Anda di halaman 1dari 18

[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

0


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 LATAR BELAKANG 2
3.0 KANDUNGAN DOKUMEN 3-7
4.0 KESAN DOKUMEN 8-12
5.0 KESIMPULAN 13
6.0 LAMPIRAN 14-15
7.0 BIBLIOGRAFI 16
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

1

1.0 Pengenalan
Watikah rasmi pemasyhuran Malaysia yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang 17 September 1963, iaitu sehari selepas
pengisytiharan.
Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 setelah lebih 400 tahun
dijajah oleh pelbagai kuasa luar. Malaysia lahir enam tahun selepas Tanah Melayu merdeka.
Negara baru ini hasil gabungan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah (Borneo Utara) dan
Sarawak.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana
Menteri Perselutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman.


1.1 FAKTOR PEMBENTUKAN

Rajah4.1 Faktor-faktor penubuhan Malaysia


Faktor
Penubuhan
Malaysia
Mengelakkan ancaman dan pengaruh komunis
Memberi kemerdekaan kepada Sabah,
Sarawak, Singapura dan Brunei
Perkongsian faedah ekonomi
Membela masyarakat
Bumiputera di Sabah dan
Sarawak
Menjaga hak
dan
kepentingan
kaum


[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

2

1.1.1 Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh Komunis
Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat (People Action Party PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan
Yew mengalami kemerosotan. Fenomena ini jelas apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di
kawasan Hong Lim pada bulan Mei 1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai 1961
1
. PAP juga
telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis sehingga mereka telah berpecah dan membentuk
Barisan Sosialis. Banyak pihak yang khuatir dengan perkembangan ini kerana takut
pemerintahan PAP akan diambil alih oleh Barisan Sosialis yang dipengaruhi oleh pemimpin-
pemimpin berideologi komunis. Persekutuan Tanah Melayu juga tidak mahu PAP digulingkan
kerana hubungan baiknya dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi
akan terjejas. Untuk membendung perkembangan ini dari terus menjadi buruk, kerajaan
Perikatan berusaha untuk menggabungakan Singapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei dalam
satu negara.

Pengaruh komunis yang aktif sejak tahun 1950-an telah merebak ke Sarawak. Misalnya, Liga
Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak dipengaruhi oleh
anasir-anasir komunis. Mereka telah dihasut untuk menentang British
2
. Selain itu, Parti Bersatu
Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah terpengaruh dengan ideologi komunisme.

1.1.2 Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan
mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Dalam perancangan penubuhan
Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang dua tahun.

Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada
tanah-tanah jajahanya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang
belum bersedia untuk merdeka kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan.
Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia akan
mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua negeri ini.

Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan mengelakkan penyebaran ideologi
komunis. Ini kerana sekiranya kemerdekaan tidak diberikan dengan cepat, pihak British khuatir

1
PAP kalah ditangani Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura di Hong Lim dan Parti
Buruh di Anson.
2
Merupakan pelajar dan kesatuan sekerja.
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

3

negara tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang
kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang. Di samping itu, terdapat juga
pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap Sabah, Sarawak
dan Brunei.

1.1.3 Perkongsian Faedah Ekonomi

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama
ekonomi dan perdagangan. Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh
membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Ini bermaksud
Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan dibantu oleh Tanah Melayu,
Singapura dan Brunei.

1.1.4 Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsa asing.
Manakala penduduk peribumi hanya terlibat dalam sektor pertanian.

1.1.5 Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera
Pembentukan persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum Bumiputera. Menurut
Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah
Borneo kerana percantuman di antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan
menghilangkah majoriti penduduk Melayu. Ini kerana singapura mempunyai 80% penduduk
bukan Melayu dan apabila dicantumkan ini akan menghlangkan majoriti penduduk Melayu.

Apabila percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura berlaku bilangan masyarakat Cina
ialah 43.5% dan Melayu 43%
3
. Apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan
bumiputera (Termasuk Melayu) akan menjadi 46.3% sementara Cina 42.4%.


