Anda di halaman 1dari 13

Bab 4- Pensejarahanberbentukundang-undang

Undang-undangmerupakansatu susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan


pemerintah sesebuah negara.
Dalam zaman feudalisme Melayu, terdapat undang-undang yang telah direkodkan dalam
bentuk penulisan yang boleh menjadi rujukan kepada kerajaan yang
memerintahdanpemerintahselepasnya.
Antara undang-undang bertulis yang terdapat di alam Melayu termasuklah Hukum Kanun
Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang 99 Perak, Undangundang Kedah,
Undang-undang Kedah dll.
Selain menjadi panduan kepada para pemerintah, undang-undang bertulis di alam Melayu
ini juga menjadi antara sumber pensejarahanpentingkepada Malaysia.

HUKUM KANUN MELAKA


HukumKanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka atau Risalah
Hukum Kanun.

Para sejarawanberpendapat, Undang-undang Melaka disusun dan ditulis pada zaman


Sultan Muzaffar Syah berdasarkan daripada Sejarah Melayu supaya segala peraturan itu
dihimpunkan .... supaya jangan lagi bersalahan adat segala hukum menterinya.

Walaubagaimanapun, Undang-undang Melaka telahpun wujud sejak zaman Megat Iskandar


Syah seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu yang ....memerintah istiadat kerajaan
baginda.Oleh itu, Undang-undang Melaka telah pun wujud sejak zaman awal pengasasan
Melaka.

Undang-undang Melaka mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasa raja dan
pembesar-pembesar, pantang larang masyarakat umum, hukuman ke atas kesalahan
jenayah dan undang-undang keluarga.

Beberapafasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkan undang-
undang Islam dan menampakkan pengaruh Islam dalam pemerintahan Melaka.

Antara pengaruh Islam yang jelas dalam undang-undang di Melaka adalah hukum hudud
seperti hukum potong tangan kepada pencuri. Dalam Sejarah Melayu misalnya ada
menyebut hukuman tersebut sebagai kudung tangannya. (Muhammad Yusoff
Hashim,1989)

Undang-undang kudungtangan ini telah dikuatkuasakan ketika pemerintahan Sultan


Alauddin Riayat Syah. Hukum Kanun Melaka menyebut, Adapun jikalau ia mencuri, maka
tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda dia setengah harganya.... Adapun pada
hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya.
Selainitu, hukum-hukum Islam lain yang dapat dilihat dalam Hukum Kanun Melaka
termasuklah bab jual beli dan nikah kahwin.

Contohnya, Fasal 30 dalam Hukun Kanun Melaka menjelaskan larangan menggunakan riba
dalam urusan perniagaan, ...pada menyatakan hukum orang yang berniaga itu dan haram
atas segala yang mengambil riba.

Walaupun Islam mempengaruhi penggubalan undang-undang Melaka, tradisi setempat


masih dikekalkan dalam undang-undang misalnya dalam Hukum Kanun Melaka (Fasal 13:3)
menyebut sesiapa yang berjual titah (memalsukan titah) akan dikenakan samada hukuman
bunuh, dibelah lidah atau dikupas kulit kepala.

Hukumansebeginiadalah hukuman tradisi yang diamalkan sejak periode pra-Islam dan


bukanlah satu daripada ajaran Islam.

DalamHukumKanun Melaka, dua aspek utama yang digambarkan termasuklah gambaran


mengenai masyarakat Melaka pada abad ke-15 dan 16 serta sistem politik dan pentadbiran
di Melaka.

Gambaransistempolitik dan pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka mengikut


Hukum Kanun Melaka:
1. Raja dianggap sebagai mempunyai kekuasaan tertinggi dan berkuasa penuh di mana titah
baginda adalah undang-undang tertinggi dan mengatasi undang-undang yang terkandung
dalam Hukum Kanun Melaka itu sendiri.
2. Hukum Kanun Melaka menjadi panduan kepada para pembesar Melaka dengan
menerangkan tugas-tugas para pembesar seperti Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana.
3. Rakyat biasa terdiri daripada rakyat yang bermastautin dan berhijrah ke Melaka.
4. Hukuman masih mengekalkan sebahagian daripada pengaruh Hindu-Buddha di mana
hukuman adalah berbeza mengikut darjat dan kedudukan seseorang.

Antara kandungan yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka termasuklah:


1. Tanggungjawab raja danpembesar
2. Pantang larang dalamkalangananggotamasyarakat
3. Undang-undang keluarga
4. Hukuman kesalahan awam dan jenayah
5. Permasalahan ibadat dan muamalat
6. Hukum perhumaan

Walaupunundang-undang yang berteraskan Islam dilaksanakan di Melaka, namun hanya


sebahagian sahaja undang-undang yang berteraskan Islam dalam Hukum Kanun Melaka.
Selebihnya, undang-undangdalam Hukum Kanun Melaka adalah mengikut undangundang
yang diwarisi sejak zaman pra-Islam.

Sebagaicontoh, berlaku perbezaan terhadap hukuman kepada setiap individu yang


berlainan darjat dan keturunan.
DalamFasal 8.1 misalnya, hukuman menetak orang adalah berbeza-beza di mana
sekiranya seseorang orang hamba abdi menetak seseorang yang merdeheka, hamba
tersebut akan dihukum penjara manakala seseorang merdeheka pula hanya didenda
setengah harga daripada sepuluh emas.
MenurutHukumKanun Melaka, terdapat tiga kesalahan berat yang tidak diampuni oleh
hakim iaitu membunuh, mengambil isteri orang dan orang kelakuannya bermaharajalela
seperti bertindak ganas sesuka hati.
Kesalahansepertiini hanya boleh diampunkan oleh raja.
Walaubagaimanapun, raja adalah kebal daripada sebarang undang-undang.Sebagai
contoh, walaupun Sultan Mahmud Syah pernah berzina dan mengatur pembunuhan,
baginda tidak dihukum.
Dalambidangnikah kahwin (munaqahat) dan jual beli, hukum Islam digunakan sepenuhnya
seperti:
1. Pewalian seorang perempuan
2. Syarat sah ijabkabuldalamperkahwinan
3. Hukum dan syarat sahsaksidalamperkahwinan
4. Hukum tentang perceraian danperpisahansuamiisteri
5. Hukum riba
6. Hukum jual beli

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA


Undang-undangLaut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan
Pelayaran danHukumUndang-undangLaut.
Undang-undang ini merupakan satu peraturan yang telah ditetapkan oleh Kesultanan
Melayu Melaka berkaitan hukum dan peraturan di laut seperti tatacara,
undangundangpelayarandanperkapalan.
Undang-undang Laut Melaka juga mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara
berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab
nakhoda, kiwi sertaanakkapal.
Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat
Melaka.Hal ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus
berdagang di Melaka.
Menurut R.O Winstedt dan Josselin de Jong yang meneliti dan menyelenggara teks
Undang-undang Laut Melaka, undang-undang ini dipercayai telah disusun pada zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Syah danBendahara Seri Maharaja.
Undang-undang Laut Melaka ini dianggap sebagai undang-undang tambahan kepada
Hukum Kanun Melaka (Undang-undangDarat Melaka).
Undang-undang Laut Melaka mempunyai 25 fasal di mana 24 daripadanya menyentuh
soalperdagangandanperkapalan.
Antara peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka yang bersabit
dengan hal di laut termasuklah:
1. Tugaspegawaikapal
2. Hukuman yang dijalankan di ataskapal
3. Hukum-hukum perniagaan

Antara tugas-tugaspegawai kapal termasuklah:


1. Nakhoda: Nakhodadianggapsebagai pegawai tertinggi dan individu yang paling berkuasa
dalam sesebuah kapal, jong atau balok. Beliau diberi kuasa penuh seperti seorang raja.
Nakhoda mempunyai beberapa keistimewaan tertentu, antaranya termasuklah tempat
duduk khas yang hanya boleh diduduki oleh nakhoda sahaja yang dikenali sebagai
peterana lawang. Selain itu, terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh anak-
anak kapal bagi menghormati nakhoda. Antaranya, anak kapal dilarang untuk duduk
terjuntai di atas anjung dan duduk menghadap ke belakang kapal. Hal ini dianggap
sebagai tidak menghormati nakhoda sebagai seorang raja di laut. Tidak ada mana-mana
anak kapal dibenarkan bercermin menghadap ke haluan kerana dikhuatiri mempunyai
muslihat tertentu. Contohnya, jika nakhoda datang dari belakang akan kelihatan nakhoda
dan isteri atau gundiknya di dalam cermin. Antara keistimewaan lain yang terdapat pada
nakhoda termasuklah:
Jikaseseoranganak kapal turun ke darat dengan suruhan nakhoda dan mendapat apa-
apa harta seperti emas atau perak, semua harta itu akan jatuh kepada raja (nakhoda).
Mereka hanya akan mendapat harta itu atas belas kasihan nakhoda.
Tetapijikaanak kapal turun ke darat tanpa suruhan nakhoda, nakhoda hanya mendapat
1/3 sahaja dari harta tersebut.
Akan tetapi, Fasal 3 dalam Undang-undang Laut Melaka menjelaskan jika abdi atau
orang berhutang mendapat harta itu walaupun tanpa suruhan nakhoda, harta itu akan
menjadi milik nakhoda
Barangsiapamendapat hamba yang lari ia tetap kepunyaan nakhoda. Jika bertemu dengan
tuannya, hamba itu terpaksa menebus separuh harga kepada nakhoda.
Jikatidakbertemu dengan tuannya, hamba itu kekal di tangan nakhoda.Jika nakhoda mahu
menjual hamba itu, hendaklah disaksikan oleh anak kapal dan orang-orang di tempatitu.
Dalam perniagaan pula, terdapat beberapa keistimewaan yang dimilikiolehnakhoda.
Antaranya, jikanakhoda sampai ke sebuah pelabuhan atau bandar, beliau akan diberi
peluang berniaga terlebih dahulu, iaitu pada empat hari yang pertama.
Dalamhaltawar menawar ke atas sesuatu barang pula, jika nakhoda menawarkannya ke
peringkat harga tertentu, orang lain (pegawai atau anak-anak kapal tidak dapat
mengatasinya). Jika melakukannya juga, barang itu akan jatuh ke tangan nakhoda.
Selainitu, jika terdapat pegawai kapal membeli hamba atau barangbarang yang berharga
tanpa pengetahuan nakhoda, apabila diketahui oleh nakhoda ia akan jatuh ke tangan
nakhoda.
2. Jurumudi: Jurumudidianggapsebagai pegawai dan individu kedua yang terpenting selepas
nakhoda. Tugas utama seorang jurumudi adalah untuk mengemudi sesebuah kapal dan
kuasa yang ada padanya dianggap setaraf dengan seorang Bendahara di darat.Jurumudi
dan jurubatu tidak boleh meninggalkan sesebuah kapal. Jika terpaksa berbuat demikian,
merekaakandikenakandenda.

3. Jurubatu: Kuasa yang ada pada jurubatu dianggap seperti seorang Temenggung di darat.
Beliau berperanan menjaga sauh dan bahagian hadapan kapal atau perahu.Selain itu,
beliau juga bertanggungjawab menjaga keamanan di atas kapal. Mengikut Undang-undang
Laut Melaka, jika seseorang anak kapal melanggar perintah Tukang Agung (Ketua Segala
Tukang), jurubatu berhak menjatuhkan hukuman ke atas anak kapal tersebut.

4. Tukang: Terbahagi kepada beberapa jenis mengikut tugasan. Contohnya tukang petak,
tukang kiri, tukang kanan dan sebagainya.Ketua segala tukang ialah Tukang Agung.

5. Malim: Beliau dianggap sebagai hakim dalam sesebuah kapal. Beliau juga merupakan
seorang yang arif mengenai arah yang hendak ditujui, mengenali tanah dan laut, angin dan
ombak dalam atau tohor, bulan dan bintang, teluk dan tanjung, gunung dan bukit, batu dan
pasir dsb.

6. Muda-muda: Dianggap seperti tentera dalam sesebuah kapal. Tugas seorang muda-muda
termasuklah menjaga senjata, menjadi tentera dan mempertahankan kapal dari serangan
musuh.Ketika di darat, muda-muda bertugas menjaga keselamatan dan menjadi pengiring
nakhoda.

7. Orang Berkepung: Merupakan anak kapal yang menjalankan tugas-tugas rencam


termasuklah menjaga air ruang, melihat api dalam jong, melihat musuh dan melihat angin
dan ribut.

Undang-undangLaut Melaka tidak menjelaskan sama ada anak kapal dibayar gaji ataupun
tidak.
Tetapi yang jelasnya, Undang-undang Laut Melaka telah memberi panduan yang jelas
kepada setiap anak kapal dan peranan mereka di atas sesebuah kapal, perahu,
jongataubaluk.
Selain itu, nakhoda berperanan menempatkan muatan mereka di atas kapal serta memberi
pinjam wangkepadaanak-anakkapalnya.
Selain menjelaskan peranan dan keistimewaan tertentu ke atas setiap pegawai dan anak
kapal, Undang-undang Laut Melaka turut memuatkan bentuk hukuman yang dikenakan atas
setiap kesalahan yang dilakukan di atas kapal. Antaranya termasuklah:
1. Kesalahan Berzina: Kesalahan ke atas mereka yang bersalah melakukan perzinaan dilihat
mengikut undang-undang yang berasaskan Islam. Sebagai contoh, mana-mana anak kapal
yang didapati berzina dan telah berkahwin, mereka akan dihukum bunuh. Kepada pesalah
yang belum berkahwin, mereka akan dipalu sebanyak 100 kali. Untuk kesalahan berzina di
antara seseorang yang merdeheka dengan hamba perempuan, mereka perlu membayar
denda setengah harga hamba tersebut. Untuk kesalahan berzina dengan isteri nakhoda
pula, hukuman bunuh akan dikenakan. Isteri nakhoda juga akan dibunuh atau dihukum
masuk ulur.
2. Kesalahan Memaki Nakhoda: Kesalahan yang dianggap serius, namun tidak sampai
dikenakan hukuman bunuh. Hukuman terhadap kesalahan memaki nakhoda adalah pesalah
akan dimalukan di hadapan orang ramai.
3. Kesalahan terhadap Pegawai yang Cuai: Misalnya muda-muda yang ditugaskan menjaga
hamba abdi. Sekiranya hamba abdi didapati melarikan diri atau berbuat jahat atas kecuaian
muda-muda, mereka dikehendaki membayar harga abdi tersebut dan disebat sebanyak 60
kali sebatan.Jika malim cuai ketika menjaga kapal atau perahu sehingga pecah, hukuman
bunuhdikenakankeatasnya.

Antara kesalahan yang dianggap besar dan dikenakan hukuman bunuh termasuklah
berbuat khianat, membuat pakatan hendak membunuh nakhoda, malim, tukang dsb serta
seseorang yang berkelakuan amat jahat.
Selainitu, Undang-undang Laut Melaka juga menetapkan hukum-hukum mengenai
perniagaan.
Antara hukum-hukumberkenaan perniagaan dalam Undang-undang Laut Melaka
termasuklah kebenaran untuk membawa barang dagangan di atas sesebuah kapal.
Di sampingnakhoda, pegawai dan anak-anak kapal, perahu terdapat beberapa penumpang
yang juga membawa barang untuk didagangkan.
Penumpanginidikenali sebagai mulkiwi.
Kiwi merujukkepada penyewa petak perahu yang juga menjalankan perniagaan dan
terbahagi kepada empat jenis iaitu kiwi yang membeli petak, kiwi yang hanya memberi modal
kepada nakhoda tetapi barangnya tiada di atas kapal serta dua jenis lagi kiwi yang tidak
dinyatakan keadaannya.
Kiwi hanyamembayar cukai di jong dan tiada cukai negeri.
Jika kiwi berhajat untuk turun dari kapal, maka hilang harga pitaknya. Jika turun dengan
satu-satu sebab, seperti berbalah dengan nakhoda, tidak semua hartanya itu akan hilang.
Jikasudahsampai musim berlayar, iaitu musim kasip jika jong itu terlambat, misalnya lebih
dari 7 hari, nakhoda terpaksa mengembalikan harga pitak kepada kiwi.
Jika kiwi yang terlambat turun, disebabkan urusan perniagaannya, iaitu lebih dari 7 hari,
nakhoda boleh berlayar tanpa kiwi itu.

UNDANG-UNDANG 99 PERAK
Undang-undang Perak juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak disebabkan oleh
99 perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.
Undang-undanginidipercayai berasal dari Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu pada
abad ke-17 yang dibawa ke Perak oleh Saiyid Hassan dari Hadramaut ketika pemerintahan
Sultan Ahmad Tajuddin (1577-1584).
Teksundang-undangini dipercayai disalin semula oleh Syed Jaafar bin Syed Unus.
Undang-undang 99 Perak merupakan sebahagian daripada rumpun Adat Temenggong dan
dianggap sebagai antara undang-undang yang paling adil dalam kalangan undang-undang
tradisional di alamMelayu.
Undang-undang ini dibuat dalam bentuk dialog (soal jawab) di antara Raja Nushirwan Adil
dengan menterinya bernama Khoja Berza Amir Hakim.
Walaupunterdiridaripada 99 fasal, susunan fasal-fasal adalah tidak mengikut kategori.
Antara rangkuman isi kandungan Undang-undang 99 Perak termasuklah:

TugassertaTanggungjawabPemerintah: merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau


Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi
tulang belakang dalam tampuk pemerintahan.

PeraturanAdatIstiadat: merangkumi adat menghadap Raja, adat perlantikan Raja, adat


Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.

Undang-undangJenayah: contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya.

Undang-undangKekeluargaan: contohnya; perkahwinan, penceraian, pembahagian harta


pusaka dan sebagainya.

Walaupunundang-undangini dilihat menerima pengaruh agama Islam yang kuat, namun


pengaruh hukum adat dilihat bercampur baur dengan pengaruh Hindu dan pengaruh
daripadaHukumKanun Melaka.
Antara contoh fasal-fasal yang terdapat dalam Undang-undang 99 Perak termasuklah:

FasalEmpat: HukumMembunuh
Sekiranyaseseorang Islam membunuh orang bukan Islam, maka pembunuh akan dihukum
mati. Namun dia boleh membuat tawaran kepada keluarga si mati dengan membayar
sepuluh tahil emas.
Sekiranyaseseorangbukan Islam membunuh orang Islam, dia tidak dijatuhkan hukuman
bunuh supaya dia masih berpeluang untuk memeluk Islam.Dia hanya perlu membayar
kepadakeluargasimati.

Fasal Enam: Kesalahan Mengambil Isteri Orang


Sesiapa yang bersalah mengambil isteri orang akan dibuang mukim atau didenda se paha
tiga tahil emas.
Perempuanisteri orang itu pula akan didera di pintu masjid dengan dicukur kepalanya atau
membayar denda.

