Anda di halaman 1dari 8

Kesinambungan Gerakan Nasionalisme dan Perjuangan Rakyat Kedah

Menentang Penjajahan Sejak Abad Ke-18


oleh: Dato' Haji Wan Shamsuddin Mohd. Yusof

GERAKAN awal nasionalisme Melayu di Semenanjung sering


dikaitkan dengan tindakan rakyat peribumi menentang campurtangan
Inggeris dalam sistem politik dan pentadbiran tempatan dalam abad
ke-9 yang pada pandangan Barat, pejuang-pejuang Melayu waktu itu
dicapkan sebagai penderhaka dan pemberontak. Antaranya
termasuklah pahlawan Dol Said di Naning (1831 - 1832); Datuk
Maharaja Lela dan Sultan Abdullah di Perak (1875 - 1876); Datuk
Bahaman dan Mat Kilau di Pahang (1891 - 1895); Haji Wan Hassan
atau Tok Janggut di Kelantan (1914-1915) dan penentangan Haji Wan
Abdul Rahman Limbong di Terengganu (1928). Sebenarnya Kedah
Darul Aman juga merupakan perintis ke arah mencetuskan gerakan
nasionalisme terawal di utara Semenanjung. Penentangan mereka tidak
sahaja terhadap penjajah Inggeris sejak abad ke-18 tetapi juga terhadap
Siam (1821 - 1909). Kesan-kesan pengambilan Pulau Pinang oleh
Inggeris (1786) dan ekoran janji-janji kosong mereka terutamanya
bantuan pertahanan yang diperlukan oleh Kedah menyebabkan
timbulnya kemurkaan kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778 1797). Akibatnya tercetuslah peperangan diantara kedua pihak (1791)
dan peristiwa ini dapat disifatkan sebagai tahap pertama berputiknya
gerakan nasionalisme menentang pencerobohan pihak Barat di bumi
Kedah.
Tahap kedua penentangan terhadap penjajah berlaku apabila armada
Ligor/Siam menyerang dan menawan Kedah pada 12 November 1821.
Bermula disaat itu Kedah di bawah pengawasan tentera Ligor/Siam
selama 21 tahun (1821 - 1841). Sejak itu juga pergerakan bersepadu
menentang menentang Siam oleh beberapa kumpulan wira rakyat dan
keluarga DiRaja Kedah telah tercetus sepanjang masa untuk mengusir
tentera Siam dari bumi Kedah. Walaupun sepanjang pantai perairannya
dikawal rapi oleh kapal-kapal perang Inggeris yang memihak kepada
Siam, namun ada ketikanya pejuang Kedah berjaya menembusi
kepungan musuh. Misalnya Tunku Kudin, adalah wira DiRaja Kedah
terawal melakukan percubaan untuk menawan kembali Kota Kuala
Kedah tetapi gagal (1829) sehinggalah akhirnya beliau terkorban disitu
bersama pengikutnya.
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau 'Marhum Melaka' (1797 1845) yang kehilangan takhta terpaksa berhijrah ke Pulau Pinang yang
kemudiannya ke Melaka akibat Perjanjian Burney (1826). Dalam
sepucuk warkahnya kepada James William Salmond, Pembantu

Residen Pulau Pinang waktu itu, baginda menegaskan:" Apa boleh beta katakan kerana Kompeni Inggeris ada besar
kuasanya. Akan fasal negeri Kedah itu negeri beta keturunan mari
daripada datuk nenek beta. Maka orang Siam tipu ambil tiadalah
boleh beta dapat kuasa, beta hendak ambil balik juga negeri beta
inikerana pada hati orang segala bangsa pun tatkala seseorang
berbuat malu mengambil artanya pasti ia mahu mengambil artanya
itu, jangankan suatu kebun sekalipun"
Tunku Muhammad Saad seorang lagi wira DiRaja Kedah telah berjaya
mengumpul hampir sepuluh ribu orang penyokongnya lalu
melancarkan serangan mengejut dan berjaya menawan kembali Kota
Kuala Kedah dan Alor Star (1838). Mereka juga menawan Terang dan
Singgora di selatan Thailand. Tetapi pada Februari 1839, angkatan
Siam berjaya menyekat kemaraan Tunku Muhammad Saad dan
bertapak di Kedah semula. Ramai yang gugur sewaktu bertempur di
Singgora termasuklah ulama terkenal, Syeikh Abdul Samad
Palembang. Antara beribu pejuang lain yang terlibat dalam perjuangan
peringkat kedua ini termasuklah Tok Moris (Kubur Panjang), Tok
Madi (Bandar Baharu/Yan), Dato' Shahbandar Wan Daud (Pulai,
Baling), Dato' Pekerma Ali, Tunku Abdullah, Tunku Sulaiman, Tunku
Anom, Syeikh Abdul Kadir, Tunku Long Puteh, Tunku Muhammad
Akib dan Syed Hussain Jamalullai.
Tahap ketiga kebangkitan rakyat Kedah menentang penjajah ialah
apabila kembalinya Inggeris semula yang cuba menguatkan dasar
kolonialismenya menerusi gagasan Malayan Union untuk
menghakiskan hak ketuanan dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Dengan
itu mulai 1945 gerakan nasionalisme bergerak semula.
Satu-satunya pertubuhan sosial dan ekonomi iaitu SEBERKAS
(Syarikat Bekerjasama Am Saiburi) yang tertubuh sebelum itu yang
diterajui oleh Senu Abdul Rahman telah bertukar peranan sebagai
badan politik yang berslogankan "Sayang Akan Bangsa Ertinya Redha
Korban Apa Segala" (SABERKAS). Pengasas dan pemimpinnya yang
lain termasuklah Mohd. Khir Johari, Azahari Md Taib, Muhammad
Jamil Binjai dan Khalid Haji Abdullah. Selanjutnya muncul Kesatuan
Melayu Kedah (KMK) dan Persatuan Ulama Kedah, kedua-duanya di
bawah pimpinan Haji Hussain Che Dol manakala pemimpin KMK
lainnya termasuklah Ayob Abdullah, Ibrahim Endut dan Haji Mohd.
Khir Segera. Kemudian tertubuh pula Persatuan Pemuda Melayu
Kedah pimpinan Mahathir Mohamad, Mohd Zahir Haji Ismail dan
Khalid Awang Othman, diikuti Anjuran Kesetiaan Pemuda Kedah
pimpinan Arshad Omar dan Syed Ahmad Shahabuddin. Semua badan
politik ini bersatu dalam gerakan menentang Malayan Union melalui
rapat-rapat umum, protes di akhbar-akhbar seperti Majlis, Warta
Negara, Suara Saberkas dan Wathan.

Perkembangan Politik Dalam Perspektif Sejarah Kedah 1900 - 1999


oleh: Prof. Dr. Mohd. Isa Othman

Mukadimah

Politik Kedah Seratus Tahun

Perkembangan Politik Sebelum 1908

Perkembangan Politik 1909-1941

Zaman Penjajahan Jepun-Siam, 1942-1945

Perkembangan Politik 1946-1956

Perkembangan Politik 1957-1999

Mukadimah
Abad ke -20 dan terutamanya akhir abad ke - 20 merupakan zaman
politik. Aktiviti dan kehidupan harian kita banyak ditentukan oleh
politik. Malah motivasi individu pun boleh dijuruskan oleh motivasi
politik. Jadi tidaklah menghairankan jika setiap komuniti membentuk
politiknya dengan setiap politik membentuk sejumlah rasional politik
meskipun berpadalah jika diperingkat andaian pun orang mula melihat
diri mereka sebagai homo politikus. Terdapat pandangan yang
menyebut sehingga akhir zaman penjajah British tidak wujud politik di
kalangan orang Melayu.
Asas pandangan ini bertolak daripada tidak adanya institusi politik dan
parti-parti politik. Selain itu, istilah khusus di dalam Bahasa Melayu
yang merujuk kepada politik juga tidak ditemui. Jika adapun istilah
"Siasah" atau "Siasat" yang dipinjam daripada Bahasa Arab. Namun

ini bukan alasan untuk menolak wujudnya budaya politik kerana hal
ini boleh wujud di dalam bentuk pemikiran dan perubahan-perubahan
ideologi. Mempertahankan pola-pola budaya, kepercayaan dan nilainilai terangkum dalam aktiviti politik. Apalagi di dalam hal
mempertahankan sistem pemerintahan yang sedia ada. Orang Melayu,
termasuk orang Kedah merupakan arkitek politik mereka sendiri.
Orang Melayu sama ada melalui institusi atau pelaku-pelaku telah
melakukannya dengan kreatif.
Politik Kedah Seratus Tahun
Jangka waktu yang perlu diteliti agak panjang, maka sudah tentu diluar
kemampuan kertas kerja ini untuk mengupas detailnya. Apa yang akan
difokuskan lebih merupakan tahap-tahap perkembangan dalam sejarah
politik Kedah.
Sejarah politik Kedah pada abad ke-20 merupakan keseimbangan
daripada satu tradisi yang lama, dan melalui proses yang bertakahtakah. Proses ini bukan sahaja bersifat dalaman malah banyak
dipengaruhi pengaruh India, Arab, Parsi, Aceh. Negeri-negeri Melayu
di Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera, Selatan Siam dan
kerajaan Pusat Siam. Manakala pengaruh Barat mula mengasak Kedah
melalui abad ke - 16 dan bertambah jelas pada abad ke - 19 dan abad
ke - 20.

Secara umumnya untuk selama seratus tahun, tahap-tahap


perkembangan politik Kedah dapat dibahagikan kepada lima peringkat
penting :

Perkembangan politik sebelum 1908

Perkembangan politik 1909 - 1941

Perkembangan politik 1942 - 1945

Perkembangan politik 1946 - 1956

Perkembangan politik 1957 - 1999

Perkembangan Politik Sebelum 1908


Majoriti rakyat Kedah terdiri daripada orang Melayu yang tinggal di
kampung-kampung dengan kegiatan utama dalam sektor pertanian.
Manakala golongan imigran khususnya kaum Cina dan India yang
terlibat di dalam sektor buruh dan perniagaan tidak begitu ramai
Masyarakat Melayu tradisional dapat dibahagikan kepada dua

kelompok sosial iaitu golongan pemerintah dan rakyat biasa yang


diperintah. Inilah asas budaya politik pada peringkat ini. Golongan
pemerintah merupakan hak eksklusif berasaskan keturunan. Peneraju
utama golongan elit tradisional ini termasuklah Sultan, Kerabat Di
Raja dan Golongan Bangsawan. Mereka merupakan tenaga-tenaga
penggerak pentadbiran dan politik yang mewujudkan kelas
pemerintah.
Satu perubahan penting pada dekat pertama abad ke - 20 ialah
pembentukan Majlis Negeri pada tahun 1905. Beberapa elemen
menjadi agen perubahan ini. Seorang tokoh politik dan pentadbir
Kedah yang berperanan penting ialah Raja Nuda Tunku Abd. Aziz.
Beliau dikatakan cenderung kepada politik pemodenan tetapi
menghadapi bebrapa halangan terutama kerana bidang kuasa yang
terhad. Pada tahun 1900, Tunku Abd. Aziz dengan bantuan bondanya,
Wan Hajar berusaha membentuk Majlis Pemangku Raja dengan alasan
Sultan gering. Langkah ini gagal mendapat restu kerajaan Bangkok.
Peluang ini hanya muncul setelah Kedah menghadapi kegawatan
ekonomi dan terpaksa berhutang dengan kerajaan Siam. Satu
perjanjian ditandatangani pada tahun 1905. Antara syarat perjanjian,
Kedah terpaksa menerima seorang Penasihat Kewangan dan keperluan
membentuk Majlis Negeri. Ini merupakan satu perubahan politik yang
dibuat melalui undang-undang. Dan pembentukan Majlis Negeri
membawa kepada lahirnya sebuah badan eksekutif dan legislatif di
peringkat negeri. Dengan ini pemerintahan tidak lagi menjadi kuasa
mutlak Sultan.
Dari segi politik, elit tempatan mempunyai kuasa yang agak luas pada
zaman penjajahan Siam. Pengaruh Siam agak minima dan masingmasing berpuas hati dengan tahap perhubungan tersebut.
Perkembangan Politik 1909 - 1941
Pada jangka waktu ini, Kedah diletakkan di bawah naungan British
selepas temeterinya Perjanjian Bangkok 1909. Perubahan naungan ini
bukan sahaja perubahan kuasa penjajahan Siam lebih bercorak
tradisional manakala penjajahan British lebih bercorak moden. Maka
corak operasinya juga berbeza. Namun dalam menjalankan dasar
penjajahannya, British mengambil sikap yang lembut tetapi tegas.
Pengaruh British bukanlah satu perkara yang baru dalam politik
Kedah. Sejak abad ke - 18 dan lebih rancak pada abad ke - 19. Kedah
melihat model British di Pulau Pinang sebagai sumber inspirasi politik
pembangunan. Golongan elit Kedah bukan sahaja tertarik dengan gaya

hidup tetapi juga kepada pembangunan pentadbiran dan pendidikan.


Namun begitu, bila ura-ura mengubah Pertuanan Negeri-Negeri
Melayu Utara bermula, reaksi pembesar-pembesar Kedah juga jelas
menentangnya. Mereka sudah lama berada di bawah naungan Siam
dan selesa dengan peranan mereka yang luas dalam politik negeri.
Pembesar-pembesar Kedah juga melihat berlakunya penyusutan kuasa
rakan-rakan mereka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan ini
membimbangkan mereka. Bagaimanapun bantahan-bantahan Sultan
dan Pembesar Kedah tidak pun dilayan oleh British dan Siam.
Banyak kes ketegangan politik berlaku antara golongan elit politik
Melayu dengan British sepanjang tiga puluh dua tahun ini.
Bagaimanapun kedudukan elit politik tradisional Melayu terus
dikekalkan dan mendapat layanan yang baik. Sikap suai-faedah
golongan elit ini penting dalam menjamin peranan mereka dikekalkan.
Mereka ini merupakan pendokong-pendokong Kesultanan yang terdiri
daripada kerabat DiRaja dan golongan aristokrat. Satu kelompok elit
yang baru muncul pada zaman British ini ialah golongan sekular
Inggeris dan Melayu. Pada peringkat sekolah rendah mereka belajar di
sekolah Melayu. Di peringkat menengah dan tinggi, mereka belajar di
sekolah Inggeris di Kedah, Pulau Pinang, Kolej Melayu Kuala
Kangsar, Singapura atau di Great Britain. Mereka mula terdedah
secara teori atau melihat praktisnya politik barat. Kelompok inilah
nantinya akan muncul sebagai peneraju gerakan politik berteraskan
nasionalisme. Selain mengutip pengalaman melalui pendidikan,
kelompok ini juga terdedah kepada pengalaman pentadbiran dan
profesionalisme.
Golongan berpendidikan Islam terus memainkan peranan penting.
Kebanyakan kumpulan elit Muslim ini bukan pegawai rasmi. Mereka
lebih berperanan dalam hal ehwal pendidikan dan kehidupan
beragama. Pondok dan madrasah merupakan kubu kuat mereka.
Manakala ilmu agama dan kepatuhan serta seni pendidikan mereka
dapat mengangkat martabat menjadi ulama terkenal. Apatah lagi jika
ulama tersebut mempunyai bakat besar dalam penulisan maka
sumbangan pengajaran dan pemikirannya lebih mudah tersebar luas.
Jumlah pondok ulama dan kitab-kitab yang terlarang menunjukkan
Kedah merupakan antara pusat melahirkan ulama terpenting selain
Kelantan dan Terengganu. Apabila kelompok ini mudah tertarik
dengan politik dan melibatkan diri secara aktif, maka sudah tentulah
Kedah merupakan antara tempat yang menghasilkan pemimpin
kelompok ini.
Pada zaman penjajahan British, kemasukan imigran Cina dan India

semakin menampakkan kemajuan masyarakat Kedah. Elit kelompok


masyarakat ini tidak semestinya berpendidikan tinggi tetapi mungkin
seorang ahli perniagaan yang berjaya atau seorang yang dihormati.
Ada kalangan mereka juga tetap ada elit profesional yang berada di
jabatan kerajaan atau swasta. Kelompok ini berpendidikan Inggeris
atau lepasan sekolah Cina atau India. Asas masyarakat majmuk yang
terbina pada zaman British ini akan berpengaruh dalam perkembangan
politik buka sahaja di Kedah tetapi Malaysia seluruhnya. Arah politik
pada zaman penjajahan British ditentukan oleh kuasa penjajah
menerusi birokrasi kolonialnya yang berpusat di Pejabat Tanah Jajahan
di London. Manakala di Tanah Melayu operasinya dirantaukan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British merangkap Gabenor Negeri-negeri Selat
yang beribu pejabat di Singapura. Di Kedah, pegawai British yang
bertanggungjawab melaksanakan dan memastikan polisi British ialah
Penasihat British. Di samping itu, sejumlah kecil pegawai British juga
berkhidmat di Kedah, khususnya dalam bidang teknikal. Manakala
sebahagian besar pegawai pentadbiran direkrut daripada rakyat
tempatan. Pengalaman golongan ini cukup penting bukan sahaja pada
zaman British tetapi juga berguna pada zaman kemerdekaan.
Kelompok ini lebih pragmatis dan tahu bagaimana untuk bertindak dan
menyesuaikan diri dengan keadaan serta perubahan.
Pada umumnya, British berjaya mengekang kesedaran politik di
kalangan orang Melayu sehingga orang Melayu sendiri menganggap
politik sebagai haram, bermartabat rendah dan dibenci. Namun begitu
perubahan-perubahan di luar Kedah tetap berpengaruh. Umpamanya
gelombang gerakan Islah dan diikuti perkembangan kaum Muda di
Tanah Melayu tetap mengubah persepsi ideologi segolongan kelompok
berpendidikan agama. Hal ini bukan sahaja soal agama tetapi juga
pemikiran politik. Semangat kesedaran turut berkembang menerusi
media cetak seperti akhbar SAUDARA yang berpengkalan di Pulau
Pinang. Dari situ pula lahir pula Persaudaraan Sahabat Pena
(PASPAM) yang meransang hubungan antara orang Melayu di
samping meningkatkan penukaran idea dan pemikiran. Di Kedah,
PASPAM diterajui oleh Tunku Yaacob Ibni Sultan Abdul Hamid dan
adindanya Tunku Abdul Rahman Putra.
Dikalangan guru-guru Melayu muncul kelompok radikal, khususnya
pada dekat 1930-an. Mereka terpengaruh dengan gerakan nasionalisme
di Indonesia sehingga membawa kepada penubuhan Kesatuan Melayu
Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. KMM cawangan
Kedah di pimpin oleh Muhammad Ariff tetapi sambutan masyarakat
Kedah terhadap pertubuhan ini agak dingin. Ini mendorong Ibrahim
Yaacob menjalankan kempen secara besar-besaran di seluruh Tanah

Melayu, termasuk Kedah. Kempen-kempen juga dijalankan melalui


media cetak, khususnya Akhbar Majlis dan Warta Malaya. Pada Julai
1940, Ibrahim Yaacob tiba di Kedah untuk menarik sokongan kepada
KMM. Pada mulanya masyarakat Kedah menolak gagasan Ibrahim
Yaacob yang dianngap radikal sedangkan masyarakat Kedah masih
konservatif. Ibrahim Yaacob juga nampaknya gagal memujuk Tunku
Abdul Rahman Putra dan Tunku Yaacob menyertai KMM. Kedua
kerabat DiRaja Kedah ini pastinya melihat KMM tidak releven dengan
keluarga dan masyarakat tempatan.

Anda mungkin juga menyukai