Anda di halaman 1dari 10

Cabaran Pendidikan di Malaysia dalam Era Digital

Nama Pelajar : NADIATUL MAISARAH BINTI SAMSUL KAMAL


Angka Giliran : 2023252310019
Nombor Kad Pengenalan : 040304070152
Kumpulan/Unit : F1A BAHASA MELAYU
Kod Dan Nama Kursus : GWCP1042 Penulisan Akademik
Nama Pensyarah : Dr. Eni Eliza Binti Ghazali
Tarikh Hantar : 5 November 2023

Saya …………………………………. dengan ini mengaku telah menerima maklum balas


kerja kursus saya daripada pensyarah.

Tandatangan: ( ) Tarikh : 10 November 2023


KANDUNGAN

Bil. Perkara Mukasurat

1 Kandungan 1
2 Soalan Tugasan 2
3 Tajuk Jurnal 3
4 Abstrak 3
5 Abstract 3
6 Pengenalan 4
7 Kandungan 5
8 Analisis Data 6
9 Dapatan 6
10 Perbincangan 7
11 Rumusan 8
12 Rujukan 9

1
SOALAN TUGASAN

Dalam era digital yang pesat, teknologi semakin memainkan peranan penting dalam sistem
pendidikan Malaysia. Bagaimana teknologi dan alat bantu digital dikenal pasti dapat
dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan keberkesanan proses pengajaran.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan memberi impak positif terhadap prestasi akademik
pelajar dan membangunkan kemahiran mereka.

 Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menulis satu jurnal ilmiah yang
bertajuk, ‘Penyelidikan Pendidikan di Malaysia Dalam Era Digital’.

 Penulisan jurnal ilmiah tersebut perlu menggunakan penanda wacana, kemahiran


membuat rujukan serta struktur dalam penulisan akademik yang betul.

 Penulisan jurnal ilmiah hendaklah ditulis berdasarkan template yang telah disediakan.

 Jurnal ilmiah tersebut perlu dibuat secara individu dengan merujuk pelbagai sumber
yang relevan. Panjang jurnal ialah 1500 patah perkataan.

2
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA DALAM ERA DIGITAL

Nadiatul Maisarah binti Samsul Kamal1

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)

Email: nadiatulm0@gmail.com

Abstrak
Pengajaran dan pembelajaran secara digital dalam transformasi pendidikan negara adalah satu
proses yang dilalui bagi mengadaptasikan teknologi digital dalam pendidikan bagi semua warga
pendidik untuk mencapai objektif-objektif yang sepatutnya dicapai semasa proses pembelajaran
dalam talian dijalankan. Kajian tinjauan ini telah dijalankan terhadap 52 orang murid dari Sk
Seberang Jaya. Hasil kajian mendapati, responden menghadapi banyak cabaran yang terpaksa
dilalui sepanjang PdP secara dalam talian dijalankan. Sebagai contoh, murid menghadapi
cabaran dalam mendapatkan capaian rangkaian Internet yang memuaskan dan mereka
mengalami kesukaran dalam mendapatkan sumber pembelajaran di Internet. Diharapkan
dengan kajian ini semua pihak yang terlibat mengambil cakna dan dapat membantu
menyelesaikan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan dalam era digital di Malaysia.
Kata kunci: Cabaran, digital, pengajaran dan pembelajaran, peranti.

Abstract

Teaching and learning digitally in the transformation of the country's education is a process that
goes through to adapt digital technology in education for all educators to achieve the objectives
that should be achieved during the online learning process. This survey was conducted on 52
students from Sk Seberang Jaya. The results of the study found that the respondents faced
many challenges that had to be overcome during the online PdP. For example, students face
challenges in obtaining satisfactory Internet network access and they experience difficulties in
obtaining learning resources on the Internet. It is hoped that with this study, all parties involved
will learn and be able to help solve the challenges in the implementation of education in the
digital era in Malaysia.
Key words: Challenges, digital, teaching and learning, devices.