Fasal 54: MengenaiPerceraian


Isteridibenarkanuntuk mengadu meminta cerai sekiranya tidak diberi nafkah zahir dan batin.

UNDANG-UNDANG KEDAH
Undang-undang Kedah merupakan satu komponen perundangan yang dibuat dalam satu
jangka masa yang berbeza-beza.
Terdapatlimabab utama dalam Undang-undang Kedah iaitu:
1. Undang-undang Pelabuhan (1650)
2. Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1667)
3. Hukum Kanun Dato Kota Setar (tiada tahun)
4. Adat Bunga Mas, Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besarbesar, Adat Meminang
5. Undang-undang 1199 Hijrah (1784)

1. Undang-UndangPelabuhan Kedah:
Undang-undangPelabuhan Kedah ini dilihat digubal berdasarkan Undang-undang
Pelabuhan Acheh (Adat Acheh) disebabkan pada masa tersebut, kerajaan Kedah berada
di bawah jajahan takluk Kesultanan Acheh.
Antara persamaan yang terdapat pada Undang-undang Pelabuhan Kedah dan
Undang-undang Pelabuhan Acheh termasuklah nama-nama jawatan dan
peraturanperaturan yang hampir serupa di dalam kedua-dua undang-undang tersebut.
Undang-undanginidipercayai disalin daripada undang-undang yang pernah dibuat
sebelumnya oleh Dato Besar atas perintah Sultan Kedah, Sultan Rijaluddin Muhammad
Syah (1619-1652M).
Mengandungi 37 fasal, undang-undang ini merangkumi fasal-fasal berkait dengan
tatacara di pelabuhan seperti:
1. Undang-undang Perlabuhan
2. Perdagangan
3. Pasar
4. Tugas Para Pembesar

Dalamundang-undangini, syahbandar mempunyai kuasa yang agak besar di pelabuhan


dan berperanan dalam menangkap danmenghukumpesalah-pesalahtertentu.
Antara jawatan penting yang terdapat di pelabuhan Kedah pada ketika itu dalam kalangan
pegawai kerajaan termasuklah Panglima Negeri, Panglima Bandar/Syahbandar Darat,
Syahbandar, Panglima Kuala/Batangan, Mata-mata dan Sakai.
Selainitu, undang-undang pelabuhan ini memberi panduan yang jelas kepada para
pedagang dan pegawai pelabuhan berkaitan dengan sistem percukaian yang dikenakan ke
atas para pedagang.
Jumlahcukai yang dikenakan juga adalah berbeza di antara pedagang mengikut negeri
mereka.Antara pedagang yang paling banyak terdapat di pelabuhan Kedah berdasarkan
catatan dalam undang-undang pelabuhan ini termasuklah pedagang dari negeri Keling,
Gujerat, Perak dan lain-lain.
Barangdagangan yang diperdagangkan di pelabuhan Kuala Kedah pula termasuklah timah,
garam dan kain.
Bagisistemmatawang, wang yang digunakan untuk perdagangan di pelabuhan Kuala
Kedah termasuklah bidur (wang timah), kupang dan wang emas.
Bagisistemsukatan pula, antara sukatan yang digunakan di pelabuhan Kuala Kedah
termasuklah gantang, kayu (untuk gulungan kain), koyan (seberat 40 pikul), nalih (sama
berat dengan 16 gantang) dan tahil.
PenulisanUndang-undangPelabuhan Kedah ini telah membantu pensejarahan Malaysia
dalam mengenalpasti zaman kegemilangan pelabuhan Kuala Kedah sebagai sebuah
pelabuhan entrepot penting pada abad ke-17.

2. TemberaDato Seri Paduka Tuan:


Undang-undanginiditulis oleh pembesar negeri Kedah, Dato Seri Paduka Tuan pada
tahun 1078 Hijrah iaitu pada waktu pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Syah
(1661-1687), Sultan Kedah yang ke-15 yang bersemayam di Kota Indera Kayangan
dalam wilayah Perlis (pada ketika itu Perlis merupakan sebahagian daripada negeri
Kedah).
Kandunganbahagiankedua dalam Undang-undang Kedah ini adalah membicarakan
tentang kesalahan dan hukuman terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang
dianggap jenayah dan yang dilarangolehsyarak.
Hal ini menunjukkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran dan perundangan
negeri Kedah pada ketika itu.
Temberainimengandungi 16 fasal yang berkaitan dengan hukuman terhadap kesalahan
jenayah, pertanian dan penternakan.
Temberainibukan sahaja mencegah perkara yang mungkar akan tetapi turut
menggalakkan perkara yang baik (makruf).
Sebagaicontohdalam fasal pertamanya dinyatakan bahawa tugas kweng (penghulu)
dan panglima adalah untuk menangkap mereka yang berjudi, menghisap madat (ganja),
minum arak, mencuri dan merompak dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Dan dalamfasal yang kedua pula dinyatakan bahawa para kweng juga dikehendaki
menasihati anak buah mereka supaya mengerjakan sembahyang lima waktu,
sembahyang Jumaat dan berpuasa.
Mereka yang tidak mahu mengerjakan sembahyang akan ditangkap dan dikakang
lehernya. Pesalah hanya akan dilepaskan jikadiamahubertaubat.
Selain itu, antara aspek yang banyak diutarakan dalam undang-undang ini ialah
mengenai undang-undang pertanian dan penternakan.Sesuai dengan kedudukannya
sebagai sebuah negeri pertanian, undang-undang Kedah ini banyak mencatatkan
tentang hal-hal padi dan kerbau.
Antaranyasepertiperintah membuat pagar di sawah dan hukuman terhadap kerbau dan
tuan kerbau jika kerbaunya menceroboh masuk ke sawah orang lain yang sudah
berpagar ataupun jika menanduk orang.
DalamTemberaPaduka Tuan ini terdapat lima fasal yang diperuntukan untuk
pemeliharaan sawah dan kerbau.
Di sampingitu dicatatkan juga peraturan berdagang dan undang-undang tentang tanah.
Undang-undang ini juga ada memperuntukkan hak laluan yang mirip dengan undang-
undang moden hari ini. Dalam fasal 15, undang-undang mencatatkan; "Fasal yang
kelima belas menyatakan hukum undang-undang pada hal jalan. Jika sa-orang kampong
didalam sa-orang diluar ,jika tiada taroh jalan menjadi terpenjara-lah mereka itu, maka
hendaklah jalan adat-nya enam hasta luasnya, maka dapat lalu perusongan itu-lah kira-
nya. Dibicarakan oleh segala yang arif, supaya jangan hamba Allah itu jadi berbantah
sesama sendiri-nya; tambah pada hokum adat negeri pun, kerana jalan besar
pekerjaannya jika sudah tiada berjalan, tiada-lah dapat mereka itu dudok pada tempat
itu. Maka ini dibicarakan hukumnya, jika tiadalah tuan tanah itu mahu membuka jalan,
maka dapat di-beli tanah itu ka-pada-nya tiada mahu dijual-nya tanah itu, maka
hendaklah gagah buka juga jalan itu dengan kekerasan : apa-apa dapat dikata oleh tuan
tanah itu suatu pun tiada jadi perkataan. Demikian-lahhukum-nya."
Berdasarkan tembera ini, tuan tanah yang mengerjakan sawah wajib membuka
sebahagian daripada batasnya agar boleh dijadikan laluan kepada orang ramai.
Wujudnyaundang-undangkhusus berkaitan persawahan ini menunjukkan bagaimana
Kedah telah muncul sebagai sebuah pusat kegiatan penanaman padi sejak abad ke-
17. Selain itu, dalam fasal ke-10 juga ada menyatakan mengenai Sambang yang
tugasnya menangkap orang yang berjalan malam tanpa membawa api atau lari.

3. HukumKanunDato Kota Setar:


Undang-undang ketiga dalam Undang-undang Kedah ini tidak diketahui
secarajelastarikhpenggubalannya.
Mengandungi lapan fasal, undang-undang ini mencatatkan tentang tugas dan
tanggungjawab raja dan para pegawai negeri. Antaranya termasuklah: 1. Tugas
Temenggung; 2. Perintah Raja-raja; 3. Syarat Raja-raja; 4. Bahasa Raja-raja; 5. Pakaian
Raja-raja; 6. Lima Perkara yang dibenarkan rakyat biasa melakukannya; 7. Warna
bendera untuk Raja-raja, Menteri dan Hulubalang; 8. Sifat kebesaran yang ada pada
raja-raja dan para pembesar lain;
Kanuninimemperincikan tugas-tugas seseorang pegawai itu termasuk hak dan tugas
seseorang raja.Ia menggariskan hak dan keistimewaan raja, tugas dan tanggungjawab
Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Panglima Negeri, Paduka Raja dan Bentara.
Undang-undanginijelas memperlihatkan kematangan fikiran orang-orang Melayu
Kedah pada masa itu untuk mengawal kegiatan dan tindakan para pegawai negeri.
Sebagaicontoh, walaupun Temenggung merupakan seorang pegawai yang mempunyai
kuasa yang besar yang bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis
Negara akan tetapi beliau tidak bolehbertindaksesukahati.
Kanun Dato' Kota Star ini memperuntukkan bahawa beliau hanya boleh bertindak
menghukum seseorang itu setelah dijatuhi hukum oleh Penghulu Hakim. Fasal 1 Kanun
ini mencatatkan antara lain; " Maka akan banyak orang Temenggung mengawal negeri
itu enam puloh orang berganti-ganti. Sa-bagai pula: perkerjaan Temenggong itu, apa-bila
orang berdakwa sudah jatoh hokum, di-suroh penghulu hakim keluarkan maka
Temenggong-lah mengeluarkan dia: barang yang thabit pada hukom Allah taala: tiada
boleh Temenggong itu memereksa pandai sendiri-nyamengeluarkanitu,
supayatiadateraniayaanak daawa itu: maka akan hasil Temenggong sapuloh emas.
Jikalau orang kena rantainya berlenggu, hasil Temenggong sa-paha emas. Jika orang itu
jatoh hokum di-kodong atau di-bunoh, maka tiada-lah hasil kepadanya."
Seperti juga dengan tugas 'Syahbandar' yang begitu banyak diperkatakan dalam
Undang-undang Pelabuhan Kedah, maka dalam Hukum Kanun Dato Kota Setar banyak
memperkatakan tentang tugas 'Temenggung' paling banyak dinyatakan dari fasal-fasal
yang lain.
Selakupembesar yang bertanggungawab untuk keselamatan negeri dan kesejahteraan
rakyat, beliau bersama pembantunya seramai 60 orang sentiasa melakukan rondaan
secara bergilir-gilir, di samping ada yang mengawal penjara. Mereka akan menangkap
pesalah-pesalah seperti pencuri, penyamun, pemakan madat, penyabung ayam dan
pembunuh orang.
Orang ramaitidak dibenarkan berjalan malam kecuali mempunyai sebab-sebab utama
dengan syarat menggunakan damar (sebagai lampu atau obor). Mereka yang melanggar
hukuman ini akan ditangkap, yang melawan akan dibunuh kerana "ia melawan titah raja".
Sekiranya orang yang didakwa atau saksi-saksinya tidak menghadiri perbicaraan yang
ditetapkan oleh Hakim, maka Temenggung akan menugaskan orangnya menuruti
mereka.
Pihakanakbuah Temenggung yang mencari mereka akan mendapat upah atau bayaran
dari mereka mengikut jarak dekat atau jauh mereka itu dapat dikesan. Misalnya jika ke
Perlis atau Pedu upahnya dua emas, Tanjung Pauh upahnya dua kupang, sementara
Anak Bukit atau Naga upahnya sekupang.
Fasalempatdanlima dalam HKDKS ditekankan segala 'larangan diraja' baik dari segi
perkataan atau bahasa mahupun dalam hal pakaian. Ini merupakan antara ciriciri
keistimewaan yang diperuntukkan kepada raja-raja yang tidak boleh dilakukan oleh
orang biasa.
Dari segibahasa diraja, HKDKS menegaskannya begini: "Fasal pada menyatakan
hukum bahasa raja-raja itu lima perkara: pertama 'titah', dan kedua 'kami', dan ketiga
'kita', dan keempat 'berpatik' dan kelima 'derma kurnia'. Maka kelima perkara ini tiada
boleh berkata-kata dengannya mereka yang keluaran, barangsiapa melalui akan dia
hukumnya dibunuh jika ia hamba raja, dan dikujut mulutnya jika ia keluaran".
Apa yang menarik perhatian kita ialah perkara yang sama terdapat juga ada teks
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Riau. Cuma yang berbeza dalam HKDKS
tidak terdapat kata 'murka' dan ia sebaliknya digantikan dengan kata 'kita' manakala
yang lainnya adalah serupa.
Dari segipakaian pula, HKDKS menyatakan begini: "Fasal pada menyatakan pakaian
raja-raja itu empat perkara: pertama berkain kuning, dan kedua bertilam pandak empat
persegi namanya peterana, dan ketiga ubur-ubur, dan keempat tombak bercabang. Maka
seperti pakaian yang demikian, tiada boleh yang lain memakainya, barangsiapa
memakainya kelak dirampas."
Kesemualarangantersebut jelas menunjukkan betapa tingginya taraf seseorang raja
dianggap berdaulat itu.Larangan tersebut bertujuan untuk membezakannya dengan
rakyat jelata.
Dalam HKDKS, di samping warna kuning menjadi warna khusus untuk pakaian diraja,
terdapat dua perkara lagi yang menjadi kepunyaan raja seperti yang ditegaskan dalam
fasal 6 iaitu: 1. membuat perusung atau alat mengusung orang yang dipanggil 'raja
diraja'. 2. membuat binaan sebagai tambahan kepada yang sedia ada pada bahagian kiri
dan kanan sesebuah bangunan, atau rumah, kapal atau perahu, yang dipanggil 'sayap
lelayang'.
Kedua-duaperkaraini juga adalah dilarang kepada rakyat biasa membuatnya.
Bagaimanapunada pula kekecualiannya iaitu dalam mengerjakan sesuatu adat atau
aktiviti harian, rakyat dibenarkan membina dua perkara di atas termasuk dibenarkan
memakai pakaian berwarna kuning, tetapi mestilah dengan syarat-syarat tertentu dan
yang ada kaitannya dengan kebaikan atau kepentingan kepada raja.
Berikutinidiperturunkan beberapa kutipan menarik dari HKDKS yang berkaitan dengan
perkara yang dibincangkan ini: "Fasal yang menyatakan lima perkara yang boleh
diperbuat oleh mereka yang keluaran, kerana maafdandiampuni raja.
Pertama di atas 'mempelai' yang diarak, boleh ia memakai pakaian kekuningan dan
pakaian beremas dan berpayung besar yang dipegang oleh orang serta bersoraksorak,
dinamai akan dia 'raja sehari', kerana puteranya pada sehari itulah raja
kepadasekalianwarisnya."
Kedua di atas 'jenazah' boleh diperbuat mereka itu raja diraja dan sayap lelayang dan
sulur bayung serta kain sampai, kerana puteranya sehari itulah hilang di mata mereka itu
sekalian warisnya, sekalian pekerjaan itu tiada menjadi tulah atau papa.
Ketiga di atas 'perahu' yang dibawa ke lautan boleh dibubuh sayap lelayang, maka
petuanya tiada dapat pada ketika perahu itu dipinjam raja.
Keempatpada 'masjid' boleh dibubuh sayap lelayang, maka petuanya di rumah Allah,
apabila raja berangkat, nescaya singgah ia sembahyang.
Kelima di atas 'pangkalan' yang besar-besar serta banyak orang pergi datang bolehlah
diperbuat jamban berdinding papan dan bersayap lelayang. Dan demikian juga pada
'jalan raya' hendaklah diperbuat telaga dan balai bersayap lelayang, maka petuanya
tatkala raja berangkat mudik, bila dipandangnya jamban itu baik, dan singgahlah ia naik
kepada jamban itu, dan apabila berangkat berburu, bila dipandangnya, balai dan telaga
itu baik, nescaya singgahlah ia di situ, berhentibersemayam
Padafasalterakhir HKDKS dinyatakan apakah sifat-sifat kebesaran yang ada pada
seseorang para pembesar seperti Syahbandar, Laksamana, Temenggung, Panglima
Negeri dan lain-lain termasuklah juga mata-matadan 'hamba raja'.
Pada keseluruhannya yang ingin ditegaskan oleh undang-undang tersebut ialah ketika
para pembesar itu menjalankan kewajipan atau tugas yang ditetapkan, kuasa mereka
seperti seorang raja, kerana mereka menjalankan tugas raja, seperti dalam beberapa
kutipan berikut: "Dan kebesaran Panglima Negeri, pada masa dititahkan raja berkerah,
ialah raja, tiada boleh dilalui (dibantahi) sabdanya". "Dan kebesaran Temenggung itu
pada masa membunuh orang dengan titah oleh raja, tiada boleh dilalui perkataannya
kerana ialah raja pada masa itu".
Di bahagianterakhir HKDKS itu terdapat gelaran 'Seri Perdana Menteri' dan pada
bahagian terakhir Hukum Kanun Kedah itu gelaran tersebut diulang lagi dengan sebutan
'Paduka Seri Perdana Menteri' atau 'Perdana Menteri' sahaja.
Gelaraninidiberikan kepada seseorang pembesar paling kanan iaitu berjawatan
'Bendahara' dan ianya terus digunakan sehingga ke abad 19 iaitu pada zaman
pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881- 1943), Sultan Kedah
ke-25.
Tokoh tersebut ialah Wan Muhammad Saman yang dilantik sebagai Perdana Menteri
Kedah Darulaman pada tahun 1870 di zaman Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin
Mukaram Shah, Sultan Kedah ke-23.

4. Adat Mengenai Bunga Emas:


Peraturanatauadat tentang pembuatan bunga mas untuk dikirimkan ke Siam dan adat
istiadat penabalan seseorang raja dan juga adat pinang meminang.
Undang-undanginitidak banyak berkaitan dengan orang ramai.Ia lebih tertumpu kepada
urusan istana.
Kedah terpaksamenghantar ufti berbentuk bunga emas kepada Siam setelah tewas
dalam peperangan pada abad ke-18. Sebelum itu, bunga emas hanya dihantar sebagai
tanda persahabatan Kedah-Siam.
Tidakadacatatan yang menjelaskan tentang bila peraturan ini digubal.Ia mengandungi
24 fasal.

* Bahagian Lima Undang-undang Kedah yang digubal pada 1784 Masihi berkait dengan
salinan kepada gabungan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Selain itu, terdapat satu lagi versi Undang-undang Kedah yang dinamakan sebagai
Undangundang Kedah versi Ku Din Ku Meh.

Anda mungkin juga menyukai