3
Pada tahun 1960, penduduk Melayu dianggarkan berjumlah 50% manakala orang
Cina ialah 36.9%.
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

4


1.2 REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA
1.2.1 Sabah
Wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir bebrapa buah parti politik yang
meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia. Parti politik pertama di Sabah
lahir pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United
National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens. Parti ini secara
jelas menentang pembentukan Malaysia, malah mula memperjuangkan kemerdekaan Sabah.
Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara yang dipimpin oleh G.S.
Sundang telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan Sabah.

Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization USNO)
yang dipimpin oleh Tun Mustapha Datu Harun sahaja yang menyokong idea penubuhan ini.
4

Namun menjelang lewat tahun 1962 dan awal 1963, sebahagian besar penduduknya mula
berubah fikiran setelah menerima penerengan mengenai pembentukan Malaysia.

1.2.2 Sarawak
Parti Negara Sarawk (Sarawak United Peoples Party SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak
(Sarawak National Party SNAP) secara jelas menentang cadangan peggabungan ini. SUPP
ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui. Manakal SNAP diketuai oleh
Stephen Kalong Ningkan. Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak (Berjaya) sahaja yang
menyokong cadangan tersebut.

1.2.3 Brunei
Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan
Malaysia. Rakyat Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan ini.
Tetapi mereka berpendapat akan menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai kemerdekaan
terlebih dahulu.

Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari telah menentang cadangan tersebut
kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan

4
Parti ini ditubuhkan pada bulan Disember 1961.
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

5

Utara ke dalam satu kesatuan. Ini keran A.M. Azahari berpendapat, pembentukan Malaysia
merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya supaya mereka dapat
menguasai ekonomi dan dapat menjamin keselamatan. Selain itu, mereka juga khuatir Brunei
akan kehilangan sebahagian besar kekayaanya jika menyertai gabungan ini.

1.2.4 Singapura
Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. PAP yang dipimpin oleh
Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan kurang
mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri. Sementara parti-parti lain seperti Parti
Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatu yang sukar untuk
dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia kerana berpendapat ia
merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.

1.3 REAKSI NEGARA ASEAN INDONESIA DAN FILIPINA
1.3.1 Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong pembentukan Malaysia asalkan ianya tidak
melibatkan negaranya. Menteri luar Indonesia, Dr. Suhandiri (New York Times 13 Nov 1961)
pernah menyatakan bahawa Indonesia tidak akan menghalang penubuhan ini sebaliknya
mendoakan supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya dalam rancangannya.

Walau bagaimanapun, sokongan ini tidak tahan lama apabila Indonesia telah menentang keras
dan mengecam pembentukan ini. Malah mereka juga telah menyokong tindakan Parti Rakyat
Brunei menentang Pembentukan Malaysia pada 8 Disember 1962. Pada 20 Januari 1963,
Indonesia telah menyuarakan tentangan dan mengumumkan konfrontasi dengan melaungkan
slogan Ganyang Malaysia.

Pada 11 Februari 1963, Dr. Subandrio mengisytiharkan dengan rasmi penentangan kerajaan
Indonesia terhadap pembentukan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa tujuan penubuhan
Malaysia adalah untuk menyelamatkan getah, bijih timah dan minyak untuk British. Faktor-
faktor pencetus penentangan ialah:

[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

6

a) Sukarno berasa Tunku Adbul Rahman membelakangi jirannya apabila membuat
pengumuman tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.
b) Penubuhan Malaysia dipercayai mengagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan
empayar Indonesia Raya (Melayu Raya)
Namun penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dan
tematnya diganti oleh Jeneral Suharto.

1.3.2 Filipina
Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina ke atas
Sabah. Mereka juga sebenarnya pernah menuntut Sabah dari pada Kerajaan British dengan
menghantar sepucuk surat rasmi pada 22 Jun 1962. Tuntutan ini dibuat kerana mereka
mendakwa bahawa Sabah terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu suatu ketika dulu.
Bagaimanapun, kerajaan British tidak melayan tuntutan ini dan malah mengingatkan Filipina
bahawa sebarang tuntutan mereka ke atas Sabah sama ada daripada kerajaan Filipina atau orang
perseorangan akan ditentang oleh kerajaan British.

Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan ini semasa
kongres Filipina pada 28 Januari 1963. Fenomena ini menyebabkan hubungan diplomatik
anatara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filipina terjejas. Walaupun Filipina meneruskan
tuntutan mereka selepas penubuhan Malaysia, tuntutan ini gagal keran tinjauan dan siasatan
membuktikan penduduk Sabah sendiri rela untuk menyertai pembentukan Malaysia.

1.4 PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
27 Mei 1961:Cadangan gagasan Persekutuan Malaysia oleh TAR
Julai 1961: Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan
Feb Apr 1962: Suruhanjaya Cobbold
Ogos 1962: Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)
Sept 1962: Referendum Singapura
Ogos 1963: Suruhanjaya PBB
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

7

Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukan Malaysia sebenarnya sangat panjang
dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini
dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil kira bagi memastikan pembentukan
ini memuaskan hati semua pihak. Di bawah merupakan jadual proses Pembentukan Malaysia.

Jadual 4.2 Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia
Jawatankuasa Peranan
1 Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan
Malaysia (JPPM)
- Dipengerusikan oleh Donald Stephens
- Dianggotai oleh wakil-wakil dari semua
wilayah terlibat
- Berfungsi untuk menerangkan konsep
pembentukan Malaysia, khususnya kepada
penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.
- Penggunpul idea dan pendapat-pendapat
mengenai rancangan pembentukan
Malaysia.
2 Suruhanjaya Cobbold - Diketuai oleh Lord Cobbold. Ahli lain
ialah Anthony Abell, David Waterson,
Dato Wong Pow Nee dan Tang Sri Mohd
serta Ghazalie Shafie.
- Bertujuan untuk meninjau pendapat
penduduk Sabah dan Sarawak
- Suruhanjaya ini mendapati 80% penduduk
Sabah dan Sarawk menyokong
pembentukan Malaysia yang
kebanyakannya terdiri daripada kaum
Bumiputera
3 Jawatankuasa Antara
Kerajaan (JAK)
- Diketuai oleh Lord Landsdowne. Tunku
Abdul Razak Hussein, wakil kerajaan
British dan wakil dari Sabah, Sarawak dan
Singapura.
- Membentuk satu perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957, Laporan Suruhanjaya
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

8

Cobbold dan Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia
- Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah
agama Islam, bahasa Melayu, kawalan
imigresen, pendidikan dan perwakilan bagi
Sabah, Sarawak dan Brunei
4 Referendum Singapura - Untuk meninjau pendapat penduduk
Singapura
- Laporan ini mendapati 71% penduduk
Singapura menyokong pembentukan
Malaysia melalui pilihan A. Mereka
bersetuju untuk bergabung dengan syarat-
syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan
Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu

1.4.1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah
Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin
Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan daripada
Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerangan ini telah mengurangkan salah faham tentang
penubuhan Malaysia. Hasilnya mesyuarat bersetuju menubuhkan JPPM yang dianggotai oleh
semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebgai pengerusinya. Brunei tidak
menggangotai perwakilan dan hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja kerana ketidaksedian
Brunei menyertai pembentukan Malaysia.
Fungsi-fungsi JPPM ialah:
a) Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai.
b) Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di
semua daerah terbabit.

Semenjak pembentukan jawantankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak
empat kali iaitu:
a) Jesselton (Kota Kinabalu) - 21 Ogos 1961
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

9

b) Kuching - 18 Disember 1961
c) Kuala Lumpur - 06 Januari 1962
d) Singapura - 01 Februari 1961

1.4.2 Suruhanjaya Cobbold
Ditubuhkan pada bulan November 1961 setelah rundingan di antara Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu dengan kerajaan Btirish. Suruhanjaya ini ditubuhkan secara rasmi pada 16
Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik sebagai pengerusinya. Suruhanjaya ini dianggotai
oleh
a) Lord Cobbold (Bekas gabenor Bank England)
b) Anthony Abell dan David Waterson (Wakil kerajaan British)
c) Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Wakil kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu)

Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk:
a) Menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia
b) Membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu

Suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962
dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh suruhanjaya telah
Mengadakan 50 perjumpaan di 35 tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah.
a) Menemui lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan.
b) Mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan
pandangan mereka.

Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian
mengemukakan sebuah laporan penyiasatannya keada kerajaan British dan Tanah Melayu.
Dalam laporan ini, 80% penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai pembentukan Malaysia.
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

10

Secara keseluruhannya, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga,
iaitu:
a) menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.
b) menyokong tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu
c) mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai gabungan dan separuhnya
menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan Brtish (20%).

1.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

JAK dibentuk untuk merangka syarat-syarat Persekutuan. JAK dianggotai oleh
a) Lord Landsdowne (Pengerusi)
b) Tun Abdul Razak Hussein (Tim. Pengerusi)
c) Wakil-wakil kerajaan British
d) Wakil-wakil Sabah, Sarawak dan Brunei.

Laporan yang dibuat menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan
Suruhanjaya Cobbold serta cadangan JPPM. Perlembagaan yang dibentuk telah disahkan oleh
kerajaan British pada 9 Julai 1963 (Rujuk lampiran). Antara perkara yang menjadi teras utama
dalam perlembagaan tersebut ialah:

a) Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali
Sabah dan Sarawak.
b) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran
diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam
perkara-perkara rasmi selama 10 tahu selepas kemasukan ke dalam persekutuan.
c) Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan
negeri masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan
pusat.
d) Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

11

e) Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15
buah kerusi.

1.3.1 Referendum Singapura
Dibuat untuk meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan
pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Kerajaan Singapura membuat
keputusan ini keran yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan
Malaysia, Cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira. Dalam pungutan
suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu:

a) Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas
Putih pada bulan November 1961.
b) Pilihan B rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura
akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu.
c) Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir
sama seperti yang diperolehi wilayah-wilayah Borneo dengan menyertai gabungan
ini.
Referendum Singapura telah diadakan pada 1 November 1962. barisan Sosialis dan pihak
Komunis yang tidak bersetuju dengan gabungan ini telah memulau pungutan suara dengan
membuang undi kosong. Namu selepas referendum ini selesai, laporan menunjukkan 71%
pengundi menyokong pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura
bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang dicadangkan
oleh kerajaan Singapura sendiri.
Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu dan hasil memorandum drpd rakyat Sarawak dan Sabah
Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara
Hampir semua tuntutan itu diberikan pertimbangan sewajarnya
Ini menunjukkan semangat toleransi yang tinggi & keikhlasan kerajaan Tanah Melayu dlm
merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

12

9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London
Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Perjanjian ini bermakna gagasan Persekutuan Malaysia telah menjadi kenyataan
16 Sept 1963, TAR sebagai Perdana Menteri Malaysia membacakan Deklarasi Penubuhan
Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Selesai bacaan deklarasi, 101 das tembakan meriam serta teriakan MERDEKA sebanyak tujuh
kali dilaungkan penuh semangat
Maka, lahirlah sebuah negara MALAYSIA yang berdaulat.
Pada masa yang sama Sarawak, Sabah dan Singapura sama-sama capai kemerdekaan.
MALAYSIA akan terus melangkah ke hadapan mendukung slogan "Bersekutu Bertambah
Mutu" spt. Yang tertera pada jata negara.
Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia malah memutuskan hubungan diplomatik dengan
Malaysia
Indonesia yang lebih agresif berbanding Filipina,telah melancarkan konfrontasi.
Tentera Indonesia menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah
Konfrontasi semakin tegang tetapi pemimpin kedua-dua negara tetap usahakan perdamaian.
Konfrontasi semakin kendur selepas peristiwa Gestapo 30 September.
Perjanjian Pemulihan Hubungan antara Malaysia dengan Indonesia dimeterai pada Ogos 1966
menamatkan konfrontasi.

Rundingan
Bantahan rasmi Malaysia kepada PBB
Kerajaan Malaysia susun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali sebagai
Askar Wataniah
Dapatkan sokongan negara-negara Komanwel untuk dapatkan bantuan ketenteraan
Rakyat Malaysia bersatu hadapi konfrontasi
Mei 1963) Rundingan antara Tunku Abdul rahman dengan Presiden Sukarno hasilkan
persetujuan untuk bawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

13


Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai 5 Ogos 1963)
MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) ditubuhkan untuk tingkatkan hubungan
persahabatan negara anggota
Sidang menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tinjau semula pendapat rakyat
Sarawak dan Sabah untuk sertai Persekutuan Malaysia

Persidangan di Bangkok
(Februari 1964)
Malaysia diwakili Tun Abdul Razak
Indonesia diwakili Dr. Subandrio
Kata sepakat berkenaan gencatan senjata gagal dicapai

Persidangan di Tokyo
(Jun 1964)
Persidangan ini gagal
Indonesia enggan undurkan tentera
Indonesia tuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila



1.4 PEMISAHAN SINGAPURA

Selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun Singapura
bersetuju untuk menyertau Malaysia, namun hal-hal yang terkandung di dalam percantuman
tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura.

[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

14

Pada 23 Ogos 1961, satu mesyuarat telah diadakan di antara Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Dalam mesyuarat ini persetujuan telah dicapai berhubung beberapa perkara.
Persetujuan yang termaktub di dalam Kertas Putih
5
ini menyatakan bahawa
a) Aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab
Persekutuan.
b) Soal pendidikan dan tenaga buruh adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Singapura.
c) Jumlah perwakilan Singapura dalam Dewan Rakyat ialah seramai 15 orang.

Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura mula
retak. Banyak perselisihan mula timbul. Antara isu yang menjadi perdebatan hangat ialah soal
ekonomi, parti dan perkauman.
a) Tanah Meayu, Sabah, dan Sarawak bersetuju untuk memajukan sektor perindustian
dan perkilangan bersama. Barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam
negeri dan bukannya untuk dieksport. Keuntungan ekonomi akan dikongsi bersama.
Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan tidak banyak kemajuan ekonomi dicapai. Ini
telah menyebabkan Singapura berasa kecewa.
b) Parti Tindakn Rakyat cuba untuk untuk bertanding dengan Parti Perikatan. PAP
cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu untuk membangun
dan memajukan orang Cina.
c) Singapura memperjuangkan persamaan hak dan melancarkan kempen Malaysia
untuk Orang Malaysia. Singpura telah ,e,bentuk United Opposition Front yang kuat
untuk memperjuangkan konsep persamaan hak dan Malaysia untuk Orang Malaysia.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan, tetapi
tidak berjaya. Akhirnya pada bulan Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia.
Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia timbulkan banyak masalah
Singapura bangkitkan isu sensitif dan meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat
Singapura dianggap duri dalam daging kepada Malaysia
Atas pertimbangan ini, Malaysia menyingkirkan Singapura
PETIR dan pemimpinnya mempertikaikan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia

5
Kertas Putih diisytiharkan secara rasmi pada bulan November 1961.
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

15

Lee Kuan Yew juga berhasrat ambil alih peranan parti MCA
Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat di parlimen pada 9 Ogos 1965

Masalah ekonomi
Konsep Malaysian Malaysia
Pertikaian Parti Perikatan PETIR
Rusuhan kaum
Singapura menuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan
bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat
Singapura menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat
Singapura menuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum
Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera
PETIR menuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina
PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya pada tahun 1964 di
Semenanjung Malaysia
Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentimen
perkauman
2. Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura menggugat keselamatan negara








[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

16















KESIMPULAN
Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura,
Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya telah berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa
kemasukan Brunei. Namun Singapura telah keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1965. penubuhan Malaysia telah memberikan banyak faedah kepada Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.

Selepas rundingan terakhir antara semua pihak yang terlibat, perjanjian Malaysia ditandatangani
pada 8 Julai 1963 di Marlborough House, London antara kerajaan Britain, Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Perisytiharan ini mengesahkan peralihan kedaulatan
Britain ke atas Singapura, Sabah dan Sarawak.

Perisytiharan Malaysia
[Watikah Pemasyhuran Merdeka] HSM 3043

17

16 September 1963Perisytiharan Malaysia secara rasminya dibuat pada 16 September 1963
secara serentak di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton dan Kuching

Anda mungkin juga menyukai