Anda di halaman 1dari 15

SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pengenalan
Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaannya pada 31
Ogos 1957 setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai
kuasa luar. Malaysia lahir enam tahun selepas Tanah
Melayu merdeka. Negara baru ini hasil gabungan Tanah
Melayu dengan Singapura, Sabah (Borneo Utara) dan
Sarawak.
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961
melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri
Perselutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman.
1.1.1 Mengelakkan Ancaman dan Pengaruh Komunis
Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat (People Action Party
PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew mengalami
kemerosotan. Fenomena ini jelas apabila PAP kalah dalam
pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim pada bulan Mei
1961 dan kawasan Anson pada bulan Julai 1961[1]. PAP
juga telah dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis
sehingga mereka telah berpecah dan membentuk Barisan
Sosialis. Banyak pihak yang khuatir dengan
perkembangan ini kerana takut pemerintahan PAP akan
diambil alih oleh Barisan Sosialis yang dipengaruhi oleh
pemimpin-pemimpin berideologi komunis. Persekutuan
Tanah Melayu juga tidak mahu PAP digulingkan kerana
hubungan baiknya dengan Singapura yang meliputi
urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas. Untuk
membendung perkembangan ini dari terus menjadi buruk,
kerajaan Perikatan berusaha untuk menggabungakan
Singapura, Sabah, Sarawak dan juga Brunei dalam satu
negara.
Pengaruh komunis yang aktif sejak tahun 1950-an telah
merebak ke Sarawak. Misalnya, Liga Belia Demokratik
Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Maju Sarawak
dipengaruhi oleh anasir-anasir komunis. Mereka telah
dihasut untuk menentang British[2]. Selain itu, Parti

Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah terpengaruh


dengan ideologi komunisme.
1.1.2
Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura
Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat
kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan.
Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia,
Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang dua
tahun.
Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan
untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah
jajahanya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan
wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk
merdeka kerana suasana ekonomi dan politiknya yang
kurang memuaskan. Tunku percaya dengan membawa
masuk Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia akan
mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua negeri ini.
Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan
mengelakkan penyebaran ideologi komunis. Ini kerana
sekiranya kemerdekaan tidak diberikan dengan cepat,
pihak British khuatir negara tersebut akan dipengaruhi
oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang
kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang.
Di samping itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh luar
seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap
Sabah, Sarawak dan Brunei.
1.1.3

Perkongsian Faedah Ekonomi

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota


akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan
perdagangan. Negara-negara anggota yang kaya dengan
sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota
yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Ini
bermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi

ekonomi akan dibantu oleh Tanah Melayu, Singapura dan


Brunei.
1.1.4
Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan
Sarawak
Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan
Sarawak dipegang oleh bangsa asing. Manakala
penduduk peribumi hanya terlibat dalam sektor pertanian.
1.1.5

Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera

Pembentukan persekutuan yang terdiri daripada Tanah


Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah
untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum
Bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan
pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayahwilayah Borneo kerana percantuman di antara Tanah
Melayu dengan Singapura sahaja akan menghilangkah
majoriti penduduk Melayu. Ini kerana singapura
mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila
dicantumkan ini akan menghlangkan majoriti penduduk
Melayu.
Apabila percantuman antara Tanah Melayu dengan
Singapura berlaku bilangan masyarakat Cina ialah 43.5%
dan Melayu 43%[3]. Apabila penduduk Sabah dan
Sarawak diambil kira, bilangan bumiputera (Termasuk
Melayu) akan menjadi 46.3% sementara Cina 42.4%.

1.2
REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN
SINGAPURA
1.2.1

Sabah

Wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga


lahir bebrapa buah parti politik yang meluangkan
penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia. Parti
politik pertama di Sabah lahir pada bulan Ogos 1961
dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah
Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO)
yang dipimpin oleh Donald Stephens. Parti ini secara jelas
menentang pembentukan Malaysia, malah mula
memperjuangkan kemerdekaan Sabah. Pada bulan Jun
1962 Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara yang
dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk
memperjuangkan kemerdekaan Sabah.
Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United
Sabah National Organization USNO) yang dipimpin oleh
Tun Mustapha Datu Harun sahaja yang menyokong idea
penubuhan ini.[4] Namun menjelang lewat tahun 1962
dan awal 1963, sebahagian besar penduduknya mula
berubah fikiran setelah menerima penerengan mengenai
pembentukan Malaysia.
1.2.2

Sarawak

Parti Negara Sarawk (Sarawak United Peoples Party


SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National
Party SNAP) secara jelas menentang cadangan
peggabungan ini. SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan
dipimpin oleh Ong Kee Hui. Manakal SNAP diketuai oleh
Stephen Kalong Ningkan. Hanya Barisan Rakyat Jati

Sarawak (Berjaya) sahaja yang menyokong cadangan


tersebut.

