkan sumber utamanya adalah
al-Quran. Rasulullah diturunkan wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril dan melalui
al-Quran dapat membentuk keperibadian umatnya daripada jahiliyyah kepada insan
yang berguna. Maka rentetan ini juga dalam kuriukulum pendidikan Islam di sekolah
bagi bidang al-Quran dititikberatkan kerana melalui al-Quran ini pelajar dapat
membaca dan menghayati kalam Allah dan sekalgus dapat membentuk jati diri
seorang pelajar.

Selain itu, pada awal pendidikan Islam di Makkah, selepas Rasulullah s.a.w
menerima wahyunya, perkara pertama yang dilakukan adalah memantapkan akidah
dalam kalangan kaumnya iaitu dengan menyeru dan mengajak umatnya untuk
mentauhidkan dan mengesakan Allah serta jangan menyekutukan Allah. Retetan ini
juga berlaku dalam kurikulum pendidikan Islam masa kini dengan menitikberatkan
bidang Akidah kepada pelajar-pelajar supaya mengenai Allah sebagai sang
penciptanya. Dalam bidang akidah ini pelajar-pelajar dapat mengenali sifat-sifat wajib
Allah dan kewujudan Allah melalui zat-zatnya. Maka hasil dari perkembangan
pendidikan zaman Rasullullah ini menjadikan subjek Akidah di masukkan di dalam
kurikulum baji subjek Pendidikan Islam masa kini.

Seterusnya bidang Ibadah juga diambil dari zaman perkembangan Islam pada
zaman Rasulullah s.a.w. Hal ini kerana selepas proses pemantapan akidah yang
dijalankan oleh Rasulullah di Madinah. Proses untuk memantapkan ibadah seperti
solat dan puasa diberi penekanan pada zaman tersebut. Rentetan ini juga berlaku di
dalam kurikulum pendidikan Islam masa kini. Dalam kurikulum terdapat bab Ibadah
yang menekankan kepada kognitif, afektif dan psikomotor pelajar terutama dalam bab
solat, puasa dan istinjak. Hasl ini kerana sebelum memberi penakanan bab solat
pelajar didedahkan terlebih dahulu bab Toharah bersuci, cara beristinjak dengan betul
supaya pelajar dapat menunaikan sesuatu solat dengan sempurna. Selain itu juga
penakanan diberikan kepada cara-cara melakukan solat dengan waktu, penerangan
mengenai waktu solat ini menjadikan kurikulum pendidikan Islam mengikut metod
pendidikan Islam pada zaman Rasulullah.

8 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT
No. Angka Giliran 2021202400374 Kod Kertas PIMK2063R

Bidang akhlak juga turut mempunyai hubungkait dengan zaman Rasulullah


s.aw.. Hal ini kerana selepas proses memantapkan ibadah dalam kalangan umatnya,
Rasulullah juga memberi penakanan terhadap bidang akhlak. Ini disebabkan
kaumnya sebelum kedatangan Islam mereka mengamalkan hidup secara sifat angkuh
dan sombong, maka dengan penerapan tarbiah akhlak oleh Rasulullah kaumnya
dapat hidup secara toleransi diantara kaumnya. Maka dalam kurikulum pendidikan
Islam juga bidang Akhlak dititikberatkan dalam kalangan pelajar di sekolah seperti bab
menghormati ibu bapa, guru dan pelajar, akhlak seseorang pelajar itu perlu dipelajar
supaya pelajar tersebut mejadi seorang hebat dalam perilakunya dan dapat menjadi
contoh tauladan kepada pelajar-pelajar lain di sekolah.

KERTAS SOALAN TAMAT

9 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai