Anda di halaman 1dari 104

PEMBENTUKAN

MALAYSIA 1963 DAN


PEMISAHAN SINGAPURA
1965
DISEDIAKAN OLEH:
HOO KAI YUAN
NOR IZYAN SYAQIENA
JEEVA RUBYNI
PENGENALAN
Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Selepas merdeka, Tunku Abdul


Rahman telah mengemukakan
cadangan kepada Kerajaan British
supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan
Singapura digabungkan dengan
Persekutuan Tanah Melayu menjadi
Malaysia.
Pada 27 Mei 1961,Tunku Abdul Rahman Putra dalam
ucapannya kepada Persatuan Wartawan Luar Negeri
di Asia Tenggara di Hotel Adelph, Singapura
menyatakan bahawa:

Persekutuan Tanah Melayu sedar yang ia tidak boleh hidup bersendirian


dan berasingan.Oleh itu,adalah penting bagi Persekutuan Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura,Brunei,Sabah dan Sarawak untuk
membentuk Malaysia bagi merapatkan hubungan politik dan ekonomi.
Lambat laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan
rakyat Singapura,Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.Adalah agak terlalu
awal untuk dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu
mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah
ini dapat dibawa ke satu kesatuan politik dan ekonomi yang rapat,
FAKTOR
PENUBUHAN
MALAYSIA
1.ANCAMAN KOMUNIS
o Pengaruh komunis semakin merebak apabila anggota Parti
Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang
berhaluan kiri di bawah pimpinan Lim Chin Siong.

o Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan
Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang
semakin merebak di Singapura.

o Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya


Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu.
o Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin
akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan
Tanah Melayu.Oleh itu,jika Singapura bergabung dalam Malaysia,
pengaruh komunis dapat disekat.

o Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam


ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961.Tunku menyatakan :

While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open action by
the Communists, which might endanger the peace, and security of the Federation, but an
independent Singapore, anything could happen
(Mohd Noor Abdullah,1979)
2. FAEDAH YANG DIPEROLEH
OLEH SINGAPURA
Berkaitan dengan Rancangan Kerajaan British hendak memberi
kemerdekaan kepada Singapura, pemimpin Singapura berpendapat
bahawa Singapura tidak boleh hidup dengan sendirinya kerana
dijangka kedudukan ekonomi dan politiknya mungkin terancam
akibat daripada kemerdekaan diberi kepada Singapura.

Oleh yang demikian, kemerdekaan Singapura menerusi


percantuman dengan Tanah Melayu akan memberi jalan keluar
kepada Singapura.
Faedah lain yang boleh dipertimbangkan oleh Singapura
termasuklah :-

(a) Singapura dapat meluaskan industrinya di Tanah Melayu


(b) Singapura amat memerlukan Tanah Melayu sebagai
pembekal bahan mentah
(c) Boleh mendapat bekalan air dari Johor secara berterusan.
3.SEIMBANGKAN KAUM
Penubuhan Malaysia dapat membentuk
keseimbangan kaum.

Percantuman Singapura sahaja dengan Tanah


Melayu akan mengancam kedudukan orang
Melayu dari segi bilangan penduduk.
Sabah,Sarawak dan Brunei perlu digabungkan dalam Malaysia bagi
memastikan keseimbangan antara kaum bumiputera dan bukan
bumiputera.

Sabah : keluasan sekitar 29338 batu persegi

Sarawak : keluasan sekitar 48288 batu persegi

Brunei : kaya dengan bahan mentah


Komposisi Penduduk Berdasarkan
Etnik 1962
4.MEMPERCEPATKAN
KEMERDEKAAN
Pembentukan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak
serta Singapura untuk memperolehi kemerdekaan lebih awal.

Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960
yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan
melalui Resolusi 1514 (XV).
Tambahan pula, dalam tahun 1960,semasa Harold Macmillian berada
di Afrika, beliau telah mendesak Britain supaya lebih banyak tanah
jajahan Britain supaya lebih banyak tanah jajahan diberi kemerdekaan.

Gagasan pembentukan Malaysia juga bermakna negara yang masih


menjadi tanah jajahan Britain akan mendapat kemerdekaan dengan
Malaysia.

Sekiranya Sabah, Sarawak dan Singapura ingin mencapai


kemerdekaan dengan sendirinya, mungkin kemerdekaan itu tidak
tercapai atau mengambil masa yang lebih lama.Oleh itu, rancangan
penubuhan Malaysia adalah merupakan jalan pintas kepada Sabah
dan Sarawak untuk mencapai kemerdekaan.
5.EKONOMI
Perkembangan ekonomi tidak seimbang dalam
wilayah-wilayah Borneo, Tanah Melayu dan
Singapura.

Sabah dan Sarawak masih mundur sedangkan


perkembangan ekonomi Tanah Melayu,
Singapura dan Brunei sangat memuaskan.
Pembentukan Malaysia dapat memberikan
faedah ekonomi bersama bagi negeri-negeri
anggota Malaysia.
Berdasarkan negeri-negeri anggotanya, masing-masing
mempunyai potensi sendiri. Misalnya Singapura dengan
perdagangan antarabangsa, perusahaan dan
pelancongan; Brunei dengan hasil minyaknya; Sabah dan
Sarawak dengan hasil hutannya sementara Tanah Melayu
dengan hasil galian dan pertaniannya.

Dengan kekayaan yang dimiliki ini maka sumber-sumber


tersebut boleh dikembangkan untuk keuntungan negeri
dan juga kerajaan pusat.
SOALAN
1. APAKAH FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA
PEMBENTUKAN MALAYSIA ?

2. APAKAH FAEDAH YANG DIPEROLEH OLEH SINGAPURA


SEKIRANYA SINGAPURA BERGABUNG DENGAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU?

3. MENGAPAKAH EKONOMI SARAWAK DAN SABAH MUNDUR?


1. mempercepatkan proses kemerdekaan
- mengekang ancaman komunis
-membentuk kerjasama ekonomi
- mewujudkan keseimbangan kaum

2. Singapura dapat meluaskan industrinya di Tanah Melayu


- Singapura amat memerlukan Tanah Melayu sebagai pembekal bahan
mentah
- boleh mendapat bekalan air dari Johor secara berterusan

3. bentuk muka bumi yang bergunung-ganang


Keadaan Golongan Bumiputera di Sabah
dan Sarawak
Nordin Sopiee menyatakan bahawa penduduk
Bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh
dikelaskan sebagai Melayu.
Keadaan golongan bumiputera Sabah dan
Sarawak adalah jauh ketinggalan berbanding
dengan kedudukan golongan bumiputera yang
sama di Semenanjung Malaysia.
Golongan bumiputera di Sabah dan Sarawak
terbiar nasibnya di bawah pemerintah
penjajahan British.
Kaum pendatang dan orang asing yang datang
ke Sabah dan Sarawak yang berpendidikan
tinggi, sebahagiannya besar daripada mereka
memegang jawatan yang penting.
Sebahagian besar daripada jawatan penting
tersebut dipegang oleh pegawai British.
Golongan bumiputera sangat sedikit yang
mempunyai pelajaran tinggi.
Terdapat hanya sedikit daripada golongan
bumiputera yang berjaya di Tanah Melayu.
Mereka berhasrat untuk membantu golongan
Melayu dan golongan Bumiputera Sabah dan
Sarawak yang tidak mempunyai hak
keistimewaan dan kedudukan mereka yang
semakin merosot pada masa tersebut.
Sungguhpun kebanyakan penduduk Borneo
yang tidak beragama Islam dan bukan Melayu.
Namun masyarakat Melayu di Tanah Melayu
dan menganggap mereka sebagai saudara.
Malah mereka ingin memujuk mereka untuk
menyokong penubuhan Malaysia dan Parti
Perikatan.
Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam
gagasan Malaysia mengharapkan layanan yang
lebih isitimewa akan diberikan kepada
golongan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Langkah Ke Arah Penubuhan Malaysia
Cadangan penubuhan Malaysia oleh
Tunku Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman melawat Sabah dan
Sarawak untuk menerangkan konsep, tujuan,
matlamat penubuhan Malaysia.
Rundingan diadakan dengan pemimpin Sabah
dan Sarawak untuk membincangkan mengenai
pembentukan Malaysia.
Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM)
Penubuhan Malaysia tidak dapat lari daripada
masalah yang melibatkan masyarakat majmuk
dari segi perpaduan kaum di PTM dan
Singapura.
Bagi meminimumkan masalah berkaitan
dengan perpaduan dalam kalangan negeri-
negeri anggota, JPPM ditubuhkan.
JPPM ditubuhkan di Singapura pada 21 Julai
1961 oleh Donald Stephens.
Pembentukan JPPM merupakan satu kejayaan
diplomasi yang besar dan merupakan pembuka
jalan kepada rundingan-rundingan selanjutnya.
Usaha-usaha yang lebih giat telah dijalankan
oleh jawatankuasa ini melalui empat rundingan
yang telah dijalankan, iaitu

(i) 21 Ogos 1961 di Jeselton


(ii)18 Disember 1961 di Kucing
(iii) 6 Januari 1962 di Kuala Lumpur
(iv) 1 Februari 1962 di Singapura.
Dalam ke empat-empat rundingan ini, Brunei tidak menghantar
wakil dan pada tahun 1962 mereka telah menyatakan
pendirian bahawa mereka tidak berminat terhadap rancangan
ini.
Suruhanjaya Cobbold 1962
Ditubuhkan pada 16 Januari 1962.
Dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas
Gabenor Bank of England).
Ahli ahlinya terdiri daripada dua rakyat British
dan dua rakyat PTM iaitu Sir Anthony Abell dan
Sir David Watherston, Muhammad Ghazali
Shafie(pegawai kanan kerajaan Persekutuan)
dan Dato Wong Pow Nee(Ketua Menteri Pulau
Pinang).
Lord Cobbold
Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke
London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung
dari 21 23 november 1961.
Suruhanjaya ini menjalankan tinjauan dari 19 Februari sehingga
18 April 1962.
Dalam tempoh dua bulan ini, Suruhanjaya Cobbold telah
mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat iaitu 20 di
Sarawak dan 15 di Sabah.
Mereka telah menemui lebih kurang 4000 orang dan menerima
lebih kurang 2200 memorandum dan surat yang dikemukakan
daripada pelbagai pihak seperti lembaga bandaran, ketua-ketua
kaum, Majlis Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan,
dewan perdagangan dan pemimpin-pemimpin agama.
Laporan Suruhanjaya ini telah dikemukakan pada bulan Jun
1962.
Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa lebih kurang 80%
daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan
Malaysia dan hanya 20% yang tidak bersetuju.
Suruhanjaya turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan
syor -syor Perlembagaan Malaysia:

1.Nama persekutuan baru Malaysia


Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin
Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri
Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan
bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di
Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing
-masing
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
akan digunakan dalam hal-hal tertentu.
Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan
Tanah Melayu dan British dan pada 1 Ogos
1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan
Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963.
Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan
bagi merangka Perlembagaan Malaysia.
Pungutan Suara Singapura
Singapura merupakan negeri yang telah mencapai
taraf berkerajaan sendiri,maka tidak termasuk dalam
bidang penyiasatan Suruhanjaya Cobbold.
Pemimpin Singapura mengalu-alukan rancangan
penubuhan Malaysia dan kesediaan untuk
bergabung, namun kumpulan kiri dan Parti Barisan
Sosialis menentang hebat rancangan ini.
Bagi membuktikan bahawa tidak ada sebarang paksaan dalam
menyertai Malaysia oleh pihak Singapura ke atas rakyatnya,
maka satu pungutan suara telah dibuat dan mendapati bahawa
71 peratus penduduk Singapura memilih untuk menyertai
Malaysia.
Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk
bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau
pungutan suara dengan membuang undi kosong
Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas
Putih pada bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397
626 undi).
b. Pilihan B rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan
kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam
Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
c. Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah
yang hampir sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayahBorneo dengan
penyertaan ini (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).
Penganalisis sejarah mendakwa bahawa sokongan Singapura disebabkan
kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat bahawa tiada kemungkinan
taraf kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan
,perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak
bergabung dan ancaman komunis tidak akan dapat dibendung.

Secara Keseluruhannya, keputusan menunjukkan rakyat Singapura


bersetuju menyertai Malaysia dengan memilih syarat A. Iaitu pilihan yang
dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Setelah persetujuan telah dicapai di kalangan pemimpin
dan penduduk, satu usaha telah dijalankan bagi
merangka serta membentuk syarat pembentukan
kerajaan Persekutuan yang terperinci. Sehubungan itu,
pada Ogos 1963, Jawatankuasa Antara Kerajaan telah
dibentuk.
Ia dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dianggotai
oleh Tun Abdul Razak, Donald Stephen, Abang Haji
Mustapha, Temenggung Jugah, dan seorang wakil dari
Britain, serta seorang wakil dari Persekutuan Tanah
Melayu.
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan
Suruhanjaya Cobbold serta cadangan oleh Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas pada 9 Julai
1963.
Dalam jawatankuasa ini, pemimpin-pemimpin Parti Perikatan
Sabah mahukan kepentingan dan masalah rakyat Sabah yang
dikemukakan dan Tuntutan 20 dipertimbangkan. Tuntutan
tersebut antara lain mengandungi perkara-perkara yang
berkaitan dengan agama, pendidikan, imigresen, bahasa, dan
perwakilan ke Parlimen.
JAK telah menubuhkan lima jawankuasa kecil
bagi mengkaji dan meneliti aspek-aspek
perlembagaan, kewangan, perundangan,
kehakiman, dan organisasi jabatan.

Satu laporan telah dikeluarkan dan menjadi


asas kepada Perjanjian Malaysia. Penubuhan
Persekutuan Malaysia kemudiannya
diisytiharkan di Stadium Negara pada 16
September 1963
Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :

a. Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali
Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi
kelonggaran diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris
dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
c. Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan
negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan
pusat. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawakbahawa tujuan
Tanah Melayu bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
d. Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
e. Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15
buah kerusi.
Soalan
Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu
menjadi negara maju selaras dengan Cita-cita
Wawasan 2020?

Apakah ciri2 pembentukan bangsa negara?

Bagaimanakah pemimpin Negara kita Berjaya


mendapatkan kemerdekaan Negara tanpa
pertumpahan darah?
F1 Ekonomi maju
F2 Pendapatan tinggi
F3 Kestabilan politik
F4 Maruah bangsa
F5 Kemajuan ilmu
F6 Masyarakat penyayang
F7 Agihan ekonomi
F8 Perpaduan
- Penggunaan satu bahasa kebangsaan.
- Pengamalan kebudayaan kebangsaan.
- Penghayatan Rukun Negara dalam setiap
bidang kehidupan.
F1 Berkat kebijaksanaan pemimpin.
F2 Melalui rundingan.
F3 Melalui pakatan murni.
F4 Melalui tolak ansur antara tiga kaum yang
terbesar.
F5 pemimpin negara kita berpandangan
jauh.
REAKSI
NEGARA
LAIN
BRUNEI
Cadangan pembentukan Malaysia enggan diterima oleh negara Brunei.
Sikap ini dikatakan akibat daripada pemberontakan Parti Rakyat Brunei, sebuah
parti berhaluan kiri ke atas Brunei pada 7 Disember 1962.
Sultan Brunei menolak kemasukan Brunei dalam Malaysia kerana beberapa faktor
seperti :
1. Besar kemungkinan pemberontakan yang lebih buruk akan berlaku sekiranya
Brunei masuk ke dalam gugusan Malaysia.
2. Brunei enggan membayar cukai ke atas pendapatannya daripada minyak
seperti yang dicadangkan oleh kerajaan pusat Malaysia.
3. Sultan Brunei menolak kedudukannya dalam senarai raja yang akan
menjadi Yang di-Pertuan Agung. Baginda berpendapat patut diberi kedudukan yang
lebih tinggi.
Tinjauan yang dibuat oleh kerajaan Brunei sebelum ini menunjukkan
sebahagian rakyatnya tidak bersetuju dengan penyertaan Brunei ke dalam
Malaysia.
Bangkangan yang paling lantang adalah daripada A.M Azhari, Ketua Parti
Rakyat Brunei yang berhaluan kiri dan sangat berpengaruh.
A.M Azhari berkehendakan supaya kerajaan Kalimantan Utara diketuai oleh
Sultan Brunei dan mengandungi Brunei, Sabah dan Sarawak.
Oleh itu, Parti Rakyat telah cuba membawa satu usul menentang Malaysia
ke dalam Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei tetapi telah
ditangguhkan dari semasa ke semasa.
Oleh itu, pada 8 Disember 1962, Parti Rakyat Brunei telah mengadakan
pemberontakan terhadap kerajaan British tetapi dibatalkan oleh kerajaan
British.
Kemungkinan sesuatu yang tidak baik akan berlaku, oleh itu Sultan Brunei
membuat keputusan untuk tidak memasuki Malaysia.
SINGAPURA
Lee Kuan Yew
Parti Buruh

Ong Eng Guan


BORNEO UTARA DAN SARAWAK
Di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sambutan penduduknya
menggalakkan.
Mereka sedar bahawa penyertaan negeri mereka dalam Malaysia bererti
mereka akan bebas daripada kuasa British.
Mereka juga percaya ancaman komunis yang semakin membimbangkan
akan lebih mudah diatasi bersama di bawah satu pemerintahan baru.
Rakyat Borneo Utara dan Sarawak juga sedar tentang struktur penduduk
yang akan berbeza dalam negara baru itu.
Bagaimanapun mereka akan memberi satu sambungan kepada
keseimbangan kaum di Malaysia.
Tidak dapat dinafikan bahawa bersama dengan pandangan positif itu
terdapat juga kebimbangan tertentu.
Rakyat negeri-negeri itu berasa khuatir mereka akan hilang kekuatan akibat
dominasi Malaya.
Orang bukan Melayu khususnya takut didiskriminasikan iaitu tidak mendapat
layanan sama.
Perasaan ini timbul kerana kuasa politik dipercayai akan tertumpu di pihak
Kuala Lumpur.
Kebimbangan dominasi politik Malaya ini juga terdapat di kalangan orang
bukan Melayu.
Mereka khuatir kedudukan agama dan bahasa mereka akan terancam.
Kaum Cina pula takut akan tenggelam dalam persaingan ekonomi dengan
kaumnya di Singapura.
BRITAIN
Bagaimana pula sikap pihak British terhadap cadangan pembentukan
Malaysia?
Pada keseluruhannya pihak British menyetujui supaya negeri-negeri di
rantau ini bergabung bagi menubuhkan satu negara baru meskipun
perubahan ini bererti negeri-negeri di bawah naungan British akan
diserahkan kembali kepada rakyat asalnya.
Kerelaan British adalah berkait dengan langkah menjaga keselamatan
pelaburan mereka juga.
KONFRANTASI
MALAYSIA
Konfrantasi ialah istilah yang digunakan oleh Presiden Sukarno
pada 20 Januari 1963 bagi menunjukkan penentangan Indonesia
terhadap Malaya.

Subandrio (Menteri Luar Bandar) menyebut :


Now the President (Sukarno) has decided that henceforth we shall
pursue a policy of confrontation against Malaya. We have always
been pursuing a confrontation policy against colonialism and
imperialism in all manifestations. It is unfortunate that Malaya too
has lent itself to become tools of colonialism and imperialism. That
is why we are compelled to adopt a policy of confrontation.
Dakwaan Indonesia mengenai Malaysia :

1. Malaysia merupakan boneka yang dicipta oleh


Britain dan dibentuk tanpa memenuhi kehendak
rakyat.
2. Ancaman terhadap keselamatan Indonesia dan
keamanan seluruh Asia Tenggara.
3. Kesinambungan kepada pengaruh imperialis dan
neo-kolonialisme
4. Tidak mematuhi Perjanjian Manila pada September
1963.
Indonesia pada awalnya memberi reaksi positif sewaktu Tunku
Abdul Rahman mengisytiharkan penubuhan Malaysia pada 27
Mei 1961.
Pada akhir 1961, Indonesia mula memberi reaksi negatif :

1. Dimulakan oleh parti-parti politik negara itu sendiri.


Misalnya, PARTINDO menganggap idea Malaysia sebenarnya
dicetuskan oleh British dan Tunku Abdul Rahman dan Parti
Komunis Indonesia (PKI) yang menentang sekeras-kerasnya
penubuhan Malaysia.
2. Indonesia di bawah pimpinan Sukarno bercita-cita untuk
menubuhkan gabungan negara di Nusantara Melayu yang
dinamakan Indonesia Raya.
3. Wujudnya pertalian rapat antara pemimpin Indonesia dan
A.M Azahari.
13 Februari 1963, Sukarno secara rasmi
menentang Gagasan Malaysia.
Ketegangan memuncak apabila berlaku perang
mulut antara Tunku Abdul Rahman dan Sukarno.
- Tunku Abdul Rahman menganggap Sukarno
sebagai The Red Chinese Stooge
- Sukarno pula menyanyikan lagu Negaraku
dalam bahasa folk sewaktu Persidangan
Wartawan Afro-Asia pada bulan April 1963
Konfrontasi Indonesia menjadi ancaman terawal
dan terbesar yang perlu ditempuh oleh Malaysia.
Perjanjian damai yang terungkap pada 11 Ogos
1966 membolehkan hubungan kedua-dua negara
dipulihkan bagi mengukuhkan kerjasama dalam
pelbagai bidang yang dimeterai di Jakarta.
Hal ini berlaku setelah Presiden Suharto
menjatuhkan Sukarno dalam satu rampasan
kuasa (kudeta).
GAGASAN
MAPHILINDO
Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu bersetuju
menjalankan tugas ini dengan syarat keputusannya akan
diterima oleh ketiga-tiga negara tersebut.
Setelah mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga kerajaan,
Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu telah menghantar
wakilnya, Michaelmore, mengetuai rombongan untuk meninjau
pendapat rakyat Sabah dan Sarawak dan mendapatkan
pandangan melalui Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya Khas PBB telah menjalankan tugas dari 16 Ogos
hingga 5 September 1963.
Tinjauan yang dibuat PBB menghasilkan satu keadaan yang
positif iaitu rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan
Persekutuan Malaysia. Namun begitu, Kerajaan Indonesia dan
Filipina tetap menolak akan keputusan itu.
Penubuhan Malaysia yang dicadangkan pada 31 Ogos 1963
terpaksa ditangguhkan kerana laporan yang disediakan oleh
Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu tidak dapat
disiapkan sebelum 31Ogos 1963.
Tarikh baru yang ditetapkan ialah pada 16 September 1963.
Sungguhpun perkara ini telah diterangkan kepada kerajaan
Indonesia tetapi kerajaan Indonesia telah membuat
bangkangan yang hebat dan menuduh Persekutuan Tanah
Melayu tidak menghormati persetujuan yang telah dicapai
dalam persidangan Maphilindo di Manila.
Apabila keputusan Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu
diumumkan kerajaan Indonesia dan Filipina enggan
menerimanya.
Namun demikian, Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963
kerana sebahagian besar daripada penduduknya telah bersetuju supaya
Malaysia ditubuhkan.
Persetujuan penduduk ini telah pun disahkan oleh perwakilan Michaelmore
yang ditugaskan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu.
Lantaran kerajaan Indonesia tidak mengiktiraf kerajaan baru ini,
konfrantasi Indonesia menyusul kemudiannya menjadi serangan tentera ke
atas sempadan Borneo serta pendaratan oleh askar Indonesia melalui
udara dan laut di Semenanjung Malaysia sendiri.
Walau bagaimanapun, negara baru ini tidak runtuh kerana huru-hara
berbilang kaum seperti yang disangkakan oleh Indonesia.
Sebaliknya pada pertengahan tahun 1964, kerajaan Perikatan
kembali memegang kuasa dengan mencapai majoriti yang
besar. Sempadan di Borneo dipertahankan dengan
pertolongan tentera Komanwel.
Akhirnya, kelemahan hak kuasa Presiden Sukarno sendiri di
Indonesia, diikuti dengan rampasa kuasa oleh tentera dan
penghapusan pengaruh komunis di Indonesia telah mengubah
suasana politik dan menamatkan konfrantasi.
Bagi Filipina pula, ianya hanya melaksanakan perang mulut ke
atas Malaysia dan tidak mengabaikan sebarang kerosakan
kebendaan akan menimbulkan perubahan.
PEMISAHAN
SINGAPURA
Ketika Singapura berada dalam Malaysia dari
September 1963 hingga 1965, banyak titik
perselisihan telah timbul antara kerajaan
negeri Singapura dengan kerajaan
Persekutuan di Kuala Lumpur.
Titik perselisihan ini menjadi semakin rumit
hingga tidak mungkin lagi bagi Singapura
untuk terus berada dalam Malaysia tanpa
tercetusnya sebarang keganasan.
Jadi pemisahan Singapura dari Malaysia
adalah satu-satunya jalan keluar yang paling
baik bagi perpaduan kaum, kestabilan
ekonomi dan menghindarkan konflik politik.
Pada 9 Ogos 1965, Singapura telah berpisah
dari Persekutuan Malaysia.
Pemisahan Singapura dari Malaysia
bukannya disebabkan pertikaian
politik antara Singapura dengan
Persekutuan tetapi juga disebabkan
faktor utama yang lain seperti :
Faktor pertikaian politik
Faktor perkauman
Faktor peribadi
FAKTOR PERTIKAIAN POLITIK
HUBUNGAN UMNO DENGAN PAP SEMAKIN
RENGGANG
Hubungan antara UMNO dengan PAP juga telah
bertambah renggang akibat peristiwa yang
berlaku di Singapura.
Parti Perikatan menyatakan bahawa selepas
penubuhan Malaysia, orang Melayu di Singapura
merasa diri mereka diabaikan .
Singapura tidak membuat sebarang tindakan bagi
membaiki keadaan mereka. Selain daripada itu,
rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap
rancangan kemajuan bandar Singapura.
Hal ini menyebabkan ramai orang Melayu
terpaksa meninggalkan rumah tangga masing-
masing menyebabkan lebih daripada 100 buah
pertubuhan Melayu mengadakan pertemuan
dengan Perdana Menteri.