1.2.3

Brunei

Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali


Saifuddin menyokong pembentukan Malaysia. Rakyat
Brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk
menyertai gabungan ini. Tetapi mereka berpendapat akan
menyertai gabungan ini selepas mereka mencapai
kemerdekaan terlebih dahulu.
Namun Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari
telah menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih
berminat untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak
dan Kalimantan Utara ke dalam satu kesatuan. Ini keran
A.M. Azahari berpendapat, pembentukan Malaysia
merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan
pengaruhnya supaya mereka dapat menguasai ekonomi
dan dapat menjamin keselamatan. Selain itu, mereka juga
khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar
kekayaanya jika menyertai gabungan ini.
1.2.4

Singapura

Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan


Malaysia. PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew
menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya
terancam dan kurang mendapat sambutan daripada
rakyat Singapura sendiri. Sementara parti-parti lain
seperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip
tetap menganggap sebagai suatu yang sukar untuk
dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura juga menentang
gagasan Malaysia kerana berpendapat ia merupakan
rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.

1.3

REAKSI NEGARA ASEAN INDONESIA DAN


FILIPINA

1.3.1

Indonesia

Pada peringkat awal, Indonesia menyokong pembentukan


Malaysia asalkan ianya tidak melibatkan negaranya.
Menteri luar Indonesia, Dr. Suhandiri (New York Times 13
Nov 1961) pernah menyatakan bahawa Indonesia tidak
akan menghalang penubuhan ini sebaliknya mendoakan
supaya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya dalam
rancangannya.
Walau bagaimanapun, sokongan ini tidak tahan lama
apabila Indonesia telah menentang keras dan mengecam
pembentukan ini. Malah mereka juga telah menyokong
tindakan Parti Rakyat Brunei menentang Pembentukan
Malaysia pada 8 Disember 1962. Pada 20 Januari 1963,
Indonesia telah menyuarakan tentangan dan
mengumumkan konfrontasi dengan melaungkan slogan
Ganyang Malaysia.
Pada 11 Februari 1963, Dr. Subandrio mengisytiharkan
dengan rasmi penentangan kerajaan Indonesia terhadap
pembentukan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa
tujuan penubuhan Malaysia adalah untuk menyelamatkan
getah, bijih timah dan minyak untuk British. Faktor-faktor
pencetus penentangan ialah:
a)
Sukarno berasa Tunku Adbul Rahman membelakangi
jirannya apabila membuat pengumuman tanpa berunding
dengannya terlebih dahulu.

b)
Penubuhan Malaysia dipercayai mengagalkan
rancangan Sukarno untuk menubuhkan empayar
Indonesia Raya (Melayu Raya)
Namun penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965
apabila Sukarno digulingkan dan tematnya diganti oleh
Jeneral Suharto.
1.3.2

Filipina

Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan


Filipina menuntut hak Filipina ke atas Sabah. Mereka juga
sebenarnya pernah menuntut Sabah dari pada Kerajaan
British dengan menghantar sepucuk surat rasmi pada 22
Jun 1962. Tuntutan ini dibuat kerana mereka mendakwa
bahawa Sabah terletak di bawah pemerintahan
Kesultanan Sulu suatu ketika dulu. Bagaimanapun,
kerajaan British tidak melayan tuntutan ini dan malah
mengingatkan Filipina bahawa sebarang tuntutan mereka
ke atas Sabah sama ada daripada kerajaan Filipina atau
orang perseorangan akan ditentang oleh kerajaan British.
Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara
terbuka terhadap penubuhan ini semasa kongres Filipina
pada 28 Januari 1963. Fenomena ini menyebabkan
hubungan diplomatik anatara Persekutuan Tanah Melayu
dengan Filipina terjejas. Walaupun Filipina meneruskan
tuntutan mereka selepas penubuhan Malaysia, tuntutan
ini gagal keran tinjauan dan siasatan membuktikan
penduduk Sabah sendiri rela untuk menyertai
pembentukan Malaysia.
1.4

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Proses perbincangan dan perundingan ke arah


pembentukan Malaysia sebenarnya sangat panjang dan
kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan

dan diatasi sebelum cadangan ini dapat direalisasikan.


Beberapa tindakan juga perlu diambil kira bagi
memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua
pihak. Di bawah merupakan jadual proses Pembentukan
Malaysia.

Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia


1.Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
-

Dipengerusikan oleh Donald Stephens

Dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah terlibat

Berfungsi untuk menerangkan konsep pembentukan


Malaysia, khususnya kepada penduduk Sabah, Sarawak dan
Brunei.
- Penggunpul idea dan pendapat-pendapat mengenai
rancangan pembentukan Malaysia.
2.Suruhanjaya Cobbold
Diketuai oleh Lord Cobbold. Ahli lain ialah Anthony Abell,
David Waterson, Dato Wong Pow Nee dan Tang Sri Mohd serta
Ghazalie Shafie.
Bertujuan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan
Sarawak
Suruhanjaya ini mendapati 80% penduduk Sabah dan
Sarawk menyokong pembentukan Malaysia yang
kebanyakannya terdiri daripada kaum Bumiputera
3.Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Diketuai oleh Lord Landsdowne. Tunku Abdul Razak
Hussein, wakil kerajaan British dan wakil dari Sabah, Sarawak
dan Singapura.

Membentuk satu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia
Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam,
bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan dan perwakilan
bagi Sabah, Sarawak dan Brunei
4.Referendum Singapura
-

Untuk meninjau pendapat penduduk Singapura

Laporan ini mendapati 71% penduduk Singapura


menyokong pembentukan Malaysia melalui pilihan A. Mereka
bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu

1.4.1

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen


Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo
telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat ini,
pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura telah
menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan daripada
Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerangan ini telah
mengurangkan salah faham tentang penubuhan Malaysia.
Hasilnya mesyuarat bersetuju menubuhkan JPPM yang
dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens
telah dilantik sebgai pengerusinya. Brunei tidak
menggangotai perwakilan dan hanya bertindak sebagai
pemerhati sahaja kerana ketidaksedian Brunei menyertai
pembentukan Malaysia.
Fungsi-fungsi JPPM ialah:
a)
Menerangkan dengan lebih jelas konsep Malaysia
kepada orang ramai.
b)
Berusaha untuk mendapatkan kata sepakat daripada
pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit.

Semenjak pembentukan jawantankuasa ini, mereka telah


mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali iaitu:
a)

Jesselton (Kota Kinabalu) - 21 Ogos 1961

b)

Kuching

- 18 Disember 1961

c)

Kuala Lumpur

- 06 Januari 1962

d)

Singapura

- 01 Februari 1961

1.4.2

Suruhanjaya Cobbold

Ditubuhkan pada bulan November 1961 setelah rundingan di


antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan
Btirish. Suruhanjaya ini ditubuhkan secara rasmi pada 16
Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik sebagai
pengerusinya. Suruhanjaya ini dianggotai oleh
a) Lord Cobbold (Bekas gabenor Bank England)
b) Anthony Abell dan David Waterson (Wakil kerajaan British)
c) Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie (Wakil
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu)
Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk:
a) Menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak
berkenaan pembentukan Malaysia
b) Membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran
ituSuruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya selama dua
bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir pada bulan
April 1962. Dalam tempoh suruhanjaya telah
a) Mengadakan 50 perjumpaan di 35 tempat, iaitu 20 di
Sarawak dan 15 di Sabah.

b)Menemui lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah


kumpulan.
c)Mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum
daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18
April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan
penyiasatannya keada kerajaan British dan Tanah Melayu.
Dalam laporan ini, 80% penduduk Sabah dan Sarawak ingin
menyertai pembentukan Malaysia. Secara keseluruhannya,
bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi
kepada tiga, iaitu:
a) menyokong penuh penggabungan tanpa syarat.
b) menyokong tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan
tertentu
c) mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai
gabungan dan separuhnya menentang kerana mahu kekal
dalam pemerintahan Brtish (20%).
1.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

JAK dibentuk untuk merangka syarat-syarat Persekutuan. JAK


dianggotai oleh
a)

Lord Landsdowne (Pengerusi)

b)

Tun Abdul Razak Hussein (Tim. Pengerusi)

c)

Wakil-wakil kerajaan British

d)

Wakil-wakil Sabah, Sarawak dan Brunei.

Laporan yang dibuat menggunakan Perlembagaan Persekutuan


Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta
cadangan JPPM. Perlembagaan yang dibentuk telah disahkan
oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963 (Rujuk lampiran).
Antara perkara yang menjadi teras utama dalam
perlembagaan tersebut ialah:

a)
Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh
Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
b)
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan
Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan
Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkaraperkara rasmi selama 10 tahu selepas kemasukan ke dalam
persekutuan.
c)
Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan
diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing walaupun
peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat.
d)
Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis
Negeri membuat pindaan.
e)
Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala
Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.

1.3.1 Referendum Singapura


Dibuat untuk meninjau pendapat penduduk Singapura untuk
mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura
berhubung penubuhan Malaysia. Kerajaan Singapura
membuat keputusan ini keran yakin sebahagian besar parti
politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, Cuma
pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira.
Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan,
iaitu:

a)
Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura
dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan
November 1961.
b)
Pilihan B rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat
dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri
Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu.

c)
Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan
syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi
wilayah-wilayah Borneo dengan menyertai gabungan ini.
Referendum Singapura telah diadakan pada 1 November 1962.
barisan Sosialis dan pihak Komunis yang tidak bersetuju
dengan gabungan ini telah memulau pungutan suara dengan
membuang undi kosong. Namu selepas referendum ini selesai,
laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan
Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju
untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu
pilihan yang dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.

1.4 PEMISAHAN SINGAPURA


Selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan
bahawa walaupun Singapura bersetuju untuk menyertau
Malaysia, namun hal-hal yang terkandung di dalam
percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama
dengan rakyat Singapura.
Pada 23 Ogos 1961, satu mesyuarat telah diadakan di antara
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam
mesyuarat ini persetujuan telah dicapai berhubung beberapa
perkara. Persetujuan yang termaktub di dalam Kertas Putih[5]
ini menyatakan bahawa
a)Aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan
menjadi tanggungjawab Persekutuan.
b)Soal pendidikan dan tenaga buruh adalah di bawah bidang
kuasa kerajaan Singapura.

c)Jumlah perwakilan Singapura dalam Dewan Rakyat ialah


seramai 15 orang.
Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah
Melayu dengan Singapura mula retak. Banyak perselisihan
mula timbul. Antara isu yang menjadi perdebatan hangat ialah
soal ekonomi, parti dan perkauman.
a)Tanah Meayu, Sabah, dan Sarawak bersetuju untuk
memajukan sektor perindustian dan perkilangan bersama.
Barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri
dan bukannya untuk dieksport. Keuntungan ekonomi akan
dikongsi bersama. Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan tidak
banyak kemajuan ekonomi dicapai. Ini telah menyebabkan
Singapura berasa kecewa.
b) Parti Tindakn Rakyat cuba untuk untuk bertanding dengan
Parti Perikatan. PAP cuba menarik perhatian orang Cina
bahawa MCA tidak mampu untuk membangun dan memajukan
orang Cina. C)Singapura memperjuangkan persamaan hak dan
melancarkan kempen Malaysia untuk Orang Malaysia.
Singpura telah ,e,bentuk United Opposition Front yang kuat
untuk memperjuangkan konsep persamaan hak dan Malaysia
untuk Orang Malaysia.Pelbagai usaha telah dijalankan oleh
Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan, tetapi tidak
berjaya. Akhirnya pada bulan Ogos 1965, Singapura telah
dikeluarkan dari Malaysia.
KESIMPULAN
Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang
merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei akhirnya telah berjaya dilaksanakan pada 16
September 1963 tanpa kemasukan Brunei. Namun Singapura
telah keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1965. penubuhan Malaysia telah memberikan banyak faedah
kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

[1] PAP kalah ditangan Ong Eng Guan dari Parti Rakyat
Singapura di Hong Lim dan Parti Buruh di Anson.
[2] Merupakan pelajar dan kesatuan sekerja.
[3] Pada tahun 1960, penduduk Melayu dianggarkan berjumlah
50% manakala orang Cina ialah 36.9%.

[4] Parti ini ditubuhkan pada bulan Disember 1961.


[5] Kertas Putih diisytiharkan secara rasmi pada bulan
November 1961.

Anda mungkin juga menyukai