Anda di halaman 1dari 5

Dalam kemodenan dan kecanggihan teknologi dalam era globalisasi ini telah banyak

mengubah cara manusia berinteraksi, daripada interaksi secara bersemuka kepada interaksi
secara dalam talian. Kewujudan platform media sosial seperti Whatapps, Facebook,
Instagram dan lain-lain telah banyak membantu manusia untuk berkomunikasi secara dalam
talian. Selain berkomunikasi, media sosial ini juga berperanan penting sebagai platform
penyampaian maklumat dan ilmu kepada masyarakat kerana media sosial merupakan
platform berpengaruh. Media sosial ini boleh membawa kepada kesan negatif sekiranya
disalah guna. Dalam media sosial kita seharusnya mematuhi etika penulisan dan
menggunakan bahasa yang betul supaya setiap penyampaian kita mudah difahami.

Etika merupakan peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan sesuatu komunikasi dan
penyebaran maklumat di platform media sosial itu berjalan dengan baik. Pematuhan etika
dalam komunikasi ini sangat penting bagi membentuk cara berkomunikasi dan penyampaian
sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Jadi, penggunaan etika dalam komunikasi di
media sosial adalah satu aspek yang sangat penting dalam membangunkan lingkungan
online yang positif,inklusif dan bermartabat.

Antara etika yang perlu dipatuhi semasa berkomunikasi atau menyampaikan maklumat
dalam media sosial ialah kita perlu memastikan maklumat yang disampaikan itu adalah
sahih. Fungsi media sosial sering disalah guna oleh segelintir pihak yang menggunakan
platform media sosial ini untuk menyebarkan maklumat yang palsu dan tidak berfaedah
sebagai contoh isu COVID-19, bencana alam, dan isu MH370. Kesan buruk penyebaran
maklumat palsu ini boleh mengundang kemarahan dan menimbulkan fitnah kepada
sesetengah pihak. Dengan wujudnya berita palsu ini ia telah menyukarkan segelintir pihak
lain untuk meyebarkan maklumat yang benar kerana minda pembaca sudah diracuni oleh
maklumat palsu yang lebih berpengaruh. Menurut Bredan Nyhan dan Jason Reifler,
Seseorang itu akan cenderung menolak untuk mempercayai maklumat yang lebih yakih
kesahihannya walaupun maklumat tersebut mempunyai fakta yang lengkap.

Laras bahasa memainkan peranan yang penting apabila kita ingin menentukan bahasa
yang sesuai untuk digunakan berdasarkan situasi dan keadaan semasa. Sesuatu laras
bahasa itu dapat dibezakan melalui bahan atau isi yang dibincangkan dalam sesuatu
peristiwa berlangsung. Kesilapan penggunaan laras bahasa yang salah boleh menjejaskan
kefahaman pembaca. Sebagai contoh penggunaan laras bahasa yang tidak formal dalam
penulisan berita di media sosial oleh pentadbir laman Facebook rasmin Polis Daerah
Penampang. Penggunaan bahasa yang tidak formal menyebabkan pembaca atau rakyat
biasa kurang peka terhadap berita yang disampaikan kerana mereka beranggapan berita itu
tidak penting. Selain itu, terdapat juga leksikal yang hanya difahami oleh sesetengah
masyarakat misalnya orang yang berpendidikan atau mempunyai pangkat yang tinggi. Hal
ini kerana, pemahaman terhadap sesuatu bahasa pertuturan adalah sangat penting bagi
menjamin intipati perbualan dapat difahami dengan jelas. Pengunaan laras bahasa yang
berbeza dapat mewujudkan sikap prasangka di mana maksud sebenar perbualan tidak
dapat difahami.

Akhir sekali, etika yang perlu dipatuhi dalam komunikasi di media sosial ialah pengguna
media sosial tidak menggunakan bahasa-bahasa yang kesat. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa ledakan teknologi maklumat dan komunikasi ini telah mendorong dalam
penggunaan bahasa yang kasar. Sebagaimana yang diketahui, media sosial kini tidak hanya
digunakan oleh orang dewasa, malah ia melibatkan pelbagai lapisan umur bermula daripada
umur 12 tahun hingga 70 tahun. Hal ini, boleh memberikan contoh yang tidak baik dan boleh
mempengaruhi norma bahasa dan perilaku pengguna media sosial di generasi akan datang.

Seterusnya, Kesalahan berbahasa dalam berkomunikasi dan penyampaian ilmu di media


sosial juga perlu diambil berat. Menurut Hanissha Hasyim (2021) alat komunikasi yang
paling berkesan adalah bahasa. Bahasa merupakan alat untuk merumuskan sesuatu
maksud, mewujudkan Kerjasama, melahirkan perasaan dan merancang masa depan. Oleh
itu, dalam berkomunikasi atau menyampai sesuatu kita perlu merancang untuk
menggunakan bahasa yang bersesuaian supaya perkara yang hendak disampaikan itu
mudah untuk difahami. Kesalaham bebahasa yang sering dilakukan oleh pengguna media
sosial ialah penggunaan campuran bahasa, penggunaan bahasa singkatan yang sukar
difahami dan ada juga sesetengah yang menggunakan bahasa slanga.

Penggunaan bahasa campuran atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak ini semakin
berleluasa dalam platform media sosial. Kesan penggunaan bahasa rojak dalam media
sosial ini boleh menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Buktinya, masih
terdapat pelajar yang menggunakan bahasa rojak dalam peperiksaan bahasa Melayu.
Perkara ini berlaku kerana mereka terpengaruh dengan pengguna-pengguna media sosial
yang lain. Oleh itu, penggunaan bahasa yang betul dalam media sosial amat penting
terutamanya dalam penyampaian ilmu agar penggunaan bahasa Melayu dapat
dimartabatkan.

Penggunaan bahasa singkatan atau lebih dikenali sebagai Short form semasa
berkomunikasi di media sosial sudah menjadi kebiasaan kepada pengguna-penggunanya.
Bahasa singkatan ini bukan sahaja merosakkan bahasa kita, malah ianya juga berpontensi
untuk mewujudkan maksud yang berbeza. Kalau kita dapat lihat, penyampaian ilmu di media
sosial juga masih terdapat segelintir pihak yang menggunakan bahasa singkatan.
Penggunaan bahasa singkatan ini boleh menyebabkan pembaca sukar untuk memahami
apa yang hendak disampaikan dan terpaksa membacanya dengan berulangkali. Walaupun
sebutan perkataan sama tetapi ejaannya sangat mengelirukan para pembaca. Disebabkan
sering menggunakan bahasa singkatan dalam media sosial.

Intihanya, sudah terang lagi bersuluh pelanggaran etika dan kesalahan berbahasa dalam
komunikasi media sosial ini telah memberi impak negatif yang signifikan kepada
penyampaian ilmu. Gejala ini perlu dibendung supaya penyampaian sesuatu maklumat itu
mudah difahami dan tidak mengguriskan hati mana-mana pihak. Oleh itu, pihak
bertanggungjawab boleh memainkan peranan penting dengan melakukan aktiviti kesedaran
tentang pelanggaran etika dan kesalahan berbahasa dalam media sosial agar kita dapat
melahirkan golongan yang lebih positif. Pihak sekolah terumatanya guru-guru bahasa
Melayu juga perlu membantu dalam mengatasi isu ini dengan memfokuskan penggunaan
tatabahasa dan budi bahasa murid serta membetulkan kesalahan mereka agar mereka
sedar tentang kesalahan itu dan tidak akan mengulanginya.

Samda a sdsfdsff as sdsafdfdaafadf afafadvcvxc dsfaffadfgadfgdf agfgdfagdfagdfd affggagf


xxxxxxxx xxxxxxx xxxxxxx \ Xsdasdksdh hhsahiashdhfhd dshfjdshf dsnckjdns ds cd
sfdshfhds sdsdi husd usdxxxx xxx idnidsnidsnsd jcsuidvd vjdi dsc asdh vsdh cisd vicds
LLAMPIRAN

Rajah 1: laras bahasa tidak formal

Rajah 2: Penggunaan bahasa kesat

Rajah 3: Penggunaan bahasa rojak


Rujukan

Anda mungkin juga menyukai