Anda di halaman 1dari 22

Peristiwa 13 Mei

1969

Kronologi Peristiwa
13 Mei 1969

13 Mei:

11 dan 12 Mei:

10 Mei:

MCA yang kalah teruk dalam pilihanraya umum


itu, mengumumkan ia akan menarik diri
daripada menganggotai kabinet tetapi masih
kekal dalam Perikatan. Satu laporan wartawan
asing menunjukkan ada bukti bahawa ada
rancangan bagi pemuda yang digerakkan oleh
elemen-elemen dalam Umno untuk
mengadakan perhimpunan di kediaman Menteri
Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris
pada lewat petangnya. Satu perbarisan balas
telah dirancang diadakan walaupun tidak
mendapat kebenaran pihak polis. Apabila
orang ramai masih berhimpun di perbarisan
tersebut, pergaduhan berlaku dekat Kampung
Baru, di mana dua buah lori orang Cina telah
dibakar. Tragedi di Kampung Baru itu merebak
dengan cepat ke serata tempat di Kuala
Lumpur.

Pada kedua-dua malam tersebut,


pembangkang merayakan
kemenangan mereka. Satu perarakan
besar parti Gerakan diadakan untuk
mengalu-alukan kepulangan
pemimpin parti itu, V David yang
menang kerusi Parlimen di Pulau
Pinang.

Parti Perikatan yang memerintah


mengalami kekalahan teruk dalam
pilihanraya umum tetapi masih
memperolehi majoriti mudah di Dewan
Rakyat. Perikatan kalah di Pulau Pinang
kepada Gerakan; Kelantan kepada PAS
dan menang tipis di Perak dan Selangor.

13 Mei :
Wartawan asing itu berpendapat perintah berkurung yang dikenakan tidak
adil kepada semua orang.
"Di jalan-jalan dekat Jalan Hale, saya dapat melihat pemuda Melayu yang
bersenjatakan parang dan buluh runcing berhimpun di kawasan yang
dapat dilihat dengan jelas oleh pasukan keselamatan yang berkawal di
persimpangan jalan. Manakala di Batu Road, sejumlah wartawan asing
melihat anggota Regimen Askar Melayu menembak ke dalam rumahrumah kedai orang Cina tanpa sebarang sebab.
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman terus mengatakan bahawa
keganasan itu berpunca daripada tindak tanduk penyokong pembangkang
selepas keputusan pilihanraya diumumkan, manakala timbalannya, Tun
Abdul Razak menyalahkan pihak komunis.

16 Mei:
Keadaan masih tegang di Selangor di
mana kereta dan rumah dibakar dan
angka korban meningkat. Jumlah
kematian meningkat kepada 89 orang
dengan lebih 300 lagi mengalami
kecederaan. Perintah berkurung 24 jam
diteruskan di Selangor dan turut
dikuatkuasakan di Melaka. Di Pulau
Pinang dan Perak, keadaan semakin
baik walaupun perintah berkurung
masih dikuatkuasakan.
Tunku membuat pengumuman
mengenai penubuhan Pasukan
Pertahanan Negara yang akan
dianggotai oleh sukarelawan. Menteri
Penerangan yang baru, Datuk Hamzah
Abu Samah dan Tun Razak
mengadakan siding akhbar di mana
mereka mengatakan punca rusuhan itu
adalah peresapan komunis ke dalam
parti-parti politik.
Terdapat laporan mengenai perbuatan
mencuri oleh anggota tentera Melayu
dan sikap mereka yang berat sebelah
terhadap masyarakat Cina Malaysia.
Jumlah pelarian juga meningkat.

15 Mei :
Yang di-Pertuan Agong
mengisytiharkan darurat. Majlis
Gerakan Negara yang diketuai
oleh Tun Razak ditubuhkan. Tun
Razak masih bertanggungjawab
kepada Tunku, tetapi semua
kuasa di bawah Peraturan
Darurat diletakkan dalam
tangannya.
Perintah berkurung itu ditarik
balik buat sementara di Kuala
Lumpur pagi itu tetapi keadaan
kembali buruk dan berlaku
banyak pergaduhan di sana sini.
Perintah berkurung
dikuatkuasakan semula tetapi
bekalan makanan makin
berkurangan.
Penerbitan akhbar-akhbar
tempatan telah digantung
sehingga peraturan penapisan
digubal tetapi tiada usaha
diambil untuk menyelia laporanlaporan yang dihantar keluar
oleh wartawan asing.

14 Mei :
Rusuhan berterusan tetapi secara kecilan. Perintah
berkurung hanya ditarik balik di pelbagai kawasan
secara berperingkat mengikut waktu-waktu tertentu
bagi membolehkan penduduk keluar membeli
makanan. Pihak polis telah mengerahkan semua
anggotanya bertugas dan menyerahkan tugas
mengawal bahagian utara bandaraya kepada pihak
tentera.
Polis berkata 44 orang terbunuh dan 150 lagi cedera
pada malam sebelumnya. Satu lagi laporan
menunjukkan kebanyakan mangsanya adalah orang
Cina dan ia menyatakan sekurang-kurangnya 66
daripada 77 mayat di hospital besar pada 14 Mei
adalah orang Cina.
Percubaan kerajaan untuk menyalahkan komunis
yang mencetuskan rusuhan tersebut bagaimanapun
tidak diambil serius oleh para pegawai di Pesuruhjaya
Tinggi British (BHC), yang berpendapat Tunku tidak
bersedia menyalahkan orangnya sendiri yang
mencetuskan rusuhan tersebut, dan tidak pula
menyalahkannya kepada orang CIna "secara
keseluruhannya".

Punca
1. Dasar Pecah Dan Perintah British
Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompokkelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga
kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum
kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi
Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi
setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina
digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estetestet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaumkaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku
maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen
13 Mei 1969.

2. Sistem Pendidikan Yang Berasingan


Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau
sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang
berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah
menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak
mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada
keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya
mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China
mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan
fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah
menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing
sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat
perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan
perpaduan kaum di Malaysia.

3. Perbezaan Agama Dan Kebudayaan


Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya
masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya
beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme,
Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai
juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang
berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia.
Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh
kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi
agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga
banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi
penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei
1969 berlaku.

4. Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan


Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang
tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi
pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu beniaga dan
kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula
bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet.
Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang
pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum
yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya
berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

5. Persatuan-persatuan Etnik
Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai
kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial
dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah
memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain
kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan
kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaumkaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman
seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di
kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang
ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

6. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun


Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih
istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi
dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19
dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam
hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang
Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi
peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina
menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah
buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri
daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang
Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

7. Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969.


Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang
bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan
istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing
undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak
puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang
agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti
Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang
melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu
melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis
penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal
dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Implikasi terhadap hubungan etnik


Malaysia
Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3
elemen utama dalam memastikan pembangunan dan
perpaduan dalam negara terus dikekalkan dan
dipelihara.
3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari
segi ekonomi, budaya dan keselamatan.

Ekonomi
Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik
di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada
setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa
sebarang halangan. Setiap golongan etnik di negara ini layak
untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa
halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah
rakyat negara ini.
Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi
dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada
sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh
menggugat ekonomi negara.

Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum


sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masingmasing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era
kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina
yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar.
Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga
sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih
dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk
memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan
meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi
supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai
ekonomi Negara kita.

Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia


Akhir sekali,
ini, ia dapat
dapatdengan
menjanaadanya
ekonomiperpaduan
negara dengan
menjanapelaburan
ekonomidari
negara
dengan
pelaburan
pelbagai
bidang.
Ini kerana,dari
dapat
memberi
manfaat kepada
pelbagaiperpaduan
bidang. Ini
kerana,
perpaduan
dapat memberi
dalam
perkembangan
ekonomi Negara.
manfaatNegara
kepada
Negara
dalam perkembangan
ekonomi

Negara.

Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini


kemungkinan besar Negara kita tidak akan
Tanpa adanya
perpaduan
kecapi
membangun
dengan yang
pesat kita
seperti
ini. ini

kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun


dengan pesat seperti ini.

Budaya
Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga
memainkan peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini
mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara
dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup
bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan
dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam
negara.
Seperti yang kita ketahui, negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang
berbilang kaum dan masyarakat di negara ini mempunyai pelbagai
budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek
budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di
negara kita.

Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat
merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan
masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni.
Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan
kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagungagungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa
juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran
etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan
sekiranya mereka dalam kesusahan.

Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana
masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang
berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini
merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi
budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang
berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik.
Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik
yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya
masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga
keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan
daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.

Perpaduan
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara haruslah
dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara Malaysia pada masa
sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya
perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969
yang telah berlaku di negara Malaysia
Kesan daripada rusuhan ini dapat dilihat betapa ramai masyarakat
negara ini yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu,
pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik adalah untuk
memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan
kaum berlaku lagi.

Keharmonian di antara etnik juga mestilah dikekalkan


untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan
sanggup berkorban untuk negara Malaysia.
Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam
diri setiap kumpulan etnik di negara ini bagi memastikan
kesemua
golongan
etnik
ini
mempertahankan
keselamatan negara.

Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di negara Malaysia


akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada luar
dan dalam negara.
Negara Malaysia haruslah dipertahankan kedaulatannya
daripada yang melibatkan pergaduha bagi memastikan negara
ini akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020
dan mengekalkan perpaduan negara Malaysia.

Kesimpulan
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan
sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara
oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsiarahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidangbidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa
pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda
yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu citacita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju
dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai