Anda di halaman 1dari 34

ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR

PENGHAYATAN DAN AMALAM NILAI MURNI


CLO4
Menilai elemen sosial yang
mencabar terhadap amalan nilai-
nilai murni dalam masyarakat
Malaysia. (C5, PLO3, CTPS4)

PENDAHULUAN
Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina
di atas kecemerlangan tamadun kebendaan
semata-mata tetapi metilah diiringi dengan
kemajuan spiritual dan akhlak.
Untuk membina tamadun manusia mestilah
dalam seluruh program pembangunannya
tidak mengabaikan nilai akhlak.
Elemen-elemen yang mencabar
penghayatan dan amalan nilai murni perlu
diketahui agar dapat disediakan langkah-
langkah pencegahan bagi memastikan nilai
dan akhlak remaja kita berada pada tahap
Usaha untuk membina tamadun manusia
memerlukan satu pendekatan yang holistik
dan sepadu. Tamadun manusia tidak boleh
hanya dibina di atas kecemerlangan tamadun
kebendaan semata-mata tetapi metilah diiringi
dengan kemajuan spiritual dan akhlak.
Menurut Arnold Toynbee: agama adalah nadi
dan inti kehidupan. Ia adalah cahaya
penerang jiwa dan manusia tidak lepas dari
agama. Idealogi-idealogi tidak mampu
menjadi alternatif kepada agama, kerana
idealogi memberi sifat finatiksime dan
kebencian.
agama memberi kita rasa cinta
dan kerja sama.Bangsa yang
bertamadun adalah bangsa yang
telah mencapai kehalusan
tatasusila dan mempunyai
kebudayaan yang luhur bagi
seluruh anggota masyarakatnya.
Justeru untuk membina tamadun
manusia mestilah dalam seluruh
program pembangunannya tidak
mengabaikan nilai akhlak.
KESAN ELEMEN-ELEMEN YANG
MENCABAR PENGHAYATAN DAN AMALAN
NILAI MURNI
Elemen Mementingkan Kebendaan
Mementingkan kebendaan adalah antara
elemen-elemen yang mencabar
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.
Ibn Khaldun dalam Kitab Muqadimmahnya
yang menyebut kemusnahan sesuatu
tamadun ditandai dengan beberapa
perkara, iaitu banyaknya kemewahan,
kehidupan penuh dengan hiburan dan
perhiasan......
Ibu bapa dan masyarakat semakin
mementingkan kebendaan kerana
Menurut Pensyarah Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Putra Malaysia,Dr.
Mohd. Yusof Saari,
pertumbuhan kadar gaji dan
upah pendapatan yang tidak
selari dengan kenaikan kos sara
hidup menyebabkan sebilangan
warga kota cenderung melakukan
lebih daripada satu pekerjaan.
contoh
Seorang ayah yang bertugas sebagai
seorang guru mungkin banyak
mengendalikan kelas-kelas bimbingan
untuk menambahkan pendapatannya.
Di manakah masanya untuk bergaul
serta berinteraksi dengan anak-anaknya?
Setelah selesai mengajar kelas-kelas
bimbingan, dia akan merasa letih serta
kurang berupaya untuk melayani anak-
anaknya dari segi sosio emosi dan
intelek.
contoh
Seorang ibu yang bersikap materialistik
pula sentiasa merancang cara-cara
menambahkan pendapatan dengan
menjual insurans nyawa, alat-alat solek,
jualan langsung (direct selling) seperti
Amway, CNI, Shaklee, Coasway dan lain-
lain, pelbagai jenis barangan kegunaan
rumah dan sebagainya.
Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut
tidak dapat memberikan asuhan dan
didikan sebaik-baiknya kepada anak-
anaknya.
contoh
Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung
memang tidak dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu
bapa yang amat sibuk itu.
Keluarga yang ibu bapanya sibuk memang tidak
dapat memupuk nilai kejiranan.
Ini nyata dilihat di kalangan penghuni di kawasan
perumahan di mana sapa-menyapa jarang berlaku,
masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
Unsur produktiviti ditekankan di firma, kilang dan
pejabat. Produktiviti yang tinggi membawa kepada
pendapatan yang tinggi.
Jika boleh setiap majikan cuba menggantikan tenaga
buruh dengan jentera tanpa memikirkan soal belas
kasihan terhadap pekerja yang diberhentikan.
contoh
Pekedai runcit cuba memaksimumkan
keuntungannya. Dia cuba menggunakan beberapa
penipuan seperti membekalkan barangan dengan
timbangan berat yang tidak mencukupi,
mencampurkan gred beras yang kurang baik
dengan yang baik serta menyorokkan sesuatu
barangan yang dijangka harganya akan naik
Nyatalah pekedai itu tidak mempunyai sikap belas
kasihan, tidak bertimbang rasa serta tidak jujur.
Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-
anggotanya bersaing untuk memiliki rumah yang
lebih besar, jenis kereta yang lebih besar dan
lebih berjenama, dan kerap pergi melancong.
Oleh itu, kita dapati terdapat kes-kes seperti
doktor yang mengenakan beribu-beribu ringgit
setiap kali mengendalikan kelahiran bayi,
penguam yang menipu dan menyalahgunakan
wang pelanggannya serta pengurus-pengurus
yang menyalahgunakan wang ahli-ahli koperasinya
yang terdiri di kalangan orang miskin-miskin,
kerani-kerani bank, akauntan-akauntan bank dan
ahli-ahli politik menggelapkan wang dan
sebagainya.
Contoh-contoh ini menyatakan bahawa penekanan
terhadap kebendaan telah menyebabkan nilai
moral dan keagamaan diketepikan.
Aspek Sikap Yang Tidak
Bertanggungjawab

Dr. Gustave Le Bon menyatakan sebab-sebab


kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya
dekadensi atau kerosakan moral yang
berpunca daripada sikap tidak
bertanggungjawab membudaya pada bangsa
itu (Muqdad Yaljan, 1986).
Aspek tidak bertanggungjawab ini boleh
dipecahkan kepada 2 iaitu, tanggungjawab
terhadap diri dan orang lain dan
tanggungjawab terhadap harta benda.
Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap
orang lain seringkali dikaitkan dengan sikap
mementingkan diri sendiri.
Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita dapati
pelbagai situasi yang menonjolkan sikap tidak
bertanggungjawab. Telefon awam yang
dicabut gagangnya serta membuang sampah
sarap merata-rata tempat jelas menunjukkan
sikap tidak bertanggungjawab.
Amalan-amalan seperti ini juga dikaitkan
dengan kegiatan pelajar-pelajar yang
bertingkah laku anti sosial. Di samping amalan
tersebut, pelajar juga didapati menconteng
dan menulis tidak tentu arah di atas meja dan
kerusi mereka.
contoh
Lakaran-lakaran lucah, mengutuk, mengeji, menghina
dan mengata guru dan pensyarah kadangkala terdapat
di dinding-dinding tandas. Kertas pembalut coklat, gula-
gula dan keropok sentiasa terdapat di bahagian bawah
meja mereka.
Pelbagai garisan didapati di permukaan meja dan
kerusi mereka. Sesetengah pelajar tidak berusaha untuk
memadamkan lampu dan kipas apabila bertukar kelas
atau keluar daripada kelas.

Air paip di tandas dan di bilik air kadang kala sengaja


tidak ditutup selepas digunakan.
Amalan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab dan
membazirkan api dan air.
Contoh isu

Ada pula pelajar yang meludah di


merata-rata tempat atau mengesat
hingus merka di penjuru-penjuru atau
dinding-dinding bilik kuliah
Satu amalan yang juga tidak
bertanggungjawab dan kerap berlaku
kepada pelajar ialah cara di atas kerusi
Mereka gemar duduk secara
menonggengkan kaki kerusi
menyebabkan kaki kerusi mudah rosak.
Contoh isu
Kerja-kerja kursus yang disuruh oleh
pensyarah adakalanya tidak dibuat atau
disiapkan dengan sempurna. Sesetengah
pelajar gemar menghabiskan masa di
kompleks-kompleks membeli belah
seperti Jaya Jusco, Parkson Grand dan
Ipoh Parade daripada menghadiri kelas
dan kuliah, dan masalah ini jugalah yang
menyebabkan mereka tidak membuat
dan menyiapkan kerja kursus yang telah
diberikan dengan sempurna.
KESAN TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB
Individu yang tidak
bertanggungjawab akan terus
terjerumus ke dalam kancah
masalah sosial jika tidak dibentuk
dengan betul.
Sikap tidak bertanggungjawab ini
akan menghancurkan diri individu
itu sendiri tanpa ada sebarang
tolak ansur.
JURANG GENERASI
(GENERATION GAP)
Dalam sesebuah masyarakat yang serba
moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi
oleh pelbagai fesyen pakaian dan rambut,
muzik, gaya perjalanan dan sebagainya.
Oleh kerana pengaruh-pengaruh seperti ini,
maka timbullah jurang generasi di antara
ana-anak dengan ibu bapa.
Tahukah anda apakah jurang generasi?
Biasanya jurang generasi merujuk kepada
perbezaan pandangan dan idea yang wujud
di antara generasi muda dengan generasi
tua.
Contoh
seorang anak gemar memakai seluar yang berfesyen baggy
atau bokat.
Menurut ayahnya, pakaian seperti itu tidak sesuai kerana
seluar itu terlalu besar kakinya.
Dengan itu, perselisihan faham akan timbul di antara ayah
dengan anaknya.
Dalam satu contoh yang lain, seorang anak mungkin ingin
mengikut fesyen rambut rakan-rakannya ataupun rambut
kumpulan popular yang digemari seperti berambut panjang
ala penyanyi rock.
Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut
agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.
Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang
perlahan atau jenis instrumental dan lagu lama seperti
dedangan Saloma dan S.M Salim tetapi si anak lebih meminati
lagu berunsur pop dan rock seperti Siti Nurhaliza dan Awie.
Contoh isu
program televisyen. Si ayah mungkin lebih
meminati program seperti Berita Dunia Jam 10
tetapi si anak mungkin lebih gemar menonton
filem-filem Inggeris.
Contoh-contoh di atas memang menunjukkan
situasi-situasi di mana perselisihan faham mudah
timbul di antara ibu bapa dengan anak-anaknya.
Ia timbul kerana jurang generasi yang wujud itu.
Sekiranya langkah tidak diambil untuk
mengatasi masalah ini, maka timbullah situasi di
mana anak tidak ingin balik ke rumah lagi.
Mereka lebih gemar berfoya-foya di pusat
membeli-belah dan pusat-pusat hiburan.
untuk mengatasi jurang generasi, dapat
dilakukan dengan cara-cara berikut:

Menerangkan kepada anak apa yang


dikatakan tidak sesuai sama ada
pakaian, fesyen rambut atau jenis lagu
yang dipilih itu.
Cuba timbulkan kesedaran tentang
nilai-nilai dan norma-norma masyarakat
kita.
Tingkatkan lagi pengetahuan agama
dan pegangan moralnya.
Ambil tahu jenis rakan yang
didampinginya.
sambungan
Izinkan keperluan dan permintaannya yang
berpatutan seperti keinginan untuk menghadiri majlis
keraian.
Libatkan diri dalam permainan yang digemari anak-
anak seperti permainan catur, monopoli, badminton,
bola sepak dan sebagainya. Ini akan merapatkan
hubungan diantara ayah dengan anak-anak.
Sekiranyausaha-usaha yang sesuai diambil
oleh orang dewasa yang lain, maka jurang
generasi akan dapat dirapatkan. Perhubungan
ibu-bapa dengan anak yang mesra akan
mewujudkan suasana keluarga yang lebih
harmonis. Lantaran itu masalah-masalah
antisosial akan dapat dikurangkan
PERBEZAAN KELAS DAN
STATUS
Dalam sesebuah negara yang sedang
membangun, tidak dapat dinafikan bahawa ada
golongan individu yang memperoleh pendapatan
yang lebih berbanding dengan golongan yang lain
Pendapatan yang diperoleh sebenarnya
bergantung pada jenis aktiviti ekonomi yang
dikendalikan.
Lazimnya, para peniaga dan pengarah
pengurusan tergolong dalam kumpulan
berpendapatan tinggi.
Ahli-ahli professional seperti doktor, penguam,
arkitek dan akuantan yang mengendalikan firma-
firma sendiri juga tergolong dalam kumpulan ini.
Sebaliknya, pekerja-pekerja biasa di pejabat
dan operator di kilang ataupun penjaja kecil
digolongkan sebagai kumpulan individu yang
berpendapatan rendah.
Dengan ini jelaslah terdapat perbezaan kelas
yang wujud antara kumpulan berpendapatan
tinggi dan kumpulan yang berpendapatan
rendah.
Lazimnya, individu yang berpendapatan tinggi
berupaya memakai kereta mewah, duduk di
kawasan perumahan yang eksklusifdan
memakai pakaian yang berjenama dan mahal.
Kesemua ciri ini dikaitan dengan status yang
tinggi. Dengan itu, teranglah bahawa individu yang
berpendapatan tinggi juga berstatus tinggi. Dalam
kehidupan seharianm perbezaan kelas atau status
sentiasa ditonjolkan sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Keadaan seperti ini kurang
sihat dan ia boleh menjejaskan perpaduan satu-
satu komuniti atau masyarakat. Kerajaan telah
mengambil langkah untuk mengatasi masalah
perbezaan kelas. Langkah-langkah membasmi
kemiskinan dibahagikan kepada dua kategori
berikut:
Kemiskinan di luar bandar
Kemiskinan di bandar
Langkah kerajaan untuk mengurangkan
kemiskinan di luar bandar menitikberatkan
petani, pekebun kecil getah dan kelapa,
nelayan, buruh ladang, penduduk
kampong baru dan buruh kasar.
Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh
beberapa buah badan berkanun seperti
RISDA, FELDA, MADA FELCRA dan KADA.
Selain badan-badan kanun tersebut,
Gerakan Koperasi juga menyediakan
bantuan.
Langkah-langkah bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan
pembangunan tanah-tanah baru, bantuan alat pertanian,
khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit,
pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru.
Objektif utama ialah untuk menambahkan pendapatan rakyat.
Strategi untuk mengurangkan kemiskinan di bandar
ditumpukan pada perkembangan guna tenaga yang produktif.
Kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih meluas
berhubung dengan peluang-peluang pekerjaan serta
memperbaiki untuk memperolehi kemudahan awam yang asas
untuk mempertingkatkan taraf hidup.
Melalui langkah-langkah tersebut, perbezaan kelas dan status
sememangnya akan dapat dikurangkan.
Apabila keadaan tersebut dicapai, perpaduan rakyat negara
kita akan terus terjamin.
Ledakan laman social dan Aspek Media
Massa

Dengan bermotifkan keuntungan,


sesetengah media massa seolah-olah
tidak menghiraukan langsung bahawa
program-program, tulisan, rancangan-
rancangan yang disajikan dan bahan-
bahan yang dipaparkan kepada
golongan massa membawa wujudnya
sikap hedonisme, budaya permissive
atau kebebasan yang bercanggah
dengan agama dan budaya masyarakat.
Akibatnya golongan remaja hari
Aspek Pembangunan Negara Dari Sudut
Sosio-ekonomi

Kesan positif dari pembangunan ini memang


tidak dinafikan, tetapi kesan negatifnya tetap
ada, antaranya berlaku peningkatan gejala sosial
di dalam masyarakat.
Krisis moral ini berlaku apabila sesetengah pihak
hanya melihat pembangunan itu dari perspektif
kebendaan semata-mata atau bertujuan untuk
memaksimakan keuntungan.
Untuk menyelesaikan masalah di atas, kita harus
kembali kepada konsep pembangunan Islam
yang holistik, iaitu meliputi aspek-aspek moral,
spiritual dan material.
Pembangunan harus berorientasikan kepada
peningkatan martabat manusia sampai ke
Kesan Daripada Keruntuhan Institusi
Kekeluargaan

Institusi kekeluargaan yang roboh adalah antara


elemen yang memberi cabaran utama
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.
Institusi kekeluargaan yang telah runtuh akan
mendatangkan masalah yang besar kepada
amalan nilai-nilai murni remaja kerana tidak ada
orang yang akan memberitahu dan mengajar
mereka apa yang baik dan apa yang buruk.
Umum mengetahui peranan pembentukan
akhlak masyarakat tidak hanya terletak kepada
institusi formal semata-mata tanpa diiringi dan
dibantu oleh institusi keluarga.
Institusi keluarga yang diterajui oleh bapa dan
ibu wajib memainkan peranan yang utama
Antara faktornya ialah kesan dari pembangunan
kebendaan dan pengaruh globalisasi yang
melahirkan manusia yang tidak mengambil
berat soal-soal agama dan bersifat kebendaan.
Akibatnya, terdapat ibu bapa yang tidak
menghiraukan sangat soal pendidikan agama
dan akhlak kepada anak-anak mereka.
Mereka beranggapan faktor utama kebahagiaan
itu terletak kepada kemewahan hidup.
Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga
perlu diberi latihan secukupnya bagi
mendedahkan mereka kepada tanggungjawab
suami isteri serta ilmu dalam mengurus rumah
tangga.
Golongan wanita juga perlu membuat
muhasabah peranan mereka yang utama pada
KESIMPULAN
Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kita
jangan alpa tentang kepentingan peranan
dan pemupukan nilai akhlak dalam
masyarakat.
Akhlak adalah pengukur kepada kemajuan,
kerana ia berperanan penting melahirkan
manusia yang mengamalkan nilai-nilai hidup
yang baik serta berperanan mencetus
kemajuan.
Pembentukan nilai akhlak harus menjadi
agenda nasional dan perlu kesepaduan
usaha dari semua pihak.
Untuk membina masyarakat yang berakhlak
Latihan

Hasrat kerajaan untuk


membangunkan nilai-nilai moral,
spiritual dan akhlak
sememangnya mempunyai
banyak cabaran dan rintangan.
Sebagai Insan guru buat
penilaian tentang elemen-elemen
yang mencabar terhadap amalan
nilai-nilai murni dalam

Anda mungkin juga menyukai