Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Terlebih dahulu, ingin saya berterima kasih kepada semua pensyarah di unit
kokurikulum yang banyak membantu saya semasa program Bina Insan Guru
dijalankan. Sepanjang perkhemahan empat hari tiga malam yang bertempat di Kem Sri
Banai, sehinggalah semasa menjalankan aktiviti darat dan air, banyak tunjuk ajar yang
diberikan sehingga saya dapat menyertai program ini dengan jayanya.
Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada mentor iaitu, Puan Lim Li Bin
yang turut menyertai program ini untuk memantau mentirnya sepanjang menjalankan
aktiviti. Keprihatinan beliau terhadap keselamatan mentirnya amat saya hargai. Dengan
kehadiran

beliau,

semestinya

memberikan

saya

semangat

yang

kuat

untuk

menyempurnakan segala aktiviti yang dirancang semasa program Bina Insan Guru
dijalankan.
Selain itu, tidak lupa bagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
yang menghulurkan bantuan samasa saya mengalami kesusahan ketika menjalani
aktiviti pada program Bina Insan Guru ini. Di samping, sokongan dan galakkan daripada
rakan-rakan telah membangkitkan

semangat keyakinan dan keberanian dalam diri

saya untuk menempuh halangan yang dihadapinya.


Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga dan rasa bersyukur kepada semua pihak yang telah banyak membantu
semasa saya mengikuti program Bina Insan Guru ini. Bantuan yang diberikan kepada
saya tidak kira secara langsung ataupun secara tidak langsung amat saya hargai.
Dengan bantuan semua pihak, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
mampu saya melakukan aktiviti yang dirancang dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai