Anda di halaman 1dari 4

2.

0 PENGENALAN

Kesantunan merupakan suatu nilai yang wujud dalam setiap masyarakat. Walaupun
berbeza bahasa dan percakapan, agama serta bangsa, kesantunan merupakan pengukur
diri sesorang untuk diterima atau sebaliknya dalam kehidupan sosial. Menurut Kamus
Dewan (1984), santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
Awang Sariyan (2007) pula memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara.

Bentuk dan jenis kesantunan terbahagi kepada empat jenis iaitu kesantunan verbal,
kesantunan non-verbal, kesantunan penulisan dan kesantunan lisan. Tugasan ini telah
memberi fokus mengenai isu-isu kesantunan berbahasa dari segi lisan dan penulisan.

2.1 ISU PENDIDIKAN

Malaysia sedang berhadapan dengan isu-isu sosial yang semakin serius dan
membimbangkan semua lapisan masyarakat. Ini adalah disebabkan pengaruh laman-laman
sosial seperti facebook, twitter, whatsapp dan tidak dilupakan juga televisyen yang sering
membawa imej yang negatif terhadap golongan remaja khasnya para pelajar.

Terdapat banyak isu dalam bidang pendidikan yang telah membawa kepada kesan
yang negatif. Isu-isu tersebut sering dikaitkan kepada guru-guru yang tidak mengajar
dengan betul anak- anak muridnya. Pada masa kini, sering kita lihat dalam kalangan murid-
murid di sekolah tentang penggunaan bahasa rojak dalam penulisan di sekolah. Bahasa
yang digunakan di dalam penulisan di sekolah adalah tidak ‘standard’ dan rojak. Murid-murid
juga sering mencampur-adukkan bahasa di percakapan seharian mereka ke dalam
penulisan mereka kerana mereka. Bahasa penggunaan harian selalunya adalah tidak
standard dan tidak boleh diguna pakai dalam penulisan yang formal. Sebagai contoh,
‘hendak’ menjadi ‘nak’. Selain itu, mereka juga turut menggunakan bahasa-bahasa yang
kasar dalam penulisan mereka contohnya seperti ‘mampus’ dan ‘kurang ajar’

Di samping itu, tahap hormat antara murid dan guru di sekolah juga kian merudum
pada masa kini disebabkan kurangnya rasa hormat terhadap guru-guru yang telah mengajar
mereka. Situasi ini amatlah berbeza dengan zaman dahulu, para pelajar akan menghormati
dan memuliakan guru mereka. Pada hari ini, mereka dengan sesuka hatinya memanggil
guru-guru dengan panggilan ‘aku’ dan kau. Sesetengah murid-murid menganggap guru-guru
seperti kawan mereka sendiri dengan tidak rasa bersalahnya melemparkan kata-kata kesat
kepada guru mereka apabila mereka tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara.

Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru kita hendaklah menerapkan nilai-nilai
murni yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid lebih
mempunyai sikap hormat-menghormati terhadap guru-guru dan orang lain.

2.2 ISU MEDIA DAN TEKNOLOGI

Laman sosial seperti instagram, whatsapp, facebook, twitter dan viber kini sedang
menjadi laman yang paling dikunjungi ramai setiap hari. Penggunaan media sosial pada
masa kini tidak mengira peringkat umur lagi dek kerana zaman telah berubah kepada zaman
teknologi di hujung jari. Laman sosial yang dulunya bertujuan sebagai penghubung dan
penyebaran maklumat kini telah bersimpang jauh daripada tujuan yang sebenar. Hal ini
dapat dilihat apabila terdapat banyak perkara negatif yang timbul di laman-laman sosial.

Sebagai contoh, laman sosial seperti facebook yang dulunya bertindak sebagai
medium penyebaran maklumat kini telah bertukar kepada medium penyebaran info-info
palsu dek kerana kuasa viral yang kian menular dalam masyarakat kita pada hari ini. Berita-
berita yang dipamerkan dan diviralkan kadang-kala adalah cerita yang tidak sahih yang
direka-reka ataupun ditokok tambah dengan bertujuan untuk mendapatkan publisiti dan
populariti murahan dalam kalangan pembacanya.

Penyebaran info-info palsu ini telah bercanggah dengan konsep kesantunan


penulisan yang tujuannya adalah supaya pembacanya mendapat info ataupun input
daripada pembacaan yang dilakukan. Golongan seperti ini tidak seharusnya menyebarkan
khabar angin yang dilihat seperti cerita tanpa bukti, kerana ia merupakan satu kesalahan
dan selain daripada menjadikan sesorang tidak berintegriti. Hasutan mungkin akan
menyebabkan konflik antara pelbagai kaum dan menjejaskan keharmonian masyarakat
sejagat. Selain itu, khabar angin yang tak betul akan menyebabkan masyarakat memandang
sesuatu perkara atau seseorang dengan salah. Oleh itu, kita haruslah mengelakkan amalan
hasutan ataupun penyebaran info palsu bagi mengekekalkan keamanan negara Malaysia.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya
ialah ibu bapa seharusnya memantau tingkah laku dan gerak geri anak–anak mereka
supaya tidak terlibat dengan penyebaran info-info palsu di laman sosial mereka. Selain itu,
pihak bertanggungjawab seharusnya mengambil tidakan terhadap golongan yang sering
membuat onar dengan menyebarkan cerita-cerita palsu di media atau laman sosial supaya
tidak timbul pergaduhan disebabkan isu salah faham.

2.3 ISU PERTEMBUNGAN BUDAYA

Pada zaman yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, banyak bahasa barat
telah bercampur dengan bahasa kita. Sebagai tamsilannya ialah “Minggu depan kita pergi
shopping”. Hal ini membuktikan bahawa betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita.
Bahasa Melayu yang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari
barat menjadi satu cara percakapan yang baru. Kadang-kadang sesetengah orang yang
bercakap menggunakan bahasa baku dipulau kerana mereka dianggap tidak maju seiring
dengan arus kemajuan global

Sebenarnya, percampuran bahasa yang digunakan bukanlah sesuatu yang buruk


atau salah, kerana bahasa barat lebih kerap digunakan. Namun cara percakapan yang
kasar dan negatif turut dicampur ke dalam bahasa Melayu kita. Kebanyakkan golongan
remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan
maruah diri sendiri kononnya mereka sudah matang, padahal mereka tidak sedar bahawa
mereka akan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri.

Namun, terdapat banyak contoh perkataan barat yang kasar dan negatif yang
diambil seperti ‘wth’ yang disingkatkan daripada perkataan ‘what the hell’ dan ‘shit’ yang
sering digunakan oleh golongan remaja. Golongan remaja pada masa kini menganggap
ianya suatu trend yang seharusnya diikuti supaya tidak dianggap ketinggalan zaman. Di
negara barat perkataan-perkataan tersbut dianggap biasa tetapi berlainan pula di negara-
negara timur yang mempunyai nilai kesantunan masyarakat yang tinggi. Di Malaysia
perkataan tersebut adalah dikira sebagai mencarut dan dianggap bahasa kesat dan boleh
menjatuhkan maruah diri. Proses peniruan bahasa dan percakapan ini dapat dilihat apabila
banyak filem-filem barat yang telah masuk ke negara kita dan telah ditayangkan dengan
begitu banyak sekali. Kesannya, ramai golongan remaja yang mengikut trend-trend barat
dalam kehidupan seharian mereka.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan seharusnya mengehadkan filem-filem


barat yang berunsur keganasan ini supaya golongan remaja ini tidak terikut-ikut dengan
pengaruh budaya barat yang agak kasar berbanding budaya timur yang lebih sopan. Selain
itu, ibu-bapa juga seharusnya memastikan dan memantau anak-anak mereka dengan bahan
tontonan yang baik dan elok ketika di rumah agar masalah peniruan bahasa yang kurang
baik ini dapat diatasi.

Oleh itu, kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita kerana
kesantunan bahasa mencerminkan identiti sesebuah bangsa dan negara. Di samping itu, hal
ini sangat penting untuk mengekalkan amalan tradisional kita supaya bahasa Melayu dapat
terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.

2.4 KESIMPULAN

Tuntasnya, semua golongan seharusnya mengambil peranan masing-masing dalam


memastikan isu kesantunan berbahasa ini dapat dikurangkan. Hal ini kerana, sopan santun
sesuatu bangsa dan masyarakat itu melambangkan sesebuah negara itu. Apabila rosaknya
bangsa tersebut, maka negara akan menghadapi masalah yang lebih besar pada masa
akan datang dengan pelbagai masalah sosial lagi.

Anda mungkin juga menyukai