3
Pengenalan
Perkembangan digital yang sangat pantas dalam negara telah memberi banyak perubahan
secara langsung dalam pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan. Khir Khalid (2019)
berpendapat kemajuan teknologi digital semakin berkembang pesat pada masa kini. Revolusi
Industri 4.0 (RI 4.0) telah membuka peluang dan manfaat secara meluas kepada pelbagai pihak
termasuklah pendidikan, kerjaya dan keusahawanan. Kemajuan yang dikecapi ini telah
memberi peluang dan ruang kepada bidang pendidikan terutamanya bagi menjimatkan kos,
tenaga dan masa dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Peningkatan penggunaan media digital atau ICT ini pada semua aspek termasuklah e-
pembelajaran adalah disebabkan oleh wujudnya penularan covid-19 di negara kita yang
menyebabkan pihak kerajaan terpaksa mengambil tindakan untuk menagarahkan semua rakyat
melaksanakan kaedah berkerja dari rumah (BDR). Hal ini melibatkan semua lapisan
masyarakat termasuklah guru dan murid-murid. Justeru itu, guru dan murid terpaksa mencari
jalan dan menggunakan pelbagai kaedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya
matlamat pendidikan dapat diacapai. Pada hakikatnya RI 4.0 telah banyak membantu dalam
mengoptimumkan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara digital ini mengikit keperluan
semasa. Perubahan yang berlaku ini telah mengolah corak pengajaran dan pembelajaran
sekaligus telah melahirkan guru yang kreatif dan berinovasi dalam menghasilkan bahan
pengajaran yang lebih menarik yang berasaskan digigital.

Walaubagaimanapun, RI 4.0 telah mendatangkan pelbagai cabaran kepada bidang pendidikan


ini kerana RI 4.0 ini melibatkan teknologi automasi yang memerlukan mereka melaksanakan
sesuatu transformasi atau perubahan seiring dengan perubahan digital. Kemajuan teknologi
digital juga dapat memberi kesan yang baik dalam kemampatan dan kepadatan kepada
pembangunan sosial. Dalam tak sedar, keperluan dan kelengkapan yang kurang telah
mengakibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Kandungan

4
Penutupan institusi pendidikan secara mendadak bagi membendung penularan Covid-19 ini
telah telah memberi cabaran yang besar kepada guru dalam mewujudkan kaedah pembelajaran
secara dalam talian. Menurut Wai-Cook (2020) Guru-guru perlu bertindak dengan kreatif
dengan menggunakan sumber-sumber yang ada untuk merancang kurikulum dan
menyampaikannya secara dalam talian. Semua guru terpaksa berdepan dengan cabaran untuk
melaksanakan kaedah pembelajaran secara dalam talian ini terutamanya, guru yang berada di
kawasan pendalaman Nurfaradilla et.al (2022).

Faktor Ekonomi
Faktor ekonomi menjadi cabaran utama kepada sesi pembelajaran secara dalam talian ini.
Keluarga yang berpendapatan rendah, berhadapan masalah untuk menyediakan alat peranti
pintar untuk kegunaan pembelajaran dalam talian. Tinjauan KPM mendapati sekitar 1.85 juta
murid tidak mempunyai alat peranti digital dan menghadapi masalah untuk mengakses Internet.
Terdapat juga segelintir murid yang terpaksa berkongsi peralatan digital bersama ibu bapa.

Masalah Capaian Internet


Ketiadaan capaian Internet atau talian Internet yang lemah yang lemah merupakan cabaran
akan dialami sepanjang PdP secara dalam talian, terutamanya di kawasan luar bandar dan
pendalaman. Pemasalahan ini telah menyebabkan PdP secara dalam talian terganggu dan
sukar dijalankan di kawasan pendalaman. Kebanyakkan aplikasi e-pembelajaran ini
memerlukan capaian Internet yang baik dan stabil untuk diakses. Masalah capaian Internet
yang lemah akan menyebabkan murid,guru dan ibu bapa sukar untuk mengakses aplikasi e-
pembelajaran seperti Google Classroom, Kahoot,WordWall,Quizizz dan banyak lagi. Masalah
capaian Internet akan mengakibatkan murid sukar untuk menjalani PdP dan boleh
menyebabkan mereka tercicir dan tidak dapat meneruskan pembelajaran.

Tahap pengetahuan dan Kemahiran TMK guru yang rendah.


Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK dalam proses PdP adalah penting dalam
memastikan pembelajaran yang dijalankan dalam talian berlangsung dengan berkesan dan
bermakna. Memang tidak dapat dinafikan lagi, bahawa masih terdapat ramai guru yang masih
kurang bersedia dan terpaksa menyesuaikan diri untuk melaksanakan PdP secara dalam talian.
Hal ini ini akan menimbulkan masalah kepada guru dalam mengendalikan PdP kerana tahap
kemahiran TMK guru yang rendah. Justeru, guru perlu didedahkan dengan kemahiran
penggunaan TMK yang terkini supaya mereka lebih berkeyakinan dalam mengaplikasikan TMK
untuk tujuan pengajaran Nuraimi et.al (2017)

Kurang sokongan daripada ibu bapa


Pada era digital ini, kerjasama daripada ibu bapa amat penting supaya segala yang diusahakan
oleh guru berjalan dengan lancar. Semasa PdP dalam talian, guru terpaksa berdepan dengan
segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan cara guru melaksanakan sesi pembelajaran
dari rumah. Buktinya, guru sering menerima mesej audio yang memarahi guru kerana
memberikan tugasan terlalu banyak sehingga membebankan anaknya. Sekiranya ibu bapa
bersikap acu tidak acu, atau tiak mementingkan pendidikan anak, maka penyampaian ilmu
pengetahuan pada waktu itu menjadi lebih sukar. Ringkasnya, memang tidak dapat dinafikan
lagi, kurang sokongan ibu bapa juga telah menjadi cabaran kepada guru untuk menjalankan
PdP secara dalam talian.

Analisis Data

5
Jadual 1: Skala dan lima aras Persetujuan
Skala Aras persetujuan
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Bersetuju
3 Kurang Setuju
4 Bersetuju
5 Sangat Bersetuju

Dapatan

Jadual 2: Tahap Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran secara Digital


Bil. Soalan (1) (2) (3) (4) (5) MIN
STS TS KS S SS

1. Saya tidak menghadapi 13 25 8 4 2


masalah mengakses Internet (25%) (48%) (15%) (8%) (4%) 2.71
untuk belajar dari rumah.

2. Tahap kelajuan Internet yang 10 12 12 13 5


kurang tidak mengganggu (20%) (23%) (23%) (25%) (9%) 2.83
proses pembelajaran saya di
rumah.

3. Saya mempunyai peranti 6 13 19 12 2


digital yang lengkap dirumah (12%) (25%) (36%) (23%) (4%) 2.83

4. Penerangan bahan 2 12 23 8 7
pembelajaran dalam Internet (4%) (23%) (44%) (15%) (14%)
kurang jelas dan terperinci 3.12

5. Saya kurang menerima


pendedahan latihan dan 7 14 19
kemahiran semasa (14%) (27%) (36%) 8 4
pembelajaran dalam talian (15%) ( 8%)
2.77
6. Saya tidak seronok dengan 3 6 14
pembelajaran digital kerana (6%) (12%)
tiada guru Bersama saya. (27%) 16 13
(31%) (25%)
3.58

Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan kajian tentang tahap cabaran yang dihadapi oleh 52 orang
murid SK Seberang Jaya sepanjang menjalankan sesi pembelajaran secara atas talian. Antara
cabaran ialah dihadapi ialah masalah capaian internet, peranti digital,motivasi murid .

6
Perbincangan
Berdasarkan analisis hasil dapatan kajian yang dijalankan berkaitan dengan cabaran yang
dihadapi oleh murid sepanjang menjalankan PdP secara dalam talian, secara umumnya kita
dapat lihat mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran termasuklah kebolehcapaian
Internet. Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ingin meningkatkan rangkaian Internet yang
berkualiti menjadi antara aspek penting untuk langkah maju dalam pelbagai sektor termasuklah
sektor Pendidikan. Kebolehcapaian Internet menjadi salah satu perkara penting yang
diperbincangkan di pelbagai pihak bagi memastikan semua sektor dapat berjalan dengan lebih
baik dan sistematik. Usaha bagi mengenalpasti masalah dan kekangan ini dapat dilaksanakan
supaya murid yang berada di kawasan luar bandar tidak terlepas untuk mengikuti sesi kelas
yang dijakankan secara digital.