Keadaan ini menjadi lebih teruk lagi apabila


Dato Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agung
Kebangsaan UMNO telah membuat ucapan
yang berapi-api menuduh Lee Kuan Yew (LKY)
cuba untuk memecahkan perpaduan
masyarakat Melayu di Singapura.
Tidak lama kemudian, rusuhan telah meletus di
Singapura. Akibat rusuhan itu telah
menyebabkan imej Singapura di Tanah Melayu
menggambarkan bahawa ia adalah bersifat
anti-Melayu.
MUNGKIR JANJI DALAM
PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN
Pada bulan November 1963, LKY telah
memberitahu bahawa parti PAP akan
terbatas di Singapura dan tidak akan
mengambil bahagian dalam pilihan raya di
Tanah Melayu untuk 5 tahun selepas
penyatuan.
Setelah perjanjian dibuat, beliau
menyedari bahawa tempoh lima tahun
terlalu lama. Hal ini menyebabkan parti
PAP tidak berperanan dan menjadi
golongan tempatan yang kecil.
Oleh itu, beliau telah menukar polisinya
kepada 7 bulan selepas penyatuan.
KEINGINAN PAP MENGGANTIKAN
MCA DALAM PERIKATAN
Pada tahun 1964, Malaysia telah
mengadakan pilihan raya.
PAP telah meletakkan calon untuk
bertanding bagi kerusi di Tanah Melayu.
Dalam masa kempen pilihan raya, PAP
telah menentang MCA yang turut digelar
gundek UMNO
Tujuan Lee Kuan Yew ialah untuk
menggantikan MCA dengan PAP.
PAP mahu mewakili semua orang Cina di
Malaysia.
CAMPUR TANGAN PERSEKUTUAN DALAM
PILIHAN RAYA SINGAPURA
Sikap sesetengah pemimpin politik
Singapura yang memperjuangkan konsep
Malaysian Malaysia sebagai suatu
persaingan daripada Malay Malaysia dan
40-40-20 sebagai suatu rujukan kepada
nisbah populasi negara antara orang
Melayu, Cina dan kaum lain.
Mereka menafikan kewujudan institusi
kesultanan Melayu, menentang hak-hak
keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera.
PAP kemudiannya telah menubuhkan
sebuah kesatuan yang terdiri daripada
parti pembangkang pada bulan Mei 1965
yang dipanggil Konversi Perpaduan
Malaysia.
Ini adalah satu percubaan untuk
menandingi Parti Perikatan.
Konvensi ini menyeru akan persamaan
hak bagi semua. Kenyataan ini telah
menimbulkan ketegangan antara kaum.
Akibatnya beberapa rusuhan kaum telah
berlaku.
KEINGINAN LEE KUAN YEW MEMEGANG
JAWATAN SEBAGAI PEMIMPIN KERAJAAN DAN
PADA MASA YANG SAMA SEBAGAI
PEMBANGKANG YANG KUAT DI PARLIMEN
Lee Kuan Yew telah menjadikan dirinya
sebagai seorang pemimpin kerajaan di suatu
unit persekutuan dan sebagai pembangkang
kuat di Parlimen Kebangsaan.
LKY mengaku bahawa peranannya di peringkat
Parlimen adalah seorang kawan. Orang Melayu
mendapati ini adalah luar biasa.
Semasa LKY membangkang polisi kerajaan
persekutuan, pemimpin Perikatan yakin
bahawa beliau hanya cuba menggunakan
kedudukannya di Parlimen sebagai forum
lain untuk kempen anti-Perikatan.
Dalam suatu temuduga dengan Tunku Abdul
Rahman pada Februari 1867, Tunku
menyatakan bahawa perpisahan Singapura
adalah kerana Lee Kuan Yew hendak menjadi
Perdana Menteri Malaysia dan dalam sebuah
negara tidak mungkin adanya dua Perdana
Menteri.
FAKTOR KETEGANGAN
KAUM
TINDAKAN GOLONGAN PELAMPAU
Pemimpin Singapura selalu mengecam
golongan yang mereka panggil
pelampau dalam kerajaan pusat
terutama sekali Dato Syed Jaafar Albar
yang mereka tuduh bertangungjawab
terhadap rusuhan tahun 1946 akibat
campur tangan beliau di Singapura dan
apa yang mereka anggap rencana yang
memarakkan api perkauman dalam
akhbar Utusan Melayu. Mereka
memburukkan imej akhbar tersebut
dengan sering menyebutkan bahawa ia
dicetak dalam huruf jawi.
TINDAKAN PEMIMPIN PAP DAN PERIKATAN
Cara pendekatan pemimpin PAP dan
Perikatan yang bertanggungjawab
terhadap masalah perkauman di Malaysia
amat berbeza.
PAP percaya tentang perlunya untuk
menarik perhatian kepada masalah
perkauman yang wujud, membuat analisa
dan menekankan pentingnya untuk
mengatasi masalah tersebut.
Perikatan pula berasa khuatir jika sebarang
pengkajian yang terbuka dibuat mengenai
perbezaan kaum hanya akan mencetuskan
kekacauan.
Paradoks yang dihasilkan ialah Perikatan
sebagai sebuah parti yang berstruktur
perkauman, mempercayai bahawa
perbincangan terbuka sering
membincangkan mengenai masalah
perkauman itu sendiri bersifat
perkauman, manakala PAP merupakan
sebuah parti yang mempunyai satu
struktur bukan perkauman, namun ia
mempercayai bahawa masalah
perkauman harus sentiasa dikaji.
Perbezaan cara mengendalikan parti
politik disertai pula oleh perbezaan gaya
dan Perikatan mendapati gaya PAP akan
mencetuskan pergeseran.
FAKTOR PERIBADI
PERSAINGAN ANTARA KILANG DI SINGAPURA
DENGAN TANAH MELAYU
Singapura adalah pelabuhan yang terbesar
di Asia Tenggara dan pada masa lalu
kedudukannya sebagai sebuah pelabuhan
bebas amat menguntungkan.
Namun begitu, walaupun banyak hasil yang
diperolehi daripada punca ini, sebelum
Malaysia dicadangkan pun kerajaan
Singapura mendapati hasil tersebut tidak
cukup untuk menampung penduduk
Singapura yang bertambah.
Maka telah ditetapkan sebelum tahun 1963
bahawa Singapura harus memajukan
perindustriannya.
Penubuhan Malaysia menyebabkan masalah
bertambah rumit. Semenanjung juga telah
mula memajukan industri utama di Petaling
Jaya.
Kebanyakan barang yang dikeluarkan di Tanah
Melayu dan Singapura hanya untuk kegunaan
dalam negeri dan bukan untuk dieksport.
Oleh itu, telah berlaku persaingan antara
kilang Singapura dengan Tanah Melayu yang
mengeluarkan barang yang serupa.
Perkembangan industri di Singapura dan
Tanah Melayu diselaraskan.
Selain daripada itu, selepas Malaysia
ditubuhkan, tidak banyak kemajuan yang
tercapai dalam usaha membentuk sebuah
pasaran bersama dan ini juga telah
mengecewakan Singapura.
SINGAPURA ENGGAN MENYUMBANGKAN LEBIH
DARIPADA 40% PENDAPATAN NEGARA
MENANGGUNG BEBAN PERTAHANAN NEGARA
Mengikut Perjanjian Malaysia, Kerajaan Singapura
diberi kuasa memunggut cukai kastam, cukai eksais
dan cukai pendapatan di Singapura.
Selain daripada beberapa kekecualian, semua hasil
yang dikutip akan dibahagikan atas kadar 60%
untuk Singapura dan 40% untuk kerajaan pusat.
Pada penghujung 1964, Tun Tan Siew Sin
menyatakan bahawa beban cukai ke atas Singapura
adalah yang paling ringan di Malaysia.
Memandangkan bertambahnya perbelanjaan
pertahanan Malaysia, beliau mencadangkan supaya
kewangan dikaji semula dan Singapura harus
menyerahkan 60% daripada hasil yang dikutipnya,
bukan lagi 40%.
Cadangan ini telah menimbulkan kemarahan LKY.
KEMARAHAN PEMODAL DI SINGAPURA
DIHEBOH-HEBOHKAN DALAM PERGOLAKAN
POLITIK YANG BERLAKU PADA KETIKA ITU.
Pada bulan Februari 1965, kuasa kerajaan
Persekutuan ynag baru ke atas Singapura
telah dikeluarkan ketika Tun Tan Siew Sin
mengingatkan para pengusaha Singapura
bahawa sebelum mereka membuka
sebarang kilang, mereka harus berunding
dengan kerajaan pusat mengenai
perlindungan tarif.
Ini telah menimbulkan kemarahan
pemodal di Singapura.
Dalam sesetengah aspek persaingan telah
bertambah sengit dan diheboh-hebohkan
kerana politik yang wujud.
KETIDAKPUASAN TENTANG DASAR CUKAI
Mengikut perjanjian Malaysia, sehingga bulan
Disember 1968, Kerajaan Persekutuan harus
mendapat persetujuan daripada Kerajaan Singapura
sebelum mengenakan cukai import yang baru.
Persetujuan itu boleh ditangguhkan sekiranya sesuatu
jenis cukai itu boleh merosakkan perdagangan bebas
Singapura.
Untuk lebih berkesan lagi, kerajaan Singapura telah
diberi kuasa tangguhan selama 12 bulan.
Apabila belanjawan persekutuan bagi 1965
mengenakan pelbagai cukai baru, terdapat bantahan
dari Singapura menyatakan bahawa rundingan yang
perlu tidak diadakan.
Hujah selanjutnya menujukkan bahawa syarat
perjanjian belum lagi betul-betul difahami ataupun
syarat tersebut sukar dipatuhi oleh sesetengah
golongan berkenaan.
CAMPUR TANGAN KERAJAAN PUSAT DALAM
HAL LAIN
Apabila Singapura memasuki Malaysia, ia
akan diberi kebebasan seperti dalam dasar
pelajaran, buruh, penguasaan atau
sebahagian daripada hasil negara dan lain-
lain lagi.
Selepas Singapura memasuki Malaysia, ia
telah menuduh campur tangan kerajaan
pusat dalam hal di atas dengan
menggunakan kuasa darurat.
SINGAPURA DISINGKIRKAN
Menjelang Mei 1965, kesan yang bertimbun-
tambah daripada ketengangan telah sampai ke
satu peringkat tidak terkawal lagi.
Pada bulan Jun 1965, Tunku telah pergi ke London
untuk menghadiri Persidangan Perdana Menteri
Komanwel.
Pada penghujung bulan Jun, beliau memasuki
sebuah hospital di London untuk mendapatkan
rawatan. Semasa berada di hospital beliau telah
memikirkan keadaan di Malaysia dengan
ketengangan yang semakin meruncing, lalu
beliau mengambil keputusan bahawa Singapura
mesti dipisahkan dari Malaysia.
Beliau hanya dapat membuat satu kesimpulan,
yang dirumuskan setahun kemudian, Jika kita
tidak dipisahkan sudah pastilah akan berlaku
pembunuhan yang menggerunkan.
Beliau telah menghubungi sebilangan kecil
rakan kabinetnya untuk memberitahu
mengenai keputusan tersebut.
Kemudian mereka telah berunding dengan
para pemimpin Singapura.
Persediaan dimulakan untuk merangka satu
perjanjian perpisahan dan membuat pindaan
perlembangaan.
Selepas kepulangan Tunku pada 5 Ogos, LKY
dan para pemimpin PAP telah pergi ke Kuala
Lumpur dan dengan berat hati rombongan
tersebut perlu diyakinkan bahawa rancangan
Tunku mesti diteruskan.
Seluruh rancangan tersebut telah
dijalankan secara rahsia.
Pesuruhjaya Tinggi British, Menteri
Besar serta Ketua Menteri negeri di
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
telah diberitahu hanya sehari dua
sebelum pengumuman rasmi dibuat
oleh Tunku dalam satu ucapan dalam
dewan rakyat pada 9 Ogos.
Pada Ogos 1965, Singapura sekali lagi
menjadi sebuah negara yang
berasingan.

Anda mungkin juga menyukai