Analisis data tersebut turut menunjukkan bahawa murid juga tidak memiliki peranti, gajet dan
keperluan pembelajaran yang mencukupi. Keadaan ini telah menyulit murid untuk mengikuti
aplikasi dalam talian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Secara tidak langsung
murid yang berdepan dengan masalah ini akan tercicir daripada mengikuti proses
pembelajaran. Cabaran ini, bukan cabaran yang besar kepada ibu bapa dan murid sahaja
malah kepada guru juga untuk memastikan murid-murid ini masih boleh menimba ilmu
walaubagaimana cara sekalipun. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mencari inisiatif baharu agar
murid-murid dapat menjalankan sesi PdP dalam talian dengan selesa.

Selain itu, bahan sumber pengajaran perlu diperbanyak dan diperkemaskan lagi agar semua
bahan tersebut dapat diakses dengan mudah oleh semua murid. Berdasarkan hasil maklum
balas responden, mendapati mereka kurang menerima pendedahan latihan dan kemahiran
semasa pembelajaran dalam talian. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh mereka
kekurangan pengetahuan tentang cara penggunaan platform pembelajaran Internet.Oleh itu,
guru perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perkara ini tidak terus berlarutan.
Pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan baik sekiranya murid tidak
melibatkan diri.

Pembelajaran bersama guru tidak dinafikan merupakan kaedah yang paling efisien kerana
lebih mudah untuk murid berinteraksi sesama mereka. Berdasarkan soalan 6 menunjukkan
renspond murid yang menyatakan mereka lebih seronok sekiranya sesi PdP yang dijalankan itu
bersama guru. Penjelasan dan penerangan akan lebih mudah untuk difahami sekiranya berlaku
interaksi dua hala. Jelaslah menunjukkan pengaruh kaedah konvensional masih kuat dan perlu
dalam PdP masa kini.

7
Rumusan
Kemajuan teknologi digital dalam pelbagai sektor semakin berkembang seiring dengan waktu
Pembelajaran digital ini sudah menjadi keperluan dalam global, bidang pendidikan. Seiring dan
bertepatan dengan transformasi pendidikan negara, warga pendidik harus menempuh segala
halangan dan cabaran pembelajaran digital demi melonjakkan kemenjadian modal insan
menghadapi dunia alaf baru. Pelbagai usaha telah dilaksanakan supaya kehidupan rakyat boleh
dikekalkan kesejahteraannya. Ibu bapa, guru dan semua pihak yang terlibat perlulah
memainkan peranan yang penting bagi memastikan proses pendigitalan pendidikan dapat
dilaksanakan dengan baik selaras dengan matlamat KPM bagi mewujudkan Pembangunan
kesejahteraan dan yang seimbang dengan pembangunan digital. Akhir kata, dipercayai segala
usaha yang dilaksanakan akan dapat memperlihatkan kesannya apabila transformasi
pendidikan dijadikan wadah dalam pendidikan masa kini.

8
Rujukan

Wai-Cook, Misty S.S. (2020). The reality of home-based learning during Covid-19: roles of
parents, teachers, and school administration in promoting self-directed learning. Journal of
School Administration Research and Development, 5(2), 86-92.

Nuraimi Kamis & Fariza Khalid. (2017). Kekangan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Prasekolah. Simposium
Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

Khalissafri & Mohd Isa (2023). Pendigitalan Pendidikan: Kesediaan dan cabaran terhadap murid
dalam pembelajaran.Qalam international journal of Islamic and humanities research
Idawarna, Rashidah,Syahida, Kartini & Roslan (2022) Isu dan Cabaran Pembelajaran Digital
dalam Transformasi Pendidikan Negara Pasca Covid-19. Jurnal Pendidikan bitara Upsi.
Amirul & Hafizhah (2021). Isu dan cabaran guru Pendidikan Islam dalam penerapan Pendidikan
digital. International Journal of Advanvced research in Islamic studies and education (ARISE)
Angelia & Khairul (2022). Cabaran Mengaplikasi Kaedah E-pembelajaran di Sekolah Luar
Bandar Semasa Pandemik Covid-19: Dari Perspektif Guru. Jurnal dunia Pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai